Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 3, 2009

Teka Santai

1. Bagaimana untuk mengenali pokok kelapa jantan dan betina?.

2. Bagaimana untuk mengenali kopi jantan dan betina?.

3. Bila hujan selalunya itik suka bermain air dan hujan. Bila hujan berhenti dan matahari bersinar, kenapa mereka suka berjemur dengan mengangkat sebelah kaki?.

4. Sebuah kapal besar sedang belayar tiba-tiba datang seekor camar dan berak sambil terbang dan kena ke atas kapal itu dan kapal itu terus tenggelam. Apakah yang lebih besar?

5. Di sebuah kampung ada seekor beruk yang handal memanjat dan tidak pernah tewas memanjat mana-mana pokok walau pun apa saja rintangan di pokok itu. Di atas sepohon kelapa pula bersarang sekumpulan kerengga yang bisa mempertahankan sarangnya di pokok itu. Tidak pernah ada seekor beruk atau manusia yang berjaya memanjat kelapa itu. Oleh kerana tidak ada beruk lain yang berjaya mengambil buah kelapa di pokok itu, maka tuan kelapa mengupah tuan empunya beruk yang handal tadi untuk memetiknya. Bagaimanakah beruk tadi berikhtiar dan berfikir caranya untuk memanjat dan memetik buah kelapa itu?

6. Semua penggali kubur tidak pernah pakai seluar dalam. Kenapa?

7. Apakah bezanya di antara seluar dalam dan seluar bola?

10 comments:

  1. Salam Tuan, Nak cuba jawab. Ketawa dulu.
    wakakak !!!
    1. Pokok betina berbuah, jantan tak.
    2. Kopi jantan ada tongkat ali, kopi betina ada kacip fatimah.
    3. Kalau itik angkat dua dua kaki .. dia jatuh.
    4. Ketawa yang besar
    5. Biarkan beruk tu berpikir .. saya tak nak.
    6. Tak pernah gali kubur, tak dapat nak jawab.
    7. Seluar dalam boleh pakai masa sanding, seluar bola tak boleh. Wakakak !!!

    Aduh ... !!! Susahnya soalan. Kalau tak betul jangan ketawa. Wakakak !!

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Saya cuba ya...

    1. Yang jantan ada lubang di tempurung dan yang betina tiada.

    2) Kopi jantan Hitam dan betina merah.

    3) Dah penat bermain maka mereka semua keletihan sambil mengeringkan bulu di celah kangkang

    4) Lubang kesan dari tahi burung camar tu.

    5) Beruk tu suruh Tuannya yang panjat, dan dia tetap maintain kehandalannya kerana berjaya mengarahkan tuannya.

    6) Kerana hantu kubur akan tutup mata kerana malu nak tengok, dan pengali kubur selamat dari gangguan

    7) Seluar dalam manusia yang pakai, seluar bola... bola mana pakai seluar...

    Ha..ha..ha... jawapan merapu je tu...

    ReplyDelete
  3. Salam MountDweller,
    Waduuuhhhh, kenapa satu jawapan pun saya nggak tahu.

    ReplyDelete
  4. Tuan
    soalan teka teki yang mencabar...
    ada hadiah tak he he he

    ReplyDelete
  5. Salam Pakdin.
    Susahnya soalan.
    Soalan exam saya pun tak susah macam ni.
    Saya hanya tahu macam mana nak bezakan lelaki dan jantan,wanita dan betina.hehehe

    ReplyDelete
  6. salam Abe Din...
    takleh nk jwb soalan..sebab dok gelak baca jwpn WARTAMAYA...
    aduihhh dah lama tak gelak mcm nie...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum semua sahabat.

    Insya Allah saya akan berikan jawapan malam ini.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Saudara,

    Ha ha

    Sungguh menarik soalan2 ini, sebenarnya pasal itik tu memang sejak kecil saya pun selalu tertanya diri sendiri mengapa agaknya dia selalu buat begitu. Memang tabiat semula jadi agaknya!!

    Nanti tolong beri jawapan2 soalan ini, Kami tunggu.

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum semua teman-teman.

    Wak jawab 2 soalan betul!

    Sebelum itu bersihkan minda supaya tidak berfikir di sebaliknya.

    Jawapan 1. Pokok kelapa jantan biasanya orang yang panjat di takek batang untuk dibuat takuk dijadikan tangga. Jadi kelapa jantan ada "Takuk!" sama dengan lelaki kan?

    Jawapan 2. Air kopi betina biasanya panas. Air kopi jantan akan sejuk sebab ditaruh batu! (air batu) jadi kopi jantan ada "batu"

    Jawapan 3. Tak boleh angkat kedua-dua kaki, tentu jatuh!

    Jawapan 4. Temberang yang besar!

    Jawapan 5. Kanapa susahkan diri menjadi beruk untuk berfikir?

    Jawapan 6. Untuk menggali kubur tentunya pakai cangkul dan penyodok!

    Jawapan 7. Seluar bola akan dipakai ketika hendak bermain dan sekuar dalam akan ditanggalkan ketika akan bermain!

    Maaf, teka teki untuk bersantai bukan ada niat lain.

    ReplyDelete
  10. Salam Ayahanda,

    Cis..., ini yang membuatkan hamba marah... hamba cuba menjawap soalan tanpa berfikiran sonsang...

    Rupanya jawapannya banyak yang menyonsang... kalau hamba tahu begini jawapannya sudah pasti hamba akan kotorkan minda hamba terlebih dahulu sebelum menjawap.

    Ha...ha...ha... terkena hamba.. kali ini... ha..ha...ha... nasib baik takda hadiah, kalau tidak melepas.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa