Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 5, 2011

Antara Harussani Dan Dr. Dr.Muhammad Fadzli

Pada saya pandangan kedua-dua mereka adalah betul tetapi kenyataan Harussani memerlukan penjelasan yang lebih tererinci dan jelas supaya orang boleh faham dan tidak mengelirukan terutama "Menyentuh tindakan Harunssani menuduh PAS bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum agama, Fadzli berkata ini adalah satu tuduhan yang berat dan PAS tidak dapat menerima tuduhan ini"

Kalau perkara ini Harussani boleh buktikan dengan fakta dan Hukum dengan jelas, PAS akan 'backfire'. Tetapi kalau Harussani gagal, beliau akan dituduh ulamak tolol dengan kenyataan yang menyentuh Hukum tetapi tidak jelas!. Berkata mengikut nafsu...

Oleh Ahmad Hasanain

Ketua Penerangan PAS Kelantan - Dr.Muhammad Fadzli Hassan

KOTA BHARU, 5.Mac - PAS Kelantan sekali lagi melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Mufti Perak Tan Sri Harunssani Zakaria yang masih ingin mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.

Tindakan beliau yang mengatakan syurga dan neraka adalah hak Allah dan ditentukan mengikut amalan perbuatan manusia, bukannya pemilihan parti politik, itu adalah benar dan PAS tidak pernah mengatakan syurga dan neraka itu hak pemimpin PAS.

Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan berkata, Islam tidak pernah menyuruh umatnya duduk diam,lenggang tangan dan goyang kaki semata-mata untuk menunggu syurga dan neraka, sebaliknya Allah telah menegaskan semua perbuatan manusia akan diambil kira dan Allah telah menyuruh hambanya sentiasa berbuat baik.

“ Jadi, berpolitik itu adalah sebahagian amalan yang boleh dibuat dan memilih pemimpin yang baik adalah dituntut, malah ulama mengatakan menegakkan politik dan hukum Islam dalam sebuah negara adalah antara kebaikan yang paling besar”ujar beliau.

Beliau juga menegaskan Harunssani amat mengetahui hal ini, namun disebabkan ditekan oleh pihak tertentu,beliau kini cuba mempertikaikan perkara yang jelas kebenaran demi periuk nasi.

“ Inilah akibat kalau sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, semakin terserlahlah kebatilan beliau walaupun cuba menegakkan benang yang basah”katanya lagi.

Menyentuh tindakan Harunssani menuduh PAS bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum agama, Fadzli berkata ini adalah satu tuduhan yang berat dan PAS tidak dapat menerima tuduhan ini.

“ Kita di pihak PAS minta Harunssani menjelaskan satu persatu bab hukum hakam yang manakah PAS telah melanggarinya, sila kemukakkan bukti dan jangan membuat kenyataan umum dan kita juga minta beliau menjelaskan pendirian dalam isu kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang ini.”katanya lagi.

Sumber dari sini

6 comments:

  1. salam tuan, mufti pun makan gaji, walaupun tanggungjawab sebahagian untuk agama namun tuntutan dunia untuk kesenangan tidak juga dilupai. apa pun mari kita sumer nilai semula peranan mufti di negeri dalam tanah melayu ni. sumernya hak kerajaan malaya. dan satu lagi mufti dalam malaya ni anatar yg terami sekalai du DUNIA berbanding dengan lain2 negara yg lebih besar umat islamnya seperti Indonesai, arab saudi, mesir, jordan kesemuanya memeiliki penduduk yg ramai tatapi memiliki hanya seorang sahaja MUFTI YG BERKELAYAKAN.

    ReplyDelete
  2. mufti sekarang ni cuma jadi perhiasan jer

    ReplyDelete
  3. Hramsani mula gali kubur sendiri

    ReplyDelete
  4. kulat

    Apa yang saudara katakan itu adalah benar. Manusia tidak boleh lari dari godaan nafsu walau pun bertaraf Mufti.

    ReplyDelete
  5. mr edz

    Jadi hiasan ok juga lagi tapi kalau jadi Pemusnah perpaduan masyarakat, bagaimana?

    ReplyDelete
  6. tokpeti fulus

    Gali kubur sendiri ti oklah tu... tak payah susahkan orang lain. Kalau merangkak sendiri ke Kubur lagi baik, tak payah diusung!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa