Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 1, 2016

Ramalan mamak kutty bukannya betul...auta yg lebih, kan Hadi boleh tolong?

BN PASTI AKAN HILANG KUASA DI EMPAT NEGERI
30 November 2016 at 15:44

Ramalan mamak kutty bukannya betul...auta yg lebih

Ini adalah suatu analisis atau ramalan  yang mudah berasaskan random sampling secara senyap di akar umbi oleh saya sendiri dan kawan-kawan di seluruh  negeri sejak dua bulan lalu yang menunjukan UMNO berada dalam kedudukan yang sangat rapuh dan pimpinan Datuk Seri Najib amat tidak popular di seluruh pelusuk tanah air.

 Rakyat biasa menolak BN bukan atas soal IMDB atau RM 2.6 Billion tetapi mereka merasa tikaman GST, kenaikan harga barang dan juga kejatuhan ringgit.

Tinjauan ini mendapati hanya  lima buah negeri yang akan kekal di tangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum  yang dijangka akan diadakan pada bulan April tahun depan.Negeri-negeri itu ialah Johor, Melaka, Perak,Perlis dan Pahang.

Yang sudah pasti akan berada di tangan pembangkang ialah Kedah,Kelantan(Pas kekalkan kuasa),Terengganu dan Pulau Penang (Kerajaan yang sama).

Sebab utama Kedah akan jatuh  ketangan pembangkang ialah  kemenangan BN di pilihanraya umum lalu adalah  faktor Mukhriz. Oleh kerana ada  jaminan pertukaran Menteri Besar kepada Mukhriz Tun Dr.Mahathir maka rakyat memberi undi kepada BN dan sekarang rakyat Kedah termasuk veteran UMNO dan penyokong Pas tidak lagi dapat menerima barisan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sudah " Basi".

Anak-anak muda di Kedah sedang bergerak cergas menyokong Mukhriz mengembangkan Bersatu (PPBM).

Hingga kini  Mukhriz mendukong simpati ramai  kerana  rompakan kuasa darinya dirasakan oleh rakyat Kedah sebagai merompak hak mereka.

Di Terengganu  ke pimpinan negeri Ahmad Razif Abdul Rahman lebih mudah jatuh kerana dari awal  berada dihujung tanduk dan  tidak mesra rakyat   malah  maruahnya hilang  di mata rakyat apabila semua anugerah kebesarannya  dilucutkan oleh Sultan Terengganu.Beliau satu-satunya MB yang tidak bergelar Datuk

Malah nama MB Terengganu ini tidak diingati oleh sebahagian besar rakyat negeri itu.

Pimpinan Pas Kelantan telah membulat nikat tidak akan menyerahkan Kelantan kepada BN dengan apa cara sekalipun dan telah pun menggerakan jentera operasi senyap tapi  rakus di kawasan-kawasan yang dipegang oleh BN termasuk kawasan Parlimen Mustapha Muhammed.

Mereka tidak bagitu ghairah dengan kerjasama Pas UMNO yang diterokai oleh Presiden Pas Haji Hadi.

Keadaan hubungan PAS UMNO di Kelantan  adalah pepat di luar rencong di dalam.

Di  Pulau Pinang rakyat dapat melihat dengan jelas pembangunan agresif di bawah pimpinan Ketua Menteri DAP  Guan Eng,sekurang-kurangnya mereka dapat melihat Penang lebih bersih dibandingkan dengan "kekotoran" di bawah BN dulu.

Saya tidak dapat meramalkan kedudukan BN di kawasan Parlimen kerana ini bergantung kepada samaada akan berlaku satu lawan satu atau BN dapat memecahkan kepada pertandingan dari beberapa penjuru.

Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang mestilah bersedia untuk menerima hakikat pahit bahawa BN pasti akan hilang kuasa sekurang-kurangnya di lima negeri.

Ini bukan fitnah tetapi informasi yang berhemah

Posted by zainudin maidin at 15:16 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa