Lagi Tulisan Syam Ghaz
*Gua Cha Berhampiran Blockade Orang Asli.*
Pusat Arkeologi GUA CHA Kelantan Berusia Lebih 10,000 Tahun Bakal Terjejas Dengan Aktiviti Perladangan Hutan Seberang Sungai dan Makin Terabai.
- Gambar 10 Oktober 2016.
Lokasi yang sepatutnya sangat boleh dipromosikan sebagai destinasi Pelancongan Sejarah kerana perkampungan asal ini wujud sejak Zaman Neolitik di Malaysia, iaitu 9000 - 8000 tahun sebelum Masihi. Zaman manusia ‘Hoabinhian’.
Kami Terkejut dengan gambar yang diambil mengunakan teknologi DRONES dari udara, apabila melihat:
i. Aktiviti perladangan hutan betul-betul hampir dengan gigi sungai Nengiri, yang menyebabkan air sungai KERUH, dan soalah-olah 'buffer zone' 40 meter atau 2 mata rantai dari gigi sungai sudah dilanggar oleh syarikat berkaitan. - MILIK SIAPAKAH SYARIKAT ITU?
ii. Pusat Arkeologi Bersejarah di Kelantan yang sepatutnya dijadikan lokasi pelancongan kini terbiar dan terancam, apabila lokasi berkenaan tidak dijaga dan kami risau pada 'masa depan', aktiviti pembalakan dan perladangan hutan akan meranapkan lokasi bersejarah ini. - KENAPA TERBIAR? [Nota: Gambar Signboard Pusat Arkeologi dimasukkan sekali dalam gambar asal, untuk memudahkan buat pengecaman lokasi dibuat dan bagi menunjukan ia lokasi sebenar]
iii. Air Sungai berhadapan dengan Gua Cha, memang didapati KERUH PEKAT macam TEH TARIK menjejaskan kualiti dan lokasi ini sebagai Tarikan Pelancongan di Kelantan. Ia kerana terdapat Aktiviti Pembalakan dan Perladangan Hutan di Hulu Sungai Nengiri.
Gambar pasukan Aktiviti R MALAYSIA yang memasuki lokasi berkenaan pada 10 Oktober 2016 lalu waktu mengadakan Rain Forest Camp, bersama 5 buah ngo lain, 4 syarikat media masuk ke dalam hutan bagi meninjau sendiri KESAN PEMBALAKAN dan PERLADANGAN HUTAN yang menjejaskan masyarakat Orang Asli, hingga mereka terpaksa mengadakan 'blockade' bagi memastikan hutan simpan kekal tempat mereka cari sumber rezeki sekitar Pos Tohoi, Pos Simpor, Pos Gob, Kg Bring dll.
Gua Cha : Tapak Arkeologi di Kelantan
1) Malaysia mempunyai banyak tapak arkeologi yang membuktikan disini wujud peradaban pra-sejarah. Antara tapak yang popular adalah di Lembah Bujang iaitu tinggalan Candi zaman Sri Wijaya dan di Lenggong, Perak tempat penemuan Perak Man serta kajian arkeologi di Gua Niah.
2) 3 lokasi ini sering diwar-warkan sebagai tapak kajian yang tersohor hingga diberi pelbagai penghargaan. Masyarakat umum jarang didedahkan dengan tapak-tapak arkeologi lain yang tidak kurang penting dalam sejarah.CBerikut beberapa tapak penting yang jarang diketahui umum:
1) Gua Cha, Nenggiri, Kelantan
2) Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang
3) Gua Bewah, Tasik Kenyir, Terengganu
4) Kawasan Endau-Rompin sempadan Johor-Pahang
5) Gua Bintong di Perlis
3) Gua Cha, Gua ini terletak di kawasan Nenggiri iaitu sebuah kawasan yang tersohor zaman berzaman. Ia diingati kerana Paduka Che Siti Wan Kembang telah menubuhkan kerajaan baru kerana berundur akibat serangan Siam semasa berada di Chetok bersama-sama Raja Abdullah dan Puteri Saadong. Secara geografinya Gua Cha terletak ditebing kiri Sungai Nenggiri di Ulu Kelantan, 16 km ke hilir Kampung Kuala Betis. Ianya merupakan satu kawasan batu kukup atau batu lindungan yang mempunyai keluasan lantai hampir 300 meter persegi.
4) Penemuan arkeologi di Gua Cha, dari sudut arkeologi, Gua Cha boleh dikatakan tapak yang paling aktif sekali diselidiki, di Semenanjung Malaysia. Penemuan gua ini telah dilaporkan oleh H.D. Noone pada tahun 1936 manakala kajian yang lebih mendalam dijalankan oleh G.de G. Sieveking pada tahun 1954 dan sekali lagi pada tahun 1979. Kajian terbaru pula dijalankan oleh Haji Adi bin Haji Taha ditapak yang sama.Hasil dari kajian-kajian yang dijalankan lebih dari 30 tinggalan manusia zaman ‘Hoabinhian’ dan Neolitik ditemui di Gua Cha.
5) Tembikar-tembikar yang dibuat dalam pelbagai bentuk dan ragam dan alat-alat perhiasan juga ditemui dalam kuantiti yang banyak dan merupakan perkakas pengkebumian yang ditanam bersama mayat. Bukti tinggalan makanan yang ditemui di Gua Cha menunjukkan yang masyarakat tersebut bukan sahaja memburu haiwan kecil tetapi juga haiwan besar .
6) Pentarikhan karbon menunjukkan yang Gua Cha telah didiami oleh masyarakat ‘Hoabinhian’ sejak 10,000 tahun yang silam dan diikuti oleh masyarakat Neolitik pada kira-kira 4,000 tahun yang lalu. Bukti beras terbakar juga ditemui di Gua Cha dibahagian lapisan atas menunjukkan bahawa disitu pernah wujud satu penempatan manusia disekitar Gua Cha.
7) Penemuan rangka orang-orang Hoabinihian oleh Gale Sieveking telah dibawa lari dalam 10 kotak pada tahun 1954 melalui jalan sungai yang terus tembus ke pahang dan terus diangkut melalui Fort Chabai. Ekspedisi 1954 dikawal ketat oleh tentera dan bekalan makanan dihantar melalui udara berikutan kawasan ini tidak dapat diakses melalui darat. Ini membuktikan kepada kita bahawa kawasan Gua Cha ini adalah bukti penting dalam kita menyusun puzzle untuk mengetahui bangsa yang akan di akhir zaman.
CADANGAN
1. Sepatutnya Kerajaan Negeri menghalang mana-mana syarikat atau agensi melakukan aktiviti perladangan hutan, pembalakan berhampiran Pusat Arkeologi bersejarah ini.
2. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan perlu memantau dan mengambil tindakan di atas aktiviti perladangan yang betul-betul masuk dalam kawasan buffer zone yang ditetapkan.
3. Destinasi ini wajar dijadikan tarikan pelancongan bersejarah di Negeri Kelantan dan patut diberikan suntikan dana khas bagi mengekalkan keaslian lokasi ini sebagai tempat bersejarah.
4. Aktiviti Pembalakan sepatutnya diamalkan sistem tebangan terpilih dan Perladangan Hutan cara tebang habis untuk tanaman pokok getah klon balak, sawit, dan pokok-pokok hutan dihentikan di Hulu Sungai Nengiri bagi mengelakkan lumpur.
Semoga Sidang DUN Kelantan yang berlangsung menjadikan laporan ini sebagai panduan untuk mengambil tindakan pembaikpulihan segera.
Syam Ghaz
BUMI
Rujukan:
1. http://adminpasirmas.blogspot.my/2013/05/gua-cha-tapak-arkeologi-di-kelantan.html
2. http://pp-sk.blogspot.my/2015/04/gua-cha-sebuah-kampung-berusia-10000.html
#GuaCha
* Aku sendiri pun pernah singgah di Gua Cha dan gua-gua di sepanjang Sungai Nenggiri semasa expedisi berakit menyusur Sungai Nenggiri - mountdweller

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa