Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 31, 2017

Kenyataan Media: Bajet 2018: Adakah dah cukup manis untuk menang PRU14?

BAJET 2018: ADAKAH SUDAH CUKUP MANIS UNTUK MEMENANGI PRU14?

Kenyataan Media | 31 Oktober 2017

1- Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu di Dewan Rakyat jelas dilihat hanya 'gula-gula' terutama kepada penjawat awam dan orang kampung menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Ini adalah kerana Najib tahu bahawa sokongan daripada golongan ini sudah berkurangan dan tindakan terdesak dilakukan dengan mengumumkan pelbagai inisiatif demi mengekalkan kuasa.

Antaranya, Menteri Kewangan itu telah mengumumkan bayaran khas 'one-off' sebanyak RM1500 kepada semua penjawat awam, ketua kampung, Tok Batin, imam, bilal, guru KAFA, guru takmir , tok siak juga pesara kerajaan. Namun, adakah 'gula-gula' itu sudah begitu manis untuk memangkah Barisan Nasional pada PRU14?

Rakyat, terutama mereka yang disenaraikan untuk mendapat bayaran khas ini jangan tertipu kerana semua janji bayaran khas yang diumumkan oleh Najib tersebut, bukan semuanya diperuntukkan di dalam belanjawan 2018. Lebih malang lagi, Najib hanya mengumumkan sahaja tanpa belum mengira kos sebenar. Jadi, adakah kita boleh yakin Najib akan laksanakan janji beliau?

2- Saya yakin, rakyat Malaysia tidak mudah untuk terpedaya dengan 'pemanis' yang diberikan dalam 'Ibu segala bajet' kerana saya percaya mereka masih lagi rasa terbeban dengan kos hidup yang masih tinggi selain cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih dikekalkan.

3- Najib turut cuba mengambil hati rakyat Sabah dan Sarawak dengan mengumumkan peruntukan yang tinggi iaitu sebanyak lebih RM 6.8 bilion bagi kemajuan dan kesejahteraan penduduk luar bandar di sana.

Ianya termasuk membaik pulih sekolah-sekolah daif melalui Sistem Bangunan Berindustri (IBS), projek Lebuhraya Pan-Borneo, infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar, projek pembangunan jalan luar bandar,  projek bekalan elektrik dan air bersih, serta lain-lain lagi.

4- Semua peruntukan untuk projek-projek yang disalurkan itu merupakan masalah utama di Sabah dan Sarawak tetapi rakyat di sana masih belum dapat diyakinkan lagi kerana sejak bertahun lamanya, kerajaan Umno BN telah menjanjikan perkara sama namun sehingga hari ini rakyat Sabah dan Sarawak masih hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Sebagai contoh, terdapat banyak lagi kampung seperti kampung Selaping, Kota Marudu, Sabah yang masih hidup dalam keadaan daif tiada jalanraya apabila anak-anak kecil terpaksa menggadai nyawa menggunakan jambatan usang yang diperbuat daripada kayu dan yang berlubang untuk ke sekolah.

Jalanraya pun tidak mampu untuk diberikan sejak dahulu, bagaimana pula dengan lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2000KM yang kononnya setanding lebuhraya negara maju?

5- Perkara ini sangat menyedihkan dan setiap kali belanjawan mereka ternanti-nanti dan mengharapkan ada perubahan dan sinar kesenangan. Namun sehingga sekarang mereka masih hidup dalam kesengsaraan.

Tidak perlu untuk kerajaan Umno BN berjanji tinggi melangit kalau tidak boleh melaksanakannya. Jangan beri mereka ini janji-janji kosong yang tidak dapat ditunaikan. Saya percaya segala janji-janji manis yang diberikan ini akan menjadi hamis selepas pilihanraya.

6- Saya ingin tegaskan di sini, tidak kira berapa banyak peruntukan yang diberikan dan dijanjikan kepada rakyat, apa yang penting mestilah ditunaikan. Saya juga ingin mengesa pihak kerajaan telus dalam pembelanjaan dan sentiasa memantau setiap pembelanjaan yang diperuntukan dalam bajet 2018 ini, agar ianya tidak berlaku ketirisan dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini.

Saiful Izham Ramli
Mantan Senator
Pengarah Strategi KEADILAN Kedah
Parti KEADILAN Rakyat

Isu Jambatan Labuan-Sabah berlarutan......

ISU JAMBATAN LABUAN-SABAH BERLARUTAN TANPA ADA SESUATU YANG NYATA
October 29, 20172895
Oleh SIMSUDIN SIDEK
Simsudin dengan ketua umum PKR Wan Azizah Wan Ismail

KOMEN: Amat diharapkan pembinaan jambatan Labuan akan jadi realiti tidak lama lagi selepas pengumuman kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) dalam Bajet 2018 yang diumumkan di Parlimen baru baru ini.

Dimaklumkan oleh sumber bahawa kajian kebolehlaksanaan itu dianggar bernilai RM14.31 juta dan pembinaan jambatan pula dijangka mengambil masa tiga hingga empat tahun.

Semoga pengumuman ini akan mejadi titik tolak untuk kita melihat sesuatu tindakan yang lebih meyakinkan menyusul tidak lama lagi setelah sekian lama isu jambatan ini berlarutan tanpa ada sesuatu yang nyata dihadapan mata yang dapat meyakinkan kita hingga ke hari ini.

Cadangan untuk membina jambatan Labuan-Sabah sudah kedengaran sejak tahun 1997 seperti yang terdapat dalam draft Labuan Development Masterplan 1997.
Perkembangan terbaru ini turut membuktikan peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi sangat penting kerana dapat bertindak bagi `memeriksa’ kerajaan dalam tindakannya. Pembangkang boleh menjadi `cermin’ kepada kerajaan bagi menilai sama ada tindakan kerajaan itu memberi manfaat atau keburukan kepada rakyat dan negara.

Usaha kami mendesak akan perlunya pembinaan jambatan Labuan-Sabah demi menangani kos sara hidup dan merancakkan ekonomi selain menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan ini sudah dimulakan sejak 15 tahun yg lalu.

Kami sebagai pembangkang di Labuan tidak pernah berhenti sekadar menjana isu berkaitan kebajikan rakyat di Pulau ini dan akan meneruskan desakan sehingga ia menjadi realiti.

Penduduk pulau ini dan Sabah amnya sudah lama menanti untuk melihat pembinaan jambatan berkenaan menjadi kenyataan.

Simsudin Sidek ialah ketua cabang PKR Labuan

Sertai perhimpunan Anwar: Pelajar UM yang digantung menang lagi di Mahkamah Rayuan

Mahkamah: UM tak patuhi prosedur denda, gantung pelajar
mk   -  Hari ini, 4:07 pm
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Universiti Malaya tidak mematuhi prosedur dalam mengenakan denda atau menggantung lima pelajarnya.

Semua mereka didakwa menganjur dan menyertai perhimpunan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk David Wong Dak Wah yang mengetuai panel hari ini bersama Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Zabariah Mohd Yusof juga mengarahkan UM membayar kos RM2,000.

Lima bekas pelajar itu adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan ahli jawatankuasanya, Safwan Shamsuddin, Adam Fistivil Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim.

Universiti itu kemudian menggantung Fahmi selama dua semester dan denda RM600, manakala Safwan digantung selama satu semester dan didenda. Sementara pelajar lain hanya dikenakan denda.

Mahkamah Tinggi Shah Alam Hakim Mohd Yazid Mustafa dalam keputusannya tahun lalu membenarkan permohonan semakan kehakiman pelajar berkenaan untuk membatalkan keputusan universiti itu selepas ia memutuskan bahawa prosiding tatatertib tidak dijalankan mengikut peraturan tatatertib UM (Kaedah-Kaedah Universiti Malaya Tatatertib Pelajar-Pelajar 1997).

Ia juga memutuskan bahawa apabila lembaga disiplin UM bertemu dengan lembaga rayuan, ia dilakukan tanpa kehadiran pelajar berkenaan.

Kelima-lima mereka diwakili peguam New Sin Yew.

New ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara.

Adakah ia penyiasatan terpilih bermotifkan politik - Shafie

Shafie enggan ulas siasatan SPRM
Yasmin Ramlan · Diterbitkan pada 31 Oct 2017 12:16PM
"Mereka (SPRM) hanya menjalankan tugas. Saya tidak ada komplen apa-apa. Namun ia mesti dilakukan secara adil, jangan buat andaian awal," kata Shafie Apdal kepada pemberita di Parlimen hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Oktober, 2017

PRESIDEN Parti Warisan Sabah Shafie Apdal enggan mengulas mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadapnya, sambil berkata ia perlu dilakukan dengan adil.

"Mereka hanya menjalankan tugas. Saya tidak ada komplen apa-apa. Namun ia mesti dilakukan secara adil, jangan buat andaian awal," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu membuat penampilan pertamanya hari ini di Parlimen sejak beliau direman lapan hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion dana persekutuan bagi tujuan pembangunan projek rakyat di Sabah.

Walaupun begitu, beliau mempersoalkan mengapa masa dua tahun diambil untuk memulakan siasatan penyelewengan itu dan adakah ia penyiasatan terpilih bermotifkan politik.

"Saya rasa bukan hari ini. Saya harap anda faham. Saya tidak boleh cakap perkara yang masih dalam siasatan walaupun mereka kata perkara ini berlaku dua tahun lepas, (tetapi) mengambil masa yang lama untuk disiasat," katanya. – 31 Oktober, 2017.

Lawan Putin: Isteri pun ditembak......

Isteri lelaki Chechnya dituduh rancang bunuh Putin mati ditembak
Agensi | Diterjemahkan olehSiti Nursyazwani  Oktober 31, 2017 10:21 MYT
Isteri lelaki Chechnya dituduh rancang bunuh Putin mati ditembak
Amina Okuyeva, iaitu isteri kepada seorang lelaki Chechnya yang dituduh merancang pembunuhan Putin, mati ditembak. - REUTERS
KIEV: Isteri kepada seorang lelaki Chechnya yang dituduh oleh Rusia merancang pembunuhan Presiden Vladimir Putin mati ditembak di pinggir bandar Kiev pada Isnin.

Menurut laporan Reuters, Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine berkata, dalam serangan sama suaminya turut tercedera.

Penasihat Kementerian Dalam Negeri, Anton Gerashchenko dan Zoryan Shkiryak berkata, Amina Okuyeva yang merupakan warga Ukraine itu berada di dalam kenderaan bersama suaminya Adam Osmayev ketika ditembak dari arah semak yang berdekatan persimpangan kereta api di pinggir ibu kota.
Okuyeva pernah bekerja sebelum ini bersama Mosiychuk.

“Amina meninggal dunia akibat dari kecederaan itu manakala Adam Osmayev cedera parah tapi masih hidup. Saya baru bercakap dengannya melalui panggilan telefon,” kata Gerashchenko.

Insiden tersebut merupakan percubaan kedua dalam tahun ini untuk membunuh Osmayev yang berasal dari rantau Chechnya yang kebanyakannya penganut Islam.

Jun lepas, Osmayev terselamat dalam satu serangan oleh seorang lelaki bersenjata, manakala Okuyeva telah membalas tembakan itu dan mencederakan penyerang tersebut.

Mosiychuk menyalahkan Rusia atas insiden pengeboman minggu lepas, manakala pasukan polis Ukraine berkata penglibatan Rusia adalah salah satu motif yang akan disiasat.

Rusia telah menafikan tuduhan tersebut yang dikatakan tercetus dari sentimen anti-Rusia di Ukraine.

Hubungan antara Kiev dan Moscow musnah pada tahun 2014 selepas Rusia berjaya merampas semenanjung Crimea selain menyokong pemberontakan pro-Rusia di wilayah timur Ukraine.

Polis gali semula kubur Nur Aliya Syifa Murad

Polis gali semula kubur kanak-kanak maut terkena serpihan batu pengasah
Oktober 30, 2017 16:35 MYT
Polis gali semula kubur kanak-kanak maut terkena serpihan batu pengasah
Sabda Abdul Rahim, 41, yang pitam terpaksa dipapah oleh anggota keluarga selepas melihat kubur anaknya Nur Aliya Syifa Murad, 5, digali semula di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Ehsan, Kampung Masjid di Kubang Rotan hari ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR: Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menggali semula kubur jenazah Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang meninggal dunia akibat terkena serpihan batu pengasah mesin rumput ayahnya di Kampung Tanjung Besar dekat sini, Jumaat lepas.

Perintah bagi kebenaran menggali kubur dan mengeluarkan jenazah kanak-kanak itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, Kubang Rotan di sini dikeluarkan oleh mahkamah, semalam.

Proses mengeluarkan jenazah kanak-kanak itu mengambil masa kira-kira satu jam setengah yang bermula pukul 9.25 pagi dan terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Nur Aliya Syifa cedera di bahagian dada kiri selepas batu pengasah yang sedang diasah ayahnya pecah dan serpihannya terpelanting terkena dadanya sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana kecuaian hingga menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Saya minta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Fadzil Abdul Rahim, 50, berkata keluarganya dimaklumkan tentang proses berkenaan kira-kira pukul 5 petang semalam oleh pihak polis.

"Proses ini dibuat berikutan proses bedah siasat tidak dijalankan oleh pihak hospital pada awalnya. Ini kehendak undang-undang, jadi kita ikut sahaja tetapi saya minta urusan pengebumian semula dapat diuruskan dengan baik," katanya.

Fadzil juga meminta masyarakat supaya menghentikan sebarang spekulasi di laman sosial berhubung perkara ini bagi menjaga perasaan ibu dan ayah mangsa yang masih dalam keadaan sedih dan trauma.

Dalam pada itu, ibu mangsa Sabda Abdul Rahim, 41, dilihat beberapa kali pitam di perkarangan kubur sebelum dibawa keluar oleh anggota keluarga manakala ayah mangsa, Murad Othman@Aziz, 40, hanya tertunduk sambil ditenangkan saudara-mara.- sumber

Monday, October 30, 2017

Kutuk Bajet 18: Pemimpin pembangkang otak senget?

KUTUK BAJET 2018: SAH PEMIMPIN PAKATAN OTAK SENGET…
Posted by Editor | 30 October 2017
MP PKR Kelana Jaya, Wong Chen bersama ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail cuba persoalkan langkah Kerajaan BN mansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kononnya rakyat ditipu kerana konsesi akan tamat.

Bagaimanapun, mereka kata tidak tahu bila konsesi tamat kerana dokumen perjanjian tertakluk kepada OSA. Nampak sangat tidak buat “homework” sebab pada April 2015, PLUS telah keluar kenyataan yang konsesi disambung kepada 2038 untuk elakkan kenaikan tol.

Nurul Izzah sibuk tanya kos penamatan tol itu tapi dalam Belanjawan Pakatan, pembangkang tidak pun menerangkan apa mekanisme yang akan digunakan untuk tamatkan tol seluruh negara jika menang PRU14. Hanya tahu buat janji kosong.

MB Selangor Azmin Ali pula cuba ambil “credit” tentang dua program ADAM50 dan program penakungan air sungai kerana sama dengan program-program Selangor iaitu Tawas dan Horas. Tapi dia kena gelak sebab mantan MB Khalid Ibrahim yang reka 2 program tersebut sejak 2009.

Jelas Pakatan sudah terkedu dengan kecemerlangan Bajet 2018 yang telah mendapat tempat dihati rakyat. Agaknya apa lagi penipuan yang akan mereka buat nanti?

#TolakPakatanPRU14 #KekalBN

Komen Facebook

Tengkorak manusia ditemui dalam kebun getah......

Pesara tentera temui tengkorak manusia di M'ka
mk   -   Hari ini, 6:52 pm

Seorang pesara tentera menemukan satu tengkorak manusia ketika melakukan kerja pembersihan di kebun getah miliknya di Batu 27 Kampung Solok Komong, Simpang Bekoh di Jasin, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Arshad Abu berkata tengkorak tersebut ditemukan lelaki berusia 42 tahun itu pada pukul 8.15 pagi di bawah timbunan ranting kayu dan semak berhampiran sebatang pokok getah sebelum lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Simpang Bekoh dekat sini.

“Kebun seluas kira-kira 0.4 hektar itu terletak lebih kurang 400 meter dari jalan besar kampung berkenaan dan ia ia tidak diusahakan pemiliknya antara empat hingga lima tahun,” katanya kepada pemberita di Melaka, hari ini.

Beliau berkata tengkorak berkenaan telah dibawa pasukan forensik ke Hospital Jasin untuk siasatan lanjut kira-kira 4 petang dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut.

Katanya orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Merapu guano pulok Annuar ni: Mana ada orang politik tak mahu kuasa?

* Najib dan juak-juaknya termasuk Annuar sendiri masih tercongok kat situ bukankah kerana kuasa? 
Biar pun dihentam kiri kanan tapi masih tetap bertahan sebab bila ada kuasa semuanya dapat, terutama fulus!

Mahathir mahu jatuhkan PM Najib kerana kuasa - Annuar Musa
Oktober 30, 2017 07:32 MYT
Mahathir mahu jatuhkan PM Najib kerana kuasa - Annuar Musa
ANNUAR: Kenapa ia bermula pada 2013? Kerana anaknya kalah dan agendanya bermula ketika itu disebabkan kuasa. -Gambar fail
JELEBU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai agenda menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan kerana bangsa atau negara sebaliknya disebabkan kuasa.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata agenda Dr Mahathir bermula pada 2013 selepas anaknya Datuk Mukhriz Mahathir kalah dalam pemilihan Naib Presiden UMNO. 

"Kenapa ia bermula pada 2013? Kerana anaknya kalah dan agendanya bermula ketika itu disebabkan kuasa.

"Bukan (kerana) soal agama, bukan soal bangsa tetapi sebab dia masih mahu kekal berkuasa," katanya pada Dialog Destini Bangsa: Istiqamah Bersama UMNO/Barisan Nasional di sini, pada Ahad.

Semasa mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Najib pada Jumaat meniru dasar kebajikan di Selangor, Annuar berkata rakyat lebih pandai menilai perkara itu. - sumber

Satu post yang menarik

Terima satu post yang sangat menarik;

Semua suratkhabar hari ini memuji ucapan Najib, dengan istilah2 islamiahnya, tabayyun, walaq dll. Tapi aku tertarik dgn satu tulisan dlm Sinar *"Kita berdiri dipihak yg mana?* tulisan Dr.Awang Mat Puteh. Satu tulisan yg paling berani.

Katanya, *"Tidak pernah terjadi dlm sejarah tanah air, baik sebelum merdeka maupun selepas kemerdekaan, dimana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit."*

Katanya lagi,  *"Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji oleh mereka malah yang mengkritik akan dicerca, dihukum dan diheret ke mahkamah."*

Malah Dr Awang, menegaskan *"Mengapa org Melayu zaman moden yg hebat2 dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai2 luhur dan mulia? Apakah org Melayu miskin keberanian?*

Seterusnya ia menyatakan *"Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yg telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka. 

Tetapi sayang yg bersuara lantang bukannya teknokrat atau pun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yg kuat menjerit "Hidup Melayu" pd perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan 90 tahun dan srikandi muda dari Langkawi."*


*"Mana teguran alim ulama berjubah Arab yg lantang bersyarah siang dan malam dikaca televisyen mengenai amal maaruf nahi mungkar"*

Dr Awang Mat Putih tidak mempunyai jawaban, katanya *"mungkin ramai yg takut.Tetapi persoalannya, apa yg hendak ditakuti?*

Ingatlah kata Pramoedya Ananta Toer, dlm hidup kita cuma satu yg kita punya, iaitu *keberanian.*Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?

Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang, 
*"Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu."*

Terbaik dari Dr.Awang Mat Puteh dan tahniah Sinar kerana berani memaparkan tulisan2 yg baik untuk tatapan rakyat - via WhatsApp

Nape jadi gini........ajaran sape?

MONDAY, OCTOBER 30, 2017
PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 
 1. Pentaksub Pas memang perasan diri mereka suci, paling bertaqwa, berhati paling bersih, paling dekat dengan Tuhan, tidak banyak dosa, paling diredai Tuhan dan bakal masuk syurga secara pasti. 

2. Pendek kata, orang lain yg tidak seperti mereka berhati kotor, jauh drpd Tuhan, tidak bertaqwa, tak dapat reda Tuhan, paling banyak dosa dan bakal terazab di akhirat. 

3. Apa buktinya? Cuba baca posting dan komen mereka di FB. Boleh dianggap semuanya memperlekehkan orang lain, meragui keimanan orang lain, mempertikai keislaman orang lain dan menganggap orang lain kotor. 

4. Orang yg berbeza dgn mereka diminta bertaubat, tak ikut acara mereka berhati kotor, tak berpakaian seperti mereka dikira sekular, tidak setuju dgn mereka dikira sokong pesta arak, tidak sependapat dgn mereka dikira sokong kafir. 

5. Entah apa yg ditanam dlm kepala mereka oleh pemimpin mereka, sehingga sampai ke tahap itu gaya fikir mereka. Apabila dibaca ayat Quran, ayat yg seronok utk mereka. Ayat azab, kafir, munafik, laknat, semuanya utk orang lain. 

6. Jika mereka ditimpa musibah, itu ujian dan tanda kasih Tuhan utk mereka. Jika orang lain pula, itu bala dan azab Tuhan. Pendek kata, mereka suci bersih, orang lain semua kotor damuih. 

7. Saya menjangkakan selepas dua tahun lebih keluar Pas, pentaksub Pas semakin rasional dan boleh menerima hakikat bahawa Pas hanya parti politik, bukan agama. Berbeza parti dlm politik sama seperti berbeza mazhab dalam fiqh. 
8. Namun, jangkaan itu meleset. Setiap hari akan lahir pentaksub baru yg menyebarkan kebencian kerana berbeza parti. Setiap ketika akan muncul idea dan buah fikiran utk memarakkan faham takfiri. 

9. Contohnya, apabila MP Amanah bercakap dlm parlimen soal hak non muslim dlm isu arak, MP Amanah dilabel sokong pesta arak dan dikata, "Kamu nak jadi kafir ke, sokong kafir ke, nak masuk neraka ke?" 

10. Orang bercakap soal hak dan undang-undang, pentaksub Pas bercakap soal syurga neraka. Teruk betullah otak pentaksub Pas. Mentang-mentanglah dia pakai serban, dia ingat keislamannya sudah tip top. 

11. Orang pakai topi, tak pakai serban, dianggap keislamannya longgar dan tak sayang agama. Kalau yg berfikir begitu sekadar lepasan Pasti, bolehlah dimaafkan. Tapi apabila tengok profail...balik al-Azhar. 

12. Selagi Pas wujud, dan pentaksubnya perasan diri mereka suci, selama itulah faham takfiri di negara ini akan terus subur.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am 

Kenyataan Media bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Johor

Kenyataan Media bersama Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Mengkibol YB Tan Hong Pin, kawasan Jementah YB Tan Chen Choon dan kawasan Bekok YB Lim Eng Guan pada 26 Oktober 2017

Kami mendesak pihak Kementerian Pertahanan Malaysia khasnya Menteri Pertahanan YB. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein memberi penjelasan sama ada pembinaan Kem Segamat dibuat atas pertimbangan strategi pertahanan Negara atau semata-mata untuk mempertahankan kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Kami telah mendapati pendaftaran seramai 1,079 anggota tentera atau pasangan mereka di dua lokaliti baru di Parlimen P140 Segamat N02 Jementah. Antaranya 1,051 pemilih di Kem Segamat dan 28 pemilih di Rej 501 (AW) Kem Segamat.

Kami telah melawat ke kem tentera yang dimaksudkan itu mendapati kem tersebut masih dalam proses pembinaan dan papan notis di luar tapak pembinaan menunjukkan bahawa tarikh jangka siap bina kem tersebut adalah 16 April 2018. Adakah ini bermaksud anggota tentera yang disenaraikan dalam RDPT tersebut terpaksa bertugas di Segamat dalam keadaan kem masih belum siap dibina?

Tugas anggota tentera adalah untuk menjamin pertahanan Negara kita. Lokasi sesebuah kem tentera, penempatan bilangan dan jenis anggota tentera seharusnya bergantung kepada strategi pertahanan Negara sahaja. Sekiranya timbul persoalan di mana kepentingan politik kepartian menjadi faktor pertimbangan dalam menyusun atur penempatan anggota tentera maka ianya merupakan sejenis bentuk manipulasi sistem pilihanraya dan Dato’ Seri Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan haruslah bertampil ke hadapan dan memberi penjelasan kepada rakyat.

Keputusan PRU yang lepas menunjukkan kedudukan BN di parlimen P140 Segamat semakin bahaya dengan pengurangan majoriti yang semakin berkurangan sejak PRU11. Majoriti BN di Segamat semasa PRU11 (2004) adalah sebanyak 7,809 telah merosot ke 2,991 dalam PRU12 (2008) dan 1,217 dalam PRU13 (2013).

Mendaftar masuk sebanyak 1079 ahli tentera ke Kem Segamat yang belum siap dibina  menunjukkan bahawa BN begitu terdesak atau desperate dan takut kalah di kawasan Parlimen Segamat dan sekaligus hilang kuasa pemerintahan pada PRU yang akan datang.

Kami tiada halangan sekiranya anggota-anggota yang telah bertugas di sesuatu kawasan itu berdaftar sebagai pemilih di kawasan itu. Bagaimana pun, isu yang timbul sekarang ialah bagaimanakah seseorang anggota tentera bertugas di sesebuah kem tentera yang masih dalam proses pembinaan dan sudah tentu belum mendapat Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC).

Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan dan percubaan BN dalam memanipulasi dan menyulitkan anggota tentera untuk mengukuhkan kedudukannya. Tindakan ini bukan sahaja merupakan sesuatu manipulasi sistem pilihanraya malah juga telah menyusahkan pihak tentera yang sebenarnya bertugas di sesuatu kawasan yang lain dan mungkin terletak jauh dari Segamat. Barisan Nasional tidak seharusnya menyusahkan anggota tentera sehingga mengheret mereka ke medan pertarungan politik.

Pihak kami akan membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan isu ini dan pihak SPR wajib memberikan suatu penjelasan berkenaan kasahihan pendaftaran pemilih di sesuatu lokaliti yang masih dalam pembinaan ini. Sekiranya perkara ini dibenarkan maka ianya akan membuka pintu dan mengundang lebih banyak manipulasi ke atas sistem pilihanraya Negara kita.

Sekian sahaja, terima kasih

Yang benar,
Tan Hong Pin
Tan Chen Choon
Lim Eng Guan

Gambar-gambar menarik yang tidak disentuh photoshop

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Santai: K2 with a drone! - video




Negara di dunia yang jarang kita dengar

5 Negara Asing Yang Jarang Didengari
Oleh Neux pada 29 Oct 2017
Baru-baru ini, kebanyakan akhbar di Malaysia dilimpahi dengan berita tuntutan kemerdekaan oleh kerajaan Catalonia daripada Sepanyol. Kerajaan Sepanyol membuat keputusan agresif dengan tidak mengiktiraf pengisytiharaan kemerdekaan tersebut yang diumumkan oleh kerajaan Catalonia.

Konflik kemerdekaan Catalonia daripada Sepanyol bukanlah sesuatu yang baru. Di Kanada juga, kerajaan Quebec sudah lama menuntut kemerdekaan daripada Kanada. Kisah Catalonia dan Quebec ini adalah contoh beberapa kerajaan yang menuntut kemerdekaan untuk menubuhkan negara, kerajaan dan undang-undang sendiri.

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa negara yang jarang didengari. Sesetengah daripada negara dalam senarai ini walau bagaimanapun hanya diiktiraf oleh beberapa buah negara lain walaupun sudah mempunyai undang-undang dan pemerintahan tersendiri.

1. Transnistria
Transnistria adalah sebuah negara kecil yang terletak di kawasan selatan negara Moldova. Ianya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Chisinau pada tahun 1990. Kini, Transnistria sudah mempunyai matawang tersendiri, pasport, kerajaan demokratik dan sistem pertahanan tersendiri. Cara hidup dan rekabentuk bangunan disini kebanyakannya masih dikekalkan sejak pemerintahan Soviet Union.

Tidak banyak negara yang mengisytiharkan kewujudan negara ini. Rusia merupkan antara beberapa negara yang mengisytiharkan kewujudan negara Transnistria dimana mereka turut menempatkan kira-kira 1000 orang askar disini bagi mempertahankannya sekiranya Moldova ingin menyerangnya. Sekiranya ingin datang ke sini, bolehlah mengambil penerbangan ke Moldova dan menaiki pengangkutan darat untuk ke sini.

baca lagi : Transdniestria Negara Tidak Diiktiraf dunia

2. Abkhazia
Abkhazia asalnya merupakan sebahagian daripada negara Georgia. Setelah kejatuhan Soviet Union, ia mula menuntut kemerdekaan tetapi dihalang keras oleh Georgia. Krisis ini menyebabkan konflik, pertumpahan darah dan penghapusan etnik di Abkhazia.

Abkhazia berjaya mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1999. Kini, ia mempunyai sistem pemerintahan, sistem ketenteraan, pasport dan juga bank nasional. Buat masa ini, hanya 4 buah negara anggota United Nation (UN) mengiktiraf kewujudan negara ini. Walau bagaimanapun, negara ini masih banyak bergantung kepada Rusia dalam segala segi. Rakyatnya juga boleh memohon pasport Rusia dan boleh memasuki Rusia secara bebas.

3. Somaliland
Sejak tahun 1991, negara Somalia telah bergolak dan terjadinya perang saudara yang mengorbankan banyak nyawa. Sebuah kawasan di bahagian utara barat Somalia telah bertindak keluar daripada Somalia dan menubuhkan sebuah negara baru yang dikenali sebagai Somaliland.

Somaliland juga berupaya menubuhkan sistem ketenteraan, kerajaan, matawang dan juga mempunyai bendera mereka sendiri. Kerajaan pula memerintah menggunakan sistem separa-demoktratik. Walaupun negara Somalia masih lagi bergolak, rakyat di Somaliland dapat hidup bebas tanpa peperangan. Malangnya sehingga kini tiada negara luar yang mengiktiraf kedaulatan Somaliland.

4. Puntland
Selain Somaliland, Putland juga merupakan sebuah sebuah kawasan yang ingin keluar daripada Somalia. Ianya merupakan sebuah kawasan kecil di Somalia yang menghadap ke arah laut. Pada tahun 2015, kawasan ini dianggarkan mempunyai populasi 4.28 juta orang penduduk. Ia telah mengisytiharkan pemerintahan autonomi sejak tahun 1998.

Sementara itu, aktiviti utama Puntland adalah lanun, iaitu merompak kapal-kapal yang lalu di kawasan laut berhampiran. Berlainan dengan daripada Somaliland yang inginkan kemerdekaan secara terus, Puntland pula hanya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Somalia selagi mana Somalia masih bergolak dengan perang saudara. Sekiranya Somalia kembali stabil, Puntland ingin kembali menjadi sebahagian daripada pemerintahan kerajaan Somalia.

5. Seborga
Di Itali, terdapat dua buah negara kecil yang diiktiraf masyarakat antarabangsa - San Marino dan Vatican City. Walau bagaimanapun, mengikut pakar sejarah, Seborga juga merupakan sebuah kawasan yang layak di gelar sebagai sebuah negara mengikut undang-undang.

Ianya adalah sebuah negara kecil di kawasan pergunungan dan hanya mempunyai keluasan 4.91 kilometer persegi. Kawasan ini wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Rom lagi. Selepas kejatuhan empayar ini pada tahun 1806, kira-kira 300 buah kawasan di Itali telah digabungkan menjadi beberapa buah daerah atau negari, termasuklah Seborga. Ketika perjanjian penyatuan daerah-daerah di Itali dibuat pada abad ke 19, akibat kerana kesilapan kawasan Seborga ini tidak dimasukkan dalam perjanjian tersebut. Oleh itu, mengikut undang-undang Seborga adalah sebuah negara yang tersendiri.

Sunday, October 29, 2017

Menjelang PRU14: Menyatakan kebenaran, buat kerja dan bukan hanya tahu 'berkokok' - Mat Maslan

Jentera IT UMNO yakin menang perang maya PRU14
Diterbitkan pada Oktober 29, 2017 06:59 MYT
AHMAD: Kami tidak mahu kalah lagi pada PRU14 ini dalam peperangan media sosial...ini penting kerana kita (parti) yang membawa kebaikan, menyatakan kebenaran, buat kerja dan bukan hanya tahu 'berkokok'. -Gambar fail

SUNGAI PETANI: Barisan jentera teknologi maklumat (IT) UMNO meletakkan sepenuh keyakinan memenangi 'perang maya', khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO kalah dalam media sosial semasa PRU pada tahun 2008 dan 2013.

"Kami tidak mahu kalah lagi pada PRU14 ini dalam peperangan media sosial...ini penting kerana kita (parti) yang membawa kebaikan, menyatakan kebenaran, buat kerja dan bukan hanya tahu 'berkokok'.

"Oleh kerana itu jentera media sosial UMNO mesti menang dalam peperangan maya pada PRU akan datang, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan perang maya PRU akan datang ini dimenangi UMNO dan Barisan Nasional (BN), dan saya yakin kami boleh menang," katanya selepas merasmikan Penutup Bengkel Teknikal Maya (BTM) Peringkat Negeri Kedah dan Perlis, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Biro UMNO negeri Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Tinggi dan Sumber Manusia, Datuk Noor Sabrina Mohd Noor; dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad.

Sementara itu, Ahmad turut mengingatkan semua jentera IT UMNO untuk tidak menyebar dan menularkan fitnah sebaliknya kebenaran yang membawa banyak manfaat kepada rakyat dan negara.

Dalam pada itu, katanya, dianggarkan seramai 2,000 jentera IT UMNO setiap bahagian akan berkumpul dalam Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 4 Nov ini, bagi mendengar pandangan dan nasihat mengenai persediaan menghadapi PRU14.

"Ini adalah satu lagi usaha kami selama setahun lapan bulan, apabila saya menjadi Pengerusi Biro IT, untuk memperkukuh barisan jentera IT UMNO dan program akan turut dihadiri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri," katanya. -- BERNAMA

Melayu Melenting: Tuhan Kecil Mereka Disiasat Polis

Melayu Melenting, Bila Tuhan Kecil Mereka Disiasat Polis – Siti Kasim
October 28, 2017 admin  

PETALING JAYA: Peguam penuh kontroversi, Siti Kasim menyeru kaum Melayu untuk bangkit menentang golongan yang ‘bertopengkan agama’. Beliau juga berkongsi kisah sedih bagaimana dirinya telah menjadi kebencian masyarakat Melayu setelah membuat laporan polis terhadap golongan agamawan yang disifatkan sebagai ‘tuhan-tuhan kecil mereka’.

Siti Kasim menyeru, “Bangkit orang Melayu! Jangan takut dengan orang-orang yang bertopengkan agama.” “Tengoklah apa yang mereka telah lakukan pada saya. Hanya kerana saya membuat repot polis terhadap tuhan-tuhan kecil mereka, dia orang naik angin. Hanya kerana saya bersuara lantang membantah ektrisma mereka, mereka melenting.

” Minggu lepas, Siti Kasim telah mendedahkan bahawa beliau telah membuat laporan polis ke atas beberapa tokoh agamawan seperti Ustaz Dr Rozaimi Ramle, Ustaz Dr Zamihan, dan Ustaz Mohd Aslam kononnya mereka telah mengakibatkan reputasi baik agama dan kehidupannya terancam. Beliau juga mendakwa laporan tersebut menyebabkan kesemua tokoh agamawan tersebut sedang disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya lagi, “Mereka cuba untuk menakutkan dan memalukan saya dengan membuat fitnah terhadap saya. Mereka memberi ceramah kepada orang ramai memburukkan saya dan menyebarkan fitnah.” “Berapa ramai orang yang akan menyelidiki kesahihan yang mereka baca dan dengar dari kelompok yang ekstrem ini? Hanya kerana mereka berpakaian jubah dan serban, orang Melayu percaya dengan mereka.”

“Apa mereka ingat saya perempuan saya akan mengalah? Salah besar. Selagi mana mereka terus memaksa kepercayaan songsang mereka ke atas kita semua, saya akan terus mempersoalkan dan menggoncangkan dunia mereka,” ikrar beliau.

Ini status SITI KASIM di FB

Betul! BANGKIT Orang Melayu! Jangan takut dengan orang-orang yang bertopengkan agama.

Tengok lah apa yang mereka telah lakukan pada saya. Hanya kerana saya membuat repot polis terhadap tuhan-tuhan kecil mereka, dia orang naik angin. Hanya kerana saya bersuara lantang membantah ektrisma mereka, mereka melenting.

Mereka cuba untuk menakutkan dan memalukan saya dengan membuat fitnah terhadap saya. Mereka memberi ceramah kepada orang ramai memburukkan saya dan menyebarkan fitnah. Berapa ramai orang yang akan menyelidiki kesahihan yang mereka baca dan dengar dari kelompok yang ekstrem ini? Hanya kerana mereka berpakaian jubah dan serban, orang Melayu percaya dengan mereka.

Apa mereka ingat saya perempuan saya akan mengalah? Big mistake. For as long as they continue to impose their skewed beliefs onto all of us, I will keep questioning and shake their world.

LET NO ONE INTIMIDATES YOU!!
Posted in: Gedebak Dalam Negeri

Azmin: Saya tak melutut pada kuasa asing seperti Najib

mk   -   28 Oct 2017, 5:06 pm
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, berkata beliau tidak "melutut" kepada kuasa asing untuk membawa pelaburan ke luar negara seperti dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Berbeza dengan Najib, dia pergi bawa duit rakyat nak melabur di Amerika. Amerika dah cukup dah (pelaburan). Dia tak perlukan sumbangan dari Malaysia pun.

"Hah itu bezanya. Saya bukan pergi melutut kepada kuasa asing, berbeza dengan mereka," kata Azmin.

Pada pengumuman Bajet 2018 semalam, Najib menyindir mereka yang membidas tindakannya membawa pelaburan asing terutamanya dari China.

"Baru-baru ini saya dapat khabar berita katanya Menteri Besar Selangor (Azmin) sendiri pergi ke tanah besar China.

“Kita nak tanya, YB Gombak nak jual Selangor ke?" kata Najib.

Azmin berkata beliau ke China untuk menyertai Persidangan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, di mana beliau bercakap mengenai dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor.

"Tak seperti Najib, dia pergi ke Rumah Putih dan menyerahkan dirinya dan dia dakwa bahawa dia menggunakan wang rakyat untuk melabur infrastruktur di Amerika, untuk apa?

"Maksud saya, kamu perlu dapatkan lebih banyak pelaburan datang ke Malaysia, seperti apa yang kita lakukan di Selangor," kata Azmin.

Azmin juga mendakwa sokongan daripada pelabur asing untuk negeri itu juga "stabil dan mampan."

"Kalau lihat Jabatan Statistik Negara mengesahkan FDI kita kuat, domestik kuat, sumbangan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) meningkat. Ini menunjukkan pelabur asing yakin dengan Selangor," katanya.

Najib, semasa lawatannya ke AS bulan lalu, memberitahu Presiden Donald Trump bahawa beliau mahu membantu mengukuhkan ekonomi negara itu.