Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 29, 2016

Berbohong dan bertindak bertentangan dengan keputusan PAC

Tony Pua desak Hasan Arifin letak jawatan pengerusi PAC
28 Mei 2016 | MALAYSIA DATELINE
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin mesti letak jawatan kata Tony Pua

Anggota awatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mendesak Pengerusi PAC, Datuk Hassan Arifin meletak jawatan dengan segera kerana tindakan beliau yang telah bertindak sendirian memadamkan ayat-ayat daripada laporan akhir PAC berkenaan 1MDB yang memetik pendedahan Bank Negara bahawa ‘penerima manfaat Good Star Limited adalah individu yang tidak terkait dengan Petrosaudi International Limited’.

Sikap memalukan ini kata beliau tidak syak lagi menunjukkan bahawa Datuk Hasan Arifin telah dicalonkan oleh Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional demi melemahkan dan menutup siasatan ke atas 1MDB.

Berikut kenyataan penuh Tony Pua yang diedarkan hari ini;

Datuk Hasan Arifin mesti meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana telah berbohong kepada jawatankuasa, menyembunyikan bukti, menutup kesalahan dan menghalang siasatan ke atas 1MDB

Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hairan kenapa Datuk Hasan Arifin telah bertindak sendirian memadamkan ayat-ayat daripada laporan akhir PAC berkenaan 1MDB yang memetik pendedahan Bank Negara bahawa ‘penerima manfaat Good Star Limited adalah individu yang tidak terkait dengan Petrosaudi International Limited’.

Kami kemudiannya tambah terkejut dengan kegagalan Datuk Hasan Arifin untuk mendedahkan kepada anggota PAC satu lagi surat daripada Bank Negara bertarikh 6 April 2016, sehari sebelum laporan akhir PAC dibentangkan di Parlimen. Apabila kami menyedri kewujudan surat tersebut melalui jawapan menteri di Parlimen pada 17 Mei 2016, kami telah bersemuka dengan pengerusi PAC dalam mesyuarat keesokan harinya.

Kesemua anggota PAC dari kalangan pembangkang kehilangan kata-kata apabila Datuk Hasan enggan berkongsi isi kandungan surat BNM bersama kami. Kami tidak dapat memahami dakwaan kerahsiaan Datuk Hasan apabila anggota PAC sendri pun diberi kuasa menyemak laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang telah dikelaskan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Apa lah agaknya yang lebih rahsia daripada dokumen OSA?

Sikap aneh Datuk Hasan membuatkan kami percaya bahawa surat BNM menjawab persoalan-persoalan PAC pastinya mengandungi maklumat-maklumat penting tentang 1MDB. Saya telah mengagak dua hari lalu bahawa BNM pastinya telah memetik nama Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low sebagai satu-satunya penerima faedah Good Star Limited dan menuntut supaya pengerusi PAC menafikan atau mengesahkan dakwaan saya.

Datuk Hasan Arifin enggan menjawab kepada media, walaupun disoal berkali-kali.

Rakyat Malaysia pastinya malu kerana harus bergantung dengan media asing, dalam hal ini The Wall Street Journal, untuk mendedahkan kebenaran yang terkandung dalam surat tersebut. Surat bertarikh 6 April 2016 daripada BNM kepada PAC jelas sekali menyatakan bahawa Good Star Limited adalah ‘dimiliki secara manfaat oleh Low Thaek Jo’ dan juga tidak ada sebarang perubahan milikan ke atas syarikat itu.

Maklumat penting ini membuka sebuah lagi kotak Pandora, dan mengesahkan dakwaan pengkritik-pengkritik seperti The Sarawak Report, The Edge Publications dan anggota-anggota Parlimen pembangkang selama ini, bahawa daripada pelaburan US$1.83 bilion 1MDB dengan Petrosaudi International Limited, sekurang-kurangnya US$1.03 bilion telah dialihkan kepada Good Star Limited, yang dimiliki Jho Low.

Bukti yang tidak boleh dipertikai ini menghancurkan dakwaaan pura-pura Datuk Seri Najib Razak serta pegawai-pegawai 1MDB bahawa Good Star Limited dimiliki Kumpulan Petrosaudi, suatu dakwaan yang tidak disokong sebarang keterangan dokumen yang boleh diterima undang-undang.

Bukti penting ini, sekiranya diambil kira oleh Ketua Audit ataupun PAC sendiri, boleh mengubah laporan PAC yang begitu berat dakwaannya, menjadi sesuatu yang lebih berat dan bahaya. Penipuan, yang sebelum ini hanya disyaki, pastinya boleh disahkan.

Malah, sekiranya Datuk Hasan Arifin mengongsikan surat BNM bersama anggota PAC, penyiasatan baru boleh dilakukan, termasuk memanggil Jho Low untuk memberi keterangan kepada PAC. Sebaliknya, beliau telah berbohong kepada anggota PAC dan mendakwa bahawa surat BNM adalah untuk matanya sahaja. Ini di samping surat itu jelas merujuk maklumat yang diberikan oleh PAC untuk dipertimbangkan.

Justeru itu, tidak syak lagi bahawa Datuk Hasan Arifin telah dicalonkan oleh Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional demi melemahkan dan menutup siasatan ke atas 1MDB. Pengerusi PAC telah menghina kedudukan parlimennya, menjadi alat untuk membantu para penyangak yang telah merompak berbilion ringgit wang pembayar cukai Malaysia.

Beliau telah berbohong dan bertindak bertentangan dengan keputusan PAC. Beliau telah menyembunyikan bukti penting demi menutup helah dan penipuan berbilion ringgit oleh mereka yang berkuasa. Beliau telah menghalang penyiasatan parlimen ke atas skandal terbesar dalam sejarah Malaysia.

Kedudukan Datuk Hasan Arifin sebagai pengerusi PAC tidak boleh dipertahankan kerana rakyat Malaysia sudah tidak lagi percaya beliau dapat menjalankan tanggungjawab secara jujur, profesional dan dengan penuh integriti. Kami justeru itu menuntut supaya Datuk Hasan Arifin meletakkan jawatan sebagai pengerusi PAC kerana beliau telah memalukan jawatankuasa dan menghina Parlimen.

2 comments:

  1. Hassan anak lelaki aripin dilantik oleh najib..kerjanya melindungi najib la..takkan nak gigit yg bagi tulang...apa la tony ni.

    ReplyDelete
  2. Dia mana ada muka
    Cakap dengan dia lebih baik cakap dengan anjing sbb class dia lebih bawah pada anjing
    Ssenang cerita
    Penyamun perompak pun dapat gelaran sultan dan agong bagi, mana nilai gelaran? Apakah gelaran memang dikhaskan utk mereka yg memiliki sikap spt itu, kalau begitu apa nilai sultan
    TARIK BALIK LA SEGALA GELARAN DARI MEREKA YG MEMPUNYAI SIKAP BURUK, MEMBURUKKAN DAN MENYUSAHKAN NEGARA

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa