Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 3, 2011

Perlukah Dilayan Cabaran Bodoh Ini?

Perlukah dilayan cabaran dari seorang yang maksudnya bermuka-muka.

Adakah UMNO juga telah memohon maaf kepada Raja-Raja yang telah disepak dan diterajang kepalanya dulu?

Yang terbaru adakah UMNO Terengganu telah memohon maaf kepada Sultan Terengganu dan YDP Agong sekarang?

'Lim mesti menghadap Sultan, buktikan keikhlasan'

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didesak membuktikan keikhlasannya meminta maaf kepada Sultan Johor dengan menghadap baginda setelah membuat kenyataan memburuk-burukkan negeri itu, kata ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

“Sebagai rakyat Johor, saya cabar Guan Eng datang sendiri menghadap Sultan, bukannya membuat permohonan maaf melalui suratk khabar sahaja,” katanya di petik Utusan Malaysia hari ini.

Lim didakwa memburuk-burukkan Johor pada satu lawatan kerjanya ke Singapura dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Johor tidak selamat kepada pelancong dan seseorang mungkin diculik di negeri itu berbanding di Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun telah memohon maaf kepada Sultan Ibrahim Iskandar yang melahirkan rasa kecewa baginda berhubung kenyataan itu.

“Beliua kena buktikan keikhlasan ucapan maaf itu dan tunjukkan yang beliau benar-benar insaf menyatakan sedemikian,” kata Ahmad.

Berikutan rasa tidak puas hati dengan permohonan maaf itu, Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu (PPPM) bertindak membakar patung kertas Lim di Kulaijaya, semalam.

- mk

3 comments:

  1. Beta rasa memadai apa yang LGE dah ucapkan tu, Beta tak nak dipolitik kan lagi isu tersebut.Kepada Ahmad Mazlan..sudah sudah le,jangan jadikan batu api kepada raayat Beta.

    ReplyDelete
  2. Dah berapa ramai pulak pemimpin UMNO yang telah pergi memohon maaf dari Sultan Kelantan kerana memburukan Negeri Kelantan?

    ReplyDelete
  3. menyampah betul tgk persatuan yg masukkan perkataan melayu dalam namanya tp hanya untuk dijadikan sebagai anjing dan beruk yang hanya akan diam bila diberi makanan..... orang2 yg menerajui persatuan murahan mcm ni x layak mengaku sebagai melayu pun....memalukan bangsa aje....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa