Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 30, 2017

Mengapa Saya Katakan Ia Tindakan Biadab?

Salahguna Nama Saidatina Khadijah Dalam Program JELAS Anjuran Sayap Wanita Parti Politik Agama : Mengapa Saya Katakan Ia Tindakan Biadab.

1. Ia secara jelas menyalahgunakan nama salah seorang daripada Ummahatul Mukminin (Isteri-Isteri Nabi Saw yang juga digelar sebagai Ibu Kepada Orang-Orang Yang Beriman) iaitu *Saidatina Khadijah (r.a)*untuk tujuan kepentingan politik kepartaian yang sempit.

2. Bila disebut atau dinamakan program *Jelajah Saidatina Khadijah*, daripada sudut bahasanya ia menggambarkan jelajah siapa sebenarnya? Siapa yang dimaksudkan sebagai Saidatina Khadijah di situ? Siapa yang menjadi Saidatina Khadijah atau barangkali merasakan diri mereka setaraf dengan Saidatina Khadijah dalam jelajah tersebut yang difahamkan dibuat ke seluruh negara?

Memandang ke hadapan, bolehkah nanti akan ada pula  yang memberikan nama program mereka *Jelajah RasululLah Saw* atau *Jelajah Muhammad Saw*??

3. Sebagai hujjah perbandingan, penyalahgunaan gelaran *First Lady Of Malaysia (FLOM)* oleh Rosmah Mansor misalnya pun, rakyat sangat berasa sensitif dan terhina atas rasa  penghormatan dan kasih kita kepada Seri Paduka Baginda Permaisuri Agung, apatah lagi salahguna nama *Saidatina Khadijah* isteri kesayangan baginda saw. Atau mereka mahu mengatakan bahawa yang disebut *Saidatina Khadijah* dalam program ini adalah nama seseorang individu lain?

4. Bagi saya, siapa yang tidak merasa perkara ini sebagai sensitif, hakikatnya menzahirkan hilang rasa hormat dan cintanya kepada nabi saw yang sebenar-benarnya. Yang ada cuma sesuka hati mempergunakan agama, bersifat selektif dalam melahirkan sikap prihatin mereka terhadap nabi saw dan isteri-isteri baginda saw.

5. Ada yang cuba menjustifikasikan tindakan salahguna mereka terhadap nama Saidatina Khadijah ini dengan percubaan menyamakan nama program tersebut seperti *Jejak Rasul* contohnya. Hakikatnya, ini tidak sama. *Jejak Rasul* dalam program tersebut adalah memberi maksud *menyoroti kisah dan sejarah* para rasul, sekaligus lokasi-lokasi sasaran yang dituju pula adalah tempat-tempat bersejarah para anbia. Daripada sudut bahasa dan istilah pun ia tidak salah.

6. Ada juga yang cuba menjustifikasikan tindakan kelompok mereka melalui cara menyamakannya dengan penggunaan nama *Muhammad Azhar* misalnya dan ia disimpulkan sebagai tidak salah. Persoalannya, adakah Saidatina Khadijah yang disebut dalam JELAS itu adalah individu lain?

Usaha "pusing" dan "pembodohan" ini adalah 2 perkara yang sama dan kini menjadi tabiat politik mereka.

7. Jika beza ini pun mereka tidak faham malah mahu dan cuba disamakan pula, saya simpulkan inilah antara sikap para pentaksub yang hanya mahu mempertahankan tindakan kelompok mereka sekalipun jelas mereka salah.

8. Dalam isu salahguna nama dan posisi *FLOM*, kita katakan Rosmah Mansor sebagai biadab terhadap Seri Paduka Baginda Permaisuri Agung dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia. Dalam hal salahguna nama Saidatina Khadijah, saya anggap ia  jauh lebih biadab dan satu usaha pembodohan ummat.

9. Jika umno dan lain-lain NGO Melayu contohnya berasa sangat sensitif apabila masyarakat bukan Islam khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin politik PH memetik ayat-ayat Al Quran dalam hujjah mereka, saya percaya tindakan salahguna nama Saidatina Khadijah ini jauh lebih berbahaya.

10. Malahan, salahguna nama siapapun tetap salah dan satu tindakan yang biadab. Apatah lagi bilamana ia terkait dengan salah seorang Ummahatul Mukminin yang kita kasihi dan hormati.

*#RevolusiIntelektual*
*#BerhentiJadiBodoh*

*AIMAN ATHIRAH AL JUNDI*
29 Januari 2017

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa