Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 29, 2008

Ramadhan Almubarak

Assalamu alaikum semua teman-teman,

Saya baru saja pulih dari sakit migrane yang menyerang saya sejak petang semalam. Malang bagi saya ubat yang sepatutnya disimpan sudah habis dan saya keluar ke farmasi. Tapi malam tadi adalah malam jumaat dan di sini semua kedai tutup. Menanggung deritalah saya semalaman dengan tidur pun titak berapa nyenyak kerana sakit kepala yang amat. Pagi ini baru dapat ubat di farmasi cina. Sekarang dah ok, alhamdulillah.

Saya teringatkan Ramadhan akan tiba, dengan itu Mountdweller mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh berkat dan selamat berpuasa kepada :
Dan kepada semua yang melintasi blog saya semuga amal ibadah tuan/puan diberkati olehNya.

Terima kasih dan wassalam.

5 comments:

  1. Salam Ramadhan kepada Tuan juga. Semoga segala doa Tuan dimakbulkan Allah dan eksplorasi Tuan akan menemui kejayaan yang lebih gemilang.

    Amin.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Saudara,

    "Ramadan Mubarak" juga pada Saudara sekeluarga. Tentu Puasa dan Raya tahun ini berbeza buat Saudara sekeluarga terutamanya Suri saudara.

    Bersabarlah, sedakahkan Al Fatihah banyak banyak kepada semua yang telah pergi meninggalkan kita.

    Terima Kasih bagi saya tips pasal Lain Padang Lain Belalang itu. Bagus juga kami tahu.

    Selamat Beribadah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Saudaraku,

    Salam Ramadhan juga daripada saya buat saudara sekeluarga.

    Menjelang Ramadhan, bulan yang mulia ini, saya memmohon kemaafan kiranya sepanjang 'perkenalan' kita melalui dunia cyber ini terdapat bahasa saya yang kurang enak dimamah oleh saudara.

    Doa saya mohon saudara serta keluarga dirahmati dan diberkati ALLAH swt.

    Salam persaudaraan dari saya
    Sofi Yassin.

    ReplyDelete
  4. Selamat menjalani ibadah sepanjang ramadan bro n family.

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan!
    puasa di bulan ke9 (ramadhan) adalah simbolik 9 bulan kita berpuasa dan 'bersih'kan diri di dalam kandungan ibu!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa