Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 1, 2017

MA63: Pandikar tak perlu ajar kami

MA63: Pandikar tak perlu ajar kami, kata Pemuda BN Sarawak

 | December 1, 2017
Fadillah Yusof berkata, Pandikar Amin Mulia tidak perlu mencabar ketua menteri Sarawak berdebat mengenai MA63 kerana beliau bukan individu yang diberi mandat oleh perdana menteri untuk menyelesaikan perkara itu.
PETALING JAYA: Pemuda Barisan Nasional Sarawak mengingatkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak perlu menilai dan mengajar rakyat negeri itu mengenai kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketuanya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, speaker Dewan Rakyat itu juga tidak perlu mencabar ketua menteri Sarawak berdebat mengenai MA63 kerana beliau bukan individu yang diberi mandat oleh perdana menteri untuk menyelesaikan perkara itu.
“Pemuda BN dan seluruh rakyat Sarawak mempunyai pandangan sama dengan ketua menteri Sarawak kami dan sentiasa menyokong penuh usaha beliau dalam rundingan untuk mengembalikan hak Sarawak seperti termaktub dalam semangat pembentukan Malaysia melalui MA63,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Pandikar dilaporkan berkata, beliau sedia berdebat isu MA63 dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg.
Ia selepas Abang Johari mengkritik Pandikar yang menyatakan MA63 bukan dokumen penting dalam pembentukan Malaysia, minggu lalu.
Isnin lalu, Pandikar mengisytiharkan dirinya “pro-Malaysia” dan menyelar pihak yang mendakwa Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata ketika Persekutuan Malaysia dibentuk.
Beliau menyalahkan “suara tidak bertanggungjawab di luar sana” yang mendakwa hak rakyat Sabah dan Sarawak dirampas.
Fadillah yang juga ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, perjuangan Abang Johari berdasarkan kemahuan dan kepentingan rakyat Sarawak.
“Ianya juga berlandaskan penyelidikan, lunas Perlembagaan, perundangan Malaysia dan atas semangat di sebalik pembentukan Malaysia melalui MA63,” katanya.
Beliau yakin isu itu dapat diselesaikan bersama secara permuafakatan oleh kepimpinan ketua menteri Sarawak dan Datuk Seri Najib Razak.
“Perdana menteri bersetuju melihat perkara ini dan membentuk jawatankuasa bersama bagi membincangkan lebih lanjut perkara ini.
“Ini adalah perkembangan positif dan kita menyambut baik saranan perdana menteri supaya perkara ini dibawa ke meja rundingan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa