Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 30, 2015

Ini masanya...........

Masa untuk tamatkan politik perkauman yang memecahbelah rakyat 
12:30PM Ogos 29 2015
oleh MF Kamaruddin

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau orang Melayu dahulu berbanding rakyat Malaysia.
Dalam bulan Februari, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu Datuk Ismail Sabri Yaakob menggesa orang-orang Melayu memboikot peniaga berbangsa Cina yang menaikkan harga barangan mereka.
Pergaduhan yang tercetus akibat kecurian telepon pintar di Plaza Low Yat Bukit Bintang baru-baru ini bertukar menjadi isu perkauman di laman media sosial.
Tindakan afirmatik berasaskan kaum terus menjadi mercu tanda kerajaan Malaysia di dalam mengubah struktur masyarakat.
Kepada dunia luar, masalah hubungan kaum telah bertukar menjadi isu serius. Sebaliknya di Malaysia, kita menyaksikan kepelbagaian agama penduduk berbilang bangsa.
Kita meraikan pelbagai perayaan termasuk Hari Raya, Deepavali serta Tahun Baru Cina dengan mengunjungi kediaman rakan dan taulan. Penduduk Malaysia juga gemarkan hidangan makanan yang disajikan dari komuniti berbeza.
Namun di sebalik semua ini, kita sedar terdapat jurang perbezaan budaya di kalangan kita. Pemahaman kita tentang keharmonian budaya sebenarnya jauh berbeza.
Focusweek berbual dengan dua individu – seorang yang mewakili penduduk Melayu dan seorang lagi mewakili bukan Melayu – bagi mengetahui pandangan mereka.
Abdullah Zaik Abdul Rahman – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
Perpaduan Malaysia tercabar oleh golongan elit tamak dan permainan politik mereka. Kontrak sosial kita diketepikan ahli politik yang bersaing bagi mendapat kelebihan.
Kontrak sosial ini menjadi asas toleransi agama dan kaum selama lebih 50 tahun. Bagaimanapun, asas ini dihenyak setiap hari di bawah prinsip liberalisme yang didokong ahli politik moden.
Sistem politik Malaysia pada tahap paling lemah dengan konflik dalaman dirasai semua parti politik. Kepimpinan bertarung setiap hari bagi survival politik, dengan mengenepi keselesaan rakyat.
Konflik ini telah melumpuh pengaruh kepimpinan negara, dan menghadkan kebolehan mereka menyekat ekstremis perkauman dan sikap prejudis di dalam masyarakat.
Dalam jangka panjang, rakyat akan merana.
Bagi memupuk perpaduan, amat mustahak agar semua bangsa jujur sesama sendiri. Kejujuran di sini bermakna jangan berahsia dengan kaum dan penganut agama lain.
Kita hanya mampu mencapai perpaduan sekiranya faham sesama sendiri. Oleh itu, kejujuran amat penting bagi setiap bangsa, agar memahami antara lain. Sikap berahsia tidak membantu kita saling memahami.
Islamofobia merupakan contoh kejayaan liberalis mengurangkan kuasa agama. Di bawah pemimpin berniat jahat, liberalisme dapat terus bertapak.
Malang sekali rakyat tidak sedar mereka di bawah pengaruh liberalis, dan bertarung hanya bagi survival sendiri.
Isma merupakan NGO yang terlibat dengan aktiviti bagi menyebar Islam. Ia bekerja rapat dengan orang-orang Melayu dan umat Islam.
Sevan Doraisamy – pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Perpaduan nasional terbentuk dalam dua keadaan, dari atas ke bawah, dan bawah ke atas. Dalam kontek ini, atas ke bawah bermakna dari dasar kerajaan dan undang-undang bagi memastikan perpaduan.
Kewujudan parti politik berasaskan perkauman tidak membantu ke arah ini.
Parti politik perkauman tidak boleh wujud kerana ahli parlimen perlu berkhidmat bagi segenap lapisan masyarakat.
Konsep dari bawah ke atas pula bermakna, pendekatan kehidupan bermula di rumah. Ibubapa contohnya, perlu memupuk perpaduan dan persefahaman di kalangan penduduk berbilang bangsa dan agama.
Semasa kecil, saya dihantar kepada pengasuh Melayu. Pada masa itu, sikap prejudis dan bias agama tidak wujud walaupun kita di dalam masyarakat majmuk.
Hak istimewa bumiputera sebenarnya hanya dinikmati segelintir golongan elit. Ia tidak memupuk perpaduan. Malah orang Melayu juga mempersoalnya.
Kita perlu pendekatan berasakan keperluan. Rakyat dari golongan miskin perlu diberi perhatian dan ia perlu perubahan dasar. Tindakan afirmatif amat penting mengurangkan jurang antara yang miskin dan yang kaya.
Liberalisme memberi maksud berbeza dan rakyat menggunakan label sesuka hari.
Ada berpendapat liberalisme bermakna membuka pintu kepada Barat, tetapi janga lupa, liberalisme juga bermakna berjuang bagi kebebasan rakyat.
Ini termasuk berjuang bagi kebebasan bersuara dan menikmati hak yang tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Suaram suatu NGO yang menumpulan hak asas dan isu persekitaran.
Isma dan Suaram berbeza pandangan tentang pelbagai isu termasuk perpaduan nasional.
Namun adakalanya kami sependapat.
Kami percaya politik berperana utama di dalam menyatukan rakyat. Kami percaya politik perkauman memecahbelah rakyat.
Ahli politik perlu guna peluang mewakili rakyat mempromosi budaya dan keharmonian bangsa.
Amat mustahak bersikap jujur. Paling utama, kita perlu saling memahami bangsa dan agama masing-masing.
Rencana penuh disiarkan Focusweek keluaran 8-14 Ogos 2015. Sila layari www.focusweek.my

3 comments:

  1. Abe

    Kalau tanya Presiden Isma, baik tanya Bereheng Ali. 2 × 5 jah

    ReplyDelete
  2. Politik perkauman sudah lama dirobohkan oleh TGFN dan TGNA, tembok perkauman diruntuhkan tanpa kawalan sehingga kaum lain dengan mudah memonopoli kepercayaan beragama, boleh saja tamatkan politik perkauman tetapi mereka tidak boleh menamatkan atau memisahkan agama dari politik. Bukan Islam berpolitik tanpa batas dan tidak melibatkan kepercayaan beragama, melayu Islam berpolitik wajib meletakkan hukum-hukum Islam dihadapan ketika berpolitik walaupun bukan Islam membantah. Berpolitik tanpa mengira batasan kaum adalah sesuatu yang amat berharga tetapi apabila berpoltik tanpa mengira batas agama itu adalah satu kesilapan yang amat merugikan melayu dan Islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. Kenapa melayu hanya 30% drp 200 ribu peserta demo kali ini?
    Sbb melayu takut dgn ancaman undang2 yg diberitahu oleh zahid pd hari jumaat lepas.
    Sbb awal2 kaki tangan kerajaan dah kena amaran tidak boleh hadir. Sapa hadir akan diambil tindakan.
    Di universiti juga sama, sapa turut serta akan diambil tindakan.
    Budaya ugutan menjadikan melayu bangsa penakut dan lemah gemalai.

    Tapi hari ini (ahad 30 ogos) keadaan mungkin berubah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa