Ungkapan di atas tu aku setuju
Sebab tanpa izinNya Barak Obama dan David Cameron serta Putin tidak akan memegang kuasa. Yahudi pula Allah mengizinkan menguasai dunia
Begitu jugalah UMNO!
Jadi adakah Obama itu benar dan beriman?
Adakah David Cameron itu betul di sisi Allah?
Adakah Putin itu tidak sesat dan berada di jalan benar?
Adakah Yahudi itu bangsa yang baik dan jujur serta patuh kepadaNya?
Adakah Allah meredhai mereka?
Maka di manakah jaminannya yang UMNO juga benar, beriman dan tidak sesat?
Satu perkara lagi pandangan matanya yang terbalik dan pelik
Dia kata Tok Guru yang zuhud dengan murid dan pengikutnya puluhan ribu adalah sesat dan 'penyesat'
Tapi Perasuah, Peneguk Air Setan, Pemecah Amanah Rakyat, Pengelek Perempuan, Penyimpan Perempuan dan segala macam 'Pe' yang ikut kehendak syaitan adalah benar dan tidak pernah sesat!
Kesian dia, sesat yang tidak sedar dirinya sesat!
Sudah, sudahlah wahai Melayu celup, Hang Auta dan belit Melayu UMNO tu bolehlah
Berhentilah Hang buat lawak bodoh di hadapan Rakyat Malaysia yang ada otak!
Reezal: 'Allah pilih Umno untuk diberi amanah, kuasa'
Seorang perwakilan mempertahankan Umno daripada usaha PAS yang menganjurkan doa bagi kehancuran parti berkenaan dengan alasan bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dan kuasa bagi melakukan kerja Islah di negara ini.
Perwakilan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam ucapannya juga berkata, soal menentukan kuasa pentadbiran sesebuah negara adalah hak Allah."Dalam soal kuasa, sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air.
"Umno dah diberi amanah, diberi kuasa... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah, keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.
Dalam ucapannya, Reezal turut mempersoalkan gelaran "Musyidul am" yang diberikan PAS kepada pemimpinnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Gelaran "mursyid" itu bermaksud "petunjuk", tetapi Nik Aziz sebelum ini didakwa memberi gambaran bahawa Umno merupakan parti murtad, kata Reezal.
"(Sebaliknya) ini 'Mudhilul 'Am, penyesat nombor satu," katanya sambil mambaca sepotong ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kisah nabi Musa dan Fir'aun.
Turut menjadi sasarannya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "pengkhianat" atas beberapa kenyataan ketua umum PKR itu yang didakwanya menyokong keselamatan Israel.
"Barack Obama, David Cameron tidak (pernah) mengeluarkan (kenyataan)... Tidak ada keluar melainkan ketua pembangkang. Bukankah itu (dikatakan) pengkhianat?," kata Reezal.