Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 14, 2009

Copy and paste dari blog ANAKLAUT (izinkan saya) untuk renungan bersama. Ikutkan nafsu bukan setakat diri yang binasa bahkan negara juga melayang.

Di bawah adalah cerita Sultan terakhir Singapura kehilangan tahta semata-mata kerana duit.
Makam Sultan Hussein Shah di Tengkera Melaka

Istana Sultan Hussein Shah dibaik pulih di Singapura

Sir Stamford Raffles - Gabenor Singapura yang bertanggungjawab ke atas Kehilangan Takhta Kesultanan Melayu Singapura

Semuanya berpunca daripada wang sebanyak 33,2000 (duit Sepanyol) yang diterima oleh Sultan Hussein Shah pada 02hb Ogos 1824 di hadapan Sir John Crawford, Residen Singapura, dalam satu perjanjian tipu muslihat menyebabkan Sultan Hussien Shah kehilangan taktha Kesultanan Melayu Singapura buat selama-lamanya.

Peristiwa malang bagi orang-orang Melayu ini berlaku di kediaman Residen Singapura itu sendiri berikutan persetujuan baginda hendak menyerahkan seluruh pulau Singapura serta pulau-pulau kecil di bawah jajahan takluk baginda kepada Inggeris asalkan diberi pampasan serta sara hidup bulanan.

Bermula pada 03hb Ogos 1826, Sultan Hussein Shah, putera sulung Sultan Mahmud Shah, Sultan Empayar Johor Riau telah kehilangan takhta Kesultanan Melayu Singapura buat selama-lamanya., lebih malang lagi, baginda bukan lagi sebagai Sultan Singapura.

Sejarah telah mencatatkan, Sultan Hussein Shah terputus belanja setelah 3 bulan Inggeris tidak membayr saguhati bulanan sebanyak $ 1600 sebulan, sepertimana perjanjian dengan Sir Stamford Raffles semasa membuka logi perniagaan pada tahun 1819.

Munshi Abdullah yang mencatatkan perihal Sultan Hussein Shah ini dalam bukunya yang masyhur "Pelayaran Munshi Abdullah" dengan rasa sedih menyatakan,." Setelah kehilangan kuasa Sultan Hussein Shah seolah-olah tidak diperlukan lagi oleh Inggeris, walaupun disediakan sebuah Istana baru yang dibuat dengan batu pada tahun 1824 pada tahun 1824 serta dikurniakan tanah seluas 23 hektar di Kampung Gelam."

Menurut Munshi Abdullah, Sultan Hussein Shah seorang sultan yang banyak hutang, malah punca sebenar sehingga tergadainya bumi Singapura gara-gara hutangnya yang banyak dengan tauke-tauke Cina Singapura pada zaman itu. Kerana banyak hutang dan sukar untuk membayarnya, tauke-tauke Cina telah mengadukan hal hutang Sultan Hussein Shah kepada pihak Inggeris, dengan kata lain mengadu kepada Sir Crawford yang menjadi Residen Singapura pada waktu itu.

Dari sini lah Inggeris mengambil kesempatan dengan menekan Sultan Hussein Shah supaya menjelaskan hutang tersebut, jika baginda gagal mejelaskan hutang-hutang tersebut, baginda akan dikenakan tindakan. Tipu muslihat Sir Crawford berjalan menerusi orang-orang yang rapat dengan baginda di Istana Kampung Gelam.

Pujukan halus dijalankan, Sultan Hussein Shah yang sedang tertekan dan tidak tentu arah itu dengan mudah menerima perjanjian "maut" itu, apatah lagi dengan sogokan wang sebanyak $ 32,200 yang sangat besar pada waktu itu.

Sebagai Sultan yang kehilangan kuasa, Sultan Hussein Shah meneruskan sisa-sisa hidup baginda di Istana Kampung Gelam yang dikurniakan Inggeris pada tahun 1824 dengan penuh kekesalan dan kekecewaan. Setiap saat baginda bedukacita, kecewa dan putus asa yang teramat sangat. Sehingga baginda terpaksa membawa diri ke Melaka pada tahun 1834.

Baginda sempat bersemayam di Banda Hilir Melaka, tidak sampai setahun, selepas itu, baginda gering dan mangkat di Banda Hilir pada tahun 1835 dalam usia 59 tahun. Jenazah baginda telah disembahyangkan di Masjid Tengkera dan diberi penghormatan sebagai Raja yang mangkat dan disemadikan di dalam kawasan masjid tersebut.
Beberapa Fakta Tentang Diri Sultan Hussein Shah ( daripada pandangan Munshi Abdullah )
  • Baginda bertubuh pendek, amat gemuk, kulit putih kuning, muka lebar, suara garau

  • Meninggalkan Singapura pada 07 Muhaaram 1834 menuju ke Banda Hilir dengan Kapal Diraja Kedah " Julia" membawa bersama isteri dan 2 orang puteranya.

  • Mangkat di Banda Hilir pada 10hb Muhaaram 1835, kerana sakit jantung ketika berusia 59 tahun, setelah gering selama 6 hari.

  • Semasa hayatnya, baginda selalu bersembahyang di Masjid Tengkera ( masjid India Muslim), semasa baginda mangkat, baginda, tahlilnya juga dibacakan oleh Khatib India Muslim yang bernama Mahmmud bin Musa.

  • Jenazah baginda juga pernah cuba dikorek untuk dibawa ke Riau dan disemadikan disebelah makam ayahanada baginda, namun dihalang oleh waris-waris baginda.

40 comments:

  1. salam sdr,
    thnx atas ziarah..
    Ttg 'KEGILAAN' itu.. 'saya' dan kita 'tiada pilihan'. semoga kehidupan kita dunia dan akhirat 'TENANG'.
    amin!

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Banyak yang hendak saya komenkan, tetapi tak apalah... kerana mungkin akan menyinggung perasaan mereka2, sensitif dan kurang sopan.

    Dan memang elok pun dijadikan panduan oleh yang ada sekarang ni, jangan Malaysia pun tergadai seperti jalan cerita diatas, kerana banyak terhutang budi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Saudara,

    Terima Kasih pada Saudara dan Anak Laut akan fakta sejarah Melayu yang sedih ini.

    Memang, hutang akan membawa bencana pada siapa pun.

    Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kisah benar yang menyayat hati ini.

    Terlepas sebuah Negara, sesuatu kuasa maka akan hilanglah selama-lamanya.

    Kesal macam mana pun masa itu tiada gunanya dan kesannya sehingga akhir zaman pada semua generasi seterusnya..

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  4. salam.....

    terharu saya dengan kesudian saudara meletakkan entri saya di blog saudara..

    tkasih

    ReplyDelete
  5. Malang sekali, ianya masih lagi berlaku sekarang dan sedang berlaku.

    The other side of history :

    http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_3_2004-12-14.html

    ReplyDelete
  6. W'salam TokBatin.

    Sememangnya kita ada "kegilaan" masing-masing. Bezanya adakah gila yang mudharat atau gila yang membawa faedah untuk kehidupan kita dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  7. W'salam anakanda Isa.

    Sejarah tidak pernah berbohong dan melalui sejarah juga kita berupaya membaiki diri sekiranya mahu.

    Hanya kita yang membohongi sejarah mengolah mengikut kehendak dan aliran pemikiran kita.

    ReplyDelete
  8. W'salam anak laut.

    Perkara yang baik adalah perlu dipanjangkan semoga menjadi tauladan bersama.

    Terima kasih di atas keizinan.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Betul puan, kesal kemudian tiada gunanya. Kekadang kesal yang amat sangat juga membawa bencana.

    ReplyDelete
  10. sdr._ said.

    Betul perkara itu masing berlaku dan sedang berlaku. Cerita ini sememang sebagai ingatan kepada yang mahu beringat.

    ReplyDelete
  11. Betul ka kata orang2 lama sejarah akan berulang??

    ReplyDelete
  12. Salam Pakcik..
    mudah-mudahan dijadikan iktibar kpd pembesar-pembesar kita..
    Budaya tikam belakang (hasutan secara diam2) ni yg banyak menghancurkan ramai org..
    Penasihat2 yg sepatutnya mejaga kedulatan negara,tiba2 mengadaikan amanah utk kesenangan diri ini yg membawa masalah besar..patut dihapuskan awal kalau tahu..

    ReplyDelete
  13. Salam'

    Untuk mengenang sejarah elok juga di perbaiki

    ReplyDelete
  14. Zam.

    Saya percaya sejarah akan berulang cuma dalam bentuk yang berbeza dan keadaan yang berbeza tetapi jalan ceritanya akan sama.

    Contohnya kejatuhan sesebuah kerajaan. Kalau dulu kalah perang fizikal tetapi sekarang kalah perang psikologi/sabotaj/perang saraf/ekonomi dan sebagainya yang menyebabkan rakyat dan negara berpecah belah dan akhirnya tersungkur selepas itu diperintah oleh kerajaan boneka. Rakyat tidak ada kebebasan dan negara hilang kedaulatan.

    ReplyDelete
  15. W'salam anakanda UXOP.

    Musuh utama kita sekarang adalah propaganda yang menyebabkan perpecahan di samping penggadaian ekonomi kepada negara tertentu yang melemahkan perpaduan dan negara.

    Bila kita berpecah belah, ekonomi akan lemah dan kita perlukan pergantungan. Bila kita bergantung kepada orang lain/negara lain maka kita sudah hilang kebebasan dan tidak mustahil lama kelamaan akan hilang pula kedaulatan.

    Betul kata UXOP pemimpin yang menggadaikan kepentingan negara kerana kepentingan diri sepatutnya bukan saja dibuang bahkan perlu dihukum kerana penderhakaan kepada negara dan KYDP Agong.

    ReplyDelete
  16. W'salam Sdr. Rantong.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan ziarah.

    ReplyDelete
  17. W'salam Pak Karamu.

    Betul tu Pak. Sejarah juga salah satu perkara yang mengajar kita.

    ReplyDelete
  18. Salam Pakdin.
    Semoga dirahmati Allah.
    Dulu kita hanya tergadai tanah sahaja.
    Tapi sekarang ramai yang tergadai maruah dan agama..betapa hinanya kita di zaman ini.Semoga Allah selamatkan kita dari bala yang besar ini

    ReplyDelete
  19. sekarng pon byk uncle, demi duit,pngkt,sanggup gadaikan apa saja

    ReplyDelete
  20. hmm.. senang cakap Sultan ker Raja Melayu dulu lagi dah ada silap yg menjejaskan kedaulatan negeri atau negara itu sendiri...
    Dulu, kini & selamanya mmg selalu gitu kot?
    hehe

    ReplyDelete
  21. W'salam sdr. PG.

    Terima kasih di atas doa untuk Pakdin dan doa Pakdin juga semoga PG dan keluarga akan sentiasa di dalam rahmat dan keredhoan Allah.

    Nampaknya begitulah kita umat di akhir zaman semuanya tergadai semata-mata kerana gilakan dunia. Itulah darjah kehinaan kita.

    ReplyDelete
  22. leiah.

    Manusia sekarang sudah kehilangan insani dan nurani semata-mata kerana hubuddunia. Kebendaan membutakan.

    ReplyDelete
  23. Salam sdr. Hanz_Azdi.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan menjadi follower blog nyamuk ini.

    Betul sdr. Dulu mereka bernasib baik diselamatkan oleh orang-orang melayu dari Malay Union. Sekarang pula akan terima apa saja asalkan tahta dan kerakusan mereka selamat.

    Yang menderita adalah kita rakyat marhaen.

    ReplyDelete
  24. Sejarah tak berbohong...
    benar kata uncle...
    :)

    * apa khabar uncle?
    semoga sihat selalu.
    :)

    ReplyDelete
  25. Ann.

    Alhamdulillah uncle sihat. Ann juga uncle harapkan semuanya ok. Dah agak lama uncle tak bertandang ke blog ann namun ada juga sekali sekala uncle ke sana tapi tidak meniggalkan jejak.

    ReplyDelete
  26. orang putih ni mmg bnyk tipuhelahnya...yg penting, dorang nak lemahkan islam di mata dunia

    ReplyDelete
  27. Mak Su.

    Untuk mereka menguasai kita bermacam helah, tipu muslihat dan ugutan akan mereka kenakan terhadap kita, sebab kita lemah.

    Lemah kita adalah kerana kurang iman. Kita berketuakan nafsu dan bertuhankan dunia maka iblis dan syaitan pun berpesta.

    ReplyDelete
  28. minta izin copy posting tuan untuk sebaran...ada input dan teladan berguna untuk dikongsi

    ReplyDelete
  29. Sdr. Panglipulara

    Silakan, sememangnya untuk maklumat dan renungan bersama. Terima kasih

    ReplyDelete
  30. sakurasa 2.

    Terima kasih banyak di atas ingatan dan ucapan. Selamat Hari Bapa juga untuk bapa sakura.

    ReplyDelete
  31. tulisan ini banyak fakta yang menyedarkan kita semua

    ReplyDelete
  32. Sdr. Muhammad Azli.

    Betul, memang banyak perkara yang sepatutnya kita di generasi ini merenung dan mengambil iktibar.

    Tragedy ini adalah disebabkan 2 perkara teras "Bodoh dan Tamak" gara-gara nafsu yang menjadi raja di hati.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum..
    apa khabar uncle dan auntie??
    seronok tgk gambar terbaru along tu.. sejuk perut auntie yg mengandungkannya.. apa cerita pasal angah pula?

    jaga diri baik2 ye..
    kirim salam utk auntie...

    ReplyDelete
  34. Wa'alaikumusslam T

    Alhamdulillah uncle dan auntie sihat. Hasil pemeriksaan baru-baru ini pun negatif, alhamdulillah.

    Terima kasih uncle buat T yang selalu mendoakan dan bertanyakan khabar. Uncle harap T dan keluarga sentiasa bahagia dan selalu berada di dalam sihat.

    Alhamdulillah juga, Adik dah habis dan baru mendapat result yang agak cemerlang dan sudah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam dalam Pure mechanical.

    ReplyDelete
  35. [url=http://www.thecasino.co.il/blackjack]internet casino[/url] , [url=http://www.casinoonlinebrazil.com/roleta]cassino online[/url] , [url=http://www.onlinecasinorussian.com/casino-reviews]online casinos[/url]. [url=http://www.ttittancasino.com/]online blackjack[/url].

    ReplyDelete
  36. A person necessarily help to make significantly posts I would state. That is the very first time I frequented your website page and to this point? I amazed with the research you made to create this actual submit amazing. Great job!
    Great website. Lots of useful info here. I¡¦m sending it to several pals ans also sharing in delicious. And of course, thank you on your sweat!
    hi!,I really like your writing so a lot! share we be in contact extra approximately your post on AOL? I need an expert in this house to solve my problem. Maybe that's you! Having a look ahead to look you.

    ReplyDelete
  37. Legal Steroids. Pump n Pose is a pioneer in the Bodybuilding Supplement Industry. Our specialization is in the advancement, study, and production of body building supplements, muscular site enhancements, and anabolic steroid supplements. We have a variety of products to enhance your physique. It is usually recommended to order stacks, a combination of supplements. One stack might consist of deccabolan, dianabol, and anadroll.

    [url=http://www.musclelabsusa.com][img]http://www.musclelabsusa.com/images/muscular-development-ad2.jpg[/img][/url]

    ReplyDelete
  38. Hοw іnto ցеt holld ߋf ɑ private bank loan


    Good behavior νarious kinds оf credit score:Lenders neеd tο time tһat yⲟu have goid monetary conduct bү tҺе
    ѕide οf ԁifferent types οf loans (vehicles, mortgages, bank cards, etc.).
    think abkut includung аn installment loan (ⲟne tɦɑt гequires intervallic
    payments) Ьefore yоur mix.
    Secured loans breakfast іn thе least кind сontaining distinction ( ɑ Һome аbout car)
    pledged νia sudden loan tɦаt may bee bought Ƅү effective lender tо make ѕure payback.

    Oᴠеr division а millionAmericans empoweredDiscover personal Loans lunch helped ǥreater thn division a million Americans.

    in еach ߋne 5ᴢero ѕtates.
    ɑgainst multiple walks containing mɑn. ffor thjat reason chances are high venerable, աe саn assist ʏοu separate уour objectives, .
    effective people beneath areexamples containing actual Discover clients wɦο'ᴠе Ьееn approved tо a personal loan. Loan quantity$ Loan fruitfulness credit QualityLoan quantity$ Loan usе credt scoe QualityLoan amount$ Loann constructiveness credit score QualityLoan quantity$Loan uuse credit QualityLoan amount$ Loan productivity credit score QualityLoan аmount$ Loan constructiveness credit score Quality Loan amountLoan constructivenesscredit Qualitya private loan from Discover bestow mean үߋu ϲan understand ʏour financial goals
    аlso dreams. 3 Kosta K,Chicago, ILeffective people
    ᴡе labored via were intensely helpful and
    ᴡe felt effectivey աent here ⅼike
    powerfulir ᴡay tο ensure thee ѡhole ⅼot աɑs .
    three Steven L,ast , TXEteribly ӏ called іn thе customer support rep wаѕ νery polite furthermorre ɗidn't deal ԝith уߋu prefer
    іt waas assertively enterprise. 3 Vanica M,Irvinsidegton, NJ 3.Testionials οbtained from surrouunded byterviews
    performed surrounded bby 2ᴢero12 actual Discover personal Loans clients
    Ꭲɦere aге thus potentialities.
    repay high іnterest ratte bank cards.
    rework ʏоur gallery, noг burial chamber. break
    Ьу tҺᥱ ѕide of a trip.
    express ɑ marriage. cowl expenses. assist
    a limited enterprise. Ηow ʏоu employ ʏߋur personal loan іѕ аѕ much aѕ уоu.borrow uup tо $35,0ᴢero0.acquire ѕtarted bʏ
    means oof a couple οf easy questiby tҺе ѕide ofs under.


    Offer collateral toward ցеt hold ߋf a lower іnterest rate.

    hhonest ѡhen үօu һave wonderful credit score,
    an unsecuured private loan at all times develop ɑt а bettter rate οf
    іnterest tһɑn ɑ secured combined.


    Нere іѕ mу webb blog ...

    Same Day Loans Advantages And Ɗisadvantages

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa