Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 30, 2017

Eh.....banjir pun ada yang termenung rupanya!

JPS jangka 'banjir termenung' di Tumpat antara 2 dan 6 Dis
mk      Hari ini, 6:53 pm
Air pasang besar yang dijangka berlaku antara 2 dan 6 Disember ini boleh menyebabkan penduduk di sekitar tebing Sungai Golok di Tumpat berdepan dengan ‘banjir termenung’.

'Banjir termenung' merujuk kepada keadaan air yang tidak dapat mengalir keluar dengan baik ke dalam saliran dan bertakung untuk satu tempoh yang lama.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha berkata pihaknya menjangkakan 'banjir termenung' itu berlaku selama dua minggu.

“Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang ketika ini ialah 10.66 meter dan banjir akan reda jika paras air surut bawah 9.5 meter (paras bahaya 9 meter).

“Beberapa anak sungai di sebelah Selatan Thailand juga akan mengalir ke Sungai Golok dan sudah pasti memberi kesan kepada kawasan tebing sungai berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Operasi Banjir JPS Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata banjir termenung itu dijangka melibatkan kawasan seluas 77 kilometer persegi di jajahan Tumpat.

Warga asing menyamar Polis ditahan

Polis konon...
Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my
PELBAGAI peralatan dirampas daripada suspek. FOTO Hazsyah Abdul Rahman

LELAKI warga asing berusia 30 tahun yang menyamar sebagai polis ditahan di kawasan perindustrian di Batu 3, Sandakan, semalam.

Dalam kejadian 3.50 pagi itu, lelaki terbabit ditahan oleh sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Ketika ditahan, lelaki itu memakai pakaian seragam tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, sebelum kejadian, anggota polis terserempak dengan kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis kemudian mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan, lalu melakukan pemeriksaan.

"Sebaik diperiksa, suspek didapati memakai baju dan seluar berwarna biru gelap, tali pinggang dan kasut hitam seperti anggota keselamatan.

“Pemeriksaan di dalam beg pada pinggang suspek menemukan kad yang diubah suai dan tertera logo PDRM.

“Selain itu, pelbagai peralatan lain seperti jaket pantul cahaya tertera logo PDRM pula ditemui dalam kereta digunakan suspek," katanya, hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Bandar Sandakan untuk tindakan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit dikatakan menyamar sebagai polis bagi melakukan peras ugut.

“Suspek mensasarkan warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri atau mempunyai dokumen perjalanan yang sudah tamat tempoh.” katanya.

Mohd Azhar berkata, semakan terhadap identiti suspek mendapati lelaki itu memiliki rekod lampau berkaitan kesalahan penggunaan dadah.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah.

"Lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 4:32 PM

Lombong pasir dan batu secara haram: SPRM tahan anak saudara Azmin

SPRM reman anak saudara MB Selangor 7 hari
mk      Hari ini, 12:38 pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan anak saudara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan tiga individu lagi atas dakwaan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu secara haram.

NST Online hari ini melaporkan, ketiga-tiganya direman selama tujuh hari sehingga 6 Disember untuk membantu siasatan.

Menurut laporan itu lagi, siasatan SPRM menunjukkan syarikat perlombongan pasir itu didakwa merasuah pegawai kerajaan tempatan di Kajang - tempat syarikat itu beroperasi sejak 2014.

"Difahamkan pegawai itu didakwa dirasuah agar tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan itu," kata NST Online.

Terdahulu, sumber SPRM mengesahkan kepada Malaysiakini yang anak saudara Azmin adalah salah seorang yang ditahan.

Menurut laporan itu lagi, suspek, termasuk dua pengarah syarikat, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja syarikat pengiklanan, dibawa ke mahkamah hari ini, lengkap berpakaian lokap SPRM berwarna jingga.

Keempat-empat suspek yang berusia antara 34 hingga 67 tahun, ditahan dalam satu operasi khas yang bermula pukul 10 pagi semalam.

Terdahulu, Bernama melaporkan SPRM turut membekukan beberapa akaun syarikat terbabit bernilai RM4 juta.

"Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan terhadap aktiviti perlombongan pasir dan batu secara haram di sebuah lokasi di Kajang sejak 2014.

"Pasukan penyiasat memeriksa beberapa lori disyaki membawa pasir haram dalam satu operasi dilancarkan 10 pagi semalam dan beberapa akaun syarikat terbabit bernilai RM4 juta dibekukan," kata sumber SPRM kepada Bernama.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan tangkapan tersebut.

Iran kepada Saudi: Selesaikan dulu masalah dalaman sendiri sebelum campuri urusan luar

Tehran gesa Arab Saudi cermin diri sebelum mahu jadikan Iran 'kambing hitam'
Agensi | Diterjemahkan oleh: Syah Hairizal Kamalul Arifin
Diterbitkan pada November 29, 2017 19:32 MYT
Hassan berkata dengan menjadikan Iran sebagai 'kambing hitam' dalam segala permasalahan bukan jalan penyelesaian terbaik buat Riyadh. - Gambar fail

TEHRAN: Iran dakwa Arab Saudi cuba menutup keburukan Riyadh dengan menimbulkan kekeruhan dalam kalangan negara-negara Arab.

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata Riyadh juga telah gagal dalam usahanya di Yaman dan di beberapa negara rantau itu.

Hassan berkata dengan menjadikan Iran sebagai 'kambing hitam' dalam segala permasalahan bukan jalan penyelesaian terbaik buat Riyadh.

"Arab Saudi perlu terlebih dahulu berusaha untuk menyelesaikan dua masalah itu sebelum mencari alasan untuk menjadikan Iran sebagai 'kambing hitam'.

"Pertama Riyadh perlu menyedari kesilapan yang dilakukan di Qatar, Iraq, Syria dan baru-baru ini di Lubnan.

"Kedua, masalah dalam negerinya, Arab Saudi sedang menghadapi masalah dalaman,jadi mereka perlu meyelesaikan isu terbabit sebelum mencampurinya dengan urusan luar," jelas Hassan Rouhani dalam satu temubual yang disiarkan di televisyen pada rabu.

Sebaliknya Arab Saudi digesa menyelesaikan dua isu utama itu terlebih dahulu sebelum menjadikan Iran sebagai seteru.

Kedua-dua negara kuasa besar terbabit telah bertelingkah sejak sekian lama terutama isu yang melibatkan fahaman sunni dan syiah hingga membawa kepada kemudaratan seperti di Qatar, Yaman, Syria dan Lubnan.

Apa hal dok pakat gila kat China ni?

Kerajaan nafi bincang dengan China bina pusat risikan
mk      Hari ini, 5:34 pm
Parlimen l Kerajaan menafikan wujudnya perbincangan dengan China untuk menubuhkan pusat risikan dilengkapi radar pengawasan dan peluru berpandu di Johor.

Menerusi jawapan parlimen hari ini, Kementerian Pertahanan berkata kerajaan juga tidak berhasrat untuk berbuat demikian.

"Perkara ini tiada dalam pengetahuan pihak kementerian, malah ia tidak pernah dibincangkan dalam sebarang forum dan kementerian tidak berhasrat untuk membina pusat yang sedemikan,” kata Kementerian Pertahanan.

Kementerian itu menjawab soalan Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) berhubung pendirian kerajaan mengenai tawaran China untuk membina Pusat Tindak Balas Perisikan Wilayah di Johor.

Pada Ogos lalu, The Straits Times Singapura yang memetik sumber melaporkan China menawarkan 12 unit sistem pelancar roket pelbagai guna (MLRS) AR3 kepada Malaysia.

Laporan itu turut mendakwa cadangan itu disebut secara ringkas dalam perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kaunselor China Wang Yong, selepas majlis pecah tanah projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Ogos lalu.

Keputusan berhubung perkara itu hanya akan dibuat apabila Presiden China Xi Jinping membuat lawatan rasmi ke Malaysia yang dijadual November ini.

Wednesday, November 29, 2017

Diarah bayar RM50 ribu: Bahana tuduh tak tentu pasal, tanpa bukti

Bekas penasihat Hindraf diarah bayar RM50 ribu kepada Guan Eng, Ramasamy
BERNAMA  -  November 29, 2017 5:22 pm 
Mahkamah Tinggi George Town hari ini memerintahkan bekas penasihat kebangsaan Hindraf, N. Ganesan membayar ganti rugi RM50,000 masing-masing kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan timbalannya, Prof Dr. P. Ramasamy kerana memfitnah.

Saman fitnah itu difailkan oleh kedua-dua pemimpin negeri itu selepas Ganesan, selaku defendan, dalam satu sidang media pada 4 Dis 2013 mendakwa bahawa plaintif tersebut telah menghantar kumpulan samseng untuk mengganggu sebuah mesyuarat tertutup sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dihadiri defendan, empat hari sebelum itu.

Hakim Datuk Lim Chong Fong turut mengarahkan Ganesan membayar kos RM25,000 kepada plaintif.

Dalam penghakimannya, Lim berkata wujud unsur fitnah dalam saman itu selepas defendan gagal membuktikan kesahihan dakwaannya pada sidang media tersebut.

Selain itu, hakim itu berkata alasan pihak defendan yang membuat sidang media bagi kepentingan awam juga tidak diterima memandangkan defendan telah membuat laporan polis tetapi tidak memberi peluang kepada polis untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.

Tetapi defendan telah membuat sidang media terlebih dahulu dan membuat tuduhan sebelum pihak polis selesai menjalankan siasatan,” katanya.

Saman tersebut difailkan Guan Eng dan Ramasamy pada 2015.

Dalam sidang tersebut yang dikendali oleh ‘Concerned Citizens of the Indian Community’ berkaitan isu krematorium di Lorong Batu Lanchang, defendan mendakwa plaintif telah menghantar kumpulan untuk mengganggu mesyuarat itu.

Guan Eng dan Ramasamy, diwakili peguam Simon Murali dan Kok Yuen Lin manakala Ganesan diwakili peguam S.Tilaga dan dan Yokinee Selvam.  -  sumber

Mak aiih......ganasnya cadangan hukuman 2 MP nih!

Selepas Bung cadang tembak, wakil rakyat BN cadang ‘cucuk besi panas’
Farhan Darwis - November 29, 2017
KUALA LUMPUR: Sehari selepas seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyarankan pihak berkuasa Malaysia menembak mati pengedar dadah seperti mana dasar presiden Filipina, seorang lagi ahli Parlimen BN hari ini mencadangkan satu lagi hukuman ganas, kali ini untuk sumbang mahram.

Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) berkata pelaku sumbang muhrim perlu diberikan hukuman dicucuk dengan besi panas.

“Kalau boleh, Yang Di Pertua, saya mencadangkan lelaki yang mengerjakan ini, kita bakar satu besi panas dan cucuk kepada dia, supaya dia berasa bagaimana sedihnya perasaan orang yang terkena perkara begini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, semasa sesi soal jawab lisan.

Azizah (BN-Beufort) ketika itu menjawab pertanyaan Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) berkenaan bentuk perlindungan dan kebajikan yang diberikan kepada mangsa jenayah seksual kanak-kanak dan keluarganya, selepas pesalah yang menjadi tempat bergantung dijatuhkan hukuman.

Ahmad berkata, hukuman seperti yang dicadangkannya perlu dijalankan kerana mangsa dan keluarga mereka akan merasa tertekan dengan tindakan pelaku sumbang mahram.

“Apabila kanak-kanak ini dicabul oleh bapa, bapa saudara, keseluruhan keluarga dia tertekan dan begitu juga adik beradik mangsa akan ditekan.

“Bagaimana kita nak menghindarkan dendam keluarga kepada pemangsa yang buat perkara tidak senonoh kepada anak saudara dia kerana kita tahu dendam tidak akan terhakis,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mencadangkan pihak keselamatan Malaysia mencontohi Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang terkenal dengan dasar kontroversi melancarkan perang besar-besaran ke atas gejala dadah dengan menembak mati mereka yang disyaki terlibat.

“Kenapa kita tidak mengikut cara Filipina. Kenapa tidak boleh?” soal beliau di Dewan Rakyat.

Bung turut menganjurkan penagih dipenjarakan tanpa bicara, sementara pengedar ditembak mati.

“Apa masalah? Sekarang rakyat kita kalau kita biarkan bermakna lesulah masa depan negara kita kalau kita tidak uruskan dengan baik.”

Cadangan itu bagaimanapun dipersoalkan wakil rakyat DAP, Ram Karpal Singh dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

KaitanTembak saja, Bung Moktar anjur perang dadah ala Duterte

Harga sebuah kejujuran.....

BUDAK MISKIN INI DIBERI DUA IKAN & CINCIN BERLIAN DARI ORANG ASING, PELIKNYA DIA MENOLAKKNYA, RUPA-RUPANYA PUNCANYA BUAT NETIZEN RESPEK HABIS
November 28, 2017 admin 
Gambar Hiasan

Namaku Caca, aku berusia 9 tahun ini, aku memiliki seorang adik laki-laki yang baru berusia 4 tahun. Ibuku mengidap penyakit serius sehingga ayahku harus merawatnya dirumah.

Selain mengurus ibu, ayahku bersusah payah bekerja untuk menyara kami berdua ditambah lagi kos rumah sakit yang tinggi.

Setiap pagi, aku harus bangun dan menyiapkan makan pagi, lalu membangunkan adik laki-lakiku. Setelah itu kami makan pagi dan mengendong adikku untuk berangkat ke sekolah kerana tidak mungkin lah meninggalkan si adik sendirian dirumah.

Guru disekolah tahu akan keadaan keluargaku dan mengizinkan aku membawa adikku ke kelas. Kadang-kala, mereka suka menyumbang peralatan sekolah untukku.
Walau adikku masih kecil, ia mengerti bahwa ia tidak boleh menganggu saat pelajaran dimulai. Ia akan menunggu dengan diam sampai aku selesai sekolah.

Kehidupan kami memang tidak mudah, kami pun mengembangkan kebiasaan hemat. Aku sudah mengerti cara menjahit pakaian. Aku akan menggunting bajuku dan menjahitnya agar adikku dapat memakainya. Aku terbiasa memegang semuanya dirumah.

Mungkin kerana itu juga, ayahku tidak khawatir dengan keadaan di rumah. Ayahku sangat fokus untuk merawat ibuku.

Namun biayanya rumah sakit semakin hari semakin banyak. Aku sering bersikap optimis untuk menghibur kedua orangtuaku, berharap mereka tetap percaya diri.

Budak Miskin Ini Diberi Dua Ikan & Cincin Berlian Dari Orang Asing, Peliknya Dia Menolakknya, Rupa-rupanya Puncanya Buat Netizen Respek Habis

Suatu hari, ayahku ulang tahun. Aku memutuskan untuk memasak makanan enak untuknya. Aku kasihan melihatnya harus setiap hari bolak balik dari tempat kerjanya ke rumah sakit.

Aku pun membawa adikku ke pasar dan menggunakan duit yang sedikit untuk membeli bahan masakku nanti.

Banyak sekali orang yang berjualan dipasar. Disini, kamu boleh menemukan semua jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan tentu saja daging. Tapi ketika tanya harganya, aku hanya boleh menundukkan kepala. Duit ku yang sedikit ini tidak boleh membeli apa-apa.
Pandanganku teralih ke sebuah gerai yang banyak daun terkelupas dan jatuh dilantai. Aku pun berjalan ke gerai tersebut dan mulai memungut daun-daun tersebut. Adikku juga membantu mengumpulnya dengan tangan mungilnya.

Tapi, sang penjual melihat kami dan datang marah-marah, “Hei pengemis kecil, sayur ini emang boleh buat kalian ambil? Ini buat arnabku bukan buat kalian. Kalau ambil lagi akan ku potong tangan kalian.”

Adikku langsung menangis karena takut, aku juga takut dan segera membawa adikku pergi.

“Nak, sini.” kata pemilik gerai sebelah. Aku menoleh dan melihat seorang pakcik tua menjual ikan. “Orang tua kalian dimana? kenapa anak kecil datang ke pasar sendirian?” tanyanya lagi.

“Ibuku sakit, sedangkan ayahku sedang merawat ibuku. Hari ini ulangtahun ayahku, aku ingin memasaknya sesuatu, tapi aku tidak dapat beli apa-apa” kataku masih menangis.

Pakcik itu menghembuskan nafas dan berkata, “Kalian anak yang baik. Ini, pakcik bagi dua ekor ikan, bawa pulang ke rumah untuk dimakan yah.”

Pakcik yang baik itu memilih dua ikan dan memasukkannya ke dalam plastik. Awalnya aku ingin menolak, namun adikku merengek ingin makan ikan.

Aku pun menerimanya. Aku membungkuk dan mengucapkan terima kasih lalu bersiap-siap pulang ke rumah.
Ketika aku sampai ke rumah, ayah juga sudah ada di rumah. Ia sangat senang melihat aku membawa pulang dua ikan.

Ayah pun mulai membersihkan ikan tersebut, tiba-tiba, sebuah beda jatuh ke lantai. Ayah pun memungutnya. Ekspresi wajahnya berubah senang ketika ia menemukan sebuah cincin berlian.

“Ya ampun, kalian beli ikan ini dimana? Lihat cincin berlian ini, boleh dijual berjuta-juta. Ibumu boleh selamat!” soraknya gembira.

Aku segera menggeleng-gelengkan kepala, aku pun menceritakan pengalamanku di pasar tadi, “Ayah, cincin berlian ini pasti punya pakcik tadi. Kita harus mengembalikannya kepadanya.”

Ayah menggeleng-gelengkan kepalanya dan tersenyum, “Kamu benar nak, bukan barang milik kita tidak boleh kita ambil. Yaudah, kamu pulangkan, ayah masak ikan ya.”

Aku pun berlari ke gerai paman tersebut dan mengembalikannya. “Patutlah dari tadi dicari tak jumpa. Rupanya dimakan ikan ya! Kamu anak yang baik, terima kasih ya!” kata pakcik.

Aku pun menceritakan kepada pakcik tentang percakapanku dengan ayah ketika menemukan berlian tadi.

Pakcik pun mendengarkannya dengan serius, pada akhirnya ia berkata, “Aku ingin mengunjungi rumahmu. Boleh tak?” Aku pun mengangguk dan membawanya pulang ke rumah.

Ketika sampai di rumahku dan melihat keadaan di dalamnya, ia tampak terharu dan berkata, “Cincin ini adalah cincin pernikahanku.

Lupakan harganya, cincin ini sangat berarti untukku. Tapi, kalian sama sekali tidak berniat apa-apa ketika melihat cincin ini. Aku sangat salut. Untuk menunjukkan rasa terima kasihku, aku beri kalian 50 juta ya.”
Ketika ayahku mulai menolak, pakcik itu lanjut berkata, “Aku ingin memperluas gerai dipasar. Tunggu Caca sudah agak besar sedikit, ia boleh datang bantu-bantu di pasar.

Anggap aja 50 juta ini uang penghasilan Caca nanti. Bagaimana? Lagi pun kalian benar-benar perlukan duit ini untuk menyelamatkan ibu Caca.”

Kami pun menunduk dan mengucapkan terima kasih kepada paman. Sangat terharunya, ayah juga berlinang air mata.

Tiba-tiba, adikku berteriak, “Aduh, lapar. Mau makan!”

Satu kalimat ini bikin kami semua tertawa.

“Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain…” 

Jangan lupa untuk SHARE artikel untuk mengingatkan teman dan keluargamu untuk selalu berbuat baik!  - sumber

Mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000

Jumlah mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000
Astro Awani |  Diterbitkan pada November 29, 2017 10:09 MYT
Kelihatan penduduk meredah air banjir apabila kampung mereka dinaiki air apabila hujan lebat berterusan semenjak dua hari lepas di Kampung Hutan Pasir Ketereh. - Foto BERNAMA

KOTA BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 7,537  mangsa pagi ini, berbanding 5,016 orang setakat jam 9 malam Selasa.

Sebanyak 103 pusat pemindahan sementara (PPS)  dibuka di lapan jajahan melibatkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Bachok dan Jeli.

Sehingga jam 9.50 pagi ini, Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,076 mangsa daripada 1,186 keluarga yang ditempatkan di 36 PPS.

Ia diikuti Kota Bharu dengan 1,375 mangsa daripada 346 keluarga yang menghuni 15 PPS.

Menurut portal Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.44 meter pada malam tadi

Hujan kadangkala lebat dilaporkan masih berterusan di beberapa kawasan di Kelantan.

Isu bai’ah: Orang di luar PAS jahil

Pas tuduh orang di luar Pas jahil isu bai’ah
ARIF ATAN  -  November 28, 2017 12:59 pm
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim menyelar pihak di luar partinya yang tidak memahami isu bai’ah calon pilihan raya Pas sebagai “menampakkan kejahilan diri sendiri”.

Menurutnya, pihak berkenaan tidak harus memperkatakan hal berkaitan janji sumpah setia untuk taat kepada parti itu.

Tegas bekas calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi berkenaan, isu bai’ah adalah urusan Pas dan ahli parti tersebut akan berpendirian konsisten dengan lafaz sumpah itu.

Reaksi pemilik Klinik Gigi Dr Azman di Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu itu dilihat ekoran keputusan wakil rakyat Pas Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah menyertai Bersatu kelmarin.

“Orang yang berada di luar parti, tak perlu berbicara soal bai’ah calon Pas. Ini urusan Pas dengan mereka yang pernah melafazkan bai’ah dengan nama Allah.

“Orang lain tak terlibat tak akan faham. Maka bila tak faham, lebih baik diam dari bercakap isu yang akan menampakkan kejahilan diri sendiri,” katanya.

Dr Azman menyifatkan ahli Pas takut kepada Allah bukannya kerana orang lain memandangkan lafaz bai’ah mereka dengan nama Allah.

“Berbai’ah dengan nama Allah bermakna akhirnya segala urusan diserahkan kepada Allah.

“Kami yang berbai’ah dan terus kekal istiqamah di sini (dalam Pas) adalah kerana kami takut kepada Allah. Bukan kerana manusia.

“Teguh pendirian yang kami pegang kerana kami diikat dengan suatu perjanjian yang dilafazkan dengan nama Allah,” jelas Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Terengganu itu lagi.

Dokumen siasatan kes bocor: SPRM akan lapor polis

SPRM lapor polis selepas dokumen siasatan kes bekas exco Johor bocor

  | November 28, 2017
Suruhanjaya memandang serius kebocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan tertuduh kerana kes itu masih dibicarakan di mahkamah.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat laporan polis selepas dokumen kenyataan rakaman percakapan tertuduh dalam siasatan kes rasuah hartanah melibatkan bekas exco Johor bocor di Internet.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata pembocoran dokumen itu bersifat prejudis dan dikhuatiri akan mengganggu prosiding mahkamah memandangkan kes itu masih dalam perbicaraan.
“Ingin dinyatakan, dokumen kenyataan rakaman percakapan salah seorang tertuduh telah diberikan kepada peguambela atas permintaan mengikut undang-undang sedia ada untuk tujuan pembelaan selepas suspek dituduh.
“Berhubung satu jadual pembayaran yang dimuat naik di media sosial yang dikaitkan dengan siasatan tersebut, SPRM berpendapat ia telah sengaja diadakan-adakan untuk mengelirukan masyarakat.”
SRPM mengeluarkan kenyataan hari ini selepas satu laman web memuat naik “kenyataan” seorang individu dalam siasatan itu yang mengaitkan seorang lagi ahli politik Johor dengan suapan jutaan ringgit untuk menukar status lot perumahan Bumiputera.
Pada April, Exco Datuk Abdul Latif Bandi didakwa atas 33 pertuduhan bersuhabat bersama seorang jururunding hartanah melibatkan wang suapan RM30.3 juta.
Beliau disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, dalam skandal melibatkan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera melibatkan beberapa pemaju di Johor.
SPRM sebelum ini menyita 45 akaun bank berjumlah RM15.5 juta, di samping merampas 26 kenderaan dan motosikal mewah serta dokumen.

Tuesday, November 28, 2017

Kacang Hantu dalam DAP atau memang DAP berhantu?

ROS diminta siasat pemilihan semula CEC DAP
November 28, 2017 17:07 MYT
ROS diminta siasat pemilihan semula CEC DAP
Antara perkara yang gagal dipatuhi adalah senarai nama calon CEC yang tidak dikemas kini, termasuk menyenaraikan nama calon yang telah keluar parti dan meninggal dunia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta menyiasat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan, kata Timbalan Pengerusi DAP cawangan Asam Kumbang Santokh Singh.

Beliau berkata antara perkara yang gagal dipatuhi adalah senarai nama calon CEC yang tidak dikemas kini, termasuk menyenaraikan nama calon yang telah keluar parti dan meninggal dunia. 

"Biarpun telah meninggal dunia, bekas Pengerusi DAP Karpal Singh masih mendapat sebanyak 43 undi. Tiga calon lain yang telah keluar parti dan masih mendapat undi ialah John Fernandez (lapan undi), Zulkifli Mohd. Noor (43 undi) dan Roseli Abdul Ghani (lapan undi).

"Kita hairan kenapa syarikat audit, Grant Thornton yang dilantik DAP untuk menyelia pemilihan semula CEC itu gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sehingga mengundang perasaan tidak puas hati banyak pihak," katanya kepada media selepas menyerahkan aduan rasmi kepada wakil ROS, Rahida Mohamed di sini hari ini. - sumber

Menarik ni, tapi yang penting penhujungnya bagaimana......

Tuesday, November 28, 2017
Kepala Bapak Wants To Send "Khalid" To Talk To Claire To Agree To "Terminate" Suits !!

Just heard this today.  Talk is Kepala Bapak wishes to see an end to the libel suits filed against Claire Rewcastle Brown (Sarawak Report). They are planning to despatch "Khalid" to see Claire and get her to agree if the suit against her is withdrawn.

At the same time they also want Claire to cancel her counter suit and her counter claims.  I checked with someone who knows Claire who says she is in the dark about this plan.

If that is the case, do get ready Ms Brown. They must be prepared to pay big money to get out of this really stupid  mistake.  Another one of their strategic bungles.  

By the way, did you know that Kepala Bapak's entire team of media advisors are all "slow learners"? Yes they are UITM graduates. That Tengku fellow, Farid etc. I think even Sup Kambing Kuala Kangsar.  No wonder. Dudsville. 

If Kepala Bapak seeks to have the suits terminated, please ask for costs, plus, plus, plus.  If a high school failure (an MCE dropout) can be paid RM5 million for writing rubbish, surely withdrawing a suit which will embarass Kepala Bapak and his entire team of slow learners must be worth a lot more.  

Christmas can come extra early Ms Brown.  Do take them to the cleaners.

They are realising now that the defense filed by Claire Rewcastle Brown will embarass them to the sky. 

Plus they have hired the most expensive lawyer in the UK to file the suit.  Who is going to pay the legal fees, believed to run into a few million Ringgit ?  

What if that Bawang fellow just drops the suit because there is 'no more money' to pay the lawyers? That would be doubly embarrassing.

They cannot ask the ahli  lembu to donate more funds. The ahli lembus know the number plates of all those expensive cars that have been bought with that money.  They cannot be that stupid. Or can they?

As the stomach churns.

Posted by Syed Akbar Ali at 7:43:00 PM 

RM13 juta: Wanita isteri rakyat tempatan serta 17 wanita China dan Filipina ditahan

Wanita ditahan berhubung penemuan RM13 juta wang tunai di Sabah
Jason Santos · Diterbitkan pada 28 Nov 2017 4:09PM
JABATAN Imigresen Sabah telah menahan seorang wanita berusia 46 tahun berhubung RM13 juta yang dirampas dalam serbuan di sebuah hotel dan pangsapuri di Kota Kinabalu pada 24 November lalu.

Wanita itu merupakan isteri kepada salah seorang rakyat tempatan yang ditahan dalam serbuan waktu subuh itu.

Turut ditahan seorang lelaki warga Filipina dan 17 wanita China dan Filipina.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Mustafar Ali berkata, wanita itu ditahan di sebuah pangsapuri sekitar tengah hari tadi.

“Kami sedang menyiasat dari pelbagai dan berusaha untuk mengenal pasti segala kesalahan berhubung kes ini.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga polis terlibat untuk kes ini,” katanya dalam sidang media berhubung serbuan di Kota Kinabalu itu.

Sejumlah wang tunai berjumlah RM13,563,227.60 telah dirampas dalam dua lokasi berasingan. RM1.1 juta dari jumlah itu dijumpai dalam pangsapuri berdekatan sebuah hotel.

Mustafar berkata, wang tunai itu dijumpai tersembunyi dalam sebuah spa dalam hotel, selain pangsapuri itu juga dipercayai milik lelaki tempatan yang ditahan.

“Wang itu disimpan dalam kotak-kotak. Ada yang dijumpai dalam katil dan dalam almari di dua premis berasingan.

“Kami percaya wang itu diperoleh hasil dari perniagaan haram yang telah beroperasi banyak tahun seperti yang direkod oleh pengusaha. Wang ini dari tahun 2008 lagi,” kata Mustafar, menambah bahawa sebahagian dari wang tunai ini telah berkulat, menunjukkan bahawa ia telah lama disembunyi.

Mustafar percaya, pengusaha itu telah melanggar 10 undang-undang imigresen yang termaktub dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Katanya, mereka juga sedang mengenal pasti mereka yang masuk secara haram dan mereka yang tinggal lebih dari tempoh kerana ada wanita asing yang tidak mempunyai dokumen sah dan tinggal melebihi tempoh di Sabah.

“Agensi lain juga sedang mengenal pasti sama ada lelaki itu melanggar undang-undang. Lembaga hasil sedang menyemak rekod kewangan syarikat berkenaan sama ada mengelak cukai atau tidak,” katanya. – 28 November, 2017.

Ini baru selesai kes dadah........

2 tertuduh bakar sekolah tahfiz dilepas, dibebas kes dadah

  | November 28, 2017
Dua tertuduh yang masing-masing berusia 12 tahun dan 16 tahun dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan memasukkan ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL.
KUALA LUMPUR: Seorang remaja 16 tahun yang menghadapi pertuduhan membunuh 21 pelajar dan 2 guru dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah itu, hari ini dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret Kanak-kanak atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.
Majistret Zilfinaz Abbas juga membebas dan melepaskan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun atas pertuduhan dadah itu, selepas laporan Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur mendapati kedua-dua lelaki itu bebas pengaruh dadah.
Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang mewakili kanak-kanak itu dan Joanne Chua Tsu Fae yang bertindak bagi pihak remaja tersebut berkata, pihak pendakwaan juga menarik balik pertuduhan terhadap kedua-dua anak guam mereka.
Svetlana dan Joanne ditemui pemberita selepas prosiding secara tertutup di Mahkamah Majistret Kanak-kanak hari ini.
“Laporan patologi terhadap anak guam saya negatif dan pendakwaan tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya dan dia dilepas dan dibebaskan,” kata Svetlana yang turut menyampaikan rasa syukur ahli keluarga kanak-kanak terbabit dengan keputusan itu.

Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu tidak boleh dibebaskan kerana menghadapi pertuduhan membunuh 21 pelajar dan 2 guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah.
Kanak-kanak dan remaja terbabit didakwa memasukkan 2 jenis dadah, iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada 11.35 pagi, 16 September lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum 2 tahun serta perintah pengawasan polis selama 2 tahun.
Chua juga memaklumkan seorang lagi anak guamnya yang berumur 16 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dan mahkamah menetapkan 5 Januari depanuntuk pengurusan kes dan serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah serta Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Nordin Ismail.

Apakah pula SPR akan cakap untuk menyokong kenyataan Timb. Menteri itu

Johari pertahan pengundi tentera di kem belum siap
mk      Hari ini, 8:30 am
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum semalam mempertahankan kewujudan 1,051 pengundi tentera di kem Segamat, yang masih dalam pembinaan.

Beliau berkata pengundi tentera boleh ditempatkan di situ walaupun kem tersebut hanya akan siap pada pertengahan tahun 2018.

Dalam perbahasan debat Belanjawan 2018 semalam, Johari menyebut contoh lain di mana rejimen tentera diletakkan di sempadan di Sarawak meskipun kem belum siap.

Dalam keadaan sedemikian, katanya, anggota tentera yang ditempatkan di sana bertugas di sekitar kawasan itu.

Dalam kes lain, beliau mendapati terdapat pengundi tentera perlu menyewa rumah berhampiran.

Johari berkata demikian ketika digesa oleh beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) dan V Sivakumar (DAP-Batu Gajah) .

Mereka membangkitkan persoalan itu selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mendaftarkan pengundi di kem itu selepas menerima permohonan daripada tentera.

* Ini hanya perencana dan perancang penipuan manusia.......namun kita akan dapat lihat pula perancangan Allah yang Maha Bijak nanti

Habis buat apa lagi dok berumah di dalam PAS?

Politik saya bersama Pakatan Harapan, ramai lagi akan turut serta - Mahfuz
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani |  Diterbitkan pada November 27, 2017 16:46 MYT
MAHFUZ: Ramai lagi yang akan sertai Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akui perjuangan politik beliau kini bersama dengan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Mahfuz enggan menyatakan bilakah secara rasmi beliau akan menyertai salah satu komponen dalam PH.

"Saya sudah mengatakan daripada awal, hatta saya dicalonkan dari awal oleh Pas sendiri pun saya tidak bersedia untuk menjadi calon mewakili Pas pada pilihan raya akan datang.

"Yang penting kepada saya adalah untuk saya melihat peralihan kuasa berlaku daripada Barisan Nasional (BN) kepada PH.

"Saya sudah pun bersama Pakatan Harapan. Saya antara orang yang hadir dalam pembentukan PH. Masa akan menentukan (penyertaan rasmi dalam PH)," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Parlimen hari ini.

Malah, beliau percaya akan lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pemimpin Pas pelbagai peringkat akan menyertai PH. 

Keyakinan Mahfuz itu hadir susulan keputusan yang dibuat ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang mengumumkan penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata Pas Pusat tidak terkejut dengan keputusan Amiruddin.

"Kita tidak pernah dimaklumkan. Selama ini pun dia dah meletakkan (jawatan) sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah. Program-program Pas pun sudah lama dia tidak mahu hadir.

"Pejabat Pas pun dia jejak hari itu saja. Muktamar di Kedah pun dia tak hadir. Dia lebih mesra kepada Parti Amanah Negara dan Pakatan Harapan dan itu bukan berita yang mengejutkan kepada Pas," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Parlimen hari ini.

Malah, beliau yang juga Ketua Koordinator Pas Zon Utara berkata, Pas Pusat masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Amiruddin.

Gila: Pemandu teksi khayal

Tiga pemandu teksi khayal, miliki ganja ditahan
Diterbitkan pada November 27, 2017 23:06 MYT
Nazli (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas daripada tiga pemandu teksi yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Lapangan Terbang di kawasan Long Term Car Park di KLIA pagi ini, 27 Nov 2017. --fotoBERNAMA

SEPANG: Tiga pemandu teksi ditahan kerana memiliki dan positif dadah dalam operasi bersepadu lapangan terbang di kawasan Long Term Car Park di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Nazli Md Taib berkata dua lelaki ditahan memiliki bahan terlarang iaitu ketulan ganja mampat manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja dan syabu dalam operasi membabitkan 35 pegawai dan anggota.

Operasi bersepadu melibatkan JPJ, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula kira-kira 9.30 pagi hingga 2 petang.

"Dua lelaki dalam lingkungan umur 27 dan 46 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) atau Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala seorang lagi yang berumur 44 tahun disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Beliau berkata berkata dua pemandu teksi yang berada dalam keadaan khayal kerana baru sahaja selesai menghisap dadah ganja dan syabu ditahan di pintu masuk ketika hendak memasuki kawasan tempat letak kereta itu manakala seorang lagi mengaku menghisap dadah ditahan ketika ingin meninggalkan kawasan itu bagi mengambil penumpang kira-kira 10.30 pagi.

Hasil siasatan JPJ mendapati dua pemandu teksi terbabit menyorok ketulan mampat ganja di dalam kotak rokok dan diletakkan di bahagian bawah tempat duduk pemandu dan karpet kereta serta merampas peralatan dapur ganja moden yang terdiri daripada satu botol minuman ringan dan sebatang paip ganja.

"Peralatan dapur moden untuk menghisap dadah yang ditemui bersama suspek dipercayai boleh didapati secara dalam talian dan dilengkapi dengan satu set peralatan menghisap ganja yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata ini merupakan operasi kali pertama dilakukan di kawasan yang merupakan tempat teksi-teksi akan berkumpul kerana JPJ memandang serius kes penemuan pengambilan dadah dalam kalangan pemandu teksi.

"Operasi bersepadu ini akan diteruskan di tempat-tempat lain bagi memastikan pemandu teksi tidak memandu dalam keadaan khayal yang boleh membahayakan penumpang," katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, JPJ juga telah menyita sebuah lori dan menahan seorang warganegara Indonesia berumur 20-an kerana memandu lori berkenaan tanpa lesen memandu yang sah selain memiliki pasport tamat tempoh. Pemandu itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga telah memeriksa 150 teksi pelbagai jenis, dan daripada jumlah itu, 20 kenderaan diambil tindakan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV) tamat tempoh dan cermin gelap," katanya.  - sumber

Monday, November 27, 2017

Seluar dalam Jong Nam penuh najis kesan agen VX

  | November 27, 2017
Pakar Perunding Perubatan Forensik Dr Nurliza Abdullah yang menjalankan bedah berkata, kesan najis yang banyak pada seluar dalam mangsa ada kaitan dengan tanda keracunan.
SHAH ALAM: Seorang pakar hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, seluar dalam Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara yang didakwa mati akibat diracun agen saraf VX, dipenuhi najis.
Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nurliza Abdullah, 52, yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Jong Nam berkata, kesan najis yang banyak pada seluar dalam mangsa ada kaitan dengan tanda keracunan.
Saksi itu berkata, dalam kes berkenaan, tanda-tanda keracunan dialami Kim Chol adalah disebabkan keracunan agen saraf VX.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin semasa pemeriksaan utama, saksi itu berkata, kesan keracunan ke atas mangsa menyebabkan pergerakan otot beliau berkecamuk seterusnya menyebabkan najis terkeluar dengan sendiri.
“Mengikut pemahaman saya, keracunan membabitkan agen saraf menyebabkan seseorang individu mengalami ‘cholinergic’, iaitu pelumpuhan otot dan pergerakan otot berkecamuk seterusnya menyebabkan najis terkeluar dengan sendiri,” katanya.
Saksi ke-19 itu memberi keterangan pada perbicaraan kes warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, didakwa bersama-sama 4 yang masih bebas membunuh Jong Nam, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9.00 pagi, 13 Februari lalu.
Ketika menjawab soalan Wan Shaharuddin, Dr Nurliza berkata pemeriksaan juga mendapati anak mata mangsa juga menjadi kecil dan itu adalah abnormal kerana kebiasaannya perkara itu disebabkan berlakunya keracunan.
Saksi ke-18, Sarjan Shamsul Bahrin Abdullah yang bertugas di Balai Polis klia2 pula memberitahu mahkamah bahawa beliau menghubungi Kedutaan Korea Utara pada 4.50 petang, 13 Feb lalu untuk memaklumkan mengenai kematian warganegara itu.
Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad, beliau berkata, panggilannya dijawab oleh seorang lelaki dikenali dengan nama Kim Yu-Song iaitu Kaunselor Kedutaan Korea Utara yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
“Saya memberitahu Kim Yu, ada satu kematian berlaku membabitkan warga Korea Utara dengan nama Jong Nam dan saya juga memberi nombor pasport si mati serta meminta wakil kedutaan datang ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk proses pengecaman mayat.
“Kim Yu tidak memberikan apa-apa respons kecuali berkata ‘ya dan terima kasih’…Selepas itu saya masuk ke bilik mesyuarat balai polis klia2 tempat saya menyimpan barangan si mati dan nampak beberapa pegawai Cawangan Khas berpakaian pereman berada di dalam bilik itu.
“Seorang daripada pegawai Cawangan Khas itu beritahu saya bahawa si mati adalah abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara,” katanya sambil menambah beliau terkejut apabila mengetahui perkara itu.
Saksi itu berkata tidak berapa lama kemudian, beliau menerima panggilan daripada Kim Yu yang bertanyakan lokasi mayat si mati ditempatkan dan tarikh bedah siasat.
Katanya, Kim Yu kemudian mengesahkan kehadirannya selepas diberitahu mayat ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya dan bedah siasat akan dijalankan pada keesokan hari pukul 10.00 pagi.
“Keesokan hari, ketika berada di lobi Jabatan Forensik, saya melihat ada 3 lelaki dengan iras bangsa Cina masuk ke dalam lobi… Dua daripadanya memakai baju kemeja manakala seorang lagi yang agak berusia memakai baju labuh.
“Saya dengar lelaki yang agak berusia itu memperkenalkan diri sebagai Kim Yu kepada petugas kaunter hospital… Saya kemudian menghampiri lelaki itu dan memperkenalkan diri dan dia hanya menjawab ‘terima kasih’,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung esok.