Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 12, 2009

Nasib Perak

Hai apalah nasib Negeri dan Rakyat Perak.

Pemimpin sudah naik gila. Aku tendang kamu, kamu tendang aku. Aku halau kamu kelmarin, hari ini kamu halau aku. Gantung sana, lantik sini. Aku begini, kamu begitu. Mahkamah ini kata begini, Mahkamah itu kata begitu. Akhirnya rakyat mati kutu!

SiBelatuk kat Putrajaya tu pun dah mula berbunyi.

Tapi bagaimana pula dengan kenyataan ini

32 comments:

  1. tuan
    semakin bingung dengan percaturan yg ada.
    hari ini hari engkau
    hari esok betul tentu hari engkau.....
    hairan dan pelik.
    kemana pergi semua segala bijakpandai negeri............

    ReplyDelete
  2. entah bile nak habis cerita perak nih
    membosankan!

    ReplyDelete
  3. Salam Ayahanda,

    UBN sama PR bergasak rakyat makin merana, nampak macam dipermainkan pulak dengan kerakusan kuasa oleh UBN.

    Orang atas politik pulak senyap je..?

    ReplyDelete
  4. gilo....giiiiiiiiiiiiiiloo..........

    ReplyDelete
  5. Sakurasa.

    Nampaknya macam tu lah. Berkata-kata pun siapa yang nak dengar. Hanya antara kita di blog saja.

    ReplyDelete
  6. Saudara Jinggo.

    Saya dah terlalu pandai tetapi tidak bijak!

    ReplyDelete
  7. Hanis.

    Betul tu. Dah naik bosan!

    ReplyDelete
  8. W'salam anakanda Isa.

    Kerana berdolak dalik orang di atas politiklah yang demam makin melarat. Bukannya nak bagi ubat tetapi membiarkan penyakit semakin parah.

    ReplyDelete
  9. muraisenja.

    Itulah perkataan yang tepat dan berpadanan!

    ReplyDelete
  10. Lanun yang dah dicampak ke laut naik semula ke pantai atas pertolongan orang semenda Monggolia!

    ReplyDelete
  11. Salam Seladang.

    Lanun sudah bergabung dengan perompak.

    ReplyDelete
  12. Salam Pakdin..
    Nak buat macam mana.Undang-undang manusia sentiasa boleh berubah dan diubah..mmm..

    ReplyDelete
  13. Tuan,
    Sekejap Nizar, sekejap Zambry. Masing-masing kena cepat bertindak......... Ehmm macam slogan Perak Kejor Yop Kejor!!

    ReplyDelete
  14. W'salam PG.

    Itu undang-undang dunia. Boleh dicorner baring ikut suka. Undang-Undang Allah lagikan sanggup dipersenda! Sup tanganlah, sup kakilah, tak ada pisau cukurlah. Entah apa-apa lagi.

    ReplyDelete
  15. rajasedaka.

    Betul, masing-masing kena tangkas bertindak dan mengatur strategi. Tetapi masalahnya urusan pentadbiran. Sekali orang itu, sekali orang ini. Sekali begitu, sekali begini. Maknanya sebarang urusan yang telah dibuat oleh orang-orang ini tidak laku dan akan terbatal dengan sendirinya.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum uncle..

    perak oh perak!

    buatlah pilihanraya semula.. itulah jln yg terbaik..

    tp surelah pihak sana x mahukan??

    agak2lah...

    ds nizar mb perak yang sah!!

    syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  17. Salam Pakcik..
    Kemelut di Perak sungguh mengelirukan rakyat jelata..kelemahan perundangan di Malaysia begitu jelas dgn kekeliruan yg timbul...Begitu mudah keputusan perundangan ditolak sana-sini(mmg lemah sbb undang2 buatan manusia)..sekejap sah,sekejap tak sah..mcm biskut pulak..

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam T,

    Memang Nizar MB yang sah tetapi buat apa dengan status itu kalau tidak boleh menjalankan tugas.

    Jalan yang terbaik hanyalah serahkan mandat kepada rakyat Perak untuk membuat pilihan semula.

    Sultan Perak pun yang liat sangat tu, kenapa agaknya? Nak kata bimbang pula akan jadi tohmahan.

    Selamat bercuti dan mengeratkan hubungan keluarga.

    ReplyDelete
  19. W'salam UXOP.

    Itulah undang-undang manusia. Siapa yang berkuasa boleh buat apa saja. Mahkamah baru saja nak pulih credibilitynya sudah hilang dalam sekelip mata.

    DUn sudah tercemar dan sudah hilang kemuliaan kerana kerakusan nafsu manusia yang juga menjadi penciptanya.

    Undi dan suara kita sudah tidak ada nilai dan harganya lagi. Nak lompat, mereka lompat sesuka hati sedangkan para Wakil Rakyat membawa mandat dan amanah rakyat berdasarkan parti yang diundi. Wakil Rakyat telah bertukar menjadi keparat yang munafik.

    ReplyDelete
  20. ini kerana pemimpin yang ada hanya memikirkan kepentingan diri, kepentingan rakyat diabaikan. agama dibelakangkan. tengoklah rakyat perak ajar mereka bila pru 13 nanti.

    ReplyDelete
  21. Sdr. Reformis Jalanan.

    Kerana nafsu pemimpin keadaan semakin keliru. Yang pasti pentadbiran Negeri Perak menjadi haru biru dan yang merana adalah rakyat.

    PRU 13 nanti apa takdirnya ye?

    ReplyDelete
  22. salam uncle..
    ermm lamanya tunggu.. bila lagi ni.. cepat!! cepat adakan pilihanraya..

    ReplyDelete
  23. W'salam Rashid.

    Itulah yang sebaiknya atau hanya di 3 DUN yang diwakili oleh katak 3 ekor tu.

    Katak-katak itu dipilih oleh pengundi bukan atas nama katak tetapi atas nama parti yang diwakili. Kalau 3 ekor katak ini ada maruah dan ada telur tapi yang satu tu sudah pasti tidak bertelur letak jawatan dan bertanding semula atas platform/parti yang dia melompat. Jadi pengundi boleh buat pilihan baru. Sama ada masih memilih katak ini atau orang lain.

    Itu barulah adil dan gentlemen. Rakyat akan berpuas hati. Kalau tidak selamanya akan di dalam kelas munafiq dan mengkhianati amanah pengundi.

    ReplyDelete
  24. uncle,
    mcm dirancang2 je keputsan yg kjap gitu,kjap gini..skali pikir mmg x masuk dek akal..suka2 hati diorng je buat pape..

    ReplyDelete
  25. leiah.

    Itulah adab dunia dengan undang-undang dunia. Siapa yang berkuasa dialah "raja".

    Maknanya kita kembali semula ke zaman pagan. Siapa yang kuat dan berani, dialah ketua.

    ReplyDelete
  26. Pertama sekali saya amat menghormati pandangan YB Zulkifli yang telah beramal dalam bidang guaman jauh lebih lama berbanding saya. Isu di sini apa dia stay of Execution?
    SOE bermaksud dari segi pemahaman undang2 bermakna menggantung dahulu keputusan Mahkamah bawahan sementara Mahkamah sekarang mengeluarkan Keputusan berkenaan sesuatu kes terbabit.

    1) Berkenaan dengan Stay of Execution dan pandangan YB Zulkifli tentang isu yang sama.

    Contoh dalam kes Anwar Ibrahim yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan menggantung perlaksanaan penjara terhadap Dato' Seri Anwar sementara menunggu rayuan sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Zulkifli. Tetapi harus diingat walaupun mengambil kes itu sebagai contoh adalah betul tetapi ianya tidak tepat. Ini kerana, kes jenayah adalah berlainan dengan kes civil dalam undang2 pentadbiran dan perlembagaan. Dalam kes DS Anwar mahkamah memutuskan SOE kerana konsep Seseorang tidak bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya bermakna dalam kes ini penangguhan dibuat untuk mengekalkan status DS Anwar sebagai seorang yang belum bersalah lagi.

    2) Kenapa saya kata Kes Anwar walaupun betul tapi tak tepat?

    Kalau kita ambil prinsip kes DS Anwar dan aplikasikan dalam kes MB Perak ia akan menjadi seolah-olah di dalam kes Anwar Ibrahim tersebut, Pendakwa Raya dan DS Anwar kedua-dua pihak adalah orang yang dituduh dan perlu untuk dibicarakan padahal ianya tidak sebegitu.

    3)Apa sebenarnya isu berkaitan dengan MB Perak disini?

    Sebagaimana kita maklum pada masa sekarang ini Perak mempunyai 2 MB. Mungkin saya faham walaupun tak puas hati bahawa mahkamah Rayuan memberikan SOE kepada DS Zambery. Sya tidak berpuas hati bukan disebabkan saya ini salah seorang penyokong DS Nizar tetapi ia berkenaan dengan isu undang2 yang pada pandangan saya, Mahkamah Rayuan memberikan satu keputusan khilaf/salah yang jelas.

    4) Penerangan.

    Dalam hal ini saya memulakan dengan memberi contoh mudah untuk pemahaman semua dan ianya tidak ada kena mengena dengan individu yang namanya saya sebut di sini.

    Stay of execution dalam kes civil biasa

    Bank Islam vs Syarikat Abu

    Dalam kes ini Bank islam mendapat perintah daripada mahkamah tinggi untuk sita Syarikat Abu kerana gagal bayar hutang. Maka Syarikat Abu merayu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan syarikat Abu untuk Stay of Execution pada perintah sita tersebut kerana dalam proses rayuan. Dalam kes ini Bank Islam adalah pihak yang menuntut haknya(yang berupa wang) daripada Syarikat Abu. Dalam kes ini amat jelas siapa pihak yang menuntut dan pihak yang dituntut. Ianya tidak ada masalah besar untuk mengetahui status antara Bank Islam dan Syarikat Abu. Oleh itu tidak ada masalah besar kalau Mahkamah Rayuan memberi SOE pada Syarikat Abu. Tetapi dalam kes MB Perak status kedua-dua MB tersebut adalah perkara yang dipertikaikan. Diantara DS Nizar dan DS Zambery siapa sebenarnya MB Perak. Jika mengikut fakta kes kedua-dua mereka boleh dikatakan sebagai MB Perak cuma diantara mereka berdua siapakah yang benar mengikut undang2.

    5) Penerangan SOE mengikut situasi

    a) Kes DS Anwar

    SOE dalam kes DS Anwar berkenaan penanguhan hukuman sementara Mahkamah memutuskan sama ada DS Anwar bersalah atau tidak bersalah. SOE dalam kes ini merujuk kepada Pendakwa Raya.

    b) Kes Bank Islam vs Syarikat Abu

    SOE dalam kes ini juga berkenaan dengan penanguhan sementara terhadap perlaksanaan kerana masih lagi dipertikaikan sama ada Syarikat Abu harus disita atau tidak. Status harus disita atau tidak merujuk kepada satu pihak sahaja iaitu Bank Islam untuk laksanakan perintah mahkamah.

    c) Isu MB Perak

    Ini adalah satu isu yang sangat unik dan memeningkan kepala. Saya memohon mahkamah supaya membicarakan dengan seadil-adilnya isu SOE ini. DS Nizar dan DS Zambery kedua-duanya mendakwa mereka adalah MB yang sah. Apabila Mahkamah Rayuan memberi SOE pada DS Zambery satu ketidakadilan dari segi undang2 telah berlaku dan ianya sangat memberi impak dan kesan yang yang sangat besar pada pentadbiran Negeri Perak. Masalah yang berlaku di Perak seperti (#)satu pasangan kembar yang berkongsi jantung yang mana A menyatakan bahawa jantung itu miliknya dan B juga menuntut perkara yang sama. Aplikasikan contoh ini pada isu SOE yang dikeluarkan oleh Mahkamah rayuan, ianya seolah-olah mahkamah telah membuat keputusan awal dengan memberi Jantung kepada A dan menyebabkan B mati padahal status siapa sebenarnya yang layak mendapat jantung itu masih lagi dipertikaikan. Tanyalah diri anda kalau kes pasangan kembar ini dihadapkan dihadapan anda, adakah anda akan mengeluarkan SOE(yang bersifat sementara itu) pada salah seorang mereka atau anda akan keluarkan perintah sementara yang menyatakan "Buat masa ini jantung itu milik anda berdua".

    Begitu juga dengan kes MB Perak ini Mahkamah tak boleh mengeluarkan SOE pada DS Zambery. Apa implikasinya kalau ianya diberi kepada DS Zambery ataupun DS Nizar. Rayuan Dr Zambery dibuat pada 12/5/2009 dan mendapat SOE. Dr Zambery menjalankan tugas sebagai MB dan membuat beberapa polisi. Pada 30/7/2009 Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa MB Perak adalah DS Nizar kan sudah berlaku konflik yang sangat besar berkenaan dengan polisi yang dibuat oleh DS Zambery yang akan automatik batal dan void abinitio. Contoh paling mudah berkenaan dengan kereta Toyota Camry. Katakanlah untuk membuat lelongan kereta itu memerlukan kebenaran khas dari MB. Pada 1/6/2009 kereta itu telah dijual dan MB yang membenarkannya adalah Dr Zambery serta sejumlah wang telahpun dibayar. Apabila jawatan MB dikembalikan pada DS Nizar apa yang akan terjadi pada urus niaga tersebut. Begitu juga dengan hal2 lain yang berbangkit. Lihat sahaja keluhan yang terjadi pada kontraktor di Terengganu. Pada zaman DS Idris jusoh mereka telah diberikan peluang untuk membuat projek pembinaan di Terengganu atas jemputan daripada MB Idris tanpa ada kertas putih dan salah dari segi prosedur. Bila mereka menuntut bayaran daripada MB Mat Said mereka tidak dilayan kerana kontrak yang mereka masuk itu dari awal lagi sudah void abinitio. Begitu juga halnya di Perak jika kelulusan diberi oleh MB yang tidak sah maka kontrak atau polisi itu jadi tak sah dan pihak yang terlibat akan menanggung kerugian. Seterusnya Mahkamah tidak ada kuasa dibawah mana writ yang benarkan DS Zambery menjadi "caretaker" untuk kerajaan Negeri Perak. Tidak ada peruntukan undang2 yang menyatakan DS Zambery hanya menjadi caretaker pada kerajaan Perak yang boleh dikeluarkan oleh mahkamah. Ingat ini isu penjagaan anak ke. Jika ada pengamal undang2 yang menyatakan sebegitu tanya pada beliau, di bawah undang2 mana, bawah court order mana dan di bawah perlembagaan mana. Sebelum tahun 1988 MUNGKIN boleh tapi selepas tahun 1988 sudah tidak boleh. Semuanya TERIMA KASIH pada Tun Mahathir yang merosakkan Institusi kehakiman.

    #PERHATIAN CONTOH YANG SAYA BERIKAN BUKANLAH CONTOH YANG TEPAT TAPI SEMATA-MATA UNTUK PEMAHAMAN SAHAJA.

    ReplyDelete
  27. iam_khufu.

    Terima kasih di atas penerangan dan penjelasan yang panjang lebar. Alhamdulillah saya mendapat makluman dan memahami situasi sebenar dari segi undang-undang.

    Maka nyatakan kerana kesilapan dilakukan dari mula maka kesilapan akan dlakukan lagi untuk menutup kesilapan yang terdahulu. Inilah jadinya bila terlalu ghairah bertindak dengan cara yang melulu.

    Kesilapan ditimbus dengan kesilapan ditimbus lagi dengan kesilapan dan ahkirnya yang tertimbus adalah rakyat.

    ReplyDelete
  28. APASALAH GENG PR NI DOK KALUT NAK BUBARKAN DUN & DOK CERITA PASAL MAHKAMAH. SEMUA TU TAK CONFIRM BOLEH SETTLE KAN PROBLEM PUNYA.
    CERITA TAK JADI PANJANG KALAU YB NIZAR @ ORG SURUHAN DAP NI TAK "KETEGAQ" NAK JADI MENTERI BESAR JUGAK WALAUPUN DAH HILANG MAJORITI. BUAT UNDI TAK PERCAYA JE...TAPI ADA BERANI KE GENG PR NI NAK BUAT UNDI TAK PERCAYA....

    KENAPA TAK PERLU BUBAR DUN, SILA BACA KAT SINI

    KUASA YANG ADA PADA SULTAN BOLEH DIKATAKAN 3 PERINGKAT..

    1. SAPA ADA MAJORITI DIA JADI KERAJAAN. SO, KALAU PAKATAN BOLEH DAPATKAN BALIK MAJORITI ADUN YG MEMIHAK KEPADA MEREKA ESOK, AKU SURE SULTAN PUN TAKKAN NAK BAGI BN MEMERINTAH PULAK. MAU HURU-HARA LAGI TERUK PERAK TU...
    P/S... JANGAN KITA TUDUH ORG YANG MELOMPAT TU TAK BERSIH / SEPERTI MENERIMA RASUAH KALAU SEKADAR DGR2 ATAU BACA DARI BLOG TANPA PERTIMBANGAN, KALAU DULU ANWAR IBRAHIM JADI MELOMPAT "KATAKKAN" 30MP DARI BN UTK NAK TUBUH KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU UNDER PR...HANG RASA SEMUANYA 100% IKUT JE...TAK DIRASUAH.

    2. SELAIN DARI MENGGUNAKAN MAJORITI ADUN, SULTAN BOLEH BUBARKAN DUN. BETUL... MEMANG SULTAN BOLEH TAPI YANG HANG NAK KALUT DOK BUBAR DUN TU BUAT APA, BARU SETAHUN PRU12, KATAKAN BN MENANG & MAJORITI 2,3 ORG ADUN JE...PASTU PR PULAK KATA BN TAKTIK KOTOR, BAWAK PENGUNDI HANTULAH, TIPU UNDI POS LAH & MACAM2 LAGI. ATAU PR MENANG DGN MAJORITI YANG SAMA JUGAK, PASTU 2,3 BULAN ADA YANG LOMPAT PULAK MASUK BN ATAU PUN KEADAAN SEBALIKNYA... PASTU...PASTU...PASTU... APA PULAK YE...DUIT CONFIRM BERJUTA DAH HABIS. PILIHANRAYA SATU NEGERI BEB BUKAN SIKIT.LOMPAT PARTI TAK SALAH LA DARI SEGI UNDANG2 WALAUPUN DARI SEGI MORAL AKU PUN TAK BERAPA SETUJU...KALAU RASUAH YANG BERJAYA DIBUKTIKAN TU MEMANGLAH SALAH….

    3. PAYAH2 SGT KUASA TERAKHIR YANG ADA KAT SULTAN, BAGINDA ISYTIHARKAN JE DARURAT, 2,3 HARI CUKUP LE, WAKTU TU BAGINDA NAK PILIH SAPA SEBAGAI WAKIL UTK MEMERINTAH UNTUK NEGERINYA, IKUT SUKALAH. TAPI CARA NI YANG PALING LECEH & BEBANKAN RAKYAT.

    KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI & DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKIUT SUKALAH..

    AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN....KATA SBLM NI BN BYK BAGI TANAH KAT TOKEY CINA, DAH TU PR MEMERINTAH HANG PA NAK BAGI LAGI KAT CINA2 DI KG BARU TU, DEPA DUDUK SITU DULU PUN BRITISH YG BUKA TANAH SBB NAK KURANGKAN PENGARUH KOMUNIS ( DUDUK FREE LE ), KALAU PI "MUGAQ" / TEROKA MACAM ORG MELAYU KAT FELDA TU TAK PA JUGAK.(BRITISH BUKA TAPI "KULI" NYA ORG MELAYU LE DOK MENEBAS KAWASAN TU)

    BILA HANGPA BAGI LAGI, LAGI LA BODOH, KAT KG BARU TU KEBANYAKKAN CINA2 TUA JE, ANAK2 DEPA DAH KAYA RAYA....TANAH KAT TEMPAT LAIN BELAMBAK DAH...HA TU BAGI LAGI...LAGI...

    BIAQ BN MEMERINTAH SAMPAI PRU13, KALAU DEPA DOK MACAM TU JUGAK BARU TUKAR. BN DAH MEMERINTAH 50 TAHUN TAKDE LAGI MATI KEBULUR ORG PERAK TU, WALAUPUN DEPA PASTINYA ADA MELAKUKAN KESILAPAN DULU TAPI BUKANNYA KELAM KABUT NAK BAGI TANAH SAMPAI 999THN. MUNGKIN DAH KIAMAT DAH WAKTU TU. HANG INGAT SENANG KE NAK DPT BALIK TANAH TU.

    NAK ROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN TU TAK PAYAH 50 TAHUN SETAHUN PUN DAH CUKUP LA, NI NAK BAGI MEMERINTAH LAGI 5 TAHUN. BAGI PR & BN TU SEDAR SIKIT APA YANG PENTING UTK RAKYAT. KALAU PR MENANG ISU NI, CONFIRM DEPA KATA BAGI TANAH KAT CINA 999TAHUN PUN TAK PA, RAKYAT PERAK SEMUA SETUJU, SOKONG DEPA....

    HANG JAWAB BALIK HUJAH KAT AKU SEBAGAII ALASAN YANG PALING PRAKTIKAL MENSTABILKAN PERAK. UNDI TAK PERCAYA DAH CUKUP. TAPI PR NI “KETEGAQ” ORG KEDAH KATA, TERUTAMANYA DAP, NIZAR TU PUN SAMA.

    ReplyDelete
  29. salam saudara moundtdweller,

    saya mmg mengikuti blog saudara, tapi hanya sebagai pembaca hantu saja. cuma kebelakangan ini, saya dapat perhatikan approach saudara. dari seorang yg cuba untuk berlaku neutral, sekarang saudara sudah tidak boleh bersabar lagi. lantas mempersembahkan perasaan tidak puas hati saudara di dalam blog, atas protes kegilaan gerombolan2 tersebut mengambil alih perak dan mempergunakan segala apa institusi di bawah mereka untuk meghalalkan cara.

    saudara, sebagai umat islam mari lah kita sama2 berdoa, agar dilepaskan dari cengkaman gerombolan gila kuasa ini, demi mencapai kesejahteraan idup bersama di dalam negara berkebajikan. insyaAllah.

    TQ.

    ReplyDelete
  30. Saudara HASMAWI.

    Terima kasih kerana singgah dan memberikan pendapat dari sudut pandangan saudara. Bagus juga sebab kita masih boleh bebas bersuara walau pun di blog yang percuma.

    Dari segi kuasa Raja, dari segi undang-undang saya tidak mahu berhujah atau pun komen sebab itu bukan bidang saya. Saya tidak mahu jadi bodoh bercakap atau berhujah di dalam bidang yang saya tidak tahu atau kurang arif.

    Apa yang saya katakan adalah dari sudut moral dan rakyat. Saudara tentu sudah baca komen saya di n3 9 May 2009. dan tentu saudara sudah faham. Itulah pendirian saya.

    Dari sudut pentadbiran dan kebajikan rakyat, mereka yang bertelagah mesti selesaikan dengan cara yang bijak. Tidak kiralah undi tak percaya ke, Pilihanraya semula ke atau Raja menggunakan apa-apa kuasa yang ada dan mengikut Perlembagaan ianya dibolehkan. Kalau mengikut saluran Mahkamah ianya akan berlarutan. Sekejap si A dan esok pula si B dan mungkin lusa pula A balik. Tidak ada kesudahannya.

    Tentang menjahanamkan negara ni, tak payah nak berhujah. Memang sudah terang lagi bersuluh. Rezab Melayu, Singapura, Batu Puteh, Wilayah Iskandar, Pulau Pinang di kala majoriti kerusi di pegang UMNO, tak larat saya nak tulis. Saya dah 54 tahun. Banyak yang saya rasa, banyak yang saya lihat dan memang saya adalah seorang yang suka memerhati. Tapi kalau saudara berumur 70 tahun mungkin saudara lebih banyak pengalaman dan semestinya sudah banyak melihat, merasa dan berfikir kalaulah mahu berfikir dan dikurniakan Allah kewarasan. Kita harus berpijak di bumi nyata.

    Hati kecil saya memang saya tidak akan gembira walau pun siapa berkuasa selain dari bangsa saya di bumi datuk nenek saya ini. Tapi apakan daya kita terpaksa terima hakikat yang kita hidup di dalam negara yang berbilang bangsa. Kalau UMNO boleh tidur sebantal dengan MCA dan MIC kenapa pula PAS dan PKR tidak boleh tidur setilam dengan DAP? Tolong rasionallah!

    Tentang pembaziran. Kalau buat sesuatu secara berhemah tidak akan berlaku pembaziran yang nyata. Kenapa pembaziran berlaku? Cuba saudara tengok statement perbelanjaan PRK Kuala Terengganu. Ke mana sebenarnya duit jutaan di habiskan? Kita bukan negara perang atau negara polis. Kalau kita demokrasi seperti yang dilaungkan, buatlah cara demokrasi. Ini tidak, cuba tengok berapa yang dihabiskan oleh polis? Buat apa hantar begitu ramai anggota?

    Tentang pengundi hantu juga saya tidak mahu komen sebab saya juga biasa bertugas di bilik mengundi bagi pihak SPR. Saya tidak boleh buka mulut. Maaf!

    ReplyDelete
  31. W'salam sdr. aZRoy,

    Terima kasih kerana kali ini sudi tinggalkan jejak.

    Itulah harapan kita rakyat malaysia dan khasnya rakyat Perak. Kekusutan sepatutnya dirungkai dengan cara yang beradab dan bertamaddun.

    Sama-samalah kita doakan. saya pernah sarankan sepaya dibuat majlis solat hajat berjemaah secara berterusan. Allah pasti mendengar sebab sifatnya mendengar. Allah mesti memberikan rahmat sebab sifatnya Rahman dan Rahim. Insya Allah kekeliruan dan kekusutan akan berakhir.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa