Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 4, 2011

Kelantan Miskin Tegar - Kata Sabri

BN akan menang besar di Merlimau

MERLIMAU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri bin Yaacob yakin kemenangan besar akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau ini.
Menurut beliau, melihat situasi rakyat di Dun Merlimau ini jelas bahawa mereka menolak pembangkang sekaligus akan memberi kemenangan kepada calon BN, Roslan Ahmad.
Ismail yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, selain dari faktor kewibawaan pemerintahan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, BN satu-satunya parti yang mampu membawa kemakmuran dan keamanan di negara ini.

Berbanding di Kelantan di mana rakyatnya miskin tegar yang besar, Ismail berkata perkara itu tidak berlaku di Melaka.
“Walaupun saya hanya turun dua hari di Merlimau, tapi kelihatan ‘mood’ orang ramai di mana-mana tempat, jelas mereka tolak pembangkang. Ini akan memberi kemenangan besar kepada BN.
Beliau berkata, “di Melaka kepercayaan kepada Ketua Menterinya juga mempengaruhi keputusan itu. Saya difahamkan Melaka bukan negeri miskin tegar berbanding Kelantan.
Kemiskinan tegar
“Mustahil rakyat akan pilih parti memerintah negeri yang mempunyai kemiskinan tegar yang besar seperti Kelantan,” katanya selepas merasmikan program 1Komuniti 1Koperasi peringkat Dun Merlimau hari ini.
Ismail turut menyangkal pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa kempen BN di Dun Merlimau kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia.
Menurut beliau, kempen yang dijalankan oleh BN memberi keutamaan kepada rakyat tanpa wujud sebarang diskriminasi kaum.
“Kenapa tidak selari dengan 1Malaysia? Kita tengok hari ini Koperasi, ada Melayu, ada India, yang datang. Program yang diadakan juga tidak mengasingkan semua kaum.
“Apa yang beliau (Lim) kata tidak benar, sedangkan DAP sendiri ekstremis kaum. DAP perlu lihat perjuangan BN untuk semua kaum,”
Lim semalam dilaporkan berkata beliau kesal dengan perbuatan khianat dan fitnah oleh Umno-BN yang bertentangan dengan slogan 1Malaysia dan mahu mereka bertanggungjawab di atas perkara tersebut.
Dalam pada itu, Roslan yang ditemui ketika berkempen di Permatang Serai pula berkata tindakan lawannya (PAS) yang cuba menabur tuduhan palsu disifatkan sebagai ketandusan idea.
Menurut beliau, pelbagai agenda dan program telah disiapkan untuk membantu rakyat di Merlimau.
“Kita pun tidak pernah sentuh parti atau gerakan mereka. Kita hanya bercakap kepada pengundi supaya tolong kita dan sokong BN.
“Kita tak sentuh soal calon PAS, parti mahupun gerakan yang digunakan. Kalau mereka nak buat macam-macam persepsi atau tuduhan kita rasa semua orang tahu, siapa PAS ini,” katanya.

Panjangkan dari sini

Rakyat Kelantan apa rasa dengan kenyataan ini?

“Mustahil rakyat akan pilih parti memerintah negeri yang mempunyai kemiskinan tegar yang besar seperti Kelantan,” katanya selepas merasmikan program 1Komuniti 1Koperasi peringkat Dun Merlimau hari ini.

Apa kata rakyat Kelantan? Sabri bodoh dan buta atau memang benar!

8 comments:

  1. assalamualaikum pak din

    terima kasih dan sekalung tahniah untuk majlis pernikahan along, insya allah saya dan keluarga akan datang.

    rakyat kelate miskin tegar?di sarawak/sabah tu lagu mana?terengganu lagu mana?

    cuba bandingkan kuala terengganu dengan kota bharu..mana satu lebih maju dan sibuk dengan perniagaan

    kalu nak tengok miskin ke tak rakyat/ orang di kawasan kita tengok kepada kuasa membeli mereka.

    di kelate pasaraya banyak , kedai makan banyak ,tesco,giant,the store, billion, pantai timur, dll masih wujud di kelantan dan seluruh daerah2.

    malah..pasaraya pkt & pantai timur dibina dalam negeri terengganu dekat sempadan kelate -terengganu dekat sempadan pasir puteh - besut...orang kemamang ke nak beli di situ?orang kuale berang ke nak beli situ?


    kemeriahan ini buleh dilihat bila tarikh 24 haribulan setiap bulan...kb mall akan penuh, the store, tesco,billion, penuh.

    sifir dia macam ini

    bekerja @ makan pencen = tak miskin tegar/miskin biasa saja

    tak kerja/pemalas/penjenayah/=miskin tegar

    rakyat kelate adalah rkayat yg berdikari dan suka berdiri atas kaki sendiri walau pada permulaanya ada yg buat loan/pinjaman utk berniaga dll.@ cari duit halal/kerja halal

    manusia tidak boleh lari dari sifat miskin, hanya allah swt yg tak miskin malah maha kaya sekaya-kayanya ,.

    ReplyDelete
  2. .....kerajaan membantu rakyat miskin...wang ehsan, rumah pprt, wang persekolahan...rakyat kelantan ada terima benda2 ni?? ada..tapi tak ramai..yg ramai mendapat bantuan ni ialah rakyat yg tinggal di negeri 'UMNO'..jadi siapa misin tegar????

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Ambo setuju benar dengan abe awe. Memang oghe beghi bantuan tu kat oghe sekin bukan oghe kaya. Puak2 menteghi umno meme buta (hati dan mata)

    ReplyDelete
  4. kalu menteri umno tu buta mata & hati, orang hok sokong dan undi menteri umno lagi la buta mata & hati + bodoh + tak sedar diri.

    ReplyDelete
  5. W'salam warta 365

    Terima kasih.

    Pada Pak Din Rakyat Kelantan tidak miskin dari meterial dan Jiwanya. Meterial diukur dari kuasa beli dan jiwa dari keumarahan Masjid dan Musalla. Mungkin Kerajaan Kelantan kurang duit tetapi pembangunan tetap diutamakan dengan berkat jimat cermat tanpa berhutang.

    Walau apa pun manakah yang lebih dibebani hutang, Pahang atau Kelantan? Mintalah Sabri jawab!

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Saya rasa anda betul

    ReplyDelete
  7. bokbon

    Hidayah adalah hak Allah yang membukanya. Kita hanya berkuasa memberitahu dan berdoa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa