Cari segera ‘Anna Ong Iye Lung’
ATIRAH HASLI - 6 MEI 2017
Jemaah mengamuk gara-gara bunyi hon ketika solat Jumaat Sedutan video kekecohan berkenaan.
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap pemilik Facebook Anna Ong Iye Lung yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam di Facebooknya, semalam.
Difahamkan, status Facebook itu dikeluarkan sebagai respons kepada insiden pergaduhan jemaah sebuah masjid dengan seorang pemandu Toyota Camry yang tular di media sosial.
"Tindakan menggelar umat Islam sebagai pengganas tanpa meneliti kejadian sebenar adalah satu tindakan bukan saja biadab malah boleh membawa kepada perbalahan kaum atau agama.
"Beliau sepatutnya mengambil iktibar terhadap insiden sebelum ini membabitkan beberapa individu bukan Islam yang menghina umat Islam di Malaysia dengan perbuatan provokasi," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Status Facebook tersebut mula tular di laman sosial di mana ia mendatangkan kemarahan kepada umat Islam di seluruh negara.
Sinar Online cuba mendapatkan maklum balas daripada pemilik akaun itu, bagaimanapun akaun tersebut telah ditutup sejak malam tadi.
Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan keadaan kecoh di sebuah masjid selepas solat Jumaat semalam.
Memetik kenyataan di laman Facebook Malaysian Response Team, video kekecohan itu dikatakan berlaku di Masjid Austin Perdana Johor Bahru.
Difahamkan, kekecohan timbul gara-gara tindakan pemilik sebuah kereta membunyikan hon ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah mengamuk gara-gara bunyi hon ketika solat Jumaat]
"Tindakan tegas perlu diambil dan perkara sebegini tidak boleh dibiarkan wujud demi keamanan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya lagi.

Islam agama terbaik. Allah yg iktiraf. Tak ragu2 lg. Tp penganut agama islam,termasuk melayu, bukan yg terbaik. Rasis, selfish dan jahil agama pun ramai. Lebai kononnya berilmu agama pun kdg berakhlak sumbang. Stop berperangai prejudis dan chauvinis. Cuba bayangkan jk kuil,tokong atau gereja buat perhimpunan dan park kereta sesuka hati dan halang laluan. Org melayu pun akan meraung gila. Satu lg, jk dtg lambat ke masjid dan parking dah penuh, dan anda masih muda, apa salahnya park di tempat kosong yg lebih jauh dan berjalan kaki sikit. Baik utk jantung dan insyaallah dpt mengelak serangan jantung masa umur muda. JANGAN halang laluan, tak kira apa alasan. Jgn ingat perbuatan menghalang laluan TAK BERDOSA! Inilah punca masalah. Fikirkan keperluan org lain, bukan diri sendiri sj, itu pun ajaran islam jg.
ReplyDeleteBrp kali kita lihat moto2 parking di depan pintu masuk masjid hingga menyusahkan jemaah nak masuk, terpaksa susah payah menyelit dicelah moto2. Selagi ada ruang kosong, moto2 akan diisi penuh walau pun menghalang laluan keluar masuk. Bayangkan jk berlaku kecemasan spt kebakaran. Apa salahnya park jauh sikit di tempat yg tak menghalang laluan. Bukan jauh sgt nak kena jalan, sekali lg baik utk kesihatan jantung. DI MANA2 saja terdapat fenomena serupa. Semuanya berpunca drp sikap pentingkan diri, SELFISH.
Satu lg bila masjid/surau adakan ceramah/pengajian. Mesti nak pasang mikrofon kuat2, tak kira siang atau malam. Adakah perlu? Tambah pula ustaz yg suka menjerit! Semua krn IA HAK KITA. Kalau kita buat tak apa, tp klu org lain buat tak boleh. Cuba klu penganut agama lain buat benda yg sama, kita akan meroyan gila. Stop being SELFISH
Madalahnya kerajaan malaysia lembuy dgn orang bukan Islam
ReplyDeleteHello just wanted to give you a quick heads up. The words in your article
ReplyDeleteseem to be running off the screen in Chrome. I'm not sure if this is a format issue
or something to do with browser compatibility but I figured I'd post to let you
know. The layout look great though! Hope you get the issue
fixed soon. Kudos