Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 31, 2015

Setan celaka!

Sebenarnya setan macam ni ada di mana-mana
Kat kampung saya tu khabarnya siap pergi jual kat kedai runcit lagi
Ada juga sampai diusung sehingga lima buah dapur bantuan siap dengan tong gas satu keluarga!
Sedihnya yang malang macam ni pun ada

Bantuan mangsa banjir orang asli di Kelantan didakwa ‘dirompak’
Published: 31 January 2015 11:04 AM
Sukarelawan Dr Betty Teh menjelaskan penggunaan ubat kepada wakil Orang Asli Temiar di Kampung Depak, Awir Awie semasa konvoi bantuan mangsa banjir semalam. – Gambar ihsan Eliana Lee, sukarelawan konvoi, 31 Januari, 2015.

Ketika Putrajaya membelanjakan hampir RM800 juta untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kesulitan mangsa banjir.
Timbul dakwaan barangan keperluan makanan yang sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir tidak diterima mereka seperti yang sepatutnya apabila sebahagian daripada sumbangan berkenaan "dilarikan" mereka yang tidak bertanggungjawab.
Antara insiden berkenaan termasuklah misi bantuan pasca banjir pertubuhan sivil ke perkampungan Orang Asli suku Temiar di kawasan Gua Musang, Kelantan semalam yang dicemari insiden "rompakan" apabila bantuan beras didakwa dilarikan pihak berkenaan.
Menurut jurucakap kumpulan sukarelawan tersebut, Siti Zabedah Kassim, seorang peguam hak asasi manusia daripada Majlis Peguam, lori dengan muatan 3 tan yang digunakan mengangkat barangan keperluan harian bagi diagihkan di sekitar 20 perkampungan orang asli di pedalaman negeri itu lesap bersama muatan mereka.
Insiden berkenaan dipercayai berlaku ketika salah sebuah daripada 8 lori yang digunakan untuk mengangkut barangan keperluan harian seperti beras, gula, sardin, biskut, dan banyak lagi, bernilai lebih RM50,000, sumbangan daripada syarikat Allianz Malaysia dan individu persendirian, dari Kuala Lumpur ke Gua Musang tidak tiba seperti yang dijadualkan.
Beliau difahamkan oleh penduduk orang asli di Kampung Parek, 7 lori tiba di Gua Musang sekitar jam 12 tengah malam, dan ketika di kawasan perkampungan yang dijadikan pusat pengumpulan sebelum bekalan diagihkan ke kampung berdekatan kira-kira sejam kemudian, sebuah lori bersama muatan beras tiada di lokasi.
"Mereka memaklumkan saya sebuah lori tiada di Kampung Parek, sedangkan kesemua lori itu tiba di Gua Musang," kata Siti kepada The Malaysian Insider, di Kelantan.
Malah, beliau turut mendakwa, pemandu lori yang menghantar barangan makanan kepada penduduk orang asli tersebut turut mengambil sumbangan yang diberikan orang ramai atas alasan masyarakat orang asli berkenaan "sudah mempunyai banyak stok makanan".
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, penderma semua perlu pastikan barangan yang didermakan mereka sepatutnya tiba ke kawasan mangsa banjir," kata Siti, kepada The Malaysian Insider.
Malah, turut timbul dakwaan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyimpan stok bantuan kepada mangsa banjir dan tidak mengagihkan bantuan makanan berkenaan kepada penduduk orang asli yang terjejas banjir.
Banjir yang melanda negara pada penghujung Disember 2014 adalah antara yang terburuk apabila hampir 200,000 orang dilaporkan menjadi mangsa banjir.
Negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang antara kawasan terburuk terjejas akibat banjir apabila terdapat penduduk yang kehilangan kediaman mereka apabila rumah mereka dihanyutkan air deras.
Tinjauan The Malaysian Insider di lokasi perkampungan orang asli di pedalaman Gua Musang semalam juga mendapati kediaman mereka masih lagi terbiar dengan sebahagian daripada mereka kini mula membina pondok di kawasan bukit apabila kediaman mereka tidak lagi boleh digunakan.
Selain menggunakan khemah dan kanvas, mereka yang terjejas juga turut menggunakan buluh untuk membina pondok kediaman sementara menunggu kediaman mereka boleh diduduki semula.
Sukarelawan misi bantuan banjir juga terpaksa menggunakan kenderaan pacuan roda (4WD) dan helikopter untuk memasuki kawasan kampung terpencil kerana kemudahan jalan perhubungan terjejas akibat banjir.
Terdapat sebahagian kawasan perkampungan penduduk orang asli juga tidak mempunyai pilihan lain selain menantikan bantuan dan sumbangan makanan daripada pihak luar apabila sumber makanan dan tanaman mereka musnah dilanda banjir. – 31 Januari, 2015

2 comments:

  1. Yang bantuan hasil duit Cina , yang merompak hanya lah bebudak bahalol yang nak kaya ber gaya.

    Duit dari cukai business Cina saja nak kumpul 800jt kerana orang orang melayu mana lah ada duit....

    Bebudak barua pun ambik duit Cina tuk kaya bangsawan.

    Memalukan bangsa saja.

    Bahalol.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  2. Tidak diketahui kesahihan berita itu, tetapi biarlah bersangka baik terlebih dahulu. Ada juga kemungkinan lori itu tidak boleh tiba ke pusat agihan, kerana jalan yg rosak teruk. Ada juga kemungkinan barangan dihantar ke pusat yg lain. Kenapa tidak menggunakan 4WD atau helikopter untuk menghantar bantuan tersebut? Boleh jadi juga penyelarasan yg telah dibuat tidak kemas dan teratur, menyebabkan barangan dianggap hilang, padahal telah dihantar oleh kenderaan lain setelah dipunggah dari lori itu. Maklumlah keadaan selepas huru-hara tentu ada kecacatan mahupun kecelaruan dlm melaksanakan penghantaran dan pengagihan bantuan.
    Tetapi jika berita itu memang benar2 berlaku, tidak syak lagi sipelaku itu sememangnya layak digelar 'setan celaka' merampas hak mangsa berkenaan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa