Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 22, 2011

Kenapa Tiba-Tiba Mereka Melatah?

Kenapa Tiba-Tiba Mereka Melatah? Biasanya yang melatah ni bila terkejut atau terpijak duri ker? Terhantuk kepala ker? Ini tidak tetiba jer terlatah. Kenapa yek?

Inilah latahnya dan yang melatah.....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa polis tidak terlibat dalam pembikinan video yang didakwa mengandungi aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita di sebuah hotel.

"Saya ingin mengesahkan apa yang dikatakan oleh Hishammuddin, iaitu pihak polis tidak terlibat dengan rakaman video berkenaan," katanya dalam laman Twitter malam ini.

Petang tadi, Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam pembikinan video berkenaan, yang didedahkan kepada media hari ini.

Hishammuddin juga berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan berhubung video itu.

Terdahulu, satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan dengan seorang wanita di sebuah hotel di ibunegara yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

- Bernama

4 comments:

  1. semakin takut dan risau dengan cerita2 hari ini...amat tidak menguntungkan untuk dilihat oleh anak2.....

    ReplyDelete
  2. a Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat ini. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami diselamatkan dari segala bala ini.

    Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yg bertanggungjawab dan yg terlibat melakukannya agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

    ReplyDelete
  3. jinggo

    Benar kita yang berotak ni cukup malu. Tapi yang lebih takut bila teringatkan pesanan Allah,"Di akhir zaman fitnah berleluasa dan kebenaran tidak dipandang"

    ReplyDelete
  4. otaklunyai

    Benar saudara, hanya pada Allah tempat berlindung dan serahkan segala urusannya. Tanpa izinnya sesuatu tidak akan terjadi.

    "Tidak akan bergerak walau sebesar Zarah tanpa izinku!"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa