Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 20, 2016

Rampas dron laut AS: Akhirnya China mengalah

China pulangkan semula dron laut AS
SH - 20 DISEMBER 2016
China pulangkan semula dron laut AS Dron bawah air milik AS.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan China telah menyerahkan semula dron bawah air Amerika Syarikat yang 'dirampas' di Laut China Selatan minggu lepas.

Memetik laporan CNN, perkara itu disahkan oleh Pentagon menerusi satu kenyataan rasminya hari ini.

"AS kekal komited untuk mendokong prinsip dan norma undang-undang antarabangsa mengenai kebebasan pelayaran dan penerbangan dan akan terus terbang, belayar, dan beroperasi di Laut China Selatan di mana sahaja undang-undang antarabangsa membolehkan, dengan cara yang sama di mana kami beroperasi mana-mana sahaja di seluruh dunia," kata Pentagon dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan China, dron itu diserahkan dalam suasana muhibah di antara kedua-dua negara itu.

"Dron itu diserahkan secara baik pada tengah hari selepas satu rundingan persahabatan antara pihak AS dan China," menurut kenyataan itu, hari ini.

China telah membina pangkalan tentera di Laut China Selatan, wilayah yang acapkali mencetuskan pelbagai  pertikaian dan telah mewujudkan beberapa ketegangan dengan negara yang turut menuntut wilayah tersebut.

China merampas dron itu di kawasan perairan antarabangsa, Khamis lalu dalam satu konfrantasi serius di antara kedua-dua kuasa besar itu yang sudah wujud berdekad-dekad lamanya.

Menurut Pentagon, dron itu yang dikenali dengan nama kenderaan ujian tentera laut bawah air tanpa pemandu atau UUV digunakan untuk menjalankan penyelidikan sains pada waktu ia dirampas.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa