Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 18, 2011

Akhirnya PAS Rebah Di kaki DAP?

Ramadhan: Kedah gugur larangan atas pusat hiburan
Hazlan Zakaria
Jul 17, 11
3:03pm

Kerajaan Kedah pimpinan PAS telah menggugurkan rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang akan datang, kata seorang pegawai kerajaan negeri kepada AFP hari ini.

Negeri itu memutuskan Mei lalu untuk menguatkuasakan penutupan semua pusat hiburan pada bulan suci Islam itu, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan oleh pentadbiran BN sebelumnya.

NONEBagaimanapun, rancangan itu mendapat bantahan pengendali tempat
hiburan, serta lain-lain parti komponen Pakatan Rakyat yang bimbang larangan menyeluruh itu akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.

Yang paling vokal mengkritiknya ialah pengerusi DAP, Karpal
Singh, yang semalam mendesak supaya larangan itu dibatalkan.

Pengendali pusat hiburan juga memberi amaran bahawa larangan tersebut boleh menyebabkan lebih 6,000 pekerja dipecat.

Pegawai kerajaan negeri memberitahu AFP bahawa kontroversi tersebut telah diselesaikan selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu pengendali premis hiburan hari ini, dan bersetuju mereka beroperasi selagi mereka memastikan tidak ada orang Islam memasuki premis mereka pada bulan puasa.

NONESementara itu, dalam satu sidang akhbar di Ampang hari ini, rce the shut down.setiausaha politik Azizan, Mohd Sanusi Md Nor memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk tidak menguatkuasakan penutupan premis hiburan sepanjang bulan Ramadhan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pengendali berkenaan secara sukarela bersetuju lesen mereka dibatalkan jika umat Islam ditemui di premis hiburan mereka dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, jumlah sebenar operator pusat hiburan terbabit mungkin lebih rendah daripada yang dipetik.

Sebelum ini, pertelagahan antara PAS dan DAP - rakannya dalam Pakatan - berhubung isu ternakan babi dan larangan minum arak, mengancam menggagalkan Pakatan dan peluang untuk menjatuhkan BN, yang telah memerintah negara lebih daripada 50 tahun.

Sementara itu, dalam reaksinya, penganalisis politik dan pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari menegur PAS dalam mengendalikan perkara itu.

Katanya, tempoh yang singkat, Kedah terpaksa menangani dua insiden yang tidak seharusnya berlaku: pertama sekatan demonstrasi pelajar di kolej KUIN dan kini larangan terhadap pusat hiburan dalam bulan Ramadhan.

"Benar, mereka boleh berhujah di segi teknikal seperti pengharaman itu hanya menguatkuasa peruntukan undang-undang yang diluluskan oleh BN (dan pada bila-bila masa dengan sokongan MCA dan Gerakan).

Bagaimanapun, katanya, mereka terlepas pandang soal yang lebih penting; iaitu kerajaan Pakatan perlu berbeza daripada BN, terutamanya pendekatan atas-ke-bawah.

Katanya, apa yang Kedah buat mungkin baik untuk parti itu di negeri tersebut, terutamanya dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan semula Umno.

Bagaimanapun, tambah Abdul Aziz, langkah seumpama itu mungkin tidak baik untuk peluang PAS - dan Pakatan Rakyat - di negeri-negeri lain dan ia juga boleh menjejaskan kedudukan parti itu di peringkat nasional.


5 comments:

  1. ustaz azizan ni kadang-kadang macam mangkuk hayun jugak! sebelum nak heboh/kecoh buat pengumuman pasal satu satu hal, lain kali pikir laa habis-habis.

    bila dah buat pengumuman lepas tu tarik balik.. kan dah nampak 'poyo'!!

    mintak tolong laa sangat. lain kali pikir masak-masak ataupun berunding laa dulu sebelum nak umumkan apa-apa hal pun!! tak payah laa nak buat gimik.

    aku tetap sokong pas, tapi kalau ada calon MB lain ganti ustaz azizan aku laaaaaaaaaaagiii sokong.

    ReplyDelete
  2. kalo pusat hiburan tu ditiadakan terus senang...kt kelantan tadak org dok bising pun nk tutup time ramadhan...psl kt sini (eh silap, kt sana) mmg xde pusat hiburan....hikhik...

    ReplyDelete
  3. Jgn Cepat Melatah.. Islam ni tenang.. ia mhormati agama dn bangsa lain.. kerna itu kita kena bijak sana. zaman rasulullah pun bkn jatuh hukum sekali gus.. bagaimana org2 kafir utk mgenal islam? org2 islam itu sndiri yg tk faham islam.. Andai kamu org cina atau bkn org islam ditambah lagi kamu taukey karauke adakah kamu boleh bdiam diri? sedangkn kamu warganegara. bkn org pndatang. jdi ksimpulannya islam ni tk fikir semata2 tengkuk sendiri.. Apasalahnya utk pringkat ptama kuatkusakn org islam dahulu.. sebab kbanyakkn pengunjung karauke dn disco2 tu org melayu islam.. bila customer kurang akhirnya tutup jugak..cuma adalah baiknya ditegaskn jika didapati ada org Islam yg mngunjungi pusat2 hiburan ini.. tarik sahaja lesen pniagaannya.. mula2 hanya dibulan ramadhan.. kmudian terus mnerus .. kita tngok siapa yg bermasaalah. Jgn terlalu beria2 hingga lupa org sekeliling. kalau lah org2 kafir mnentang biarla sebab mreka memang tk faham islam.. yg jdi masaalahnya ialah org islam sendiri yg mnentang.. bagaimana? sbnarnya yg mjatuhkn islam bkn org kafir tetapi org islam sndiri shingga mjadi bpuak2.. manusia ni sering lupa.. tlepas pandang.. jika tsilap apasalahnya sama2 kita pbetulkan. saling tgur mnegur.

    ReplyDelete
  4. Ustaz Azizan buat keputusan tanpa merujuk Majlkis PR. Mungkin atas kapasiti sebagai MB, beliau menganggap keputusan DUN akan diterima oleh pimpinan PR. Akhirnya menimbulkan masalah sebab DAP sudah bagi kata dua. Mungkin nasib Dr Azizan akan jadi seperti Hasan Ali.

    Rasanya tak keterlaluan jika saya andaikan DAP sangat berpengaruh dalam PR.

    ReplyDelete
  5. Yaa lah PAS bekerja untuk DAP, bukan untuk rakyat. Kalu DAP larang walau pun baik untuk rakyat PAS akan terkedu bodoh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa