Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 30, 2009

Catatan Perjalanan

Semalam jam 7.00 petang 29 Mei 2009 baru sampai balik ke KB dari Penang. Punggah memunggah barangan Adik (anak kedua) sudah selesai. Barang-barang Adik dari rumah sewa mesti dibawa balik kerana sudah tamat pengajian di situ. Barang-barang terakhir habis dipunggah dengan dua kereta (saya dan adik). Bertolak jam 2.00 petang dan tiba di KB jam 6.00 petang agak meletihkan kerana jalanraya sibuk dengan lori dan kereta, maklumlah di Pantai Timur Jumaat adalah hari pertama cuti sekolah.

Ke Penang pada 28 Mei jam 2.00 dari KB dan tiba di Penang 5.40 petang. Rehat dan keluar makan di Puncak Mutiara, Kg. Pelet, melalui Kubang Seman dan Penanti. Nampaknya Penanti memang sedang menanti pengunjung untuk meriahkan suasana. Sunyi macam tidak ada apa-apa. Cuma yang banyak hanyalah poster PKR di kawasan Masjid Kubang Seman. Di tempat lain tidak ada apa-apa. Poster Calon bebas tidak kelihatan. Betul ker Bebas betul-betul nak bertanding? Macam bertanding main-main ajer!

Ada ruginya BN tidak bertanding. Suasana tidak menjadi meriah. Rasanya peratus yang akan keluar mengundi pun akan rendah. Memang bila BN tidak bertanding, penduduk di kawasan itu tidak mendapat bekalan mee segera dan durian runtuh. Kesian!

Tuesday, May 26, 2009

Duit

Ramai manusia berpendapat "Duit atau Wang" adalah segala-galanya. Tidak kurang manusia menjadi gila kerana duit. Manusia menjadi Penjenayah dengan merompak, membunuh, mencuri, pecah amanah, menipu, rasuah dan sekarang meragut semata-mata kerana duit. Tidak kurang juga manusia yang hilang nyawa kerana mempertahankannya. Tidak sedikit juga manusia yang kempunankan kuasa dan gila kuasa semata-mata kerana kuasa memberikannya duit. Dunia mereka akan menjadi kelabu dan hilang harga diri kerana duit. Itu bagi manusia yang ber"Tuhan"kan duit.

Tapi sedarkah kita yang orang-orang yang tidak memandang duit sebagai tuhan pun melakukan pembohongan kerana duit? Menidakkan rezki Allah kerana duit? Tidak bersyukur? Ramai di kalangan kita sebenarnya berdosa dan menjadi pembohong kerana duit.

Pernahkah kita bila isteri meminta sesuatu yang pada fikiran isteri kita, kita mempu membelikannya tetapi kita kata tidak ada duit? Walhal sebenarnya bukan tidak ada duit tetapi tidak cukup duit untuk itu. Kita juga berbohong bila anak minta yuran dengan mengatakan tidak ada duit tetapi sebenarnya duit kita ada tetapi kerana keperluan lain perlu dilangsaikan, kita akan berkata Papa tak ada duit hari ini.

Pendek kata perkataan "Aku tidak ada duit". "Aku tidak ada duit". "Aku tidak ada duit" adalah perkataan yang sentiasa kita keluarkan dari kerongkong kita tanpa sedar yang sebenarnya kita berbohong dan menidakkan pemberian Tuhan. Kita bukan sebenar-benarnya tidak ada duit tetapi hanyalah duit yang kita ada tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak kita. Maka jadilah kita manusia yang tidak tahu bersyukur tanpa kita sedari!

Monday, May 25, 2009

Perjuangan Yang Kita Terlepas Pandang

Dalam kita sibuk dengan politik dan perjuangan di dalam negara, kita alpa atau mungkin terlepas pandang perjuangan saudara-saudara kita di tempat-tempat lain yang lebih perit dan memerlukan bukan sahaja akal dan harta tatapi juga darah dan nyawa. Kerana Allah dan negara mereka korbankan segala-galanya.

Kalau keadaan begini menimpa kita, mampukah kita? Di bawah adalah cerita perjuangan manusia lain yang bergelar Islam dan sedang bergelut di atas nama Jihad.

Our brothers the Naibs (deputies) of the Combined Province of KBK, Emir Abu Muhammad (Musa Mukozhev), Emir Hamza (Marat Guliyev) and brother Khasan Sizhazhev became Shuhada (Martyrs), inshaAllah by the mercy of Allah on 10 May 2009.

Gambar bawah : Assyahid Emir Abu Muhammad (Musa Mukozhev)

Combat actions in two Provinces of the Caucasus Emirate - Nokhchicho (Ichkeria) and G1alg1ayche (Ingushetia) intensify.

Invaders are using aircraft and heavy artillery. Kavkaz Center's reported about a firefight near the village of Chishki, which took place 2 days ago. The exact data on results of fighting did not report.

According to sources in Nazran city, 15 local residents were arrested early in morning of Saturday in Yandare village of Ingushetia. 5 assault rifles, 10 chargers and 6 pistols were seized from the detainees. Who these people are and where they going have not been reported. The infidels declared them "militants".

The clashes are taking place in Nozhai-Yurt, Vedeno, Shatoi, Urus-Martan, Achkhoi-Martan districts, as well as in the vicinity of villages Artshty, Dattyh, Upper and Lower Alkun of Sunzha district of G1alg1ayche Province.

Baca seterusnya

Saturday, May 23, 2009

Tahniah

Tahniah kepada YAB Dr. Zambry kerana berjaya memenangi kerusi MB Perak melalui Mahkamah. Sekurang-kurangnya rakyat Perak mendapat seorang MB yang sah dari segi undang-undang yang diperakui oleh Mahkamah Rayuan. Semuga dengan itu pentadbiran dan urusan rakyat perak tidak lagi berada di dalam ketidak pastian. Tahniah juga kepada Rakyat Perak kerana mendapat seorang MB baru.

Bagi YB Nizar, syabas saya ucapkan. Paling tidak beliau telah berjaya menyerlahkan kemampuan dan credibility Mahkamah Rayuan sebagai Mahkamah rujukan di negara ini untuk mendapatkan keadilan. Apa pun itu bergantung kepada justifikasi dan persepsi masing-masing. YB Nizar mesti menerima hakikat keputusan Mahkamah Rayuan kerana YB Nizar sendiri yang memilih gelanggang itu. Sama ada rakyat berpuas hati atau tidak, keputusan itu terpaksa di telan juga.

Bagi DUN pula tidak payahlah lagi mengusulkan undi tidak percaya kepada YB Nizar kerana Mahkamah Rayuan telah menggugurkan kepercayaan itu daripada YB Nizar bagi pihak ADUN BN. Tentang persidangan 7 Mei dan pengguguran Speaker YB Sivakumar sah atau tidak bukanlah bidang saya nak perkatakan di dalam dunia yang serba boleh ini begitu juga dari segi prinsip dan maruah.

Bagi YB Nizar pula sekiranya beliau masih mahu memilih gelanggang sama beliau masih boleh dan berpeluang untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan pula. Sekiranya beliau berpuas hati beliau boleh terus berada di DUN Perak sebagai Ketua Pembangkang sekiranya dipilih oleh ADUN PR. Apa pun tindakan selepas ini saya percaya semua yang bertangungjawab akan mengutamakan Rakyat dan Negeri Perak.

Wednesday, May 20, 2009

Bangang dan Bengang

"Oh, patient Dr. *** tak payah buat temujanji untuk rawatan seterusnya, Dr. *** akan call sendiri patient dia". Itulah perkataan yang membuat saya dan isteri bengang.

Sejak jam 10.00 pagi saya menemani isteri untuk satu pemeriksaan Doktor Pakar berkaitan isteri dibimbangi menghidap satu penyakit yang cukup bahaya bagi perempuan. Kami menunggu di ruang menunggu Bahagian Pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dengan temujanji dibuat sebelumnya dengan seorang Doktor Pakar dalam bidang berkaitan. Lebih kurang setengah jam menunggu isteri dipanggil masuk ke bilik rawatan untuk diperiksa dan diambil sample tissue.

Setengah jam kemudian isteri saya keluar dan terus ke kaunter untuk menanyakan tarikh temujanji seterusnya setelah diarah oleh Dr. *** yang mengambil kes isteri saya supaya mengambil kad dan menetapkan tarikh temujanji di kaunter. Jururawat di kaunter minta isteri saya menunggu kerana kad rawatan belum sampai ke kaunter. Kalau dah siap pihak kaunter akan memanggil namanya.

Kami duduk kembali di kerusi yang dikhaskan untuk orang ramai menuggu. Saya baca apa yang ada semua surat khabar dan pamphlets yang disisipkan di satu rak di situ. Terlalu lama menunggu saya bangun minta isteri tunggu di situ, saya keluar mengambil kereta yang diletakkan di sebelah selatan perkarangan Stadium yang agak jauh dari situ. Saya ambil kereta dan pusing dua kali sekeliling hospital tapi tidak ada ruang kosong untuk parking. Round kali ke tiga barulah ada satu ruang di pintu hadapan pagar hospital yang juga agak jauh tetapi lebih dekat dari perkarangan stadium. Selepas parking saya berjalan kembali ke tempat isteri sedang menunggu.

Sesampai di ruang menunggu, saya dapati isteri masih lagi melangut di situ. Masih belum dipanggil walau pun saya dapati orang lain ramai yang telah balik hanya tinggal beberapa orang saja lagi. Saya minta isteri tanya di kaunter kenapa lama sangat untuk hanya mendapatkan tarikh temujanji. Setelah ditanya kali ini barulah Jururawat di situ tanya isteri saya dari bilik mana dan doktor mana. Setelah isteri saya jawab doktor mana dan bilik mana, barulah siJururawat berkenaan memberitahu ""Oh, patient Dr. *** tak payah buat temujanji untuk rawatan seterusnya, Dr. *** akan call sendiri patient dia". Bukankah ini yang dinamakan kerja sambil lewa dan melepas batuk di tangga? Menyusahkan orang sakit pada tempat yang tidak sepatutnya. Dengan geram isteri saya membalas "You have done a lousy job. Thank you!" Masa itu jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Nasib baik juga bertanya kali ke dua, kalau tidak tualah kami di situ menunggu.

Nasib baik saya juga mengambil cuti hari ini. Pada mulanya saya malas nak cuti, cadang nak teman sekejap saja dengan berandaian masa pemeriksaan tidak lama. Rupanya perkara sebaliknya yang terjadi. Kalau tidak saya akan termasuk di kalangan kakitangan ponteng kerjalah hari ini. Dahlah nak dapatkan parking susah, layanan begitu pula diterima. Inilah agaknya yang menjadi orang ramai tidak mahu mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan. Sebenarnya saya dan isteri terlalu jarang ke Hospital Kerajaan kecuali disebabkan kes-kes yang dirujukkan oleh Doktor/Hospital Swasta.

Kerana kaunter dikendalikan sibangang maka saya naik bengang! Satu pertanyaan timbul di benak saya, walau pun saya juga adalah Kakitangan Awam "Layakkah semua Kakitangan Awam mendapat bonos?"

Monday, May 18, 2009

Superman

Rupanya besi lebih keras!





Tuesday, May 12, 2009

Nasib Perak

Hai apalah nasib Negeri dan Rakyat Perak.

Pemimpin sudah naik gila. Aku tendang kamu, kamu tendang aku. Aku halau kamu kelmarin, hari ini kamu halau aku. Gantung sana, lantik sini. Aku begini, kamu begitu. Mahkamah ini kata begini, Mahkamah itu kata begitu. Akhirnya rakyat mati kutu!

SiBelatuk kat Putrajaya tu pun dah mula berbunyi.

Tapi bagaimana pula dengan kenyataan ini

Saturday, May 9, 2009

Yit Foong Dihina?

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 8 Mei - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong kesal dengan tindakan wakil rakyat pembangkang yang bukan sahaja menghina kecacatannya tetapi sanggup mengancam memukul beliau.

Malah katanya, seorang wakil rakyat pembangkang telah melemparkan buku Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ke arahnya sebagai tanda amaran selain mereka mengeluarkan kata-kata seperti 'OKU' dan 'Awak tak ada kaki.'

Yit Foong berkata, wakil rakyat yang terdiri daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit bertindak di luar batas kemanusiaan kerana beliau menggunakan kuasa mengambil alih perjalanan sidang DUN.

''Beberapa kali mereka ancam saya. Mereka hina saya sebagai OKU (orang kurang upaya). Memang saya tidak menafikan Speaker berkuasa menentukan perjalanan Dewan. Tetapi apabila (Speaker) tidak menguruskan perjalanan Dewan dengan baik, masa itu, saya mempunyai kuasa untuk mengambil alih.

''Saya bukan menyalahgunakan kuasa atau pun merampas kuasa Speaker. Saya hanya melaksanakan tugas memastikan urusan sidang berjalan lancar," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.

Hadir sama, ADUN Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Chenderoh, Datuk Siti Salmah Mat Jusak; ADUN Kampung Gajah, Dr. Wan Norashikin Noordin dan ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Peraturan tersebut kata Yit Foong, termaktub dalam aturan 36A (1b) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berhubung kuasa Timbalan Yang Dipertua.

Menurut Yit Foong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, sekiranya pembangkang merasakan beliau telah menyalahgunakan kuasa yang ada, mereka berhak membawa perkara itu ke mahkamah.

Menjawab tuduhan seorang wakil rakyat pembangkang bahawa beliau menggunakan semburan lada hitam ketika kekecohan berlaku di dalam Dewan semalam, Yit Foong berkata, pembangkang boleh membuat laporan polis jika mereka mendapati memang benar beliau melakukannya.

Katanya lagi, apa yang berlaku dalam sidang Dewan semalam menunjukkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang lebih mementingkan diri sendiri.

Ditanya sama ada beliau serik menjadi Timbalan Speaker, katanya; ''Jika saya masih diberi kepercayaan untuk jawatan ini, saya akan teruskan."

Ulasan saya :

Yang tidak patut adalah menghina peribadi (tidak ada kaki). Tetapi dalam bab lain, pendiriannya pun memang cacat (tidak ada pendirian). Mengkhianati pengundi yang mengundinya dahulu pula tidakkah ianya juga hina? Menikam kawan dari belakang pun bukankah sama hina? Merampas secara kasar yang bukan haknya pun juga hina. Tapi sehinanya dia lebih hina lagi ialah manusia yang menunggangnya.

Jadi memang dia adalah seorang yang hina dan memang patut dihina. Tidak sepatutnya dia marah bila dia dihina selain dari menghina kecacatan fizikalnya. Kecacatan fizikal adalah takdir, memang tidak boleh dihina.

Saya tengok dan baca apa yang berlaku.

Thursday, May 7, 2009

Perak Demam

GAMBAR CIPLAK
Daripada apa yang saya nampak hanya satu saja ubat yang boleh memulihkan demam Perak iaitu pembubaran DUN. Saya tidak mahu tulis tentang pencabulan Perlembagaan dan Undang-Undang kerana semua orang yang punya otak, tidak buta dan tuli sudah tahu dan sedia maklum.

Walau pun apa keputusan Mahkamah dan walau pun Siva berjaya disingkirkan oleh pelahap-pelahap politik, namun Perak tidak akan kebah dari demam. Pentadbiran tidak akan boleh dijalankan dengan lancar dan berkesan. Persidangan DUN tidak akan selesa dan teratur.

Pembubaran DUN adalah satu-satunya kaedah yang berkesan. Pulangkan hak rakyat Perak!

Aku cuba nak natural tetapi hati aku memberontak setelah pencabulan dan kemungkaran Adab dan Peraturan dilakukan di depan mata. Maaf, saya tidak pernah menggunakan perkataan aku untuk membahasakan diri sebelum ini di dalam percakapan atau penulisan kecuali dengan kawan-kawan yang akrab. Jadi bila saya gunakan di sini, faham-fahamlah...

Apakah mesej yang tersirat bila Tuanku Raja Muda bersalam dengan YB Nizar dan ADUN-ADUN PR dahulu sebelum bersalam dengan ADUN-ADUN BN dan diiringi keberangkatan keluar Dewan pula juga oleh YB Nizar dan Ngeh?

Baca kandungan berita akhbar luar negara di sini

Terima kasih anakanda ISA yang berada di US.

Peristiwa Yang Tiada Siapa Tahu

Pada satu tengahari semasa saya di dalam darjah empat, selepas makan tengahari sebaik pulang dari sekolah, saya panjat pokok Belimbing yang banyak buah kononnya sekadar makan buah dengan cecah garam sementara tunggu jam tiga untuk ke kelas Alqur'an. Sedang asyik menikmati buah belimbing yang masak saya teringat cerita Tarzan yang berjangkit dengan bergayut pada akar dari pokok ke pokok.

Saya bangun dan berdiri di atas dahan belimbing dan saya nampak satu dahan pokok lain yang berhampiran dengan pokok Belimbing. Dahan pokok itu lebih kurang lapan kaki dari dahan yang saya sedang berdiri. Saya fikir saya nak terbang dari dahan tempat saya berdiri dan mencapai dahan pokok yang satu lagi itu. Saya yakin saya boleh capai. Tanpa berlengah, saya melonjakkan badan dan melompat untuk mencapai dahan di hadapan tetapi malang bagi saya apabila saya melonjak, dahan tempat saya berdiri terbuai ke belakang. Jadi momentum dari tujahan saya tadi tidak kuat untuk membolehkan saya mencapai dahan yang saya tuju untuk dipaut. Saya miss dan mencecah hujung jari saja gagal berpaut.

Semasa saya melayang jatuh, saya masih sedar dan ingat tetapi bila jatuh saja ke tanah, dunia sudah gelap. Saya pengsan. Saya hanya tersedar setelah cahaya matahari memancar dari celah daun di waktu petang menyinar terkena ke muka. Sedar-sedar sudah jam lima pada waktu itu, maknanya saya pengsan selama tiga jam di dalam semak bawah pokok dengan tidak ada siapa yang sedar. Saya bangkit dengan kepala masih lagi pening-pening lalat dan badan yang sakit-sakit tetapi tidak ada tulang yang patah atau sendi yang terseliuh. Alhamdulillah, nasib baik.

Saya naik ke rumah dan terus mandi nak hilangkan pening. Tidak ada siapa yang kisah, mungkin semua orang ingat saya baru balik dari kelas Alqur'an tetapi sebenarnya tersembam pengsan di dalam semak!

Saya tidak berani nak cakap kat sesiapa pun takut kena marah. Saya simpan peristiwa itu sehinggalah sekarang saya ceritakan di dalam blog ini. Menjadi Tarzan yang bodoh.

Wednesday, May 6, 2009

Cuba Teka

Cuba teka Auntie berdiri di bawah pokok apa?
Untuk lebih jelas, klik dan besarkan gambar


Pokok ini uncle tanam di tepi rumah

Tuesday, May 5, 2009

Siapa Orang Tua Ini

Pada suatu malam lebih kurang jam 10.00 lebih, beberapa tahun dahulu, saya pulang dari pekan melalui satu lorong yang bertentangan dengan Masjid. Bila saya belok dan memasuki lorong tersebut saya terpandang seorang tua berjubah putih dan berserban berjalan agak perlahan di dalam gelap tanpa lampu. Saya memberhentikan kereta dan mempelawa orang tua itu naik. Niat saya ikhlas untuk menghantar orang tua itu pulang walau pun di mana rumahnya.

Tanpa bercakap sepatah pun orang tua itu naik ke kereta, tutup pintu dan memandang ke muka saya. Saya bertanya dia dari mana dan nak ke mana di malam yang gelap begitu. Orang tua itu cakap yang dia dari masjid dan nak pulang ke rumah. Saya tanya lagi di mana rumahnya. Dia berkata "Anak jalan terus ke dalam kampung sehingga jumpa satu simpang 3". Saya jawab "Baiklah Pakcik, saya akan hantar Pakcik ke sana. Tanpa banyak soal saya terus pandu ikut arahannya, terus ke dalam kampung yang gelap dan sampailah di simpang yang orang tua itu cakap. Dia minta saya berhenti di simpang itu.

Dia kata "Anak tinggalkanlah Pakcik di sini saja. Rumah Pakcik itu dia yang ada cahaya lampu tu" Memang saya nampak sebuah rumah dengan cahaya lampu yang suram. Orang tua itu turun dan mengucapkan terima kasih. Sambil reverse kereta, saya berpesan supaya dia berjalan hati-hati, malam cukup gelap. Sebenarnya saya berhenti dekat tepi rumah yang dikatakannya. Cuma saya bimbang dia tersadung sesuatu dan jatuh. Jadi saya tinggalkan dia di situ tanpa apa-apa perasaan kecuali kesihan dan doakan supaya dia selamat naik ke rumah.

Esok petangnya balik dari kerja, saya saja-saja nak tinjau tempat di mana saya tinggalkan orang tua itu malam tadi. Saya berhenti di simpang dan tinjau sekitarnya. Alamak, dari celah-celah semak saya nampak sebuah rumah lama yang telah roboh dan telah ditumbuhi semak samun!. Saya terus pandu dan saya masuk ke dalam lagi mengikuti salah satu lorong di depan rumah yang roboh itu. Rupanya di hujung lorong itu adalah kubur. Tak ada langsung kelibat atau kesan orang tua yang saya hantar ke sini malam tadi. Saya buat keputusan untuk diamkan saja perkara itu. Nak tanya orang, bimbang pula ditertawakan!

Friday, May 1, 2009

Koleksi Herba Di laman

Tongkat Ali - Semua orang tahu khasiatnya


Mas Secotek - Untuk perempuan
Keterangan di sini


Matejin - Ubat darah tinggi


Tdak tahu nama sebenar
Orang tua panggil "Pokok Panjang Umur"
Sambung Nyawa - Dari Dr. Abdul Wahab Arbain
Kegunaan di sini


Galak Kucing
Bukan kucing jantan saja yang galak, manusia pun..


Misai Kucing - Detox
Keterangan lanjut di sini

Pokoknya

Ulam Raja, ini bunganya - Bukan untuk raja sahaja

Stevia - Bahan pemanis yang dicampur ke dalam
Teh Misai Kucing menggantikan gula

Keterangan lanjut di sini

Stevia di dalam pasu



Pokok Naga
Buahnya lazat dan boleh menyejukkan badan

Keluhan Seorang Sahabat

Kenapa begini jadinya? Seperti yang di persoalkan oleh kota14, ke mana perginya setiakawan yang sama-sama ke satu arah perjuangan? Apakah kita sanggup melupakan kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh mana-mana sahabat di alam cyber ini?

Tepuk dada, tanyalah hati!

Saya paparkan di sini keluhan dan perasaan kesal dari salah seorang dari Bloggers Network terhadap apa yang di alami oleh cucumatkilau "pahangdaily'

kotak14

Thursday, April 30, 2009
madu yang dibuang, sebelum habis sepahnya......

Aku terpanggil untuk menulis kisah ini. Lambang persaudaraan dan persahabatan aku pada seorang sahabat bloggers. Jumaat lepas, heboh di akhbar akhbar utama, kisah seorang pengendali blog "pahangdaily"disaman sebanyak RM 2 juta atas tuduhan fitnah. Saman ini telah dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan. Mangsa kononnya yang diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pada jumaat lepas, aku ada menghubungi rakan rakan bloggers yang lain, apakah bantuan yang perlu diberikan kepada bloggers berkenaan "cucu mat kilau". Sayang seribu kali sayang,rupanya sahabat bloggers yang lain cuma ada kesedaran berpolitik. Tiada kesedaran sosial sama sekali.

Begitu juga sikap para pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain. Terutamanya DSAI sendiri. Seorang bloggers yang membersihkan nama DSAI dilayan seperti seorang pelacur tua yang tidak mahu dibantu sama sekali.

Kemana perginya peguam-peguam PKR di dalam membantu "cucumatkilau". Adakah hati Saiful Izham, Latifah Koya, Shamsul Iskandar telah dibutakan dengan sedikit kemenangan?. Di mana sikap kemanusiaan DSAI dalam membantu "cucu mat kilau?".

Perbualan telefon aku bersama "cucu mat kilau" sebentar tadi menjelaskan segalanya. Memang sah tiada bantuan, sama ada sokongan moral, bantuan Nasihat Guaman tidak ada langsung.

Beginikah sikap seorang peminpin yang langsung memperdulikan nasib seorang yang membela maruah DSAI sendiri?.

Begitu juga sikap para sahabat bloggers yang lain. Sehingga posting ini ditulis, tiada sokongan dari sahabat bloggers sama sekali.

Buat semua bloggers network, masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh. Di bawah khemah sambil menikmati asap rokok, mee udang dan nasi?. Kita sama sama berjanji, untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

Sayang seribu kali sayang, deklarasi berkenaan kita lupakan. Semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing. Kita mula lupa daratan. Menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamour yang lain.

Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang atas nama parti. Tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

Jika beginilah sikap kita, yang lebih pentingkan tembolok sendiri, majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik, kita para bloggers, pemimpin Pakatan Rakyat membuat pertunjukan sarkis. Menjadi Badut di pentas diketuai DSAI.

Ayuh, buka minda, buka mata hati...seorang rakan kita "cucumatkilau" perlukan kita semua di kala ini. Beliau bukan meminta wang ringgit, sebagai pejuang seperti beliau. Pamerkan no akaun di laman blog bukan pilihan. Beliau cuma perlukan sokongan moral.

berkenaan bantuan guaman, biarlah DSAI dan Pakatan Rakyat uruskan.

Minta maaf bang, ni je cara saya nak sedarkan semua manusia betapa pentingnya kesedaran sosial.

matcomot

April 30, 2009 3:54 PM