Rasanya baru seminggu tidak update blog dan melilau di blog rakan-rakan. Tetapi dari perasaan sudah terasa amat lama. Sejak sabtu 23 Ogos 2008 saya dan isteri berada di Ipoh kerana Ibu Mertua saya Hajjah Saedah Binti Pandak Ahmad meninggal dunia. Terima kasih banyak-banyak kepada rakan saya melayuangkat.blogspot.com di atas ucapan "Takziah" beliau untuk keluarga terutama suri saya.
Pada jam 12.00 tengahari sabtu saya terima berita pemergian Allahyarhamah. Dan kami bersiap ala kadar dan jam 2.00 petang saya terus ke Ipoh dengan memandu macam "orang gila"( guna istilah anak saya yang bungsu/kedua) melalui jalan raya timur-barat. Dalam masa tiga jam setengah sahaja saya sampai di rumah Ibu mertua dengan menempuh jarak lebih kurang 350km.
Lantaran itulah saya tidak dapat mengikuti perkembangan PRK Permatang Pauh dan tidak juga sempat untuk merayau-rayau ke blog rakan-rakan. Maka ketinggalanlah saya dari semua maklumat dan keadaan terkini. Namun di dalam perjalanan saya pulang ke Kota Bharu dari Ipoh malam tadi saya mendengar berita kemenangan DSAI di Permatang Pauh dengan majoriti melebihi 15,000.
Sempena dengan kemenangan DSAI di Permatang Pauh saya dengan rasa bangga mengucapkan "Tahniah" kepada para pengundi PR di Permatang Pauh kerana berani membuat pilihan yang dianggap baik bagi mereka walau pun terpaksa melawan kerajaan. Tahniah juga untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (YB) kerana berjaya menjadi pilihan rakyat di Parlimen Permatang Pauh.
Saya ucapkan tahniah kepada rakyat Permatang Pauh adalah kerana sifat keterbukaan mereka di dalam membuat pilihan. Mereka saya anggap bijak dan tidak terikut-ikut dengan arus kempen yang kotor dan jijik BN. Bila saya layari blog rakan-rakan dan blog-blog lain yang bukan pro pembangkang sekembali saya ke rumah, saya rasa saya sudah dapat cukup maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku semasa kempen PRK Permatang Pauh. Saya naik mual dan jijik dengan cara kempen yang dijalankan oleh BN/UMNO.
Kenapakah BN masih memainkan isu perbadi, fitnah dan sumpah? Bukankah isu ini menjatuhkan imej Agama Islam itu sendiri? Kalau diri kita sudah bacul, jangan dibaculkan Agama Islam itu sekali. Islam adalah syumul dan bersih! kenapa kita kotorkannya hanya kerana kerakusan kuasa politik dan kebendaan? Kita sanggup jatuhkan air muka orang lain yang juga seagama dengan kita kerana hanya tidak sehaluan. Sanggup kita ajar generasi baru kita untuk berlaku kurang ajar kerana runtunan nafsu kita. Hilang akal kita, hilang tata susila, hilang budaya kita hanya kerana kerakusan kuasa. Keadaan ini memang membuat saya benci dan muak dengan BN/UMNO.
Surat khabar melacur, TV melalut dan para menteri memperbodohkan diri sendiri dengan statements yang di bawah tahap kecerdikan mereka. Bagi saya BN/UMNO kalah kerana memang rakyat sudah cuak dengan BN tetapi yang lebih mencuakkan lagi apabila manusia seperti KJ, Ezam, Tan Seri RahimTambi Cik yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang memang disangsikan imejnya oleh rakyat memainkan peranan yang besar di dalam kempen UMNO/BN. Isu sumpah dan liwat juga rakyat sudah tidak mahu dengar lagi tetapi masih dijaja di Permatang Pauh. Ezam dan Khairy Jamaluddin tidak sepatutnya di bawa ke Permatang Pauh. Mereka ini sudah disenarai hitamkan oleh pengundi di sana. Mungkin mereka tidak tahu tetapi takkan tidak ada maklumat dari risikan.
Bukannya semua petugas dan penyokong PKR/PR itu baik belaka. Tetapi bagi saya dari maklumat yang saya dapat, mereka menjadi kasar kerana provokasi. Kelakuan yang tidak senonoh BN/UMNO di balas dengan lebih tidak senonoh oleh penyokong PKR/PR. Naluri manusia memang suka berlawan. Sepatutnya pihak kerajaan lebih memaparkan ketertiban di dalam kempen. Ini tidak, mentang-mentang UMNO/BN parti pemerintah dan segala agensi di bawahnya, semuanya menjelma menjadi "Bota".
Dari segi keselamatan, pujian harus diberikan kepada pasukan polis. Walau bagaimana pun tindakan membuat terlalu banyak Road block/Pemeriksaan polis membuatkan rakyat tidak selesa. Bayangkan pada hari sabtu perjalanan saya dari Kota Bharu ke Ipoh terpaksa saya lalui enam road block. Lebih malang, saya dapati perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan berlaku kesesakan yang teruk adalah hanya kerana road block! Bukankah itu merimaskan rakyat dan menerbitkan kebencian rakyat? Di masa itu Malaysia seolah-olah menghadapi darurat! Wajarkah road block sebegini buat?
Walau apa pun saya ucapkan selamat memikul amanah rakyat buat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan syabas kepada semua petugas PKR/PR. Saya harap UMNO/BN belajarlah dari kesilapan. Rakyat tidak menolak sepenuhnya UMNO/BN tetapi UMNO/BN perlu memperbaiki diri!
Salam takziah Tuan. Maaf kerana tidak perasan. Mungkin, suasana semasa yang membuat saya alpa.
ReplyDeleteAl Fatihah.......Amin.
Salam takziah..
ReplyDeletetuan rimau dan mogen ali rico,
ReplyDeleteterima kasih dan salam untuk saudara semuga tuan-tuan dirahmati olehNya.
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteAdat bertanding ada kalah dan menang. Masing masing, kalah atau menang, adalah Hikmahnya yang Allah swt sahaja yang tahu.
Kadang kadang benda yang baik bagi kita itu adalah yang tidak baik, hanya Allah yang tahu.
Cuma kita berharap, ukwah kita sesama Melayu dan Islam tidak terjejas teruk dengan Pilihan raya dan dengan ideologi politik masing masing yang berbeza.
Saudara, lain kali hati hati memandu kereta. Bulan ini sahaja saya telah ke Utara dan di sini juga menziarahi saudara se Islam kita yang ditimpa kemalangan jalan raya.
Seorangnya baru berusia 24 tahun. Putus tangan kirinya dan dia ini kidal. Dia sedang menyesuaikan dirinya dengan belajar menulis dengan tangan kanan.
Dia kena tunggu tiga bulan baru boleh pasang tangan mekanikal. Kesian sungguh, tapi kita tidak berkuasa apa apa cuma berhati hati menggelakkan diri dari ditimpa kemalangan.
WaAllahuAlam.
Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat hari merdeka!!
ReplyDelete