Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 30, 2015

Nampaknya sedar ditipu tapi tak menyesal.......

Soalnya kenapa pimpinan PAS sekarang begitu naive serta sanggup tinggalkan rakan?

Hudud: Umno bukan tipu PAS, tapi tipu Allah
Posted on Saturday, August 29 @ 16:23:01 MYT by paktam
Oleh Subky Latif

ATAS apa sebab jua Umno telah mengaku pada PAS, ia bersedia menyokong Kelantan melaksanakan enakmen hudud kira Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2 dipinda.PAS pun bersangka baik, moga-moga ia satu peluang untuk melaksanakan apa yang sudah tertangguh kira-kira 20 tahun itu.

Bukanlah itu betul bendul macam Pak Pandir, percaya sangat pada Umno. Tetapi mana tahu jika Umno kali ini berjurus. Maka Dun Kelantan membentangkan pindaan. Kesemua Adun BN menyokong.

Tetapi atas masalah mereka sendiri, kerajaan BN enggan membentangkan perkara itu di Parlimen. Alternatifnya ialah PAS sendiri mmbentangkannya sebagai usul persendirian. Sudah beberapa kali Parlimen bersidang, usul persendirian PAS belum jadi agenda Parlimen.


Ada orang kata PAS ditipu Umno lagi, termasuk orang PAS yang tidak yakin Umno berjurus atas isu itu merasakan PAS sudah ditipu Umno. Dan jika usul itu dapat dibentang di Parlimen belum tentu ia disokong oleh Umno.

Ketua penyokong kerajaan di Parlimen, Tan Sri Shahrir Samad telah membayang, ia tidak mandatori bagi Umno/BN menyokongnya. Inividu Umno boleh memilih menyokongnya ataupun tidak menyokongnya. Perdana Menteri dan menteri yang berjanji pada PAS dulu Datuk Jamil Khir Baharom membisu.

Boleh dikira kenyataan Shahrir itu yang mungkin jadi sikap Umno. Maka bolehlah sekarang orang mengira pemimpin PAS sudah ditipu Umno.

Kiranya betul Umno tipu PAS, apakah PAS kecewa dan putus asa? Dan menyesal mempercayai janji Umno dulu?

Tidak wajar kecewa jika Umno tidak menunaikan janjinya. Percaya kita pada janji Umno itu tidaklah sama percaya kita kepada pada janji Allah dan Rasul-Nya. Percaya kepada Allah dan Rasul itu justeru iman. Percaya kepada manusia bergantung kepada keadaan. Tetapi apabila ada hamba Allah menyatakan hasrat untuk menyokong sesuatu baik khususnya atas perkara Islam, tidak wajar tidak mempercayainya seratus peratus.

Adakah Rasulullah SAW percaya 100 peratus kepada musyrikin Quraisy dalam perjanjian Hudaibiyah tidak akan mengkhianatinya? Adakah baginda yakin sangat pada munafiqin pimpinan Abdullah bin Salul yang berjanji untuk bersama dalam perang Uhud? Tetapi baginda tidak menyatakan kepada mereka segala yang dijanji itu tipu belaka.

Dalam suasana itu baginda berani memberi harapan dan menyembunyikan keraguan. Mana tahu kalau pintu hatinya sudah terbuka.

Percubaan mempercayai Umno itu justeru akar umbi Umno mahukan hudud. Sebelum hudud yang PAS sebut itu dikira hudud PAS saja, bukan hudud yang Allah perintah.

Sekarang sudah ada Umno yang yakin hudud PAS itu hudud sebenar. Kita terima janji itu kerana menghormati Umno akar umbi menyatakan mahukan hudud. Jika PAS tidak menghormati mereka, maka nanti rakyat atas pagar yang beriman kepada hudud akan menempelak PAS tidak mahu melaksanakan hudud yang sudah Umno kata kehendaki. Fitnah tidak mempercayainya lebih besar daripada fitnah mempercayainya.

Apalah ruginya PAS jika ditipu Umno? Banyak contoh dalam ajaran Islam betapa orang munafik kata sesama sendiri mereka tipu Nabi. Ramai kata Nabi berbohong. Mereka bukan tipu Allah dan Nabi-Nya tetapi mereka tipu diri sendiri.

Jika Umno tipu PAS, seronok sangatkah dapat menipu PAS? Mereka bukan menipu PAS tetapi mereka tipu diri mereka sendiri.

Dengan tunjuk percaya pada janji Umno itu bukan satu isyarat bagi PAS masuk dan menyokong Umno. Sekalipun Umno beri matahari di tangan kanan PAS dan beri bulan di tangan kirinya, untuk tunduk pada Umno tunggulah anjing berkepak.

24 comments:

  1. apa yg dia merapu ni? apa yg hududnya ruu?

    jwb dulu surat YB Husam Musa.

    1. Akta 355 dimana dikatakan akta ini hanya satu alat politik bersama dengan UMNO untuk memecahbelahkan parti, merosakkan imej PAS dan melemahkan kedudukan PAS. Selepas dijanjikan Akta ini dibawa sebagai Private Member's Bill yang akan dibentangkan pada Sidang Parlimen bulan April dan kemudiannya bulan Jun kemudian lagi bulan November, dua sesi Parlimen telah berlalu dengan kehampaan seakan PAS telah dipermain oleh UMNO.

    Soalnya, mengapa PAS semudah itu diputar belit oleh UMNO? Mengapa bill ini dibawa tergesa-gesa tanpa pengetahuan PAS Pusat? Akhirnya difahamkan diputuskan utk diserahkan semula kpd kerajaan Pusat.

    Benda yg sepenting ini tak dibincang oleh pas pusat? baik lantik aje hadi jadi maharaja pas dan harongding jadi bomoh dia.

    ReplyDelete
  2. Tuan, saya tak salahkan PAS sebab sesuai dengan namanya, PAS
    PAS - PARTI ASLAM SEMALAYSIA

    Kalau PIS mungkin perkara tersebut tidak berlaku sebab:
    PIS - Parti Islam Semalaysia.

    Alasan penggunaan huruf Jawi memang tak masuk akal dan ini memang dah jadi alasan Parti Aslam Semalaysia.

    ReplyDelete
  3. Tuan...
    Satu lagi tentang Bersih 4.0
    Saya sikit pn tak salahkan najib
    Saya salahkan perempuan di DEPAN najib
    Lepas itu baru saya salahkan najib sebab terpengaruh dengan perempan di DEPANnya.

    Sebab itu jika cari menantu perempuan, jangan sebarang cari. Kang anak lelaki kita pulak jadi mangsa. Kalau handbag setakat rega RM500 tu boleh la terima, atau jam tangan dalam RM300 ke RM400 tu okey la lagi. Kalau kasut tu dalam RM200 tu boleh la. Tapi kalau main ratus2 ribu, bukan saja anak laki kita boleh bankrup, negara pun boleh bankrup!!

    Lagi satu, kita kena nasihatkan anak laki kita tu, perempuan biarlah jalan kat belakang. Jangan jalan kat depan. Takut bankrup negara, tuan!

    ReplyDelete
  4. Tuan...
    Lagi satu
    Ni apa cerita kat negeri tuan ni
    Sebok nak buat hudud, tiba2 sibuk pulak sebat balak ni, apa cerita?
    Sempat jugak melanun dalam sibuk2 hudud ditangguhkan..

    Ni patutnya kena potong tangan makhlok2 yang sebat hasil balak kelantan neh..
    Dalam sibuk2 hudud pun sempat jugak belasah harta kerajaan yer....

    Itu pasal saya cadangkan PAS ditukar kepada PIS
    Sebab PAS - PARTI ASLAM SEMALAYSIA

    Cuma jangan tukar jadi PUS, sebab apa?
    PUS - PARTI ULARMAK SEMALAYSIA

    Yang betulnya cuma PIS
    Tapi jangan jadi PISTON, PISANG, PISTOL air, PISBOL,.....

    ReplyDelete
  5. melayu pas beragama Islam...melayu umno pun beragama Islam tetapi banyak buat kemungkaran.....melayu pas amat kasihan kepada melayu umno dan ingin memujuk agar tinggalkan kemungkaran dan tidak berterusan dalam dosa yang berpanjangan.....TETAPI MELAYU UMNO DAH BUAT AGAMA BARU ....!!!yang halal sudah diharamkan dan yang haram sudah dihalalkan.....

    ReplyDelete
  6. perjanjian hudaibiah itu ialah dimana dua pehak dapat saling mengngikat dan saling mengenakan syarat..dan pehak mukmin itu tidak terlibat sama sekali dalam sistem yg penyembah2 berhala pakai dan sama sekali tidak terlibat dalam menggubal undang2 bersama2 penyembah2 berhala,sebab islam memang sudah ada undang2..

    bila masa pas (kuhususnya) dan lord reid saling mengikat didalam perjanjian dan saling mengenekan syarat didalam perjanjian??pas yg bawa dasar dan undang2 tuhan register dibawah undang2 lord reid...lord reid x paksa pun pas register kat perlembagaan dia..pas yg bawa agama dan dasar tuhan berundang2 dgn lord reid..pas x ikat lord reid pun..lord reid yg ikat oas hehe
    dan pas turut terlibat dalam sistem dan las turut terlibat dalam menggubal undang2 bersama2 penyembah2 berhala di parlimen iaitu salah 1 perundangan yg pas kene ikut dan penyembah2 berhala kene ikut,mereka bersama2 register pertybuhan masing2 dibawah perundangan demokrasi berpelembagaan lord reid..
    sedangkan ketetapan undang2 untuk muslim/mukmin memang milik Allah semata2 dan sudah ditetapkan walaupun pas x join politik lord reid hehehe..

    jgn samakan perjanjian hudaibiah dgn pas..
    hehe...

    ReplyDelete
  7. Pemimpin Melayu Islam umno bukan menipu PAS tetapi mereka takut untuk melaksanakan perkara wajib, iaitu tuntutan Allah swt apabila seseorang muslim itu bergelar pemimpin. Kalau diikut kriteria yang ditetapkan oleh Al-Quran dan sunnah Rasullullah saw, mereka tidak layak untuk memimpin, disqualified.

    Umpama seseorang mengingatkan rakan tentang sholat dan rakan bermanis muka berjanji akan menunaikan sholat tapi tidak juga melakukannya, apakah yang mengingatkan rakan tadi akan rasa menyesal kerana ditipu? Rugikah dia? Dapat pahala atau dapat dosa pada yang menegur? Menjadi tuntutan Islam untuk menegur rakan, ahli keluarga dan sesiapa saja yang beragama Islam tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam.

    PAS hanya menegur pemimpin Islam umno mahupun pkr atau dap tentang tanggungjawab mereka terhadap Allah swt apabila bergelar pemimpin. Rakyat biasa dan pemimpin mempunyai perbezaan yang amat besar, pemimpin bertanggungjawab bukan sahaja dengan rakyat tetapi melibatkan Allah swt .

    Mereka sebenarnya amat tersepit dengan amanah ini kerana mereka sedar diri sendiri telah terperangkap dan hanyut dengan godaan dan hasutan musuh nyata manusia. Adalah lebih baik mereka bersama dengan rakyat jelata daripada menjadi seorang pemimpin.

    ReplyDelete
  8. Kits bersama bersih. Tapi aku Dan kelurga tetap bersama pas Dan tuan guru hj had I.

    ReplyDelete
  9. Sudah dipesan berkali-kali, jangan dipatuk berkali-kali...tapi pemimpin ego, degil, angkuh Dan bongkak...bukanlah umno yang menipu Allah...tapi pas yang bersalah dalam hal ni...mengapa perlu salahkan umno? Pas juga yang mungkir janji untuk dibentang di majlis presiden sebelum ke parlimen...

    Pas bukan naive...tapi bodoh sombong...pearasan parti terkuat...Tak sedar orang semua meluat...teruskan ego, angkuh dan bongkak parti yang memakai nama islam...

    ReplyDelete
  10. Sekali dua ditipu mungkin tak apa tetapi berkali-kali ditipu masih nak percaya juga itu bukan lurus bendul lagi tetapi bodoh tahap bingai/bangang. Percaya kpd penyamun? Silap besarlah.................

    Kalau tak menipu bukan umno namanya.

    ReplyDelete
  11. Mungkin bacaan politik kita berbeza..

    Dlm isu hudud saya perhatikan PAS tidak akan langsung kerugian jika UMNO buat2 gagal memberi laluan utk PAS membentang di parlimen.. ini kerana dgn segala macam kebobrokan UMNO yg berjaya didedahkan kebelakangan ini pasti membuatkan golongan baik yg masih tinggal dlm UMNO sudah mula terfikir utk mencari haluan lain iaitu samada PAS ataupun PKR.. pastinya golongan baik ini bersetuju bhw hudud adalah jawapan paling tepat agar tidak berulang lagi perlakuan negatif oleh parti mereka UMNO selama ini ataupun oleh sesiapa shj yg bakal memerintah selepas ini termasuk PR. Jadi di manakah ruginya PAS..?

    Malah lebih beruntung jika berjaya diluluskan maka ia bakal memenuhi hasrat rakyat kelantan yg ingin dipayungi hudud dlm negeri tercinta sejak sekian lama.. di samping itu, matlamat parti PAS itu sendiri juga dgn sendirinya boleh dijayakan. Jadi di manakah ruginya PAS?

    Dari senario yg pertama, UMNO akan kehilangan ahli sedikit demi sedikit di mana UMNO kini ibarat 'Titanic' yg sedang karam maka di ketika ini kapal2 PAS dan PKR amatlah diperlukan utk kerja2 menyelamat!. Manakala, dari senario yg kedua pula, UMNO akan dipulau oleh parti2 komponen lain dlm BN itu sendiri lantaran mereka tidak menyokong hudud.. ini diikuti pula UMNO bakal kehilangan undi oleh pengundi2 non muslim.. yg pastinya melemahkan lagi parti UMNO.

    Maka dari kedua2 senario di atas, yg kerugian akhirnya ialah sudah tentu UMNO itu sendiri!!

    Pembentangan RUU itu hanya permulaan dan kalau berjaya, ia akan jadi 'precedent case' maka dgn itu lebih mudahlah selepas itu sekiranya ia hendak ditambah baik dari masa ke semasa sehingga tercapailah matlamat keseluruhan hukuman hudud itu sendiri..

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Rosli...PAS tak rugi apa-apa kata nko? Baru kali ini aku nampak nko ada akal skit tapi belum cerdik lagi. Bukan PAS tetapi puak UG. Puak UG memang xrugi apa-apa sebab helah menggunakan hudud sebagai helah untuk m3nipu ahki PAS agar menyokong mereka dalam pemilihan telah berjaya 200%. Dengan kejayaan 200% ni, puak UG telah berjaya meyapu 100% jawatan dalam pemilihan.

      Isu huduud yang dibawa oleh puak UG sebagai helah untuk menang dalam pemilihan lepas xde kena mengena dengan UMNO atau sesiapapun. Selepas menang pemilihan pun puak PAS dah basuh tangan pasai hudud ni. Xde sorang puan pejuang hudud UG yang begitu lantang h3ndak melaksanakan hudud dengan segera seb3lum pemilihan, semuanya dah senyap dan membisu macam orang bisu setelah menang dalam pemilihan. Nik Amar pun dah xberbunyi lagi. Statement Nim Amar yg terakhir telah memberi bayangan yang hudud mungkin xdpt dilaksanakan kerana mungkin akan menyebabkan kekacaun - setelah dia menang jawatan naib presiden.

      Wan rosli...pembentangan RUUP adalah permulaan? Berapa kali nak mula ni, setiap kali nak mula kena kencing dgn UMNO. Tidakkah puak UG begitu yakin RUUP ini akan disokong oleh UMNO bila dibawa ke parlimen seb3lum pemilihan - sekarang apa plan tindakan PAS pasai RUUP ni setelah dikencing oleh UMNO sebanyak 2 kali? Nak teruskan atau dah surrender pasai bentang RUUP ni? Nampak gaya nak surrender sebab semua penuang hudud UG dah senyap sepi semua. Semua dok s3bok bukak mulut ttg isu lain pulak.

      Tak payah nak menipu macam guna isu hudud sebelum pemilihan la, jelaskan apa rancangan PAS sekarang nak laksana hudud? Takkan main nak sorok jika betul ada plan. Ini jahatnya perangai puak UG ni, ada plan sorok, pastu tuduh orang lain munafik, menentang hudud tetapi dia dok sorok hudud.

      Tak payah merapu banyak, apa plan hudud sekarang? Xmau buat kerana dah menang jawatan, cakap xnak buat dah. Mudah org nak paham bahawa sebenarnya cuma helah nak tipu orang PAS supaya undi dlm pemilihan je.

      Makin merapu, makin buat diam, makin nampak puak UG jual ugama kerana jawatan. Azli Taliban, Mokhtar Senik mana sekarang....kena penyakit sakit mukut ke? Senyap sepi je....

      Delete
  12. dalam politaik yang menipu dianggap bijak, yang kena tipu ialah si bodoh, yang tahu ia akan ditipu tapi abaikan dia dua kali bodoh, yang kena tipu berkali sudah sudah sudahlah berpolitik--bagi kawan lain naik

    ReplyDelete
  13. Anon 10:11 AM

    Saya setuju dengan pendapat tuan

    ReplyDelete
  14. Anon 10:15 AM

    Itulah masalahnya......tahun 1979 PAS rebah di Kelantan pun kerana isu yang sama juga....."Balak"

    Rupa 'dunia' akan menggoda tak kira siapa!

    ReplyDelete
  15. Anon 10:29 AM

    Samakan dengan perjanjian Hudaibiyah adalah tersasar jauh. Rasulallah melakukan dengan keadilan walau pun tidak popular di kalangan sahabat. Namun kesannya yang memihak kepada Islam terbukti selepas itu.

    Tapi di mana untungnya PAS dengan janji UMNO itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan pasal untung rugi..ini sebab memang x sama pun bang..tolong jgn samakan perjalanan politik pas dengan perjalanan agama nabi saw (perjanjian hudaibiah dan sbgnya)..

      Delete
  16. abuamir

    Saja saya tanak pakai perkataan 'bodoh sombong' bimbang dikatakan terlalu kasar

    ReplyDelete
  17. Salam pak Din. Pe kabor ? hehe

    PAS memang suka ditipu oleh UmNo sejak dulu pun. Mungkin sebab sangka baik, pecaya sangat, lembut hati sesama Islam (sedara seMuslim) ?? Oh.. terkini hal private bill RUU EKJS yang JAKIM boleh bawak tak payah PAS sibuk pun. Yer aih, PAS nak jugak tujuk demer ada buat koje pasai hudud ni ..see they have some progress, like 1 poster ere wrote aformentioned!

    Precedent - earlier event or action that is regarded as an example - THAT is pretty much welcome bro, preceding in FACTS ...TAPI, NOT to TODAYS' PAS PRESIDENT lemah lembut & tegas tak bertempat !! Who wannabe a lead just lead accordingly ... JANGAN leas to more farces !! That's pure stupid who dunno what presidency is of great responsibility and consequence in (Islamic) politics !!

    aye we can all "Go to hell" IF taking the wrong steps of presidency or we're even ill-advised to such 'perscription' ! mark my word !

    ReplyDelete
  18. W'salam Hanz

    Alhamdulillah Pak Din baik dan sihat. Harapkan Hanz juga baik dan berjaya dalam hidup...hahaa...jangan tertipu hiudp-hidup!

    Apa yang Pak Din nampak.....Presideng yang baran dan tak makan nasihat kerana ilmu agama yang tinggi......bawa ikut kepala sendiri!

    ReplyDelete
  19. AL TOLOL apa sudah jadi ????

    BERSIH4 tak datang sibuk tangkap belukang dengan SERBAN kot.

    Kepala Otak!!!!!!

    Elaun MP tak pulak lupa nak mentedarah.

    Ber terima kasih pada CINA lah dapat gaji elaun walau malas bodoh tahap TOLOL

    ReplyDelete
  20. Korang2 di atas gunalah bahasa sekasar manapun.. Bersih 4 telah membuktikan apabila TGHH bagi arahan jgn dikerah ahli2 PAS turun .. apa jadi? Bukan sahaja ahli2 PAS malah org2 melayu yg tidak berparti pun tak turun Bersih 4.. Cuba bayangkan hanya 10% melayu yg sokong PKR dan GHB.. yg lain 90% cina beb.. so aku tak heran pun bahasa kesat yg korang guna.. tak da nilai di hati melayu 90%..

    ReplyDelete
  21. Heya! I know this is somewhat off-topic however I had to ask.
    Does building a well-established blog such as yours require a massive amount work?
    I'm completely new to blogging but I do write in my journal
    every day. I'd like to start a blog so I can share my experience and views
    online. Please let me know if you have any kind of
    suggestions or tips for brand new aspiring bloggers.
    Thankyou!

    my blog post Fashion Story Country Girl Cheats

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa