Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 30, 2015

Bersih 4: Tun Mahathir 'jalan-jalan' di Pasar Seni

Harits Asyraf Hasnan dan Khairunnisa KasnoonAstro Awani |  Ogos 30, 2015 17:24 MYT 
Bersih 4: Tun Mahathir 'jalan-jalan' di Pasar Seni
- Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali petang tadi meluangkan masa untuk 'bersiar-siar' di Pasar Seni di sini bagi meninjau perhimpunan Bersih 4 yang sedang berlangsung.

Ini merupakan hari kedua pasangan itu 'berjalan-jalan' di sekitar ibu negara sempena perhimpunan yang dikategorikan sebagai haram itu.

Bekas Perdana Menteri itu terdahulu menaiki komuter dari satu lokasi di ibu negara, sebelum turun di stesen Kuala Lumpur dan menuju ke Pasar Seni.

Semalam, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah muncul kali pertama di sekitar hadapan Panggung Bandaraya kira-kira jam  7:25 malam.

Kemunculannya menarik perhatian ramai serta dan turut menjadi viral di media sosial.

Ditanya mengenai sebab beliau hadir di perhimpunan tersebut, Dr Mahathir berkata 'beliau datang hanya untuk melihat'.

BACA: [LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Hujan tidak patahkan semangat peserta berkampung di KL

Sementara itu, penganjur perhimpunan Bersih 4 menerima kehadiran Dr Mahathir dan isteri sebagai sebahagian peserta perhimpunan itu.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah hari ini berkata, pihaknya pada mula  tidak menyedari kehadiran Dr Mahathir (semalam) kerana beliau hadir ketika kalangan peserta perhimpunan itu sedang menunaikan solat Maghrib berjemaah.

"Tun M datang semalam kami tak tahu, sedang solat (Maghrib) masa dia (Mahathir) datang. Kami terima dia sebagai peserta (Bersih 4.0).
"Saya fikir, kami (penganjur) menerima dia. Kami menerima sesiapa sahaja yang datang pada perhimpunan ini. Kami akan layan dia sebagai sebahagian daripada peserta," ujar Maria.

Perbuatan Tun Mahathir turut dikritik oleh beberapa pemimpin UMNO. Antaranya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang berkata kehadiran Dr Mahathir ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.

Susulan dari edisi Ngok........

Menteri: Dr M pakat dengan DAP, hancurkan Umno

Gambar mkini
gambar bersama Zaid Ibrahim dari blog helenang.wordpress

Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri perhimpunan Bersih 4 semalam amat mengecewakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata Dr Mahathir telah melanggar prinsip beliau sebelum ini yang menolak demonstrasi jalanan ketika krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 ketika Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara.
"...tetapi disebabkan benci presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) dia (Dr Mahathir) sanggup bersekongkol dengan DAP yang berniat nak hancurkan parti.
"Walaupun kehadirannya ke perhimpunan itu sekejap tetapi beliau suruh peserta perhimpunan teruskan dan menggalakkan mereka terus berada di sana," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor hari ini.
Turut hadir ketua Umno bahagian itu Datuk Jamal Md Yunos, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak.
Salleh berkata dalam setiap organisasi hanya terdapat seorang ketua dan apabila Najib telah dipilih sebagai presiden Umno seharusnya semua anggota parti memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau.
"Tidak semestinya semua kita (pemimpin) lakukan betul dan dipersetujui tetapi prinsipnya bila nombor satu (presiden) buat keputusan kita kena ketepi pandangan peribadi untuk laksana apa yang diputuskan oleh presiden.
"Dahulu, Dr Mahathir lakukan perkara sama di Sabah mengenai penggiliran jawatan ketua menteri di mana beliau putuskan setiap dua tahun ketua menteri Sabah perlu ditukar. Walaupun ketika itu seluruh UMNO Sabah tidak setuju tetapi kita beralah dan akur dengan keputusan beliau kerana beliau presiden parti
(ketika itu)," katanya yang juga bekas ketua menteri Sabah.
Sehubungan itu, Salleh berkata Dr Mahathir perlu mengekalkan prinsip berkenaan tetapi tindakan bekas perdana menteri itu yang tetap berterusan 'menyerang' Najib sangat bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini.
"Saya hormati Tun (Dr) Mahathir yang turut berkongsi tarikh lahir dengan saya dan saya juga pernah dilantik Ketua Menteri Sabah tetapi kita tidak boleh paksa pendapat kita diterima orang lain dan mengatakan pendapat kita sahaja betul.
"Kita dengar semua pendapat tetapi yang buat keputusan tetap nombor satu (Najib). Dulu tidak ada media sosial tetapi sekarang media biasa bersaing dengan media sosial... sebab itu penting kita sokong Najib bukan secara peribadi tetapi sebagai presiden parti," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Salleh berkata pembangkang tidak sepatutnya menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyerang kerajaan sebaliknya ia harus dizahirkan melalui pilihan raya umum (PRU).
Bagaimanapun, katanya, walaupun menerima pelbagai tekanan perdana menteri tetap mengamalkan keterbukaan apabila memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman yang memberi peluang rakyat berhimpun dengan bersyarat.
"Kalau berani, tunggu PRU yang merupakan tempat rakyat tentukan kuasa bukannya dengan adakan demonstrasi. Kita tengok siapa yang rakyat sokong dan jika kita di pihak yang benar pasti rakyat akan bersama kita.
"Yang penting sekarang ialah Umno kena kuatkan organisasi kita kerana bila kuasa sudah hilang tidak berguna lagi. Umno jelas pejuang agama, bangsa dan negara," katanya.

Tektik longkang: Apa yang mereka mahukan?

Lebih busuk dari air longkang dan limbah!

Nak nyatakan bahawa cina DAP kurang ajar?
Hasrat bangkitkan semangat perkauman?
Tapi siapa yang kurang ajar dan bodoh sebenarnya?

Aksi pijak gambar Najib, Hadi jadi viral
 | August 30, 2015
Gambar menunjukkan seorang wanita memakai t-shirt Bersih memijak gambar Najib dan Hadi mula diperkatakan pengguna media sosial.
hadi-bersih
KUALA LUMPUR: Perserta Bersih 4.0 didakwa mula bertindak kurang ajar apabila melakukan aksi memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Perbuatan itu berjaya dirakam dan mula menjadi viral di media sosial.
Gambar ‘yang dihasil menggunakan teknik ‘superimpose’ itu memaparkan Abdul Hadi dan Najib seolah-olah sedang berpelukan. Terdapat bunga yang ditelakkan di kiri dan kanan gambar itu seolah-olah berkabung.
Antara kapsyen lain pada gambar itu tertera tulisan “Puak DAP pijak gambar Tuan Guru Hadi ketika demonstrasi Bersih‎4, puak biadap ini makin kurang ajar!”.
Berdasarkan tinjauan FMT pada Sabtu, mendapati gambar Abdul Hadi dan Najib berpelukan itu wujud dan gambar tersebut diletakkan di Jalan Tun Perak.

Edisi Ngok: Salahkah Mahathir turun Bersih 4?

Sape labelkan haram?
Bukankah kerajaan togel yang dianggotai kamu juga?
Salahkah dari segi Perlembagaan Malaysia?
Samalah juga haramkan baju Bersih!
Menteri komunikasi kecewa Dr Mahathir turun Bersih
Published: 30 August 2015 11:26 AM | Updated: 30 August 2015 7:26 PM
Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bersekongkol dengan penganjur Bersih yang dilabelkannya sebagai haram tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2015.
Datuk Seri Salleh Said Keruak kecewa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur petang semalam.
Menteri komunikasi dan multimedia itu menyifatkan Dr Mahathir sebagai bersekongkol dengan penganjur perhimpunan yang dilabelkannya sebagai haram tersebut.
"Saya sangat kecewa semalam Dr Mahathir hadir Bersih dan Dr Mahathir bersekongkol dengan Bersih," kata beliau sewaktu berucap pada mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar pagi ini. – 30 Ogos, 2015.

Rasanya inilah hentakan paling keras dari Mahathir

Dr M: Kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la...


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak akan menjadi “bangsat” sekiranya orang yang membuat dakwaan sebegitu, meninggalkan Umno, sekali gus tidak memerintah negara lagi.
"Orang yang mahu membangsatkan bangsa (Melayu) bukan Umno, tetapi orang ini," katanya.
Malah, tegas Mahathir lagi, perkataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada mana-mana mulut pemimpin di negara ini.
"Saya ingat kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la," tambahnya.
"Ia bukan salah Umno, awak yang salah. Jika awak pergi, segala-galanya akan selesai," kata Tun M dengan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di stadium tertutup Pasir Gudang hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.
Najib dilaporkan sebagai berkata: "Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.
"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," Najib yang juga presiden Umno dilaporkan berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno untuk bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.
Najib selaku menteri kewangan turut dilaporkan menggesa kepimpinan Umno untuk mencari jalan sekiranya terdapat masalah dalaman dalam negara. - sumber

Nampaknya sedar ditipu tapi tak menyesal.......

Soalnya kenapa pimpinan PAS sekarang begitu naive serta sanggup tinggalkan rakan?

Hudud: Umno bukan tipu PAS, tapi tipu Allah
Posted on Saturday, August 29 @ 16:23:01 MYT by paktam
Oleh Subky Latif

ATAS apa sebab jua Umno telah mengaku pada PAS, ia bersedia menyokong Kelantan melaksanakan enakmen hudud kira Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2 dipinda.PAS pun bersangka baik, moga-moga ia satu peluang untuk melaksanakan apa yang sudah tertangguh kira-kira 20 tahun itu.

Bukanlah itu betul bendul macam Pak Pandir, percaya sangat pada Umno. Tetapi mana tahu jika Umno kali ini berjurus. Maka Dun Kelantan membentangkan pindaan. Kesemua Adun BN menyokong.

Tetapi atas masalah mereka sendiri, kerajaan BN enggan membentangkan perkara itu di Parlimen. Alternatifnya ialah PAS sendiri mmbentangkannya sebagai usul persendirian. Sudah beberapa kali Parlimen bersidang, usul persendirian PAS belum jadi agenda Parlimen.


Ada orang kata PAS ditipu Umno lagi, termasuk orang PAS yang tidak yakin Umno berjurus atas isu itu merasakan PAS sudah ditipu Umno. Dan jika usul itu dapat dibentang di Parlimen belum tentu ia disokong oleh Umno.

Ketua penyokong kerajaan di Parlimen, Tan Sri Shahrir Samad telah membayang, ia tidak mandatori bagi Umno/BN menyokongnya. Inividu Umno boleh memilih menyokongnya ataupun tidak menyokongnya. Perdana Menteri dan menteri yang berjanji pada PAS dulu Datuk Jamil Khir Baharom membisu.

Boleh dikira kenyataan Shahrir itu yang mungkin jadi sikap Umno. Maka bolehlah sekarang orang mengira pemimpin PAS sudah ditipu Umno.

Kiranya betul Umno tipu PAS, apakah PAS kecewa dan putus asa? Dan menyesal mempercayai janji Umno dulu?

Tidak wajar kecewa jika Umno tidak menunaikan janjinya. Percaya kita pada janji Umno itu tidaklah sama percaya kita kepada pada janji Allah dan Rasul-Nya. Percaya kepada Allah dan Rasul itu justeru iman. Percaya kepada manusia bergantung kepada keadaan. Tetapi apabila ada hamba Allah menyatakan hasrat untuk menyokong sesuatu baik khususnya atas perkara Islam, tidak wajar tidak mempercayainya seratus peratus.

Adakah Rasulullah SAW percaya 100 peratus kepada musyrikin Quraisy dalam perjanjian Hudaibiyah tidak akan mengkhianatinya? Adakah baginda yakin sangat pada munafiqin pimpinan Abdullah bin Salul yang berjanji untuk bersama dalam perang Uhud? Tetapi baginda tidak menyatakan kepada mereka segala yang dijanji itu tipu belaka.

Dalam suasana itu baginda berani memberi harapan dan menyembunyikan keraguan. Mana tahu kalau pintu hatinya sudah terbuka.

Percubaan mempercayai Umno itu justeru akar umbi Umno mahukan hudud. Sebelum hudud yang PAS sebut itu dikira hudud PAS saja, bukan hudud yang Allah perintah.

Sekarang sudah ada Umno yang yakin hudud PAS itu hudud sebenar. Kita terima janji itu kerana menghormati Umno akar umbi menyatakan mahukan hudud. Jika PAS tidak menghormati mereka, maka nanti rakyat atas pagar yang beriman kepada hudud akan menempelak PAS tidak mahu melaksanakan hudud yang sudah Umno kata kehendaki. Fitnah tidak mempercayainya lebih besar daripada fitnah mempercayainya.

Apalah ruginya PAS jika ditipu Umno? Banyak contoh dalam ajaran Islam betapa orang munafik kata sesama sendiri mereka tipu Nabi. Ramai kata Nabi berbohong. Mereka bukan tipu Allah dan Nabi-Nya tetapi mereka tipu diri sendiri.

Jika Umno tipu PAS, seronok sangatkah dapat menipu PAS? Mereka bukan menipu PAS tetapi mereka tipu diri mereka sendiri.

Dengan tunjuk percaya pada janji Umno itu bukan satu isyarat bagi PAS masuk dan menyokong Umno. Sekalipun Umno beri matahari di tangan kanan PAS dan beri bulan di tangan kirinya, untuk tunduk pada Umno tunggulah anjing berkepak.

Ini masanya...........

Masa untuk tamatkan politik perkauman yang memecahbelah rakyat 
12:30PM Ogos 29 2015
oleh MF Kamaruddin

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau orang Melayu dahulu berbanding rakyat Malaysia.
Dalam bulan Februari, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu Datuk Ismail Sabri Yaakob menggesa orang-orang Melayu memboikot peniaga berbangsa Cina yang menaikkan harga barangan mereka.
Pergaduhan yang tercetus akibat kecurian telepon pintar di Plaza Low Yat Bukit Bintang baru-baru ini bertukar menjadi isu perkauman di laman media sosial.
Tindakan afirmatik berasaskan kaum terus menjadi mercu tanda kerajaan Malaysia di dalam mengubah struktur masyarakat.
Kepada dunia luar, masalah hubungan kaum telah bertukar menjadi isu serius. Sebaliknya di Malaysia, kita menyaksikan kepelbagaian agama penduduk berbilang bangsa.
Kita meraikan pelbagai perayaan termasuk Hari Raya, Deepavali serta Tahun Baru Cina dengan mengunjungi kediaman rakan dan taulan. Penduduk Malaysia juga gemarkan hidangan makanan yang disajikan dari komuniti berbeza.
Namun di sebalik semua ini, kita sedar terdapat jurang perbezaan budaya di kalangan kita. Pemahaman kita tentang keharmonian budaya sebenarnya jauh berbeza.
Focusweek berbual dengan dua individu – seorang yang mewakili penduduk Melayu dan seorang lagi mewakili bukan Melayu – bagi mengetahui pandangan mereka.
Abdullah Zaik Abdul Rahman – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
Perpaduan Malaysia tercabar oleh golongan elit tamak dan permainan politik mereka. Kontrak sosial kita diketepikan ahli politik yang bersaing bagi mendapat kelebihan.
Kontrak sosial ini menjadi asas toleransi agama dan kaum selama lebih 50 tahun. Bagaimanapun, asas ini dihenyak setiap hari di bawah prinsip liberalisme yang didokong ahli politik moden.
Sistem politik Malaysia pada tahap paling lemah dengan konflik dalaman dirasai semua parti politik. Kepimpinan bertarung setiap hari bagi survival politik, dengan mengenepi keselesaan rakyat.
Konflik ini telah melumpuh pengaruh kepimpinan negara, dan menghadkan kebolehan mereka menyekat ekstremis perkauman dan sikap prejudis di dalam masyarakat.
Dalam jangka panjang, rakyat akan merana.
Bagi memupuk perpaduan, amat mustahak agar semua bangsa jujur sesama sendiri. Kejujuran di sini bermakna jangan berahsia dengan kaum dan penganut agama lain.
Kita hanya mampu mencapai perpaduan sekiranya faham sesama sendiri. Oleh itu, kejujuran amat penting bagi setiap bangsa, agar memahami antara lain. Sikap berahsia tidak membantu kita saling memahami.
Islamofobia merupakan contoh kejayaan liberalis mengurangkan kuasa agama. Di bawah pemimpin berniat jahat, liberalisme dapat terus bertapak.
Malang sekali rakyat tidak sedar mereka di bawah pengaruh liberalis, dan bertarung hanya bagi survival sendiri.
Isma merupakan NGO yang terlibat dengan aktiviti bagi menyebar Islam. Ia bekerja rapat dengan orang-orang Melayu dan umat Islam.
Sevan Doraisamy – pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Perpaduan nasional terbentuk dalam dua keadaan, dari atas ke bawah, dan bawah ke atas. Dalam kontek ini, atas ke bawah bermakna dari dasar kerajaan dan undang-undang bagi memastikan perpaduan.
Kewujudan parti politik berasaskan perkauman tidak membantu ke arah ini.
Parti politik perkauman tidak boleh wujud kerana ahli parlimen perlu berkhidmat bagi segenap lapisan masyarakat.
Konsep dari bawah ke atas pula bermakna, pendekatan kehidupan bermula di rumah. Ibubapa contohnya, perlu memupuk perpaduan dan persefahaman di kalangan penduduk berbilang bangsa dan agama.
Semasa kecil, saya dihantar kepada pengasuh Melayu. Pada masa itu, sikap prejudis dan bias agama tidak wujud walaupun kita di dalam masyarakat majmuk.
Hak istimewa bumiputera sebenarnya hanya dinikmati segelintir golongan elit. Ia tidak memupuk perpaduan. Malah orang Melayu juga mempersoalnya.
Kita perlu pendekatan berasakan keperluan. Rakyat dari golongan miskin perlu diberi perhatian dan ia perlu perubahan dasar. Tindakan afirmatif amat penting mengurangkan jurang antara yang miskin dan yang kaya.
Liberalisme memberi maksud berbeza dan rakyat menggunakan label sesuka hari.
Ada berpendapat liberalisme bermakna membuka pintu kepada Barat, tetapi janga lupa, liberalisme juga bermakna berjuang bagi kebebasan rakyat.
Ini termasuk berjuang bagi kebebasan bersuara dan menikmati hak yang tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Suaram suatu NGO yang menumpulan hak asas dan isu persekitaran.
Isma dan Suaram berbeza pandangan tentang pelbagai isu termasuk perpaduan nasional.
Namun adakalanya kami sependapat.
Kami percaya politik berperana utama di dalam menyatukan rakyat. Kami percaya politik perkauman memecahbelah rakyat.
Ahli politik perlu guna peluang mewakili rakyat mempromosi budaya dan keharmonian bangsa.
Amat mustahak bersikap jujur. Paling utama, kita perlu saling memahami bangsa dan agama masing-masing.
Rencana penuh disiarkan Focusweek keluaran 8-14 Ogos 2015. Sila layari www.focusweek.my

Bersih 4: Orang Asli pun sedar dikencing!

Orang Asli tuntut Najib berundur

 | August 29, 2015
Mereka mendakwa Perdana Menteri banyak menyeleweng, gagal menjawab pelbagai isu termasuk dana derma RM2.6 bilion.

orang-asli
KUALA LUMPUR: Lebih 500 Orang Asli tidak terkecuali menyertai bantahan aman Bersih 4.0 yang diadakan berhampiran Dataran Merdeka.
Naib Presiden Jaringan Orang Asli Semalaysia (JOAS), Yusri Ahon, 50, berkata kehadiran mereka ke perhimpunan kali ini adalah untuk mendesak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berundur daripada jawatan Perdana Menteri.
Katanya, di bawah pentadbiran Najib telah berlaku banyak kepincangan antaranya kemerosotan ekonomi, rasuah dan hak mereka untuk mendapatkan tanah turut diabaikan.
“Kerajaan sekarang banyak menyeleweng, banyak isu-isu yang gagal dijawab antaranya RM2.6 billion.
“Kerajaan dilihat tidak bertindak adil kepada kami terutamanya melibatkan hak pemilikan tanah. Apabila kerajaan memberi satu-satu benda kepada kami, mereka akan mengambil sembilan daripada apa yang kami ada.
“Jadi kami merasakan ia adalah ketidakadilan kepada masyarakat orang asli dan disebabkan itu kami menghadirkan diri dalam perhimpunan pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka Pada Sabtu.
Ditanya, samaada kehadiran beliau ditaja atau sebaliknya, Yusri berkata mereka hanya disediakan pengangkutan untuk datang ke Kuala Lumpur menyertai Bersih 4.0.
“Memang Bersih 4.0 yang taja kita datang sini, cuma dari segi pengangkutan baslah, dari Temerloh sehingga ke sini,” katanya.

Saturday, August 29, 2015

Bersih 4: Cerita seorang lelaki

Cerita seorang lelaki di kota KL sempena Bersih 4
01:58PM Ogos 29 2015
oleh Paul Sir

SEKITAR KOTA RAYA:  Mengapa saya tertarik dengan Bersih 4? Adakah kerana ia bualan terhangat bulan ini? Sertai ribuan khalayak, melaung laungan penuh semangat bersama mereka dan menikmati sepenuhnya warna-warni acara ini?
Ya, semua di atas dan banyak lagi. Mengapa tidak? Saya bersetuju dengan permintaan Bersih. Permintaan itu diterima oleh rakyat kerana ia masuk akal dan sah. Mengapa ada antara kita yang membantah sesuatu yang secara tulen baik untuk negara dan rakyat?
Umumnya rakyat Malaysia tidak berpuas hati kepada banyak perkara- pastinya, untuk sebab yang jelas. Dan mereka memang mempunyai hak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, bersama-sama di tempat awam. Tidak ada undang-undang yang menghalangnya.
Tetapi kita juga perlu ingatkan diri sendiri yang apabila kita mahu menyuarakan penderitaan kita di ruang awam, kita tidak boleh melanggar undang-undang. Berarak dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh tetapi pada masa yang sama pastikan tindakan anda tidak melanggar undang-undang.
Setelah menetapkan fikiran, saya keluar menyertai Bersih 4.
7.10pm: Daripada tingkap saya, jalan di bawah nampak lengang dan hampir tiada mereka yang berbaju kuning. Trafik berjalan lancar. Saya tertanya-tanya berapa ramai yang akan tidur di jalan-jalan KL malam ini. Akan merayau-rayau di kawasan sekitar selepas makan malam dan kembali melaporkan di sini selepas itu.
6.50pm: Baru sahaja membaca Bersih mengisytiharkan perarakan berjaya seramai 200,000 peserta menghadiri perarakan walaupun polis KL menganggarkan jumlah itu sekadar 25,000 pada jam 3 petang. Adakah jumlah benar-benar penting? Saya rasa ia penting- Bersih 4 telah dilaung-laungkan sebagai ‘ibu segala perarakan’, kan?

6.15pm: Sebentar tadi, saya duduk berbual dengan dua orang lelaki berkerusi roda di kedai mamak berhampiran. “ Mengapa awak di sini, memakai baju Bersih dan berarak?” adalah soalan biasa ditanya. Seorang daripada mereka pantas menjawab yang ia adalah tanggungjawab dan tugas mereka untuk menyokong perarakan ini. Mereka yang sihat tubuh badan dan tidak peduli tentang apa yang berlaku disekitar mereka patut berasa malu. Syabas kepada dua orang OKU itu- merekalah yang mengetuai NGO orang India berarak di sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock awal tadi. Saya sangat mengagumi kekuatan dan semangat nasionalisma mereka.
5.35pm: Laporan Star Online memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Tajuddin Md Isa yang berkata dia berpuas hati dengan tingkahlaku pembantah setakat ini, dan berharap ia akan “kekal aman sehingga akhirnya.” Ya, polis patut berasa gembira. Saya juga berasa gembira kerana semuanya berjalan lancar hari ini. Semua orang patut berasa gembira. Satu-satunya orang yang tidak gembira mungkin adalah lelaki yang pernah berkata dia akan mengetuai 30,000 orang untuk menentang peserta baju kuning. Ho ho ho, jika mamat tu (apa nama dia?) mampu mengumpulkan 30,000 orang untuk mengikutnya, saya akan terjun daripada tingkat 14 tempat saya duduk sekarang.
5.10pm: Seorang polis trafik berpangkat Lans Korporal gembira memenuhi permintaan tiga orang gadis berbaju kuning untuk bergambar.  Tersenyum di sebalik cermin mata hitamnya, ia pastinya menjadi cerminan kepada keamanan dan ketenangan perarakan hari ini. Polis melakukan kerja dengan baik. Setakat ini, saya masih belum mendengar kisah ada gas pemedih mata atau meriam air digunakan kepada peserta seperti kejadian tahun-tahun sebelum ini.

4.35pm: Khayalak yang berkumpul di kawasan Menara Maybank bergerak. Mereka bergerak menuju ke Dataran Merdeka untuk menyertai kumpulan lain. Ada juga yang berjalan menjauhi khayalak tersebut- mungkin sudah penat dan memerlukan rehat.
4.00pm: Sebuah NGO India bergerak melepasi Kota Raya. Terdiri daripada hampir 200 orang, mereka menerima sorakan daripada khayalak kuning lain ketika mereka berarak melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock. Salah satu benda menarik yang dibawa mereka ialah sepanduk cek . Dan ada angka yang tertulis di atas ‘cek’ itu- apa lagi kalau bukan RM 2.6 bilion!
3.20pm: Ketika makan tengahari di Nando’s yang terletak di sebelah hotel, sukar benar hendak mendapat tempat duduk. Dipenuhi dengan mereka yang berbaju kuning. Seorang pengurus restoran yang gembira berkata “ini adalah hari berniaga yang paling baik sejak sekian lama”. Jadi saya bertanya sekali lagi, siapa yang kata Bersih tidak baik untuk perniagaan. Hotel penuh di tempah. Restoran dan tempat makan dipenuhi orang. Peniaga kecil juga rancak berniaga, berbeza dengan rugutan berterusan yang perarakan Bersih telah menyebabkan perniagaan terjejas teruk.
2.45pm: Rakan sekerja saya mendapat maklumat dari dua orang sukarelawan PEMANTAU di luar hotel yang NGO telah menggerakan hampir 300 orang sukarelawan untuk perarakan ini. Tugas khas mereka- menjaga orang tua dan kanak-kanak sepanjang acara dua hari ini. Syabas kepada sukarelawan PEMANTAU.
2.25pm: Mungkin saya menghukum terlalu awal. Orang makin ramai berkumpul di depan Menara Maybank. Saya boleh kata yang hampir 6,000 sehingga 8,000 orang sekarang. Kebimbangan mula terasa, kerana mereka telah memenuhi ruang jalan raya. Trafik, terutama bas, kini tidak boleh bergerak. Jika anda terperangkap dalam kenderaan di kawasan ini, anda pasti menyumpah Bersih. Dan ia boleh difahami.
1.50pm: Menjenguk daripada tingkat 14 bilik hotel saya. Saya melihat dan menjangkakan 2500 mereka yang berbaju kuning, dalam beberapa kelompok. Jumlah yang kurang memberangsangkan. Malah, acara ini lagaknya seperti pesta. Jadi semua orang, hanya nikmati perarakan ini dan jangan terlibat dengan masalah.
12.50pm: Makin ramai orang berkumpul dan semakin bising. Mereka yang letih nampaknya hanya melihat daripada jejantas berhampiran Pudu Sentral, melihat lautan baju kuning di bawahnya.
12.15pm: Apa? Penyelia hotel memberitahu saya yang pengurusan hotel memutuskan untuk menutup lobi hotel. Terlalu ramai orang luar, bermaksud mereka yang memakai baju kuning, bukan tetamu hotel, dan telah menggunakan dan mengotorkan tandas. Ermm, ini ialah kawasan persendirian dan hotel berhak berbuat demikian. Saya rasa tempat makan di luar sana juga akan berbuat perkara yang sama. Sekarang, adakah Bersih 4 ada meletakan tandas mudah alih? Yeah, saya pernah mendengar mereka merancang demikian, tetapi saya tak nampak satu pun di sekitar kawasan ini. Mungkin, tempat terdekat peserta perarakan boleh membuang hajat mereka ialah di St John’s Cathedral. KL Archbishop baru-baru ini telah mengumumkan yang pintu gereja itu sentiasa terbuka untuk mereka yang mencari perlindungan, termasuklah menggunakan tandas, saya percaya. Moga Tuhan merahmati Archbishop Julian Leo.

11.45am: Orang ramai di luar hotel bertambah ramai dan bising. Laungan Bersih kedengaran. Khalayak melambai pelancong yang sedang menaiki bas KL Hop on Hop-Off. Mereka melambai balik dan mengambil gambar khalayak yang berkumpul.
11.10am: Lebih kurang 20 orang tiba-tiba muncul daripada hotel memakai t-shirt kuning. Mungkin peserta dari luar KL.
10.05am: Sekitar 300 orang, tua dan muda, memakai t-shirt Bersih 4 tiba-tiba muncul daripada dua arah berdekatan saya, dari stesyen Pudu Sentral LRT dan satu lagi dari stesyen Masjid Jamek. Mereka berbarak menuju ke Tong Shin Hospital. Tidak tahu mengapa, mungkin bertemu dengan kumpulan lain di Bukit Bintang.
9.40: Berbual dengan pengurus keselamatan hotel. Saya diberitahu yang hotel penuh ditempah untuk tiga hari ini. Jadi sekarang siapa kata perarakan Bersih tidak baik untuk perniagaan! Pastinya bagus untuk hotel.
8.30am: Berjalan kaki di sekitar kawasan Pudu. Sudah terlalu lama sejak kali terakhir saya berjalan kaki di sekitar pusat Bandar KL. Tidak ada sebab untuk datang ke kawasan ini memandangkan saya tinggal di PJ. Masih tidak nampak t-shirt kuning.
7.15am: Terlalu awal untuk check in. Jadi kami mula bekerja di laptop menggunakan laptop masing-masing di lobi hotel. Cukup selesa walaupun air-con tidak berapa sejuk.
7.00am: Sampai di stesyen Pasar Seni, destinasi kami untuk memulakan perjalanan. Mengambil masa 15 minit untuk sampai ke hotel kami berdekatan Kota Raya. Melepasi Pasar Seni, salah satu tempat berkumpul peserta Bersih 4. Masih tidak nampak t-shirt kuning. Masih terlalu awal lah!
6.10am: Parkir kereta saya di Stesyen LRT Kelana Jaya. Petunjuk pertama Bersih 4- riben-riben kuning yang diikat di sepanjang susur pejalan kaki di luar stesyen. Keretapi sampai dalam masa dua minit.
5.10am: Mandi dan makan dua sandwich. Bersiap untuk mengambil rakan sekerja yang tinggal di kawasan kejiranan berdekatan.
4.30am: Bangun. Bersiap sedia untuk memulakan hari. Melakukan senaman ringkas yang saya biasa lakukan di balkoni. Pastikan saya mempunyai semua yang saya perlukan untuk hari yang panjang ini. Tidak ada niat untuk tidur di jalan malam ini. Saya bersetuju dengan Ku Nan. Sudah terlalu ramai orang gelandangan di jalan-jalan KL. Tidak berhasrat untuk menambah jumlah tersebut.

BERSIH 4: Mahathir dan Siti Hasmah turun padang beri semangat

BERSIH 4: Teruskan, kata Dr Mahathir


Keadaan yang perlahan-lahan tenang di sekitar Dataran Merdeka tiba-tiba bertukar kecoh apabila orang ramai mula menyedari kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Ali.
"Teruskan, teruskan," katanya kepada orang ramai yang berkumpul dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau.
Keadaan sangat tidak terkawal apabila para petugas media dan orang ramai tolak-menolak untuk mengambil gambar beliau.
Ketika tiba, beliau cuma berjalan dari Jalan Parlimen menuju ke Jalan Tun Perak sambil diiringi pengawal keselamatannya.
Bagaimanapun disebabkan keadaan terlalu sesak, Dr Mahathir kemudian berpatah balik dan menuju ke keretanya.
Keadaan tolak menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita apakah tujuannya hadir pada hari ini, beliau hanya berkata: "Just to look around (saja nak melihat-lihat).
Sebelum Dr Mahathir memasuki keretanya, beliau sempat melambaikan tangannya dan meninggalkan kawasan berkenaan bersama Dr Siti Hasmah.
Ini kuasa rakyat
Kenyataan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke perhimpunan BERSIH 4 menyuntik semangat baru kepada peserta.
Diminta mengulas kehadirannya ke Dataran Merdeka sebentar tadi Siti Hasmah berkata, itu adalah kuasa rakyat.
"Ini kuasa rakyat," katanya.
Berjalan di belakang Mahathir, Siti Hasmah dikerumuni peserta BERSIH 4 yang ingin bersalaman dengan beliau.
Walaupun situasi agak sesak beliau kelihatan tenang berjalan dengan pakaian baju kurung berwarna biru muda breserta selendang yang dililit di leher. - sumber

Antara Petualang dan Srikandi........

Di satu pihak beliau adalah petualang....dan di satu sisi yang lain beliau adalah Srikandi....... 
Inilah buktinya dunia sering membuka satu mata sahaja!

Korang baca: 
 | August 29, 2015
Keberanian Anina mengambil risiko untuk menyeret Najib ke muka pengadilan, memberi impak kepada UMNO.
COMMENT
Anina-Saaduddin
PETALING JAYA: Kepimpinan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terusik lagi.
Jika sebelum ini, nama-nama besar daripada dalam parti seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan lain-lain termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad kerap dikaitkan dengan kritikan terhadap isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun beliau hanya berakhir dengan kenyataan demi kenyataan.
Bagaimanapun, tindakan saman Anina Saadudin membuka perspektif baru terhadap imej kepimpinan anak bangsawan berdarah Bugis itu.
Berbeza dengan pengkritik yang lain, dia hanya sekadar ahli UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Langkawi. Bukannya satu nama besar atau menyandang sebarang jawatan penting dalam organisasi parti.
Bahkan namanya hanya mula dikenali lebih dua minggu lalu apabila menuduh Najib kuat kencing ketika menyampaikan ucapan penangguhan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Langkawi.
Kata-kata di pentas terbuka apatah perkataan ‘kencing’ yang dianggap luar biasa bagi kaum ibu dalam parti orang Melayu itu. Apapun dek dorong rasa ketidak puasan, dia meluahkan amarah selepas Presiden UMNO berterusan mendakwa tiga juta ahli parti masih menyokongnya.
Kelantangannya dimuat naik di laman Youtube menjadikan Anina popular dalam sekelip mata.
Jika dilihat dari sudut maknawi kata-kata yang disampaikan bukan setakat sedap mulut tetapi itulah rintihan daripada mereka yang mewakili golongan marhain yang kecewa, marah dan terkilan terhadap pemimpin tertinggi parti.
Mereka mungkin tidak berpelajaran tinggi atau ghairah bersembang dalam ‘sleng’ atau berterabur cakap mat salleh, namun golongan ini tahu menilai bahawa ucapan demi ucapan yang disampaikan orang Najib hanya sekadar retorik.
Ramai yang menjangkakan apa yang dilepaskan Anina sebelum ini akan berakhir di pulau Mahsuri, namun tindakannya menfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusof pada Jumaat membuka mata banyak pihak.
Bahkan beritanya di portal berita menenggelamkan tumpuan terhadap Bersih 4.0.
Jika dinisbah dengan jumlah keahlian seramai tiga juta orang ahli UMNO, wa ima daripada Pemuda UMNO yang pernah satu ketika dahulu pernah dilabel sebagai kumpulan pendesak, berapa kerat yang berani bertindak sepertinya. Ramai yang merungut, mengkritik dan mengutuk Najib, tetapi itu sekadar cakap-cakap atau lebih tepat lagi, setakat mengumpat sahaja.
Siapa yang di belakang tindakannya bukan persoalan, sebaliknya keberanian Anina mengambil risiko untuk menyeret Najib ke muka pengadilan, sesuatu yang perlu difikirkan. Berapa keratkah ahli dalam UMNO yang sanggup mengadai masa depan dalam parti dengan tindakan sebegini? Dalam erti kata lain, dia berani menghulur lehernya demi mencari kebenaran.
Masa depannya dalam UMNO mungkin telah berakhir, tetapi tindakan yang dibuat memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri, bahawa dia mewakili mereka yang meluat dengan kenyataan yang tiada logik.
Kita tengok sahaja nanti, apa reaksi orang penting dalam parti terhadap Anina. Selepas ini pasti ada pelbagai cerita sensasi tentang dirinya. ‘Pencacai’ tidak akan berdiam diri dan akan berusaha 1001 cara untuk mempertahankan Najib.
Apa yang dilakukan Anina hanya satu permulaan dan menjadi inspirasi kepada golongan akar umbi yang lain. Cuma yang kita tunggu apakah selepas dipecat secara rasmi nanti, bagaimana nasib dirinya kerana takut ditimpa ‘tulah’. Bak kata Presiden UMNO, orang Melayu akan bangsat tanpa parti itu.
Razali Awang
Editor FMT