Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 19, 2011

Apa Faedahnya Nasihat Pada Yang Tuli?

SPR perlu baiki imej

SHAH ALAM - Tidak perlu meletakkan wakil parti politik dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)kerana apa yang lebih penting, usaha meningkatkan semua imej suruhanjaya itu dipandang serong.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhammad Sha’ani Abdullah (gambar) berkata, imej SPR kini tercalar dengan beberapa perkara dan mereka perlu memulihkan keadaan itu.

“Masyarakat umum menggambarkan SPR kini tidak bebas, perkara itu timbul daripada kenyataan dan tindakan SPR sendiri.

“Pembangkang khususnya merasakan tidak berlaku bebas apabila membelakangkan parti tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati,” katanya.

Sha’ani berkata, SPR perlu segera memperbetulkan tanggapan itu untuk mengem­balikan imej mereka.

Berhubung cadangan meletakkan wakil politik di dalam SPR, beliau memberitahu tindakan itu bukan jalan penyelesaian yang baik.

“Tidak ada kesudahan dengan meletakkan wakil parti di dalam SPR, malah akan merumitkan keadaan. Kalau ada wakil parti yang lompat parti macam mana?, tak kan nak tukar panel pula, itu bukan kerja mudah,” katanya.

Menurutnya, wakil ini akan membawa semangat kepartian, hal itu sudah jelas dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa SPR satu badan bebas dan berkecuali.

Menurutnya, lebih baik pembangkang mendesak untuk ahli SPR menjadi bebas dan berkecuali bukannya duduk di dalam SPR.

Beliau berkata, tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, SPR perlu menerima secara terbuka tanpa ada pilih kasih.

-SH

Nak tengok polis kita bertugas dengan lembut dan saksama pergilah
ke sini

1 comment:

  1. kalau begitu, baik cepuk dgn tangan je atas kepala.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa