Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 1, 2016

Polis tak sentuh Orang Asli dan 47 tahanan Orang Asli dibebaskan tanpa syarat

Polis bebaskan 47 Orang Asli, disambut linangan air mata
 and  | December 1, 2016
Alang Along dan Ali Andak berkata pihak berkuasa melayan mereka dengan baik sepanjang penahanan
VIDEO INSIDE
GUA MUSANG: Kesemua 47 Orang Asli yang ditahan kerana menghalang pembalakan di rizab hutan di Gua Musang pada Selasa lepas dibebaskan hari ini, disambut linangan air mata keluarga yang kebimbangan.
Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang membebaskan Orang Asli terbabit secara berperingkat bermula 2.50 petang tadi. Mereka sebak sebaik sahaja bertemu keluarga masing-masing yang menanti di luar balai.
“Pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan terhadap kami. Kami diberi layanan yang baik. Makan minum semua mereka bagi,” kata Alang Along ketika ditemui FMT.
Alang antara 47 Orang Asli yang ditahan dalam usaha Kerajaan Kelantan laluan kepada pembalakan di kawasan yang dikatakan tanah adat mereka.
Seorang lagi orang kampung, Ali Andak berkata dirinya berasa sedih sepanjang dalam tahanan pihak berkuasa.
Ahli keluarga dan orang kampung menyerbu beliau dan bekas tahanan lain sebaik mereka keluar dari perkarangan balai.
“Semasa dalam tahanan saya rasa sedih…teringat pada keluarga…tetapi saya menerimanya demi menuntut hak kami,” tegasnya.
Menurut peguam, polis hanya memperuntukan sel untuk tahanan atas permohonan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. “Kita tidak tahu mereka akan didakwa atau tidak,” kata Siti Kasim.
Selasa lalu, Jabatan Perhutanan Kelantan meroboh 2 sekatan yang menghalang laluan balak, sebelum memberkas 47 Orang Asli.
The Star memetik Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Mohd Radhie Chu Abdullah berkata mereka ditahan kerana “menceroboh di rizab hutan kekal”.

Polis tak sentuh Orang Asli semasa tangkapan, kata Siti Kassim
  | December 1, 2016
Peguam dan aktivis itu menolak dakwaan polis menggunakan kekerasan semasa menangkap Orang Asli yang terlibat membuat sekatan laluan balak di Gua Musang.
VIDEO INSIDE
GUA MUSANG: Pasukan Polis Gerakan Am (PGA) tidak seharusnya dipersalahkan susulan tangkapan ke atas Orang Asli yang membuat sekatan kepada pembalak, kata peguam dan aktivis Siti Kasim.
Katanya, pihak yang mendakwa polis menggunakan kekerasan semasa membuat tangkapan tidak benar sama sekali kerana kerja meroboh kawasan sekatan dibuat pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
“Polis hanya membantu sahaja kerana mereka diminta pihak jabatan hutan supaya menolong. Mereka juga bertindak merobohkan rumah dan kawasan sekatan.
“Memang apa yang saya tahu sewaktu tangkapan, polis tidak campur tangan. Tidak usik apa-apa. Saya nak jelaskan di sini, dakwaan polis terlibat tidak betul,” katanya kepada pemberita di perkarangan IPD Gua Musang.
Terdahulu, kesemua 47 Orang Asli yang ditahan kerana menghalang pembalakan di rizab hutan Gua Musang pada Selasa lepas dibebaskan hari ini, disambut linangan air mata keluarga yang kebimbangan.
Mengulas lanjut, Siti berkata mereka tidak dikenakan sebarang caj dan dibebaskan di bawah penguasaan polis dengan kebenaran majistret.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa