Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 26, 2015

Apa hal pulak Zahid ni?

ZAHID BOHONG? Menteri kata 24 jam, fakta pula sebaliknya
Rabu, 25 Mac 2015 19:06
Menteri dalam negeri mengatakan bahawa siasatan awal dan rakaman kenyataan dua pemimpin Umno - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Mashitah Ibrahim - disiapkan dalam tempoh 24 jam, tetapi fakta dan kronologi kes itu menunjukkan sebaliknya.
Ia sebaliknya mengambil masa kira-kira seminggu sebelum Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, disoal siasat oleh polis berhubung gesaannya supaya memboikot peniaga Cina.
Begitu juga, dengan kes Mashitah berhubung dakwaannya bahawa beberapa orang Cina di Kedah telah membakar helaian al-Quran, di mana beliau hanya disoal siasat oleh polis sembilan hari selepas DAP membuat laporan polis terhadapnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen semalam bahawa tidak timbul keperluan untuk menangkap mereka kerana siasatan awal dan rakaman kenyataan mereka disiapkan dalam tempoh 24 jam dari tempoh aduan dibuat.
Zahid menjawab soalan MP Ipoh Barat, M Kulasegaran yang bertanya mengapa ahli politik Umno tidak ditangkap kerana membuat membuat kenyataan yang provokatif baru-baru ini.
Ia ekoran tindakan polis menangkap hampir kesemua aktivis pembangkang selepas mereka secara sukarela hadir di balai polis selepas dipanggil untuk memberi keterangan.
Penangkapan terbaru ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Ia ekoran perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac yang menyaksikan kira-kira 10,000 orang berarak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.
Ismail Sabri membuat kenyataan kontroversi pada 2 Februari, di mana Ketua Polis Negara Khalid Tan Sri Abu Bakar dalam tweet pada hari yang sama mengatakan polis akan memanggil beliau untuk disoal.
Ia pada asalnya dijadual pada 4 Februari, tetapi kemudiannya ditangguhkan kepada 9 Februari, kerana dikatakan kesibukan jadual menteri itu kerana tarikh itu kebetulan sama dengan tarikh lawatan rasmi Presiden Indonesia Joko Widowo ke Malaysia.
Ismail Sabri kemudiannya menjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan mereka walaupun kejatuhan harga minyak.
Bagi Mashitah pula, beliau membuat dakwaan itu di Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 26 November, tetapi dakwaannya itu kemudiannya didapati tidak benar.
MP Kulai Teo Nie Ching dan beberapa yang lain membuat laporan polis terhadap Mashitah pada 28 November dan, menurut Agenda Daily, kenyataan Mashitah yang dicatatkan pada 7 Disember. - M'kini

1 comment:

  1. Kalau bukan Munafik , Penipu tok sah mimpi nak jadi menteri lah

    Ini kan Malaysia Boleh!!!!

    Monyet pun boleh jadi Ulamak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa