Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 20, 2011

Eh.. Mu Jange Make, Tu Babi!

Di masa kebanyakan blogger sibuk dengan Bersih dan Politik, saya terfikir untuk membawa ke arah lain sikit. Kisah ini berlaku ketika saya tengah nakal di usia remaja.

Suatu petang seorang kawan datang ke rumah saya dengan muka yang tersengih nampak gembira. Saya tegur dia apahal ni kamu dengan muka sengih ajer ni. Dia jawab malam ini malam Chap Goh Meh, kita panggillah geng-geng kita lagi.

Saya tanya balik "Habis apa kaitannya dengan kita, buat apa nak panggilkan dia orang tu?"
Dia jawab " Malam ni tentu banyak makanan dan buah-buah terbaik yang jamukan di depan Tokong!"

Hah saya faham dia nak ajak ke Kuil di Kampung China dan rembat buah dan kueh depan Tokong Besar. Saya setuju pergi bersama 2 orang lagi rakan.

Malam itu selepas Isyak kami pun pergilah ke sana dan masuk kedalam Kuil yang penuh sesak dengan penganut Budha yang melaku aksi spritual (Ibadah dan Doalah, kalau kita). Kedaannya amat merimaskan dengan bau colok dan bau orang!

Kami melangkah dari bilik ke bilik yang penuh dengan manusia sedang menilik nasib dan berdoa. Sehinggalah kami sampai ke satu bilik yang menempatkan satu Tokong besar dan di hias cantik.

Di hadapan Tokong ini semua orang sedang 'Trance' ('Zuk' lah kalau kita). Tak sedar kiri kanan. Kami punggah jerlah buah Apple yang sebesar lutut, Grape bersaiz Ibu kaki dan Limau juga agak besar Lutut masukkan ke dalam beg plastik besar yang kami bawa dari awal lagi. Kami ambillah dua beg plastik besar dan berjalan keluar.

Sambil berjalan tu seorang kawan yang nakalnya lebih sikit tersengih gelak sorang-sorang. Saya rasa dia pelik, bimbang juga saya kalau-kalau tersampuk dengan 'Makhluk Penunggu' Tokong tu. Saya tanya dia kenapa ketawa?

Dia jawab "Mesti Orang-Orang ini suka sebab apa yang dihidangkan kepada Tokong, Tokong dah makan. Dah 'perkenan' !"

Kami sama-sama gelak.

Setibanya di bilik terakhir, sebelum melangkah keluar kami ternampak banyak 'Pau' yang di letakkan sebelah pintu keluar di dalam bakul. Jadi kawan saya yang pelik sorang ni ambil dan baru nak masukkan ke dalam beg plastik, terdengar suara seorang Cina menegur dengan berkata " Eh.. mu jange make, tu babiii..."

Kawan saya dengan terperanjat melatakkan balik pau tadi ke dalam bakul dan dengan tersengih juga berlalu keluar.

Tapi sempat lagi dengan selamba dia berkata " Eh kacau kenapa Cina tu tegur tadi, kalau tidak boleh merasa bagaimana sedapnya babi. Ini dah tahu tak bolehlah nak makan!"

"Binawe punya Melayu" saya memaki.

Kami sebenar selepas ini akan ke PCB nak melahap segala benda yang kami ambil tadi sambil melihat masyarakat Budha ini menghanyutkan sampan kertas memohon ditunai hajat.

8 comments:

  1. mujur cina tu sound awal-awal

    ReplyDelete
  2. cina pun tahu kita nie takleh makan babi..cuma ramai sngt antara kita nie perangai cam binatang sekor tu..rosak bangsa..

    ReplyDelete
  3. Salam tuan, Pengalaman yang hebat dari tuan. Panglima mmg respect la.

    ReplyDelete
  4. maksudnye, diorng tahu la papa n the gang dok tgh mengangkut makanan untuk Tuhan diorng? pesal dia x marah plak ek??

    ReplyDelete
  5. Cikli

    Tapi ada yang marah ditegur!

    ReplyDelete
  6. IndukYati

    Makan Babi tak mau, memang berperangai Babi tak apa!

    ReplyDelete
  7. Panglima7

    Taklah sehebat kami rembat hidangan/ancak untuk hantu yang diminta bomoh hantarkan!

    ReplyDelete
  8. Along

    Buah yang kami ambil tu di dewan lain yang besar tempat ditempatkan Tokong Besar dengan hiasan cantik dan manusia di situ semuanya di dalam 'Trance'.

    Di dalam kuil tu banyak bilik dengan patung-patung yang lebih kecil. Pau yang kami ambil tu di tepi pintu terakhir (pintu keluar)dan orang yang di luar itulah tegur kami.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa