Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 9, 2009

Yit Foong Dihina?

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 8 Mei - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong kesal dengan tindakan wakil rakyat pembangkang yang bukan sahaja menghina kecacatannya tetapi sanggup mengancam memukul beliau.

Malah katanya, seorang wakil rakyat pembangkang telah melemparkan buku Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ke arahnya sebagai tanda amaran selain mereka mengeluarkan kata-kata seperti 'OKU' dan 'Awak tak ada kaki.'

Yit Foong berkata, wakil rakyat yang terdiri daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit bertindak di luar batas kemanusiaan kerana beliau menggunakan kuasa mengambil alih perjalanan sidang DUN.

''Beberapa kali mereka ancam saya. Mereka hina saya sebagai OKU (orang kurang upaya). Memang saya tidak menafikan Speaker berkuasa menentukan perjalanan Dewan. Tetapi apabila (Speaker) tidak menguruskan perjalanan Dewan dengan baik, masa itu, saya mempunyai kuasa untuk mengambil alih.

''Saya bukan menyalahgunakan kuasa atau pun merampas kuasa Speaker. Saya hanya melaksanakan tugas memastikan urusan sidang berjalan lancar," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.

Hadir sama, ADUN Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Chenderoh, Datuk Siti Salmah Mat Jusak; ADUN Kampung Gajah, Dr. Wan Norashikin Noordin dan ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Peraturan tersebut kata Yit Foong, termaktub dalam aturan 36A (1b) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berhubung kuasa Timbalan Yang Dipertua.

Menurut Yit Foong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, sekiranya pembangkang merasakan beliau telah menyalahgunakan kuasa yang ada, mereka berhak membawa perkara itu ke mahkamah.

Menjawab tuduhan seorang wakil rakyat pembangkang bahawa beliau menggunakan semburan lada hitam ketika kekecohan berlaku di dalam Dewan semalam, Yit Foong berkata, pembangkang boleh membuat laporan polis jika mereka mendapati memang benar beliau melakukannya.

Katanya lagi, apa yang berlaku dalam sidang Dewan semalam menunjukkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang lebih mementingkan diri sendiri.

Ditanya sama ada beliau serik menjadi Timbalan Speaker, katanya; ''Jika saya masih diberi kepercayaan untuk jawatan ini, saya akan teruskan."

Ulasan saya :

Yang tidak patut adalah menghina peribadi (tidak ada kaki). Tetapi dalam bab lain, pendiriannya pun memang cacat (tidak ada pendirian). Mengkhianati pengundi yang mengundinya dahulu pula tidakkah ianya juga hina? Menikam kawan dari belakang pun bukankah sama hina? Merampas secara kasar yang bukan haknya pun juga hina. Tapi sehinanya dia lebih hina lagi ialah manusia yang menunggangnya.

Jadi memang dia adalah seorang yang hina dan memang patut dihina. Tidak sepatutnya dia marah bila dia dihina selain dari menghina kecacatan fizikalnya. Kecacatan fizikal adalah takdir, memang tidak boleh dihina.

Saya tengok dan baca apa yang berlaku.

26 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Saya setuju, pada saya tidak kira siapa pun, baik yang normal atau OKU, kerana masing2 ada akal dan tahu membezakan baik buruk.

    bagi saya ini sekadar episod meraih simpati sahaja.

    ReplyDelete
  2. W'salam anakanda Isa.

    Kita bukan menghina kekurangan fizikalnya. Tetapi menghina pendirian dan perbuatannya.

    ReplyDelete
  3. Salam Pakdin.Apa habaq..
    Tak gi jalan mana2 ker?
    ..Kalau dalam tentera,2 benda tidak boleh diborakkan..POLITIK and AGAMA..heehe

    ReplyDelete
  4. Good day to all,

    We would like to invite you to our blog "Misi Membebaskan Tahanan ISA" to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:

    http://bebaskanmereka.blogspot.com

    We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well.

    Justice for all.

    ReplyDelete
  5. Evelyn.

    Thanks for dropping by and thanks for the invitation. Yes I will.

    ReplyDelete
  6. W'salam PG.

    Alhamdulillah kesihatan saya masih baik. Terima kasih kerana tanyakan perkhabaran. Pak Din tak ke mana-mana, malas pula rasanya nak jalan-jalan. Mungkin jemu kot? Kerana sebelum ini selalu sangat berarak KB-KL, KL-Ipoh, Ipoh-Penang dan Penang-KB. Dah letih rasanya.

    Dalam persahabatan juga ada etikanya iaitu ditambah satu lagi. Bangsa, Agama dan Politik jangan disentuh sekiranya akan membuat sesiapa di antara kita tersentuh kecuali memang di dalam aliran berkaitan.

    Orang Agama akan bercakap tentang agama, orang politik akan bercakap politik dan yang paling tidak senang ialah bila orang politik bercakap tentang politik yang perkauman. Semua bangsa sayangkan bangsanya tetapi kalau dilaungkan akan buruk jadinya.

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan,

    Apa yang berlaku di Perak adalah satu pencabulan kedemokrasian yang dilakukan oleh gerombolan bn untuk kesinambungan politik mereka...mereka dah tak ada jalan lain...mereka cukup takut untuk memberi ruang kepada rakyat dalam membuat keputusan.

    Semoga di pilihanraya yang akan datang kita pastikan mereka-mereka ini tidak di beri kuasa lagi.

    wassalam

    ReplyDelete
  8. Salam sdara MountDweller,

    Menghina kejadian Allah memang dilarang. Samada kita suka ataupun tidak.
    Perangai dan perbuatan, itu kita yang buat. Boleh diserang hebat.

    Oh ye! Fakhron Diyana tu TLDM. Besar pahala dia tolong melepaskan fardhu kifayah semua muslim di negara kita, termasuk saya. Sampaikan terima kasih dan tahniah saya kepadanya kerana melepaskan fardhu tersebut.

    ReplyDelete
  9. Pakdin,

    Saya yakin sangat pengundi di Jelapang akan tolak dia dalam PRU akan datang, itupun kalu dicalonkan. (Pasti DAP tak calonkan dia dah..)

    Tadi, saya sempat sembang dengan seorang rakan Tionghua, tauke kedai fotostat yang nyata sekali tidak setuju apa yang berlaku dalam DUN Perak.

    "Saya ingat aa... 90% orang Cina akan tolak BN." katanya kepada saya.

    Saya tanya mengapa.

    Dia nyatakan bahawa orang Cina juga pentingkan maruah dan harga diri. Apa yang berlaku di Perak, bakal menjadi lebih kronik jika ekonomi tidak pulih dalam jangka terdekat.

    Entahlah Pakdin. Saya pun dah 'cemoih' (bosan, jelek) dengan apa yang berlaku. Tunggu sajalah PRU.

    ReplyDelete
  10. W'salam sdr. manns'gor

    Ya, ketakutan membuat manusia tak tentu hala dan menggila. Terlalu takut juga membuat manusia hilang akal dan kewarasan.

    ReplyDelete
  11. W'salam Dr.

    Manusia yang beriman tidak akan menghina kejadian Allah yang buruk. Tetapi sifat buruk hatinya adalah terdedah kepada penghinaan dan teguran.

    Ya Dr. Diyana (Along) berkhidmat di Kapal KD Pahang. Allah takdirkan dia begitu. Dulu semasa masuk U, semua ahli keluarga menyuruhnya mengambil Medic tetapi dia berkeras nak masuk ATMA/UPNM dan ambil Engineering. Jadi kami akur saja kehendaknya. Masa hadapan dia, maka dialah yang berhak tentukan. Namun saya tetap bangga dan bersyukur.

    ReplyDelete
  12. Sdr. Brahim

    Entah bila ya, krisis Perak ini akan berakhir dan bagaimana pula ianya berakhir? Pelik sungguh dan inilah sejarah keanihan politik dicipta oleh badut-badut politik.

    Dia telah menggali lubang kubur politiknya di Jelapang yang sememangnya kampung DAP.

    ReplyDelete
  13. salam ptg buat uncle..
    apa kabar uncle..
    moga sehat2 dan tenang selalu..
    ms ckup terhad nak blogging mcm dulu2..sempat jengah sekejap2 je..

    ReplyDelete
  14. SALAM...
    MEREPEK LAH LU NI BRO....
    LU BUKAN TAHU APA PUN....
    SADIS BETUL AYAT LU TU KAT CINA KAFIR CACAT NI.

    LAIN KALI NAK ULAS TU HARAP LU KAJI LAH DULU...
    FIKIR DULU....

    CUBA KHABAR TANG MANA SALAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG PASAL HAL KERAJAAN BARISAN NASIONAL INI.

    TANG MANA SALAH???

    NIZAR DAN KOMUNIS MENGGANAS MENGHAPUSKAN ISLAM http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/nizar-bintang-tiga-dan-konconya.html

    ReplyDelete
  15. W'salam sdr. gomo.

    Maaflah saudara, saya tidak bercakap tentang undang-undang sebab saya tidak mahir. Tetapi apa yang saya bercakap adalah dari moral.

    Cuba saudara baca komen saya kat bawah tu. Adakah ianya beretika atau bermoral.

    Pada saya, saya tidak menyokong sesiapa pun. Sivakumar dan Speaker baru yang dilantik BN pun India juga. Bukannya Melayu. Nizar Melayu dan Zambry pun kira Melayu. Jadi apa bezanya?

    ReplyDelete
  16. W'salam azza.

    Alhamdulillah uncle sihat dan begitu juga didoakan azza dan suami.

    Suami dah selamat pulang, alhamdulillah dan sampaikan tahniah uncle untuknya.

    ReplyDelete
  17. undang2 dah pun tercemar..... undang yg ada dah lapok...... dah x boleh digunapakai lagi.... sebabnya undang2 yg dok ada la ni boleh dipertikaikan dan diragui.... Jadi x payahlah guna lagi undang ni..... bubar jer undang2 tu ganti dgn undang yg ditetapkan oleh Allah S.W.T. yg terbukti boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat agama dan bangsa di dunia ini. Inilah undang2 yg menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat.... laksanakan segera.... adios

    ReplyDelete
  18. muraisenja

    Betul tu. Semuanya yang orang beragama Islam mesti menerimanya dengan syukur kecualilah Islamnya hanya dibibir.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah,

    The court has decided. Let the fiasco ended.

    Waiting for YB Nizar honored his word to dissolve the DUN's

    ReplyDelete
  20. Salam aZRoy.

    Yes alhamdulillah and thanks for your visit.

    Hope YAB Nizar will keep his promise to dissolve the DUN and let the rakyat make their decision.

    ReplyDelete
  21. Salam Tuan,

    saya setuju Ulasan tuan :

    Yang tidak patut adalah menghina peribadi (tidak ada kaki). Tetapi dalam bab lain, pendiriannya pun memang cacat (tidak ada pendirian). Mengkhianati pengundi yang mengundinya dahulu pula tidakkah ianya juga hina? Menikam kawan dari belakang pun bukankah sama hina? Merampas secara kasar yang bukan haknya pun juga hina. Tapi sehinanya dia lebih hina lagi ialah manusia yang menunggangnya.

    Jadi memang dia adalah seorang yang hina dan memang patut dihina. Tidak sepatutnya dia marah bila dia dihina selain dari menghina kecacatan fizikalnya. Kecacatan fizikal adalah takdir, memang tidak boleh dihina.

    Mungkinkah itu yang dimaksudkan sebagai CACAT oleh YB PR dalam DUN tempohari?

    thx!

    ReplyDelete
  22. W'salam sdr. perfectwater75.

    Mungkin juga maksud CACAT sebagaimana saya kata. Itu adalah statements dia. Siapa yang kata tidak dinyatakan.

    Dalam video yang menunjukkan dia sembur serbuk lada tu, dia tak mangaku pulak tapi kalau nak mempertahankan diri adalah haknya.

    ASatu kemusykilan, bolehkah dibawa masuk benda tu ke DUN? Mungkin ada kebenaran special kot? Polis lagi boleh bawa senjata ke dalam.

    ReplyDelete
  23. Mak Su.

    Entahlah apa nak jadi dengan Perak ni. Rakyat pening, rakyat akan mabuk gaknye!

    ReplyDelete
  24. Jangan layan Gomo tu...
    Dari mana datang komunis pulak?
    DAP tu ke komunis?

    ReplyDelete
  25. raja

    Tak apa. Pak Din akan layan dia setaraf dengannya. Kalau budak kita layan macam budak. Kalau dewasa kita layan sebagaimana dewasa. Kan itu namanya berhemah?

    Pak Din ni boleh saja, dengan gaya macam mana pun.

    Tang komunis tu dia tujukan kepada DAP. Tak apalah itu hak dan kebebasan dia untuk berkata-kata.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa