Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 30, 2017

Mengapa Saya Katakan Ia Tindakan Biadab?

Salahguna Nama Saidatina Khadijah Dalam Program JELAS Anjuran Sayap Wanita Parti Politik Agama : Mengapa Saya Katakan Ia Tindakan Biadab.

1. Ia secara jelas menyalahgunakan nama salah seorang daripada Ummahatul Mukminin (Isteri-Isteri Nabi Saw yang juga digelar sebagai Ibu Kepada Orang-Orang Yang Beriman) iaitu *Saidatina Khadijah (r.a)*untuk tujuan kepentingan politik kepartaian yang sempit.

2. Bila disebut atau dinamakan program *Jelajah Saidatina Khadijah*, daripada sudut bahasanya ia menggambarkan jelajah siapa sebenarnya? Siapa yang dimaksudkan sebagai Saidatina Khadijah di situ? Siapa yang menjadi Saidatina Khadijah atau barangkali merasakan diri mereka setaraf dengan Saidatina Khadijah dalam jelajah tersebut yang difahamkan dibuat ke seluruh negara?

Memandang ke hadapan, bolehkah nanti akan ada pula  yang memberikan nama program mereka *Jelajah RasululLah Saw* atau *Jelajah Muhammad Saw*??

3. Sebagai hujjah perbandingan, penyalahgunaan gelaran *First Lady Of Malaysia (FLOM)* oleh Rosmah Mansor misalnya pun, rakyat sangat berasa sensitif dan terhina atas rasa  penghormatan dan kasih kita kepada Seri Paduka Baginda Permaisuri Agung, apatah lagi salahguna nama *Saidatina Khadijah* isteri kesayangan baginda saw. Atau mereka mahu mengatakan bahawa yang disebut *Saidatina Khadijah* dalam program ini adalah nama seseorang individu lain?

4. Bagi saya, siapa yang tidak merasa perkara ini sebagai sensitif, hakikatnya menzahirkan hilang rasa hormat dan cintanya kepada nabi saw yang sebenar-benarnya. Yang ada cuma sesuka hati mempergunakan agama, bersifat selektif dalam melahirkan sikap prihatin mereka terhadap nabi saw dan isteri-isteri baginda saw.

5. Ada yang cuba menjustifikasikan tindakan salahguna mereka terhadap nama Saidatina Khadijah ini dengan percubaan menyamakan nama program tersebut seperti *Jejak Rasul* contohnya. Hakikatnya, ini tidak sama. *Jejak Rasul* dalam program tersebut adalah memberi maksud *menyoroti kisah dan sejarah* para rasul, sekaligus lokasi-lokasi sasaran yang dituju pula adalah tempat-tempat bersejarah para anbia. Daripada sudut bahasa dan istilah pun ia tidak salah.

6. Ada juga yang cuba menjustifikasikan tindakan kelompok mereka melalui cara menyamakannya dengan penggunaan nama *Muhammad Azhar* misalnya dan ia disimpulkan sebagai tidak salah. Persoalannya, adakah Saidatina Khadijah yang disebut dalam JELAS itu adalah individu lain?

Usaha "pusing" dan "pembodohan" ini adalah 2 perkara yang sama dan kini menjadi tabiat politik mereka.

7. Jika beza ini pun mereka tidak faham malah mahu dan cuba disamakan pula, saya simpulkan inilah antara sikap para pentaksub yang hanya mahu mempertahankan tindakan kelompok mereka sekalipun jelas mereka salah.

8. Dalam isu salahguna nama dan posisi *FLOM*, kita katakan Rosmah Mansor sebagai biadab terhadap Seri Paduka Baginda Permaisuri Agung dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia. Dalam hal salahguna nama Saidatina Khadijah, saya anggap ia  jauh lebih biadab dan satu usaha pembodohan ummat.

9. Jika umno dan lain-lain NGO Melayu contohnya berasa sangat sensitif apabila masyarakat bukan Islam khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin politik PH memetik ayat-ayat Al Quran dalam hujjah mereka, saya percaya tindakan salahguna nama Saidatina Khadijah ini jauh lebih berbahaya.

10. Malahan, salahguna nama siapapun tetap salah dan satu tindakan yang biadab. Apatah lagi bilamana ia terkait dengan salah seorang Ummahatul Mukminin yang kita kasihi dan hormati.

*#RevolusiIntelektual*
*#BerhentiJadiBodoh*

*AIMAN ATHIRAH AL JUNDI*
29 Januari 2017

Sunday, January 29, 2017

Kalau begini, adakah takdir disandarkan?

Jambatan runtuh dirempuh balak
Wartawan Sinar Harian
26 Disember 2014
Penduduk terpaksa berulang alik menggunakan bot selepas jambatan yang menghubungkan mereka runtuh akibat banjir besar.
Jalan Gua Musang-Jeli terputus hubungan akibat jambatan runtuh di Kampung Pulau Setelu.

GUA MUSANG - Jambatan di Kampung Pulau Setelu di Kilometer 31.5, Jalan  Gua Musang-Jeli runtuh dirempuh puluhan kayu balak yang dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri dalam kejadian banjir, tiga hari lalu.

Berikutan itu, Jalan Gua Musang-Jeli terputus hubungan menyebabkan penduduk antara Kampung Pulau Setelu dan Kampung Star terpaksa berulang-alik menggunakan bot untuk menyeberangi sungai berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang, Selasa lalu iaitu pada hari pertama banjir terburuk melanda seluruh kampung Hulu Kelantan, menyebabkan air sungai berkenaan naik mendadak.

Bagaimanapun, kebanyakan penduduk dan pengguna jalan terbabit menyedari jambatan tersebut runtuh kira-kira jam 6 pagi, semalam, sebaik sahaja banjir surut sepenuhnya.

Dengar dentuman kuat, gegaran

Seorang penduduk Kampung Pulau Setelu, Zulkifli Ab Rahman, 44, berkata, pada hari pertama banjir besar itu, dia terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan merasai gegaran, kemungkinan jambatan tersebut dirempuh berpuluh balak yang dihanyutkan arus deras.

Namun katanya, ketika itu penduduk tidak begitu menghiraukannya kerana masing-masing sibuk untuk berpindah ke pusat pemindahan berikutan rumah ditenggelami banjir.

“Memang ada terdengar dentuman kuat dan ingatkan ia biasa sahaja apabila jambatan dirempuh balak yang dihanyutkan arus deras, tetapi tak sangka pula menyebabkan jambatan terpanjang di kampung kami runtuh.

“Pagi ini (semalam), baru saya bersama penduduk lain dapat melihat dengan lebih dekat keadaan jambatan tersebut sebaik sahaja banjir surut sepenuhnya,” katanya.

Terpaksa tidur dalam kereta

Sementara itu, seorang pengguna Jalan Gua Musang-Jeli, Bakri Kasim, 50, berkata, dia bersama seorang rakannya terperangkap di Kampung Kala selama dua malam hingga terpaksa tidur dalam kereta untuk pulang ke rumah di Kampung Kemubu, Dabong.

Menurutnya yang dalam perjalanan dari bandar ini, dia menjangkakan banjir hanya mengambil masa sehari sahaja untuk surut tetapi sebaliknya berlarutan sehingga tiga hari menyebabkan dia terkandas di Kampung Star pula kerana jambatan runtuh.

“Kami sangka dapat pulang ke rumah pagi ini (semalam) tetapi terpaksa berpatah balik ke bandar ini sementara menunggu banjir surut di Kampung Sungai Sam untuk pulang ke rumah melalui Sungai Sam-Dabong.

“Tidak dapat dijangka bila boleh pulang ke rumah tetapi saya bersyukur isteri bersama anak selamat berpindah ke pusat pemindahan banjir,” katanya.

Kemusnahan bermula dari sini:

Jambatan Pulau Setelu runtuh dirempuh ratusan tan balak
300 penduduk terpaksa guna bot dapat bekalan makanan
AIMUNI TUAN LAH  |  07 Januari 2015 2:00 AM
SEORANG pengguna jalan raya, Hasnah Mohamed menunjukkan jambatan Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan yang runtuh akibat dirempuh balak baru-baru ini.

GUA MUSANG 6 Jan. - Ratusan tan kayu balak yang dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri dikatakan telah merempuh Jambatan Pulau Setelu sehingga runtuh ketika bah kuning melanda negeri ini baru-baru ini.

Jambatan sepanjang 230 meter yang menjadi laluan utama penduduk dari bandar ini ke Jeli itu lenyap sama sekali dan hanya tinggal dua batang ‘tunggul’ di tebing sungai tersebut.

Ekoran kejadian itu, lebih 300 penduduk di Kampung Setelu dan Kampung Star terpaksa bergadai nyawa menaiki perahu pancung menyeberang sungai tersebut untuk mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan.

Seorang penduduk Kampung Pulau Setelu, Muhamad Khalid Mat Zali, 45, berkata, jambatan tersebut menjadi nadi perhubungan utama penduduk untuk ke bandar Gua Musang dan Jelawang, Jeli.

“Saya pun terkejut banjir kali ini melepasi paras jambatan serta mampu meruntuhkan binaan konkrit,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Muhamad Khalid berkata, kebanyakan penduduk yang ingin pulang ke Jeli bagi melawat keluarga yang terlibat dengan banjir juga terkandas di kampung Star apabila jambatan tersebut tidak boleh dilalui.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Muhamad Mohd. Zain, 61, berkata, ada penduduk mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat dan terasa gegaran apabila kayu balak menghentam jambatan tersebut.

“Ketika ini kebanyakan penduduk terpaksa menggunakan perkhidmatan perahu dengan tambang RM3 pergi dan balik untuk menyeberangi Sungai Nenggiri.

“Saya harap kerajaan mengambil tindakan segera bagi membaik pulih jambatan ini,” katanya yang tinggal di kampung tersebut lebih 30 tahun lalu. - sumber


 
 
Gambar dari blog milosuam

Isu kalimah Allah dan Pas

1. Dalam isu kalimah Allah, Pas berbalah dgn gereja. Pemimpin Pas berkeras orang Kristian tak boleh guna kalimah Allah kerana kalimah itu khusus utk orang Islam saja sama ada sebutan atau tulisan. Orang Islam yg setuju kalimah itu diguna oleh gereja dianggap hina Allah oleh Pas.

2. Apabila Khalid Samad dan Mujahid berdialog dgn paderi di gereja, orang Pas hentam mereka berdua. Mereka dikata lebih sayangkan Kristian melebihi Islam. Bahkan Mujahid pernah dituduh sebagai pengedar holy water oleh sebahagian pentaksub Pas.

3. Orang Pas juga baca ayat al-Quran tentang orang Kristian sama sekali tak reda dgn orang Islam dan menganggap orang Kristian musuh Islam sepanjang zaman. Berbaik dengan orang Kristian dikira meredai agama itu dan merestui orang Islam murtad.

4. Banyak lagi sikap ekstrim orang Pas terhadap orang Kristian. Tak percaya, tanyalah uncle Google. Pelbagai pandangan negatif dilempar oleh orang Pas kepada sesiapa saja yg berbaik-baik dgn orang Kristian dan gereja atas alasan jaga orang Islam daripada masuk Krisitian.

5. Tup tup, aku terbaca berita Tuan Ibrahim mengetuai rombongan pergi gereja untuk jelaskan kpd paderi tentang pindaan Ar Yu Yu 355. Aku macam tak percaya dengan apa yg berlaku itu. Sikap Pas dgn gereja dan Kristian berpusing 180 darjah, hanya kerana Ar Yu Yu 355. Aku ulang, kerana Ar Yu Yu 355?

6. Semua orang tahu, Ar Yu Yu 355 adalah agenda Umno utk kekal berkuasa dgn memecahkan pakatan pembangkang. Ar Yu Yu itu bukan utk kepentingan Islam tapi kepentingan kekekalan kuasa Umno. Pas jadi jurucakap Umno dalam hal Ar Yu Yu.

7. Nampaknya, demi kekalkan Umno berkuasa, Pas sanggup buat apa saja termasuk berjumpa paderi di gereja yg suatu ketika dulu mereka kutuk orang lain melakukannya. Demi Umno, mereka sanggup buat kerja yg mereka anggap jual agama jika orang lain melakukannya.

8. Pas pergi gereja bagi aku bukan kerana dakwah Islam, tapi kerana nak tarik gereja utk beri sokongan utk kekalkan Umno dgn menagih sokongan bukan Islam melalui Pas. Mereka pergi gereja demi Umno, bukan demi Islam. Kalau mereka pergi demi Islam, tentulah mereka tidak kutuk orang lain melakukannya suatu ketika dulu.

9. Bagi Pas, dia buat halal, orang lain buat haram. Halaaluna, haraamukum. Kalau orang Pas tak puas hati dgn posting ini, itu hampa punya pasal laaa....!

UST Zol - Zaini Haji Pilus

Saturday, January 28, 2017

Dah kantoi!

SATURDAY, JANUARY 28, 2017

Bongkar penipuan Setiusaha MB Kelantan
Fitnah Terjawab!!!! Alhamdulillah. Saya sudah dapat pengesahan bahawa bucu hujung lidah tanah masjid Al Jauhar yang dimiliki oleh Yayasan Amanah Tok Kenali itu tidak termasuk dengan tanah tapak tugu banjir. Bermakna, tanah tapak tugu adalah di atas rizab jalan.

Nazman Che Iberahim menaik muat status diatas di fesbuknya kelmarin mengesahkan bahawa tapak masjid Al-Jauhar ( seluas 1.1 ekar yang di beli RM300,000.00) adalah melalui dana YATK.

Bahawa tugu Peringatan Banjir 2014 itu tidak termasuk dalam tapak yang dibeli itu. Tugu itu dibina di atas rizab jalan.

Nazman juga mendakwa bahawa Yayasan Amanah Tok Kenali adalah penyelamat tapak masjid Al-Jauhar kerana berjaya memindahmilik tanah tersebut daripada milik seorang non muslim (Cina) dan bertukar milik atas nama Yayasan Amanah Tok Kenali...

"Kenapa marah sangat kerajaan selamatkan tapak masjid? Parti Amanah TIDAK SETUJU Kerajaan Negeri selamatkan MASJID Jauhar?" tempelak Nazman!

Melalui pendedahan Ust Che Ibrahim Mohamed dan Syam Ghaz, terdapat beberapa maklumat yang cuba diselindungi oleh Nazman dan cuba diselewengkan.

1) Nak selamatkan Masjid atau Aset Pas?
Nazman tidak bagi tahu bahawa Markaz Pas dibangunkan diatas bangunan Masjid Jauhar. Signboard MTD Guchil khabarnya baru dicabut pagi kelmarin. Kenapa cabut signboard... cuba nak susup gapo?

Lot 2319 yg didirikan Masjid Jauhar dan Pusat Aktiviti Pas/MTD Pas Guchil oleh Pas Kawasan Kuala Krai sejak thn 1991 adalah seluas 0.331 ekar.

Apakah benar nak selamatkan tapak masjid atau Pusat Aktiviti Pas/MTD Pas Guchil?

2) Nak selamatkan 5 unit kedai oleh Majlis Daerah Kuala Kerai?

Lot 2397 yg didirikan 5 unit kedai oleh Majlis Daerah Kuala Krai semenjak 1995, adalah seluas 0.453 ekar. Kemana perginya wang kutipan sewa kedai tersebut?

Apakah TUGAS TABUNG TOK KENALI MENYELAMATKAN KEDAI YG DIDIRIKAN OLEH MD KUALA KRAI?

3) Tugu Peringatan Banjir 2014 dibina di atas rizab jalan?


Pada 26/1/17, Nazman mendakwa Tugu Peringatan banjir 2014 itu dibina di atas rizab jalan. Tanah itu tidak termasuk dalam tapak yang dibeli.

Kemudian selang sehari saja, pada 27/1/17, Nazman ubah kenyataan bahawa Tugu Peringatan itu dibina diatas Lot 2330!

Bagaimana kerajaan Kelantan boleh bina tugu atas tanah persendirian tersebut?

Nazman sebelum ini beritahu bahawa tugu Peringatan Banjir 2014 itu tidak termasuk dalam tapak yang dibeli dengan dana Tabung Yayasan Tok Kenali.

Soalnya SIAPA yang bayar / beli Lot 2330?

4) Tanah yang dibeli RM300,000.00 itu seluas 1.1 ekar?

Menurut Nazman tanah yang dibeli RM300,00.00 dengan dana Yayasan Amanah Tok Kenali itu luasnya 1.1 ekar.

Tetapi menurut Syam Ghaz, keluasan sebenarnya tapak Tugu Banjir dan Masjid Jauhar tak sampai 1.1 ekar pun.

Adakah pembelian tanah oleh Yayasan Amanah Tok Kenali melibatkan tapak masjid shj atau melibatkan keseluruhan Lot 2397, 2319 dan 2330.?

Lot 2319 luasnya 0.331 ekar , Lot 2397 luasnya 0.453 ekar; menjadikan jumlahnya 0.784 ekar sahaja. Lot 2330 luasnya tidak seluas mana pun (tidak berapa jelas dalam peta) Mana datangnya luas 1.1 ekar itu?

5) Beli hartanah di bawah paras harga pasaran?

Mengikut Nazman harga Pasaran cecah RM1 Juta. Tetapi dijual dengan harga RM300,000 shja. Apa perjanjian sampai boleh diskaun sampai 70% dari harga pasaran?

Lim Guan Eng dan Khir Toya disiasat SPRM kerana beli hartanah dibawah harga pasaran. Maka kerajaan Kelantan pun patut juga disiasat ......macam mana boleh dapat diskaun 70% dari harga pasaran?

Che Ibrahim Mohamed : Pas buat masjid atas tanah cina, pahtu bila tahu tanah tu tanah orang, suruh Tok kenali bayar...jenuh la kalu lagu ni dipanggil untuk menyelamatkan masjid, sedangkan hakikatnya alik atas surau tu markaz Pas

Syam Ghaz : kerajaan negeri guna duit rakyat utk selamatkan aset Pas

Wazalzil Aqdamahum : Duit yayasan tok kenali BUKAN duit parti PIS. Kenapa digunakan untuk menyelamatkan aset PIS? SPRM perlu menjalankan siasatan kemungkinan berlaku wujudnya conflict of interest

Che Ibrahim Mohamed : Nazman Che Iberahim inilah dipanggil memperdagangkan agama bagi tujuan politik. Fakta yg jelas ialah Pas Kawasan Kuala Krai dengan cuai telah membina sebuah bangunan yg terdiri drp surau dan beberapa unit lain bagi tujuan kegiatan Pas dan dinamakan dengan Masjid Jauhar.

Sepatutnya mengikut Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, tanah tersebut sepatutnya diserahkan kepada Maik untuk diwakafkan sebagai tapak masjid, bukannya mengarah YATK membelinya yg jelas bertentangan dengan tujuan dan objektif penubuhan YATK

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 2:00 pm 

Kaitan: ISU PEMBELIAN TANAH UNTUK SELAMATKAN MASJID JAUHAR???

Takkah dia terasa bodoh?

Salleh Keruak perlu semak fakta sebelum jadi jurucakap Najib
Pada 25 Januari 2017
oleh Zamzani Husin
Tindakan UMNO menggunakan media nasional untuk memburuk-burukkan DAP dan pihak pembangkang dengan fakta tidak tepat sehingga disaman berkali-kali bukanlah perkara baharu yang kita dengar.

Oleh itu, sebelum membuka mulut dan menyerang, adalah elok untuk tuan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyemak fakta.

Melalui carian mudah di Google (atau apa sahaja mesin carian) adalah salah untuk mengatakan Saudara Lim Kit Siang sebagai Pengerusi DAP.

Di sini sahaja sudah dua kesalahan fakta, pertama DAP ketika ini hanya mempunyai Pemangku Pengerusi dan kedua ia bukan dijawat oleh Lim Kit Siang sebaliknya Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Kit Siang menjadi Pengerusi DAP dari tahun 1999 hingga 2004 dan kemudiannya diganti oleh mendiang Karpal Singh.

Apa yang dikesalkan, kesalahan ini kemudiannya dipetik oleh agensi berita nasional Bernama dalam artikel berikut http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1323046 daripada sumber asal di laman blog milik Salleh http://sskeruak.blogspot.my/

Adakah Salleh sebenarnya tahu tapi berpura-pura tidak tahu mendakwa Lim Kit Siang sebagai Pengerusi DAP semata-mata ingin menggambarkan kononnya parti itu dikawal oleh Kit Siang sahaja?

Salleh cuba memancing?

Dalam artikel berita yang sama, Salleh dilihat cuba ‘memancing’ Kit Siang supaya menyatakan kesediaan untuk menjadi Ketua Pakatan Harapan menggantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan mengumumkan diri sebagai Perdana Menteri Bayangan sebelum mengajak bosnya, Datuk Seri Najib Razak berdebat.

Ia atas alasan kononnya Kit Siang tidak setaraf dengan Najib yang kini menjawat jawatan Perdana Menteri.

‘Umpan’ ini ditabur selepas DAP dalam kenyataan sebelum ini menegaskan berkali-kali bahawa tetap menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu (PPBM) berjaya menawan Putrajaya kelak.

Sekali lagi, Salleh dilihat begitu naif dengan memasang ‘umpan’ kepada Kit Siang, satu sosok yang telah berjuang dalam arena politik tempatan hampir setengah abad.

Tidak timbul soal setaraf kerana Kit Siang ternyata gandingan yang kuat sekiranya Najib benar-benar berani berhadapan dengan Ahli Parlimen Gelang Patah itu untuk membincangkan isu semasa yang melanda negara ketika ini.

Persoalannya beranikah Najib? Atau kita terpaksa lagi melihat ‘pahlawan Bugis’ itu menghantar hulubalang lain supaya menjadi jurucakap? 

Kenapa Trump diserang?

 Hishamuddin Rais      25 Jan 2017, 3:48 petang
Minggu lalu saya memperkenalkan siapa Donald Trump Presiden Amerika Syarikat yang ke-45. Penabalan dan majlis angkat sumpah telah selesai. Serangan terhadap Presiden Trump berterusan. Maka kita semua wajib mengetahui apa sebenarnya sedang berlaku di Amerika.

Pencerahan ini penting kerana apa saja dasar yang akan dijalankan oleh Trump dan Amerika pasti akan mempengaruhi arus politik dunia - termasuk Malaysia. Ini kerana Amerika adalah kuasa imperalis - kuasa ekonomi dan kuasa tentera - yang masih belum ada tandingan.

Hakikatnya - Hillary Clinton Puteri Lindungan Wall Street dan primadona kaum liberal Amerika telah dikalahkan oleh kontraktor bangunan yang kaya-raya.

Kemenangan Trump ini memeranjatkan. Ini satu tema politik yang amat baru dalam politik Amerika. Tidak pernah terjadi ‘orang luar’ dapat menerobos masuk ke Rumah Putih. Trump seorang bilionair yang tidak pernah memegang apa-apa jawatan politik kini menjadi Presiden Amerika.

Sebelum Trump menang, serangan telah datang bertalu-talu. Ini serangan pada masa berkempen. Sifatnya mempersoalkan keupayaan Trump mentadbir. Keupayaan Trump menjalankan dasar luar. Intelek dan keupayaan fikrah Trump juga dipersoal.

Media arus perdana turut berkempen memburukkan peribadi Trump. Kejantanan Trump dikatakan kurang terkawal. Media menghebohkan tentang syahwat Trump yang selalu menjalar liar.

Trump dikatakan rasis, sexist, anti-Islam dan memiliki fahaman kanan sama saperti Ku Klux Klan. Trump membawa politik kanan yang ektremis. Trump adalah alt-right atau "alternative right" atau "kanan baru".

Kempen memburukan peribadi ini telah meleset. Pengundi tidak terpengaruh dengn CNN, CBS, The Wall Street Journal, The New York Times, Washington Post dan dan dan… malah semua media arus perdana telah meramalkan Trump akan kalah.

Apabila Trump menang, serangan ke atasnya tidak berhenti sebaliknya hanya berlalih bentuk. Skandal seks tidak menjejaskan undi. Kini bukan lagi tentang syawat atau kejantanan Trump. Kali ini kesetian Trump sebagai warga Amerika dipersoalkan.

Apa sebenarnya berlaku

Trump kini dituduh sebagai tali barut Russia. Sebagai ajen Putin. Malah kemenangan Trump dikatakan adalah hasil daripada perancangan licik Vladimir Putin dan para ajen KGB. KGB ialah badan risikan Russia seperti CIA.

Puteri Lindungan Wall Street dikatakan kalah kerana dia disabotaj oleh ajen KGB. Russia melalui para ejen dan perisik bawah tanah menggodam laman portal milik Hillary Clinton.

Surat-surat e-mel Hillary dibocorkan. Pembocoran ini dianggap sebagai sobotaj. Yang membocorkan surat-surat ini ialah Julian Assange dan WikiLeaks.

Mengikut jalan cerita yang dihebohkan oleh media arus perdana, ejen Russia - atas arahan Putin - menggodam e-mel Hillary. Kemudian surat-surat ini telah dihantarkan kepada WikiLeaks. WikiLeaks membocokannya kepada dunia.


Untuk membuktikan Russia dan Putin membuat kerja jahat, "Budak Itam" telah bertindak. Dua minggu sebelum Trump mengangkat sumpah, Obama menghalau keluar dari Amerika 35 orang pegawai diplomat Russia. Ini menguatkan lagi tuduhan yang Trump ini adalah pengkhianat.

Inilah jalan cerita yang sedang diheboh-hebohkan. Amerika dan dunia terus diheboh-hebohkan dengan ‘kisah benar’ ini. Tapi apa sebenarnya berlaku?

Ada satu pekara yang tidak ditimbulkan di sini. Ianya sengaja digelapkan oleh media arus perdana. Perkaranya ialah: apakah isi kandungan e-mel yang dikatakan membuat Hillary gagal menjadi presiden? Apa isi e-mel yang mensabotaj Puteri Lindungan Wall Street?

Media arus perdana menenggelamkan pekara yang penting ini. Mereka sengaja tidak melaporkan secara terperinci sudut ini. Hakikatnya jika pekara ini dibincangkan maka akan dapat dilihat siapa yang betul dan siapa yang bersalah dengan jelas.

E-mel Hillary ini memperlihatkan siapa sebenarnya Puteri Lindungan Wall Street ini. Salah satu surat itu menyatakan bagaimana Bill Clinton mendapat AS$1 juta dari Qatar - sebagai hadiah hari jadi.

Ini jelas rasuah politik walaupun jumlahnya sedikit berbanding RM2.6 bilion yang diterima Najib daripada Tok Arab.

Dari segi politik, surat-surat ini memperlihatkan watak biawak Hillary yang lidah bercabang. Ketika berkempen Hillary menentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tetapi dalam surat-menyurat dia menyatakan sokongan teguh terhadap TPPA.

Salah satu surat yang bocor ialah ucapan Hillary kepada tuan pemilik bank dan para tauke di Wall Street. Melalui ucapan ini Hillary jelas mahu mewakili kepentingan Wall Street.

Sanders ada potensi

Sikap ini diperkuatkan lagi dengan satu lagi surat yang mengandungi ucapan sulit dalam majlis tertutup Hillary kepada syarikat kewangan Goldman Sachs.

Hillary jelas mendahulukan kepentingan pemilik bank daripada kepentingan Joe dan Jane warga Amerika.

Selain dari surat Hillary, ada satu lagi surat yang bocor meledak. Surat ini daripada John Podesta. Mamat ini ialah pengerusi kempen Hillary Clinton Untuk Presiden.

Podesta pernah bekerja sebagai Ketua Pejabat Presiden Bill Clinton dan juga kaunselor Obama.

E-mel Podesta ini membocorkan bagaimana pasukan Hillary merancang untuk menggagalkan bakal calon Bernie Sanders daripada mendapat pencalonan dalam Parti Demokrat.

Antara Hillary dan Sanders, jelas kelihatan Sander lebih popular di kalangan anak muda. Sanders dilihat jujur, konsisten dan berpotensi untuk mengalahkan Trump.

Secara licik Podesta telah merancang dengan undi tipu untuk meminggirkan Sanders. Akhirnya rancangan jahat Podesta berjaya menggelincirkan Sanders daripada dipilih sebagai calon Parti Demokrat.

Apabila e-mel ini bocor dan diketahui umum, Podesta meletak jawatan daripada pasukan Hillary.

Satu e-mel yang amat-amat penting ialah bagaimana Hillary mengakui bahaw Isis dan al-Qaeda bertelur, menentas dan dibesarkan dalam kepok CIA (baca: Amerika).

Tentang Isis dan al-Qaeda ini, media arus perdana Amerika buat-buat tak tahu. Media mereka tidak ambil pot.

Sebenarnya inilah e-mel yang amat penting untuk pencerahan rakyat Amerika dan warga dunia.


Pada ketika ini naratif yang dihebohkan ialah, semua ini adalah perancangan licik Putin dan KGB Russia. Mengikut lojik musuh Trump - Putin telah merancang lama. Tujuan Putin ialah menobatkan seorang presiden Amerika yang tidak melihat Russia sebagai musuh.

Di Washington DC - sama juga seperti di Kuala Lumpur dan ibu kota setiap negara dalam dunia ini - cerita, gosip dan labun politik tidak habis-habis. Ada yang benar dan ada yang dikarang.

Kempen Trump untuk menjadi presiden memiliki gosip yang ‘hot terhot’. Trump memiliki kisah yang panjang.

Kisahnya begini: Pada awal berkempen Jeb Bush - adik kepada George W Bush - telah melanggan perisik - saperti PI Bala - untuk mencari keburukan Trump.

Ketika ini Jeb Bush ingin mencalonkan dirinya sebagai calon Parti Republikan. Ketika separuh jalan, kerja merisik ini dibatalkan oleh Jeb Bush kerana dia tidak mendapat sokongan ramai. Tetapi risikan diteruskan oleh gerombolan anti-Trump yang akhirnya diambil alih oleh pasukan Hillary.

Tujuan risikan ialah mencari maklumat tentang hubungan Trump dengan Russia dan Putin. Kerja ini telah diupahkan kepada seorang bekas ejen MI6 British.

Bekas ejen ini pernah membuat kerja di Russia dan dikatakan memiliki jaringan dan hubungan risikan yang luas di negara itu.

Presiden AS kena kencing

Hasil risikan tentang Trump dan Russia disampaikan kepada Senator John McCain, iaitu susuk dari Parti Republikan. Susuk ini pernah mecalonkan diri untuk menjadi presiden tapi gagal. McCain dan Trump dalam parti yang sama tapi tidak sebulu. Mereka bermusuh. Adalah tepat untuk musuh membocorkan rahsia musuh.

Tetapi setelah membaca laporan risikan ini McCain berasa maklumat ini kurang bukti. Membocorkan kepada media mungkin akan merosakan diri sendiri.

Maka dokumen dipendam tapi terus menjadi ‘ buah mulut’ orang media di Washington DC. Khabar angin kentut dokumen ini bertiup busuk.

Tup tup 10 hari sebelum Trump mengangkat sumpah sebagai presiden ke-45 Amerika, berita meletup. Portal BuzzFeed membocorkan dokumen 35 halaman tentang Trump dan Russia. Ini adalah dokumen yang sama yang lebih awal sampai ke tangan McCain.

Setelah dokumen ini bocor maka media arus pedana yang anti-Trump mengambil kesempatan untuk melapor. Media besar yang anti-Trump ini semuanya berselindung di belakang BuzzFeed.

Mengikut media ini, mereka hanya melaporkan berita yang diberitakan oleh BuzzFeed. Salah benar bukan tanggung jawab mereka.

Malah BuzzFeed sendiri mengakui tidak memiliki bukti yang sahih tentang dokumen ini. Maka terpulanglah kepada pembaca dan warga Amerika untuk menilai kesahihan berita ini.

Salah satu maklumat yang dibocorkan ialah bagaimana Trump pada 2013 datang ke Moscow. Trump dijemput untuk melihat Pertandingan Ratu Cantik Dunia. Trump menginap di sebuah hotel terkemuka di Moscow.

Mengikut dokumen ini, Trump menjemput salah seorang ratu cantik atau pelacur itu datang ke biliknya. Mengikut siasatan bekas ajen MI6 tadi, Minah Cantik Pelacur itu melakukan golden shower kepada Trump.

Untuk yang tidak tahu apa makna golden shower, jangan terperanjat. Maknanya Trump telah meminta Ratu Cantik Pelacur ini terkencing atas badannya. Kena kencing bukan suatu jenayah di Amerika mahu pun di Malaysia.

Apa yang menjadikan golden shower ini kes politik ialah kerana semua babak ini dirakam secara rahsia oleh KGB.

Ada yang teperanjat dan ada yang ketawa apabila membaca berita golden shower ini.

Untuk FBI dan CIA - ini satu pekara yang amat serius dan amat berbahaya. Yang bahaya bukan Minah Pelacur terkencing tetapi yang kena kencing itu telah menjadi presiden Amerika.

Mengikut labun politik musuh Trump, dengan rakaman golden shower ini Russia sedang mengugut Trump. Justeru presiden ke-45 Amerika ini ingin berbaik-baik dengan Russia.

Semenjak 1947, Russia adalah musuh Amerika. Ketika Perang Dingin berlaku Russia dikatakan terus mengancam keselamatan Amerika dan dunia.

Kini politik Amerika dan politik dunia cuba diubah oleh Trump. Maka musuh Trump kini berkumpul dan bersepadu untuk memastikan Trump dipecat.

Sebenarnya siapa dan gerombolan mana yang menjadi musuh Trump? Tunggu minggu hadapan.

Bila drakula menjaga tabung darah...

28 JANUARI 2017
tok perak

*TIDAK kira skala kecil atau skala besar, pengamal rasuah kini mesti panas punggung. Walaupun ada duit berjuta-juta – sama ada dalam bank, atau dalam almari di rumah – tentu mereka tidak lena tidur.

Walaupun ada masa berketul-ketul, rumah besar, kereta mewah, beg tangan dan jam tangan jenama hebat, mesti mereka tidak lalu makan. Mungkin ada yang mula bercakap seorang diri, tanda-tanda awal kesewelan.

Terbukti kini duit dan barang-barang mewah yang mereka miliki secara jijik, lagi haram itu tidak membawa ketenangan, sebaliknya menjadikan mereka dalam keresahan dan ketakutan.

Pasti mereka setiap detik bertanya-tanya dalam debar, bila giliran mereka akan dicekup oleh pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

*ADA pun yang menyebabkan panas punggung, tak lena tidur, tak lalu makan dan bercakap seorang diri itu adalah gara-gara ketegasan yang ditunjukkan SPRM semenjak dua menjak ini.

Seperti mana yang diketahui umum agensi antirasuah itu telah menjaring ikan-ikan besar, termasuk jerung dan jaws dan mengheret bapak rasuah ke muka pengadilan.

Sehari dua ini agensi berkenaan memberi amaran pula kepada ahli politik yang terlibat rasuah. Sepatah kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad: “Tunggu...”

“Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja - tunggu. Kita takkan lepaskan sesiapa yang terlibat,” tegas beliau seperti yang disiarkan media.

Maka, ramailah yang menunggu dalam debaran...

*PERIHAL rasuah dalam kalangan orang politik, siang-siang Umno menegaskan bahawa parti terbesar orang Melayu  itu  tidak  mengamal-kan rasuah.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerima amaran SPRM untuk lebih berjaga-jaga, dan yakin Umno tidak main kotor.

Alkisah sebagai sebuah parti mungkin ada benarnya kata-kata Ku Nan bahawa Umno bersih dari rasuah. Tetapi andaian umum ialah parti yang bersih tidak semestinya ahlinya bersih.

Lebih-lebih lagi sejarah telah membuktikan ada ahli dan pemimpin parti yang telah disahkan mengamalkan politik wang, dan dihukum kerana kesalahan tersebut.

Menggunakan wang untuk menang dalam pemilihan parti sama sahaja dengan rasuah. Semua orang, termasuk SPRM, tahu hakikat ini. Kita hendak tengok siapa jerung dalam Umno akan masuk ke pukat SPRM.

*PERASUAH patut menerima hukuman yang lebih berat, supaya pesalah jenayah ini dapat menjadi pengajaran kepada pihak lain. Demikian menurut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Kata beliau, undang-undang telah memperuntukkan hukuman 20 tahun penjara dan denda lima kali ganda nilai suapan atas kesalahan melibatkan rasuah di negara ini.

“Apa yang jadi kini adalah hakim menjatuhkan hukuman ringan dan tidak melaksanakan tanggungjawab serta tugasnya dengan baik...

“Mahkamah terlalu beri belas ihsan kepada pesalah dengan alasan-alasan diberikan oleh peguam, dan itu tidak wajar,” tegas beliau seperti yang disiarkan media.

Maka semakin panaslah punggung pengamal rasuah yang belum dicekup.

*TANGKAPAN jerung terkini di Felda, seperti yang dilaporkan, lima individu termasuk dua bekas pegawai kanan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Mereka terdiri daripada bekas pegawai kanan bergelar Datuk (Datuk lagi!), bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), pegawai bertugas di luar negara, pegawai yang terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.

Menurut sumber,  penghantaran ikan sturgeon ke Malaysia tidak dapat dilaksanakan berikutan ladang akuakultur masih belum dibina kerana tindakan Jabatan Alam Sekitar menarik balik tapak ca-dangan setelah mendapati ia projek berimpak tinggi.

Pelik, ikan belum diternak, RM47.6 juta duit Felda telah disonglap.

*AKHIR kalam, kalau mengikut tangkapan SPRM sejak sebulan dua ini, jerung dan bapak paus telah membalon duit haram berjumlah RM beratus-ratus juta, mungkin berbilion.

Kalau kita teliti kes-kes yang dibawa ke mahkamah, sebahagian besar terlibat – tidak kira dalam GLC atau korporat – yang melakukan kerja kotor itu ialah orang Melayu beragama Islam. Ini yang orang kata Melayu makan Melayu.

Si kaki balon ini adalah indivi-du-individu berkedudukan tinggi. Mereka diamanahkan menjaga duit rakyat. Tetapi mereka jugalah yang menjahanamkan duit hingga licin.

Dulu ada bidalan: ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Sekarang sudah ada bidalan atau peribahasa baharu: ‘bagaikan drakula menjaga tabung darah’.

Harap-harap SPRM segera menangkap puntianak dan drakula yang mengeringkan tabung darah ini...

Bila siBangang mengutuk: Nampak cerdik tak?

Friday, January 27, 2017
Bila Haji Hadi Kutuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tak Pandang Kiri Kanan..
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Hmm.. entah siapalah yang bagi maklumat yang salah kepada Presiden PAS ni..

Hakikatnya selepas kerajaan Pakatan Rakyat yang kini Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional pada tahun 2008, syiar Islam terus berkembang jauh melebihi ketika Pulau Pinang ditadbir oleh Barisan Nasional dulu.

Bajet hal ehwal agama pernah mencecah sehingga 300% melebihi bajet agama sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh Barisan Nasional dulu hinggakan GERAKAN pernah mengecam secara terbuka pentadbiran Kerajaan Negeri kerana menyalurkan bajuet yang lebih besar berbanding zaman Barisan Nasional dulu.

Pendidikan Islam khususnya Sekolah Agama Rakyat, KAFA, Maahad Tahfiz, Pondok dan TADIS terus dibantu oleh Kerajaan Negeri.

Sehingga kini lebih RM14Juta telah disalurkan untuk membantu institusi-institusi tersebut.

Ijtimak dan Anugerah Al-Hufaz, bulan-bulan Al-Quran, KonvensyenAl-Islam Rahmatun Lil Alamin untuk mengangkat martabat umat Islam diperkenalkan..

Itu semua jawapan YB Dato Abdul Malik Kassim, EXCO Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang kepada dakwaan Haji Hadi.

Jadi apa yang Hj Hadi maksudkan dengan DAP telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam??

Laporan berkaitan..
PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang yang kini bertukar fikiran dan sedia kembali bekerjasama dengan PAS bagi “menyelamatkan” Malaysia daripada menjadi sebahagian daripada negara kleptokrasi global.

Hadi berkata, PAS berpendirian begitu kerana DAP masing menolak Islam dan pembentukan kerajaan Islam sentiasa menjadi teras perjuangan PAS.

Laporan penuh sila baca di SINI
Dalam mengutuk kerajaan negeri Pulau Pinang itu adakah Haji Hadi terlupa bahawa dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada wakil tunggal dari PAS sendiri juga?

YB Dato' Ustaz Mohd Salleh Man adalah ahli politik Malaysia yang berbangsa Melayu dan berugama Islam dari Parti Islam Se-Malaysia atau pun PAS.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh di negeri Pulau Pinang.

Juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP yang dikatakan telah telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang oleh Haji Hadi itu..

Boleh dikatakan segala urusan mengenai Hal Ehwal Islam dalam negeri Pulau Pinang akan melalui ADUN tunggal dari PAS itu..

Jadi siapa sebenarnya yang Haji Hadi maksudkan  telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang ini? - sumber

Alam mistik Haron Din

Mengenang alam mistik Haron Din
JUHAIDI YEAN ABDULLAH - 27 JANUARI 2017
Haron Din

ISNIN lalu (16 Januari), genap empat bulan Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah. Penulis pertama kali berjumpa beliau 34 tahun lalu ialah ketika bertugas di Jabatan Hasil Dalam Negeri, bawah Kementerian Kewangan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Tuan Guru mengadakan kuliah mingguan di surau Blok 8A waktu rehat tengah hari yang dihadiri puluhan staf perkhidmatan awam. Waktu itu, beliau masih pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan giat mengadakan ceramah dan kuliah seluruh negara.

Dalam salah satu kuliahnya pada 1983, penulis terkesan dengan pengisahan beliau berjumpa Rasulullah SAW dalam mimpi. Kali kedua berlaku 10 tahun kemudian, ketika menjadi wartawan di New Straits Times.

Penulis diberi tugas membuat laporan khas mengenai alam roh dan makhluk halus serta sejauh mana penganut pelbagai agama mempercayainya.

Bagi memenuhi keperluan tugas, penulis berjumpa banyak pihak termasuk tokoh agama Islam, sami Hindu dan Buddha, paderi Kristian, penyelidik universiti, doktor perubatan dan pakar jiwa, pengamal perubatan Islam dan orang yang pernah mengalami.

Pelaporan ini tidak memerlukan penulis berjumpa bomoh, pawang, shaman, tukang jampi atau tukang tilik, justeru mereka tidak diwawancara. Untuk memahami alam roh dari perspektif Islam, penulis berjumpa beberapa kali dengan Dr Haron Din di Pusat Darussyifa’ di Bangi.

Antara yang diceritakan termasuk pengalaman mengendali beberapa kes tenat membabitkan kerabat istana, orang kenamaan dan pensyarah universiti akibat gangguan makhluk halus dan santau. Juga pengalamannya ‘berkomunikasi’ dengan makhluk halus

Tuan Guru juga menjemput penulis melihat sendiri pengubatan Islam dijalankan dua muridnya, Ustaz Sani dan Ustaz Salleh. Pada satu malam, penulis menyaksikan mereka mengubati seorang wanita yang mohon diselamatkan daripada gangguan dalaman.

Wanita yang pada mulanya lemah-lembut bertukar menjadi agresif bila pengubatan bermula, bercakap suara garau dan bila diberi minum air mineral yang dibaca ayat-ayat suci, mengeluarkan asap panas dari mulutnya!

Penulis juga teringat kisah Tuan Guru semasa UKM mula dibuka pada 1970-an. Ada sebatang pokok besar yang tidak boleh ditebang walaupun kontraktor telah membersihkan seluruh kawasan universiti yang luas itu. Pekerja dan mesin gergaji terpelanting ketika memotong pokok itu.

Khidmat beliau diminta, lalu dapat dilihatnya begitu banyak ‘makhluk asing’ ketika bermotosikal di situ. Rundingan terpaksa dilakukan dengan ‘kepala makhluk’ yang bermastautin di pokok itu, sehingga akhirnya bersetuju ‘dipindah’ ke tempat lain untuk membolehkan pembinaan UKM dimulakan.

Paling tidak dilupakan ialah kisah di Jambatan Pulau Pinang, yang menyaksikan banyak kes bunuh diri dan kematian akibat kemalangan dalam tahun-tahun awal siap pembinaannya.

Menurut Tuan Guru, beliau dihubungi ketua polis Pulau Pinang dan Kedah untuk membantu mengurangkan statistik kematian sebegitu. Penulis agak tergamam bila diceritakan bagaimana beliau selesaikan masalah itu tanpa perlu ke Pulau Pinang.

Dalam sebuah rumah di Selangor, beliau membaringkan muridnya dan mengeluarkan roh melalui ubun-ubun (atau ‘astro travel’). Roh itu dibawa secara batin ke Jambatan Pulau Pinang, dan melalui perantara ini, Tuan Guru berunding dengan ‘ketua makhluk’ di situ.

Seingat penulis, Tuan Guru menerangkan bahawa kewujudan lembaga yang banyak di situ adalah kerana upacara penyembelihan khinzir yang dibuat oleh kontraktor asing setiap kali fasa pembinaan siap.

Sesudah kontraktor balik negara asal dan sembelihan terhenti, makhluk-makhluk jadi kelaparan darah. Tidak seperti makhluk di UKM, makhluk Jambatan Pulau Pinang tidak mahu berunding. Lalu berlaku pergelutan, yang memerlukan Tuan Guru ‘meniup’ roh muridnya agar jadi besar dan kuat untuk mengalahkan makhluk itu.

Untuk sejenak ketika mendengar cerita Tuan Guru, penulis terpaku dan mungkin mulut pun terbuka. Melihat keadaan ini, beliau nasihatkan penulis berjumpa murid beliau bagi mengesahkan cerita itu. Bila ditanya, beliau meminta penulis ke Tingkat 25 di Menara Mara, Kuala Lumpur untuk jumpa sendiri muridnya itu. Penulis ke sana untuk mendapatkan identitinya. Murid yang dimaksudkan dalam kisah ini ialah Encik Ali Ahmad, ketika itu Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk (kini Tan Sri) Dr Yusof Nor.

* Penulis ialah CEO dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia