Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 29, 2012

Muka Melayu Yang Lebih Melayu Dari Melayu

Pemuda Umno dakwa KM kebudak-budakan
Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

adam adli visit penang 291211 penang umno youth chief shaikh hussein mydinMenurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kiri), Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.

"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak,” katanya.

Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.

Dalam kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 penyokong pro-Lynas, yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, didakwa menggangu perhimpunan anti-Lynas di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika Lim sedang berucap.

Ia disusuli dengan asakan kumpulan itu yang terus mencaci Lim, termasuk menunjukkan kasut ke arah ketua menteri. Orang ramai kemudian cuba membuat rantaian manusia bagi menghalang Lim daripada diserang dan dalam kekecohan itu dua wartawan dilaporkan dipukul.

NONEPerhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Menurut Shaik Hussein, beliau yakin hasil siasatan akan membuktikan bahawa Lim yang sebenarnya mencetuskan ketegangan kerana semasa di atas pentas beliau mengarahkan ahli Umno supaya diam.

"Kenyataan Lim menyimpang daripada tujuan sebenar Sudut Pidato diadakan, ia sepatutnya menjadi ruang atau tempat untuk kebebasan bersuara."

Beliau kemudian mencadangkan kepada Lim agar mempelajari daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon mengenai cara-cara menerajui pentadbiran negeri.

penang himpunan hijau 2 260212 03Dakwanya, Koh yang menjadi ketua menteri selama 18 tahun, sentiasa tenang dan sabar walaupun dibidas oleh kawan-kawan dan juga seterunya.

"(Lim) tidak perlu belajar dari bapanya (Lim Kit Siang) yang hanya tahu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat," katanya dalam nada menyindir.

Ha... Bagus Cadangan Mahathir Ni

Tapi janganlah Tun sahaja. Tan, Ting, Tong dan yang 'Berseri' pun siasatlah juga!


Siasat juga semua Tun, kata Dr Mahathir
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

"Bukan sahaja saya... semua Tun mesti diaudit. Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," bidas beliau semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang yang menuntut audit dijalakan berhubung kerugian hampir RM100 bilion dana awam yang didakwa Lim berlaku sepanjang tempoh Mahathir menjadi perdana menteri.

Lim - dalam satu kenyataan 24 Februari lalu - berkata langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran (daripada skandal yang lalu)".

NONEKatanya, rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis Dr Mahathir (kanan) yang menjustifikasikan tindakan kerajaan menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir) bersara.

Lim menyifatkan alasan Mahathir sebelum ini untuk menerangkan tindakan menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagai "logik sesat".

Tak Ada Bezanya Yahudi Israel Dengan Islam Basyar Al Asad

Padah Bila Sibongok Diberi Kebebasan

Sulit yang tak sulit: Kerana kebodohan PapaGomo, Panglima Armada TLDM terpaksa letak jawatan

WarkahDaily – Penulis blogyuseriyusoff.blogspot.comtelah memberitahu, seorang pegawai atasan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa meletakkan jawatannya berikutan satu pendedahan yang didakwa eksklusif sebuah blog pro-Umno, PapaGomo yang dikatakan telah diberi ‘keistimewaan’ oleh pihak TLDM untuk berada dalam kapal selam Scorpene sehinggakan isu ini menjadi panas pada tahun lepas.


Menurut blog yuseriyusoff, Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman (gambar), Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy'dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.


Tindakan panglima berkenaan yang enggan menyambung kariernya didakwa berpunca daripada ‘video sulit’ yang didedahkan oleh blog pro Umno, PapaGomo.com.


Mungkin kerana beliau memikirkan perlu bertanggungjawab di atas ‘kebenaran’ yang diberikan kepada penulis blog PapaGomo untuk memasuki ruang sulit dalam kapal selam berkenaan yang dibawah perintahnya. Selain maruah krew-krew kapal yang dijaja ke alam maya (internet), seolah-olah ianya tidak lagi sulit berkaitan soal keselamatan negara.
“Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.


“Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak,” tulis pemilik blog yuseriyusoff.


Menurut blog yuseriyusoff lagi, ekoran tulisan pendedahan eksklusif blogger ‘ikon’ pro kerajaan (PapaGomo), menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia ‘terduduk’ seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.


“Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.
“Mungkin beliau (PapaGomo) terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet,” kata penulis yuseriyusoff lagi.


Penulis blog yuseriyusoff turut memberitahu, Dato Wira Jamil merupakan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya, namun kerana kebodohan PapaGomo yang menganggap dirinya sebagai ‘KING’ itu, pegawai TLDM berkenaan terpaksa melepaskan jawatannya walaupun beliau dikatakan akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM jika PapaGomo tidak melakukan pendedahan bodohnya itu.


Kata penulis blog yuseriyusoff lagi, kerana mahu dilihat hebat di mata rakyat Malaysia, tanpa disedari, pendedahan eksklusif ‘ruang sulit’ KD Tun Razak yang dibuat oleh blogger pro kerajaan itu telah mendedahkan satu perkara yang tidak patut didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.

Tuesday, February 28, 2012

Buat Malu Title 'Dr.' Jer

Selasa, 28 Februari 2012

CERDIKKAH KENYATAAN DR. NOVANDRI INI? (AKU TAK MAU MAKI DIA)

DR. NOVANDRI - SEORANG PEJUANG MELAYU?

Umno dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar

Insiden wartawan tercedera dalam perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang semalam meletus akibat provokasi dan penampilan mereka sendiri, yang digambarkan mengambil sikap memihak, dakwa Pemuda Umno setempat.


Timbalan Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Novandri Hasan Basri berkata, seorang daripada wartawan itu - Adam Chew dari harian Kwong Wah Jit Poh -menimbulkan kemarahan rakyat apabila "bertindak sebagai benteng" kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.


"Aksi wartawan suratkhabar Cina yang membangkitkan kemarahan anak muda Melayu," tulis Dr Novandri dalam blognya "Dr MiM".


Beliau mendakwa lagi, Adam juga tidak memegang kamera dan memakai baju hijau seperti penyokong anti-Lynas.


"Walhal, dalam insiden di Padang Kota semalam , tiada seoranng pun wartawan yang memegang kamera dan video dipukul atau cedera," tulisnya lagi.


Chew, 29, dilapor dibelasah semasa dalam Himpunan Hijau di Padang Kota dan mendapat lapan jahitan akibat kecederaan di tangan. Rakannya Lee Hong Chun, 25, pula dilapor dipukul dengan topi keledar dan mengalami kecederaan kecil di kepala.


Chew mendakwa dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas , yang dilapor turut disertai pemimpin Umno dan PERKASA.


Manakala Pemuda PKR pula mendakwa Novandri muncul di kawasan insiden bersama dengan samseng yang membuat kecoh dan provokasi.


Sambil menggelar Adam sebagai "wartawan Cina kurang ajar" dan "lelaki kung fu cari pasal", Dr Novandri mendakwa media pro-pembangkang memuatarbelitkan peristiwa itu untuk menagih simpati orang ramai.


"Pada mulanya MiM mahu berlapik-lapik untuk memberikan laporan di dalam blog ini tetapi memandangkan ada pihak yang cuba menukar cerita sebenarnya, MiM dan rakan yang lain akan dedahkan semuanya!" tulisnya.


Komen Al-Filfilan:


Hairan saya membaca komen Dr. Novandri ini, yang dikatakan golongan terpelajar dalam UMNO. Beliau menyatakan rakyat marah apabila Adam Chew menjadi "benteng" kepada Ketua Menteri PP. Kita nak bertanya kepada Novandri, Adam Chew menjadi benteng kepada LGE dari serangan siapa? Kalau tiada serangan masakan perlu Adam Chew menjadi benteng? Mana lebih kurang ajar menjadi benteng mempertahankan seorang Ketua Menteri yang dipilih rakyat atau gerombolan yang menyerang beliau? Apakah menceroboh program orang bukan sikap paling kurang ajar?


Kalau anda tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut, dan anda menyanjung kebebasan bersuara anda boleh buat perhimpunan sendiri dan jemput rakyat menyertainya, bukan dengan cara mencetuskan provokasi sebegini?


Dan atas apa alasan sekalipun apakah gerombolan anda berhak memukul orang? Apakah anda sudah tidak menyanjung lagi akan nilai-nilai Rukun Negara, Kedaulatan Undang-Undang? Anda harus ingat, anda yang menceroboh dan mencetuskan provokasi. Boleh anda bayangkan apakah akan terjadi kalau penyokong PR bertindak balas ke atas gerombolan anda seramai 50 orang itu?


Wahai Dr. Novandri, apakah 50 orang yang saudara bawa itu mewakili seluruh rakyat Melayu Pulau Pinang? Apatah lagi rakyat Pulau Pinang bukan Melayu yang lain? Jangan anda ingat semua orang Melayu Pulau Pinang menyokong perbuatan anda dan kuncu-kuncu anda? Jangan ingat semua anak Melayu Pulau Pinang menjadi pak turut UMNO dan Perkasa. Sebagai seorang yang "berilmu" hormatilah ilmu yang anda miliki, berfikirlah secara waras dan bukannya mengikut emosi kepartian melulu!




Hamzah Al-Filfilan
Anak Melayu Pulau Pinang.


Sumber

Entahlah. Saya Tidak Ada Di Tempat Kejadian. Nilailah Sendiri...

Wanita kes Badrol: 'Fitnah, saya tak khalwat'
28 Februari 2012
Wanita kes Badrol: 'Fitnah, saya tak khalwat'
ROMPIN - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.

Kes Badrulamin: Kalau Cerdik Takkan Terjadi

  • Walau apapun yang sebenarnya berlaku, para pemimpin politik di negara kita sepatutnya sedar bahawa jumlah orang yang tak takutkan api neraka semakin membanjiri negara kita. Pemimpin perlu ambil sikap berhati-hati dalam apa saja pergerakan mereka seolah-olah muncung pistol sentiasa mengekori pergerakan mereka.

  • Para pemimpin tidak sepatutnya berseorangan dalam mana-mana perjalanan terutamanya apabila mereka terpaksa bermalam di rumah penginapan atau hotel. Pastikan ada teman yang boleh dipercayai sentiasa mengiringi mereka. Takkan tak ada kawan kot?

  • Jika mereka mendapat panggilan pertolongan daripada mana-mana pihak tak kira samada dah kenal atau tidak, jangan berlagak jadi superman dengan menerpa cuba menyelesaikan masalah sendiri, apa lagi kalau yang minta pertolongan itu seorang kaum berlainan jenis.
  • Kalau sama jenispun dan jika si lelaki itu seorang yang tampan seperti Saipul pendekatan berhati-hati perlu diambil agar tidak timbul fitnah dan syak wasangka.

  • Pemimpin politik yang popular sepatutnya tidak melibatkan diri dalam aktiviti menjadi penyelamat kes rumah tangga orang, ada berbagai badan yang bertanggung jawab dalam urusan rumah tangga dan paling tidakpun biarlah keluarga pasangan masing-masing menguruskan masalah seperti itu. Banyak lagi kerja lain yang pemimpin perlu uruskan selain daripada masuk campur hal rumah tangga orang.

  • Anggapan bahawa orang tidak memerhatikan para pemimpin adalah satu perbuatan yang tidak bijak apalagi jika pemimpin tersebut merupakan pemimpin parti politik di negara Malaysia.


Saya petik dari sini

Monday, February 27, 2012

Dulu Jual Air Liur Sekarang Dah Jadi Ahli Nujum Pulaak!

Hasan Ali ramal Pas kalah teruk
RAIHAM MOHD SANUSI
27 Februari 2012
Hasan Ali
KEMAMAN – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan Pas akan mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti ekoran terpesong dari matlamat perjuangan sebenar serta hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR semata-mata.
Beliau berkata, sebaliknya DAP dan PKR akan kekal meraih kemenangan besar tidak sebagaimana Pas yang telah hilang keyakinan ahli dan penyokong.
Katanya, dalam konteks di Selangor, apa yang akan pasti berlaku ialah kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili wakil DAP dan PKR akan terus memperolehi majoriti lebih besar.
“Sementara Pas pula akan jatuh merudum kerana ahli dan penyokong sudah hilang keyakinan serta kepercayaan kerana perjuangan untuk menegakkan negara Islam sudah bertukar kepada perjuangan mewujudkan negara berkebajikan.
“Pas dalam Pakaran Rakyat (PR) hanya menjadi kuda tunggangan semata-mata. Apa yang saya cukup pilu dan sedih demi matlamat menuju Putrajaya, Pas sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah anjuran Pekida Kemaman di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, malam semalam.
Bahkan, katanya, Pas juga masih setia bersama PKR sedangkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai rekod akhlak yang teruk selain mengiktiraf dan menyokong Israel.
“Perlukah Pas masih bersama DAP yang secara terang menolak Islam? Perlukah Pas bersekongkol dengan Ketua Umum PKR yang dibelenggu masalah moral? Baru-baru ini juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa haram menyokong atau membuat kenyataan menyokong Israel yang kewujudannya adalah haram.
“Namun, kalau haram kenapa masih mahu bersekongkol bersama mereka (PKR)? Sedarlah wahai Pas,” katanya.
Menurutnya, berikutan itu, imej Pas kini cukup buruk dan terpaksa menanggung risiko mengalami kekalahan besar dalam PRU13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
Pada masa sama, Hasan juga hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih berdiam diri walaupun telah memberikan kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kata-katanya yang menyokong Israel atau menyaman The Wall Street Journal.
“Saya percaya kenyataan (Nik Aziz) berkenaan juga adalah hasil dari implikasi saya dipecat,” katanya.
- SH

Zaman Air Batu Baru Akan Tiba Dalam Masa Dua Tahun



Sumber

Saya Setuju Dengan Persoalan Ini

Persoalannya, pasai apa Dr. Badrul Amin benarkan diri masuk perangkap khalwat?

Dr. Badrul Amin
Sejak semalam, riuh di blog penchachai pasai isu kontroversi seorang pemimpin tinggi PKR ditangkap berkhalwat. Bukan calang-calang orang pulak tu, seorang yang ada title Dr. dalam bidang agama pulak tu. Kiranya penchachai Umno dapat peluru besar la nak tembak bukan saja PKR tapi juga Pakatan Rakyat.

Ada blog penchachai yang bukan setakat bubuh gambar Dr. Badrul Amin tapi siap dengan gambar perempuan yang didakwa pasangan dia. Dimasukkan sekali dakwaan-dakwaan lama kitar semula ke atas Dr. Badrul Amin.

Ada pulak beberapa blog PR yang cepat cuba counter balik. Masalahnya depa cuma mempertahankan Dr. Badrul Amin tapi tanpa bukti, sekadar kata semua tu perangkap jahat Umno.
Kalau betul pun macam dakwaan Dr. Badrul Amin yang kata dia diperangkap, masalahnya pasai apa dia boleh benarkan diri dia diperangkap.

Lepas baca 'penjelasan' Dr. Badrul Amin tu, jelas pada aku dia dah buat benda yang tak sepatutnya dia buat. Kalau ikut penjelasan dia tu, nampak macam dia pi sorang-sorang tolong wanita tu. Takkan la dalam ramai-ramai pemimpin PKR yang ikut Temurapat tu takdak yang boleh dia mintak tolong untuk ikut dia pi tolong wanita tu.

Lagi cantik kalau dia mintak tolong dikalangan pemimpin wanita dalam PKR untuk tolong dia tolong wanita yang dalam kesusahan tu, takkan takdak yang sanggup nak tolong. Yang dia gatai pi sorang-sorang tu (andaian aku) pasai apa.

Lagi satu, macamana boleh sampai dia kena serbu dalam bilik, (andaian aku pasai dia bagitau dia dikurung dalam bilik). Kalau setakat nak tolong dapatkan bilik penginapan, cukup la tolong sampai setakat lobby, yang kalut sampai ke bilik tu pasai apa.

Pasai tu la aku berani kata, Dr. Badrul Amin memang benarkan diri dia diperangkap.

Sepatutnya pemimpin Pakatan Rakyat belajar dari kes khalwat Mat Sabu dulu tu. Macamana boleh sampai ditangkap berdua-duaan dalam bilik. Bukannya ada sapa-sapa yang paksa sampai terpaksa berdua-duaan dalam bilik.

Aku percaya mungkin memang takdak niat nak buat tak elok tapi menimbulkan FITNAH pun tak elok jugak. Tambah-tambah sebagai seorang ahli politik, bukan takat dia sorang susah, parti pun terkait sama susah. Dalam kes Dr. Badrul Amin ni, parti PAS malah parti DAP pun kena tempias sama.


Sumber: cenangau.blogspot.com/

Kita Tengok Siapa Kepala Batu, Siapa Membatu

PAS Pusat mahu MB Kedah kekalkan semua 10 exco
Jawatankuasa PAS Pusat mahu semua 10 ahli exco kerajaan negeri Kedah dikekalkan walaupun keputusan muktamad terletak pada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.


NONE"Semua 10 mereka adalah penting bagi pentadbiran negeri ini," kata Mustafa pada sidang media yang diadakan secara tergempar hari ini.


"Memang ada perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu dan cara ia dikendalikan... tetapi perbezaan ini, boleh diselesaikan," katanya.


Semalam, Azizan dilaporkan berkata hanya lapan ahli exco kerajaan negeri Kedah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, esok, berbanding 10 sebelum ini.


Exco yang disebut-sebut tidak akan dilantik semula itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga Datuk Phahrolrazi Zawawi (bawah) yang merupakan timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah.


Manakala seorang lagi adalah Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri Datuk Dr Ismail Salleh yang juga adalah timbalan pesuruhjaya II PAS Kedah.
Sumber- mk

Di zaman Batukah Kita?

UMNO dengan undang-undang rimbanya?

Kekadang kita keliru. 
Dikatakan ada undang-undang dan tidak ada siapa pun yang mengatasi undang-undang. Tetapi hakikatnya undang-undang hanya terpakai dan dikenakan 
ke atas golongan atau orang-orang tertentu sahaja.
PAHANG: Samseng upahan Umno terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang malam semalam (26 Februari).
Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan Umno kebelakangan ini, kian berleluasa.
Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar nyaris menjadi mangsa.
“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” katanya.
Menulis di twitter kira-kira jam 11 malam, Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan felda bukan lagi kubu kuat Umno BN.
Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan.
“Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.
“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ,” katanya di twitter jam 1 pagi ini.
Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang hari ini.
Mengulas kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melabel insiden itu sebagai budaya gangsterisme Umno.
Petang tadi, sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.
Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.
Ketua AMK Johor, Mohd Nazri Ismail cedera ketika cuba menghalang samseng upahan Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.
Dalam kejadian itu, samseng yang kebanyakannya berkemaja-T merah dan membawa bendera Barisan Nasional (BN) turut melempar botol, kayu dan telur.

Sunday, February 26, 2012

Lantak Kamulah Labuu...

Ramai Orang Lain Nak Jadi Exco – MB Kedah


ALOR SETAR – Setiap anggota Exco yang dilantik mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.


Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melantik individu lain kerana ramai yang menawarkan diri untuk jawatan itu.

“Mereka boleh tolak (jika dilantik), saya lantik orang yang tak tolak,” katanya di sini hari ini.
Azizan berkata, atas sebab itu juga cuma lapan Exco kerajaan Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini.

Menurutnya, meskipun jumlah mengangkat sumpah itu berkurangan berbanding 10 sebelum ini tetap lapan individu terbabit bukan muka baru.

Bagaimanapun, jelas beliau, dua lagi jawatan Exco akan diisi kemudian dan mungkin melibatkan pelantikan baru.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh sebelum ini disebut-sebut menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan Exco Kedah yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Kedua-dua mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini dan beberapa Exco lain juga dijangka berbuat demikian.

Sumber

Sedap Kot?

Bapak Setan Makan Anak Sendiri

Port Moresby: Penduduk bandar perlombongan Papua New Guinea berkata mereka mendapati seorang lelaki yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah makan anak yang baru lahir semasa upacara sihir.

Masyarakat setempat sedih, marah, tetapi terdapat juga banyak ketakutan dan kebimbangan kerana terdapat kepercayaan di sihir atau ilmu sihir.

Menurut penduduk tempatan lelaki itu telah menjalankan upacara sihir, atau permulaan, untuk menjadi sebahagian daripada beberapa jenis masyarakat khas, katanya.


Suspek mempunyai sejarah yang panjang penyalahgunaan dadah ... Beberapa tahun yang lalu, dia pernah menjadi gila dalam apa yang kami percaya adalah disebabkan kesan dadah.''

Pada tahun 2009, ia telah dianggarkan bahawa 50 orang terbunuh dalam pembunuhan berkaitan sihir dalam masyarakat terpencil.
Sumber
Kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Hal ini sudah pecah dengan riuhnya di media arus perdana dan bloggers baik yang pro Kerajaan atau Pembangkang.

Jadi saya fikir adalah adil dipublishkan juga apa pula kata di pihak tertuduh.

Isu Khalwat
Dr Badrulamin Bahron,26 Feb 2012

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.


Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.


Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.


Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.


Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.


Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.


Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.


Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.


Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron

Sumber - Harakahdaily

NEGERIKU NEGERI MISKIN

WALAUPUN NEGERIKU NEGERI MISKIN TAPI......

=-> Kelantan negeri miskin tiket Bola terMAHAL di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh

=-> Kelantan negeri miskin Baju TRW lengan pendek Rm 80,lengan panjang Rm 100 tetap di beli juga

=-> Keuntungan Tesco di kelantan antara yang TERTINGGI di Malaysia

=-> Cuba di ketuk pintu 10 biji rumah Banglo di kelantan, 9 melayu 1 cina je, tapi di Kuala Lumpur?

=-> Masa tiba tahun baru cina di kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa,tapi di Johor dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab di kuasai golongan bukan melayu

=-> Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand

=-> Kelantan negeri miskin tapi ramai kaum hawanya yg mampu miliki EMAS sampai ke siku

=-> Kelantan negeri miskin tp produk bijak pandai datang dari negerinya

=-> Kelantan negeri miskin tapi dalam penerbangan tak kira Airasia, MAS dan Fireflyz selalu penuh!

=-> Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat)
 

hanya orang yang pernah pergi ke kelantan jer tahu siapa monopoli perniagaan dan cara hidup orang kelantan

Ya Allah,Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.

p/s: Jika tak mampu hidup dalam negeri miskin,jangan sesekali datang ke Kelantan!!! TQ kpd yg Berkongsi Info...

**Ambo + sikit --> hoh ambik wat kato ko negeri ambo miskin termasuk spesis sekor 2 rakyat kelate wat lupo diri terr!kalu kayo ngan harto xberkat wat namo rima!!ingat kayo atas dunio tapi akhirat dop wat gedio!!!