Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 30, 2017

Kutuk Bajet 18: Pemimpin pembangkang otak senget?

KUTUK BAJET 2018: SAH PEMIMPIN PAKATAN OTAK SENGET…
Posted by Editor | 30 October 2017
MP PKR Kelana Jaya, Wong Chen bersama ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail cuba persoalkan langkah Kerajaan BN mansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kononnya rakyat ditipu kerana konsesi akan tamat.

Bagaimanapun, mereka kata tidak tahu bila konsesi tamat kerana dokumen perjanjian tertakluk kepada OSA. Nampak sangat tidak buat “homework” sebab pada April 2015, PLUS telah keluar kenyataan yang konsesi disambung kepada 2038 untuk elakkan kenaikan tol.

Nurul Izzah sibuk tanya kos penamatan tol itu tapi dalam Belanjawan Pakatan, pembangkang tidak pun menerangkan apa mekanisme yang akan digunakan untuk tamatkan tol seluruh negara jika menang PRU14. Hanya tahu buat janji kosong.

MB Selangor Azmin Ali pula cuba ambil “credit” tentang dua program ADAM50 dan program penakungan air sungai kerana sama dengan program-program Selangor iaitu Tawas dan Horas. Tapi dia kena gelak sebab mantan MB Khalid Ibrahim yang reka 2 program tersebut sejak 2009.

Jelas Pakatan sudah terkedu dengan kecemerlangan Bajet 2018 yang telah mendapat tempat dihati rakyat. Agaknya apa lagi penipuan yang akan mereka buat nanti?

#TolakPakatanPRU14 #KekalBN

Komen Facebook

1 comment:

  1. Sseorang yg mempunyai akal budi yg baik akan sentiasa memberi jawapan yg baik juga.manakala yg berjiwa jahat dan hodoh maka akan sentiasa akan kluar ayat hodoh serta cacimaki.bukankah baik hujahkan atas isu yg dipertikaikan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa