Keluarga malang yang dinafikan bantuan kerana dituduh bukan penyokong parti
Alkisah malam tadi selepas Isyak aku dan isteri ke Billion Supermarket di Langgar membeli barang keperluan kami dan juga susu sang beruk yang dua ekor kat rumah. Susu beruk pun bukan sebarang susu tapi susu jenama Enfagrow!
Setelah membayar, kami pun keluar ikut pintu besar. Di pintu tercegat seorang budak lelaki dengan pakaian kusam dan memegang sebuah kotak yang siap bertebuk di bahagian atas.
Budak ni berikan salam dan saya menjawab sambil bertanya yang dia ni kutip derma untuk siapa. Dia jawab untuk dia dan keluarga. Emaknya ada di atas pangkin di luar sambil menunjukkan kepada seorang perempuan yang sedang memangku seorang budak kecil.
Sambil menyeluk poket saya bertanya di mana rumahnya. Dia jawab rumahnya di Gong Dermin tetapi semua yang ada di dalam rumah sudah hilang atau rosak di bawa banjir termasuk uniform dan kelengkapan sekolah. Rumahnya tenggelam tinggal bumbung.
Saya terfikir dua ekor beruk saya, saya berikan susu Enfagrow kenapa tidak saya belikan keperluan sekolah budak ni?
'Ok macam ni, Pakcik akan belikan sepasang baju sekolah termasuk kasut, nak tak' saya bertanya
Dengan girang dia menjawab 'Nak Pakcik, terima kasih Pakcik'
Sedang saya bertanya itu dan ini, seorang budak perempuan merapati kami. Rupa budak perempuan ni adalah adiknya. Dia di darjah lima dan adiknya di darjah empat.
Saya menyuruh mereka berdua pilih sendiri pilihan mereka. Baju, kasut, seluar, telekung dan kain untuk padankan dengan baju kurung uniform sekolah adiknya.
Sedang mereka memilih saya ternampak bekas luka yang sudah kering di kepala budak lelaki tadi. Saya bertanya kenapa kepalanya luka? Dia jawab ditolak semasa nak ambil makanan bantuan banjir di kampungnya dan dia jatuh longkang. Tapi dia tidak diberikan makanan bantuan itu.
Emaknya juga ditolak dan rebah ke dalam longkang juga dan luka di kepala serta lebam di muka serta bengkak mata.
Lepas membeli dan kami bayarkan semuanya, kami pergi dapatkan emaknya. Emaknya bercerita keadaan yang sama sambil menunjukkan matanya yang masih merah dan bengkak.
Yang menyedihkan keluarga mereka dinafikan bantuan dengan alasan mereka bukan ahli parti yang menghulurkan bantuan itu!
Jadi mereka anak beranak berlaparlah pada hari itu.......termasuk sikecil yang di ribaan emaknya tadi.
Saya bertanya lanjut dari parti manakah orang-orang yang membahagikan bantuan itu. Emaknya menjawab parti PAS!
Berderau darah saya kerana parti itulah yang saya pangkah!
Emaknya kata dia memang tidak campur dengan parti mana-mana pun sebab keluarganya miskin. Jadi seharian mereka hanyalah mencari rezeki. Tidak ada masa untuk campur atau aktif mana-mana parti.
Maaf......aku bukan nak memburukkan atau marahkan PAS tetapi aku cukup marah kepada manusia yang mewakili parti itu dalam misi ini yang berhati binatang!
Mendengar cerita mereka sekeluarga ini serta melihat mata kanak-kanak ini aku dan isteri sebak dan menitiskan air mata tambah pula siemak budak itu memeluk isteri saya sambil berterima kasih. Kami berikan juga sedikit tunai kepada mereka.
Sebelum kami balik, kami tanya bagaimana kami nak menghubungi mereka. Kami berhajat mahu tambah bantuan semampu kami di lain hari.
Di dalam kereta isteri saya cukup marah. Katanya sampai hati lakukan begitu terhadap budak dan seorang perempuan yang terdesak dan kelaparan.......panjang sungguh isteri saya membebel sambil berdoa.
Isteri saya dan keluarga malang itu
Budak-budak itu menjinjing beg plastik barang yang kami belikan dan emaknya.
Adiknya yang paling kecil di dukungan
Mata merah dan lebam di muka ibunya.
Ibunya juga alami luka di kepala juga kerana longkang
(maaf gambar kurang terang kerana diambil di tempat yang agak gelap)
Alhamdulillah......ya Allah, kerana engkau limpahkan rezeki untuk kami dan untuk mereka!
# Cer baca N3 dari blogger Anak Sungai Derhaka pada link di bawah:
# Cer baca N3 dari blogger Anak Sungai Derhaka pada link di bawah:
Pukimak!!! itu saja yg mampu aku ucapkan
ReplyDeleteAnon 3:22 AM
ReplyDeleteTak apalah. Engkau sebut pun pukimak engkau kan?
Masya Allah
ReplyDeleteOrang macam imi ada banyak kerana orang orang politik sudah banyak yang fanatik akibat bahalol , gagal ber fikir waras.
Dalam hal ini , bukan Melayu banyak yang professional menderma todak ikut bangsa dan politik.
Orang orang PAS ke , UMNO ke , yang di bagi orang pun bukan duit sendiri beli sebab Melayu Melayu raya rata miskin tak be duit dan kedekut pulak. Ini standard Melayu....
Gaya alim ulamak tapi hati busok kededut dan ber kira. Itu sebab hidup merana dan bahalol.
Kalau benar , sedih amat lah jadi begini. PAS sudah lebih burok dari KKK di Amerika nun.
Sudah lah miskin , bahalol pulak tu... Gaya saja alim ulamak tapi gaya saja.
Rokok mesti hosap , sedekah bantu orang susah belakang kira.
Ini standard orang orang Melayu saja.
Semoga Allah SWT merahmatkan tuan dan keluarga tuan. InsyaAllah.
ReplyDeletesemoga di murahkan rezeki kedua dua keluarga ini. Amin
ReplyDeleteSepatutnya admin siasat dulu siapa,benarkan parti pas,kumpulan mana yang menguruskanya.atau mereka ini bukan mangsa banjir,dan sekiranya nyata bahawa pengurusan olih pas maka admin siarkan dengan nyata dan laporkan kepada pihak Pas,jangan menerima sebelah pihak je,bukankah admin seorang yang bijak menilai.
ReplyDeleteIni boleh jadi kes polis
ReplyDelete1.melakukan kekasaran hingga cedera.
2.menafikan hak peri kemanusiaan atas bantuan pada yang memerlukan.
3.menyalah guna kuasa petugas dan diskriminasi atas nama politik.
Buat lapuran polis supaya perkara gangsterism tidak berlaku lagi.
Rasanya lepas ni mungkin cuaca panas ekstrim kerana masih terdapat kezaliman.
betul ke cerita ni
ReplyDeleteAnon 8:32 AM
ReplyDeleteIni bukan cerita. Ini peristiwa. Apa yang saya dan isteri lakukan ini baru malam tadi dan saya sendiri yang ambil gambar tu di Billion Supermarket, Kota Bharu. Kami juga berhajat menziarahi rumah keluarga ini.
Anon 6:31 dan Anon 7:40 AM
ReplyDeleteTerima kasih banyak di atas doa saudara berdua
Anon 7:53 AM
ReplyDeleteBatul kata saudara. Memang ada kes tetapi mereka ni orang kampung yang agak liat dengan urusan begitu. Itulah sebabnya saya bercadang ke rumah mereka untuk melihat keadaan dan kalau mampu tolong kami akan tolong
Anon 7:46 AM
ReplyDeleteSaya percaya sebab saya sendiri berjumpa dan tolong mereka. Kesan kecederaan pun masih belum sembuh dan jelas kelihatan.
Tentang perangai orang-orang yang kononnya membantu bagi pihak parti pun sama. Di tempat saya, mereka membahagikan borang bantuan banjir hanya kepada orang-orang mereka sahaja. Perkara ini saya tahu dan penduduk adukan kepada saya. Saya cuba iktiar cara lain untuk membantu mereka. Perkara ini saja saya tak nak hebohkan kerana tidak ada kes penderaan dan kecederaan. Lagi pun kalau dah heboh parti mana yang terpalit nama buruk?
Perkara ini hanya heboh di kalangan orang-orang kampung sahaja.
Siasat betul2 tuan
ReplyDeletePeristiwa ini memalukan parti
dan sekiranya betul tuan kena usahakan untuk buat aduan polis.
Kita tidak tahu cerita sebenar.Mungkin berlaku perebutan 'barang bantuan' sesama mangsa banjir. Mungkin petugas sekarela @ petugas parti tak tahu menahu.
Oleh itu tuan harus pergi dan menyiasat sendiri kebenaran atau sebaliknya
Kita tak mahu dalam keadaan kesukaran rakyat pemain-pemain politik masing-masing mengambil kesempatan!
A'kum semua
ReplyDeleteSebenarnya saya sedih dan kesal. Ramai yang prihatin dari luar Kelantan bertungkus lumus dengan tenaga dan bantuan berupa barangan keperluan. Begitu juga parti dan kerajaan Kelantan namun ada segelintir yang kurang kemanusiaan mencemarkan segala usaha murni itu.
Pada saya dengan besar hati dan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang sudi membantu dengan iklas hati tanpa jemu baik dari luar Kelantan atau warga dalam negeri meringankan beban mangsa banjir di Kelantan ini.
Walau pun saya tidak benar-benar aktif ke sana-ke mari menghulurkan bantuan kerana kekangan kesihatan, namun saya tetap membantu dengan cara saya. Terima kasih sekali lagi semoga jasa kalian di dalam perhitungan Allah
Anon 9:40 AM
ReplyDeletePrasangka saudara ada logiknya. Mungkin di dalam keadaan kelam kabut itu mereka tidak dapat mengenali siapa yang merebut-rebut dan siapa pula yang memberikan barangan itu dan mereka ditolak sesama mereka.
Cuma yang pasti mereka memang dinafikan bantuan itu dengan alasan yang saya tulis di dalam N3 ini.
Berbaju melayu biru..sah anda penyokong bn..
ReplyDeleteSaya tak percaya saudara org PAS. Tgk dr gambar2 saudara di blog ni. Mmg saya yakin tuan bkn pengundi PAS. Hanya nak memburukkan PAS je.
ReplyDeleteSalam Pak Din.
ReplyDeleteKalau Um=No buat perangai rupa tu kita tak heran dah..sebab proven dah biasa dengar.
Rupanya ada jugak seburuk tu perangai orang PAS - selective, discriminating others - apa beza dgn UM=No ? Yeah right, "PAS Ganti UMNO" sokmo...hehe ..saling tak tumpah !
Mana akhlak, ehsan & ikhlas Islam ajor demer tu, entah ! Buat malu kaum aje.
Patutnya takder pilih kasih, bagi saja bantuan kepada mangsa bencana tanpa banyak songeh !
Demer tu nak buat pahala ke nak buat dosa? Tu barang sponsor orang ramai, komer sukarelawan tinggal tolong agihkan saja, tu pun tak boleh jaga amanah?? Apa barang kita nak harap PAS jaga negeri, negara? Memang hampeh ler.
Anon 9:52 dan 9:53 AM
ReplyDeleteNak percaya atau tidak itu hak saudara dan saya tak paksa pun sesiapa percayakan saya.
Tentang warna.....maaf saya bukan jenis taksub bodoh yang sehinggakan warna pun menjadi fobia!
Tentang saya, kalau saudara ada kenal mana-mana blogger PR Kelantan, silakan tanya mereka di mana pendirian saya.
W'salam Hanz
ReplyDeleteBukan semuanya berperangai begitu. Masih ramai yang iklas dan berhati mulia.
golongan miskin macam ni akan jadi sasaran orang lain..contoh kat kampung saya.
ReplyDeletePersatuan Buddha datang nak tolong satu Muslim famili yg miskin. Mereka datang nak bantu sebab famili ni tak mampu nak bayar yuran sekolah....
Malu gua beb...
Tak tahu la macam mana nak jawab solan bocor #5
Siapakah saudara kamu?
subhanallah...
ReplyDeleteSaudara admin, macamana mereka blh cam keluarga tu bkn penyokong parti mana2? Sedangkan keadaan disana sangat kelam-kabut. Mengikut dari cerita tu keluarga ni tak pernah campur urusan politik dan disini timbul pertanyaan samada orang politik kenal ke keluarga ni sedangkan keluarga ni tak pernah campur dgn org politik. Saya nasihatkan saudara admin siasat dulu sblm menyiarkan artikel ini kerana ia melibatkan maruah parti lain la kalau saudara ada niat disebaliknya.
ReplyDeleteAlhamdulillah tuan berhati mulia muga sentiasa anugerah rezeki dan Rahmat Allah..paparkan di sini no tel atau no akaun keluarga berkenaan agar kami juga boleh membantu...syukran tuan.
ReplyDeleteAlhamdulillah tuan berhati mulia muga sentiasa anugerah rezeki dan Rahmat Allah..paparkan di sini no tel atau no akaun keluarga berkenaan agar kami juga boleh membantu...syukran tuan.
ReplyDeleteAnon 11:35 AM
ReplyDeleteTang macam mana mereka kenal tu saya tak boleh nak komen sebab saya pun tak tanya banyak.
Walau apa pun parti ikutan mana-mana insan yang terlibat (bukan keluarga ini sahaja) dan perlukan bantuan, bukankah kita wajib bantu hatta haiwan sekali pun.
Saya bantu mereka pun saya tak tanya mereka dari parti mana, solat ke tidak. Yang saya tanya dah makan atau belum, nak tidur mana malam ni dan apa kerja mereka sebelum ditimpa musibah.
Saya nak cerita sikit.....tadi saya ke kedai yang berdekatan rumah dan jumpa satu kumpulan misi bantuan dari Kedah. Kami bersembang lebih kurang dan saya satu jer.....kenapa datang sendiri menyampaikan bantuan yang dikumpul?
ReplyDeleteSatu jawapan yang memalukan kita orang kelantan "Kami tak percaya bantuan yang diserahkan kepada pihak yang bertanggung jawab pengagihan mengagihkan apa yang kami sampaikan dibahagi secara saksama dan betul-betul sampai ke tangan kumpulan sasar!"
Mereka kata mereka dapati banyak cerita yang tidak meyakinkan mereka tentang kesaksamaan ini berlaku.
Satu lagi tentang no. akaun tu saya tak pula tanya. No. tel tu ada saya minta tetapi patutkah saya paparkan di sini tanpa kebenaran tuan empunya diri?
ReplyDeleteTak apa insya Allah saya akan pergi tinjau sendiri rumah keluarga ini di kampung yang disebutkan kepada saya semalam.
Saya tak tanya banyak sebab kami pun terjumpa secara kebetulan. Nasib baik saya ringan mulut bertanyakan budak itu (anak mereka yang kutip derma) sebelum saya menderma
Salam. Kenapa anak dara encik tak tutups aurat, tak takut ke diheret ke neraka. Brdosa besar tu sebar gambar aurat rambut perempuan islam merangkap anak sendiri. Point sy disini sebelum sibuk nak urus anak orang, urus hidup sendiri dahulu. Sekian, terima kasih. Sekadar mengingat sebagai islam. Ahaks kalau marah sy minta maaflah huhu
ReplyDeleteW'salam ironi
ReplyDeleteTerima kasih di atas ingatan yang baik itu. Untk makluman saudara, anak saya itu sudah pun berlaki dan dah beranak pun. Kalau sebelum ini saya hanya bertanggung jawab menasihatinya tetapi sekarang lakinya pula yang ambil alih tetapi masih dierikan nasihat berterusan kepada kedua-duanya. Nak ikut atau tidak itu haknya sebab dah besar panjang dan tahu berfikir sendiri.
Tenang telekong yang saya sebutkan di N3 ini adalah uniform sekolah yang saya dermakan itu. Takkan saudara tak tahu?
Atau saudara masih budak dan belum berumahtangga dan masih belum punya anak perempuan yang bersekolah?
Apa pun sekali lagi terima kasih saya ucapkan