PANDANGAN DAN PENDAPAT
BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI
MENYOKONG YANG BENAR
MENENTANG YANG SALAH
DARI SUDUT PANDANGANKU
Pengumuman
Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Turki semalam menyerlahkan lagi pendirian tegas mereka menentang rampasan kuasa di Mesir apabila bertindak menggantung sebahagian besar perjanjian yang termeterai antara Ankara dengan Kaherah.
Beberapa buah akhbar Turki semalam melaporkan, pengantungan itu melibatkan sejumlah 27 perjanjian berkaitan perhubungan dua hala, pengajian dan kesihatan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Tayyib Erdorgan sewaktu lawatan beliau ke Mesir tahun lepas.
Difahamkan keputusan tersebut diambil Turki sebagai protes berterusan terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Ianya juga ekoran insiden terbaru serangan polis Mesir pada pagi 27 Julai lalu yang menyebabkan kematian 200 orang penyokong Morsi dan ribuan lagi cedera.
Tindakan tegas itu menyusul selepas ucapan Erdorgan pada petang Ahad lalu ketika menghadiri majlis jamuan berbuka puasa di bandar Istanbul yang mengecam "pembunuhan yang membunuh 200 orang" dan berkata, "Kita tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku di Mesir."
Erdogan sebelum ini antara pemimpin Islam yang lantang menolak kerajaan sementara lantikan tentera Mesir dan menganggap Morsi masih Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat.
Rakyat hidup di dalam kebimbangan... Kali ini di Parit Buntar dan gambar mangsa tersebar!
Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.
Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa.
Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.
Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.
Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.
Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.- sumber
KUALA LUMPUR: Seorang mangsa culik diselamat sementara lima lelaki yang dipercayai menculiknya ditahan di sebuah kondominium di Jalan Tiong Nam di sini lewat malam semalam. Mangsa berumur 43 tahun yang merupakan warga Bangladesh sementara suspek yang berumur antara 21 hingga 43 tahun juga merupakan rakyat Bangladesh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa yang juga seorang peniaga diculik dua hari lepas di Jalan Putra di sini dan para penculik meminta wang tebusan bernilai RM40,000 daripada keluarga mangsa di Bangladesh. Beliau berkata pihak polis menerima laporan daripada keluarga mangsa yang memaklumkan mangsa telah diculik dan mereka diminta membayar sejumlah wang sebagai tebusan. "Suspek turut didakwa meminta RM60,000 selepas menerima wang sebanyak RM40,000 daripada keluarga mangsa yang dipercayai dibayar melalui bank. "Hasil siasatan mendapati, sebelum menculik mangsa, suspek mengetahui bahawa mangsa adalah orang kaya," kata Ku pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961. - BERNAMA
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan. "Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini. Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka. Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik. Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik. "Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.
Gambar suspek penembak Hussain Ahmad Najadi yang dirakamkan CCTV
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas suspek kes tembak mati Pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, 75, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek dipercayai seorang pemandu teksi berusia 44 tahun ditahan di sebuah kedai kopi di Sri Petaling pada jam 9 malam semalam.
Katanya, polis percaya selepas penembak melepaskan beberapa das tembakan yang membunuh Hussain, dia kemudiannya melarikan diri menggunakan teksi yang dibawa oleh suspek pemandu teksi berkenaan.
“Berdasarkan rakaman CCTV di tempat berkenaan, polis mengenalpasti suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan polis. Maklumat saksi kejadian mendakwa terdapat tiga lelaki terbabit dalam tembakan itu. “Kita percaya suspek penembak adalah penumpang tetap teksi itu dan selepas kejadian itu, pemandu teksi ini menurunkan suspek penembak ini di Jalan Alor.
“Hasil siasatan polis mendapati hanya seorang sahaja yang melepaskan tembakan itu,” kata Ku dipetik dari portal berita Astro Awani.
Beliau berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Sei Ngan Chai@Chen berumur dalam lingkungan 30-an dan dipercayai selalu bergerak di kawasan Taman Maluri, tetapi belum boleh dipastikan sama ada suspek penembak ini adalah pembunuh upahan atau tidak.
Semalam, agensi berita nasional, Bernama melaporkan polis tidak menolak kemungkinan urusan jual beli hartanah adalah motif di sebalik kejadian Hussain mati ditembak.
Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata ia masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat latar belakang kejadian itu.
Beliau percaya perkara ini dilakukan oleh pembunuh upahan dan polis akan memanggil tujuh saksi untuk merakam keterangan.
Jenazah Hussain selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 10 malam semalam selepas disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta selepas solat Isyak.
Balu Allahyarham, Chong Mei Kuen serta kira-kira 30 anggota keluarga dan rakan beliau hadir memberi penghormatan terakhir. - 31 Julai, 2013
Orang ramai turut membantu mangsa yang terlibat dengan kemalangan terbabit
KUALA SEPETANG – Dua remaja lelaki mengalami cedera parah apabila terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 6, Jalan Kuala Sepetang, di sini, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, kejadian pada jam 5.30 petang itu membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta. Menurutnya, pemandu kenderaan difahamkan sedang dalam perjalanan pulang dari Simpang ke Kuala Sepetang. “Apabila sampai di tempat kejadian kereta terbabit membuat pusingan U dan tiba-tiba dilanggar oleh dua remaja lelaki berusia 20-an yang sedang menunggang motosikal. “Akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua remaja terbabit mengalami cedera parah dan di bawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. Yusuf berkata, dalam kes terbabit, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana memandu dengan cuai dan mendatangkan cedera parah. Sementara itu, Sinar Harian difahamkan kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Taiping.
PETALING JAYA:Polis telah mengenal pasti suspek di sebalik kejadian cubaan bunuh Pengerusi MyWatch R.Sri Sanjeevan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun suspek telah dikenal pasti, polis masih memerlukan masa untuk benar-benar menyiasat kes itu.
Apabila ditanya mengenai pendedahan satu memo dalaman yang mendakwa beberapa anggota polis terlibat di sebalik kejadian, Khalid berkata Sanjeevan tidak pernah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak polis.
"Saya menghantar pengarah narkotik Bukit Aman tetapi pemberi maklumat Sanjeevan menolak untuk bertemu dengannya," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Ops Selamat, Selasa.
"Jika memang ada memo, serahkan kepada kami supaya kami boleh menyiasat."
Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata Sanjeevan telah memberitahunya mengenai niatnya untuk mendedahkan kaitan yang dikatakan antara sindiket dadah dan beberapa anggota polis.
Sementara itu, Sanjeevan masih menunggu pembedahan membuang peluru dari tubuhnya empat hari selepas dipindahkan ke Hospital Serdang.
Bapanya P. Ramakrishnan, 64, yang berjaga di hospital dengan isterinya dan ahli keluarga, berkata anaknya itu beransur pulih tetapi menunjukkan dia masih berada dalam keadaan yang tidak stabil.
"Peluru ini masih berada dalam badannya dan doktor sedang menunggu keadaannya stabil," kata Ramakrishnan kepada pemberita di lobi hospital, Selasa.
Terdapat kawalan polis yang ketat di unit rawatan rapi dan hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan melawat Sanjeevan.
Ramakrishnan juga merayu kepada orang ramai untuk menghentikan spekulasi mengenai keadaan anaknya dan meminta agar semua orang merujuk kepada beliau sahaja untuk mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan Sanjeevan dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
"Dalam tempoh beberapa jam, terdapat banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu kepada media," katanya.
"Kenyataan itu adalah mengelirukan dan tidak tepat."
Ramakrishnan juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan pihak berkuasa perubatan keranan memberi perhatian yang baik kepada anaknya - sumber
Selain Erdogan dengan nyaringnya Suara pondan pun tak ada dari Pemimpin Negara Islam lain
Wakil Tertinggi EU Adakan Dua Jam Pertemuan Dengan Morsi
KAHERAH:Wakil Tertinggi bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton mengadakan dua jam rundingan dengan Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi, yang kini berada dalam tahanan sejak sejurus selepas rampasan kuasa 3 Julai, kata jurucakapnya, Selasa.
Ashton bertemu Morsi "selama dua jam," kata jurucakap, Maja Kocijancic kepada AFP.
Beliau yang berada di Kaherah untuk membincangkan krisis politik berdarah yang mencengkam negara paling ramai penduduk di dunia Arab, bertemu Morsi pada waktu malam.
Sumber-sumber memberitahu AFP bahawa beliau telah meninggalkan Kaherah dengan sebuah helikopter tentera untuk lokasi yang tidak didedahkan di mana Morsi sedang ditahan.
Pada lawatan terakhir beliau pada 17 Julai, Ashton tidak berjaya meminta untuk berjumpa dengan Morsi dan menggesa beliau dibebaskan.
Penyokongnya telah berhimpun setiap hari mendesak beliau dikembalikan dan pada Isnin berarak dari bandar-bandar utama di Kaherah ke beberapa ibu pejabat keselamatan.
Ashton, yang tiba di Kaherah lewat kelmarin, mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai berkaitan di sepanjang Isnin, termasuk Presiden interim Adly Mansour, naib presiden bagi hal ehwal antarabangsa Mohamed ElBaradei dan Ketua Tentera Umum Abdel-Fattah al-Sisi. - sumber
Wanita saran beli tawanan perang untuk dijadikan hamba seks lelaki Kuwait
Seorang wanita Kuwait yang pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Kuwait menyeru agar perhambaan seks dibenarkan di sisi undang-undang .
Untuk itu beliau mencadangkan supaya banduan bukan Islam dari negara-negara yang dilanda perang untuk dijadikan gundik.
Salwa al Mutairi berhujah bahawa membeli hamba seks akan melindungi hamba yang baik, taat dan 'kejantanan' lelaki Kuwait terpelihara dari zina kerana menurutnya membeli pasangan seks yang diimport akan menjadi sama seperti perkahwinan.
Mutairi mendakwa: 'Tidak ada rasa malu dan ia tidak haram (dilarang) di bawah undang-undang syariah Islam.
Beliau memberi contoh Haroun al-Rashid, seorang pemimpin Islam abad ke-8 yang memerintah di kawasan yang dilindungi di zaman moden Iran, Iraq dan Syria dan dikhabarkan mempunyai 2,000 gundik.Mutairi mengesyorkan bahawa pejabat boleh dibuka untuk menjalankan perdagangan seks dengan cara yang sama seperti disediakan agensi-agensi pengambilan pembantu rumah.
Beliau menyatakan bahawa membeli tawanan perang untuk melindungi orang-orang lelaki Kuwait daripada terdorong melakukan zina atau yang tergoda oleh kecantikan wanita lain.
'Sebagai contoh, dalam perang Chechnyan itu, pasti terdapat tawanan wanita Rusia, "katanya.
'Jadi, pergi beli mereka dan menjual mereka di Kuwait. Adalah lebih baik daripada lelaki kami melibatkan diri dalam hubungan seks haram'
Hujah luar biasa beliau untuk rancangan beliau ialah 'tawanan' mungkin 'akan mati kelaparan di sana. Beliau menegaskan, "Saya tidak melihat sebarang masalah dalam hal ini, tidak ada masalah sama sekali.
Dalam usaha untuk mempertimbangkan perasaan wanita itu dalam susunan, Mutari mengakui bahawa wanita hamba, bagaimanapun, hendaklah sekurang-kurangnya 15 - dailymail via wasukalu.com
Pertemuan sulit pemimpin Umno-Pas tak berlaku SHAH ALAM – Ketika isu Syiah dikaitkan Pas, timbul kembali isu penyatuan Umno-Pas apabila sekeping gambar dimuatnaik dalam satu akaun Facebook bekas penulis akhbar. Dakwaan yang dikaitkan dengan gambar itu adalah berlaku satu pertemuan sulit di antara beberapa pemimpin Pas dan Umno untuk membincangkan masalah disamping usaha menyatukan kedua-dua parti itu. Walaupun sebelum ini, Pas bertegas menyatakan tidak akan berlaku kerjasama untuk menyatukan kedua-dua parti yang telah berpecah semenjak tahun 1951. Bagaimanapun, Sinar Harian Online telah mendapatkan pengesahan tentang pertemuan sulit yang dilaporkan penulis itu. Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak mengetahui dan mendapat maklumbalas mengenai perkara itu. Menurutnya, Pas berpendirian teguh tidak akan melakukan usahasama dengan Umno. “Kita tak ada maklumat tentang pertemuan itu, termasuk di peringkat Pas Pusat. “Kita tak ada gerakkan ke arah itu (kerjasama). “Lagipun maklumat yang diperolehi daripada gambar itu susah nak kita tafsirkan. Kita nafikan sekeras-kerasnya,” katanya. Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan perkara tersebut tidak berlaku dan mendapat maklumat. “Saya pun tak tahu, saya tak dengar apa-apa,” katanya. Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan sebuah blog terkenal yang dipetik mendakwa, satu pertemuan sulit terbaru telah diadakan bagi membincang masalah ke arah kerjasama itu yang diusahakan oleh sekumpulan cerdik pandai. Dakwanya lagi, pertemuan itu dihadiri sekurang-kurang dua pemimpin ternama daripada Pas. - sumber
2013/07/30 - 20:56:17 PM KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur tidak menolak kemungkinan urusan jual beli hartanah adalah motif di sebalik kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi mati ditembak di Lorong Ceylon, di sini semalam. Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat latar belakang kejadian ini. "Kita percaya perkara ini dilakukan oleh pembunuh upahan. Polis akan memanggil 7 orang saksi untuk merakam keterangan," katanya pada sidang media hari ini. Dalam kejadian semalam, Hussain, 75, ditembak mati manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49 cedera parah ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, di Lorong Ceylon, di sini. Mangsa terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan. Kata Mohmad, pihaknya akan memanggil saksi termasuk isteri dan rakan mangsa, yang berjumpa dengan mangsa sebelum pembunuhan itu. "Isteri mangsa, Chong, berada dalam keadaan stabil dan polis akan mengambil keterangan secepat mungkin. "Suspek dipercayai mungkin warga tempatan berumur bawah 50 tahun," katanya sambil menambah pihaknya telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak berhampiran tokong Cina Kuan Yin Temple untuk mengesan suspek. Beliau berkata teksi yang digunakan suspek untuk meloloskan diri dipercayai teksi sewa. Sementara itu, Jenazah Hussain akan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Isyak malam ini. Wakil keluarga Allahyarham, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, yang juga sahabat baik kepada arwah berkata kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, jenazah itu akan disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Isyak sebelum dikebumikan. Jenazah itu dituntut ahli keluarga setelah proses bedah siasat selesai dilakukan pada 1 tengah hari. Tinjauan Bernama mendapati suasana sedih menyelubungi bilik mayat Hospital itu apabila Chong, yang menaiki kerusi roda dengan ditemani 10 anggota keluarga dan rakan, menangis hiba selepas melakukan pengecaman jenazah suaminya. Chong turut dijaga empat anggota polis berpakaian seragam serta bersenjata M-16. Muhammad Shafee berkata beliau mengenali Allahyarham selama 25 tahun dan menyifatkan arwah seorang yang peramah, bersopan-santun serta suka menolong orang lain. "Dia merupakan orang pertama yang derma US$4 juta kepada tabung pendidikan Universiti Islam Antarangbangsa (UIA) sejak kali pertama ditubuhkan. Kali terakhir saya jumpa arwah ialah pada tiga minggu lepas ketika berbuka puasa bersama," katanya. Katanya Chong masih trauma dan lemah ekoran kejadian itu dan enggan ditemu ramah. - BERNAMA
GEMPAQ: Gambar Anwar di malukan Polis petang tadi disebar...
Anwar dihalang Polis dari melawat pengerusi Mywatch
yang sedang dirawat di hospital Serdang...
Heboh satu dunia betapa pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Dearah Kajang telah tidak membenarkan DSAI melawat mangsa tembak percubaan bunuh Pengerusi MyWatch Saudara Sanjeevan di HospitalSerdangpetang tadi. Apa alasan yang diberikan tidaklah diketahui.... Yang pasti pihak polis hanya membenarkan keluar terapat mangsa saja yang melawat beliau. DSAI sebagai pemimpin yang berjiwa besar dan merendah diriakurakan kemahuan dan larangan pihak polis. - shalehudin
B Nantha Kumar | July 30, 2013 MyWatch advisor and co-founder questions the Health Ministry for the lack of urgency in treating Sanjeevan.
PETALING JAYA: The advisor and co-founder of anti-crime watchdog MyWatch S Gobi Krishnan today urged the Health Ministry to explain the delay in having a bullet removed from the rib cage of the NGO’s chairman R Sri Sanjeevan who was shot on Saturday.
“Yesterday, I visited him at Tuanku Jaafar Hospital (HTJ), Seremban and I was shocked when Sanjeevan’s father told me that the doctors have yet to remove the bullet,” he told FMT.
“When I checked with the doctor, he said the hospital is planning to transfer Sanjeevan to the Serdang hospital because HTJ does not have a doctor who could perform the operation,” he added.
“When asked why they are still keeping him at HTJ since no doctor could perform the operation, the doctor told me that the hospital is short of ambulance and thus unable to transfer Sanjeevan to the Serdang hospital.
“The doctor also informed that the hospital management will not allow private ambulance to ferry him,” said Gobi.
He added that he was riled by the reply and decided to meet the hospital director.
While at the director’s office, Gobi claimed that he saw on the table a letter of approval signed by the director to transfer Sanjeevan from HTJ to Serdang Hospital.
“When I asked about the letter, they immediately said they will transfer Sanjeevan to the Serdang hospital,” he said.
He added that he was surprised that the hospital was able to, without delay, arrange everything including an ambulance to transfer Sanjeevan to the Serdang hospital.
Gobi also said that he was informed in Serdang Hospital that they were waiting for a specialist from Selayang Hospital to perform the surgery.
“Now, the question is why did HTJ (Seremban) transfer him to Serdang Hospital when there is no doctor who could perform the operation when he should be placed in Selayang Hospital?” he asked.
“Why wasn’t he transferred straight to Selayang Hospital or to the Putrajaya Hospital which is a government specialist hospital?” he asked.
However, a doctor from the Selayang Hospital has since been assigned to perform the operation at the Serdang Hospital.
Treat without delay
“It is already four days. The delay in performing the operation has aggravated Sanjeevan’s condition,” Gobi said, adding that Sanjeevan is suffering from internal bleeding.
Gobi urged the Health Minister Dr S Subramaniam to look into the matter and compel the hospital to treat Sanjeevan without further delay.
“The minister must also conduct an investigation on the delay,” he said.
When contacted later, Sanjeevan’s father P Rama Krishnan said the Serdang hospital staff are monitoring his son closely.
“Once his condition is stabilised, they will perform the operation,” he told FMT in a SMS reply.