Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 10, 2011

Siapa Yang Bohong?

Mountdweller tidak pergi dan pastinya tidak berada di sana. Jadi siapa yang harus dipercayai? Siapa yang bohong, KPN atau Saifuddin dan Saksi-Saksi di bawah untuk melengkapkan 'lakunan' Anwar yang dituduh gemar berlakun sebagaimana yang dikatakan filem pornonya?

Kalaulah KPN berbohong untuk melindungi perbuatan tidak senonoh Anggotanya maka amatlah malang bagi Rakyat Malaysia yang mengharapkan perlindungan dan layanan saksama dari mereka. Diharapkan sangat tidaklah akan sama dengan Ketua Mafia yang tetap akan melindungi orang-orang suruhanya.

Bagi orang politik tidak kira dari mana parti mereka memang dikenali dengan bohong dan putar belit. Maklumlah berpolitik ukutan 'cara kafir'. Yang beserban pun adakalanya terikut dan terpalit sama berdasarkan pemerhatian saya dari luar dan dari dalam selama 40 tahun!

Gambar Anwar di bawah, Mountdweller ceduk dari blog ISA


Inilah pendedahan kisah sebenar apa yang korang tak tahu berlaku disebalik kecederaan Brader Anwar Bin Ibrahim...

Anwar Ibrahim mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Saifuddin berkata, anggota Polis Simpanan Persekutan yang melepaskan tembakan di Brickfields itu jelas bertujuan mendatangkan kecederaan terhadap Anwar.

"Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau," kata Saifuddin.

Sehubungan itu, PKR akan membuat laporan polis supaya tindakan segera ke atas pegawai berkenaan.

"Polis menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat," dedah Saifuddin.

Saifuddin menambah, tindakan polis itu mirip kepada kes tunjuk perasaan di Jalan Kebun, Klang pada tahun 2000.

"Dalam siasatan tahun 2000 itu, Suhakam mendapati polis menyalahi undang-undang kerana melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa mengikut peraturan,” kata Saifuddin.

“Sepatutnya polis melepaskan tembakan pada paras 45 darjah kerah ruang udara, bukannya menembak tepat pada sasaran," tegas beliau. Suhakam adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Selain Anwar, turut mengalami kecederaan akibat tembakan gas pemedih mata adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sehingga jam lima petang tadi, polis menahan 1401 peserta perhimpunan Bersih termasuk pemimpin kanan PAS, PKR dan jawatankuasa penganjur Bersih termasuk pengerusinya Ambiga Sreenevasan
. - TVS
Sumber - MPP
Ini pula kenyataan Ketua Polis Negara :

Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini. NONE"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera. Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis.

Ismail mengesahkan sebanyak 1,401 orang ditahan, termasuk beberapa "ketua kumpulan". Mereka antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub. Turut ditahan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin dan anggota parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Dalam sidang media di Bukit Aman petang ini, Ismail mengambil kesempatan menafikan segala laporan negatif terhadap polis, termasuk apa yang dirujuknya sebagai "berita angin". NONEBeliau menafikan polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Sin di Jalan Pudu. "Itu tidak benar. Itu di luar SOP (prosedur standard) kita. Jangan dengar berita angin ini. Tidak tepat," katanya yang diasak soalan bertubi-tubi dari pemberita.

Ismail juga berkata pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air memandangkan terdapat peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang cuba merempuh halangan polis. "Kumpulan di Puduraya cuba bergerak ke Dataran Merdeka dan enggan bersurai. Mereka cuba merempuh. NONE"Polis tiada pilihan dengan menyuraikan dengan gas pemedih mata dan pancuran air," katanya sambil mendakwa melepas tembakan "minimum" sahaja. Ismail berkata, perhimpunan sebenarnya hanya berlaku di dua tempat sahaja iaitu di Jalan Pudu dan di luar Stadium Merdeka di Jalan Loke Yew. "Kumpulan di Pudu bergerak ke KLCC dan Menara Maybank. Mereka cuba digambarkan serata Kuala Lumpur ada perhimpunan. Sebenarnya di dua tempat sahaja," katanya.

Ditanya tentang dakwaan polis memukul peserta perhimpunan BERSIH hari ini, Ismail berkata beliau perlu melihat laporan penuh terlebih dahulu. Beliau juga mendakwa terdapat pihak yang melakukan provokasi kepada pihak polis. "Kalau ada (polis guna kekerasan) you buat repotlah," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang bersalah.

Dari mk

15 comments:

  1. perangai yahudi, dahlah menzalimi org, tak mengaku pulak tu. kpn lebihbaik letak jawatan drp menanggung dosa berterusan.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan, Panglima tertarik dengan entry tuan ini dan Panglima ingin mengambilnya sebagai entry Panglima. Mohon kebenaran. T. Kasih.

    ReplyDelete
  3. hahaha.. mati idup balik 9 kali sekalipun aku tak percaya kat KPN.

    kalau ikut kata org jalan tunku bendahara, kulim (org kampung KPN) kononnya KPN ni tegas dan amanah!!.. lancau laaa telur dah kena genggam dgn BN.. sama je semua KPN.

    ReplyDelete
  4. asmk, nak tanya berapa banyak jumpa bom C4, parang,pisau dan memacam dalam bersih punya perhimpunan... nanti tunggu tv3,rtm, utusan meloya buat pemberitaan.

    ReplyDelete
  5. Panglima7

    W'salam Panglima.

    Silakan Tuan, dengan besar hati hamba izikan.

    ReplyDelete
  6. salam..Siakap senohong punya kes la ni..kalau ramai rakyat pilih untuk buta mata dan hati tu, susah la..semalam pun dah keluar kat satu blog...DSAI pura2 cedera untk elak di tangkap polis..adoi..
    mohon share jugak ye..maklum nak pergi tak berani..tapi sokong untuk kebenaran tetap sokjong!!

    ReplyDelete
  7. AMAT SEDIH MELIHAT DEMOKRASI DI MALAYSIA. AIR MATA SAYA MENGALIR KERANA NEGARA YG DICINTAI INI DIROSAKKAN OLEH PEMIMPIN YANG RASUAH DAN GILA KUASA.
    CELIKLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA YG MASIH BUTA. KETEPIKANLAH KEPENTINGAN DIRI KALIAN DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA. KEPIMPINAN MALAYSIA MESTI DIUBAH SEGERA. TIDAK BOLEH DITANGGUHKAN LAGI. JANGAN LAGI TERTIPU DENGAN MAINAN UMNO YANG KONONNYA MAHU MEMBELA NASIB MELAYU.

    ReplyDelete
  8. Pakatan universal kini nampak mekar di Malaysia. PAS kini memasuki era Ahzab seperti mana pendedahan bekas pemimpin PAS Prof Ismail Md Deros.
    Kalau PKR Pengkhianat melayu telah menyebabkan DAP semakin berani menentang melayu, kini kemasukan Ambiga dan Marina menyebabkan pakatan tersebut berani menentang Islam pula.
    Dengan yang demikian, PAS telah terjerumus kelembah yang cukup hina dan perjuangannya akan menjadi sebuah catatan hitam di dalam sejarah politik Malaysia.

    Cukuplah si luncai sudah menguasai ekonomi Malaysia dan tanah melayu Spura..KTMB da tak masuk Spura lagi..KTMB Kasi Tanah Melayu Balik.

    ReplyDelete
  9. Pakatan universal kini nampak mekar di Malaysia. PAS kini memasuki era Ahzab seperti mana pendedahan bekas pemimpin PAS Prof Ismail Md Deros.
    Kalau PKR Pengkhianat melayu telah menyebabkan DAP semakin berani menentang melayu, kini kemasukan Ambiga dan Marina menyebabkan pakatan tersebut berani menentang Islam pula.
    Dengan yang demikian, PAS telah terjerumus kelembah yang cukup hina dan perjuangannya akan menjadi sebuah catatan hitam di dalam sejarah politik Malaysia.

    Cukuplah si luncai sudah menguasai ekonomi Malaysia dan tanah melayu Spura..KTMB da tak masuk Spura lagi..KTMB Kasi Tanah Melayu Balik.

    ReplyDelete
  10. KPN ni kaki tengok dvd ni...

    ReplyDelete
  11. Che Deen

    Silakan..

    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Salam.. ana pun mohon share... jazakallah

    ReplyDelete
  13. Demo LaNie

    Silakan dengan besar hati

    ReplyDelete
  14. Sape la nk percaya dengan salakan anjing ni.....golongan pencacai UMNO aje rasanya, psl diorng dh buta hati buta jiwa dan segalanya....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa