Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 31, 2015

Adakah menjadi tanggungjawab Majlis Peguam?

Kes Zulkifli: Khalid bidas Majlis Peguam diam diri

 | December 31, 2015
Majlis Peguam gagal bertindak untuk memberi penerangan sehingga pihak polis dipersalahkan dalam kes Zulkifli
khalid-abu-bakarKUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membidas Majlis Peguam kerana gagal memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kes Mohamad Zulkifli Ismail yang bakal berdepan hukuman gantung kerana didakwa membunuh perompak.
Katanya, Majlis Peguam kononnnya sebelum ini lantang memperjuang hak asasi rakyat, namun apabila melibatkan isu Zulkifli mereka gagal tampil mejelaskan kepada rakyat sehingga pihak berkuasa dipersalahkan.
“Saya minta peguam hak asasi manusia, melalui Majlis Peguam keluar bagi penjelasan, kalau bab lain cepat bagi penjelasan kenapa yang ini (isu Zulkifli) tidak ada pula
“Di sini peranan Majlis Peguam untuk bagi penerangan, mereka kononnya pakar beri penerangan kepada orang ramai dan kenapa biarkan orang ramai buat pandangan sendiri sampai jadi viral,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat JIPS di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman pada Khamis.
Khalid berkata, tindakan Zulkifli yang membunuh dengan alasan mempertahankan diri dan keluarganya daripada perompak bertentangan dengan Seksyen 99 Kanun Keseksaan yang secara jelas menyatakan hak seseorang untuk bertindak.
Katanya, orang ramai juga gagal mamahami had sebenar untuk seseorang itu bertindak bagi mempertahankan diri daripada penjenayah dan menyalahkan pihak berkuasa apabila sesuatu hukuman itu dibuat, sehingga perkara itu menjadi viral.
“Banyak orang tidak tahu had mana mempertahankan diri, Seksyen 99 Kanun keseksaan menjelaskan setakat mana hak mempertahankan diri oleh orang ramai boleh digunakan. Malah bagi pihak polis juga ada had. Bukan had pertahankan diri hak mutlak,” katanya.
Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan Jabatan Perhubungan Awam Bukit Aman mengeluarkan maklumat lengkap berhubung hak mempertahankan diri mengikut undang-undang.

Peringatan untuk Penasihat!

APABILA PAS MENJADI PENASIHAT KERAJAAN.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan beberapa konsep asas dalam konstruksi dan amalan politik yang dianjurkan Islam.

Di sana wujud konsep An Nasihah, At Tawaasi (Tegur-Menegur), At-Tadaafuq (Semak-lmbang) dan akhir sekali At Tadaawul (Bertukar-Ganti).

Sejujurnya saya tidak rasa terpanggil untuk menasihati bekas presiden saya itu supaya jangan hilang keseimbangan atau tawaazun.

 Mungkin ada yang menelah elok saya diamkan sahaja biar PAS berantakan. Tapi atas tuntutan "Ad Deenu Nasihah", maka saya hulurkan nasihat ini.
Kalau dulu beliau terlalu “keras” (Syadid) sehingga terhasil apa yang diberi jolokan amanat Hadi, kini sudah kelihatan bersikap “bermudah” (Tasaahul) dengan menekankan peranan PAS sebagai penasihat mengatasi tuntutan dan prinsip lain yang lebih penting.

Sejak bila PAS berubah sebegini rupa. Ini jelasnya bukan pendekatan pimpinan Ulama PAS yang terdahulu.

Seperti Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Ada orang berilmu yang bertanggapan, ini bukan “Fikrah Taghyir” atau “Fikrah Perubahan” tetapi sebenarnya “Fikrah Tabrir” atau “Memberi Alasan”.

Kalau hanya ditekan tentang peranan menasihati, itu bukan peranan utama parti politik Islam. Itu peranan para Mufti, Cendekiawan Islam, agensi-agensi Islam dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam terhadap penguasa politik atau pemerintah.

Tugas utama parti politik Islam (dan bukan Islam) adalah untuk “menyemak-imbang” pemerintah. Khasnya kerajaan yang didakwa umum sarat dengan segala kepincangan.

Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab menyemak-imbang tadbir-urus yang rasuah, boros, bolot dan rakus dan pelbagai skandal termasuk PKFZ, NFC dan terkini 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan “derma” RM2.6bilion itu?

Tidak mudah untuk “melupakan” dan bukan tugas kita untuk “memaafkan” segala dosa dan kemungkaran yang dilakukan penguasa politik yang menzalimi rakyat untuk sekian lamanya. Mereka juga tidak pernah mengakui dan menginsafi segala “dosa dan kemungkaran” ini.

Ini termasuklah merampas royalti minyak Kelantan dan menyalahgunakan akta drakonian yang zalim ke atas penentangan demokratik yang sah rakyat terhadap kerajaan.

Tentang prinsip “At Tadaafuq”, Firman Allah dalam 2 ayat di Surah Al-Baqarah: 251 dan Al-Hajj: 40 secara jelas dan tuntas menegaskan akan peranan dinamika “semak-imbang” sebagai jalan atau wasilah membanteras kepincangan dan kebobrokan penguasa politik.

Maka peranan dan persaingan politik di pentas itu adalah untuk menamatkan segala perilaku kezaliman, ketidakadilan, diskriminasi dan kemungkaran tadbir-urus sistem pemerintahan sang penguasa.

Justeru, ulama dan intelektual Islam menjadikan ini sandaran dalil kepada kepentingan untuk menginstitusikan peranan "Tadaafuq" atau semak-imbang atau “check and balance” dalam tata orde politik bagi mencapai kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Fahaman dan pegangan PAS tentang konsep “Muwaajahah Silmiyah” atau “Persaingan Aman secara Demokratik”sudah kian luntur.

Perubahan trend ini kami jangkakan dan semakin jelas mutakhir ini. Inilah antara sebab utama mengapa kami mengambil keputusan untuk melangsungkan dan perkukuhkan perjuangan Islam ini di luar wadah PAS.

Kami yakin PAS dulu bukan begini. Trend ini lebih ketara sejak peninggalan Nik Aziz dan selepas “G-18” dan seangkatan kami ini, “dibersihkan” sehingga tidak ada lagi suara semak-imbang dalam PAS.

Justeru, Parti Amanah Negara (Amanah) mesti segera memainkan dan mengambil pentas utama bersama rakan Pakatan Harapan untuk meneruskan tugasan penting ini sehingga berlaku perubahan besar dalam negara ke arah penambahbaikan atau Al Islah sehingga terlaksana “Malaysia Yang Adil Untuk Semua”.

Akhirnya, prinsip Tadaafuq ini akan membawa kepada situasi dan dinamika perubahan atau peralihan kuasa yang dipanggil dengan konsep “At Tadaawul”, sekiranya diizinkan Allah dan dimandatkan rakyat, sesuai dengan penegasan firman Allah: "Dan kami silih-gantikan kemenangan itu di antara manusia" (Surah Ali-Imran: 140).

Sheikh Yusuf Qaradawi dan begitu juga ulama kontemporari lain mengharuskan wujudnya 2 atau lebih parti Islam dalam sebuah negara Islam, apatah lagi dalam sebuah negara demokrasi, justeru kerana maksud dan tujuan ini.

Yakni untuk menyemak-imbang antara kerajaan dan pembangkang bagi mengelakkan pemerintah bersikap kuku-besi, autokrasi, rasuah dan zalim.

Akhirnya, dinamika persaingan ini mengharuskan mereka digantikan (At Tadaawul) dalam satu sunnah alam melalui  garis amalan demokrasi yang sihat dan siasah yang adil. – 28 Disember, 2015.

* Dr Dzulkefly Ahmad ialah pengarah strategi Parti Amanah Negara.

Jual pegangan bandar: Ada beza dengan Kelantan?

1MDB jual 60 peratus pegangan bandar Malaysia kepada konsortium pada RM7.41 bilion
31 Disember 2015 | BERNAMA
1Malaysia Development Bhd (1MDB) menandatangani perjanjian jual beli saham untuk menjual 60 peratus pegangan Bandar Malaysia Sdn Bhd pada RM7.41 bilion kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd.
Konsortium itu adalah usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings IWH dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd.
Perjanjian penjualan tanah 1MDB dengan konsortium itu hari ini menandakan kejayaan besar terakhir dalam rancangan rasionalisasi syarikat seperti yang dikemukakan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015.
Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata konsortium itu telah menilai penuh 100 peratus tanah Bandar Malaysia pada RM12.35 bilion dan 1MDB akan menerima deposit 10 peratus daripada RM741 juta itu apabila melaksanakan perjanjian jual beli saham itu.
Urus niaga ini dijangka lengkap menjelang akhir Jun 2016, katanya.
Perjanjian Jual Beli Saham ini adalah hasil dari Permintaan untuk Saranan (RFP) yang dilancarkan pada Jun 2015 oleh penasihat urus niaga, CH Williams Talhar & Wong (WTW).
WTW menerima 40 pernyataan minat daripada pelabur dalam dan luar negara, termasuk dari Singapura, China, Jepun, Korea dan Australia.
Empat pembida telah disenarai pendek pada September 2015 dengan dua tawaran akhir, terikat dan diterima pembiayaian pada 9 Nov 2015.
Sasaran awal bagi jumlah nilai Bandar Malaysia adalah antara RM11 bilion dan RM12 bilion.
"Kami berbesar hati dengan hasil yang muncul dari sebuah proses yang ketat, sangat berdaya saing dan menambah nilai. Malah, ia telah melangkau jangkaan kami," kata Arul Kanda.
"Hasil daripada jualan ini, 76 peratus daripada Bandar Malaysia akan dimiliki oleh entiti Malaysia, yang mana kira-kira 54 peratus daripada projek tersebut dimiliki oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor, masing-masing melalui 1MDB, Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor," katanya.
Beliau berkata penyertaan CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa dengan ekuiti projek sebanyak 24 peratus mewakili pelaburan langsung asing (FDI) yang besar dan bukti kukuh akan kekuatan dan tarikan ekonomi Malaysia.
Bandar Malaysia, yang akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150 bilion, dibina sebagai mercu tanda antarabangsa Malaysia yang baru apabila siap kelak

Perkara yang telah menggilakan!

Kerajaan Malaysia sudah hampir lumpuh kerana pemimpin korup yang berusaha untuk kekalkan kuasa
suarakami

Perkembangan politik di tanah air akhir-akhir ini amat menarik perhatian kita semua.

Ada pihak bermati-matian cuba pertahankan diri untuk terus berkuasa. Ada pihak menyeru kepada "good governance".

Ada pihak mahu perdana menteri meletak jawatan dan diganti dengan pemimpin baharu.

Ada pihak mahu menjadi "penasihat" kepada Umno di samping terus berada bersama-sama dengan pihak pembangkang.

Ada pihak terutama anak muda "bosan" dengan pemimpin dalam kerajaan dan "waspada" dengan pihak pembangkang. 

Mereka lebih suka menubuhkan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersuara.

Ramai pula pihak pembangkang dan ada daripada NGO yang dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan.

Ada yang hanya menyeru perdana menteri untuk letak jawatan akhirnya dia didakwa di mahkamah.

Sebaliknya ada yang juga suruh perdana menteri letak jawatan tapi tidak pula didakwa.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku pada masa ini di negara kita?

Mari kita lihat bersama-sama.

Keadaan seperti ini sudah tentu tidak kondusif untuk sesebuah negara jika kita hendak bercakap soal pembangunan fizikal, mental dan spiritual rakyatnya.

Jika hendak digambarkan pada rumah tangga dalam sebuah keluarga, ia pada tahap amat menekan dan tertekan.

Si ibu dan si bapa dalam keadaan amat depresi. Ibu menyalahkan bapa dan bapa menyalah ibu. Anak terbiar. Tidak dikisahkan lagi.

Kewarasan akal sudah tiada lagi. Si bapa melemparkan kata-kata yang sungguh tidak enak didengar kepada si Ibu. Begitu juga si ibu pun tidak mahu mengalah juga melemparkan kata-kata yang tidak kurang bisanya pada si bapa.

Hal pelajaran anak, kesihatan anak, kebajikan dan lain-lain sudah tidak dipedulikan.

Jiran tetangga juga hairan bagaimana keadaan seperti itu dibiarkan terus berlarutan.

Dan sudah tidak nampak ada jalan keluar.

Ayyoyoo........mana mau letak muka lo!

Skandal rasuah paling teruk dunia: Malaysia di tangga 3


Malaysia telah dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.
‘Anugerah’ itu diberikan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company - dalam laporannya dua hari lalu.
Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.
Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.
Honduras dan Guatemala mengambil tempat keempat, manakala hakim-hakim di Ghana dan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu berada di tangga kelima dan keenam.
Menurut laporan itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berada dalam kedudukan yang janggal apabila beliau melawat Malaysia bulan lalu.
Ini kerana empat bulan sebelum itu, akhbar The Wall Street Journal melaporkan bahawa AS$700 juta (kira-kira RM3 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dana AS$700 juta yang didakwa datangnya dari wang pelaburan negara itu mengaitkan Najib secara langsung dengan firma yang dicetusan ilhamnya - 1MDB.

Mad Maslan tambah kriteria jadi negara gagal

Saranan #2kerja tambah kriteria jadi negara gagal

 | December 31, 2015
Ia jelas menunjukkan sikap menteri-menteri yang tidak memahami nilai-nilai mengekalkan tradisi bekerja di kalangan pegawai kerajaan yang perlu diperketatkan.
zam,maslan
PETALING JAYA : Saranan yang dibuat oleh Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan lebih dari satu kerja bagi menangani kos sara hidup boleh meruntuhkan nilai-nilai yang cuba dipertahankan dan diperkuatkan terutama dalam kalangan kakitangan kerajaan.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa, prestasi kerja kakitangan kerajaan juga kini telah merosot amat jauh jika dibandingkan dengan era bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
“Kita sekarang boleh melihat bagaimana kakitangan kerajaan lepak dalam masa kerja di kedai-kedai mamak terutama di Putrajaya kecuali jika diketuai oleh ketua-ketua jabatan yang diketahui benar-benar tegas dan keras,” katanya menerusi entri terbarunya zamkata.blogspot.
Zainuddin menambah, saranan Ahmad Maslan juga jelas menunjukkan sikap menteri-menteri yang tidak memahami nilai-nilai mengekalkan tradisi bekerja di kalangan pegawai kerajaan yang perlu diperketatkan untuk membangunkan sebuah masyarakat Wawasan 2020.
“Bukannya menjadi gambaran sebuah masyarakat yang mundur dan miskin seperti Indonesia atau Thailand.
“Kenyataan Ahmad Maslan ini jelas menunjukan masyarakat kita semakin runtuh terutama di kalangan pemimpin politik pemerintah sendiri,” katanya.
Beliau turut terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO itu kerana ia turut akan menambah kerosakan disiplin kakitangan dan pegawai kerajaan terutama di kalangan guru yang pada masa kini ramai yang terlibat dengan kelas tuisyen
“Kita sedang menambah kriteria untuk melayakan diri menjadi sebagai sebuah negara yang gagal,” tegasnya.

# Baca jugaKos penyelenggaraan kerajaan tinggi, pemimpin boros dan membazir

Tuduhan Dana Politik Dari Israel: DAP Perlu Jelaskan atau saman!

Thursday, December 31, 2015
USD300J Dana Politik Dari Israel, DAP Perlu Jelaskan -Dr. Mohd. Zuhdi
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kegagalan DAP menjawab pendedahan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.
“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.
“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Zuhdi berkata, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.
Katanya, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
“ketiga-tiga dakwaan Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP,” katanya.
Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu.
Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP. Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab,” katanya.
Pemimpin DAP baru-baru ini mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi.
Parti yang mendominasi Pakatan Harapan itu turut dikecam teruk oleh PAS yang menyifatkan tindakan DAP itu mengambarkan wajah sebenar parti berkenaan ke atas agama Islam selama ini.
Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun mengambil pendirian membisu dalam isu tersebut.
Ramai pihak melihat sikap ditonjolkan PKR itu kerana tidak mahu dilihat sebagai anti-Israel atas sebab-sebab tertentu. (IH) - sumber

Janji Najib: Sejak PRU13, yang korang ingat berapa janjikah yang Najib tepati?

Thursday, 31 December 2015
NAJIB MASIH ADA MASA SEHINGGA 12 MALAM INI UNTUK TUNAIKAN JANJINYA
Mudah-mudahan sebelum tibanya detik 12 tengah malam hari ini di mana tirai tahun 2015 akan melabuhkan episod suka dan dukanya, Najib Razak yang mungkin sekarang ini sama ada sedang berada di Dubai atau Hong Kong, akan segera tampil dengan janji yang pernah dibuatnya pada 14 Jun lalu.

Dalam janji yang dibuatnya di hadapan kira-kira 1,500 ketua penerangan dan setiausaha UMNO bahagian seluruh negara pada tarikh tersebut, Najib memberi jaminan bahawa isu berkaitan 1MDB akan diselesaikan sebelum akhir tahun 2015 ini.

Tetapi, selain daripada penjualan Edra Energy kepada syarikat China yang menyebabkan negara hilang aset berharga, tiada apa-apa yang ternampak dilakukan untuk menyelesaikan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion itu.

Bila lagi isu hutang 1MDB yang menimbulkan kritikan ramai dan misteri itu mahu diselesaikan? 

Apakah ketua-ketua penerangan dan setiausaha-setiausaha UMNO bahagian seluruh negara masih ingat dengan janji Najib itu?

Apakah jika tiada janji dan jaminan yang dibuat Najib itu, mereka masih sedia memberi sokongan kepadanya?

Atau adakah maksud "selesai"  itu hanya kerana berjaya memecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Ghani Patail, melantik orang pilihannya sebagai  Peguam Negara yang baharu, merombak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan melakukan kacau ganggu terhadap SPRM yang sedang melakukan penyiasatan terhadap 1MDB yang sarat hutang itu?

Di hari terakhir 2015 ini dan sebelum memasang azam atau menaruh sebarang harapan baharu untuk tahun 2016, jika janji yang satu ini dapat ditunaikan, tentunya ia  sudah cukup memadai buat kita semua, walaupun Najib turut memungkiri banyak janji lainnya, terutama ketika kempen PRU 13 lalu.

Bagaimanapun,  kiranya janji yang satu ini tidak juga mampu ditunaikan sebelum tenggelamnya detik 12 tengah malam 31 Disember ini, bermakna tiada apa lagi yang boleh diharapkan kepada Najib seawal bermulanya hari pertama tahun 2016 nanti.

Sudah tentu, selain rakyat biasa, Najib telah mengecewakan kelompok pimpinan dalam UMNO sendiri dengan pemungkiran janjinya yang pernah dibuatnya itu.

Tahun 2016 hanya menjadi tahun yang kosong buat kita semua. 31/12/2015). - sumber

Rupanya Mamat ni cukup benci kepada Anwar!

Dr Marzuki AJK PAS Pusat ni diserap oleh UMNO dlm PAS kira2 3 th lebih yg lalu, terus menang pmilihan cai mktmr PAS Ogos 2015

Sikap rasisnya sjak dulu mengalahkn UMNO. Cukup anti dgn DSAI sbgmna lebai2 PAS. Makian puak2 ni kpd DSAI bila berada sesama mereka mengalahkn UMNO. Puak2 PKR Jimin jer buat2 bodo

Perubahan dalam politik PAS: Pandangan Dewan Ulama.......

Apa perubahan dalam politik baru PAS?
Posted on Wednesday, December 30 @ 15:40:38 MYT by paktam
Artikel Oleh USTAZ RIZUAN RAHMAT

APA perubahan dalam politik baru PAS yang ingin dibawa oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH)? Untuk memahami pendekatan baru ini. Kita perlu meneliti 5 realiiti yang wujud dalam politik Malaysia.

Realiti 1- DAP telah menunjukkan sikap menentang Islam yang kuat yang terdiri dari kelompok Kristian dan juga kelompok liberal. Mereka tidak suka kepada Islam sebagai cara hidup dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam.

Realiti 2 - Geng Liberal seperti Bar Council, SIS dan G25 pun ramai juga. Mereka juga terdiri dari golongan kelas menengah yang hidup dengan gaya bebas. Mereka tidak suka kepada Islam sebagai cara hidup dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam.

Realiti 3 - Barat tidak mahukan Islam bangkit sebagai sebuah kuasa yang dapat memerintah di dunia ini amnya, dan Malaysia khasnya. Mereka tidak suka kepada Islam dan menentang habis-habisan usaha kepada negara Islam. Mereka berperanan dari luar untuk memastikan kegagalan PAS dan mana-mana usaha gerakan Islam.

Realiti 4 - Umno yang semakin lemah dan korup. PAS tidak boleh bergabung dengan Umno kerana akan terpalit dengan kezaliman mereka. Ramai masyarakat Melayu yang hilang keyakinan terhadap Umno dan mereka sedang meneliti adakah PAS mampu untuk menggantikan Umno?

Realiti 5 - Orang melayu ialah orang yang paling susah untuk berubah. Namun PAS perlukan juga undi mereka kerana core bisnes PAS ialah orang Melayu.

Dalam mengahadapi 5 realiti ini, apa yang perlu PAS buat bagi memastikan kuasa Islam teruma memerintah Malaysia?

Sekiranya orang bukan Islam yang memerintah Malaysia nanti, kedudukan Islam dan orang Melayu akan semakin lemah dan terancam. Dalam keadaan ini pun, mereka menentang hudud, ingin menghapuskan Jakim, menentang undang-undang khalwat, menghina pakaian menutup aurat, dan lain-lain. Kalau mereka menang, tak tahulah macam mana nanti.

Apa yang pasti, PAS kena tinggalkan DAP biarpun mereka boleh membawa undi Cina kepada PAS tetapi ia tidak menguntungkan PAS kerana PAS bertanding di kawasan banyak Melayu. Yang akan untung ialah DAP dan juga PKR yang ramai juga terdiri dari orang bukan Islam. Sekiranya mereka menang besar, ia tidak akan menguntungkan Islam dan PAS.

Oleh kerana tumpuan PAS di tempat Melayu, maka PAS perlu mensasarkan undi Melayu, bukan undi Cina/India. PAS perlu menjaga kepentingan Islam dan juga kepentingan Melayu bagi menarik sokongan Melayu. Gabung dengan Umno, oh tidak juga, TGHH telah tegaskan bahawa perpaduan ke apa ke, mesti ikut syariat Islam, bukan main perpaduan saja. Kalau perpaduan saja, ini tidak menguntungkan Islam dan juga PAS.

Bagi meyakinkan rakyat kepada PAS, politik PAS tidak cukup dengan hanya ceramah kutuk Umno sahaja, hentam Umno kerana orang tidak nampak rentak PAS sebagai parti yang memerintah dan tidak nampak jasa PAS kepada rakyat.

Lebih 50 tahun PAS menguna kaedah hantam, nampaknya rakyat masih mengekalkan Umno sebagai pemerintah di peringkat nasional. Apatah lagi dalam masyarakat yang semakin celik ini, mereka ingin melihat kemampuan PAS memberikan tawaran yang realistik dan rasional berlandaskan agama.

Dalam berhadapan dengan Umno yang semakin lemah dan semua realiti di atas, PAS sedang mengubah pendekatan ini utk rakyat melihat PAS bukan hanya bercakap soal keburukan Umno tetapi bercakap soal negara yang ingin ditadbir. Sebagai contoh, telitilah ucapan TGHH dalam Multaqa Alumni Azhar.

Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa perjuangan Islam akan diberikan kemenangan oleh Allah apabila ramai yang menyangka bahawa Islam takkan menang. PAS perlu mengadakan pendekatan baru bagi berhadapan dengan realiti semasa yang semakin berubah. Ia diharapkan akan memberi sinar baru kepada perjuangan Islam di Malaysia.

Dewan Ulamak PAS Selangor mengajak ahli PAS di semua peringkat agar bekerja dengan lebih gigih menguasasi semua institusi masyarakat menggantikan Umno yang semakin lemah. Umno telah gagal membawa keadilan dan kesejahteraan kepada masyarakat, ahli PAS perlu membuktikan kewibawaan mereka dalam memimpin masyarakat.

Istiqamah Hingga Kemenangan

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor 

Penan pula bingkas: Adakah dosa Taib, Adenan harus tanggung?

Pulangkan derma RM1.2 juta Taib, kata pemimpin Penan


Sebelas pemimpin Penan menuntut Universiti Adelaide di Australia supaya mengembalikan sumbangan derma A$400,000 (kira-kira RM1.2 juta) yang dihulurkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud.
Surat yang dihantar kepada naib canselor universiti itu, Warren Bebbington ditandatangani mereka dengan menggunakan cap jari.
Mereka mendakwa sumbangan itu harus dikembalikan kepada Sarawak kerana wang itu diperolehi secara haram oleh Taib.
"Apabila Taib belajar undang-undang di Adelaide, dia seorang anak muda yang miskin seperti kita hari ini. Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk menjadi ahli politik.
"Tetapi bukan bantu kami penduduk pribumi. Taib jadi tamak dan hanya minat kumpul duit untuk diri sendiri dan ahli keluarganya," petik surat itu yang ditandatangani oleh bekas penghulu Penan James Lalo Keso.
Katanya, segala yang mereka perlukan sebelum ini adalah mencukupi sehingga Taib (kini Gabenor Sarawak) mengadaikan tanah mereka kepada syarikat pembalakan dan perladangan.
"Bukan satu rahsia lagi, bahawa syarikat pembalakan banyak memberikan rasuah kepada Taib dan ahli keluarganya," petik surat itu lagi.
Justeru, pemimpin Penan itu berkata, Bebbington harus "mengambil keputusan berani" dan memulangkan semula sumbangan daripada Taib untuk membetulkan ketidakadilan yang dilakukan selama ini.
"Kita perlu wang ini segera untuk bangunkan Taman Aman Penan dan hantar anak-anak kita ke sekolah dan dapatkan pendidikan tinggi.
"Bagi kamu, A$400,000 tidak banyak, tetapi bagi masyarakat Penan, ini jumlah wang yang boleh bantu mengubah kehidupan generasi muda kami," petik surat itu lagi.
Masyarakat Penan adalah pemburu-pengumpul hasil hutan nomad sehingga hutan khatulistiwa mereka sebahagian besarnya dimusnahkan oleh pembalakan dan perladangan sepanjang tempoh perkhidmatan Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak bermula pertengahan 1980-an.
Penduduk pribumi telah sekian lama berjuang untuk melindungi hutan mereka selama hampir 30 tahun. Taman Aman Penan ini adalah cubaan terbaru mereka untuk mengekalkan hutan simpanan yang bakal ditadbir oleh penduduk pribumi.
Sumbangan derma Taib kepada Universiti Adelaide didedahkan oleh wakil rakyat Parti Hijau Australia, Mark Parnell melalui akta kebebasan maklumat negara itu.

Semua nafi penglibatan Jho Low dalam PRU 13 di Pulau Pinang

Teng: Jho Low lakukan kerja buruk jika terbabit pada PRU-13
 Zikri Kamarulzaman & Lu Wei Hoong -  
Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Teng Chang Yeow menafikan bahawa taikun perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low terbabit dengan kempen pilihan raya negeri BN pada 2013.
"Jika beliau terbabit, strateginya adalah buruk. Kami kalah teruk! " kata Teng kepada melalui WhatsApp.
Teng sendiri tumbang di kerusi DUN Bukit Tengah pada pilihan raya itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Wall Street Journal semalam yang mendakwa bahawa Low bertindak sebagai pegawai strategi kanan untuk kempen BN dalam usaha merampas semula Pulau Pinang.
Menurut WSJ, rakan sekolah Low - Geh Choh Hun menganjurkan kumpulan yang dikenali sebagai Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia yang mengagihkan cek bernilai ratusan ribu ringgit untuk kumpulan bukan kerajaan.
"Sidang akhbar saya sebelum pilihan raya umum lalu sangat jelas. Kami tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia mahupun dengan Jho Low," kata Teng.
ADUN Umno - Datuk Jaharah Hamid dan Muhammad Farid Saad - juga menafikan mengenali Jho Low ataupun mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai penglibatannya dalam kempen PRU-13, ketika dihubungi Malaysiakini.
Disoal cara pembiayaan jentera pilihan raya BN, Teng berkata, setiap parti akan menguruskan dana masing-masing dengan BN bertanggungjawab terhadap kerja-kerja publisiti.
Mengenai jumlah peruntukan yang diterima oleh calon-calon parti Gerakan, Teng berkata: "memgikut undang-undang."
Calon Gerakan bagi kerusi DUN Padang Kota, Oh Tong Keong, pula berkata beliau menerima RM80,000 daripada akaun bahagiannya semasa pilihan raya 2013 tetapi menafikan dana itu ada kaitan dengan Jho Low.
"Saya tidak dapat apa-apa wang Jho Low la. Tidak satu sen pun ... Saya juga tidak pernah dapat (wang) dari Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia di Pulau Pinang.
"Saya gunakan dana pilihan raya yang disediakan BN sahaja," katanya ketika dihubungi.
Oh, bagaimanapun, berkata beliau ada menghubungi ketua Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, Geh.
"Ya, saya ada berhubungan dengan pembantunya untuk membantu NGO kawasan saya la ... tetapi tidak dapat apa-apa," kata Oh.

Anina garu belakang Najib lagi!

Ko percaya pada janji dari mulut Najib?

'Sudah enam bulan, hutang 1MDB macam mana?'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 30 DISEMBER 2015
SHAH ALAM - Bekas ahli Umno, Anina Saadudin hari ini berkata, rakyat Malaysia sedang menanti janji yang pernah dilafaz Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait isu hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut Anina, tempoh enam bulan yang dijanjikan Najib juga sudah sampai dan beliau perlu mengotakan janjinya itu.

"Rakyat negara ini tidak menantikan bunga api sambutan tahun baru, sebaliknya mereka menunggu janji-janji Najib bahawa 1MDB akan berjaya mengatasi masalah kewangannya menjelang 31 Disember 2015... enam bulan dari tarikh janji tersebut diucapkan," katanya menerusi posting terbaharu di laman sosial Facebook miliknya.

Najib sebelum ini dilaporkan pernah melafazkan janji sebanyak dua kali untuk menyelesaikan kemelut berkait hutang1MDB dalam tempoh enam bulan.

Kali pertama beliau dilapor pernah meminta tempoh enam bulan untuk itu diberikan ialah dalam satu pertemuan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Jun 2015.

[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Tempoh enam bulan yang tiada penghujung?‎]

Pada Ogos, Najib sekali lagi mengulangi perkara sama dalam satu program di Negeri Sembilan.

Kisah di sebalik kubur Tok Janggut

Bernama |  Disember 30, 2015 20:35 MYT    
Kisah di sebalik kubur Tok Janggut
Kubur sebenar milik Tok Janggut yang bertandakan botol kaca zaman British ditemui di perkuburan lama Kampung Hutan Puteh, Machang, Kelantan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sama ada pahlawan Melayu, Tok Janggut, gugur dalam pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan atau meninggal dunia pada usia tua, persoalannya di mana pula jasad pejuang itu disemadikan?

Sejak sekian lama masyarakat diberitahu kuburnya terletak di Pasir Pekan, Tumpat.

Bagaimanapun, usaha penulis menjejaki sejarah pejuang ikonik Kelantan itu membawa kepada penemuan beberapa sumber baharu lokasi lain kubur Tok Janggut.

Cerita cucu Tok Janggut Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, datuknya dikebumikan di perkuburan lama Kampung Hutan Puteh, Machang akibat sakit tua selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Tok Janggut memang tidak dikenali kecuali di kalangan segelintir pengikutnya dan identiti sebenarnya diminta dirahsiakan sehinggalah beliau meninggal dunia.

Pada akhir hayat Tok Janggut berpesan kepada orang-orang terdekatnya, " Kebumikanlah saya sama sebagaimana dengan mana-mana orang lain juga."

Jelas Wan Asrul, kubur di Pasir Pekan itu dibuat-buat oleh pihak British bagi mengaburi mata rakyat Kelantan yang mahu membuktikan mereka berjaya membunuh Tok Janggut.

"Hanya kaum tua yang hidup lebih daripada 100 tahun mengetahui kisah sebenar kubur di Pasir Pekan itu," katanya.

KUBUR BERTANDA BOTOL KACA ZAMAN BRITISH

Dakwaan Wan Asrul itu dikuatkan lagi oleh dua individu lain yang penulis temui iaitu seorang penduduk di Kampung Hutan Puteh, Roslan Mustafa dan Pengkaji Sejarah Islam Kelantan Ustaz Abdullah Al-Qari Salleh.

Bertitik tolak daripada keyakinan kisah yang sama didengari oleh sebahagian penduduk di Pasir Puteh yang mendakwa Tok Janggut tidak terbunuh, Abdullah Al-Qari berkata beliau berjaya menemui bukti secara berlisan.

Pujangga Islam itu berkata beliau mendapat cerita Tok Janggut daripada pengakuan tiga orang penggali kuburnya iaitu Adam Ahmad, Pakteh Taib dan Paksu Yunus Abd Rahman yang ditemuramahnya pada tahun 2010.

Hasil temuramah itu ditulis dalam halaman terakhir bukunya bertajuk Ensiklopedia Unggul Doa Hajat Jampi Mujarab Segala Penyakit Tanpa Ubat.

Bagaimanapun, sekarang hanya Adam yang masih hidup sementara dua orang lagi sudah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.

Dikatakan ketika Tok Janggut meninggal umur ketiga-tiga penggali kubur itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun.

Mengimbas kembali pertemuan dengan mereka, Abdullah Al-Qari berkata Tok Janggut meninggal dunia selepas menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Kota Simpul Berlubang, bersempadan dengan Kampung Hutan Puteh di mana terletak lokasi kuburnya kini.

"Kematian Tok Janggut pada tengah hari Selasa disaksikan ramai orang kampung dan jenazahnya diiringi kira-kira 30 orang.

"Mengikut adab orang kampung di situ apabila seseorang dikebumikan, kuburnya di tanda dengan botol kaca, satu di kaki dan satu di kepala.

"Di bahagian kepala kubur Tok Janggut diletakkan sebuah batu merah bersama botol, manakala bahagian kakinya kekal dengan botol kaca," katanya.

Tinjauan penulis ke lokasi perkuburan itu yang terletak di ladang getah mendapati tidak kurang daripada empat kubur yang bertanda botol kaca.

Botol kaca di kubur yang dikatakan milik Tok Janggut tertera ayat "Bottle Made In England". Bagaimanapun, tarikhnya tidak dapat disahkan.

PENAMPILAN TOK JANGGUT SESUDAH PERANG PASIR PUTEH

Rentetan daripada usia yang sudah semakin lanjut, Wan Asrul berkata Tok Janggut mengambil keputusan untuk menghabiskan masanya dengan mengabdikan diri kepada Allah selain mengajar ilmu agama dan persilatan untuk penduduk kampung.

Daripada segi fizikal dan susuk badan, Wan Asrul berkata Tok Janggut adalah seorang yang tidak tinggi, kulitnya pula bewarna cerah dan janggutnya mencecah ke dada sejak muda lagi.

Disebabkan perwatakan yang zuhud, rendah diri dan juga dikenali dengan nama lain seperti Pakcu Hj Mat Hassan, ramai yang tidak tahu beliaulah sebenarnya Tok Janggut.

Dalam hal ini, Abdullah Al-Qari juga bersependapat dengan Wan Asrul yang mengatakan penampilan Tok Janggut gemar memakai pakaian serban dan jubah yang bewarna hijau.

"Pada penelitian saya, Tok Janggut adalah seorang yang bertaqwa atau bertaraf Wali di mana setiap masa terutamanya pada waktu malam beliau mengajak orang-orang kampung bertahlil dan membentuk majlis zikir yang dibuat secara berjadual sama ada di rumah atau di masjid.

"Di sini jelas kelihatan keperibadian Tok Janggut yang mempunyai tujuan yang baik dan ikhlas semata-mata hanya kerana Allah," kata Abdullah Al-Qari.
WARIS DAN CUCU TOK JANGGUT

Apabila menghuraikan perihal waris atau salasilah, Wan Asrul mengingatkan adalah penting untuk berhati-hati dalam membuat pengakuan bahawa beliau adalah waris atau cucu Tok Janggut.

Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya sebarang fitnah.

Tok Janggut, katanya, berkahwin selepas perang di Pasir Puteh dan mempunyai dua isteri yang kemudiannya bercerai mati.

Isterinya Che Yah mempunyai tiga orang anak manakala isteri yang seorang lagi, Che Timah, mempunyai dua orang anak.

Beliau pernah berjumpa dengan salah seorang anak Tok Janggut yang dikenali Haji Ahmad berusia 68 tahun pada 1996 dan pertemuan itu berlaku di perkuburan lama Hutan Puteh, Machang.

Bagaimanapun, Wan Asrul berkata itulah kali terakhir beliau berjumpa dengannya dan tidak pasti sama ada anaknya itu masih hidup atau sebaliknya sekarang.

Selain itu, kata Wan Asrul waris Tok Janggut ada daripada kumpulan kanan dan kiri kerana kurang sepakat dan tidak tahu sejarah sebenar Tok Janggut.

"Saban tahun ada himpunan waris Tok Janggut. Saya juga turut hadir dan cerita hal ini.

Tetapi hanya sekadar berkumpul, tidak ada objektif bagaimana sama-sama menjernihkan balik sejarah Tok Janggut.

"Kalau kita mengaku waris Tok Janggut, sepatutnya kena tahu ceritanya, misalnya apabila ditanya hal Tok Janggut dan kita mesti tahu untuk menjelaskannya, bukan diam sahaja," katanya.

DICERITAKAN SEMULA OLEH MOYANGNYA

Dalam pada itu Wan Asrul memberitahu Bernama, kisah pejuang itu diceritakan kembali oleh moyangnya, Allahyarhamah Che Yah Adam yang meninggal dunia pada usia 139 tahun pada tahun 2008.

Adam, bapa kepada moyangnya merupakan adik beradik kepada Munas, iaitu bapa Tok Janggut. Selain Adam dan Munas, seorang lagi ialah Minah.

Che Yah pernah berkahwin dengan Pak Do Yasin yang juga dikenali sebagai Mat Kelubi dan antara pengikut Tok Janggut.

Wan Asrul berkata, moyangnya seorang yang pendiam dan menjadi rujukan masyarakat setempat dalam hal-hal agama terutamanya yang berkaitan ilmu falak.

"Dalam keluarga, antara adik beradik saya orang yang paling rapat dengan moyang saya.

Mungkin disebabkan itu, beliau kerap bercerita kepada saya sejak berusia lapan tahun.

"Meskipun pada mulanya tidak mengetahui siapa sebenar yang diceritakan itu kerana disebut tok fakir, tok fakir sehinggalah moyang saya mendedahkan cerita sebenar.

"Ada masa boleh berkunjung ke kampung Batu 8, Nilam Puri dan berjumpa dengan Tok Su Yah. Insya-Allah sampai sekarang orang tua tidak lupa pada arwah moyang saya," katanya.

Dalam pada itu, Wan Asrul memiliki beberapa barang peribadi yang dipercayai milik Tok Janggut di mana kesemuanya pemberian moyangnya.

Antara barang yang masih disimpan adalah periuk, parang calok, pisau rejam, tempayan dan tulisan tangan ayat perang.

Wednesday, December 30, 2015

Ingatkan di Israel saja wujud benda macam ni........

Dinding jadi pemisah antara si kaya dan miskin
BH - 30 DISEMBER 2015
LIMA - PERU. Di Lima, Ibu Kota Peru, didirikan sebuah dinding setinggi 3.5 meter dengan panjang mencapai 10 kilometer yang dibangunkan dengan hanya satu tujuan iaitu untuk memisahkan antara si kaya dan si miskin.

Dinding itu juga dilapisi kawat berduri di bahagian atasnya, bagi memastikan golongan miskin tidak menggangu kehidupan si kaya.

Memetik laporan Daily Mail, dinding yang digelar sebagai tembok Berlin Peru itu, baru-baru ini mencuri tumpuan dunia, apabila terdapat gelombang massa yang bangkit untuk merobohkan dinding itu kerana dianggap sebagai 'dinding penindas' dan diskriminatif.

Dalam pada itu, beberapa foto yang bertebaran di media sosial, para demonstrasi yang kesal dengan pembinaan dinding itu mengecat dinding dengan mural dan menulis kata-kata sindirian serta kecaman.

Sementara itu, para demonstrasi mengelar dinding itu sebagai dinding Wall of Shame (Dinding Rasa Malu) memisahkan wilayah Casuarinas  tempat si kaya dengan wilayah Vista Hermosa yang menjadi tempat tinggal si miskin.

Tidak hanya masyarakat Peru, masyarakat di seluruh dunia mengecam adanya dinding Wall of Shame. Bagi beberapa warga miskin disana, dinding itu dianggap sebagai aib.

Namun bagi warga kaya di Las Casuarinas, dinding itu dianggap sebagai alat yang tepat untuk melindungi diri mereka.

Buat dua kerja tambah pendapatan: Penyelesaian kerajaan tiga suku

Kenyataan Media

BUAT DUA KERJA TAMBAH PENDAPATAN UNTUK TANGGANI KOS SARA HIDUP:PENYELESAIAN KERAJAAN TIGA SUKU.

1.Saya tersenyum mengamati cadangan YB Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga Timbalan Menteri Perdagangan antarabangsa dan Ahli Parlimen Pontian yang menyarankan rakyat khususunya penjawat awam rendah melakukan dua kerja bagi menambah pendapatan dalam mengatasi masaalah peningkatan kos sara hidup.Dulu dia juga yang cakap BRIM boleh belanja setahun dan GST harga barang akan turun.

2.Ahmad Maslan memberi contoh dirinya sendiri buat tiga kerja,Timbalan Menteri,ahli Parlimen Pontian dan ketua Penerangan Umno Malaysia.Contoh ini mengingatkan saya pada kawan saya yang dikenali sebagai Md Toi dan Mid Cad depa kata contoh Ahmad Maslan ni macam kita basuh berak,gosok gigi dan korek hidung dalam satu masa.Tiga kerja sekali jalan.Saya tersenyum sambil merenung nasib masa depan rakyat dengan adanya pemimpin macam Ahmad Maslan yang tentu pandangannya mewakili Kabinet Najib UMNO BN.

3.Cadangan suruh rakyat buat dua kerja untuk tambah pendapatan dalam mengatasi peningkatan kos sara hidup dari seorang anggota kabinet kerajaan adalah sesuatu yang sangat melucukan.Ini kerana sememangnya kebanyakan rakyat dan penjawat awam buat kerja lebih dari satu untuk tambah pendapatan.Ada yang siang bekerja dipejabat malam bawa teksi,berniaga char kuey teow dipasar malam dan macam macam lagi kerja dibuat untuk sara hidup keluarga.Hari ini Ahmad Maslan kata pula yang dia maksudkan berniaga online.

4.Persoalannya beginikah cara kerajaan memerentah dan bekerja.Kesusahan rakyat hendaklah diselesaikan oleh rakyat sendiri.Sedangkan kesusahan dan kesengsaraan rakyat dari peningkatan kos sara hidup disebabkan kelemahan urus tadbir kerajaan dan pemimpin negara yang tak beramanah yang mansuhkan subsidi,kenakan GST,naikkan tarif letrik,tambang bas,LRT,monorel,ERL,kenaikan TOL,harga barang melambung naik dan macam macam lagi.

5.Patutlah kawan saya Md Toi dan Mid Cat kata cadangan Ahmad Maslan rakyat kena buat dua kerja diwaktu kerajaan yang sarat dengan krisis kepercayaan,pembaziran,penyelewengan dan rasuah yang menjadi punca kenaikan kos sara hidup menjadikan kerajaan UMNO BN KERAJAAN TIGA SUKU.

MERUBAH MALAYSIA
TOLAK UMNO BN.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
30 Des 2015/18 Rabiulawal 1437H
************************************

Mahkamah Tinggi Penang hari ni menolak dgn kos saman yg difailkn Su PAS Penang, Sdr Izuree berkaitn dgn isu pemecatannya drp jwtn Ahli Mjlis MBPP November lalu.

Mahkamah memerintah Izuree mbyr masing2 RM5K sbgai kos mhkmh kpd MBPP & MMKN