Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 11, 2017

Pengumuman: Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate

Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah

Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, July 10, 2017

Kalau benar berita ni, memang hebatlah Shafee!

Anwar minta Najib jelaskan jika Shafee terlibat lanjut khidmat hakim
10 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kepastian mengenai dakwaan bahawa peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar atas) terbabit dalam penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Makinudin.

Bekas ketua pembangkang itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengesahkan dengan segera sama ada perkara itu adalah benar atau tidak.

“Saya telah difahamkan bahawa peguam Tan Sri Shafee Abdullah terlibat di dalam menyediakan pandangan perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan perkhidmatan Md Raus dan Zulkefli.

“Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklum kepada umum secara telus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar berkata lanjutan perkhidmatan selama untuk tiga tahun dan dua tahun masing-masing untuk Md Raus dan Zulkefli mengundang reaksi cukup negatif oleh umum kerana melibatkan persoalan pelanggaran perlembagaan.

Malah katanya, beberapa bekas hakim mahkamah persekutuan dan Majlis Peguam telah menyatakan penafsiran mereka bahawa penyambungan itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini amat kritikal kerana melibatkan hak rakyat untuk menikmati institusi kehakiman yang bebas,” katanya.

Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Md Raus akan menyandang jawatan Ketua Hakim Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang juga hakim tambahan, dibuat mengikut Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei tahun ini, telah memperkenankan kedua-dua pelantikan itu.

Sabtu lalu, Badan Peguam Malaysia melabelkan pelantikan dua jawatan tertinggi kehakiman sebagai "terang-terangan menyalahi perlembagaan".

Bagaimanapun, Muhammad Shafee mempunyai pandangan berbeza dan berkata hampir semua orang menyangka Md Raus melantik dirinya sendiri dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menjadi hakim tambahan.

Namun katanya, bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria adalah orang yang melantik Md Raus sebelum beliau bersara pada 30 Mac 2017.

* Teringat aku itu Lawyer "correct, correct, correct" di zaman Mahathir. Maknanya selepas Hussein Onn ada saja Lawyer yang kononnya kuat berada di belakang PM

'Apa yang Pas mahukan sebenarnya?'

Saya sayang Pas tapi saya kecewa: Mahfuz
NORHASRAM MOHAMAD - 8 JULAI 2017
Mahfuz menyampaikan ceramah bersama Pakatan Harapan di Pasir Puteh malam tadi

PASIR PUTEH - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengakui masih sayang kepada Pas tetapi kecewa kerana partinya itu tidak mahu merebut peluang dengan membina kekuatan bersama parti-parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN dalam PRU14 nanti.

Katanya, Pas tidak boleh mendabik dada dengan mengatakan mereka lebih berpengalaman dalam politik lalu mengenepikan parti-parti lain.

"Jangan perlekehkan parti-parti dalam Pakatan Harapan, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, saya yakin Pakatan Harapan boleh menang.

"Saya kecewa dalam keadaan Umno bergolak dan lemah sehingga sebahagian pemimpinnya menubuhkan parti baharu, Bersatu, kita pembangkang tidak boleh bersepakat, tidak boleh berbincang untuk mencari titk pertemuan.

"Kalau suatu ketika dulu kita boleh berkerjasama dengan Berjasa yang pernah menyebabkan Pas hilang kuasa, kenapa kita tidak boleh menerima parti-parti dalam Pakatan Harapan hari ini," katanya ketika berceramah dalam program Ceramah Perdana Pakatan Harapan di sini, malam tadi.

Beliau berkata, kenyataan beberapa pemimpin Pas akhir-akhir ini dilihat lebih membela Umno termasuk dalam isu siasatan kes 1MDB menimbulkan keraguan ahli Pas sendiri.

"Saya minta ahli Pas desak pemimpin mereka untuk kembali bersama parti-parti pembangkang kerana mengambil alih kerajaan yang ada merupakan satu-satunya jalan penyelesaian.

"Umno-BN dah tak boleh diubati, dah tak boleh dibaiki, kita kena ambil alih kuasa jika benar mahu menyelamatkan negara dan membela nasib rakyat," katanya.

Mahfuz berkata, bagaimana Pas mahu mengambil alih kerajaan dengan hanya bertanding di 100 kerusi Parlimen sedangkan Pas perlu memenangi 112 kerusi Parlimen sebagai majoriti mudah untuk mengambil alih kerajaan.

"Bertanding 100 daripada 222 kerusi Parlimen, sasar atau yakin menang 40 kerusi, macamana.nak ambil alih kerajaan, jadi apa yang  Pas mahukan sebenarnya," katanya.

Politik kleptokrasi dalam PRU14

DR ISKANDAR HASAN TAN ABDULLAH - 10 JULAI 2017
SEMAKIN dekat dengan PRU14, semakin banyak isu yang diutarakan dalam politik semasa telah menjerat rakyat tidak berdosa dalam kancah politik fitnah. Dilihat seolah-olah politik fitnah telah menjadi satu lumrah kehidupan ahli-ahli politik tertentu pada hari ini. Bagi mereka kemenangan untuk mendapatkan kuasa amat penting berbanding budi pekerti manusia. Bagi mereka juga kepimpinan pemerintah sekarang (BN) perlu dijatuhkan kerana sudah lama memerintah dan dilihat kurang membela rakyat. BN digambarkan dengan elemen rasuah dan kurang menyenangkan oleh permainan politik fitnah pihak tertentu.

Walaupun BN telah banyak memberi sumbangan khidmat bakti kepada rakyat; kebajikan rakyat marhaen dan pembangunan dilaksanakan tanpa mengenal wilayah, negeri, tempat mahupun fahaman ideologi politik. Situasi ini menimbulkan kecemburuan kuasa pihak tertentu yang tidak berasa senang dengan kembalinya sokongan rakyat kepada BN. Bagi mereka, kes-kes rasuah dan isu yang kurang menyenangkan tersebut dibawa ke mahkamah oleh kepimpinan BN dan didapati tiada bukti, adalah satu pembohongan. Bagi kesalahan mereka seperti kes kepimpinan DAP di negeri Pulau Pinang yang telah disabit dengan kes rasuah sebenarnya adalah permainan kotor. Maka dengan demikian kepimpinan di negeri Pulau Pinang tidak perlu meletak jawatan. Berlainan sekali pandangan mereka ke atas kepimpinan BN.  

Apabila permainan politik fitnah ini tidak menjadi, mereka mula ingin melaga-lagakan antara kepimpinan Pas dan BN dalam isu berkaitan antara negeri dan Kerajaan Pusat. Malahan mereka cuba menarik kepimpinan Pas kembali kepada Pakatan Harapan. Tujuannya adalah menggunakan Pas untuk menentang BN dalam PRU14.

Mereka juga mencipta berbagai-bagai analisis andaian mengenai parti manakah yang akan menang dalam PRU14. Hebat sungguh Nujum Pak Belalang. Ramalan mereka mengatakan BN akan kalah dan Pakatan Harapan akan menang.


Walaupun Pakatan harapan sendiri berkocak dan bertegang leher siapakah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri andai kata BN kalah. Kenapa BN kalah sebab rakyat telah mual dan benci akan kepimpinan BN yang korup dan kleptrokrasi. Siapakah yang kleptokrasi. Tuduhan pemimpin DAP ke atas Tun Mahathir pada tahun 2015 yang mengatakan kekayaan proksi dan keluarga Mahathir berjumlah melebihi RM1 trilion kini menjadi senyap sepi.

Malahan kleptokrasi juga berlaku pada rundingan pembinaan terowong yang menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai seperti didakwa Presiden Parti Cinta Malaysia. Sehingga hari berbagai-bagai dakwaan kleptokrasi yang membabitkan kepimpinan DAP negeri Pulau Pinang oleh Presiden Parti Cinta Malaysia tidak dijawab atau diambil tindakan.

Ini menunjukkan dakwaan itu berkemungkinan benar. Begitu juga dakwaan penjualan tanah di Pulau Pinang kepada kroni tertentu oleh kepimpinan DAP Pulau Pinang. Pelik tapi hairan tiada kenyataan susulan daripada pihak Pakatan Harapan. Siapakah sebenarnya yang korup. Kuman di seberang nampak, tetapi bangkai gajah di depan tidak kelihatan. Kepimpinan DAP Pulau Pinang dianggap sebagai terbaik Pakatan Harapan, tetapi sebaliknya dicemari dengan teruk oleh elemen kleptokrasi, kiasu dan kiasi.

Seterusnya agenda fitnah mereka adalah memainkan isu-isu lama yang berkaitan dengan DOJ atau Jabatan Kehakiman Amerika. Isu tersebut tidak melibatkan kepimpinan Datuk Seri Najib mahupun 1MDB. Cuma yang terlibat adalah syarikat asing dan individu tertentu.

Secara kebetulan individu ini rakyat Malaysia dan individu yang mendakwa dirinya adalah wakil DOJ Amerika turut terlibat kes penipuan dalam dakwaan. Individu wakil DOJ ini sudah tidak dipercayai pihak kerajaan Amerika Syarikat kerana didapati bersalah dalam kes dakwaan penipuan, tetapi dipercayai pihak Pakatan Harapan.

Sedangkan terdapat individu tertentu dalam Pakatan Harapan yang sering kali menggemparkan negara dengan kes dakwaan rasuah membabitkan kepimpinan negara ini akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan. Malahan terdapat kes saman ke atas individu tersebut kerana menyebarkan fitnah ke atas kepimpinan negara ini berhubung subsidi minyak.

Banyak lagi kes politik fitnah yang sengaja ditularkan ke dalam media sosial dengan tujuan menghasut rakyat menentang kerajaan yang sah dipilih rakyat dalam PRU2013.

Musim PRU14 masih jauh tetapi permainan politik dilaksanakan siang dan malam dengan tidak mempedulikan nasib rakyat. Bagi mereka permainan politik amat penting dalam meneruskan kelangsungan kerjaya politik. Mereka tidak lagi mengambil tahu tentang jalan berlubang, pembekalan air bersih, rumah yang mampu dimiliki rakyat marhaen dan sebagainya. Bagi mereka rakyat boleh digula-gulakan dengan bonus tigs bulan dan pemberian wang ihsan negeri.

* Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan

Wala' buta?

Monday, July 10, 2017
KERANA TERLALU WALAQ....... TAK BOLEH DI TEGUR
Prof Agus Belasah Pentaksub Tegar PAS Sudah dua hari saya marahkan pentotok tegar PAS. Saya sudah terlalu kasar dan gunakan perkataan ‘saya benci’ dengan puak ini. Itulah gambaran kemarahan saya.

Kenapa marah? Kerana apabila saya menulis meminta kerajaan negeri memperhatikan keselesaan dan keselamatan rakyat sempena Hari Raya, mereka ini menasihati pula saya supaya tidak mengkritik kerajaan negeri. 

Saya tidak mengkritik pun, saya cuma menegur dan memperingatkan kerajaan negeri supaya beri perhatian kepada masalah air, jalan dan sampah. Buatkan rakyat negeri bangga dengan negeri dan kerajaan mereka. Tidak ada soal politik pun.

******************************** 
Malangnya, pentaksub tegar ini menganggap teguran saya kepada kerajaan negeri sebagai satu kesalahan yang bertentangan dengan agama. Mereka mengatakan kerajaan tidak boleh dikritik; kerajaan hanya boleh ditegur secara berhemah. Bagi memperkuatkan hujah, diselitlah hadis-hadis berkaitan. Saya tanya balik pentotok ini? Apakah kerajaan negeri maksum sehingga tidak boleh dikritik? Jika kerajaan negeri tidak boleh dikritik, apakah PAS tidak mengkritik kerajaan BN semasa kempen PRU 1999, 2008 dan 2013 ketika PAS berada dalam pakatan BA dan PR?

Mereka menjawab pertanyaan saya dengan menyatakan kerajaan negeri tidak boleh dikritik kerana kerajaan negeri adalah kerajaan Islam. Bagi mereka, tidak mempertahankan kerajaan negeri akan menerima balasan Allah nanti.

Inilah yang saya tegur. Apa kaitan mempertahankan kerajaan negeri dengan meminta kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya? Tanpa menjawab pun pertanyaan saya, alih-alih saya pula yang dimarah oleh pentaksub tegar ini. Mereka dakwa puila saya hanya berani tegur kerajaan negeri. Mengapa tidak kritik kerajaan pusat yang rasuah dan lainnya. Mereka juga suruh saya balik Kelantan dan buat sama baiki air dan kutip sampah. jangan sekadar hanya bercakap dan mengkritik, kata mereka. 

Apakah bangangnya pentaksub ini? Saya tegur kerajaan negeri untuk keselesaan rakyat yang hendak beraya, biarlah saya selesaikan hal ini dahulu. Mengapa pula perlu dikaitkan dengan kerajaan pusat? Lain saya tulis, lain mereka bahas. Inilah yang menyebabkan saya marah dengan pentaksub ini. Bagi saya puak ini adalah perosak agama, imej parti dan pemecah belah masyarakat. 

*************************** 
Saya tidak bermaksud menujukan tulisan ini kepada kawan-kawan saya dalam PAS dan penyokong PAS kerana saya tahu pemikiran kita tidak sebegitu. 

Saya menulis ini untuk menunjukkan kemarahan saya kepada pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban, tetapi perasan lebai dan cerdik. Jika saya jumpa pentaksub sebegini, saya akan bawa mereka ke pakar psikiatri untuk mendapat rawatan jiwa sebelum terus merosakkan keharmonian bangsa dan negara ini. Mohammad Agus Yusoff

DIRECTER Gajah Menta JAM : 9:18 AM 

"Bukan saya yang buat u-turn tetapi Najib"

'Pusingan u' Najib: Pemimpin terhormat kepada pemimpin tahap tinggi korupsi, kata Dr Mahathir
09 Julai 2017 | DALIA ISMAIL
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah melakukan pusingan U apabila disenaraikan antara 10 pemimpin dunia yang tinggi tahap rasuah.

Katanya Malaysia tidak pernah mempunyai seorang perdana menteri yang dikenali seluruh dunia kerana kleptokrasi dilakukan dalam pemerintahan sebuah negara sebagaimana telah dilaporkan dalam saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).

"Jelas sekali dia (Najib) mencuri dia berhak membuat saman malu pada tuduhan itu tetapi sehingga sekarang dia tak berani. Takut kerana salah berani kerana benar.

"Konon saya berbaik dengan Anwar kerana takut saya ditangkap. Saya bekerjasama bukan masalah peribadi tetapi kita ada tujuan yang sama untuk menjatuhkan kerajan zalim Najib ...ini tugas kita dan kita tidak akan dipesong daripada tujuan ini walau apa ugutan dibuat sekalipun.

"Bukan saya yang  buat u-turn (pusingan u) tetapi Najib yang buat u-turn daripada seorang pemimpin dihormati tetapi jadi pemimpin tidak dipandang tinggi antara 10 pemimpin negara yang tertinggi tahap korupsinya," ujarnya.

Beliau berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Peringkat Nasional yang diadakan di Shah Resort Hotel, Klebang Melaka malam ini.

Bercakap dihadapan lebih kurang 20,000 penyokongnya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu (Bersatu) berkata, parti itu ditubuhan bukan kerana seorang pemimpin.

Justeru walaupun beliau pernah diugut untuk ditangkap kerana dakwaan terbabit dalam skandal forex beliau bersedia untuk berhadapan dengan sebarang ugutan di pihak kerajaan dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"Kita berani walau ugutan nak tangkap dibuat oleh badan tertentu ditubuh kononnya nak kaji kesalahan pemimpin dahulu nak tangkap orang ini kerana orang ini takut mula berbaik dengan musuh ((pakatan pembangkang)," ujarnya.

Dr Mahathir juga berkata, walau apa jua yang akan dilakukan Najib untuk terus kekal berkuasa, beliau menyatakan pendirian partinya bersama Pakatan Harapan akan berusaha untuk terus menumbangkan Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sebab itu nak adakan pilihan raya lebih awal dia takut ditolak rakyat.Tunggu saat terakhir bahkan kalau boleh tidak akan adakan pilihan raya secara tipu dia mahu terus kekal memerintah.

"Walau apapun dilakukan Najib untuk kekal sebagai perdana menteri kita akan berusaha bersungguh untuk jatuhkannya secara yang dibenarkan oleh undang-undang negara.

"Kita tidak akan lakukan apa-apa yang salah kerana yang salah Najib... dia berada dalam ketakutan.

"Sebenarnya hatinya berdebar.. saya harap kita semua akan menyebabkan dia tidak senang... hatinya berdebar hingga tiba pilihan raya," ujarnya.

Dalam majlis diadakan ini turut dilakukan acara kejutan dengan majlis potong pulut kuning sempena sambutan ulang tahun kelahiran Dr Mahathir kali ke-92 yang jatuh pada  10 Julai yang disaksikan bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali , pimpinan kanan  dan penyokong parti di pentas utama.

Turut hadir Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Srikandi Rina Mohd Harun serta kepimpinan tertinggi parti itu. Manakala  tidak ketinggalan hadir dalam majlis sambutan rumah terbuka hari raya  ini Presiden Amanah Mohd Sabu, Ahi Parlimen Kluang Liew Ching Thong, Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan negeri Melaka.

Mahathir sokong Anwar kerana takut ditangkap?

RCI BNM: Tun M tidak gentar ditangkap 
Raffi BachikAstro Awani |  Julai 10, 2017 09:51 MYT
RCI BNM: Tun M tidak gentar ditangkap
DR MAHATHIR: Saya bukan kerjasama dengan Anwar pasal masalah peribadi saya, tetapi hanya untuk "menyelamatkan negara." - Gambar fail
BANDARAYA MELAKA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan yang mendakwa kononnya sokongan beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bertujuan menyelamatkan dirinya daripada siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Jelasnya, beliau tidak sedikit pun gentar jika ditangkap sekiranya benar terlibat dengan kes kerugian dalam perdagangan mata wang asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an seperti yang didakwa pihak tertentu.

"Walaupun badan tertentu ditubuh, kononnya untuk dikaji kesalahan pemimpin dahulu, kononnya nak tangap orang ini, kerana orang ini takut, kononnya saya mula berbaik dengan Anwar kerana takut ditangkap.
Beliau ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM di Tanjung Kling, Melaka, malam tadi yang turut dihadiri Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis yang dihadiri lebih 20,000 pengunjung itu turut menyaksikan upacara pemotongan kek sempena hari ulang tahun kelahiran Dr Mahathir yang ke-92 hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir selaku individu yang menyekat perjalanan politik Anwar setelah memecatnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 lalu, menyatakan sokongan beliau kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.

* Yang peliknya tuduhan ini ialah, apa kuasa yang Anwar ada sedangkan dia sendiri pun di dalam penjara?

Buta mata dan gelap hati?

Monday, 10 July 2017
INIKAH KUALITI PEMUDA UMNO?

Disebabkan terlalu takut Najib Razak kalah pilihanraya dan hilang kuasa atau mungkin ingin menebus sikapnya yang banyak berdiam diri kebelakangan ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan tiba-tiba saja mencadangkan agar Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersara daripada kehidupan berpolitik.

Kononnya kata beliau, ketiga-tiga pemimpin berkenaanlah yang menyebabkan keadaan politik negara penuh dengan permusuhan, kebencian dan hasutan.

Apakah KJ sebenarnya buta mata dan gelap hati?
Antara Tun Mahathir dan Najib, siapakah yang paling banyak berjasa dan siapa yang sedang merosakkan negara?

Antara Tun Mahathir dengan Tun Abdullah Badawi, siapakah paling banyak membaca dan kerap tidur daripada jaga?

Jika bapa mertuanya, Tun Abdullah Badawi tidak dirosakkan oleh "budak-budak tingkat 4" dan Najib pula tidak terlibat dengan skandal 1MDB yang kemudian dalam akaunnya ada wang beribu-ribu juta, apakah Tun Mahathir perlu keluar daripada dunia persaraannya?

Tidakkah kiranya Tun Mahathir tidak bangkit dan tidak melakukan seperti apa yang dilakukannya sekarang, keadaan negara mungkin lebih rosak dan binasa?

Bukankah Tun Mahathir sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang betul dan ingin menyelamatkan negara?

Jadi, siapa yang sepatutnya bersara?

Apakah dengan meminta Tun Mahathir bersara, KJ bukan saja lebih takut Najib kehilangan kuasa, sambil dalam masa yang sama ingin melampiaskan dendam yang mewakili jiwa bapa mertuanya?

Berkenaan dengan Anwar,  masihkah KJ ingat, siapakah orangnya yang sanggup menyusup masuk ke rumah bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menghantar passport sebaik beliau dibebaskan daripada penjara?

Dulu bukan main rajin hantar passport, kenapa sekarang mahu didesak bersara?

Kalau Lim Kit Siang dikata selalu menghasut antara Melayu dengan Cina, siapakah pemimpin yang pernah mengecam tsunami Cina dan bertanya, "apa lagi Cina mahu?"

Apakah masyarakat Cina tidak boleh memilih haluan politik sendiri berdasarkan citarasa mereka sebagai warganegara yang sah dan jika tidak tidak mengundi BN seolah-olah mereka melakukan dosa yang besar?
Pernahkah Kit Siang berbuat seperti itu?

Oleh itu, antara Najib dan Kit Siang, siapa sebenarnya yang menghasut kebencian antara Melayu dengan Cina?

Di ketika yang sama, ampuan dan bodekan Naib Ketua  Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap Najib sejak dapat jawatan Senator ini lebih menggelikan hati.

Konon katanya, Najib adalah negarawan sebenar dalam negara ini.

Cuba cakap betul-betul - Najib seorang negarawan atau Najib penyebab negara hilang banyak wang?

Ketua dan naib lebih kurang sama saja.

Inikah kualiti pemimpin muda yang kita ada untuk masa depan negara? (ShahbudinHusin 10/07/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 04:29 

Dah kehabisan modal: Gunakan Awie mengajak “menegakkan syiar Islam”?

Di Kelantan, Awie ajar tegak ‘syiar Islam’

 | July 10, 2017
Awie mewakili kumpulan motosikal besar untuk jelajah kebajikan sempena program anjuran kerajaan negeri.
PETALING JAYA: Penyanyi rock Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie baru-baru ini menyertai program kebajikan yang dianjurkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS, termasuk mengadakan konsert hujung minggu di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu dan kunjungan ke beberapa sekolah tahfiz.
Bekas penyanyi kumpulan Wings dan pelakon filem “Sembilu” itu dipetik laman rasmi PAS, Harakahdaily sebagai mengajak orang ramai “menegakkan syiar Islam”.
“Kita akan bersama-sama untuk mengembali, menyemarakkan semula dan menegakkan semula apa yang kita laungkan mengenai syiar Islam.
“Kita tidak akan selama-lamanya menongkat langit dan rasa beruntung juga kita berkawan dengan orang-orang yang baik,” katanya pada program berkenaan yang turut dihadiri exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Meranti, Nusuruddin Daud.
Awie terlibat mewakili kelab motosikal Wings Motor Gangs Society (WMGS), dalam program yang dimuatkan sempena Kelantan International Bike Week 2017 yang berakhir Sabtu lalu.
Dalam kunjungan ke Maahad Tahfiz Darul Ulum di Kampung Meranti, Pasir Mas, Awie meluahkan kegembiraan dengan kelainan daripada pertunjukan nasyid yang biasa dipersembahkan pelajar sekolah tahfiz.
“Dalam banyak maahad tahfiz yang kita pergi, tiada persembahan dikir barat cuma ada nasyid. Syabas kepada Maahad Tahfiz Darul Ulum Meranti,” katanya.

Berbahaya pada siapa? Rampas kuasa melalui pilihanraya......apa masalahnya?

Sokongan Tun M Kepada Anwar, DAP Politik Manipulasi Berbahaya
Diterbitkan: Ahad, 9 Julai 2017 4:57 PM
MELAKA: Tindakan bekas Perdana Mmenteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat 'pusingan-U' dengan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, adalah politik manipulasi yang berbahaya kepada rakyat dan negara ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata politik manipulasi dimainkan Dr Mahathir bertujuan untuk memanipulasi rakyat demi mencapai matlamat peribadi beliau.

"Ini amat tidak baik bagi sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub dalam Rukun Negara. Apa akan jadi kepada rakyat dan negara jika manipulasi Tun M diterima,” katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Dr Mahathir ketika lawatan beliau ke London baru-baru ini dilaporkan menyatakan sokongan kepada Anwar, bekas timbalan perdana menteri, sebagai perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.

Namun Jumaat hari lepas, Dr Mahathir dilaporkan cuba menafikan beliau menyokong Anwar seperti dilapor akhbar tersebut.- Bernama

Ahli akrobatik mati terjatuh ketika persembahan di hadapan 35 ribu penonton

Green Day jawab kecaman 'abai' kematian seorang ahli akrobatik sebelum persembahan 
Kohilah SekaranAstro Awani |  Julai 09, 2017 21:46 MYT


Green Day jawab kecaman 'abai' kematian seorang ahli akrobatik sebelum persembahan
Seorang ahli akrobatik, Pedro Aunion Monroy, 42, meninggal dunia di hadapan depan 35,000 orang sejurus sebelum Green Day melakukan persembahan di pentas berkenaan di Madrid pada hari Jumaat. - Facebook Pedro Aunion Monroy
KUMPULAN rock Green Day akhirnya menjawab kecaman orang ramai yang mendakwa mereka ‘mengabaikan’ kematian seorang ahli akrobatik yang terjatuh ketika melakukan persembahan di festival muzik Mad Cool di Sepanyol. 

Ahli akrobatik itu, Pedro Aunion Monroy, 42, meninggal dunia di hadapan  35,000 orang sebelum Green Day memulakan  persembahan di pentas berkenaan di Madrid pada hari Jumaat.

Pedro sedang melakukan aksi dalam satu sangkar kecil ketika tragedi itu berlaku. 

Dia terjatuh dari ketinggian 100 kaki dan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Detik ahli akrobatik terjatuh ketika melakukan persembahan (saat 0:58) sempat dirakamkan oleh penonton. - Sumber: sucesos de impacto

Menurut satu kenyataan yang ditulis oleh Billie Joe Armstrong, salah seorang anggota kumpulan itu, mereka tidak mengetahui tentang insiden itu sehingga mereka selesai persembahan mereka.

“Green Day tidak tahu langsung mengenai kemalangan itu sehingga selesai pertunjukan kami. Kami juga sama sekali tidak tahu ada persembahan akrobat sebelum persembahan kami.

"Kami ketika itu berada di belakang pentas, yang terletak setengah batu jauh dari pentas utama festival.

Tambah Billie: “Saya tidak tahu mengapa pihak penganjur memilih untuk tidak memberitahu kami tentang kejadian itu sebelum konsert kami. Kami hanya diberitahu selepas konsert kami.

"Jika kami tahu sebelum persembahan kami, sudah tentu kami akan membatalkannya. Kami bukan orang yang tidak berperikemanusiaan.”

Sunday, July 9, 2017

Zahid Dan Hishammuddin Sahkan Kuasa Politik Umno Perlu Ditamatkan

Posted on Sunday, July 09 @ 15:47:23 MYT by paktam
Oleh Dato' Hj Mahfuz Hj Omar

1. Hari ini Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein riuh dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian dengan *mengugut akan melondehkan serta mendedahkan keburukan Tun Mahathir (Tun M) dalam tempoh 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno jika Tun M terus menyerang Najib dan kerajaan Umno Barisan Nasional sekarang*.

2. Mereka membangkitkan kesalahan lampau Tun M ekoran *kebimbangan Umno dengan pakatan politik Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bersama rakan parti pembangkang dari DAP dan Amanah yang mampu menghilangkan kuasa politik UmnoBN*.Rakyat sedang melihat pakatan politik baru Tun M dan DSAI serta pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebagai suatu pengorbanan besar demi rakyat dan negara dengan mengenepikan perbezaan dan permusuhan politik masa lampau.

3. Sejarah telah membuktikan apabila negara dalam bahaya yang amat sangat dan rakyat begitu terancam, maka akan ada *negarawan dan pihak yang bertentangan akan bersatu dan bersama berjuang menetang musuh besar negara dan rakyat* sebagaimana yang berlaku antara Hamas dan Fatah apabila bersatu menentang Israel Zionis.Begitu juga di Indonesia berlaku banyak pihak yang bertentangan akhirnya bersatu menentang regim Suharto dan melakukan reformasi untuk Indonesia yang lebih demokratik.

*DULU HANG 'SAPU' KAMI DIAM..LA NI PELUANG KAMI NAK 'SAPU' HANG PUN KENA DIAM*.

4.Tun M dan DSAI serta pimpinan utama PH adalah negarawan ulung. *Mereka mampu mengenepikan perbezaan pendapat dan permusuhan politik mereka demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara* daripada kebobrokan regim MO1,Isteri MO1,Jho Taek Low dan UmnoBN.Kenyataan Zahid,Hishammudin dan pimpinan kanan UmnoBN yang *mahukan Tun M 'menjaga mulut ' serta mendiamkan diri dari terus menyerang Najib dan kerajaan UmnoBN kerana menurut mereka Tun M sendiri sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri juga melakukan banyak kesilapan*.Tetapi pimpinan Umno dan kerajaan pada waktu itu menutup demi menghormati dan melindungi Tun M.

5. Mereka mendakwa *jika dahulu mereka boleh menutup kesalahan Tun M sewajarnya Tun M juga menutup kesalahan Najib dan kerajaan sekarang*.Bagi saya ini bermakna mereka mengesahkan segala dakwaan pembangkang terhadap penyelewengan Najib dan kerajaan sekarang.Kenyataan yang mereka keluarkan sedemikian menunjukan *budaya UmnoBN ialah menjadikan kewajipan untuk mereka 'menipu rakyat' dengan menutup dan melindungi kesalahan boss (ketua) kerana mereka akan sama-sama mendapat habuan*.Budaya terkini UmnoBN ialah "kalau dulu hang buat,la ni bagi peluang untuk kami buat pulak" apabila *kesalahan Tun M yang mereka lindungi sebelum ini menjadi lesen untuk menghalalkan kejahatan dan dosa jenayah yang mereka lakukan sekarang.*

6. Rakyat perlu bangkit membuat perubahan untuk tidak membiarkan UmnoBN berterusan memerintah Malaysia tercinta.Kuasa politik UmnoBN mesti ditamatkan dan budaya baru politik Malaysia mesti dibentuk segera.Tiada keperluan untuk mana-mana pemimpin negara yang melakukan kejahatan dan jenayah perlu dilindungi. *Politik wala' tak ketahuan serta 'bodek boss' mesti dihentikan dan tindakan mesti diambil walaupun seseorang itu masih berkuasa untuk menghalang keburukan dan kerosakan yang lebih dahsyat pada negara dan rakyat*.Saya berpendapat bahawa apa yang disuarakan oleh Tun M sekarang adalah kerana *beliau tidak mahu budaya dizamannya berulang dengan pemimpin kanan dan rakyat menjadi 'yes man' serta wala' secara membuta tuli*.Bagi saya rakyat tidak harus berterusan menjadi mangsa pemimpin sepanjang zaman dengan budaya *"masa hang 'sapu' kami boleh diam,sekarang zaman kami nak 'sapu' hang pun kena duk diam lah"*.

*Kuasa Rakyat merubah masa depan negara..Reformasi membina semula Malaysia tercinta*.

#BersamaTamatkanKuasaUmnoBn
#MertabatkanKuasaRakyat
#SelamatkanMalaysia
#RakyatHakimNegara
#KakiBodekPerosakNegara

*Dato' Hj Mahfuz Hj Omar*
Ahli Parlimen Pokok Sena 

Parah: Inikah taraf Pengetahuan dan pemikiran Pemimpin parti itu?

SUNDAY, JULY 09, 2017
1MBD : TITM akui Hj Hadi dan Lebai-lebainya membuat kenyataan-kenyataan bodoh!
Setelah Hj Hadi dan Lebai-lebainya membuat kenyataan-kenyataan bodoh dan mendapat kecaman ramai, kini Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man secara tidak langsung terpaksa mengakui hakikat tersebut!

TITM mengakui bahawa Pas sebenarnya tidak mengetahui keadaan sebenar mengenai skandal 1MDB.

Pas baru terkial-kial mahu mengadakan meja bulat untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai skandal 1MDB walaupun Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat telah mendedahkan dengan pembuktian yang sangat jelas dan sekurang-kurangnya 9 negara telah menjalankan siasatan dan telah mengambil tindakan tegas terhadap skandal 1MBD.

Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man, langkah itu untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak - termasuk bekas pegawai kanan syarikat pelaburan milik negara itu - untuk mengetahui keadaan sebenar. Baca di sini

Langkah TITM ini dilihat sebagai satu pengakuan yang ikhlas dan jujur bahawa apa yang Presiden Pas Hj Hadi dakwa bahawa kuasa asing cuba mencampuri urusan negara dalam isu 1MBD ini adalah berlandaskan maklumat yang tidak jelas.

Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Mujahid merujuk surat terbuka Hj Hadi 24 Jun lalu sebagai :
“Tuduhan kononnya kuasa asing cuba untuk masuk campur hal ehwal negara jelas disebabkan kekurangan maklumat…atau kemungkinan mengikut skrip biasa Umno-Barisan Nasional sebelum ini bagi mengalih tumpuan isu sebenar,”
YB Mujahid juga mendakwa Hj Hadi secara tidak langsung menjadi pembela kepada kleptokrasi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

TITM yang sebelum ini mencadangkan penubuhan RCI tetapi kini secara tidak langsung beliau bersetuju dengan kenyataan YB Mujahid bahawa dakwaan Hj Hadi ‘masuk campur kuasa asing’ itu hanyalah satu tohmahan dan Hj Hadi merupakan pembela kepada kleptokrasi kerajaan pimpinan PM Najib.

Dakwaan bahawa Hj Hadi dan Lebai-lebai Pas kurang maklumat dan merupakan pembela kepada kleptokrasi Najib jelas terserlah bila mana sebelum ini, Hj Hadi mahukan 4 saksi, arwah Mursyidul Am Pas, Haron Din kata mustahil Najib gunakan akaun peribadi masukan duit dari 1MBD.

Kemudian Hj Hadi dan Lebai-lebai Pas menuduh Amerika Syarikat campur tangan dalam siasatan 1MBD.

Terakhir sekali, Hj Hadi sarankan supaya kemelut 1MDB diselesaikan dengan al-Quran!

Pas sangat ketinggalan dan dilihat sangat pelik kerana ketika parti pembangkang lain giat melancarkan Roadshow di seluruh negara menerangkan tentang skandal 1MBD, PAS baru bercadang untuk mengadakan sidang meja bulat khas untuk membincangkan skandal 1MDB ?

Dan kemanakah Pas akan bawa resolusi hasil perbincangan dari meja bulat ini nanti? Tidak ada kepastian mengenai langkah selanjutnya yang akan Pas lakukan. Mungkin Pas sekadar mahu menunjukan bahawa Pas juga prihatin tentang skandal 1MBD setelah sekian lama menyepi.

Bukankah lebih wajar jika Pas bersama Pakatan Harapan menggesa agensi-agensi berwajib seperti Jabatan Peguam Negara, SPRM, BNM dan PDRM untuk membuka kembali kertas siasatan.

Dakwaan terbaru yang terkandung di dalam pemfailan ketiga Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sarat dengan pembuktian yang sangat jelas. Hanya dengan mengheret mereka dibicarakan di mahkamah, kebenaran itu akan diketahui; bukan dengan persidangan bulat yang Pas cadangkan!

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 9:04 am

Malaysia: Keluhan dan sindiran TMJ

'Apa sudah jadi padamu Malaysia?'
Tunku Ismail Sultan Ibrahim    -     Hari ini, 1:06 pagi
ULASAN |  Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya.

Sebuah negara yang saya berdoa untuk kestabilan. Apa yang telah berlaku kepada sahabat kesayanganku, Malaysia?

Saya berharap suatu hari nanti, anda akan kembali pulih.

Pada hari ini saya berada di sebuah negara di mana rasuah telah menjadi sebuah budaya. Sebuah negara di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.

Orang yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas. Ia telah menjadi tempat di mana orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.

Sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.

Di mana yang berlakon dan individu yang hipokrit dipuji sebagai hero, manakala yang pemberi sumbangan dan mereka yang berdedikasi kepada yang baik diabaikan dan dianggap sebagai penjahat.

Dimanipulasi oleh gambar-gambar yang mereka lihat.

Pangkat boleh dibeli

Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan. Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara.

Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan yang sebenar boleh menjadi seorang jeneral. Sebuah negara di mana institusi perlahan-lahan kehilangan identitinya.

Pemimpin yang berpura-pura dengan apa yang mereka pakai, tetapi di sebaliknya, memaksa kerajaan untuk menggunakan wang rakyat untuk membayar jet peribadi mereka.
Sebuah negara di mana bangsa saya sendiri telah melupakan sejarah, warisan dan budaya kita.

Sebuah negara yang meninggalkan budaya tradisi tempatan kita seperti pakaian tradisional kita dan sebaliknya memilih memakai pakaian campuran budaya asing, kononnya ingin menjadi seperti orang Arab.

Tempat yang dicemari oleh sifat cemburu dan iri hati. Tempat di mana anda boleh membeli pangkat dan kini pangkat-pangkat tersebut kehilangan nilainya.

Ada yang memilih untuk berdiam kerana mereka sendiri mempunyai agenda tersembunyi.

Sementara itu masih ada yang seperti saya yang memilih untuk bersuara kerana bimbang tentang apa yang akan berlaku kepada anak cucu-cicit kita dan generasi masa akan datang.

Sebuah negara di mana ramai individu ingin menjadi ahli politik untuk kepentingan peribadi mereka dan tidak lagi percaya kepada tugas untuk berkhidmat kepada rakyat dan institusi kita.

Di mana penafian dan kejahilan telah menjadi panduan hidup.

Kekal bertabah sahabat

Di mana penipu memperoleh lebih banyak kuasa. Di mana kebenaran sering diabaikan dan pembohongan diiktiraf sebagai pengakuan.

Kehormatan, kesetiaan dan kesungguhan tidak lagi wujud. Apa yang telah berlaku kepada kamu sahabatku?

Walau bagaimanapun, janganlah kau risau, kerana masih ada beberapa yang masih belum kehilangan harapan.

Masih terdapat beberapa orang yang sanggup berkorban demi generasi masa akan datang. Beberapa yang akan mengubah sesuatu dari dalam.

Visinya kini jelas. Sekarang adalah masa untuk melaksanakannya. Visi tanpa pelaksanaan, adalah halusinasi.

Kekal bertabah sahabatku. Anda bernasib baik memiliki rakan seperti Sabah, Sarawak dan juga beberapa tempat di Malaysia.

Buat baiklah kepada mereka. Hormati mereka. Perpaduan adalah kunci kepada kejayaan. Saya akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk anda dan saya akan sentiasa berdoa untuk kestabilan Malaysia.

Daripada rakan anda dan rakan kongsi yang baik, Johor. Daripada hamba yang berkhidmat kepada Sultan Johor dan negeri Johor, Ismail.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

PH perintah Kedah: Angan tu bagus, tapi bagaimana dengan kegigihan dan usaha.......

PH mampu perintah Kedah selepas PRU14
09 Julai 2017 | MOHD ALI HASHIM
Mohamad Sabu semasa merasmikan pejabat Parti Amanah Negara Kawasan Merbok kelmarin

Banyak projek mega yang diajnjikan Umno BN untuk penduduk di Kulim, Baling dan Sik sejak 2013 yang lalu masih belum berjaya dilaksanakan walaupun tempoh untuk BN memerintah semakin menguncup tidak lama lagi.

Pakatan Harapan mampu untuk menjadi pemerintah yang baharu di Kedah selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Keyakinan ini dizahirkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pejabat Amanah kawasan Merbok di Sungai Lalang, Sungai Petani kelmarin.

Malah katanya sokongan yang semakin bercambah kepada Parti Amanah Negara khususnya di Kedah memperlihatkan betapa rakyat amat inginkan perubahan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Sokongan yang bertambah dengan penubuhan cawangan-cawangan baru di seluruh negeri Kedah membuktikan Amanah semakin mendapat tempat di hari rakyat Kedah.

"Ini jelas memperlihatkan betapa bosannya rakyat kepada Umno dan BN yang sedang menerajui kepimpinan kerajaan negeri ketika ini.

"Kita bukan saja mahu supaya Parlimen Merbok menjadi kemenangan bagi Amanah dan Pakatan Harapan (PH), tetapi juga kawasan Dun Bukit Selambau dan Tanjong Dawai menjadi milik PHm" jelasnya lagi.

Manakala Pengerusi Amanah kawasan Merbok, Hamid Ibrahim semasa menyerahkan sebanyak 130 borang keahlian baharu cawangan kepada Mohamad turut berkata, seramai 68 ahli baharu yang menyertai Amanah kawasan Merbok adalah penyokong tegar dan ahli Pas.
Pengerusi Amanah kawasan Merbok Hamid Ibrahim menyerahkan borang keahlian baru kepada Mohamad Sabu.

Beliau juga berkata, daripada senarai tersebut kebanyakan penyokong dan ahli Pas yang menyertai Amanah kawasan Merbok adalah dari Paya Nahu 1 dan Paya Nahu 2.

"Amanah kawasan Merbok akan meneruskan sesi penerangan dan turun padang mendedahkan segala kemungkaran kerajaan sedia ada.

"Kita bukan sahaja peduli dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat dalam kawasan Merbok, sebaliknya memberi perhatian terhadap seluruh negeri Kedah.

"Yang amat parah adalah kesukaran untuk mendapat bekalan air pada Aidilftri baru-baru ini sepertimana yang dialami pada hari raya tahun lalu, " ujarnya.

Menurut beliau lagi, dengan komitmen yang ada dalam komponen PH membuktikan Kedah mampu untuk dirampas kembali dari tangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Berdasarkan kepada sokongan yang semakin berganda kepada PH, kita amat optimis, kerusi yang ada dalam tangan PH mampu di kekalkan di negeri ini.

"Manakala pelbagai janji mungkir yang dibuat oleh kerajaan menjelang PRU ke 13 yang lalu telah menjerat diri mereka sendiri.

"Banyak projek mega yang mereka janji untuk penduduk di Kulim, Baling dan Sik sejak 2013 yang lalu masih belum berjaya dilaksanakan walaupun tempoh untuk BN memerintah semakin menguncup tidak lama lagi, " tegasnya.

Sehubungan itu katanya rakyat Kedah harus sedar, selama ini mereka telah dibohongi oleh Umno dan BN yang memperagakan slogan 'BN menang, Kedah senang'.

Sebaliknya kemenangan BN di Kedah, menjadikan rakyat negeri ini senantiasa berada dalam kemiskinan yang melampau tanpa pembelaan yang sebenarnya.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusof serta kepimpinan Parti Bersatu dan DAP Negeri Kedah.