Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 3, 2016

Gua Cha Berhampiran Blockade Orang Asli

Lagi Tulisan Syam Ghaz

*Gua Cha Berhampiran Blockade Orang Asli.*

Pusat Arkeologi GUA CHA Kelantan Berusia Lebih 10,000 Tahun Bakal Terjejas Dengan Aktiviti Perladangan Hutan Seberang Sungai dan Makin Terabai.
 
 
 
 
- Gambar 10 Oktober 2016.

Lokasi yang sepatutnya sangat boleh dipromosikan sebagai destinasi Pelancongan Sejarah kerana perkampungan asal ini wujud sejak Zaman Neolitik di Malaysia, iaitu 9000 - 8000 tahun sebelum Masihi. Zaman manusia ‘Hoabinhian’.

Kami Terkejut dengan gambar yang diambil mengunakan teknologi DRONES dari udara, apabila melihat:

i. Aktiviti perladangan hutan betul-betul hampir dengan gigi sungai Nengiri, yang menyebabkan air sungai KERUH, dan soalah-olah 'buffer zone' 40 meter atau 2 mata rantai dari gigi sungai sudah dilanggar oleh syarikat berkaitan. - MILIK SIAPAKAH SYARIKAT ITU?

ii. Pusat Arkeologi Bersejarah di Kelantan yang sepatutnya dijadikan lokasi pelancongan kini terbiar dan terancam, apabila lokasi berkenaan tidak dijaga dan kami risau pada 'masa depan', aktiviti pembalakan dan perladangan hutan akan meranapkan lokasi bersejarah ini. - KENAPA TERBIAR? [Nota: Gambar Signboard Pusat Arkeologi dimasukkan sekali dalam gambar asal, untuk memudahkan buat pengecaman lokasi dibuat dan bagi menunjukan ia lokasi sebenar]

iii. Air Sungai berhadapan dengan Gua Cha, memang didapati KERUH PEKAT macam TEH TARIK menjejaskan kualiti dan lokasi ini sebagai Tarikan Pelancongan di Kelantan. Ia kerana terdapat Aktiviti Pembalakan dan Perladangan Hutan di Hulu Sungai Nengiri.

Gambar pasukan Aktiviti R MALAYSIA yang memasuki lokasi berkenaan pada 10 Oktober 2016 lalu waktu mengadakan Rain Forest Camp, bersama 5 buah ngo lain, 4 syarikat media masuk ke dalam hutan bagi meninjau sendiri KESAN PEMBALAKAN dan PERLADANGAN HUTAN yang menjejaskan masyarakat Orang Asli, hingga mereka terpaksa mengadakan 'blockade' bagi memastikan hutan simpan kekal tempat mereka cari sumber rezeki sekitar Pos Tohoi, Pos Simpor, Pos Gob, Kg Bring dll.

 Gua Cha : Tapak Arkeologi di Kelantan

1)         Malaysia mempunyai banyak tapak arkeologi yang membuktikan disini wujud peradaban pra-sejarah. Antara tapak yang popular adalah di Lembah Bujang iaitu tinggalan Candi zaman Sri Wijaya dan di Lenggong, Perak tempat penemuan Perak Man serta kajian arkeologi di Gua Niah.

2)      3 lokasi ini sering diwar-warkan sebagai tapak kajian yang tersohor hingga diberi pelbagai penghargaan. Masyarakat umum jarang didedahkan dengan tapak-tapak arkeologi lain yang tidak kurang penting dalam sejarah.CBerikut beberapa tapak penting yang jarang diketahui umum:

1)      Gua Cha, Nenggiri, Kelantan
2)      Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang
3)      Gua Bewah, Tasik Kenyir, Terengganu
4)      Kawasan Endau-Rompin sempadan Johor-Pahang
5)      Gua Bintong di Perlis

3)      Gua Cha, Gua ini terletak di kawasan Nenggiri iaitu sebuah kawasan yang tersohor zaman berzaman. Ia diingati kerana Paduka Che Siti Wan Kembang telah menubuhkan kerajaan baru kerana berundur akibat serangan Siam semasa berada di Chetok bersama-sama Raja Abdullah dan Puteri Saadong. Secara geografinya Gua Cha terletak ditebing kiri Sungai Nenggiri di Ulu Kelantan, 16 km ke hilir Kampung Kuala Betis. Ianya merupakan satu kawasan batu kukup atau batu lindungan yang mempunyai keluasan lantai hampir 300 meter persegi.

4)      Penemuan arkeologi di Gua Cha, dari sudut arkeologi, Gua Cha boleh dikatakan tapak yang paling aktif sekali diselidiki, di Semenanjung Malaysia. Penemuan gua ini telah dilaporkan oleh H.D. Noone pada tahun 1936 manakala kajian yang lebih mendalam dijalankan oleh G.de G. Sieveking pada tahun 1954 dan sekali lagi pada tahun 1979. Kajian terbaru pula dijalankan oleh Haji Adi bin Haji Taha ditapak yang sama.Hasil dari kajian-kajian yang dijalankan lebih dari 30 tinggalan manusia zaman ‘Hoabinhian’ dan Neolitik ditemui di Gua Cha.

5)      Tembikar-tembikar yang dibuat dalam pelbagai bentuk dan ragam dan alat-alat perhiasan juga ditemui dalam kuantiti yang banyak dan merupakan perkakas pengkebumian yang ditanam bersama mayat. Bukti tinggalan makanan yang ditemui di Gua Cha menunjukkan yang masyarakat tersebut bukan sahaja memburu haiwan kecil tetapi juga haiwan besar .

6)      Pentarikhan karbon menunjukkan yang Gua Cha telah didiami oleh masyarakat ‘Hoabinhian’ sejak 10,000 tahun yang silam dan diikuti oleh masyarakat Neolitik pada kira-kira 4,000 tahun yang lalu. Bukti beras terbakar juga ditemui di Gua Cha dibahagian lapisan atas menunjukkan bahawa disitu pernah wujud satu penempatan manusia disekitar Gua Cha.

7)      Penemuan rangka orang-orang Hoabinihian oleh Gale Sieveking telah dibawa lari dalam 10 kotak pada tahun 1954 melalui jalan sungai yang terus tembus ke pahang dan terus diangkut melalui Fort Chabai. Ekspedisi 1954 dikawal ketat oleh tentera dan bekalan makanan dihantar melalui udara berikutan kawasan ini tidak dapat diakses melalui darat. Ini membuktikan kepada kita bahawa kawasan Gua Cha ini adalah bukti penting dalam kita menyusun puzzle untuk mengetahui bangsa yang akan di akhir zaman.

CADANGAN

1. Sepatutnya Kerajaan Negeri menghalang mana-mana syarikat atau agensi melakukan aktiviti perladangan hutan, pembalakan berhampiran Pusat Arkeologi bersejarah ini.

2. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan perlu memantau dan mengambil tindakan di atas aktiviti perladangan yang betul-betul masuk dalam kawasan buffer zone yang ditetapkan.

3. Destinasi ini wajar dijadikan tarikan pelancongan bersejarah di Negeri Kelantan dan patut diberikan suntikan dana khas bagi mengekalkan keaslian lokasi ini sebagai tempat bersejarah.

4. Aktiviti Pembalakan sepatutnya diamalkan sistem tebangan terpilih dan Perladangan Hutan cara tebang habis untuk tanaman pokok getah klon balak, sawit, dan pokok-pokok hutan dihentikan di Hulu Sungai Nengiri bagi mengelakkan lumpur.

Semoga Sidang DUN Kelantan yang berlangsung menjadikan laporan ini sebagai panduan untuk mengambil tindakan pembaikpulihan segera.

Syam Ghaz
BUMI

Rujukan:

1. http://adminpasirmas.blogspot.my/2013/05/gua-cha-tapak-arkeologi-di-kelantan.html

2. http://pp-sk.blogspot.my/2015/04/gua-cha-sebuah-kampung-berusia-10000.html

#GuaCha

* Aku sendiri pun pernah singgah di Gua Cha dan gua-gua di sepanjang Sungai Nenggiri semasa expedisi berakit menyusur Sungai Nenggiri - mountdweller

Makanlah duit haram ini........

Friday, 2 December 2016
MAKANLAH DUIT HARAM ITU...ADUHHH...BISANYA!!
Tidak menunggu lama, Tun Mahathir Mohamad pantas menjawab sebahagian kritikan dan serangan yang ditujukan terhadapnya sepanjang Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang.

Menulis di blognya, sambil menyifatkan Melayu UMNO sebagai kelompok yang mudah lupa, mereka kata beliau, sudah lupa kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara kerana terlalu menyembah kepada duit.

"Dengan kata lain, ahli UMNO yang terus menyokong Najib Razak adalah bersubahat dalam melesapkan berbilion-bilion ringgit wang kerajaan.

"Makanlah duit haram hasil menjual agama, bangsa dan negara itu," kata Tun Mahathir yang baru kembali dari luar negara, malam semalam.

Aduhh...bisanya serangan balas Tun Mahathir kali ini. 

Tak terasa apa-apakah mereka apabila mengetahui sumber haram sedang mengalir dalam darah daging dan kemudian dikongsi makan pula bersama anak, isteri, cucu dan saudara-mara?

Ikuti tulisan penuh Tun Mahathir seperti di bawah ini. (SH 02/12/2016).

1. Kita lihat banyak negara-negara yang mencapai kemerdekaan setelah dijajah, memilih sistem demokrasi. Malaysia juga demikian. Tetapi sementara di Malaysia pilihanraya dapat menentukan parti yang akan mendiri Kerajaan, di kebanyakan negara lain pilihanraya hanya menghasilkan Kerajaan otokratik.

2. Sebabnya ialah banyak penipuan berlaku dalam pilihanraya sehingga keputusan dipertikai oleh pihak yang kalah. Kadang-kadang rusuhan berlaku, bahkan adakalanya perang saudara berlaku.

3. Sebenarnya penipuan mudah diperlakukan dalam pilihanraya. Diantaranya ialah dengan memindah pengundi dari kawasan yang tetap dimenangi kepada kawasan yang parti kalah dengan jumlah undi yang sedikit sahaja.

4. Dengan tambahan sedikit sahaja pengundi dari kawasan kubu kepada kawasan kalah, kemenangan mudah dicapai.

5. Sogokan wang dan barangan juga boleh menentu kemenangan. Biasanya dibuat secara rahsia kerana ia menyalahi undang-undang, tetapi jika Kerajaan boleh menghalang segala tindakan undang-undang terhadapnya, sogokan boleh dibuat secara terbuka oleh parti Kerajaan. Jika ada laporan dan dakwaan bahawa sogokan telah berlaku, ketua polis dan pendakwa raya boleh mengenepi atau menutup dakwaan itu. Mahkamah tidak akan dapat mendengar kes itu.

6. Mungkin juga orang yang membuat laporan dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah. Setelah ini berlaku tiada akan ada lagi sesiapa yang akan membuat laporan.

7. Orang asing juga boleh diguna untuk mengundi parti yang berkuasa. Katakanlah terdapat ramai orang asing yang berada dalam negara kerana sebab-sebab tertentu, mereka ini boleh diberi kad pengenalan warganegara dan didaftar sebagai pengundi. Sudah pun dikesan orang asing yang memiliki pasport negara lain tetapi mempunyai kad pengenalan Malaysia.

8. Dengan sogokan juga pegawai dan kakitangan boleh mengambil bahagian dalam penipuan ini. Pekerja dalam pengurusan pilihanraya boleh juga disogok supaya bekerjasama dan tidak melapor penyelewengan yang berlaku. Jumlah undi pun boleh ditipu semasa dikira.

9. Mereka yang bersubahat seperti ini boleh dilindungi oleh pihak yang berkuasa. Mereka tidak akan didakwa.

10. Apabila diisytihar keputusan pihak yang tidak puas hati boleh membantah. Mereka boleh berdemo.

11. Tetapi selagi ketua pihak penguatkuasa undang-undang dan pendakwaraya menolak segala dakwaan penipuan dan bantahan oleh rakyat sia-sia sahajalah usaha yang dibuat.

12. Parti yang menang secara penipuan akan dirikan Kerajaan dan akan terus menipu dan melesapkan duit rakyat. Ini sudah pun berlaku.

13. Demokrasi memang sistem yang terbaik tetapi demokrasi boleh disalahguna dan salahlaku sehingga wujud diktator demokratik – atau lebih tepat lagi kleptokratik. Demikianlah wang boleh menghapuskan semangat sayang kepada bangsa, negara dan agama.

14. Untuk mengelak semua ini berlaku terdapat hanya satu cara sahaja. Rakyat sebagai pengundi, kakitangan dan pegawai mestilah menolak dengan sekeras-kerasnya RASUAH dalam apa bentuk sekalipun.

15. Apa juga yang diterima dan boleh ditakrif sebagai rasuah adalah haram – haram di dunia dan haram di akhirat. Islam, agama-agama lain dan masyarakat mengutuk rasuah. Percayalah rasuah tetap akan memburukkan nasib semua dari kita termasuk dan lebih-lebih lagi mereka yang menerima rasuah. 

16. Janganlah sesiapa berkata oleh kerana rasuah tidak termasuk dalam hukum hudud, dianya akan dibalas hanya di akhirat sahaja. Dia tidak menjadi kesalahan di dunia. Oleh itu terimalah rasuah sebagai rezeki.

17. Sebenarnya balasan di dunia akan dirasai oleh semua kerana rasuah, selain dari menjadi beban kepada masyarakat tetap akan menghancurkan negara.

18. Melayu UMNO mudah lupa, seperti saya nyatakan dalam perhimpunan Agung UMNO dahulu. Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan UMNO di waktu ia ditubuh. Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit. Pilihanraya kali ini akan memperlihat duit-duit yang dicuri dikongsi bersama oleh mereka yang terus menyokong Najib. Dengan perkataan lain ahli UMNO yang terus sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion-bilion Ringgit.

19. Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair.
- Chedet.cc

Posted by Shahbudin Husin at 18:27 

Tembak Di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu: Tiga Maut, Empat Cedera dan dua direman

Kes Tembak: Dua Direman Bantu Siasatan
mStar: Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 11:59 AM
GEORGE TOWN:  Pengawal peribadi yang menembak mati bosnya dalam satu insiden tembak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Khamis direman selama tujuh hari.

Lelaki berusia 37 tahun itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan insiden yang turut meragut tiga nyawa manakala empat yang lain cedera.

Lelaki itu dipercayai mengamuk sebelum menembak mati bosnya yang dikenali sebagai Datuk Ong Teik Kwong dan dua lelaki lain.

Ahli perniagaan berusia 31 tahun yang turut berada di dalam kenderaan bersama Ong turut direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Pengawal peribadi itu berada di dalam kenderaan bersama dengan Ong dan seorang lagi lelaki apabila suspek secara tiba-tiba menembak bosnya itu.

Dua lagi lelaki yang maut dalam insiden kira-kira pukul 7.30 malam itu merupakan seorang pemandu dan juga seorang penunggang motosikal.

Pengawal peribadi itu ditahan di lokasi kejadian pada malam Khamis.

Tiga Maut, Empat Cedera Kejadian Tembak Di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 9:22 PM
Oleh: TAN SIN CHOW
editor@mstar.com.my
Jurukamera RTM, Mohd Amirul Amin dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan selepas ditembak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Foto: Bernama

GEORGE TOWN: Tiga orang termasuk seorang 'Datuk' maut dalam kejadian tembak  di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Khamis.

Kesemua mereka berada di dalam kenderaan masing-masing ketika kejadian pukul 7.30 malam ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian tembak itu dan siasatan sedang dijalankan.

Difahamkan, mangsa keempat dalam kejadian itu merupakan seorang wanita telah mengalami kecederaan serius selepas ditembak dan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.
Salah seorang mangsa mati ditembak di bahagian kepala

Selain itu, seorang jurugambar dari RTM, Muhamad Amirul Amin Amir yang menunggang sebuah motosikal turut ditembak di bahagian dada ketika melalui tempat kejadian.

Jelas Muhammad Amirul,28, ketika kejadian berlaku dia bersama kawannya, Mohamad Iskandar Osman dalam perjalanan menuju ke Pesta Pulau Pinang.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku sepanjang jalan menuju ke Jambatan Pulau Pinang.

Pengawal Peribadi 'Naik Marah' Sebelum Tembak Bos Sendiri
Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 12:50 AM
Oleh: THE STAR
Polis melakukan siasatan di tempat kejadian. Foto: Bernama

PETALING JAYA: Salah seorang mangsa tembakan yang tercedera telah menelefon dan memberitahu seseorang bahawa 'pengawal peribadi naik marah' sebelum dia menembak mati bosnya yang bergelar Datuk.

Menurut seorang saksi yang membuat laporan polis pada Khamis, dia ternampak seorang lelaki dalam keadaan berdarah di muka dan dahi ketika sedang memandu di
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Dia beranggapan lelaki itu mungkin terlibat dengan kemalangan, dan seterusnya menawarkan pertolongan untuk menghantar ke hospital.

Menurut laporan yang dibuat oleh seorang wanita, ketika dalam perjalanan lelaki tersebut meminta izin untuk menggunakan telefon bimbit miliknya bagi menghubungi ahli keluarga.

Dia kemudian mendengar lelaki itu menyebut 'pengawal peribadi naik  marah" dan 'tailo' (bos) sudah mati. 

Dia juga turut terdengar lelaki itu memberitahu bahawa pengawal peribadi tersebut telah memukulnya di kepala menggunakan pistol.

Lelaki itu juga turut membuat panggilan kedua dan memberitahu bahawa semua barang-barang dan begnya berada di dalam kereta bos.

Saksi berkata, sebaik sahaja mendengar perbualan tersebut, dia terus menurunkan lelaki itu di sebuah stesen minyak kerana takut.

Kejadian tembak yang berlaku pukul 7.30 malam Khamis menyebabkan tiga orang maut termasuk Datuk, dan empat cedera.


Polis berjaya menangkap seorang suspek penembak yang juga merupakan pengawal peribadi kepada Datuk yang ditembak itu.

'Datuk' Ditembak Pengawal Peribadi Sendiri
Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 10:27 PM
Oleh: CRYSTAL CHIAM SHIYING
editor@mstar.com.my
GEORGE TOWN: Suspek yang melepaskan tembakan dan membunuh seorang Datuk serta dua yang lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu telah ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, penembak tersebut merupakan pengawal peribadi kepada Datuk yang ditembak dan turut berada bersama di dalam kereta mangsa.

"Seorang lagi penumpang di dalam kereta itu cuba melarikan diri, namun suspek terus melepaskan tembakan ke arahnya," katanya pada sidang media Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan individu yang bergelar Datuk itu  ialah Ong Teik Kwong, 32.

Polis masih menyiasat punca kejadian berlaku.

Seramai empat orang turut tercedera dalam kejadian itu.

Friday, December 2, 2016

PAU hambar, kenapa?

PERHIMPUNAN UMNO HAMBAR

SDRA Zahrin Mohd Yasin orang kuat UMNO di Semananjung kata perhimpunan UMNO kali ini hambar dan tidak seperti perhimpunan2 yang lalu. Kenapa jadi demikian?

Nah, ini kena kaji dan kena fahami hakikat sebenarnya.

Apa saja yang dibahas di perhimpunan kali ini dan perhimpunan2 sebelumnya? Apakah mereka serius membahas masalah deritanya rakyat Malaysia?

Cuba saja kita perhatikan ucapan Naib presiden UMNO Malaysia yang merasmikan persidangan sayap tidak menyebut masalah rakyat dan kes rasuah tidak dipedulikan tidak diutamakan.

Yang selalu mereka suarakan ialah terus mengatakan hanya UMNO sahaja parti yang membela bangsa Melayu dan Islam seolah UMNO itu parti milik Allah dan parti lain bukan pembela bangsa Melayu dan apakah ada UMNO di Indon atau Brunei yang juga rata2 melayu islam termasuk di Sarawak?

Sementara ketua Wanita dan ketua pemuda terus mengutuk Mahathir yang digelar negarawan, sementara ketua Wanita Sharizat pujinya sama PM Najib melangit dan dikataknya Najib seorang PM yang paling hebat dan terbaik selama ini. Lembu2 di Kondo terus ketawa terbajak-bahak mendengar ucapan semacam itu di TV3.

Apa saja kebaikan yang Najib lakukan selama duduki kerusi PM banding Mahathir? Apakah ekonomi Malaysia jatuh zaman Mahathir dan zaman Najib naik menggunung serta rakyat makmur dan mewah?

Semua rakyat termasuk yang duduk dalam UMNO boleh menjawab persoalan ini tanpa pelbagai alasan atau pura2 tidak tahu meski tahu. Yang termakan dedak tentu bangkit dan melenting yang Najib memang PM terbaik dan Rahman Dahlan, Said keruak pasti cepat menjawab.

Sepatut perhimpunan UMNO digunakan untuk ahli2 berbincang masalah rakyat tetapi soal JHO LOW yang mencuri dana berbilion milik Malaysia tidak mereka sentuh. Kenapa tidak disentuh sedang yang dicuri berbilion jumlahnya.

Perhimpunan musim lalu Najib mengatakan hutang 1MDB akan diselesaikan hingga menjadi RM17 bilion dalam waktu sebulan dua tetapi sekarang melebih RM52 bilion. Mana sudah janjimu duhai seorang Najib?

Nah, bukankah itu pembohong nyata dan musim itu ahli perhimpunan bertepuk tangan memuji-muji dan berkata Najib memang hebat urus hutang negara dan hutang 1MDB. Tipu rakyat bukan BN namanya.

Soal Jho Low, apakah Malaysia ini miliknya pemuda bernama JHO Low itu yang menggunakan dana rakyat  berbilion melangsaikan hutang judi dan belanja bermewah di kapal mewah?

Selanjutnya apakah peguam negara buta mata dan buta hati tidak tahu yang dua bank di Singapura ditutup oleh kerajaan Singapura gara-gara 1MDB dan yang di Malaysia pura2 tidak tahu atau semuanya tuli pekak dan buta mata hati melihat keadaan yang berlaku itu?

Rakyat Malaysia termasuk yang di Sabah menderita tetapi pemuda cina  bernama JHO LOW dan Reza begitu hebat punya berbilion dan senang lenang di luar negara hidup  bermewah2 sedang rakyat menderita kais pagi makan petang belum tentu.

Inilah Malaysiaku ramai sangat tukang sunglap duit rakyat dan sesudah hutang tidak bisa diselesaikan lalu kerajaan korek gasak poket rakyat atas nama GST alias cukai kepala berganda.

Inikah yang namanya perjuangkan rakyat dan pembela bangsa Melayu atau bumiputera hingga Melayu bumiputera merempat di negara sendiri dan terhalau dari tanah asal mereka sendiri.

Memang di Malaysia banyak taukehnya dan ada yang berkata "cincailah". Tidak  boleh tidak kita kena ubah.

UbahSabah
WARISAN
WARISAN

ISMAILY BUNGSU
1 Disember, 2016
12:40pm

Thursday, December 1, 2016

Pemimpin berkokok berdegar-degar tapi ni isu natang apa pulak?

Usah bodohkan rakyat lagi, kata perwakilan Puteri

 | November 30, 2016
Norsarfinaz Mohd Azman berkata kerajaan jangan kata ekonomi baik sedangkan rakyat sendiri boleh nampak orang lain mula hilang pekerjaan.
KUALA LUMPUR: Perwakilan Puteri Umno Pahang hari ini menyampaikan pesanan keras kepada kerajaan, mendesak pemimpin berhenti menutup kebenaran mengenai ekonomi negara.
Norsarfinaz Mohd Azman berkata kerajaan juga sepatutnya berhenti memandang rendah kebijaksanaan golongan belia hari ini.
“Kami semua intelek tinggi. Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay tapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik,” katanya ketika membahaskan usul agama di perhimpunan Puteri Umno di PWTC di sini hari ini.
Hadir mendengar ucapannya ialah pemangku Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Norsarfinaz yang juga ketua Puteri Umno Bahagian Jerantut meminta Zahid mendengar rayuannya supaya kerajaan berhenti melindungi kebenaran daripada rakyat, sebaliknya beritahu mereka supaya tindakan sewajarnya dapat diambil
Beliau turut meminta supaya masyarakat umum diberi peluang membantu menyelesaikan masalah itu.
“Kami tahu bukan Malaysia saja berdepan kesukaran kewangan. Ia masalah yang menjejaskan seluruh dunia.
“Jadi berterus terang dengan kami dan biar kami bekerjasama dengan kerajaan menangani isu ini,” katanya.
Dengan nada sinis, Norsarfinaz berkata dalam kerajaan menasihati rakyat berjimat dengan melancong dalam negara, sekurang-kurangnya pastikan destinasi itu cukup menarik untuk dikunjungi.
“Contohnya, jika kami hendak bercuti, mungkin kami boleh ke Pahang. Lebih pun tahun depan tahun melawat Pahang.
“Tetapi jika kami pergi sana, pastikan hutan tak ditebang. Masalah bauksit diselesaikan, jadi tidaklah ia tebal macam foundation (mekap) kami.
“Dan sungai janganlah nampak macam teh tarik,” katanya.
Wakil rakyat PKR Rafizi Ramli semalam mendakwa aktiviti penebangan hutan berlaku di seluruh Pahang. Dalam amarannya, beliau meminta kerajaan menangani isu itu dengan segera atau beliau akan membocorkan maklumat, satu demi satu.

Hanya Syaitan yang sedih bila silaturrahim bertaut!

Saiful Bukhari sedih Dr M dan Anwar berbaik semula

  | December 1, 2016
Bekas pembantu di pejabat PKR yang mendakwa diliwat Anwar itu percaya Dr Mahathir masih belum menolak tuduhannya.
KUALA LUMPUR: Saiful Bukhari Azlan percaya Tun Dr Mahathir Mohamad masih percaya tuduhannya pada 2008 yang beliau diliwat bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, bekas pembantu di pejabat PKR itu mengakui keakraban Dr Mahathir dan Anwar memberi kesan kepada dirinya.
“Saya tidak kisah dengan pembangkang. Tetapi apabila dia (Dr Mahathir) menyokong Anwar, ia sedikit menyentuh perasaan saya. Ia agak sedih untuk saya,” Saiful, yang membuka kedai bersama isteri Nik Suryani Megat Deraman sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, memberitahu FMT hari ini.
Dr Mahathir bertemu Anwar buat pertama kali dalam masa 18 tahun pada Sep 5, menamatkan permusuhan antara kedua-dua pemimpin yang pernah menerajui negara pada era 90an itu.
Bagi Saiful, tuduhan liwat terhadap Anwar tetap kekal dan yakin Dr Mahathir masih mempercayainya walaupun selepas kedua-dua seteru politik itu berbaik semula.
“Dia (Dr Mahathir) tidak menyatakan itu (tuduhan liwat) tidak benar. Dia hanya katakan bebaskan dia (Anwar) sahaja,” kata Saiful.
Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada Feb 2015 mendapati Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai.
Pelanggan ahli politik
Antara barangan dijual Saiful dan isteri ialah beg tangan, kain songket, baju dan skirt.
Selain itu, Saiful dan Nik Suryani turut menawarkan khidmat konsultasi media kepada ahli politik dan wakil rakyat.
“Kita bagi konsultasi macam mana nak adakan sidang media, macam mana hendak keluarkan kenyataan, macam mana hendak menjawab soalan provokatif wartawan.
“Dari sudut kajian, saya dan beberapa kumpulan dan pihak tertentu turut menyediakan khidmat bancian pengundi. Kami ambil kajian dan menilai kawasan berkenaan,” katanya.
Saiful berkata kira-kira 20 ahli politik kini pelanggan khidmat konsultasi mereka.

Polis tak sentuh Orang Asli dan 47 tahanan Orang Asli dibebaskan tanpa syarat

Polis bebaskan 47 Orang Asli, disambut linangan air mata
 and  | December 1, 2016
Alang Along dan Ali Andak berkata pihak berkuasa melayan mereka dengan baik sepanjang penahanan
VIDEO INSIDE
GUA MUSANG: Kesemua 47 Orang Asli yang ditahan kerana menghalang pembalakan di rizab hutan di Gua Musang pada Selasa lepas dibebaskan hari ini, disambut linangan air mata keluarga yang kebimbangan.
Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang membebaskan Orang Asli terbabit secara berperingkat bermula 2.50 petang tadi. Mereka sebak sebaik sahaja bertemu keluarga masing-masing yang menanti di luar balai.
“Pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan terhadap kami. Kami diberi layanan yang baik. Makan minum semua mereka bagi,” kata Alang Along ketika ditemui FMT.
Alang antara 47 Orang Asli yang ditahan dalam usaha Kerajaan Kelantan laluan kepada pembalakan di kawasan yang dikatakan tanah adat mereka.
Seorang lagi orang kampung, Ali Andak berkata dirinya berasa sedih sepanjang dalam tahanan pihak berkuasa.
Ahli keluarga dan orang kampung menyerbu beliau dan bekas tahanan lain sebaik mereka keluar dari perkarangan balai.
“Semasa dalam tahanan saya rasa sedih…teringat pada keluarga…tetapi saya menerimanya demi menuntut hak kami,” tegasnya.
Menurut peguam, polis hanya memperuntukan sel untuk tahanan atas permohonan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. “Kita tidak tahu mereka akan didakwa atau tidak,” kata Siti Kasim.
Selasa lalu, Jabatan Perhutanan Kelantan meroboh 2 sekatan yang menghalang laluan balak, sebelum memberkas 47 Orang Asli.
The Star memetik Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Mohd Radhie Chu Abdullah berkata mereka ditahan kerana “menceroboh di rizab hutan kekal”.

Polis tak sentuh Orang Asli semasa tangkapan, kata Siti Kassim
  | December 1, 2016
Peguam dan aktivis itu menolak dakwaan polis menggunakan kekerasan semasa menangkap Orang Asli yang terlibat membuat sekatan laluan balak di Gua Musang.
VIDEO INSIDE
GUA MUSANG: Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) tidak seharusnya dipersalahkan susulan tangkapan ke atas Orang Asli yang membuat sekatan kepada pembalak, kata peguam dan aktivis Siti Kasim.
Katanya, pihak yang mendakwa polis menggunakan kekerasan semasa membuat tangkapan tidak benar sama sekali kerana kerja meroboh kawasan sekatan dibuat pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
“Polis hanya membantu sahaja kerana mereka diminta pihak jabatan hutan supaya menolong. Mereka juga bertindak merobohkan rumah dan kawasan sekatan.
“Memang apa yang saya tahu sewaktu tangkapan, polis tidak campur tangan. Tidak usik apa-apa. Saya nak jelaskan di sini, dakwaan polis terlibat tidak betul,” katanya kepada pemberita di perkarangan IPD Gua Musang.
Terdahulu, kesemua 47 Orang Asli yang ditahan kerana menghalang pembalakan di rizab hutan Gua Musang pada Selasa lepas dibebaskan hari ini, disambut linangan air mata keluarga yang kebimbangan.
Mengulas lanjut, Siti berkata mereka tidak dikenakan sebarang caj dan dibebaskan di bawah penguasaan polis dengan kebenaran majistret.

Laporan polis terhadap AG: Nazir pun terpalit?

Bekas pegawai tinggi polis fail laporan polis terhadap AG
mk    -   Hari ini, 9:06 pagi
Seorang bekas pegawai tinggi polis telah membuat satu laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa berhubung penyiasatan ke atas 1MDB.

Ini selepas Pejabat Peguam Negara mengarahkan bahawa "tiada tindakan lanjut" (NFA) diambil ke atas laporan polis yang dibuatnya sebelum ini pada 24 Oktober.

Dalam laporan terbarunya - yang difailkan pada 21 November - Datuk Mat Zain Ibrahim, yang pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, mendakwa arahan NFA itu datang dari Apandi.

Malaysiakini telah melihat salinan surat bertarikh 7 November yang ditandatangani oleh Ketua CID Kuala Lumpur sekarang, Rusdi Mat Isa memberitahu Mat Zain bahawa Pejabat Peguam Negara telah mengklasifikasikan laporannya pada 24 Oktober sebagai NFA berkuatkuasa 1 November, kira-kira seminggu selepas laporan itu dibuat.

Laporan 24 Oktober itu, yang memetik saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika untuk mendapatkan AS$1 bilion yang didakwa dicuri dari 1MDB, mencadangkan terdapat "bukti kukuh" untuk menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan adiknya, pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Mat Zain juga mengaitkan Nazir dalam laporan polis 24 Oktober itu terhadap kemungkinan kesalahan di bawah Seksyen 411 atau Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana "menerima atau melupuskan harta dicuri".

Ini berikutan pengakuan Nazir kepada Wall Street Journal, telah menerima AS$7 juta dari Najib dan mengagihkannya kepada ahli-ahli politik parti pemerintah parti sebelum pilihan raya umum ke-13.

DAP dihantukan lagi: Berapa kerusi DAP tanding dan selama ini DAPkah yang lenyapkan berbilion tu?

Najib: Mara, Felda, Risda, Felcra… semuanya lenyap kalau DAP menang

  | December 1, 2016
Begitu juga, institusi Islam seperti Tabung Haji, Jakim, di samping insitusi wakaf dan zakat akan diperlekeh dan dicabar.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi amaran semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap sekiranya DAP berkuasa.
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno hari inni, presiden Umno itu menyifatkan DAP sebuah parti sekular memperjuangkan “liberalisme melampau”.
“Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini.
“Termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan Teraju akan pupus dan lenyap,” kata Najib.
Najib juga berkata institusi pengajian tinggi yang dikhususkan untuk orang Melayu dan Bumiputera seperi Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.
“Natijah buruk dan mimpi ngeri yang bakal tiba serta melanda hidup serta nasib mereka, saya yakin, nescaya orang-orang Melayu juga Bumiputera berasa takut dan bimbang.
“Lalu akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka,” katanya.
Tidak berakhir di situ, syiar Islam juga akan dibelakangi, kata Najib.
“Jika dikaji Perlembagaan parti DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi raja-raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat, tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.
“Institusi-institusi berkaitan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji, Jakim, Jawhar (Jabatan Wakaf), Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar kewujudannya,” katanya
* Yang gadai Felda tu sape ek?
Nak bodohkan orang-orang UMNO yang otak macam Jamal jamban tu bolehlah.......

Belit macam mana pun, kesitu juga titik akhirnya

Kerjasama Umno-Pas lebih pada konteks kepentingan Melayu-Islam tidak politik
30 November 2016 | DALIA ISMAIL
Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahu perwakilan dan pembahas dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 memahami konteks sebenar kerjasama Umno-Pas lebih kepada kebaikan pada Islam dan bangsa Melayu bukan kepentingan politik semata-mata.

"Dalam kontek apa sekalipun kerjasama Umno-Pas perlu dilihat, bahawa Melayu dan Islam itu yang mewarnai politik tanahair.

"Konsep, kaedahnya sama ada kerjasama atau apa sekalipun pelaksanaannya kelak kita perlu lebih taawun iaitu bertolong-tolongan dan bekerjasama ke arah ketakwaan kepad Allah s.w.t.

"Sudah tentu pokok perbincangan ialah mengangkat kebaikan pada Islam dan bangsa Melayu.

"Kita tahu kelompok Melayu adalah paling ramai sudah pasti Melayu itu tafsirannya dalam perlembagaan ialah Islam," ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika  beliau hadir pada perasmian Pameran Kartun dan Komik: Wasatiyyah dan Perjuangan yang dirasmikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan pemerhati politik yang menjangkakan PAU 2016 kali ini akan terdapat pembahas yang memperkatakan mengenai kerjasama parti itu dengan Pas.

Tambah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini lagi tidak timbul soal perbezaan pendapat.

"Tidak timbul soal pendapat siapa, pangkat siapa, siapa marah siapa. Kita raya sama-sama, mati pun sama ,kiblat pun sama, tanah kubur di kawasan sama.

"Hamparan politik ini merupakan satu medan yang perlu kita lihat secara skop yang lebih luas biarlah perbahasan yang akan disampaikan oleh pembahas-pembahas nanti di buat sebaik mungkin jika kerjasama Umno-Pas ini dibangkitkan...saya pun nak tahu apa pendapat mereka," ujarnya.

Ditanya mengenai ucapan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam dipetik berkata, wujudnya komuniti kepembangkangan di alam siber menjejaskan persepaduan ahli parti.

"Dulu pendekatan pembangkang dalam konteks parti kita boleh dikenali melalui pentas dan bendera parti.

"Hari ini sudah berubah pentas ceramah dan pidato tidak memainkan peranan besar untuk orang mendengar ceramah.

"Ahmad Zahid melihat pada masa ini kelompok kepembangkangan hadir dalam "padang" sama seperti facebook, whatapps, intagram yang menjelaskan lagi tentang sikap kepembangkangan pemilik laman-laman tersebut.

"Isunya bagaimana Umno menjawab kembali? Contohnya isu perdana menteri pergi ke China dikatakan kita menjual kedaulatan negara kepada bangsa asing dan orang luar.

"Kita kena bijak dalam menjawab persoalan supaya mampu menjawab tuntas kepada masyarakat yang kebanyakannya di kalangan generasi muda yang celik IT," ujarnya.
Datuk Seri Jamil Khir (kanan) ketika hadir dalam perasmian Pameran Kartun dan Komik: Wasatiyyah dan Perjuangan yang dirasmikan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.

Ramalan mamak kutty bukannya betul...auta yg lebih, kan Hadi boleh tolong?

BN PASTI AKAN HILANG KUASA DI EMPAT NEGERI
30 November 2016 at 15:44

Ramalan mamak kutty bukannya betul...auta yg lebih

Ini adalah suatu analisis atau ramalan  yang mudah berasaskan random sampling secara senyap di akar umbi oleh saya sendiri dan kawan-kawan di seluruh  negeri sejak dua bulan lalu yang menunjukan UMNO berada dalam kedudukan yang sangat rapuh dan pimpinan Datuk Seri Najib amat tidak popular di seluruh pelusuk tanah air.

 Rakyat biasa menolak BN bukan atas soal IMDB atau RM 2.6 Billion tetapi mereka merasa tikaman GST, kenaikan harga barang dan juga kejatuhan ringgit.

Tinjauan ini mendapati hanya  lima buah negeri yang akan kekal di tangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum  yang dijangka akan diadakan pada bulan April tahun depan.Negeri-negeri itu ialah Johor, Melaka, Perak,Perlis dan Pahang.

Yang sudah pasti akan berada di tangan pembangkang ialah Kedah,Kelantan(Pas kekalkan kuasa),Terengganu dan Pulau Penang (Kerajaan yang sama).

Sebab utama Kedah akan jatuh  ketangan pembangkang ialah  kemenangan BN di pilihanraya umum lalu adalah  faktor Mukhriz. Oleh kerana ada  jaminan pertukaran Menteri Besar kepada Mukhriz Tun Dr.Mahathir maka rakyat memberi undi kepada BN dan sekarang rakyat Kedah termasuk veteran UMNO dan penyokong Pas tidak lagi dapat menerima barisan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sudah " Basi".

Anak-anak muda di Kedah sedang bergerak cergas menyokong Mukhriz mengembangkan Bersatu (PPBM).

Hingga kini  Mukhriz mendukong simpati ramai  kerana  rompakan kuasa darinya dirasakan oleh rakyat Kedah sebagai merompak hak mereka.

Di Terengganu  ke pimpinan negeri Ahmad Razif Abdul Rahman lebih mudah jatuh kerana dari awal  berada dihujung tanduk dan  tidak mesra rakyat   malah  maruahnya hilang  di mata rakyat apabila semua anugerah kebesarannya  dilucutkan oleh Sultan Terengganu.Beliau satu-satunya MB yang tidak bergelar Datuk

Malah nama MB Terengganu ini tidak diingati oleh sebahagian besar rakyat negeri itu.

Pimpinan Pas Kelantan telah membulat nikat tidak akan menyerahkan Kelantan kepada BN dengan apa cara sekalipun dan telah pun menggerakan jentera operasi senyap tapi  rakus di kawasan-kawasan yang dipegang oleh BN termasuk kawasan Parlimen Mustapha Muhammed.

Mereka tidak bagitu ghairah dengan kerjasama Pas UMNO yang diterokai oleh Presiden Pas Haji Hadi.

Keadaan hubungan PAS UMNO di Kelantan  adalah pepat di luar rencong di dalam.

Di  Pulau Pinang rakyat dapat melihat dengan jelas pembangunan agresif di bawah pimpinan Ketua Menteri DAP  Guan Eng,sekurang-kurangnya mereka dapat melihat Penang lebih bersih dibandingkan dengan "kekotoran" di bawah BN dulu.

Saya tidak dapat meramalkan kedudukan BN di kawasan Parlimen kerana ini bergantung kepada samaada akan berlaku satu lawan satu atau BN dapat memecahkan kepada pertandingan dari beberapa penjuru.

Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang mestilah bersedia untuk menerima hakikat pahit bahawa BN pasti akan hilang kuasa sekurang-kurangnya di lima negeri.

Ini bukan fitnah tetapi informasi yang berhemah

Posted by zainudin maidin at 15:16 

Santai: Berpantun dengan Tok Usin

PANTUN PANTAN KISAH DI PARLIMEN EPISOD 1

Tok dapat komplen dlm grup wassap tok, dia orang kata tok dah lama tak berpantun pantan. Sebenarnya tok bukan sengaja tangguh pantun pantan tu, tapi tok sibuk dengan persiapan utk himpunan raksaksa tak lama lagi.  Berbagai jenis raksaksa tok kena contact untuk mereka hadir bersama guru tok nanti.  Apa pun, tok try la ala kadar utk lepaskan gian korang awal pagi ni dengan sedikit pantun secukup rasa;

Awal mula berpantun pantan,
Lama tak berpantun badan menggigil,
Hudud lulus di Dun Kelantan,
Pakat menangis semua tok wakil.

Guru tok berlari mencandat sotong,
Terlompat2 macam spring,
Percaya kat Amno untuk sokong,
Malangnya nasib kena kencing.

Dapat sotong teramatlah suka,
Lupa Parlimen sudah bermula,
Bila hudud gagal dibawa,
Salahkan Dap menjadi punca.

Amno yg menipu bukannya kita,
Penipu berdosa yang ditipu bodo saja,
Gagal hudud RUU Akta 355 dicuba,
Amno kata silalah bawa.

Sampai di Parlimen guru tok teruja,
Duduk bergaya penuh tawadhuk,
Azalina tomboi suruh guru tok baca,
Lepas baca guru tok duduk.

Terdengar ketawa berdekah2,
Suara Khalid samad bukan Nik Beduh,
Speaker tanya mahu hurai kah?
Guru tok mengeleng minta tangguh.

Khalid samad ketawa sampai terlentang,
Dia kata guru tok ni bangang,
Speaker tanya bila nak bentang?
Guru tok kata sesi akan datang.

Ok lah...apa episod siri akan datang?
Tok akan sambung bila ada peluang,
Dah pagi ni kasi lah tok peluang,
Sudah lama tok tak merejang.

Wassalamu

FB TOK USIN UG CEROI