Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 22, 2016

Dah kata, mereka takkan mengalah punya!

Sedia sebarang kemungkinan selepas PRK
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 MEI 2016
Abdul Hadi Awang Abdul Hadi Awang

MELAKA - Pas bersedia sebarang kemungkinan termasuk menghadapi dakwaan 'kata dua' Menteri Besar Selangor supaya tiga Exco Selangor dari parti itu meletakkan jawatan jika bertegas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal kedudukan ahli Exco adalah urusan sesebuah negeri malah pelantikan dilakukan harus mendapat perkenan Sultan.

“Saya cuma mendapat khabar berita angin dan ia mungkin betul dan mungkin salah.

"Kalau benar pun dia nak minta Exco letak jawatan, soal pelantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihan raya adalah soal parti.

“Lagipun, pelantikan Exco harus mendapat perkenan sultan menerusi dan ada angkat sumpah. Sebab itu kita bersedia dengan segala kemungkinan, perkara ini terpulanglah pada Sultan. Apa pun saya harap perkara ini adalah khabar angin,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian mengulas spekulasi berhubung dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahukan tiga Exco Selangor daripada Pas meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.

Terdahulu, Pas Selangor semalam turut menyangkal spekulasi berhubung dakwaan ‘kata dua’ dari Azmin supaya tiga Exco kerajaan negeri daripada parti itu meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya bertanding dalam PRK Sungai Besar.

Malah Azmin juga turut menafikan perkara berkenaan.

# muka yang dah hilang aura!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa