Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 30, 2013

Nampaknya Tumbanglah Harapan Shafie Di Kedah!

UMNO Kedah tetap berhutang budi kepada Shafie
Tetapi sebagaimana yang saya kata
UMNO Kedah tidak akan tukar gantikannya dengan Mukhriz!

Adun Umno: Shafie bantu BN rampas Kedah
Muda Mohd. Noor | September 30, 2013
Tetapi untuk jawatan Naib Presiden Umno, Umno Kedah pilihan Datuk Mukhriz Mahathir.






PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membantu BN merampas negeri Kedah dari PAS dalam pilihan raua umum lalu, kata beberapa Adun dan pemimpin Umno negeri.
“Memang betul, itu sumbangannya, dia telah menjalankan tugasnya dengan baik sebagai pengerusi Umno Kedah.
“Dia orang senang berjumpa, mudah berkira,” kata Adun Umno Ayer Hangat di Langkawi, Mohd Rawi Abdul Hamid.
Dengan nada ketawa, beliau menambah, Shafie menjadi calon nombor dua yang dipilih oleh Umno Kedah selepas Datuk Mukhriz Mahathir bagi jawatan Naib Presiden Umno, 19 Oktober ini.
“Orang bodoh yang tidak pilih Datuk Mukhriz kerana dia orang muda,” katanya lagi.
Shafie yang akan mempertahankan kerusi Naib Presiden Umno berdepan dengan Mukhriz serta empat lagi calon iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Isa Samad serta Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Sementara itu, Setiausaha Umno bahagian Kubang Pasu, Shamsuddin Ahmad salah satu faktor yang menyebabkan BN merampas Kedah dalam pilihan raya umum tahun ini ialah sumbangan yang dilakukan oleh Shafie.
Katanya, bagaimanapun, beliau banyak lagi faktor lain yang memabawa kepada kejayaan BN di Kedah dalam pilihan raya itu.
Dalam wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia semalam, Shafie  mendakwa Kedah dapat ditawan semula pada pilihan raya umum 5 Mei lalu kerana sumbangannya.
Katanya, beliau berharap perwakilan dapat menilai kemampuannya apabila BN berjaya menumbangkan PAS di Kedah.
“Apakah sumbangan saya selama dua tahun setengah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah walaupun mungkin sekitar satu atau lima peratus sehingga Kedah berjaya dirampas balik?,” tanya beliau dalam satu wawancara tersebut.
Turut baca:

Kenyataan Terdesak Shafie: Perasankah Dia?

Kenyataan yang buatkan aku tersengih
Besar sungguh pengaruh dia kat Kedah
Tapi pembangunan Sabah tunggang langgang! 

Memang statements terdesak kerana tagih undi UMNO Kedah untuk pertahankan VP tapi kenapa harus memperlekehkan Mukhriz?

Adakah pada fikiran dia perwakilan UMNO Kedah lebih sayangkan dia dari Mukhriz?
Wallahu aklam....

BN dapat tumbangkan PAS di Kedah kerana Shafie Apdal?

FMT Staff
 | September 30, 2013
Beliau berharap penilaian itu akan menjadi faktor-faktor kepada perwakilan dalam menentukan kejayaan beliau mempertahankan jawatan ini.







PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa Kedah dapat ditawan semula pada pilihanraya umum 5 Mei lalu kerana sumbangannya.
Katanya, beliau berharap perwakilan dapat menilai kemampuannya apabila BN berjaya menumbangkan PAS di Kedah.
“Apakah sumbangan saya selama dua tahun setengah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah walaupun mungkin sekitar satu atau lima peratus sehingga Kedah berjaya dirampas balik?,” tanya beliau dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.
Katanya lagi, beliau berharap penilaian itu akan menjadi faktor-faktor kepada perwakilan dalam menentukan kejayaan beliau mempertahankan jawatan ini.

Tiada Sekatan
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar mempertahankan jawatan itu bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Mereka bertiga dicabar Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, Pengerusi PUNB, Datuk Seri Ali Rustam dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Mengulas penyertaan Mukhriz, beliau berkata itu hak dia.
“Kalau dia hendak bertanding menawarkan diri tiada sekatan tetapi seperti yang saya katakan terdapat proses-proses yang harus dilalui. Syarat-syaratnya ada. Sebab itu sebelum menawarkan diri perlu menepati syarat-syaratnya iaitu menjadi ahli selama tiga tahun atau satu penggal,” katanya.
Katanya lagi, kemudian baru boleh menawarkan diri untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian dan kemudian menawarkan diri menjadi calon di peringkat MT dan begitu juga di peringkat Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden. Ada langkah-langkahnya.
Shafie seolah-olah menyindir Mukhriz apabila beliau berkata,”Dalam dunia politik ini bila kita menurut langkah-langkah yang ada prosesnya ia akan mematangkan kita. Itu jauh lebih baik. Bayangkanlah seorang ahli biasa terus menawarkan diri untuk bertanding sebagai Presiden yang mana dia tidak tahu menahu tentang perjalanan parti,”.
Mukhriz yang tidak pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno terus menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden Umno.
Ditanya adakah beliau optimis menang, Shafie berkata beliau tak boleh kata yakin 100 peratus.
“Kena kerja kuat. Dalam politik kita tidak boleh terlalu yakin sehinggalah hari pengundian itu tiba dan kita akan akan rasa puas kerana sudah buat yang terbaik untuk memastikan sasaran sudah dicapai,” katanya lagi.
Ditanya beliau akan dapat undi padu dari Sabah setelah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tidak bertanding jawatan Naib Presiden Umno, Shafie berkata walaupun beliau dari Sabah dan mendapat sokongan padu perwakilan Sabah pun, itu tidak bermakna beliau boleh boleh menang.
“Sabah hanya mewakili 25 bahagian sahaja, sedangkan saya perlu jugasokongan daripada perwakilan negeri-negeri lain. Di seluruh negara UMNO mempunyai 191 bahagian. Calon-calon yang bertanding perlu mendapatkan sokongan lebih 100 bahagian untuk menang dalam mana-mana jawatan yang dipertandingkan baik Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden mahu pun Majlis Tertinggi,” kayanya lagi.

Aiyya...ya...Runtuh Lagiii!

Bumbung wad bersalin Hospital Serdang runtuh
Bernama
  • 1:52PM Sep 30 2013
Beberapa bahagian bumbung di Wad Bersalin Hospital Serdang dekat ibu negara runtuh dalam kejadian 2.55 pagi ini.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Unit Perhubungan Awam hospital itu ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Pihak media tidak dibenar masuk ke kawasan itu.

Nahas Ngeri: Putus Kepala

Nahas kepala putus
Oleh Rosli Ilham
Dungun: “Ayah mengelak ke kiri jalan dalam usaha menyelamatkan diri, namun kereta itu berpusing dan merempuhnya,” kata Muhammad Keeri Mohd Nor, 19, menceritakan kemalangan yang mengorbankan ayahnya di Kilometer 23, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Bukit Sejuk, di sini, kelmarin.
Kemalangan ngeri jam 6.40 petang itu menyebabkan ayahnya, Mohd Nor Samat, 61, peneroka FELDA Kerteh 4, yang menunggang motosikal putus kepala dan tercampak 30 meter dari tempat kejadian. 
Turut terbunuh dalam kemalangan itu penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yusof, 23, yang mengandung lapan bulan serta anak sulungnya Mohamad Amizi Azmi berusia setahun manakala suaminya yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback, Azmi Mohamad, 41, serta dua anak saudaranya Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, hanya cedera ringan. 

Muhammad Keeri berkata, sebelum kejadian, dia bersama ayah, ibunya, Khatijah Wang, 56, isterinya Siti Nor Azizah Mohamad, 17 dan empat adik-beradik ke kebun di Kampung Apu tidak jauh dari tempat kejadian.
AZMI memangku jenazah Wan Ayuzita
“Kami sekeluarga bersama ayah membersihkan kebun sejak jam 8 pagi dan sempat makan nasi bersamanya.

A'ieh....Biar Betul?

Ghani diketepikan?
Adakah Najib juga dibelakangkan?
Seingat aku Najib juga tidak setuju dengan cara ni....

Ambiga: K'jaan pinggir AG dalam pindaan PCA?
11:42AM Sep 30 2013
Adakah kerajaan mengetepikan pandangan Peguam Negara (AG) Tan Sri Gani Patail ketika membentangkan cadangan pindaan undang-undang bagi membolehkan tangkapan pencegahan dibuat?

bersih tribunal ambiga 220913Persoalan ini dibangkitkan peguam kanan Datuk S Ambiga, ekoran langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan), minggu lepas.

Bercakap di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini, Ambiga mengingatkkan, Gani pada Julai lalu pernah membuat kenyataan terbuka yang menolak tangkapan pencegahan.

"Adakah kerajaan tidak dengar cadangan AG? Saya mahu tahu sama ada AG dirunding, kerana beliau sudah memberikan pandangan jelas yang tidak bersetuju dengan langkah ini," katanya.

Orang Ke Ape Ni?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lebih lanjut baca kat sini

Sunday, September 29, 2013

Di Mana Rakyat Sarawak Yang Lain?

Rakyat S’wak sokong kenaikan harga minyak?

William Mangor | September 29, 2013
Lebih banyak aktiviti akan dianjurkan untuk menghantar mesej ini kepada kerajaan.





KUCHING: Protes kenaikan harga minyak di bandaraya Kuching tetap diteruskan walaupun kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.
Walaupun kecil bilangannya, mesej yang disampaikan oleh 30 orang yang berarak di bawah panas terik di pusat bandar adalah penting dan jelas – penduduk luar bandar terjejas teruk oleh kenaikan harga bahan api baru-baru ini.
Perarakan yang singkat dari pusat membeli-belah ke Padang Merdeka, adalah aktiviti pertama yang dirancang mereka untuk menggesa kerajaan untuk menurunkan harga minyak, kata penganjur.
“Kami akan menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk memanggil lebih ramai orang tampil ke hadapan untuk menghantar mesej ini kepada kerajaan.
“Kami menggesa kerajaan untuk mengurangkan subsidi yang besar kepada industri besar dan tidak subsidi kecil untuk orang biasa,” kata Abib Ismadi daripada Teori Timur.
“Penduduk luar bandar Sarawak adalah orang yang paling menderita. Bahan api lebih mahal di kawasan pedalaman,” katanya kepada orang ramai kecil sebelum kumpulan berarak ke Padang Merdeka.
Mereka berkumpul di bawah pokok besar dan menggunakan pembesar suara, tetapi kumpulan tersebut gagal menarik perhatian orang ramai disebakan ada latihan konsert di Padang Merdeka sempena ulang tahun bank RHB.
Turut hadir dalam protes ini ialah gabungan NGO seperti SADIA (Sarawak Dayak Iban Association), PAMS (Persatuan Anak Muda
Sarawak), SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia), AMK (Angkatan Muda Keadilan), DAP Tupong dan Geng Kotak.
Protes ini berlangsung dalam keadaan aman dan sepanjang perarakan, pihak polis turut membantu mengawal lalulintas.

Edisi Hantu

Wanita misteri hilang di celah dinding
29 September 2013
Azim merakamkan lokasinya bertemu dengan wanita berpakaian kilang dan hilang di celah lubang kecil.

SUNGAI NIBONG - Pengalaman terserempak dengan wanita berpakaian kilang dan kemudiannya menghilangkan diri di celah dinding mungkin tidak dapat dilupakan seorang lelaki.

Dia yang dikenali dengan nama Azim berkongsi kisah berkenaan kepada Sinar Harian.

Azim berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu di bawah jejantas Sungai Nibong kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, ketika itulah dia terpandang wanita berpakaian kilang duduk di atas batu dengan wajahnya yang begitu muram.

“Tanpa ragu-ragu saya pun terus ingin bertanya jika dia (wanita) perlukan bantuan, dan ketika saya baru hendak berjalan menuju ke arahnya serta merta dia masuk di celah dinding jejantas berkenaan.

“Pada mulanya saya terkejut kenapa dia lari dan bergegas saya mengejarnya kerana bimbang keadaan yang amat gelap di situ, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak ruang berkenaan begitu sempit iaitu sebesar ibu jari saya saja,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian itu terus membelenggu dalam ingatan Azim sehingga kini.

Sama seperti Azim, rakannya, Zul turut melalui pengalaman yang sama ketika jam 3 pagi apabila terserempak dengan wanita berpakaian kilang sama seperti yang dilihat Azim.

Zul berkata, dia terserempak dengan wanita itu setiap tiga malam berturut-turut dan pada masa yang hampir sama.

“Hari ketiga saya bertekad untuk memandang mukanya, apabila saya nampak mukanya, ada raut persis wanita Indonesia tapi dalam keadaan yang amat sugul dan menyedihkan, apa lagi, terus saya memandu laju,” katanya.

Ketika berkongsi kisah berkenaan dengan rakan-rakan yang lain, lokasi berkenaan dipercayai menjadi kawasan panas kemalangan jalan raya.

Ada yang beritahu ada kanak-kanak sekolah yang dilanggar beberapa kali di situ hingga menemui ajal.

Bukan Proksi Mahathir Tapi Mahathir Yang Jawab!

Published: Ahad September 29, 2013 MYT 7:06:00 PM
Dr Mahathir Sangkal Laporan The Economist Mengenai Mukhriz

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal laporan The Economist bahawa anaknya Datuk Mukhriz akan menjadi ancaman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno kelak.
Dr Mahathir berkata, majalah kewangan yang berpejabat di London, United Kingdom itu tidak boleh memikirkan sebarang perkara baik untuk ditulis terhadap sesiapapun.
"Di Malaysia, kita (anggota politik) tidak mengamalkan budaya jahat itu..iaitu menyingkirkan sesiapa," katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Ahad.
The Economist, dilaporkan berkata jika Mukhriz yang juga menteri besar Kedahmenang, beliau akan diajak oleh kumpulan anti-Najib sebagai proksi bapanya dankemudiannya seorang perdana yang lemah boleh digulingkan melalui satu gerakandalaman.
Ditanya mengenai pandangan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu ceramah baru-baru ini bahawa kerajaan perlu menyemak semula perjanjian dengan Sabah dan Sarawak dalam memastikan kepentingan dua negeri itu dilindungi selepas membantu pembentukan Malaysia beliau berkata: "Kerajaan telah menguruskan perkara itu."
Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut mengenainya.
Terdahulu, beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membaca buku cerita kepada kanak-kanak di perpustakaan yang terletak di dalam bangunan yayasan itu dan melawat gerai pameran di sana.
Selepas menghadiri hari terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana, beliau dan isteri turut menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Sirkit Pancing Putrajaya siri ketiga tahun 2013 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran Perbadanan Putrajaya di Tasik Presint 8 di sini.
Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada pemenang sirkit pancing itu.
Nik Nazriariffin Nik Hassan, 34, muncul juara dengan memenangi hadiah pertama berjumlah RM7,000 setelah menangkap ikan tenggalan seberat 3.1 kilogram (kg).
Tempat kedua yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 dimenangi Mohd Akmal Hashim, 26, dengan tangkapan ikan tenggalan seberat 2.4 kg, manakala tempat ketiga dimenenangi Rosli Chik Mat, 45, yang memenangi hadiah wang tunai RM3,000 selepas menaikkan ikan tenggalan seberat 1.9 kg.
Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat. - BERNAMA

Jihad Sex: Fakta Sebenar

Gadis Syria dipaksa buat pengakuan ‘JIHAD SEKS
Heboh berkenaan “Jihad Seks” di Syaria. Semakin lama semakin jelas kepalsuannya. Sebelumnya media-media arus perdana dengan gegak gempita – khususnya media-media pro Bashar dan Syiah – memberitakan kes ini. Beberapa media dengan sengaja memberitakan maklumat yang belum jelas kebenarannya tersebut dengan tujuan untuk melemahkan barisan Mujahidin dan dukungan kaum Muslimin terhadap Jihad di Syria.
Sebelumnya media pro Bashar dan Syiah memberitakan tentang adanya fatwa “Jihad Seks” dari ulama Saudi Syeikh Muhammad Al-’Arifi, di mana dalam fatwa itu Syaikh ‘Arifi menganjurkan para perempuan untuk membantu para pejuang Syria dari sisi keperluan syahwat seksual mereka. Namun hal tersebut dinafi dan dibantah keras oleh Syeikh ‘Arifi sendiri. 
“Apa yang disiarkan oleh chanel Al-Jadid pengikut Bashar, dan saya yakin ini juga disiarkan oleh chanel-chanel Rafidhah, yang berkaitan dengan kicauan atas nama saya di twitter, tentang fatwa jihad seks di Syria adalah dusta!” tegas ‘Arifi beberapa waktu yang lalu.
Akan tetapi seperti biasa bantahan tersebut dianggap angin lalu oleh para pemuja Bashar dan Syiah Iran. Bagi mereka pejuang Syria gila seks dan harus dipuaskan dengan para perempuan yang merindukan ‘syurga’ dengan “jihad seks” mereka. Termasuk meyiarkan foto seorang muslimat Syria yang dianggap sebagai pelaku “Jihad Seks”.
Setelah itu media pro Bashar mengeluarkan video testimoni perempuan muda yang mengaku telah menjadi ‘hamba seks’ bagi para pejuang Syria anti Bashar, bersamaan dengan adanya kecaman dari pejabat Tunisia yang menyatakan banyak perempuan hamil setelah berjihad seks di kalangan pejuang Syria.
Lamanweb Al-Arabiya Jumaat kelmarin (27/9/2013) mendedahkan maklumat terbaru berkaitan ‘Jihad Seks’ di Syria. Dalam laporan Al Arabiya dikatakan bahwa wanita Syria – yang keluarganya mengatakan diculik oleh pasukan keamanan Syria – telah muncul di television kerajaan dengan bercerita tentang bagaimana mereka diperkosa oleh ‘pemberontak’ atau bagaimana mereka bergabung dengan kelompok al-Qaidah untuk memenuhi keperluan duniawi para pejuang yang telah digambarkan banyak media sebagai “jihad seks.”
“Ayah saya mengatakan kepada saya untuk pergi dan mandi. Sementara saya sedang mandi, seorang lelaki datang, ia tampak lebih tua dari usianya yang 50 tahun, dia hanya mengenakan seluar dalam. Dia kemudian menarik rambut saya dan memaksa saya ke kamar.
Saya menjerit dan ayah saya mendengar teriakan saya, tapi dia tidak melakukan apa-apa,” ujar Rawan Qadah, seorang gadis yang masih di bawah usia 18 tahun, dalam pengakuannya di television pemerintah Syria. Dia menambahkan bahawa ayahnya telah menjual “kehormatan” nya kepada para pemberontak.
Versi yang belum diedit dari video television Syria yang diperoleh Al Arabiya justeru menunjukkan keanehan bagaimana gadis itu dalam pernyataannya diarahkan oleh orang yang berada di belakang kamera untuk membaca kenyataan mereka.
Namun, menurut keluarga Rawan Qadah, anak perempuan mereka telah diculik oleh pasukan keselamatan Syria setelah kembali dari sekolahnya pada November tahun lalu di kota barat daya Deraa. 
Penculikannya telah menyebabkan berlakunya kempen petition di lamanweb kempen umum, global Avaaz. 
Pengakuan lain yang disiarkan television kerajaan Syria disampaikan oleh Sarah Khaled al-Alawo dari wilayah timur Deir al-Zourr.
Alawo oleh television Syria digambarkan sebagai anggota Jabhah Al- Nusrah. Dalam pengakuannya dia menyatakan bahwa dia melayani tuntutan seksual para ‘pemberontak’ dengan menyebutnya sebagai “jihad seksual.” 
Namun keluarga Alawo membantah dengan menekankan bahwa anak gadis mereka ditangkap di kampus Universitinya di Damaksus setelah dia menyatakan pendapat dalam mendukung pemberontakan melawan rejim Presiden Bashar al-Assad.
Dalam video lain yang diperoleh oleh Al Arabiya sebelum diedit, seorang gadis Syria meminta orang-orang di belakang kamera untuk mengesahkan tanggal “18″ tanggal ketika dia diduga diperkosa oleh para pejuang anti Assad. - sumber

Segala-Galanya Ada, Menteri Macam Ni Pun Ada!

Karpal kata kenyataan Zahid 'tak masuk akal'
Ahmad Fadli KC
  • 1:30PM Sep 29 2013
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan "tidak masuk akal" kerana menafikan bahawa cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) mengandungi peruntukan bagi penahanan tanpa bicara.

Katanya, kenyataan itu juga "memalukan diri sendiri" kerana Ahmad Zahid menurutnya tidak memahami undang-undang yang dicadangkan itu.

"Dia tak faham, tidak tahu (apa yang dituturkannya sendiri) dan dia perlu dapatkan nasihat undang-undang sebelum bercakap.

"Ia cuma akan memalukan dirinya sendiri," katanya dalam sidang media selepas berucap di kongres khas DAP hari ini.

Menurut Karpal, individu yang ditahan mengikut undang-undang berkenaan tidak boleh mencabar pendakwaan ke atas mereka kerana semakan kehakiman terhadap penahanan hanya terhad kepada perkara yang bersifat prosedur semata-mata.

"Tiada semakan kehakiman yang meliputi habeas corpus dan arahan lembaga hanya boleh dicabar atas dasar prosedur, dan bukannya atas dasar substantif.

"Ini tidak masuk akal kerana yang pentingnya bukan prosedur tetapi substantif," katanya pada sidang media selepas kongres khas DAP tengah hari tadi.

Zahid semalam dilaporkan menyatakan bahawa individu yang ditahan dibenarkan untuk mencabar keputusan lembaga pencegahan jenayah.

Tegasnya, tidak ada perkara seperti penahanan tanpa bicara (di bawah cadangan pindaan) PCA.

Ahmad Zahid berkata keputusan lembaga itu untuk mengarahkan seseorang ditahan di bawah perintah tahanan boleh tertakluk kepada semakan semula oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau menegur pihak tertentu yang telah melihat pindaan PCA secara negatif.

Santai: Haris Salahuddin Di Kedai Buku - Mabuk Buku!

'Pakcik' Menteri Besaq Kedah!

Allahyarham Azizan dipanggil 'Pakcik'

Mat Taib

Mat Taib: Jadi MB, naib presiden Umno pada usia muda
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
SEPTEMBER 29, 2013
Tan Sri Muhammad Muhd Taib jadi menteri besar dan naib presiden Umno ketika usia 40-an. 
Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 September, 2013.

Semasa sedang enak menikmati ikan bakar di salah sebuah warung di Kuala Lumpur, bekas naib presiden Umno yang pernah menggemparkan negara suatu masa dahulu menghubungi dan minta hadir ke rumahnya di Shah Alam setelah beberapa temu janji yang dirancang tidak berjaya.
Rumah orang kenamaan itu seperti yang sering digambarkan televisyen adalah rumah banglo atas bukit tersergam indah dengan barisan kereta mewah dan ada beberapa pembantu rumah.
Di laman rumahnya, ada dua buruh binaan yang sedang melakukan kerja pengubahsuaian.
Beliau sedang melayan dua tetamu yang terlebih dahulu datang bertandang dan butiran perbualan mereka banyak berkisar tentang politik.Setelah memberi salam, kelibat personaliti minggu ini, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyapa dengan penuh mesra dan menjemput masuk ke singgahsananya.
Sementara menunggu giliran menemu bual bekas veteran Umno itu, peluang yang ada digunakan bagi melihat keindahan segenap penjuru rumah.
Anak perempuannya memiliki enam ekor kucing yang sangat comel dan ditunjukkan kepada kami.
Setelah kira-kira 10 minit menunggu, orang yang ditunggu pun bersedia untuk ditemubual mengenakan kurta putih dan berkain pelekat.
Melihat garis muka di wajahnya, teringat pesanan awal beliau yang tidak mahu jurugambar hadir pada sesi temu ramah hari ini.
Logo kerajaan yang tertera pada cawan minuman kami, jelas membayangkan pengalamannya berkhidmat bersama kerajaan ‘minoriti’ hari ini.
Tanpa banyak membuang masa, soalan pertama terus diajukan untuk mengetahui apakah aktiviti sehariannya setelah tidak lagi bergiat aktif dalam arena politik.
"Saya ke surau setiap hari bagi mendalami isi kandungan al-Quran kerana sebagai umat Islam sepatutnya menjadi budaya sedari kecil hingga ke liang lahat. Ini satu proses berterusan.
"Kita perlu mendidik masyarakat kepada perkara benar dan mendidik anak bangsa kerana ini yang diterapkan oleh Nabi Muhammad dalam ajaran agama kepada seluruh umat manusia,” katanya dalam nada tenang memulakan perbualan.
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Taib menceritakan sejarah bagaimana beliau mula berkecimpung dalam arena politik.
"Ibu dan ayah saya aktif dalam pergerakan Umno. Bapa saya pernah menjadi Ketua Cawangan dan Ibu saya juga pernah menjadi Ketua Wanita Cawangan. Boleh dikatakan sejak kecil lagi saya bergelumang dengan dunia politik.
"Namun dalam 10 orang adik-beradik, hanya saya anak ketiga dari kalangan mereka yang menceburkan diri dalam arena politik. Saya mempunyai tujuh adik-beradik lelaki dan tiga perempuan.
"Ada di kalangan ahli keluarga saya menjadi seorang doktor, saintis, pegawai bank, jurutera elektrik dan pensyarah. Ayah saya dahulu cenderung menghantar adik perempuan saya ke kolej Islam dan lelaki diterapkan dalam bidang akademik dan profesional,” katanya.
Bekas Menteri Besar Selangor itu dikurniakan 11 cahaya mata dan cucu seramai tujuh orang.
“Anak perempuan saya yang bongsu kini bersekolah menengah di tingkatan dua,” katanya yang teragak-agak memberitahu umur anak bongsunya itu.
The Malaysian Insider pastinya tidak mahu melepaskan peluang mendalami dasar pemikiran pemimpin veteran ini yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara amnya dan negeri Selangor khususnya.
Nada pertuturan beliau mula bersemangat apabila tabir kisah politik dibuka ibarat deruman motosikal berkuasa tinggi menuju ke sempadan.
Muhammad yang seakan sudah sinonim dengan perjuangan parti simbolik Melayu itu melihat Umno perlu mendidik dan membuka akal fikiran dengan menyampaikan situasi sebenar negara.
Aksi Mat Taib ketika ditemubual.Aksi Mat Taib ketika ditemubual.Katanya, pemimpin Umno perlu segera mengelak membesar-besarkan isu remeh dan parti itu perlu menjadi ketua serta payung kepada semua kaum kerana sejak akhir-akhir ini parti itu dilihat cuba memainkan sentimen perkauman.
"Sentimen itu pula terang bertentangan dengan ajaran Islam. Nabi Muhammad sendiri semasa menjadi pemerintah di Madinah berlaku adil kepada orang Islam dan bukan Islam. Jika menyampaikan bantuan semua pihak dapat.
"Nabi sebelum wafatnya berpesan jangan meninggalkan solat dan lindungi orang yang lemah di antara kamu. Ini yang sepatutnya diamalkan Umno bukan berterusan menjaga kepentingan sesuatu kaum sahaja.
"Mereka mengaku beragama Islam tetapi adakah mereka mengikut ajaran Islam? Kita harus membantu kaum di Malaysia mengikut nisbah mereka tanpa ada muslihat tertentu,” katanya yang faham asam garam perjuangan parti Melayu itu.
Pemimpin yang baru sahaja menyertai PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu menegaskan sudah tiba masanya kerajaan menilai semula bantuan yang diberikan kepada kaum Bumiputera.
Katanya, selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, banyak pihak yang boleh menerima program khas untuk Bumiputera seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mahu mencapai sasaran penguasaan ekonomi Bumiputera sebanyak 30 peratus tetapi perkara itu semua telah berlalu.
"Program ini tidak berjaya. Salah siapa? Sekarang Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib mahu wujudkan pula program pemerkasaan ekonomi Bumiputera dan saya berpendapat ia tidak sesuai. Kerajaan perlu adil menjaga kebajikan semua kaum.
"Kaum bukan Bumiputera datang ke sini bukan salah kita. Penjajah dan peniaga asing yang membawa mereka ke sini. Sekarang bukan lagi masa kerajaan memberi bantuan sepenuhnya kepada orang Melayu tetapi pembangunan minda dan semangat juang mereka perlu ditingkatkan.
"Permaisuri Victoria di Britain suatu masa dahulu mencerdaskan orang Barat dengan ilmu dan geran penyelidikan maka lahirlah pencipta kapal terbang, kereta dan telefon semasa zaman Revolusi Industri,” katanya yang mahu kerajaan mengambil iktibar kegagalan DEB.
Beliau berkata, pemimpin Jepun pada masa itu turut tidak mahu ketinggalan dengan menggunakan pendekatan sama sehinggakan Jepun menjadi bangsa berilmu dan ahli perniagaan ternama.
Menurutnya, Malaysia harus mengambil pendekatan tersebut dengan menyediakan banyak peluang kepada rakyat selain pendekatan kerajaan kini yang gemar menggunakan jalan mudah menghulurkan wang untuk mendapat sokongan serta menggunakan pendekatan perkauman bagi menentang kaum lain dalam negara ini.
Muhammad yang menyertai Umno pada 1964 menyifatkan mereka yang menyertai Umno pada masa kini hanyalah untuk mendapat kontrak, menjadi kaya dan menjaga kepentingan diri sendiri.
Beliau berkata, ahli Umno kini tidak lagi berjuang untuk bangsa dan tugas hakiki mereka pula diserahkan kepada agensi kerajaan.
"Umno mesti jadi ketua pembangunan. Apa program tingkatkan mutu orang Melayu? Pemimpin yang dilanda masalah juga mahu bertanding. Saya lihat Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi layak dipilih menjadi naib presiden Umno.
"Saya lihat Senator Datuk Maznah Mazlan boleh memimpin sayap Wanita Umno. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil nak buat apa lagi?," katanya yang menyenaraikan calon pilihannya dalam pemilihan Umno kelak.
Selain itu, beliau berpendapat PR sudah memenangi PRU13 dan sepatutnya menubuhkan kerajaan.
Katanya, rakyat jelas menolak BN dengan bukti undi popular mereka hanya 47 peratus dan BN membentuk kerajaan minoriti.
“Sistem nisbah kerusi dengan jumlah penduduk Malaysia yang tidak seimbang menyumbang kemenangan BN.
"Saya tiada bukti mendakwa penipuan dalam PRU13 tetapi biasanya kerajaan pemerintah mahu mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun,” katanya dalam nada tenang yang sekali sekala mengusik mahu perhatian pada lontaran ideanya.
Mengabaikan kelibat jurugambar yang gemar mendapatkan aksi terbaik, beliau sempat mengulas entiti akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dilihatnya tidak adil dalam laporan.
Beliau berkata, sudah tiba masanya masyarakat perlu dididik dan akhbar tidak seharusnya menjadi berat sebelah dengan menyiarkan ulasan pihak menyokong sahaja kerana sesuatu isu perlu dibahas dengan meluas.
"Utusan wajar mencontohi media asing yang lebih bersifat nenyeluruh. Selain itu, rakyat juga perlu bijak menilai dan jangan terus percaya kepada tulisan mereka tanpa usul periksa.
"Jika kaum Melayu masih terus dihidangkan dengan bahan bacaan di peringkat jumud, bagaimana kita mahu menjadi masyarakat antarabangsa, hebat dan mampu mengupas sesuatu isu yang lebih besar?
"Kerajaan sepatutnya memberi kebebasan akhbar untuk mengupas sesuatu isu dengan lebih luas dan mendalam sebagaimana yang diamalkan di Indonesia. Akhbar mereka bebas membuat liputan dengan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak,” nadanya kambali tegas dengan sekali-sekala mengetuk meja melontarkan idea.
Muhammad juga nyata bersetuju supaya lebih ramai orang muda menerajui Umno supaya lebih banyak idea segar dan baru mampu dijana.
“Tiada salahnya. Saya jadi Naib Presiden lebih muda daripada Mukhriz. Saya dalam lingkungan awal 40-an dah jadi MB Selangor dan Naib Presiden Umno. Mukhriz sekarang 49 tahun. Beliau ada ketokohan, berwawasan dan mempunyai profil cemerlang. Saya lihat dia salah seorang yang boleh dibawa ke depan,” katanya.
Katanya, Umno perlu segera keluar daripada ideologi membentuk pasukan tertentu yang kononnya juga bertujuan memastikan strategi kempen kemenangan mereka berjaya.
“Saya fikir tidak bagus diwujudkan pasukan kerana akan melemahkan perjuangan. Pilih siapa yang layak. Pengundi yang baik akan dipilih berdasarkan prestasi.
“Prestasi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sayap Pemuda Umno berada dalam keadaan terbaik. Saya lihat dia boleh bertahan dengan segala ujian yang diberikan kepadanya. Khairy seorang pemimpin yang boleh pergi jauh dan boleh disokong.
“Kepimpinan beliau sesuai dengan zamannya. Jika dahulu pendekatan pendesak mungkin berkesan kerana suara akar umbi tidak didengari. Tetapi Khairy seorang menteri, apa nak desak lagi? Lakukan apa yang dirancang,” katanya yang menafikan keperluan kumpulan pendesak dalam sayap Pemuda Umno.
Dengan segala yang  dilaluinya, beliau kini sudah berasa pahit manis dan jatuh bangun dalam kerajaan dan Umno.

“Saya terima hukum dan apa yang ditakdirkan kepada saya. Jika setakat ini perjalanan saya, cukuplah. Saya akan terus menyumbang dan memberi teguran baik kepada pihak PAS mahu pun Umno,” katanya yang ingin bergegas mengakhiri wawancara untuk segera menunaikan solat Zohor. – 29 September, 2013