PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Pengumuman
Sunday, January 31, 2010
Dua Kali Lima Saja
Kenyataan di bawah saya petik dari dari sini
Umno dan Barisan Nasional (BN) membuka seluas-luasnya pintu parti itu kepada pemimpin dan anggota parti dari pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan asal mereka.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno mengajak mereka berbuat demikian ekoran kepincangan parti dalam pakatan pembangkang kini semakin terserlah apabila wujudnya beberapa krisis sesama mereka sejak kebelakangan ini.
Rais DiCabar Ku Li
Royalti lagi. Beranikah Rais?
“Kalau dia (Rais) fikir begitu elok dia bawa ke mahkamah, saya tidak ada kuasa juga. Dia (Rais) tahu sejarah, saya tak tahu sejarah"
“Saya bercakap apa yang diperuntukkan akta dan oleh perjanjian yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan negeri dengan restu kerajaan Pusat diketika itu, ini yang dipakai sampai sekarang".
Ku Li cabar Rais anak Yatim baca sepenuhnya di sini
Saturday, January 30, 2010
Agaknya Perlu Ke Tadika Semulakah?
Pada saya Wartawan Berita Harian yang melaporkan suasana Solat Hajat di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu pada 28.1.10 (malam) di bawah tajuk "Ku Li cadang tubuh jawatankuasa pemantau" yang dimuatkan di dalam Berita Harian hari ini 30 Jan. 2010 perlu ke Tadika semula untuk belajar mengira.
Logikkah kehadiran Rakyat Kelantan berSolat Hajat seperti gambar di bawah adalah hanya 20,000 orang. Mungkin budak darjah tiga yang membaca laporan ini pun akan gelak.
Untuk makluman, Terrace di sekeliling padang itu saja sudah boleh muat 25,000 penonton itu pun penuh sesak. Yang di atas padang pula berapa agaknya? Jadi adakah wartawan ini tidak nampak manusia yang berada di atas padang? Pada saya Tok Awang 'ceme' pun boleh kira! (ceme bermakna buta sebelah mata - Bahasa Kelantan)
Tahniah JK Disiplin PAS Dan Aduka
Juga saya ucapkan Tahniah kerana hari ini juga adalah hari Persandingan di sebelah Pengantin Lelaki/Menyambut menantu di Seremban. Tapi kalau ikut adat Kelantan tidak ada persandingan di majlis Menyambut menantu. Yang ada hanyalah Solat Hajat atau Doa Selamat.
Bagi PAS pula,
ramai Penyokongnya yang bengang dengan keputusan JKDnya yang berbeza terhadap YB. Khalid Samad dan Hassan Ali. Keputusan yang nyata dari Mata yang buta dan Telinga yang pekak!
Apakah Khalid Samad digantung daripada parti tersebut hanya kerana beliau mempertahankan prinsip PAS dan turut mempertahankan Pakatan Rakyat?
Apakah Hassan Ali hanya diberikan amaran bertulis oleh kerana berjaya menghuru-harakan Pakatan Rakyat dan menghilangkan hormat rakyat terhadap parti tersebut?
Gambar ciplak dari neutral daily
Saya, Keluarga dan Sahabat yang bersimpati kepada PAS sebelum ini hanya tunggu bukti yang bakal menggegarkan PAS di PRU13 nanti. Buat masa ini saya tidak menoleh untuk senyum PAS dan tak akan mendermakan lagi walau satu sen pun.
Tekakku masih terasa pedih akibat menolong PAS semasa Pilihanraya Negeri di dalam MAGERAN dulu.
Tambahan : Maklumat lanjut Hukuman JK Displin PAS oleh EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG baca di sini
Friday, January 29, 2010
Rakyat Yang Bermaruah
Jadi di manakah duduknya taraf Mustafa Mohammad di kaca mata Kerajaan Pusat yang didokong olehnya?
Bangsat? Bacul? atau Pengemis?
Di bawah adalah Rakyat Kelantan yang ada maruah. Mereka tetap menuntut hak!
Di Selangor pula lain ceritanya.
Hassan Ali terlepas dan Khalid Samad "tergantung!"
Seingat saya kesalahan Hassan Ali amat jelas dan nyata. Siap dengan vedio sekali. Seantaro Malaya sudah tahu. Sudah riuh rendah suara bantahan dari manusia yang celik di bumi yang bernama Malaysia.
Tapi kerana kroni, Hassan terlepas. Bukankah Hassan Ali adalah "Orang Kuat" UG?
Ini saya yang tuduh. Orang luar nak kata apa, katalah. Saya dah bengang ni!
Saya pinjam kata-kata Tulang Besi "Kalau Khalid benar2 bersalah, saya pun tak sokong dia. Tapi apa sebenarnya kesalahan Khalid? Saya ingin bertanya".
Saya juga bukan penyokong Khalid tetapi saya junjung keadilan. Kalau inilah keputusan yang diperam berbulan-bulan baru dikeluarkan. Saspen bagai nak gila tapi inilah keputusanya.
Apa bezanya dengan UMNO? Ambillah bahagian kau Khalid.
Thursday, January 28, 2010
Kenangan Sehari Bersama TG Sidi Abd. Latiff
TG Sidi Abd. Latiff adalah seorang Pendakwah dan Penceramah bebas pada era lewat 60'an dan awal 70'an. Manakala TG. Sheikh Othman pula adalah rakan seperguruan kepada Arwah Guru saya yang pada masa itu tinggal di Bagan Serai. Namun begitu saya hanya sempat berkunjung dan bertemu dengan TG Sidi Abd. Latiff sahaja sebelum mereka meninggal.
Jadi untuk memenuhi hajat Guru dan saya pun memang ingin berjumpa dengan seorang manusia yang namanya cukup gah di bidang dakwah pada masa itu, maka saya dan seorang kawan bermotosikal ke Seberang Takir mencari rumahnya.
Setelah bertanya sana sini, pada jam 6.00 petang lebih kurang saya sampai di rumahnya dan memberi salam. Salam dijawab dan dipersilakan naik ke rumah. Saya terangkan tujuan kedatangan saya dan sampaikan salam Guru kepadanya. TG Sidi Abd. Latiff kelihatan cukup gembira dengan kedatangan kami. Dengan ceria beliau mempelawa saya bermalam di rumahnya. Tapi yang anihnya beliau tidak pula mempelawa kawan yang datang bersama saya. Saya dan kawan saya itu berpandangan antara satu sama lain. Rupanya kawan saya itu faham apa yang tersirat dipandangan mata saya. Dengan bersahaja dia berkata "Din, kau tidurlah di sini. Aku akan balik bermalam di rumah Bapa Saudara aku di Kuala Terengganu. Esok selepas Solat Jumaat aku akan datang ambil". Jadi dengan hati yang terkilan saya melepaskan kawan saya balik ke Kuala Terengganu. Saya bermalamlah di situ. Ketika itu TG Sidi berada di rumah isterinya yang Ketiga. Sebenarnya TG Sidi ini beristeri tiga. Isteri Pertama dan Isteri Kedua tinggal di satu rumah lain yang berdekatan.
Ketika saya sampai tadi saya dapati TG Sidi menghidap Selesema yang teruk dan Batuk. Beliau tidak melepaskan tuala kecil "Good Morning" dari hidungnya menahan hingus yang menitis. Selepas solat Isyak dan makan malam beliau tetap juga gagah bersembang dengan saya berkenaan berbagai hal. Dari aspek dakwah, amalan, Kuliah Agama dan pengalaman pahit manisnya ketika menjalankan dakwah. Beliau pernah ditembak dan dihalau dengan pedang tetapi beliau cukup beristikamah dengan pekerjaan dakwah. Beliau redha dengan apa yang ditakdirkan kemudian. Kami bersembang sehinggalah jam 2.00 pagi. Selepas beliau tunjukkan bilik tidur saya, beliau minta izin untuk solat sunat dan zikir di bilik solat yang bersebelahan dengan bilik yang saya tidur.
Apa yang saya dengar dari mula saya baring sebelum terlelap, beliau solat dan selepas itu beliau berzikir sehinggalah saya tertidur. Satu keanihan bagi saya, bila saya terjaga jam 5.00 pagi untuk Solat Subuh saya masih mendengarnya berzikir. Ini bermakna malam tadi beliau tidak tidur. Saya berfikir panjang dan berkata di dalam hati "Padanlah TG Sidi ini dikatakan berkat, dalam keadaan sakit begitu pun beliau tidak tidur malah beribadat sehingga subuh"
Solat Subuh kami berjemaah di Masjid bersebelahan rumahnya dengan beliau yang menjadi Imam. Selepas Solat dan berwirid, beliau sambung dengan Kuliah Subuh sehinggalah jam 8.00 pagi. Selepas itu beliau mempelawa saya ke rumah Isteri Pertama dan Keduanya untuk bersarapan pagi.
Selepas sarapan pagi kami bersembang lagi bersama beliau dan anak-anak lelakinya. Sempatlah saya terima apa yang diperturunkan kepada saya ketika itu. Cuma satu perkara yang beliau akan perturunkan kepada saya bila saya menjenguknya pada lain masa. Beliau akan perturunkan "Lesen Hidup" pula. Saya ternganga kerana tidak faham. Beliau kata "Kalau kamu berlanggar dengan kereta pun, kereta akan koyak!". Fahamlah saya lebih kurang.
Kami bersembang sehinggalah tiba waktu Solat Jumaat. Selepas Solat Jumaat dan makan tengahari, kawan saya datang jemput dan kami pulang.
Pada fikiran saya beliau memang anih, bilakah beliau tidur? Walau pun tidak tidur semalaman dan sakit pula, beliau tidak nampak letih dan mengantuk. Menguap pun tidak. Ajaib sungguh.
Wednesday, January 27, 2010
AT Di Bukit Aman
Oleh kerana saya terlibat sama di dalam kes penyerahan diri Aduka, sebagai followupnya saya tumpang dari laporan Topeng Perak di Blog Perisik Rakyat.
"Topeng, kau marah pun Pak Din dah copy pun!"
Salam 1 Bukit Aman...
Hahaha... aku baru dapat call dari Bukit Aman dan dapat bercakap dengan AT. buat masa ni AT sedang memberi keterangan berkaitan dengan kesnya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).
Semuanya berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang baik. makan, minum sedap, nak solat pun tak de masalah sebab kemudahan untuk beribadat juga disediakan.
Aku pun dah hubungi peguam AT di Kuala Lumpur dan minta beliau berhubung dengan AT disana. AT kirim salam pada semua dan mohon maaf atas kesilapan dia. so tak payah risau... sama-sama kita berdoa untuk kebaikan AT.
- Yang Benar Tetap Benar, Yang Salah Tetap Salah..!"
Tuesday, January 26, 2010
Update Kes Aduka
Mengikut Pegawai Polis di IPD, hari ini juga akan dihantar ke Bukit Aman untuk siasatan dan kenyataan. Tindakan selanjutnya bergantunglah kepada siasatan di sana.
Di kesempatan ini juga saya secara peribadinya memberikan setinggi penghargaan kepada semua Pegawai dan Anggota Polis di Bahagian Jenayah Perdagangan di IPD Kota Bharu yang berhemah dan mesra Pelanggan. Kami yang pergi ke sana untuk berjumpa dengan Aduka dilayan dengan mesra dan berhemah. Begitu juga layanan yang diterima Aduka, walau pun Aduka adalah Orang Yang Kena Tahan.
Di Mahkamah juga Aduka diberikan perlindungan dari tumpuan Wartawan dan orang ramai.
Monday, January 25, 2010
Kes Aduka
Berita tambahan :
Beliau akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu jam 9.00 pagi sebelum dibawa ke Bukit Aman. Kami Bloggers Kelantan bersepakat akan hadir untuk memberi sokongan moral.
Sunday, January 24, 2010
Kesal Dan Bimbang
Tulisan kritis dengan bahasa yang beridentiti sendiri beliau mengagumkan saya. Tetapi di masa yang sama saya juga merasa kesal dan susah hati sebagaimana beliau (Aduka) di atas keterlanjurannya. Yang susahnya kemungkinan permohonan maafnya tidak diterima dan sekiranya ada tindakan susulan, akibatnya nanti beliau terpaksa tanggung sendiri. Inilah risikonya berblog dengan kurang cermat.
Saya juga berdoa semuga beliau tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa.
Sahabat aku, Aduka Taruna telah terlanjur. Posting ketelanjuranya telah dipadam dan yang tinggal cuma pernyataan permohonan maafnya di sini. Print screen posting asalnya terdapat di beberapa blog, itu cari sendiri lah. Aku tak lekat di entri ini kerana masih hormat pada sahabat.
Aku tak maafkan Aduka... sebab dia tak buat salah pun dengan aku, kenapa aku mesti maafkan dia. Cuma sebagai kawan, aku agak kecewa kerana Aduka secara teknikalnya telah merosakkan nama baiknya sendiri dan lebih menyedihkan, hampir menjahanamkan haluan perjuangan yang dibawa oleh beliau sendiri - Projek Langgar Hadi di Rusila. Ya, memang aku kecewa. kenapa perlu aku sembunyi kecewa tu.
Namun sebagai sahabat, aku harus bersikap supportive, sekurang-kurangnya dari segi sokongan moral. Aku tak suruh pun aduka berubah, sebab wataknya amat diperlukan, dan yang penting, idea-idea kebijaksanaan serta gerakan dari orang seperti beliau sangatlah ditagih. Acap kali aku bentangkan bahawa AT adalah seorang idealist radikal yang realistik.
Kenangan Lalu
Sebelum ini PAS memerintah Kelantan selama 18 tahun bermula dengan kemenangan PAS pada tahun 1959 selepas dua tahun Malaya mencapai kemerdekaan sehinggalah 18 tahun kemudian PAS dihanyutkan oleh Barisan Nasional pada Pilihanraya 1978 setelah Kelantan diMAGERANkan dengan perancangan Ku Li dan Tukang Soraknya Ibrahim Ali.
Bermula dari
Melalui apa yang saya nampak berdasarkan sejarah di atas, edah atau jangka masa peralihan sudah pun melepasi lazim. Suka saya berpesan atau mengejutkan PAS, selesaikan segala kemelut dan kerenah yang merugikan Rakyat Kelantan. Sila tunduk dan pandang ke bawah adakah bumi Kelantan masih segar kehijauan atau sudah kelam kebiruan?.
Kepada Pemimpin yang dipilih oleh Pengundi atau yang dilantik oleh Parti, berwaspada dan jagalah tindak tanduk, tingkah laku dan perangai masing-masing. Perangai yang tidak elok/tidak senonoh/tamak dan hasad dengki akan dipandang amat huduh/jelik kerana anda mendukung sebuah parti Islam yang bernama PAS. Selama ini mungkin Rakyat menghormati dan memandang tinggi terhadap anda kerana dikatakan parti yang anda wakili (PAS) adalah berteraskan agama Islam dan anda adalah Pemimpin Islam.
Jangan pula biarkan Rakyat meluat dengan tindak tanduk dan perangai anda. Jangan biarkan Rakyat Kelantan muak. Semua orang tahu, bila Rakyat Kelantan sudah muak-loya maka akan dihumbankan kejijikan itu ke Sungai Kelantan untuk dihanyutkan.
Pemerintahan Kerajaan Kelantan akan bertukar tangan dengan izin Allah. Apa yang saya katakan ini adalah hanya satu peringatan kepada Kerajaan Negeri dan Pemimpin yang ada sekarang. Bukan dengki atau marah tetapi "Marah sayang"
Friday, January 22, 2010
Kisah Isteri Yang Taat
Kisahnya begini:
Beliau adalah seorang wanita/isteri yang taat. Taat pada Allah dan taat pada suami walau pun sang suami bukanlah seorang suami yang baik dari sudut sebagai seorang suami dan tidak juga baik sebagai seorang hamba Allah. Siisteri selalu mengingatkan sisuami supaya menjadi hamba yang taat kepada Tuhannya. Ditakdirkan beliau meninggal dalam usia yang masih muda. Setelah sekian lama menderita sakit, akhirnya beliau dipanggil Allah ketika usia 40 tahun.
Semasa hanyatnya beliau sentiasa melayan suami sebagaimana seorang suami berhak dilayani oleh siisteri walau dalam apa keadaan sekali pun. Beliau tetap melayan suami dengan ikhlas. Namun sisuami tidak pernah berterima kasih dan tidak pernah menghargai apa yang siisteri lakukan.
Semasa nazaknya, beliau minta diperbetulkan kedudukannya supaya menghadap Kiblat. Dan tidak lama kemudian beliau dipindahkan Allah ke alam Baqa di dalam keadaan tenang dan redho.
Sebelum ajalnya beliau sempat berpesan kepada sang suami meminta suaminya sendiri turun ke dalam liang kubur menurunkan jasadnya dan diletakkan di tempatnya. Satu lagi pesanya supaya sisuami mengambil segempal tanah di dalam liang kubur di bahagian kepala jasadnya dan mencium. Dengan yakin beliau berkata yang tanah itu akan berbau harum.
Sisuami pula setelah isterinya tinggal jasad barulah rasa kesal menerjah jiwanya dan dengan kesal sisuami menuruti semua pesanan siisteri. Setelah Jenazah diturunkan dan kedudukannya diperbetulkan, sebelum jenazah ditimbus sisuami mengambil segempal tanah sebagaimana pesan arwah isterinya. Setelah dicium, memang tanah itu berbau wangi sebagaimana kata-kata Arwah!
Wallahu Aklam.
Wednesday, January 20, 2010
Dialog Yang Tidak Patut Di Tuturkan Di Pejabat Kerajaan
Saya dengan perasaan bengang menjawab "Awak tak reti Melayukah?. Saya dah kata tadi yang surat itu dari Pejabat Pengarah awak dihantar ke sini pagi tadi. Kalau tak ada kat sini, carilah kat dalam" Bila dia nampak saya marah dia terus masuk dan seketika kemudian, seorang pegawai lelaki pula keluar dengan membawa sekeping surat di tangan. Dengan selamba dia berkata "Surat ini ada dalam bakul kat dalam, baru pagi ini sampai dari Bilik Pengarah". Saya kata yang saya perlukan satu salinan surat yang bermemo itu untuk saya bawa ke sekolah. Dia menjawab "En. kena tunggu Haji M... /Ketua Unit masuk, sekarang dia bercuti". Saya tanya dia "Bila Haji M... masuk?" Dia kata "Tak tahu bila!". "Aih pelik sungguh jabatan ini, Boss cuti pun, anak buah tak tahu" kata saya di dalam hati.
Lagilah saya naik marah dan berkata "Boss awak ni besar dari Mahathirkah? bercuti sehingga anak buah pun tak tahu bila masuk!" Saya menambah "Mahathir pun kalau bercuti, semua orang tahu, paling tidak Setiausahanya dan Abdullah Badawi mesti tahu" (Masa itu Tun Mahathir adalah PM dan DS Abdullah adalah Timbalannya). Saya menyambung dengan berkata lagi "Saya mahu satu salinan surat itu untuk di bawa ke sekolah, anak saya dah seminggu tak sekolah".
Dia masuk ke dalam dan keluar dengan satu salinan photostat surat itu dan serahkan kepada saya sambil berkata "Encik kena datang balik jumpa Haji M..." saya menjawab "Encik sendiri tidak tahu bila dia masuk tapi Encik minta saya datang balik jumpa dia?" (Pegawai ini lebih beradap dengan bahasanya) dan saya menyambung " Saya tidak peduli, itu kerja Haji M.... Kalau dia nak jawab surat ini dia jawab, kalau tak nak pun lantak dialah. Yang penting bagi saya satu salinan surat ini sahaja"
Selepas ucapkan terima kasih dan salam saya pulang.
Ini adalah kes semasa anak kedua saya yang belajar di MRSM Kuala Lipis ketika itu dan nak pindah balik ke sekolah lamanya SMK Dato' Ahmad Maher di Kota Bharu. Sebenarnya pihak MRSM dan SMK Dato' Ahmad Maher sudah memberi lampu hijau.
Apa akan jadi sekiranya kerenah begini terjadi kepada orang kampung yang tinggal jauh dari Kota Bharu. Pastinya menyusahkan. Untuk selesaikan masalah, terpaksalah berulang alik sedangkan perkara itu boleh diselesaikan tanpa Pengawai/Ketua unit terbabit. Dan sudah pastinya dia tidak akan pergi jumpa Pengarah. Jadi dia akan serahkan saja di peringkat bawahan. Berapa lama agaknya akan selesai?
Monday, January 18, 2010
Politik dan Royalti Minyak Kelantan - Pandangan Zaid Ibrahim
Petikan kenyataan di dalam wawancara Dato' Zaid Ibrahim dari The Blog of My life.
Soalannya : Berdasarkan pengalaman Datuk bersama Umno Kelantan, adakah Datuk melihat Umno mempunyai pemimpin yang boleh mengambil alih Kerajaan Kelantan?
Umno ada duitlah. Jadi parti yang ada duit ini kita kena awasi jugalah. Macam Sabah dulu jatuh sebab duit jugak. Dengan Wang Ehsan ini dia mesti guna duit jugak. Dia akan guna untuk menang pilihanraya. Kita tidak boleh mengambil mudah dengan beberapa ratus juta yang sepatutnya rakyat dapat, Umno akan guna duit ini. Sebab itu saya fikir baiklah Pakatan jelaskan perkara ini contohnya isu minyak.
Bagi saya bila Kerajaan tidak beri royalti minyak kepada Kelantan, sepatutnya rakyat Kelantan tidak undi lagi BN sebab ini satu penipuan besar-besaran. Apa sebenarnya wang ehsan? Kalau tidak ada hak langsung kenapa bagi juga? Kenapa tidak bagi kepada Johor atau negeri-negeri lain? Sebabnya mereka rasa berdosa kalau tidak bagi sebab itu wang rakyat. Tindakan BN dalam isu ini pada saya, kalau saya sebagai rakyat Kelantan, saya tidak boleh maafkan dan saya tidak akan undi BN lagi. Tapi tidak semua orang macam itu. Jadi jelas bagi saya, sebagai negeri miskin, kalaulah duit itu diberikan bukankah banyak benda yang boleh dibuat. Macam Datuk Mustafa kata kita tidak ada hak. Kalau tidak ada hak, nak bagi buat apa? Macam Terengganu. 19 tahun bagi royalti tapi bila PAS perintah dia panggil Wang Ehsan jadi rakyat tahu muslihat mereka ini. Tak perlu rujuk undang-undang antarabangsa. Berbalik kepada soalan tadi, saya bimbang dengan duit yang banyak ini, banyak perkara yang boleh mereka lakukan seperti di Manek Urai dulu. Mereka ada duit banyak, PAS menang tipis sahaja.
Jadi untuk mengatasinya, rakyat Kelantan mesti diberikan kesedaran politik yang tinggi. Yakinkan mereka bahawa masa depan negeri Kelantan, anak cucu mereka bergantung kepada politik yang telus dan jelas. Pakatan Rakyat akan memberi wang ini kepada Kelantan malah kita buat keputusan, sekiranya BN menang di Kelantan, dan kita mentadbir Kerajaan Pusat, kita akan bagi kerana rakyat pilih mereka. Kita kena hormat. Tapi BN mana tahu hormat undang-undang. Moral pun tidak ada. Kita kena sedarkan rakyat Kelantan. Dosa tidak bagi royalti ini tidak boleh dimaafkan. Bila kita bising, barulah ada Wang Ehsan. Kalau kita tidak bising, Wang Ehsan pun tidak ada. Patutnya Kelantan menolak BN sebab perkara ini.
Apa komen anda?
Sunday, January 17, 2010
Bazar Tok Guru Dari Lidah Husam
Tuhan mencipta manusia dengan bakat yang berbeza.
Apabila artis cuba mentafsir angka, fakta ekonomi sudah menjadi lukisan abstak.
Mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali.
Perjanjian antara PMBK dengan Sensa Timur telah tertandatangani. Sensa Timur akan membina sebuah Bazar tiga tingkat dengan perbelanjaan syarikat. Tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM 40 juta akan diserahkan kepada PMBK. Pulangan untuk Sensa ialah tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut. Sebahagian tanah pula akan digunakan sebagai jalan untuk laluan baru dan juga kegunaan awam yang lain.
Nilai Bazar tingkat bawah itu ialah RM 23 juta.
Sekarang, peniaga yang hendak ditempatkan di Bazar ini mahukan tingkat bawah juga dijadikan sebagai lot untuk mereka. Bazar ini sepenuhnya untuk para peniaga kecil. Itu yang mereka mahu. Kerajaan pula, memang bercadang melindungi terus para peniaga kecil ini dengan kedudukan perniagaan yang strategik. Itu hasrat Tok Guru.
Kalau Kota Bharu dikatakan barangan dengan harga murah, mungkin sebahagian ialah kerana kos premis yang juga murah. Kalau premis sudah berharga mahal, barangan yang dijual juga perlu naik harga.
Keperihatinan Tok Guru dalam isu ini amat jelas.
Menjelang pilihanraya yang lalu, isu ini berbangkit sekali lagi kerana Pasar Lama MPKB yang telah berusia lanjut dan disahkan uzur, perlu dirobohkan. Ke mana peniaga di situ akan ditempatkan?
Mereka bersetuju Bazar Tok Guru adalah 'sarang' perniagaan mereka yang baru.
Mungkin ada sedikit 'over look' di pihak PMBK ketika menandatangani perjanjian itu. Mungkin PMBK beranggapan mana-mana tingkat adalah ok bagi peniaga.
Selepas peniaga membangkitkan semula isu ini dan memohon jasa baik Tok Guru untuk tetap menjadikan premis utama perniagaan mereka di tingkat bawah, selain lain-lain tingkat, Tok Guru telah bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Timbalan Menteri Besar. Jawatankuasa ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kelantan.
Jelas, kelebihan Tok Guru. Jarang pemimpin akan bersikap lunak atas nama hasrat dan permintaan rakyat dan terbuka untuk apa sahaja perubahan asalkan ia boleh memberikan kepuasan kepada pelanggan iaitu rakyat jelata. Kenapa sikap dan pendirian Tok Guru ini tidak dibesar-besarkan dan disanjung?
Jawatankuasa ini telah beberapa kali bermesyuarat, termasuk dengan wakil peniaga. Keputusan terakhir Jawatankuasa telah dimaklumkan untuk persetujuan Exco Rabu lepas.
Kerajaan akan membeli dari Sensa Timur, mewakili para peniaga, bahagian mereka dari Bazar ini iaitu tingkat bawah, dengan harga nilaian RM 23 juta.
Tujuannya ialah supaya tingkat bawah tersebut boleh dijadikan lot peniaga kecil dan boleh dijual atau disewajual kepada para peniaga.
Jika setiap lot dijual dengan harga RM 60,000, dengan jangkaan lotnya sebanyak 383 lot, Kerajaan boleh mendapatkan semula RM 23 juta tersebut. RM 23 juta itu sebenarnya hanyalah bayaran pendahuluan oleh Kerajaan. Lagipun, ia tidak perlu dikeluarkan serta merta dan mungkin hanya perlu dibayar selepas pembinaan disiapkan. Ini bermakna, dalam tempoh pembinaan, Kerajaan sudah boleh memulakan jualan lot-lot berkenaan.
Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?
Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang.
Antara peniaga yang akan dipindahkan ke bazar baru ini selain peniaga Arked Lama MPKB ialah peniaga Arked Uda.
Kalau Arked Lama MPKB dikatakan uzur, peniaga Arked Uda pula perlu berpindah kerana Uda akan mendirikan gedung perniagan baru mereka di tapak yang ada sekarang.
Uda ditubuhkan untuk menjaga kepentingan strategik orang Melayu di pusat-pusat bandar.
Dalam perjalanannya yang jauh, fungsi UDA semasa penubuhannya dulu mungkin telah beransur berubah.
Bangunan yang besar dengan ruangan niaga yang mahal, dicampur orientasi keuntungan, sedikit demi sedikit meletakkan tanggung jawab sosial semakin terpinggir.
Dalam kes ini, Kerajkaan Negeri pula terpaksa mengambil alih peranan UDA dengan peniaganya sendiri di Arked mereka terpaksa mencari tempat bernaung di bazar yang akan didirikan khas oleh Kerajaan Negeri.
Ini sebenarnya sudut yang harus dilukiskan dengan penuh perasaan oleh artis-artis. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang masih ingat kisah peniaga kecil ini yang terpaksa berpindah randah, bermula darti Medan Hijau berdekatan Bangunan UMNO Negeri Kelantan sekarang, satu masa dulu.
Atas sebuah perjalanan yang datang bersekali dengan pertukaran Kerajaan pada masa itu dan sebuah obligasi sosial yang akan dijayakan oleh Tok Guru, RM 23 juta bukan pertaruhan tanpa perhitungan.
Ia gambaran komitmen Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya , termasuk para peniaga dan atas tujuan memenuhi obligasi sosial sahaja, ia selamanya bukan sebuah kerugian.
Bagaimana maklumat ini bocor?
Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan.
Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Waklil PMBK juga mungkin hadhir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini, Ia kemudian dibincang dalam Exco.
Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.
Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka.
Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS.
Rasanya sudah lebih empat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya.
Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya.
Sebabnya, isu yang dibangkitkan tidak faktual. Ia lazimnya dicampurkan dengan fantasi dirinya sendiri. Ia sampai lebih tahu apa ada dalam hati kecil kita dari kita sendiri. Ia sampai memasang niat saya seakan dia adalah saya dan saya adalah dia.
Tapi itu bukan kerja baru.
Islam telah mengajar semua itu.
Selagi kita benar, kebenaran akan terserlah, lambat atau bangat.
Keputusan kedua mahkamah itu adalah contohnya.
Serangan seperti ini amat bertunjangkan kebencian, bukan kejujuran.
Dalam kes baka-baka kambing tadi, kisah bermula apabila saya meminta bekalan yang hendak dihantar kepada Kerajaan mestilah dijalankan melalui proses tawaran harga. Tawaran syarikat lain untuk spesifikasi sama ialah semuanya di bawah RM 900.
Ia menjadi punca kemarahan tetapi Insya Allah, saya rela mati mempertahankan prinsip dari tunduk kepada ugutan.
Ia memang tidak mudah. Sentiasa ada pemain-pemain yang lincah bermain di luar garis peraturan. Sumbatan belakang tabir mungkin boleh terjadi.
Namun, semua itu lumrah yang tidak ada penghujungnya sementara dunia belum kiamat.
Zulaikha yang cuba memperdaya Nabi Yusuf tiba-tiba terlepas dengan bijak berkata-kata dan Nabi Yusuf pula menjadi mangsa tuduhan. Abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuh baginda pulang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis teresak-esak, membawa pulang baju berlumuran darah. Semuanya sebuah pementasan drama kehidupan.
Sentiasa ada yang perlu berkorban untuk jenayah dan keburukan yang dilakukan orang lain.
Friday, January 15, 2010
Kami Bangga
Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.
Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.
Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.
Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.
Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.
Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.
Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.
Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.
Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.
"Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.
"Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.
"Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan," katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.
Ciluk dari Web Panas. Terima kasih Asrol
“Jangan Kita ‘Double-Standard’
Kata-kata yang mengesan di jiwa saya. Petikan dari Free Malaysia Today tulisan Nor Ani Karma.
Malangnya ramai dari kita yang menggelarkan dirinya Melayu walau pun separuh Melayu tetapi tindak tanduk dan kata-katanya lebih Melayu dari Melayu dan lebih Islam dari Muslim walau pun rukunnya entah ke mana serta hukum hakam dihumban ke jamban!
Golongan inilah juga sekarang ini cukup celupar mengkafirkan orang lain dengan Salib dan sumpah seranah. Namun rasanya tidak menghairankan sebab Hukam Hakam Allah sudah lama mereka nyahkan.
“Jamaiy menyeru umat Islam bangun secara aktif mempertahankan kalimah Allah juga mesti bangkit untuk mempertahankan hak-hak Allah khususnya dalam kuasa mutlak hukumiyah Allah (hak Allah menentukan dan mensyariatkan hukum) yang sangat terabai di Malaysia.”
“Jangan kita ‘double-standard’ – hanya nama Zat Allah saja yang dipertahankan sedangkan hukum-hakamNya, perintah serta laranganNya kita abaikan tindakan-tindakan menegur pemerintah supaya aktiviti kemungkaran dibanteras dari merebak hingga menjejaskan aqidah anak-anak muda,” tegasnya lagi.
Lengkapnya baca di sini
Thursday, January 14, 2010
Kisah Santai Lagi
Sebuah Perkampungan Orang Asli dihubungi oleh sebatang jalan yang digunakan oleh sun tai wong untuk mengangkut Balak dari Hutan ke Beta yang berdekatan. Jalan inilah juga yang sering digunakan oleh Orang Asli dari kampung itu untuk keluar ke Kedai atau Pekan. Pada lazimnya semua kenderaan menggunakan jalan ini pada waktu siang sahaja. Di waktu malam jalan ini bebas digunakan pula oleh Orang Asli dengan berjalan kaki atau bermotosikal. Pada suatu malam seorang Orang Asli dari perkampungan itu menuggang Motosikal berseorangan untuk keluar ke kedai.
Memang jalan begitu akan terjadi dua lorong akibat dari kesan tayar muatan berat. Lorong inilah juga yang digunakan oleh semua penunggang motosikal. Setiba dipertengahan jalan, Orang Asli ini nampak dua lampu dikedua-dua lorong yang digunakan sedang menghala ke arahnya. Dia fikir ini tentu dua buah motosikal sedang menggunakan kedua-dua lorong itu.
Jadi untuk mengelak dari bertembung, dia naik ke dada jalan (di tegah-tengah jalan). Tak semena-mena dia terjatuh dilanggar. Rupanya lampu yang menghala ke arahnya itu bukan Motosikal tetapi Hilux Pemburu. Malangnya Hilux itu tidak berhenti dan terus berlalu. Dengan marah dia bangkit dan terus ke Balai Polis buat laporan.
Di Balai Polis, dia disoal "Kenderaan tu, Hilux ke?"
Dengan selamba dia menjawab "Eh.. Encik, kalau dapat elak takkan saya kena".
Dengan senyum Polis menyoal lagi "Habis macam mana boleh kena"
Orang Asli itu menjawab "Celaka! yang tengah tu tak pasang lampu, mana saya nampak!"
Sampai sudah dia tidak tahu yang melanggar dia tu adalah kenderaan empat roda.
Saya akan sambung lagi dengan cerita begini kalau sudi membacanya.
Betulkah ini?
Sekiranya ini adalah benar amat malanglah bagi Rakyat Kelantan. Orang ini jugalah manusia terbijak di Kelantan sebagaimana yang diakuinya sendiri dan hanya dirinya sahaja yang layak menerajui PMBK di hadapan bloggers yang hadir di satu majlis. Kalau kickdefella bohong, alhamdulillah. Bermakna perkara ini tidak benar.
Akibat langsung daripada kepandaian terlampau Almenantunya Nik Abdul Aziz, mesyuarat exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta.
Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin.
Pada 6hb Mac 2008, iaitu dua hari sebelum pilihanraya umum ke 12, YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan 2 buah persatuan perniaga dan penjaja di sekitar Kota Bharu. Di antara lain, kandungan MOU itu menjanjikan bahawa Projek Bazaar Tok Guru yang akan dimajukan oleh PMBK adalah sebuah projek tidak berorientasikan keuntungan. Ia lebih kepada hasrat murni MB untuk melihat para penjaja dari pasar lambak arked UDA dan peniaga pasar lama MPKB mendapat tempat baru yang lebih selesa untuk meniaga.
Tetapi, seperti yang didedahkan didalam blog ini sebelum ini, Almenantunya Nik Abdul Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab Rahman telah dengan penuh rendah diri memperhambakan harta kerajaan kepada pemaju swasta bernama Sensa Timur Sdn Bhd.
Ariffahmi yang memakai gelaran Ir. tanpa ditauliahkan untuk menurunkan tandatangan sebagai seorang jurutera profesional telah masuk ke dalam rundingan dengan Sensa Timur Sdn Bhd bagi memajukan sebidang tanah Kerajaan Negeri di Jalan Sultan Ibrahim iaitu tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tanah seluas 5.9 ekar itu pada asalnya dirancang untuk dimajukan sendiri oleh PMBK bagi pembinaan Hotel dan Servis Apartmen Madinatul Raudhah.
Di dalam perjanjian yang amat bijaksana oleh Almenantunya Nik Abdul Aziz, seluas 1.5 ekar diperuntukan untuk pembinaan Bazaar Tok Guru. Baki 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta pula dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd sebaik sahaja Bazar Tok Guru disiapkan oleh Sensa Timur. Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian itu, hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazar Tok Guru itupun selepas PMBK membayar balik sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang Almenantunya yang bijaksana pinjam bagi PMBK dari pemaju Sensa Timur itu. PMBK dan Kerajaan Negeri tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan di tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama hampir satu abad.
Apabila dipersoalkan oleh seorang exco kewarasan untuk masuk perjanjian dengan Sensa Timur, Almenantunya berkata ia adalah kerana Sensa Timur telah bersetuju untuk menderma bagi sekolah Tok Guru di Pulau Melaka. Sekolah tersebut diuruskan oleh anak-anak lelaki Nik Aziz.
Antara punca kecurigaan di dalam pemberian kontrak kepada Sensa Timur ialah kerana sebelum ini Sensa Timur telah membina Bazar Tengku Anis yang menghadapi banyak rungutan daripada peniaga. Diantara alasan mengapa peniaga tidak mahu berpindah ke situ ialah kerana ruang niaga yang amat sempit. Akibatnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam terpaksa mengambil tindakan ‘Islamik’ dengan satu aksi ‘bail out’ berjumlah lebih kurang RM18 juta kepada Sensa Timur berserta pemberian tapak dan bangunan Pasar Lama MPKB di tengah-tengah bandar kepada Sensa Timur dengan hanya berharga RM3.8 juta sahaja.
Urusan ‘Islamik’ MPKB Bandar Raya Islam kepada Sensa Timur ini menimbulkan seribu satu pertanyaan, kebetulan pula di dalam proses Membangun Bersama Islam, seorang mak Datin dari pihak Sensa Timur mempunyai hubungan amat intim dengan Datin Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Aziz dan ibu mertua kepada Almenantunya. Apatah lagi abang ipar Almenantunya yang menjolok dirinya sebagai Al Fadhil Nik Abduh Bin Dato’ Nik Abdul Aziz duduk sebagai Ahli Majlis MPKB Bandar Raya Keluarga Islam Pulau Melaka.
Di dalam waktu yang sama, Al Fadhil abang ipar ini yang juga ahli lembaga pengarah sebuah lagi agensi milik Kerajaan Negeri telah memindah nombor pendaftaran PAS 17 miliknya dari SUV CRV ke sebuah MPV bernilai lebih kurang RM240,000. Al Fadhil juga dilaporkan baru membeli rumah kedai bernilai RM500,000 di Rantau Panjang.
Sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bersetuju untuk memberikan tingkat 1 (tingkat bawah) Bazar Tok Guru sebagai tempat penempatan semula para penjaja dan peniaga yang akan berpindah ke situ dari tapak lama mereka di Arked UDA dan Pasar Lama MPKB. Apabila Almenantunya membuat perjanjian yang bijaksana yang berorientasikan keuntungan maha besar sebagai hantaran kasih sayang kepada Bapa Mertuanya, para peniaga ini telah diarahkan membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 sahaja. Tingkat bawah telah Almenantunya berikan kepada Sensa Timur dan termaktub di dalam perjanjian.
Membangun Bersama Islam mesti cakap serupa bikin. Jadi para exco terpaksa bertungkus lumus mencari penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan air muka Tok Guru yang masih beranggapan Almenantunya adalah lelaki muda terhebat di Kelantan. Kemelut ini akhirnya terhumban ke atas bahu YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yacob.
MB berhadapan dengan tindakan saman oleh Sensa Timur jika ianya bertindak dengan tidak menghormati perjanjian PMBK dengan Sensa Timur. Almenantunya pula sudah mengambil deposit dari pihak-pihak yang diberi diskaun membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 Bazar Tok Guru. Akhirnya Kerajaan PAS Kelantan yang dilantik oleh rakyat untuk membela rakyat terpaksalah mengambil RM23 juta dari kantung kecil Perbendaharaan Negeri untuk membayar pampasan kepada Sensa Timur Sdn Bhd.
Maka akan larilah bajet sebanyak RM23 yang sepatutnya digunakan untuk faedah rakyat yang mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.
Kerajaan Negeri akan kehilangan hampir RM50 juta. Hampir RM30 juta ialah kehilangan dari hasil pemberian tanah Kerajaan Negeri kepada Sensa Timur dan RM23 juta kerana menebus maruah Tok Guru dengan mengambil balik tingkat bawah Bazar Tok Guru. Ini adalah jasa besar Almenantunya Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Menantu kaki bohong
Namanya Ariffahmi.
kickdefella
Saya Setuju Pandangan Ini
Baca sepenuhnya di sini
Pada pandangan dan renungan saya ke atas peristiwa-peristiwa yang telah berlaku, tulisan ini ada benarnya.
Sedih sekali bila ahli-ahli PAS menjadikan ulama-ulama PAS seperti paderi-paderi Kristian. Sepatutnya kita MENIMBA ILMU dari para ulama, bukan menjadikan mereka bertaraf MAKSUM dan SUCI dari SILAP DAN DOSA. Kita berbeza pendapat dengan para ulama adalah satu “rahmat”. Ia membantu para ulama untuk mencapai “ijtihad” yang lebih tepat dan jitu sekaligus menyelamatkan imej Islam itu sendiri.
Wahai ahli-ahli PAS, gunalah akal fikiran kamu. Kalau para ulama itu maksum, takkan Imam Mohd Idris Asy Syafiee kena tulis sampai BERJILID-JILID kitab. Bukan satu judul sahaja kitab Imam Syafiee ni, BERATUS-RATUS judul. Seram sejuk kita dibuatnya bila baca judul sahaja. Tampak sangat betapa jahilnya kita ini berbanding ilmu seorang hamba Allah yang telah dihantar oleh Allah SWT untuk memberi cahaya kepada BERJUTA UMAT ISLAM. Itulah dia Imam Syafiee yang sehingga hari ini masih kekal di bibir umat Islam.
Dalam keadaan ilmunya yang tinggi sebegitu pun, segala kata-kata dan pendapat-pendapat beliau akan disokong dengan hujjah yang nyata. Dan beliau tidak menolak sekiranya ada yang berbeza pendapat dengan beliau asalkan ada hujjah.
Tapi, budaya “hujjah” sebegini tidak diizinkan dalam PAS kerana sesiapa yang berbeda pendapat dengan ulama adalah “tidak wala” dan menentang kepimpinan ulama.
Wednesday, January 13, 2010
Betulkah SPRM Sudah Bebas?
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mulai tahun ini, tindakan akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan kepada pihak media maklumat dalam aduan mereka kepada SPRM.
Di bawah akta tersebut, katanya, tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang memberi maklumat, termasuk pemberita yang melaporkannya.
Katanya, maklumat tersebut tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai SPRM dan timbalan pendakwaraya.
Abu Kassim berkata, SPRM terpaksa bertindak demikian kerana ia membabitkan keadilan dan maruah orang yang diadu.
Katanya, ini kerana ada kes di mana pengadu membuat aduan dengan niat yang terselindung dan bukannya untuk membasmi rasuah.
Katanya, mereka yang didapati bersalah berdepan dengan hukuman dua tahun penjara atau denda RM100,000.
Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menyekat kebebasan media atau hak pengadu, tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan demi keadilan.
Abu Kassim berkata, SPRM boleh membuat aduan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukannya.
Abu Kassim juga ditanya mengenai satu laporan yang dibuat terhadap Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.
Beliau turut menyentuh banyak lagi isu-isu, termasuk siasatan terhadap dakwaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, usahanya untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking indeks persepsi Rasuah, dan juga meningkatkan reputasi SPRM.
Abu Kassim juga menafikan yang beliau menerima arahan dari pihak atasan, sama ada hendak memula atau menutup siasatan, dengan berkata beliau tidak pernah menerima arahan seumpama itu.
Soalan saya "Betul ke ni?"
Apa yang saya dengar dari Taklimat Pihak SPRM dulu BPR di jabatan tempat saya cari makan, setiap kes yang melibatkan "Jerung" mesti mendapat lampu hijau dari Perdana Menteri terlebih dahulu untuk teruskan pendakwaan.
"Tiga Hari Timbullah Dia!"
Jalornya dihanyutkan arus begitu juga dengan anak dan isterinya. Kapak dan Radionya terus tenggelam ke dasar sungai. Sisuami berjaya selamatkan diri dengan berenang ke tepi. Bila saja dia selamat mendarat, sisuami terus ke Balai Polis berhampiran penempatan mereka untuk membuat laporan. Setiba di Balai Polis, dia terus meluru masuk dengan nafas yang tercungap-cungap pergi mendapatkan seorang Pegawai Polis yang bertugas. Dia melaporkan yang sampannya terbalik dan karam. Anak dan Isterinya hanyut di bawa arus sungai. Kapak dan Radionya tenggelam ke dasar sungai.
Sesudah selesai membuat laporan, dia mendesak Polis untuk tolong selam dan dapatkan Kapak dan Radionya yang tenggelam. Desakan itu membuatkan Polis kehairanan. Biar betul Orang Asli ni. Kapak dan Radio pula yang dikepuhkan, anak dan isteri hilang tidak dihiraukannya. Jadi Polis pun menyoal Orang Asli tadi "Kenapa Kapak dan Radio pula yang kamu sebukkan, anak dan isteri kamu tak pun kau kisahkan?" Jawab si Asli pula "Tolonglah Encik dapatkan Radio dan Kapak saya, Encik". Lagilah siPolis kaget dengan kerenah siAsli ni "Yang engkau sibuk dengan Kapak dan Radio ni apa hal, anak dan bini engkau apa macam?" SiAsli berkata pula "Radio dan Kapak saya tidak akan timbul kalau tak diselam Encik tapi Anak dan Isteri saya, lepas tiga hari timbullah dia!"
Cuba bayangkan, kerana kebendaan sanggup lupakan anak dan isteri. Apa akan jadi kalau kita dipimpin oleh manusia yang bersifat dan nafsu sebegini. Kerana kebendaan yang berbentuk peribadi akan sanggup jual/gadai negara. Sebenarnya perkara ini sudah pun berlaku tanpa kita sedar.
Renung-renunglah ke belakang, apakah yang telah terjual dan tergadai....
Tuesday, January 12, 2010
Gini Rupanya
Mengata orang berbau hancing
Rupanya kokok berderai, ekor sendiri bergelumang taik!
Baca di sini
Sembunyi Burung Unta
Lanjutan bab taik di n3 sebelum ini. Petikan dari blog zainulfaqar.wordpress.com
Sangkaan rakyat bahawa Umno mendalangi beberapa siri pengeboman gereja tersebut semakin kuat dan berkembang.
Orang Melayu dan orang Islam umumnya menuduh Umno sebagai ‘dalang’.
Orang Cina dan mungkin ahli-ahli MCA umumnya mulai menuduh Umno sebagai ‘dalang’.
Orang India dan mungkin ahli-ahli MIC atau bekas ahli Parti Makkal Sakthi juga menuduh Umno sebagai ‘dalang’.
Semua bangsa dan penganut-penganut agama yang cintakan Malaysia yang damai pun mungkin selepas ini akan menuduh Umno sebagai dalang.
Sesiapa pun ‘dalang’ yang sebenar, rakyat seolah-olah sudah mempercayai Umno sebagai ‘dalang’ dalam sebarang kekecohan yang berlaku.
Ini yang membuatkan Najib 1Malaysia menjadi serba salah dan ‘tak tentu arah’.
Sebab itu, Najib meminta semua pihak berhenti menuding jari kepada Umno.
“Kita menegakkan prinsip adil dan saksama kepada semua kaum. Sebab itu, apabila saya ambil alih tampuk kepimpinan negara, saya tegas prinsip dan semangat 1Malaysia,” jelas Najib.
“Jadi, apabila berlaku apa-apa insiden, jangan tuding jari kepada Umno (dan) mengatakan parti ini rasis, bila ada gereja terbakar, kata Umno jahat.” [dipetik dari Berita Harian Online, 9 Jan. 2009]
Sepenuhnya baca di sini
Kotor Dan Marah Sikit.
Siapakah yang mengizinkan berak tanpa jamban pada mulanya?
Siapa yang nak terberak, siapa yang berak, siapa main taik dan siapa pula tukang cucinya?
Bila taik dah melambak, terdengarlah suara begini " Seluar tu, macam seluar saya tapi taik tu bukan taik saya!"
Cendera Hati
Read more: http://nuraflah.blogspot.com/2010/01/berita-baik-buat-semua-blogger.html#ixzz0cKXzgZJ7
Cendera hati percuma dari Blogger nuraflah.blogspot.com. Sila ke sana dengan klik pada link di atas.
Monday, January 11, 2010
Tenang Itu Dari Allah
Dari Kota Bharu cuaca agak baik walau pun di setengah-tengah tempat menghala ke Jeli mendung. Bila melepasi Jeli, hujan mula turun. Walau pun saya agak laju tetapi di dalam keadaan waspada kerana hujan dan jalan memang basah. Adik terlena di tempat duduk belakang, isteri di sebelah pula dalam keadaan yang agak gelisah kerana perasaannya tegang kerana keadaan jalan yang licin dan cuaca yang berkabus. Saya memandu di dalam keadaan biasa cuma dengan tumpuan yang lebih.
Bila melepasi Tasik Banding lebih kurang 10km dari Stesen JPJ Bersia, ketika menuruni sebuah bukit yang agak tinggi tetapi reka bentuk jalannya agak landai dan lurus tiba-tiba kereta saya menggelunsur ke kiri, seolah-olah hanyut air ke arah bukit. Saya cuba membetulkan kedudukan kereta tetapi steering tidak berfungsi. Saya tukar ke gear tiga lepaskan pedal minyak dan tidak menekan brek, biarkan kereta dalam keadaan begitu dengan niat saya akan bertindak bila tayar kereta mencecah kaki lima jalan yang barbatu nanti.
Sambil itu saya berseloroh dengan isteri yang duduk di sebelah "Tengok kita main gelunsur dengan kereta" sambil tersengih. Isteri yang terkejut marah kerana dikatakan saya main-main. Saya jawab "Tengok, steering memang tak ada fungsi" sambil saya pusing-pusing steering yang memangnya tidak ada kesan pusingan kedudukan tayar.
Bila saja tayar di sebelah kiri mencecah batu kaki lima jalan, saya cuba menggunakan steering untuk mengawal arah dan saya berjaya. Saya hanya menyusuri kaki lima jalan itu seketika dan bila tiba di tempat yang agak rendah paras jalan dan kali lima lebih kurang sama, saya memusingkan steering ke kanan dengan perlahan-lahan dan cermat tanpa menyentuh pedal minyak.
Tiba-tiba saja kereta berpusing ke kanan dan hampir menghentam railing jalan di sebelah kanan pula. Saya cuba kawal, tapi nampaknya kereta semakin gila. Oleh kerana di belakang dan di hadapan tidak ada kereta lain, saya fikir satu saja cara mengurangkan risiko ialah membiarkan kereta berpusing dengan memusingkan steering ke kanan sehingga rapat. Jadi kereta akan berpusing-pusing di tempat yang sama. Rupanya apa yang saya fikir itu menjadi. Setelah kereta berpusing 3 atau 4 pusingan, kereta berhenti dengan sendiri dengan hadapannya menghala semula ke arah Tasik Banding.
Saya lihat di hadapan sudah ada kereta yang berhenti, melihat sambil berwaspada agaknya. Saya toleh ke belakang begitu juga, ada kereta yang berhenti. Tanpa turun dan lihat keadaan, saya terus reversekan kereta dan teruskan perjalanan ke arah Gerik. Bila berselisih dengan kereta yang berhenti di belakang saya tadi, mereka melihat dengan gaya yang kehairanan. Saya tunjuk isyarat ok. Setelah perjalanan berlalu lebih kurang 1km, perasaan ingin tahu apakah yang menyebabkan kejadian tadi barulah datang.
Saya berpatah balik ke tempat kejadian dan bila tiba di situ saya dapati sebahagian railing besi sudah tidak ada dan digantikan dengan tape belang merah. Di situ juga terdapat banyak tayar pecah, bumper tertanggal dan rosak, begitu juga lampu kereta yang pecah ditinggalkan di situ. Keadaan itu menunjukkan tempat itu memang selalu berlaku kemalangan dan merbahaya. Alhamdulillah, kami telah dihindarkan Allah dari kemalangan dan dari aral kerana perasaan tenang yang Allah campakkan ke jiwa saya.
Di dalam perjalanan selepas itu adik beritahu kami, sebelum kejadian dia tertidur di belakang. Dia sedar hanya bila dirasakan kereta berpusing. Apa yang lucunya dia kata apa yang dia ingat ialah "Kesian Along dia akan hidup sorang diri!"
Inilah Bahananya
Percayalah musuh tidak akan berdiam diri. Mereka tetap akan mencari dan memanafaatkan segala ruang yang terdedah dan segala lubang yang tiris!
Saturday, January 9, 2010
Dalam Bab Ini, Apa Bezanya
"Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally".
P.A.S - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.
Satu soalan : Bagaimanakah wajah yang menghiasi Kerajaan Kelantan sekarang? Saya tidak mahu perkatakan tentang Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi sebab semua orang sudah tahu. Dan lagi mantan PM-PM kita itu tidak bercakap tentang Islam yang adil dan tidak ada pilih kasih.
N3 Lewat Posting - Siapa Orang Ini?
Petikan dari - Bernama
Seorang lelaki, yang menggelarkan dirinya "aktivis kebudayaan", membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan exco kerajaan negeri itu serta beberapa individu.
Zaidi Yaacob, 47, yang berkata beliau seorang rakyat Kelantan, memberitahu pemberita bahawa laporan itu dibuat berdasarkan salinan sepucuk
Beliau telah menyerahkan
Atau dia sendiri adalah “Anjing Politik!” (Pinjam istilah Isa)
Kita juga perlu sedar semua orang akan melakukan kesilapan termasuk jugalah TGNA dan Exco-Exconya. Elok juga kalau melalui laporan ini Kerajaan Kelantan Amnya dan TGNA dan Exco-Exconya Khasnya akan dapat dibersihkan dari segala tuduhan.
Kalau ada Kes, hadapilah dengan hati yang terbuka.
Thursday, January 7, 2010
Kemungkinan Ada, Sejarah Telah Buktikan
Akhirnya, saya lontarkan satu pertanyaan yang mungkin akan jadi isu besar dan saya boldkan pertanyaan berikut:
Benarkah ada pakatan jahat di dalam PAS untuk menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak?
Sebelum 1999 kawasan pilihanraya ditentu mengikut pecahan kaum.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Hadi menegaskan beliau kecewa kerana sudah lama keadaan di ketiga-tiga tidak mengalami perubahan, malah tiada penambahan kerusi Parlimen.
Oleh itu, kata beliau, sudah sampai masanya SPR membuat kajian mendalam di ketiga-tiga negeri tersebut supaya kerusi Dewan Rakyat dapat ditambah dengan mengambil kira perubahan keadaan semasa dan penduduk.
Jika penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri itu tidak dilakukan segera, Hadi memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau khuatir keadaan berkenaan akan menyebabkan ahli-ahli Parlimen mengalami kesukaran melakasanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.
“Oleh kerana itu, sangat wajar Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat kajian untuk membuat perubahan kawasan-kawasan (Parlimen) di negeri tersebut," kata beliau dipetik portal berita alternatif.
Lazimnya SPR akan mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya setiap 10 tahun.
Difahamkan SPR akan berbuat demikian mulai tahun depan.
Kerusi Parlimen semasa sebanyak 222 digunakan pada pilihan raya umum 2004 selepas persempadanan semula tahun 2002.
Kedah, Kelantan dan Terengganu kini mempunyai 15, 14 dan lapan kerusi Dewam Rakyat.
Jumlah kerusi itu tidak berubah berbanding ketika pilihan raya umum 1995 dan 1999. Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah Mac 2008.
Yakni, kawasan parlimen Melayu dipecahkan kepada banyak. Contoh parlimen Baling dipecahkan kepada 2. Jadi, boleh menghantar 2 ahli parlimen Melayu (pada Hadi) dan muslim (pada gua).
Tapi; persoalannya, mustahil UMNO-BN akan terima permintaan Hadi secara lurus bendul. UMNO tidak lurus macam Mr Bean seperti Hadi. Adakah terdapat beberapa rundingan peringkat sulit di mana berlaku tawar-menawar tentang beberapa perkara tertentu?
Katakan begini. Najib menawarkan laluan mudah untuk PAS memerintah Terengganu. Tambahanan pula kekalutan UMNO Terengganu yang memang tidak dapat dipulihkan. Jika PAS memang, kredibiliti Najib tidak terjejas kerana UMNO Terengganu akan dipersalahkan akar umbi UMNO.
Tetapi, tawaran Najib haruslah dibalas dengan perubahan kawasan pilihanraya di negeri selain Terengganu. Di Kedah misalnya. Dan katakan Hadi tidak setuju. Najib akan menawarkan perubahan kawasan DUN sahaja, manakala parlimen dikekalkan. Katakan lagi Hadi tidak setuju. Najib boleh berunding dengan Nasha. Bagaimana?
Nasha dihujung tanduk kerana Kelantan 50-50 untuk menyediakan kerusi selamat untuknya di Kelantan. Di sini, boleh jadi pemikir Najib menawarkan satu parlimen selamat di Kedah. Dengan syarat hanya satu parlimen itu sahaja di khususkan untuk Nasha. Yang lain akan berubah sempadannya.
So, berlakukan kebimbangan yang disuarakan Penarik Beca ini? Jika Nasha agennya, berjayakah dia menyediakan satu pasukan dalam PAS yang akan menyokong Najib? Ini satu perkara besar yang melibatkan survival rakyat pasca PRU13. Malah pada gua, lagi besar dari itu, ianya boleh memusnahkan momentum Islamic State.
Makluman
Bersama-samalah kita doakan agar beliau cepat sembuh dan mengadap Laptop semula.
Wednesday, January 6, 2010
Derita Kerana Sayang
"KENAPA TIDAK DICABUT SAJA GIGI YANG ROSAK ITU?"
Kenapa PAS sanggup menyimpan hanya sebatang gigi yang membawa aral dan derita kepada seluruh badan?
Adakah PAS akan mati kalau gigi yang sakit itu dicabut?
Pada pandangan saya PAS menderita dan graf kesihatannya jatuh merudum hanya kerana sayangkan sebatang gigi yang rosak!
Dentistnya hanya TGNA sahaja. Tapi nampaknya Dentist juga sedang tidur diulit mimpi wala'.
Tuesday, January 5, 2010
Apa Kata Mereka
Petikan di bawah adalah petikan saya dari blog malaysianindian1 yang ditulis oleh En. Siong Tet.
Penggunaan nama Allah dalam Alkitab dibuat oleh mereka yang datang menyebarkan Injil di Borneo beratus tahun dahulu. Orang-orang ini datang dari Australia dan Britain. Saya sendiri tidak tahu mengapa mereka memilih nama Allah sebagai terjemahan God dalam Alkitab.
Kemungkinan mereka merujuk kepada Alkitab bahasa Arab dan memutuskan untuk menggunakan nama yang sama seperti yang digunakan oleh orang Kristian Arab. Lagi pun orang Kristian Arab muncul lebih awal daripada orang muslim Arab.
Baca sepenuhnya di sini
Keliru Saya
Patutkah perkara begitu menjadi hebuhan di akhbar? Ini adalah cerita keaiban orang lain. Saya tahu, bila saya copy n paste di blog saya, maka saya juga secara langsung menjadi salah seorang penyebarnya juga. Article ini saya copy dari mStar Online. Headlinenya pun semacam ada agenda lain " Bekas Madu Noraniza Idris Dakwa Suami Pernah Tiduri Lebih 10 Wanita" Kenapa tajuk ini dipilih? Adakah akhbar online ini sengaja untuk menjatuhkan marwah dan nama seseorang?
Kepada yang lebih tahu dan Alim, tolong komen...
KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.
Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.
"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.
Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.
“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.
“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.
“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.
Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.
Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.
“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.
“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.
Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.
“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.
Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.
“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.
Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.
“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.
Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.
Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.
Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.
Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.