Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 31, 2017

Tak tahu biji butir pun nak tumpang sekaki ke?

* Jangan nak bohong yang orang PAS tak pernah gunakan mimbar dan kuliah/tazkirah di Masjid untuk bercakap politik!

PAS: Masjid tak sepatutnya dijadikan pentas ceramah politik
mk  -  Hari ini, 6:06 petang
PAS menasihatkan semua pihak terutama ahli parlimen bukan Islam agar tidak menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun orang bukan Islam dibenarkan untuk menziarahi masjid namun pada masa yang sama mereka perlu sopan dan menjaga tatacara dalam masjid.
“Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat bagi saya itu tak jadi masalah...(tapi) tak sepatutnyalah kalau guna untuk (tujuan) politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan dukacita terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim dipetik sebagai berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.

KaitanSivarasa nafi beri ceramah politik di masjid

Adun BN mengaku pakat dengan NGO bidas Sivarasa masuk masjid

Politik "makan keliling" bukan saja di Malaysia rupanya

Politik "makan keliling"
Posted on Wednesday, May 31 @ 08:18:33 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Global
Oleh Haris Zalkapli

Qatar, menurut pemerhati, mengamalkan dasar "omni-balancing" dalam hubungan luarnya, melibatkan usaha mengimbangi persaingan dan kerjasama dengan kuasa-kuasa serantau dan kuasa besar Amerika Syarikat.

Dasar pragmatik ini menyaksikan Doha menjaga hubungan dengan kedua-kedua Arab Saudi dan Iran, berusaha menjatuhkan sekutu Iran di Syria tetapi terus mengekalkan hubungan pada tahap yang baik

Doha menyokong kumpulan pemberontak yang berkepentingan tidak selari dengan AS dan Saudi di Syria, mendukung Ikhwan Muslimin, dan berhubungan baik dengan Hamas, pada masa sama menjadi lokasi pangkalan tentera AS terbesar di Asia Barat.

Sejak lebih sedekad, melalui media al-Jazeera dan ilmuan Dr Yusuf al-Qaradawi yang menjadi instrumen dasar luar yang efektif bagi Doha, Qatar meluaskan pengaruh ke seluruh dunia Arab, kemuncaknya dalam tindakan menjatuhkan Muammar Gaddafi dan penguasaan Ikhwan di Mesir.

Pencapaian dasar luar Qatar yang pantas dan cemerlang sejak 2011 itu kemudian tersekat selepas Emir Hamad bin Khalifa al-Thani turun takhta secara tiba-tiba, dan digantikan anaknya Tamim bin Hamad al-Thani.

Dalam buku Qatar and the Arab Spring oleh Kristian Coates Ulrichsen (Oxford, 2014), dikatakan Tamim berhasrat membawa haluan dasar luar berbeza daripada bapanya, tetapi disekat oleh orang lama yang masih ramai dalam pentadbiran negara.

Perubahan dasar luar Qatar sebenarnya kelihatan agak jelas selepas Tamim ditabal sebagai emir, antaranya dengan kerjasama lebih rapat dengan Arab Saudi. Tetapi sikap terhadap Ikhwan Muslimin masih kekal dan mencetuskan masalah dengan jiran-jiran terutama Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.

Pada 2014, Qaradawi menjadi sasaran Emiriyah, Saudi dan Mesir hingga dikeluarkan waran tangkap terhadap beliau, hasil daripada kenyataan-kenyataan ilmuan itu yang menyebabkan kemarahan Abu Dhabi, Riyadh dan Kaherah.

Doha kelihatan berundur selepas episod itu, tetapi perkembangan terkini menunjukkan dasar luar yang sama masih diteruskan, walaupun dengan sedikit perubahan.

Komentar-komentar keras dalam akhbar berpengaruh berbahasa Inggeris Emiriyah, The National yang mengecam Doha selama empat hari berturut-turut menjelaskan sentimen Abu Dhabi pada masa ini.

Dalam tempoh seminggu, Saudi dan Emiriyah menampakkan keberangan terhadap satu kenyataan emir Qatar, yang menjelaskan bahawa Doha meneruskan dasar mengimbangi semua kuasa serantau, melalui pendirian yang ia tidak perlu mengikut agenda Arab Saudi dan sekutu Teluk lain memusuhi Iran.

Selepas pencapaian dasar luarnya disekat beberapa tahun lalu, nampaknya Qatar kini bersedia untuk meneruskan dasar luarnya yang agresif, mengutamakan kepentingannya sendiri berbanding pertimbangan lain, walaupun menjejaskan hubungan dengan kuasa serantau.

Siapa yang lebih baik?

Muslim korup dan bukan Islam, siapa lebih baik?

May 30, 2017
Bukan sahaja sempit dan songsang serta tidak logik, pandangan Muslim korup lebih baik bertentangan dengan syarak dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah.
KOMEN
Oleh Rozhan Othman
Kebencian boleh menjadi satu fenomena kolektif bila ia dipupuk melalui kepercayaan atau ideologi yang dianuti ramai orang. Apabila ini berlaku, mudahlah golongan itu melakukan tindakan ganas terhadap mereka yang menjadi sasaran kebencian mereka.
Inilah yang berlaku di Jerman di bawah pemerintahan Hitler. Ini juga fenomena yang membolehkan golongan Zionis mengusir dan menindas orang Palestin.
Demikian juga ketika perang di Bosnia Herzegovina. Kebencian kolektif membolehkan askar Serbia membunuh umat Islam Bosnia secara beramai-ramai.
Bibit-bibit fenomena kebencian secara kolektif turut dapat kita lihat di Malaysia.

Ada golongan yang mencanang kebencian untuk menjustifikasi tindakan mereka bercumbuan dengan kelompok yang sebelum ini musuh mereka. Mereka menjadikan “ancaman” golongan bukan Islam sebagai rasional tindakan mereka.
Di antara hujah yang digunakan ialah bahawa Muslim yang korup adalah lebih baik dari orang bukan Islam. Orang Islam dikatakan perlu bersatu sesama Islam walaupun ini bererti menyokong umat Islam yang korup. Secara tidak langsung, ia menjadikan golongan bukan Islam sebagai objek permusuhan.
Apa kata syarak
Adalah wajar sikap ini diteliti daripada kacamata syarak. Adakah benar orang Islam yang korup patut disokong? Dan adakah benar semua orang bukan Islam memusuhi Islam?
Pertama, berkelakuan korup adalah sebahagian daripada fasad yang dibenci Islam. Melakukan fasad ialah lawan kepada islah atau kebaikan dan kebajikan yang dianjurkan Islam.
Terdapat banyak hadis yang mengecam pemimpin yang fasad. Di antaranya:
Abu Ja’la (Ma’qil) bin Jasar r.a berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Tiada seorang yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyat kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya syurga’.” (Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah bersabda: “Ada 2 golongan manusia, bila mereka baik manusia menjadi baik, bila mereka rosak manusia menjadi rosak: mereka adalah ulama dan umara (pemerintah).” (Abu Na’im dalam al-Hulyah).
Abdullah ibn Mubarak juga menyebut: “Golongan yang berkuasa terdiri dari 2 golongan, itu, umara (pemerintah) dan ulama. Bila mereka saleh, manusia akan menjadi saleh. Bila mereka fasad, manusia akan menjadi fasad.”
Daripada dalil di atas, kefasadan bukanlah suatu yang dipandang ringan dalam Islam. Sebaliknya, ia dilihat sebagai satu yang akan membawa kepada kemusnahan yang lebih besar pada ummah.
Dalil di atas juga menunjukkan golongan ulama juga boleh menjadi fasad. Bila kedua-duanya golongan itu iaitu pemimpin dan ulama itu fasad, maka akan musnahlah umat.
Melayu dan tali barut British
Sejarah Tanah Melayu sendiri menunjukkan bagaimana tanah air mudah digadai dan jatuh kepada penjajah apabila pemimpin fasad. Kemasukan British di Perak adalah di atas jemputan pemimpin-pemimpin Melayu sendiri.
Pemimpin Melayu ini mementingkan kedudukan mereka dan sanggup membawa masuk kuasa asing untuk menjamin kedudukan mereka. British tidak perlu membawa angkatan tentera yang besar untuk memasuki Tanah Melayu.
Demikian juga, di antara sebab tercetusnya Perang Saudara Selangor (1867-1874) ialah apabila pemimpin Melayu di Klang memberi hak mengutip cukai kepada 2 orang saudagar Negeri-Negeri Selat, iaitu, W.H. Read dan Tan Kim Cheng (orang asing).
Ini menimbulkan kemarahan pemimpin Melayu lain dan akhirnya mencetuskan perang saudara.
Ketika Perang Naning pula, tentera British ditewaskan oleh orang Naning pada Perang Naning Pertama (1831). Namun, ketika British melancarkan Perang Naning Kedua (1832), mereka mendapatkan sokongan orang Rembau yang diketuai Syed Shaaban. Naning akhirnya tewas selepas digempur tentera sekutu Rembau-British.
Peristiwa di atas menunjukkan, apabila orang Islam dipimpin oleh pemimpin yang tidak beramanah, mementingkan diri dan kedudukan sendiri, dan bersifat fasad, ia akan membawa kepada malapetaka yang lebih besar.
Malah pemimpin sebeginilah yang akhirnya menggadaikan ummat dan kedaulatan tanah air kepada musuh dari luar.
Sejarah Tanah Melayu berkali-kali menunjukkan pemimpin yang fasad akhirnya menyebabkan malapetaka yang lebih besar.
Pandangan bahawa “Muslim yang korup lebih baik daripada bukan Islam” mengandaikan semua orang bukan Islam adalah sama.
Pandangan Nabi tentang bukan Islam
Namun, sikap ini amat bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan amalan Rasulullah.
Al-Quran jelas menyebut golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) itu lebih hampir kepada Islam. Inilah sebabnya Rasulullah telah mengarahkan sebahagian dari sahabat berhijrah ke Habsyah yang dipimpin oleh seorang raja Kristian untuk mendapatkan perlindungan.
Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda mengupah Abdullah ibn Urayqit, seorang bukan Islam, sebagai malim untuk membawa baginda dan Abu Bakr ke Madinah.
Hijrah merupakan saat yang getir pada Rasulullah. Baginda diburu oleh orang Quraisy yang berazam untuk membunuh beliau.
Nyata di sini, Rasulullah menganggap terdapat kalangan orang bukan Islam yang amanah dan boleh dipercayai.
Sekiranya baginda menganggap semua orang bukan Islam sebagai jahat dan tidak boleh dipercayai, sudah tentu baginda tidak akan meminta Abdullah ibn Urayqit bertindak sebagai malim dalam perjalanannya.
Demikian juga, hadis mengiktiraf terdapat sifat baik pada orang bukan Islam.
Dalam sebuah hadis, Nabi menyebut, “Yang terbaik di kalangan kamu semasa jahiliyyah adalah yang terbaik dikalangan kamu semasa Islam” (Riwayat Muslim).
Suatu kepincangan yang terdapat pada pandangan bahawa “Muslim yang korup lebih baik daripada bukan Islam” ialah ia mendikotomikan sikap yang harus kita pegang.
Ia menyempitkan pilihan kita kepada sama ada menerima Muslim yang korup atau dikuasai oleh bukan Islam yang memusuhi Islam. Ini adalah pandangan yang sempit dan songsang serta tidak logikal. Ia juga sangat bertentangan dengan syarak dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah.
Madinah di bawah Nabi
Contoh kepimpinan Rasullah di Madinah jelas menunjukkan sikap yang adil serta inklusif serta menggambarkan sifat Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam dan menekankan islah dan pembinaan sifat saleh.
Golongan bukan Islam di Madinah, iaitu Yahudi, Kristian dan penyembah berhala, diberi hak dan perlindungan yang sama.
Rasulullah boleh saja menggunakan kedudukan baginda untuk menindas golongan bukan Islam di Madinah. Baginda boleh saja mencetus kebencian terhadap mereka dan seterusnya mengusir mereka.
Namun, itu tidak berlaku kerana ia bukanlah jalan islah, rahmah dan berhikmah yang dikehendaki Islam.
Malah Rasulullah menandatangani piagam Madinah meminta semua warga Madinah untuk sama-sama membangun dan mempertahankan Madinah. Hanya suku-suku Yahudi yang mengkhianati Madinah setelah memungkiri piagam Madianah ketika perang Khandaq yang diusir dari Madinah.
Hubungan di antara umat Islam di Madinah dan golongan bukan Islam di Madinah berjalan sangat baik. Dengan itu juga menarik ramai orang bukan Islam untuk mengenali Islam dan akhirnya ramai yang memeluk agama Islam.
Malah terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan golongan Islam dan bukan Islam saling mengundang di antara mereka ke majlis jamuan.
Rasulullah sendiri mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang pemuda Yahudi. Baginda mengambilnya bekerja sebagai pembantu untuk tugas-tugas di rumah baginda.
Ketika Perang Khandaq, semua penduduk Madinah, Islam dan bukan Islam, kecuali suku Yahudi Bani Qurayzah, sama-sama mempertahankan Madinah daripada serangan tentera bersekutu yang dipimpin Quraisy. Inilah sifat masyarakat Islam yang dibina Rasulullah.
Ulama fasad
Selain mengecam pemimpin yang fasad, Islam juga menolak ulama yang fasad. Bila ulama mengiyakan pemimpin yang fasad, mereka telah sama-sama terjerumus dalam kefasadan.
Rasulullah memberi amaran dalam sebuah hadis: “Akan terdapat para pemerintah yang fasik dan zalim. Maka sesiapa yang mengiyakan pendustaan mereka itu dan menolong mereka melakukan kezaliman dia bukanlah dari kalanganku.” (Ahmad, al-Nasa’i dan al-Tirmizi).
Pandangan bahawa Muslim yang korup lebih baik daripada bukan Islam merbahaya dan menyimpang daripada ajaran Islam. Ia juga merbahaya kerana ia mempergunakan Islam untuk tujuan muslihat politik.
Adalah salah dan menyeleweng menggunakan Islam untuk menjustifkasi tindakan para agamawan bersekongkol bersama pemimpin yang korup dan fasad. Pandangan ini juga memberi gambaran seolah Islam dan bukan Islam tidak boleh bersama secara harmoni.
Apatah lagi bila pandangan ini digunakan secara selektif untuk menjembalangkan golongan bukan Islam tertentu yang dilihat sebagai saingan politik sahaja.
* Dr Rozhan Othman seorang pembaca FMT.

Warga Asing buat onar di KB: 2 maut ditembak polis dan 2 diberkas

Dua penjenayah warga asing maut ditembak polis di Kota Bharu
Muhafandi Muhamad, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 31, 2017 07:25 MYT
Empat penjenayah itu dipercayai terbabit dengan kes samun bank dan memiliki lapan rekod lampau serta dikehendaki polis. - Foto Astro AWANI

KOTA BHARU: Dua lelaki warga asing maut ditembak polis dalam kejadian tembak-menembak di Jalan Salor Baru, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.05 malam itu, empat penjenayah yang menaiki kereta jenis Proton Wira dikatakan terserempak dengan pasukan polis di Wakaf Che Yeh sebelum bertindak memecut kenderaan mereka.

Kenderaan itu kemudiannya memasuki sebatang lorong dan berlaku kejadian berbalas tembakan sebelum dua daripada mereka ditembak mati, manakala dua lagi berjaya diberkas.

Empat penjenayah itu dipercayai terbabit dengan kes samun bank dan memiliki lapan rekod lampau serta dikehendaki polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman memaklumkan siasatan lanjut akan dijalankan.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.

Bukan hanya poltik yang celaru, bola sepak pun tunggang terbalik!

Batalkan Pemindahan Ghaddar Jika Kafa Belum Cukup Syarat
mStar - Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 5:12 PM
KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar) meminta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) membatalkan pemindahan bekas pemain importnya, Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) memandangkan persatuan itu masih ''gagal'' memenuhi syarat-yarat ditetapkan badan tersebut.

Annuar berkata langkah itu harus diambil memandangkan FMLLP terus mengenakan pelbagai syarat yang dilihatnya sebagai cubaan untuk menggagalkan usaha KAFA membawa masuk seorang lagi pemain import baharu Kelantan, Syedi L Imam bagi menggantikan Alessandro Padovani Celin yang kurang cergas ketika ini.

"Semalam mereka beri alasan hasil perpindahan (Ghaddar) tak dibelanja untuk selesai ''masalah'' tanpa mereka siasat terlebih dahulu. Hari ini lain pula ceritanya...kerana tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pula.

"Sekiranya (ada) sekatan yang belum KAFA lepas, sila batalkan perpindahan Ghaddar kerana undang-undang mesti jelas dan konsisten," katanya menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, FMLLP dilaporkan bertegas tidak akan meluluskan pendaftaran Syedi berikutan badan itu hanya menerima satu surat permohonan daripada KAFA untuk seorang sahaja pemain luar negara yang ingin didaftarkan bagi menyertai pasukan itu.

Malah pemain itu tidak boleh diluluskan pendaftarannya untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan berikutan isu-isu yang dihadapi persatuan tersebut berkaitan pembayaran tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan.

Annuar berkata FMLLP sebelum ini turut memberi alasan tindakan menyekat penyertaan Syedi ke dalam pasukan Kelantan turut membabitkan isu tunggakan gaji dan pendaftaran pemain hanya boleh dibenarkan jika ia tidak melibatkan kos tambahan.

Beliau turut mempersoalkan jika FMLLP boleh menggunakan ''budi bicara'' terhadap persatuan tertentu, mengapa badan itu tidak boleh menggunakan pendekatan sama terhadap Kelantan.

Katanya FMLLP mesti didisiplinkan jika masih gagal memberi sebarang penjelasan yang kukuh berhubung kemelut yang berlaku membabitkan KAFA dan badan itu. - Bernama

* FMLLP ni siapa yang tubuh? Nampak lebih berkuasa dari FAM

Di musim pertanyaan dijawab dengan penampar

Pertanyaan di musim penampar
Al-Abror Mohd Yusuf  -  Hari ini, 3:12 petang
ULASAN l Sekarang ini memang musim serba tidak menentu. Di Perlis sana khabarnya musim harumanis sudah tidak macam selalu. Musim hujan dan panasnya dikhabarkan semacam saling merajuk.

Kata seorang anak muda di Kampung Balik Bukit di Chuping, biasanya pada bulan dua cuaca dah panas. Tapi tahun ini ada kawasan masih hujan menyebabkan bunga susah melekat pada dahan. Kata dialah.

Akibatnya pengeluaran di kawasan tertentu berkurangan. Merosot produktiviti bermakna merosot jugalah pendapatan.

Durian pun setakat ini keluarnya nampaknya macam malu-malu. Selain di Chow Kit dan beberapa lokasi lain, susah juga membeli durian pada harga yang berpatutan.

Itulah, sekarang musim serba tak menentu. Kadang-kadang baik dan ramah, tapi silap gaya atau langkah kita mungkin 'makan' penampar juga. Ya sekarang nampak macam musim tempeleng, jerkah atau 'makan kon'.

Satu lagi insiden tidak menentu ialah suasana politik negara. Ketepikan logika jika anda memilih untuk mendekati atau memahami sifir siasah yang berlaku di sekitar kita.

Kadang-kadang bacaan orang awam jarang silap tetapi takrif "benar" itu kemudian dipaksakan maknanya kepada kita oleh ahli politik. Aneh? Memanglah. Ketika amalan politik dan pemilihan wakil rakyat sepatutnya dimaknakan dengan kuasa daripada rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat, siasah negara ini berwajah lain.

Menjelang PRU14

Rakyat hanya menjadi "benar" beberapa hari menjelang hari mengundi. Baki lebih kurang 300 hari yang lain ialah waktu untuk orang biasa atau bawahan mesti mengikut kehendak ahli politik yang mereka pilih pada hari mengundi.

Ia adalah waktu ahli politik dan menteri tahu segala-galanya dan rakyat wajib dikurung di dalam tempurung.
Misalkan tamatnya tahaluf siyasi antara PAS dan PKR. Di mata kebanyakan orang, politik matang ialah politik yang menjaga nama baik dan maruah.

Biarlah kehilangan pangkat, jawatan atau kerusi empuk di dewan undangan negeri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLS). Apa yang lebih penting ialah harga diri.

Sejak kecil, di sekolah, di universiti dan seumpamanya kita diajar bahawa harga diri itu sesuatu yang amat penting.

Namun di sini, seseorang ahli politik yang dipilih melalui kertas undi atau lantikan langsung boleh berbuat sesuka hati atas nama "rakyat" yang serba jahil selama kira-kira 300 hari itu.

Jika ada yang bertanya atau mempertikaikan mereka, jalan keluar biasanya banyak. Gunalah nama sesiapa pun yang dirasakan sesuai. Seeloknya pihak yang tidak boleh ditanya secara langsung.

Seseorang berstatus yang tinggi, seperti tuan guru atau ulama misalnya. Kata dan fikir ulama biasanya kita fahami mempunyai pertalian langsung dengan langit. Orang lain mana ada yang begitu.

Terbatalnya kerjasama politik

Maka selepas kerjasama politik yang disakralkan dengan menggunakan istilah Arab itu berakhir, ahli politik tertentu boleh saja terus berkelakuan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku pun.

Rakyat? Biarlah, sebab segala-gala yang ada di dunia ini hanya diketahui oleh ahli politik.

Misalkan juga sebahagian anggota PKR yang gerun benar kepada PAS. Kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) pula dianggap tidak lebih daripada pengacau.

Maka disusukanlah pemimpin dan penyokong PAS yang berada di luar rumah atau kaki tangga itu, manakala yang lain diabaikan walaupun merekalah yang kadang-kadang menanak nasi di dapur.

Tiba-tiba orang yang disusukan itulah yang akan menyusahkan pada pilihan raya umum (PRU) nanti. Sekurang-kurangnya itulah yang sudah dinyatakan oleh PAS.
Pada PRU ke-14 nanti PAS mengumumkan akan bertanding di sembilan daripada 13 kerusi di Wilayah Persekutuan. Kerusi manakah yang akan dibiarkan oleh PAS? Barangkali Kepong dan Seputeh. Selebihnya akan menyaksikan calon parti itu diturunkan.

Siapakah anggota Parlimen PKR yang akan berdepan dengan PAS itu? Antaranya ialah tiga naib presiden parti berkenaan, iaitu Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan Tian Chua.

Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka dilaporkan begitu lunak kepada PAS sebelum ini. Masalahnya di kerusi itu AMANAH tidak pernah bercakap pun mahu meletakkan calon.

Operasi SAR PKR

Keadaan itu - kata sumber dalaman - memaksa 'politburo' PKR merangka operasi 'mencari dan menyelamat' untuk pemimpin atasan parti berkenaan.

Kewujudan 'warlord' tertentu dalam parti pula menyaksikan wujud persaingan antara kelompok "orang si fulan" dengan "bukan orang si fulan" yang berpanjangan.

Ketika berpindah kerusi boleh dianggap sebagai pengecut atau mencemar nama - seperti dinyatakan di atas - siasah kita hanya dapat difahami dengan mudah apabila kita mengetepikan logika.
Justeru, pada PRU ke-14 nanti, mungkin kita dapat melihat calon-calon baru dan mengejutkan di kerusi Lembah Pantai, Batu, Bandar Tun Razak dan Setiawangsa. Nurul Izzah pula tidak mustahil balik kampung ke Permatang Pauh.

Itu belum lagi mengambil kira kerusi selamat PKR di Selangor dan negeri-negeri lain. Pandan misalnya, tentu agak menggiurkan jika melihat kepada jumlah majoriti dimenangi Rafizi Ramli pada PRU ke-13 lalu.

Ia menjadi lebih mengghairahkan jika diambil kira nasib naib presiden PKR itu yang semakin hampir ke jeriji besi atas sabitan kes mahkamahnya.

Percaturan PAS

Mengikut kenyataan PAS, itu adalah kerusi yang tidak terkecuali daripada idaman mereka.

Percaturan belum lagi mengambil kira kemasukan calon BN. Kecualilah BN terbuka hati untuk membiarkan PAS saja mencabar parti lain di situ berkat doa dan ceramah pimpinan PAS.

Barangkali sebelum ini PKR kekal lunak walaupun selepas PAS mengecam mereka dengan pelbagai kata dan gelaran dengan harapan laluan mereka di kerusi yang dimenangi akan menjadi lebih mudah melalui permuafakatan bersama.

Andaian itu - walaupun mungkin boleh menjadi benar - tetaplah membosankan kerana ternyata apa yang lebih difikirkan oleh wakil rakyat itu ialah meneruskan kewujudan mereka sebagai wakil rakyat saja.

Seolah-olah hanya dia itu sajalah yang boleh menjadi suara rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Dalam keadaan begitu kita sebenarnya boleh bertanya - dengan memetik sajak Pertemuan Mahasiswa oleh WS Renda:

Ya ! Ada yang jaya, ada yang terhina
Ada yang bersenjata, ada yang terluka
Ada yang duduk, ada yang diduduki
Ada yang berlimpah, ada yang terkuras
Dan kita di sini bertanya:
“Maksud baik saudara untuk siapa?
Saudara berdiri di pihak yang mana?

Tapi itulah, rasa ingin tahu kadang-kadang boleh membunuh. Dan pada musim serba tidak menentu ini, pertanyaan mungkin akan dijawab dengan tamparan.

Jika ditakdirkan jawapan yang diberi itu dalam bentuk kata-kata celupar pemimpin politik yang semakin lazim sekarang pun, bolehlah dianggap bernasib baik.

Kita rakyat tetaplah dikehendaki menjadi tukang angguk kepada ahli politik. Kecuali kita mengajar diri sendiri tentang makna bangkit, dan memberitahu mereka erti suara keramat.

* AL-ABROR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini.

Kenapa tiba-tiba “ISIS” wujud di Filipina?

* Article dari BUMI YANG TERCINTA
Saya hanya berikan tajuk yang berlainan berdasarkan dari apa yang saya faham dari article ini

APAKAH HUBUNGAN DI ANTARA “ISIS” DAN JACOB ROTHSCHILD DI FILIPINA?
Pada 23 May 2017, telah bermula suatu krisis pemberontakan bersenjata di Marawi, Lanao del Sur, Filipina. Ia adalah peperangan diantara tentera kerajaan Filipina dengan para pemberontak Abu Sayyaf. Pada asalnya, perjuangan pemberontak Abu Sayaf adalah untuk menuntut kemerdekaan dari Filipina.
Menurut kenyataan dari pihak tentera Filipina, mereka memberitahu bahawa terdapat juga para pemberontak warga asing yang turut terlibat bersama.

Siapakah warga asing tersebut? Mereka adalah anggota militant “ISIS” yang dicipta dan dikawal oleh Mossad dan CIA. Semua peralatan tentera, senjata, kenderaan, tempat tinggal dan makanan adalah ditaja oleh CIA dan Mossad. Sebab itu senjata dan kenderaan milik “ISIS” semuanya adalah buatan USA dan Israel.
ISIS telah diwujudkan oleh CIA dan Mossad pada tahun 2013 iaitu bertujuan untuk menggulingkan President Bassar Al Assad di Syria. Tetapi sehingga kini “mereka” masih gagal untuk menggulingkan President Syria tersebut.




Agenda yang sama juga sedang digunakan oleh CIA dan Mossad untuk menggulingkan President Rodrigo Duterte di Filipina. Apakah “dosa” yang telah dilakukan oleh President Filipina tersebut sehingga CIA dan Mossad telah membawa “ISIS” ke Filipina?

Terdapat 3 sebab utama kenapa negara Filipina “diserang” oleh “ISIS”.

SEBAB PERTAMA

President Rodrigo Duterte tidak mahu negaranya dijajah dengan hutang oleh bank milik Jacob Rothschild. Cleh itu, President Rodrigo Duterte telah membuat azam untuk membebaskan negara Filipina dari cengkaman hutang dan akan menghalau agen Rothschild dari Filipina.

Maka pada bulan April 2017, President Rodrigo Duterte telah berjaya membebaskan Filipina dari Rothschild. Akibatnya ialah pada bulan May 2017, pula muncul “ISIS” secara tiba-tiba.
SEBAB KEDUA

Amerika tidak mahu menjual senjata kepada Filipina. Oleh itu, Filipina telah membuat perjanjian perdagangan dengan negara China dan Russia dimana mereka berjanji untuk menjual senjata yang paling moden kepada Filipina.

Ini telah membuatkan Amerika marah tetapi President Rodrigo Duterte tidak gentar dengan Amerika malah dia pernah menggelarkan President Obama sebagai “Anak Pelacur”.

President Rodrigo Duterte juga mahu tentera Amerika keluar dari Filipina. Ini telah membuatkan CIA dan Mossad semakin “naik angin” (marah).
SEBAB KETIGA

President Rodrigo Duterte amat giat menentang pengedaran dadah di Filipina dan dia sanggup menghukum pengedar dadah dengan hukuman berat. Ini mendapat tentangan dari USA dan mereka mengatakan akan cuba untuk menjatuhkan President Rodrigo Duterte.

Oleh itu, President Rodrigo Duterte telah mencabar CIA dan Mossad untuk menjatuhkannya daripada jawatan President.
 
KESIMPULAN

Mana-mana negara yang berani menentang “New World Order” atau menentang Jacob Rothschild maka akan dihadiahkan kepada mereka “ISIS” oleh CIA dan Mossad. Contohnya seperti di Syria dan Filipina. Ini adalah kerana CIA dan Mossad adalah “anjing suruhan” milik Jacob Rothschild.
Sumber rujukan:

http://yournewswire.com/duterte-rothschilds-philippines/
http://www.newnationalist.net/2017/04/29/rodrigo-duterte-the-most-based-nationalist-leader-in-the-world/
http://www.newnationalist.net/2017/05/24/after-duterte-bucks-international-bankers-and-the-us-islamic-state-stages-insurrection-on-mindanao-island/
https://www.rt.com/news/389770-philippines-marawi-foreign-terrorists/
https://www.rt.com/news/389766-philippines-russia-defense-cooperation/
http://www.manilatimes.net/troops-bomb-maute-marawi/329304/
http://www.newnationalist.net/2016/10/07/philippine-leader-tells-obama-go-to-hell-says-can-buy-arms-from-russia-china/
http://www.newnationalist.net/2016/10/11/philippines-duterte-dares-cia-to-oust-him/
http://www.newnationalist.net/2016/09/07/filipino-president-duterte-calls-obama-a-son-of-a-whore/
http://themillenniumreport.com/2017/05/deep-state-controlled-isis-attacks-philippines-for-prosecuting-child-sex-trafficking/
http://themillenniumreport.com/2017/05/globalists-use-isis-to-terrorize-the-philippines-with-syria-strategy-duterte-in-crosshairs/
http://investmentwatchblog.com/will-the-philippines-be-the-next-victim-of-a-cia-and-isis-coup-detat/
http://investmentwatchblog.com/april-rothschild-bankers-kicked-out-of-philippines-may-isis-take-over-city-in-philippines/
http://www.strategic-culture.org/news/2016/09/09/obama-duterte-blow-up-what-corporate-media-doesnt-get.html

Tuesday, May 30, 2017

Isu tampar: Ini jawapan Otai Wala'un membela diri......

Yang Tampar NGO Yang Kena Tuduh PAS Yang BODOH Macai PAKATAN Yang tepuk tangan UMNO
Isu Mejar Zaidi ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George telah dijadikan senjata untuk memburuk dan menyerang PAS.

Mejar Zaidi Ahmad adalah pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan cuba membuat provokasi ketika Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan.
Akhbar Roketkini terus membuat tuduhan dengan tajuk kumpulan pro PAS-UMNO bagi membuat persepsi buruk kepada PAS dengan mengungkit Mohamed Hafiz Nordin adalah bekas pimpinan PAS cawangan sedangkan dia lama tidak bergiat dengan PAS. Malaysiakini seperti biasa juga membuat persepsi yang sama. PAS di lanyak atas isu ini.  
Dua orang ini adalah mereka yang menjadi talibarut DAP untuk menyerang PAS dalam Roketkini dan facebook. Mereka ingat dengan bayaran yang mahal boleh menebus dosa-dosa mereka di akhirat nanti.

Yang Bodoh

Macai dan penyokong PAKATAN HARAPAN menjadi bodoh dalam isu ini terus menyerang PAS dalam media sosial. Mereka sebenarnya secara tidak langsung menjadi tongkat UMNO dan Barisan Nasional. Mereka kata ingin jatuhkan BN tapi bodoh MENJADI TONGKAT BN.

Ini antara macai bodoh PAKATAN HARAPAN yang membantu memberi tongkat kepada UMNO yang sempat lebai kenal.

1. Mukhlis Eddie
2. Ada Ada Aje
3. Roslan Bin Ahmad
4. Hussin
5. Adili Isme
6. شربان سربيني‎
7. Faizul Izani
8. Awang
9 . Ray Hunter   (ini DAP bayar)
10. Awang Al Kenit
11.Halim Md Noh
12.Wan Mohd Aman
13. Muhammad Radzi Ismail
14. Ija Deeja 
15. Osman Ahmad
16. Zailan Ismail
17.Dima Ahmy
18. Hadi Anakwang
19. Othman Don
20. Ustaz Sepatu Al Gombaki
21. Amin Cilik

Entah-entah ada dikalangan nama di atas adalah spy UMNO yang memang nak kucar kacirkan pembangkang bagi menyelamatkan UMNO.

PAS sudah berpuluh tahun berlawan dengan UMNO dan UMNOlah satu-satunya lawan PAS yang sukar untuk ditumbangkan antara faktornya kerana ada orang bodoh menjadi tongkat kepada UMNO. 
Dulu orang kampung bodoh kerana mengganggap lawan UMNO lawan kerajaan maka api, air, jalanraya akan hilang kalau UMNO tumbang. Kalau UMNO mati, matilah Melayu. Jangan hairan PAS tak boleh masuk kampung dan felda.
Semasa era reformasi zaman Anwar Ibrahim dizalim, UMNO terselamat kerana Mahathir buat persempanan semula kawasan pilihanraya untuk dapat bantuan masyarakat Cina. Kawasan Melayu dipecah dan negeri-negeri Melayu seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah tiada pertambahan kerusi. Orang Cina jadi tongkat UMNO. BN terselamat dengan strategi Mahathir ini.
Zaman era Pakatan Rakyat rakyat, Cina ada kesedaran politik. Cina bangkit dalam siri-siri himpunan bersih 2 dan 3. Tapi UMNO terselamat lagi apabila NGO Melayu, pegawai kerajaan dan golongan muda menyokong UMNO atas beberapa faktor. Mereka ini menjadi tongkat UMNO. Tapi sokongan mereka tidaklah kuat kerana itu 5 negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat (PR). 
PRU-14, parti-parti kecil kini menyertai Gagasan Sejahtera (GS) blok ketiga tajaan PAS. NGO-NGO yang sebelum ini menyokong UMNO, terutama NGO Melayu dan Islam akan turut serta dalam GS. Malah individu yang 'boring' dengan UMNO termasuk pensyarah-pensyaraj universiti, kakitangan kerajaan akan menyertai GS.  
UMNO hilang tongkatnya. PAS yang melalui pendekatan mesra (BPMS) mendekati ahli-ahli UMNO untuk tujuan mendapat sokongan serta mengurangkan tentangan bagi menangani hati pengundi UMNO mendapat reaksi yang positif daripada ahli-ahli umno yang tidak tahan dengan keadaan negara yang yang kucar kacir di bawah Najib.

PAS Tidak akan menyertai PAKATAN HARAPAN dan berharap PAKATAN HARAPAN tidak mengacau kerusi-kerusi PAS yang pernah ditandingi pada PRU-13 sebelum ini.

Jika PAKATAN HARAPAN menyerang UMNO dan PAS menyerang UMNO dengan bantuan parti-parti kecil, bersama 130 lebih NGO-NGO dan orang-orang perseorangan sudah pasti UMNO boleh tumbang pada PRU-14 nanti.

Malangnya macai, penyokong PAKATAN HARAPAN bodoh untuk berfikir perkara ini dan menjadikan PAS sasaran serangan mereka bukan UMNO. Malah ada pimpinan PH juga turut sama menyerang PAS. INI DIKATAKAN TINDAKAN BODOH MENJADI TONGKAT UMNO. Kerana kebodohan mereka ini pembangkang sampai hari ini masih celaru dalam menuju ke Putrajaya sehingga ada yang menjadi resah dan bosan dengan PAKATAN HARAPAN.

Akhirnya UMNO bertepuk tangan kerana kebodohan sesetengah penyokong PAKATAN HARAPAN. UMNO sebelum ini hampir tengelam,. tapi malangnya ada macai PAKATAN HARAPAN membantu menjadi juru selamat kepada UMNO untuk terus berkuasa.

Jika Ahli PAS dan PAS Bertindak Balas

Macai dan penyokong PAKATAN HARAPAN yang menyerang PAS, mereka fikir mereka sahaja boleh menyerang PAS. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa PAS dan ahli-ahli mampu menyerang balas dengan lebih dasyat lagi yang akan membuatkan PAKATAN HARAPAN akan terkubur.

Semasa PAS berlawan dengan UMNO sesetengah dikalangan mereka adalah UMNO. Lahir daripada sulbi UMNO. Mereka itu dulunya membesar dengan DEDAK UMNO. Tapi bila datang kesedaran PAS pula dikatakan dan berkawan dengan UMNO. Itu manusia yang tidak kenal asal-usul.
Walaupun PAS parti yang miskin (hanya ada RM90 juta mengikut kiraan macai bodoh) tidak dinafikan PAS mempunyai kekuatan dalam banyak aspek strategi, maklumat dan IT. Jika kekuatan ini digunakan untuk menyerang balas PAKATAN HARAPAN.

Jika ahli-ahli PAS membongkar penyelewengan PAKATAN HARAPAN dan pimpinan mereka, agaknya, anda fikir mampu mereka bertahan??
Cuba anda lihat bagaimana Dr. Kamarul Azman membongkar penyelewengan DAP. Dia seorang habis satu lori pimpinan AMANAH (PAN) menjawab (pasal makan dedak DAP dia kena tunjuk taat) itu pun semuanya kena bodoh oleh Dr. Kamarul Azman. Anda boleh lihat berapa orang pimpinan DAP mengulas isu ini?

Bayangkan ada ramai lagi ahli PAS yang 'hidden" yang mampu membuatkan PAKATAN HARAPAN kencing dalam seluar apabila penyelewengan mereka didedahkan.

Oleh itu fokus kepada UMNO senjata anda!!  

JADI JANGAN BODOH BERI TONGKAT KEPADA UMNO!!!
Sama-sama kita jatuhkan BN dan Najib!
Jangan kamu jadi badut yang ditepuk sorak oleh UMNO

Lebai Hassan Omar 
http://hajihassanomar.blogspot.com