Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 7, 2017

BR1M: Lembut sungguh lidah pemimpin kita memasang jerat?

Pendaftar SSM tidak dapat BR1M, media sosial panas dengan #BR1MSSM
 | BORHAN AHMAD
Datuk Seri Najib ketika melancarkan kempen mendaftar dengan SSM Disember 2016 lalu. Kini mereka yang berdaftar tidak mendapat BR1M.

Pada 4 Disember hujung tahun lepas, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan program menggalakkan penuntut institut pengajian tinggi mendaftar syarikat perniagaan mereka dengan percuma mulai 1 Januari lepas.
Mereka akan dikecualikan daripada sebarang bayaran pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, kata Perdana Menteri.
Beliau mengumumkan geran khas bernilai RM10 juta bagi tempoh 10 tahun, disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tujuan tersebut, yang akan menggalakkan golongan muda berkecimpung dalam bidang keusahawanan.
Perdana menteri menggalakkan golongan usahawan muda memulakan perniagaan secara dalam talian untuk memastikan mereka mendapat akses dan pasaran yang lebih luas.
Hasilnya beribu-ribu pelajar IPTA mendaftar perniagaan masing-masing melalui SSM walaupun belum bercadang memulakan sebarang perniagaan.
Pantun BR1M yang disebarkan di kalangan pengguna laman sosial.Pantun BR1M yang disebarkan di kalangan pengguna laman sosial.Semalam apabila bayaran BR1M mula di keluarkan, ramai pelajar IPTA mengamuk terutama di media sosial, mereka tidak dapat lagi bayaran BR1M tahun ini.
Puncanya, mereka ada syarikat yang berdaftar dengan SSM.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Hawa Cool yang berasal dari Pekan, kawasan parlimen Najib, menaikkan status beliau di facebooknya.
Kau : kau ada daftar SSM x?
Awak : xda..awak??
Kau : Ada..Napa kau xdaftar??
Awak : sebab nk BRIM..hahaaa
Seorang lagi pengguna Facebook, Mohamad Fadhil Ahmad mencatatkan dalam dinding facebooknya bagaimana ramai orang marah dengan cara BR1M diagihkan.
"Malam ni keadaan dalam media sosial panas. Sana sini rakyat yang tak terlibat dengan kemelut politik MELEPASKAN EMOSI pasal cara BR1M di agihkan tahun ni," tulis beliau.
Antaranya orang yang bendaftar perniagaan dengan SSM tidak lagi menerima BR1M.
Menurut beliau, hari ini (semalam) ramai yang seharian bercakap fasal BR1M.
"Pemberian katanya iklas dari kerajaan untuk bantu rakyat tapi kena beratur jumpa Ketua Bahagian Umno untuk ambil. Berjam jam kena tunggu," katanya.
Menurut beliau, yang satu hal pula lagi sadis apabila permohonan mereka ditolak atas alasan kena istihar cukai setelah berdaftar dengan SSM.
"Yang suruh daftar SSM ni dulu kerajaan juga. Konon nanti senang nak mohon tabung ushawan kecil hasil dari perniagaan kecil kecilan tadi. Kalau tak daftar ssm akan jadi satu kesalahan (masa tu)," katanyn.
Menurut beliau, zaman Tun Dr Mahathir jadi PM aktiviti jualan langsung secara separuh masa atau jualan atas talian tiada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang hendak korek sana sini selongkar.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa