Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 8, 2011

Bukan Saja Janggal Tetapi Pelik. Lantik Saja Dia Jadi Menteri!

Najib Tinjau Persiapan Akhir Belanjawan 2012

PUTRAJAYA, 6 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di sini Khamis malam.

Dalam lawatan selama kira-kira sejam itu, beliau yang juga Menteri Kewangan turut beramah mesra dengan kakitangan kementerian yang terlibat dalam penyediaan laporan tersebut, selain mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai-pegawai kanan kementerian.

Turut serta isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Bertemakan Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara, Belanjawan 2012 dijadual dibentangkan oleh beliau di Parlimen pada pukul 4 petang Jumaat.

Ia disifatkan Perdana Menteri sebagai satu belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia, selaras dengan prinsip 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

--BERNA MA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa