Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 30, 2009

Terperanjat Saya

Pada mulanya saya baca di blog-blog sahabat sahaja. Tapi bila saya tidak puas hati sekiranya ada tokok tambah untuk sedapkan cerita atau lepas geram, saya terus ke blog beliau.

Macam termimpi kenyataan ini datang dari seorang bekas Nakhoda yang kapalnya dibina sendiri dan sekarang di bawah kendalian "anak buah kepercayaannya". Saya tidak mahu petik atau past n copy kenyataan ini sebab saya mahu pengunjung membacanya sendiri terus dari sumber di sini

Persoalan timbul di dalam kepala saya " Jadi siapakah, manusia bagaimana yang masih lagi memperhambakan dirinya untuk UMNO kini?"

Apakah yang beliau maksudkan semua yang menyokong UMNO terdiri dari manusia bodoh bila ketua yang bodoh menghalang yang cerdik menjadi Ahli?

Yang ini pula cerita Dato' Seri Mohd. Najib. Kalau beliau benar-benar yakin berada di pihak yang benar kenapa musykil? Kenapa pula ramai Penglima UMNO dan Mufti UMNO menyibukkan diri?
Ceritanya baca di sini

Hanya Annuar Musa Percaya

Susah saya nak kata sama ada Tan Sri Annuar Musa yang lebih terkedepan dan mengenali TGNA daripada mana-mana Pemimpin UMNO yang lain.

Di dalam Utusan Malaysia hari ini TS Annuar Musa berkata yang beliau percaya TGNA serius di dalam memperkatakan tentang Task Force dan Kol. Mat. TS Annur menambah dengan katanya TGNA memang bersungguh-sungguh dengan kenyataannya yang menamakan Kol. Mat dan Task Force untuk menjatuhkannya, dan ianya sahih (nyata). Sepatutnya UMNO memandang berat akan hal ini katanya.

Tetapi apa yang saya (mountdweller) lihat semua pemimpin UMNO lain memandangnya sebagai gimik dan isu yang dicipta untuk menutup isu di dalam PAS dan diri TGNA sendiri. Wallahu Aklam.

Siapa yang lebih bijak dan berpandangan jauh agaknya?

Raja Yang Penting Diri

Di bawah adalah kisah lagenda Raja Bersiong yang katakan memerintah Negeri Kedah yang akhirnya digulingkan. Kerana terlalu pentingkan diri sendiri Baginda rela korbankan rakyat. Baik lagenda atau pun sejarah, ianya tetap akan berputar. Itu adalah tabiat alam.

Kisah di bawah saya copy n paste dari Berita Harian Online

Peninggalan di atas adalah dikatakan bekas Istana Raja Bersiong.

TABIAT buruk dan kekejaman Raja Bersiong bermula selepas memakan sayur bayam bercampur darah manusia, milik tukang masak istana yang tidak sengaja terhiris jarinya ketika sedang memasak. Apabila makanan itu dihidangkan dan disantap Raja Bersiong, berasa kelainan ketara.

Hal ini diajukan kepada tukang masak dengan bertanya resipi yang digunakan dan terpaksa tukang masak itu menceritakan hal sebenar yang berlaku. Sejak itulah baginda mengarahkan masakannya dicampur dengan darah manusia.

Pengawal istana diarah membunuh musuh baginda dipenjara dan dipancung untuk diambil darahnya. Apabila semua tawanan sudah habis, kanak-kanak pula menjadi mangsa. Rakyat ketakutan dan selepas sekian lama, mula timbul api pemberontakan menentang kezaliman raja.

Raja Bersiong yang semakin ghairah dengan darah mengalami masalah sakit gigi yang disebabkan siung mula timbul di mulutnya. Ketika ini pula gerakan memberontak bermula dan menyerang istana menyebabkan raja melarikan diri.

Ada yang mengatakan pemberontakan itu diketuai seorang menteri dan ada pula mendakwa ia dipimpin raja negeri Kampar yang berjiran dengannya.

Ketika dalam perjalanan di hutan, giginya semakin sakit dan selepas berhempas pulas mencabut siung, akhir berjaya dan mencampakkan taringnya jauh ke hutan sebagai tanda marah, lalu dinamakan Baling. Ada yang mengatakan baginda melarikan diri bersama sekumpulan pengikut dan berkubu di Kota Air, Gubir.

Sunday, November 29, 2009

Bidikan Tersasar

Rupanya setelah saya buat posting di n3 yang bertajuk "Salah Satu Sebab Kenapa MPKB Kurang Duit" Manjung Mari telah respond di dalam N3nya sebagaimana petikan di bawah.

MAKA, TERSIARLAH ARTIKEL ARTIKEL DI INTERNET YANG "MENDEDAHKAN" KEPINCANGAN DALAM MPKB-BRI. KONONNYA BERSUMBER "KULI KULI MPKB-BRI". DISIARKAN JUGA KONONNYA MPKB-BRI GAGAL BERFUNGSI DENGAN BERKESAN. DISIARKAN GAMBAR GAMBAR JALAN JALAN SELENGGARAAN MPKB-BRI YANG BERLUBANG, LAMPU JALAN YANG TIDAK MENYALA, SEMAK YANG TIDAK DITEBAS, SAMPAH YANG TIDAK DIPUNGUT DAN SEBAGAINYA.
SEMUA INI BERTUJUAN UNTUK MEMBURUKKAN KREDIBILITI HJ TAQIYYUDDIN HASSAN SELAKU EXCO YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS MPKB-BRI.

Article beliau sepenuhnya di sini

Di sini beliau agak tersilap, saya tidak pernah mengenali sesiapa di dalam kelompok yang merencana Grand Design yang beliau maksudkan dan saya tidak pernah dihubungi oleh sesiapa pun sehingga ini. Maaflah saya tidak ingin bertelagah dengan sesiapa pun, dan apa yang saya tulis bukanlah berniat membuka pintu untuk diterjah atau mengundang permusuhan. Saya sudah letih dan menyampah dengan kerenah orang politik. Saya tidak ingin terjun lagi ke dalam kancah itu. Rasanya sudah cukup selama 36 tahun saya berkubang bersama mereka di dalam kolam politik.

Saya tidak marah atau berdendam dengan sesiapa. TGNA saya hormati dan kalau boleh tidak mahu beliau melepaskan jawatan MB. YB Takiyuddin boleh dikatakan jiran dan beliau adalah manusia yang baik dari pandangan saya. YB Husam walau pun saya kenal tetapi tidaklah rapat. Mereka-mereka ini tidak pernah berdosa dengan saya, jadi untuk apa saya mahu menyakiti mereka?

Sebenarnya di N3 saya itu bukan bertujuan menjatuhkan sesiapa. Tujuannya hanyalah untuk menyedarkan pihak Pengurusan MPKB-BRI tentang tanggung jawab yang terabai. Dan kerana diabaikanlah maka ramai penduduk bersungut dan enggan membayar Cukai Bandar. N3 saya itu tidak ada sangkut paut dengan politik. Saya juga tidak menjadi Ahli mana-mana parti politk.

Salahkah saya mengejutkan orang-orang yang bertanggung jawab yang mungkin tidak tahu atau tidak sedar tanggung jawabnya terabai? Kejutkan mereka dari mimpi lunak yang melenakan? Salahkah saya luahkan perasaan tidak puas hati saya dan penduduk sekitar. Fasarana yang patut disediakan tetapi masih dalam mimpi berlangsung sudah lama. Sejak zaman BN lagi (sebelum tahun 1990) dan berterusan sehingga kini.

Tolonglah jangan kaitkan saya dengan mana fraksi dan politik.

Hairan.... Jenis Manusia Apakah Ini?

Dia seorang yang dikatakan Islam. Bersolat, dan sudah tentu bersyahadah tetapi perbuatanya? Ajaran manakah yang dianutinya? Syaitan ada di mana-mana walau pun ke Mesjid.

Di bawah petikan dari Utusan Malaysia online.

Abdul Jalil berkata, suspek kemudiannya bertindak ganas apabila mengurung dan memukul mangsa sebelum dijadikan tempat 'pemuas nafsu'.

Katanya, namun perbuatan suspek terbongkar pagi semalam apabila meninggalkan mangsa dan anaknya dalam keadaan rumahnya terkunci untuk ke masjid bagi mengerjakan solat sempena Hari Raya Aidiladha.

"Mangsa mengambil kesempatan itu untuk menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran. Melihat keadaan mangsa itu salah seorang daripada mereka menghubungi polis.

"Polis kemudian memecah masuk rumah tersebut dan berjaya menyelamatkan mangsa dan anaknya," tambah beliau.

Katanya, ketika ditemui, mangsa dalam keadaan lemah dan mengalami lebam-lebam di anggota badannya kemungkinan dipukul untuk melakukan seks.

Katanya lagi, mangsa turut diugut bunuh serta diacukan pisau oleh suspek sekiranya tidak mahu bekerjasama atau cuba membuat kecoh.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa disahkan dirogol," katanya.

Sepenuhnya di sini

Saturday, November 28, 2009

Salah Satu Sebab Kenapa MPKB Kurang Duit

Apa yang saya paparkan adalah semata-mata untuk perhatian dan tindakan pihak yang bertanggung jawab. Ianya tidak melibatkan mana-mana parti politik, cuma secara kebetulan sekarang Kelantan diperintah oleh parti PAS. Bukan juga melibatkan kepimpinan TGNA mau pun YB Husam Musa.

Ianya semata-mata melibatkan urusan pentadbiran dan gerak kerja MPKB-BRI. Salah satu sebab kenapa MPKB-BRI kekurangan duit adalah kerana kurangnya penduduk yang membayar Cukai Bandar. Rasanya yang bayar cukai sepenuhnya hanyalah penduduk yang tinggal di pusat bandar sahaja kerana bimbang premis mereka disita. Sedangkan penduduk yang berada di pinggiran bandar ramai yang merungut. Dalam hal ini rakyat tidak boleh dipersalahkan 100 peratus.

Di bawah saya upload gambar-gambar yang cukup menarik untuk perhatian pihak MPKB-BRI
. Gambar-gambar ini saya rakam di sekitar tempat saya tinggal. Di tempat-tempat lain saya tidak tahu bagaimana keadaannya.

Kalau begini keadaan fasarana yang sediakan dan diselenggarakan, adakah kita dengan senang hati dan dengan kerelaan akan mengeluarkan duit untuk membayar cukai?

Dulu, semasa rumah siap dibina dan untuk mendapatkan CF semua orang dipaksa untuk membayar RM1,000 untuk bayaran penyediaan longkang. Sekarang rumah sudah berusia 23 tahun, bayang longkang pun masih tidak kelihatan. Jadi untuk menyalurkan air buangan penduduk terpaksa menggali sendiri lubang/telaga untuk itu yang setiap telaga menelan kos purata sebanyak RM400. Saya sendiri sudah menggali 2 telaga berkenaan kerana yang pertama sudah penuh.

Ini ialah telaga kedua saya

Ini pula adalah telaga yang pertama digali dulu

Di bawah adalah bayangan tempat
yang sepatutnya dibuat longkang


Keadaan yang menjadi belukar kecil
di tepi jalan kerana MPKB tidak peduli
.
Jalan-jalan ini pula banyak tempat yang gelap
kerana lampu jalan tidak disediakan atau
kalau dah ada lampu bulb pula yang mati.


Menyediakan tempat yang nyaman dan selesa
disedut oleh penduduk dengan menyediakan
tempat pembuangan sampah yang tidak terurus


Penduduk perpaksa membuang sampah dengan
mengangkut sampah menggunakan kereta sendiri.
Kereta akan berbau busuk dan menjadi sarang semut
yang berpindah dari sampah ke dalam kereta
ketika sampah diangkut dengan kereta.

Jarak dari rumah saya adalah lebih kurang 800 meter

Ini adalah keadaan di tepi jalan dan tiada tong sampah.
Keadaan ini penduduk yang salah.

Tempat ini adalah di belakang blok rumah YB Takiyuddin sendiri.
Keadaan begini sudah berlarutan selama 4 hari

Keadaan rumput di tepi jalan tetapi di luar pagar
rumah penduduk.Sekiranya tuan rumah mahu cantik
dan bersih terpaksa keluar duit sendiri
mengupah tukang potong rumput.


Keadaan jalan yang cukup selesa digunakan
oleh penduduk di sini.



Persoalannya adakah Pekerja MPKB-BRI yang malas atau pihak pengurusan yang tidak peka dan mengambil ringan tanggung jawab?. Harap maaf sekiranya ada yang tersinggung

Friday, November 27, 2009

Saya Sokong Statements Ini

Sebagai Rakyat Negeri Kelantan Darul Naim, saya sokong kenyataan ini.

KOTA BHARU, 27 Nov: Kesanggupan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Kaukus Parlimen berkaitan isu petroleum di negara ini sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak tanpa mengira parti kerana beliau adalah orang paling kanan dalam pentafsiran undang-undang yang berkaitan petroleum yang dikendalikan oleh Petronas.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Dato’Husam Musa ketika ditemui dimajis penyampaian sumbangan kewangan kepada warga Dun Salor di Surau berhampiran rumah beliau hari ini.

Menurut Husam,tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menghalang Ku Li daripada mengetuai Kaukus Parlimen tersebut adalah semata-mata ingin menggagalkan tindakan Kelantan yang ingin menuntut royalti dari Petronas.

Seterusnya di sini

AIDIL ADHA

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA
Kepada semua Muslimin dan Muslimat
Dengan doa semoga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah


Salam dari Mountdweller

Wednesday, November 25, 2009

Gambar Akad Nikah Pengarah

Masjid "Beijing" menjadi kebanggan penduduk Pekan Rantau Panjang yang baru siap lengkap dengan Perpustakaan. Di sinilah berlangsung majlis Akad Nikah Boss saya En. Mohd. Zuhdi Mustafa dan Wan Aishah Wan Sabri pada 17 Nov. 2009.
Nampak tidak berapa gemuruh dengan sekali lafas sahaja
Mountdweller jadi Saksi Utama Lelaki
Doa selepas akad
Dah jadi Isterilah tu..
Bergambar bersama keluarga selepas akad nikah
Sesi jual ubat gigi
Sukanyerr... dia!

Lapar sangat dah....

Rintihan Orang Bawahan

Di n3 ini saya menunaikan hasrat seorang pengunjung ke blog ini supaya menyiarkan komennya. Saya faham kekecewaannya sebagai orang bawahan. Memang bagi Majikan, mereka berhak untuk menggantikan khidmat Lebih Masa dengan cuti gantian atau pun elaun lebih masa. Tetapi pihak Majikan juga perlu faham apa yang diperlukan oleh kakitangan biasa seperti insan ini.

Saya langsung tidak berniat untuk memburukkan sesiapa, hanya sekadar menunaikan permintaan insan ini yang menggelarkan dirinya Anonymous. Walau beliau tidak mendedahkan identitinya, saya faham di dalam situasi ini identiti sepatutnya tidak didedahkan.

Anonymous Anonymous said...

Salam tuan blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.

Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI

Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.

KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.

INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN

November 24, 2009 9:30 PM

Tuesday, November 24, 2009

Mudahnya Telan Umpan!

Kekalutan dan ribut (bukan taufan) di dalam PAS sekarang hanyalah kerana kegagalan Pelakun-Pelakun Utama PAS untuk mengenal pancing dan umpan. Terlalu naive terhadap tektik dan teknik musuh memecah belahkan mereka.

Umpan kedudukan dan survival Melayu telah ditelan di Selangor dan Terengganu. Nepostisma dan kronisma di PMBK yang menyebabkan Kelantan riuh dengan isu tajaan Haji, Ariffahmi, Husam dan Kickdefella yang menjadikan SPRM sebagai Watak Utama. SPRM adalah umpannya.

Di Selangor sudah nampak reda tetapi bila-bila masa saja boleh meletup kembali jika mulut-mulut yang celupar tidak ditutup dan nafsu serakah tidak ditalkinkan. Di Kelantan pula beberapa isu sudah nampak reda dengan kebijaksanaan TGNA menanganinya. Cuma yang saya nampak hanya "Kickdefella" masih meraung kesakitan.

Cuma bagi saya yang kurang cerdiknya adalah PAS Kelantan. Isu-isu yang berkaitan dengan Husam dan PMBK dikatakan bukan masalah politik. Bukankah TGNA adalah MB bagi PAS yang secara langsungnya PMBK di bawah beliau? Dan beliau juga adalah Pesuruh Jaya PAS Kelantan dan Husam adalah timbalannya. Husam juga adalah seorang exco dari PAS. Jadi dari segi logiknya mana mungkin jika timbul sebarang keraguan terhadap integriti dan ketelusan MB dan exconya tidak menjejaskan PAS Kelantan? Bukankah sebarang palitan terhadap mereka akan menjejaskan sokongan rakyat dan pengundi? Apakah PAS Kelantan boleh berdiri tegak bersama kerajaan yang ada hari ini sekiranya rakyat dan pengundi beralih arah?

Entahlah. Saya pun tidak faham bagaimana mereka berfikir!

Perlu diingat, sekiranya PAS pincang PR juga akan tempang. Bagaimanakah untuk memberikan fokus dan menghidupkan strategy dan nafsu untuk memerintah Malaysia selepas PRU13 nanti? Sekiranya segala isu dan beban ini tidak dihapuskan secepat mungkin cita-cita untuk memerintah Malaysia hanya akan menjadi angan dan mimpi senja sahaja. Ingat! Rakyat mengharap tetapi amat malang sama ada dalam PAS dan dalam PKR asyik bertegang urat.

Monday, November 23, 2009

Mana Yang Betul

Dua lamporan berbeza yang saya baca di dua blog. Mana yang betul dan siapa yang bohong?

Ini petikan dari blog misbahul munir

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Dan ini pula petikan dari blog pendikargunung

Selain dari menafikan akan meletak jawatan, Husam juga kelihatan terkejut ketika diminta mengulas berita dia akan bercuti selama 5 hari untuk menjalani pembedahan tulang belakang. Mengulas mengenai perkara itu, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya. Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."

Ya lah, siapa kata tulang belakang Husam bengkok dan sedang menjalani rawatan sakit belakang (walaupun mereka yang dekat dengannya tahu, dia ada masalah sakit belakang)? Bukankah kelmarin Husam sedang berada di Simposium Nasional anjuran PKR di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan merupakan salah seorang seorang pembentang kertas kerjanya? Nampak Husam dalam majlis itu macam orang sakit belakang yang teruk hingga perlukan pembedahankah?

Sunday, November 22, 2009

Banjir Di Rantau Panjang

Tengah hari ini 22 Nov. 2009 saya dan Pemangku Ketua Pengarah jabatan saya ke Rantau Panjang dan seterusnya ke Pekan Sungai Golok untuk menghadiri Kenduri Kahwin salah seorang Pengarah Bahagian.

Namun begitu sesampai berhampiran Pekan Rantai Panjang, berhampiran "Masjid Beijing" kami tersangkut di situ. Mengikut kata penduduk kat situ di hadapan kami air paras pinggang. Kalau kami teruskan perjalanan memang pada masa ini kami boleh lepas ke Pekan Sungai Golok sebab kami menaiki Fortuner tetapi semasa balik nanti mungkin kami akan tersangkut kat Rantau Panjang sebab sekarang paras air sedang naik dengan cepat.

Oleh kerana tidak mahu terima risiko, kami berpatah balik dan membuat keputusan membatalkan rancangan untuk hadir di majlis itu.
Jadi kami makan saja untuk lunch di restoran dekat Pasir mas.

Paras air ketika di pertengahan perjalanan

Di sebuah sekolah berhampiran Pekan Rantau Panjang


Di hadapan sebuah sekolah yang lain pula

Di Lampu Isyarat simpang ke Jalan altanatif Jeli


Saturday, November 21, 2009

Sipenumpang Dan Adik

Cerita Adik (anak kedua saya) :

Pada suatu malam bila Adik hampir terlelap tiba-tiba radio di biliknya berbunyi, terpasang dengan sendiri. Adik ingat dia sendiri yang lupa untuk off. Jadi dia bangun dan offkan. Selepas itu dia kembali ke katil dan tidur kembali. Bila hampir terlena, radio terpasang lagi dan dia bangun dan offkan switch plug kat dinding dan kembali tidur.

Kali ini bila dia hampir terlelap perkara yang sama berlaku. Radio terpasang lagi. Dia bangun dan cabut plug kat dinding dan kembali ke katil meneruskan tidur. Tapi kali ini pun perkara yang sama berulang, radio terpasang lagi walau pun plug dah ditanggalkan dari socket. Akhirnya Adik berkata "Kalau kau nak dengar radio, kau dengarlah. Aku nak tidur. Kalau kau dah puas dengar, kau jangan lupa offkan". Selepas itu adik tertidur.

Bila adik bangun pagi tu, radio sudah tak berbunyi dan plug masih tanggal dari socket!

Bila adik cerita kepada saya, saya pesan kat adik "Lain kali halau dia keluar dengar radio kat luar, jangan ganggu aku. Aku nak tidur" Tengok nanti apa jadi.

Friday, November 20, 2009

Siapa Yang Jumpa Sampin ni?

Seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri, Jabatan saya pula mengadakan Jamuan Aidil Fitri. Semua Kakitangan diutamakan memakai Pakaian Baju Melayu lengkap.

Pada petang sebelumnya hari itu, saya sudah mencari dan nampak Sampin Songket Hitam saya di dalam almari besar di dalam bilik tidur saya. Jadi tidaklah risau pagi esoknya tercari-cari sampin yang telah agak lama saya tidak pakai. Tapi yang pelik bin ajaibnya pada pagi esoknya ketika sibuk nak ke pejabat setelah berpakaian, saya membuka almari besar itu untuk mengambil sampin tapi apa yang saya jumpa ialah kain songket Along. Saya dan isteri menggeledah di tempat-tempat yang diagakkan sampin itu tersimpan.

Di dalam saya mencari-cari, saya ternampak sampin yang kami cari berada di atas almari mekap isteri saya. Saya ambil dan saya pakai. Pada ingatan saya, isteri saya yang telah jumpa dan letakkan di situ. Semasa saya memakai sampin tersebut, saya tidak perasan yang isteri saya masih menyelongkar almari mencarinya.

Bila dia nampak saya telah memakainya, dia agak marah sebab dia susah-susah mencari tapi bila sampin itu dijumpai, saya terus pakai tanpa memberitahunya yang sampin itu saya telah jumpa. Rupanya dia ingatkan saya yang menemui sampin itu dan saya pula ingatkan dia yang menemuinya dan meletakkan di situ. Dia kata bukan dia yang jumpa dan letakkan di situ. Tapi yang hairannya saya juga tidak. Habis siapa yang meletakkan di situ? Saya pasti semasa saya menyikat rambut di hadapan cermin almari itu tadi memang sampin itu tiada di situ.

Selepas saya sikat rambutlah saya dan isteri sibuk mencari dan menggeledah sana sini setelah saya dapati sampin yang saya sangkakan di dalam almari besar itu sebenarnya kain songket Along. Bila kami menaiki kereta untuk ke pejabat masing-asing, isteri saya dalam ketawa berkata "Hah dah tau dah sape yang sorok dan letakkan di situ". Saya kata "Siapa". Jawabnya "Ituuu... sipemalas yang menumpang di rumah kita sejak dari dulu!".

Thursday, November 19, 2009

Adakah PR Akan Lebih baik?

Tajuk asalnya "Tak lama lagi BN lingkup" mengikut pandangan seorang blogger. Izinkan saya menempelkan article ini tanpa edit.

Dari
bilahrotan.blogspot.com

"Dewasa ini terdapat sekurang-kurangnya tujuh kes yang menyesakkan nafas UMNO/BN dan menimbulkan kesangsian serta kemarahan rakyat.

(1) Skandal PKFZ

Skandal yang kerugiannya mengatasi skandal BMF ini menjadi semakin menarik untuk dihayati kerana semakin hari semakin ramai pemimpin UMNO/BN yang terseret. Rakyat sudah menerima secara total bahawa pemimpin-pemimpin politik BN terlibat secara langsung dalam skandal rasuah besar-besaran ini. Pada peringkat awal dahulu pelbagai penafian dibuat oleh pentadbiran Najib terhadap skandal ini. Namun, bangkai gajah manakan boleh ditutup dengan nyiru.

Rakyat ingin melihat perasuah-perasuah yang terlibat dalam skandal ini dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka tidak boleh diberi muka atau peluang kedua. Yang pasti imej UMNO/BN semakin buruk pada pandangan rakyat. Rakyat tidak akan memaafkan mereka yang menginjak-injak amanah yang diberikan.

(2) Skandal Landasan Kereta Api Berkembar

Projek mega ini terbengkalai gara-gara ketidakcekapan kontraktor yang dipilih dan campur tangan individu yang bertaraf ikan paus. Sekali lagi imej UMNO/BN tercalar teruk apabila Mantan Perdana Menteri,DRB-Hicom, Kerabat Diraja, dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi turut diseret dalam skandal ini. Skandal berprofil tinggi ini perlu disiasat dengan rapi demi kepentingan rakyat, sesuai dengan gagasan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan, iaitu Rakyat Didahulukan.

(3) Kes Rakaman Video V.K. Linggam

Kes ini cuba ditutup oleh Kerajaan UMNO/BN. Namun demikian, atas desakan pembangkang di parlimen, kes ini akan disemak semula. Karpal Singh telah menyatakan kesanggupannya untuk terlibat dalam pembicaraan kes ini walaupun Nazri Aziz kelihatan cuba menyembunyikan sesuatu dalam kes tersebut. Kes yang melibatkan percaturan pelantikan hakim-hakim kanan ini terlalu besar untuk ditutup begitu sahaja. Apatah lagi institusi kehakiman negara ini semakin hari kelihatan semakin goyah dengan keputusan-keputusan yang bercanggah antara satu sama lain.

(4) Laporan Ketua Audit Negara

Untuk kesekian kalinya rakyat dapat melihat wang mereka telah dibazirkan melalui pengsonglapan yang berleluasa dalam kalangan pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan kerajaan. Kemarahan rakyat meluap-luap kerana kejadian serupa ini berulang setiap kali laporan dikeluarkan dari tahun ke tahun.

Kerajaan Persekutuan begitu lemah mengurus wang rakyat. Sebaliknya, Kerajaan-Kerajaan Pakatan Rakyat mendapat pujian. Oleh sebab itu, laporan ini dengan sendirinya menolak tohmahan UMNO/BN yang mengatakan Pakatan Rakyat tidak layak menggantikan BN sebagai pemerintah negara ini.

Berdasarkan laporan itu, rakyat perlu memberi peluang yang seluas-luasnya kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini. Singkirkan BN yang sudah tidak mampu lagi menghalang wang rakyat terus-terusan disonglap dengan sewenang-wenang.

(5) Kes Royalti Petroleum untuk Kelantan

Najib adalah seorang pemungkir janji. Dia tidak mahu menunaikan janji yang telah dimeterai antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas. Sebaliknya, menukar royalti menjadi wang ehsan yang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan supaya mudahlah wang itu dibaham oleh para pemimpin UMNO Kelantan dan kroni mereka. Terengganu telah membuktikan segala-galanya berhubung kes wang ehsan ini. Rakyat Kelantan akan hanya menerima kuahnya sahaja. Itu sahajalah sumbangan UMNO/BN kepada rakyat Kelantan setelah hasil mahsulnya diambil.

(6) Indeks Persepsi Rasuah Malaysia

Transparency International - Malaysia (TI-M) telah mengeluarkan data terbarunya untuk tahun 2009. Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menjunam dari tempat ke-47 tahun 2008 ke tempat 56 tahun 2009. Situasi ini mengesahkan bahawa Kerajaan UMNO/BN gagal menangani rasuah walaupun BPR telah dinaiktarafkan menjadi SPRM. Berbekalkan indeks tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa hanya syarikat-syarikat yang mampu memberi rasuahlah yang akan melabur di negara ini. Jika hal itu berlaku, kita terima sahajalah padahnya nanti.

(7) Kes PRK DUN Kota Siputeh

Speaker DUN Kedah telah memohon SPR mengadakan PRK bagi DUN Kota Siputeh kerana ADUNnya malas menghadiri sidang DUN. Dua kali berturut-turut dia ponteng (tak hadir tanpa kebenaran speaker) lalu hilanglah kelayakan sebagai ADUN menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah. SPR sebagai badan eksekutif mengada-ngada membuat keputusan kerusi itu tidak kosong.

Sepatutnya ADUN pemalas itulah yang membawa kesnya ke mahkamah bila SPR hendak mengadakan PRK. Sekarang ini SPR menanggung kemaluan yang amat besar apabila mahkamah membuat keputusan kerusi itu kosong. SPR sebenarnya tidak berkuasa berbuat demikian. Jika demikian halnya, mengapa permohonan Sivakumar ditolak oleh SPR dan mahkamah jugalah yang mengatakan SPR ada kuasa itu? Mahkamah di Malaysia pun sudah tunggang-langgang kerana mabuk todi.

UMNO kata dia terima keputusan mahkamah, tetapi membuat rayuan. Sebenarnya mulut sahaja yang kata terima, tetapi hati menolak. Itulah sikap UMNO dulu, kini, dan selamanya.

Rakyat sudah mula mengesyaki mahkamah akan memenangkan UMNO dalam rayuannya berdasarkan kes Nizar Jamaluddin dahulu. Jika itu berlaku, Speaker DUN Kedah akan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan pula. Maka semakin rendahlah mutu hakim-hakim di Malaysia.

RUMUSAN

UMNO/BN sememangnya sudah semakin parah sekarang ini. Payah baginya untuk bangkit dengan masalah keliling pinggang itu. Apatah lagi ditambah dengan perpecahan yang tak terurus dalam MCA; MIC yang hidup segan mati tak mau; Gerakan yang tinggal nyawa-nyawa ikan; dan PPP yang tonggang-langgang macam orang mabuk todi.

Tamparan yang dihadapi UMNO/BN amat hebat. Di tengah-tengah kesulitan itu, Pakatan Rakyat menerima pujian; hubungan DAP-PAS semakin intim; dan kerjasama antara PAS, DAP, dan PKR bertambah kukuh. Kekukuhan Pakatan Rakyat menjadi musuh utama kepada Gagasan 1 Malaysia yang bukan sahaja belum masak malahan juga tidak Islamik. Najib tidak pernah menyatakan bahawa konsep keadilan sosial dalam gagasan itu akan berpandukan konsep keadilan sosial menurut perspektif Islam. Rakyat sudah sedia maklum bahawa UMNO menolak Islam.

Berasaskan rangkaian kesulitan yang UMNO/BN sendiri cipta, maka terjeratlah diri sendiri. Kemungkinan UMNO/BN akan lingkup amatlah besar. Hanya masa yang akan menentukannya.


Saya berkata :

Selagi PR belum disahkan daftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan, selagi PAS bercelaru, PKR huru hara selagi itu akan gagal menarik kepercayaan majoriti rakyat. Rakyat akan ragu untuk menyerahkan tampuk pemerintahan di peringkat Pusat kepada gabungan PR.

Dari apa yang dilihat sekarang pun kepercayaan bukan Melayu terhadap PR sudah agak surut. Begitu juga dengan Melayu di atas pagar. PAS mencari padah kerana gelagat Pemimpinnya. PR menghakis kepercayaan kerana perebutan jawatan di dalam parti dan retorik politik.

Siapa Yang Betul Ni

Isu ini sudah agak ketinggalan tetapi oleh kerana saya kurang tahu sememangnya pada awalnya tidak mahu ambil tahu tahu sudah pening lalat dibuatnya. Dulu saya tidak kenal siapa dia kickdefella, cuma saya minat tulisannya. Ir Abdul Ariffahmi pula saya tahu siapa dia hanya bila isu Tajaan Haji terhadap TGNA terdedah dan ternganga.

Yang di bawah adalah petikan dari blog Kickdefella

Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah meminta Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Keputusan itu diambil Tuan Guru setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak tidak kira Pimpinan PAS Pusat dan Negeri, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai Tinggi Agensi-Agensi Kerajaan.

Ariffahmi bagaimanapun menolak permintaan Tuan Guru dan hari ini berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa. Tidak ada sebab untuk Ariffahmi menolak permintaan Ketua Eksekutif Tertinggi Negeri Kelantan yang selama ini dijual dan diusung namannya sesuka hati Arrifahmi. Bagaimanapun saya yakin, Ariffahmi akan akhirnya menunaikan permintaan Tuan Guru yang kita sanjungi. Yang diperlukan oleh Ariffahmi sekarang adalah tempoh transisi.

Dan di bawah ini pula dari blog SAY NO TO MUNAFIQEEN

Kickdefella menerusi artikel terkininya menyebutkan Tok Guru telah mengarahkan Ir Arifahmi untuk meletakkan jawatan selaku CEO PMBK. Kononnya, arahan ini dikeluarkan pada 17 Nov 2009 iaitu semalam.

Kickdefella juga menyebutkan Ir Arifahmi telah enggan mematuhi arahan tersebut dan telah bergegas ke Kuala Lumpur tanpa diketahui apakah tujuannya.

Setelah berusaha mendapatkan pengesahan daripada beberapa pihak, akhirnya kebenaran muncul juga. Kickdefella seorang penipu besar !!


Kesemua setiausaha Tok Guru mengesahkan arahan itu tidak pernah berlaku !!


Tok Guru tidak pernah meminta Ir Arifahmi meletakkan jawatan selaku CEO PMBK dan Ir Arifahmi pula tidak pernah menyatakan keengganan beliau untuk berbuat demikian kerana "arahan" itu hanyalah mainan kemunafikan kickdefella dan konco konconya.


Ir Arifahmi ke Kuala Lumpur semalam atas urusan keluarga dan tidak ada kena mengena dengan isu PMBK.

Sah lagi sahih !! Kickdefella seorang penipu !!

Kenapa jadi begitu?!! Boleh jadi kickdefella telah diberikan maklumat yang salah oleh ular ular belaannya yang bersarang di Pejabat Menteri Besar atau boleh jadi juga ularnya yang terlalu lama bermastautin di UK dulu.


Apa tujuan kickdefella?!!


Tujuan beliau tidak lain tidak bukan hanyalah mahu mengerahkan wartawan supaya mengerumuni Tok Guru supaya Tok Guru tertekan dan akhirnya mengalah dengan tuntutan tuntutan Quraisy Malaysia yang nampaknya semakin busuk hatinya.


Umum mengetahui, kesihatan Tok Guru serta perasaan Tok Guru amat terganggu sejak kickdefella melancarkan fitnah jahat ke atas PMBK dan kerajaan negeri Kelantan.


Bayangkan jika Tok Guru dikerumuni wartawan dan diasak bertubi tubi oleh soalan wartawan. Apa akan terjadi ke atas Tok Guru? Wallahu a'lam.


Kata saya : Pitam satu Malaysia dibuatnya!

Wednesday, November 18, 2009

Orang Politik

Cuba bayangkan apa yang kita agak selepas menyumpah seranah, tuduh menuduh di pentas ceramah dan di dalam Parlimen tetapi selepas itu mereka boleh minum dan sembang santai seperti gambar di bawah.

Ada yang mengagak yang Anwar akan kembali semula ke pangkuan UMNO dengan alasan tertentu yang ada logiknya. Bagi saya kita harus terima hakikat politik. Mereka hanya bergaduh di atas mazhab politik, serang menyerang kerana politik. Dari segi peribadi, mereka tidak bermusuh dan bergaduh. Bila berjumpa mereka tetap boleh bermesra dan puji memuji sesama mereka walau pun selepas memaki hamun antara satu sama lain.

Satu ketika dulu Almarhum Tunku dengan Allahyarham Dato' Asri. Selepas itu antara Datuk TGNA dan Tun Mahathir dan terkini DS Anwar dan DS Najib. Sebenarnya mereka tidak ada apa-apa yang memisahkan kecuali politik. Pada satu masa dulu Allahyarham Dato' Asri pergi ke KL mengadap Almarhum Tunku meminta bantuan untuk membayar gaji Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan kerana Kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak berduit untuk itu. Almarhum Tunku tetap membantu.

Tun Mahathir boleh bermesra dan gelak ketawa bersama TG Dato' Nik Abdul Aziz ketika perasmian Jambatan Salor. Dan gambar di bawah sekali ialah TGNA bersama Tan Sri Annuar Musa di Stadium semasa perlawanan bola sepak.

Jadi sebenarnya mereka berbalah hanya di pentas politik dan boleh berbincang dan bermuafakat di dalam mana-mana isu yang melibatkan kepentingan rakyat baik di dalam sukan mau pun di dalam pentadbiran.

Mereka bukan hipokret tetapi itulah reraliti alam politik yang saya faham. Nak katakan Pelakun, mungkin!

Di Parlimen 17.11.09.


Tuesday, November 17, 2009

Nokhtah

Saya berpegang kepada "Ingat mengingati, nasihat menasihati, tegur menegur adalah satu perkara yang dituntut" Akan tetapi di akhir-akhir ini perbuatan ini mendapat terjahan dan celaan pula. Terlalu ramai manusia yang "memaksumkan" diri dan diperakui pula oleh pengikut-pengikutnya kerana kaedah "Wala' ". Wala' telah menjadi wajib. Hukumnya kenalah tanya orang yang arif. Bila, di mana dan situasi macam mana "Wala' boleh diabaikan. Atau adakah ia telah menjadi wajib mutlak.

Oleh yang demikian mulai hari ini saya tidak akan membuat teguran lagi kepada sesiapa yang tidak mahu dirinya ditegur. Baik individu atau parti politik. Saya cuba menegur kerana saya sendiri pernah terkena. Sepatutnya saya tidak dedahkan di sini tetapi oleh kerana ramai dari angkatan baru yang mungkin tidak tahu dan tidak pernah alami atau dikhabari.

Saya menjadi aktivis PAS sejak dari saya di Tingkatan Enam Rendah lagi. Saya bergiat serius pada tahun 1978 bila mana Kelantan diMagerankan dan selepas itu diadakan Pilihanraya. Pada Pilihanraya itu PAS hanya tinggal 2 kerusi DUN. Dari situ PAS menguatkan diri dan bangkit sehingga memenangi PRU tahun 1990 di mana PAS merebut pemerintahan Kelantan dari BN.


Pada masa itu saya adalah Setiausaha Ranting dan Isteri saya Ketua Muslimah. Saya di amanahkan untuk mencari dan menyelia pengangkutan untuk mengangkut Pengundi dan Isteri saya diamanahkan menyelia Pondok Panas dan Polling Agen. Di pendekkan cerita maka berjanjilah orang-orang yang di atas akan membayar sebuah kereta sekian banyak dan yang bertugas di Pondok Panas dan Polling agen sekian banyak. Dari itu saya dan isteri pun berjanjilah pula kepada semua yang bertugas di bawah seliaan saya dan isteri. Ditakdirkan Allah, PAS berjaya menubuh kerajaan di Negeri Kelantan setelah BN kalah dengan teruk.

Selepas PRU dan PAS menang, semua orang yang di atas tadi sukar ditemui, sibuk merebut "ghanimah". Saya pergi menemui ADUN yang baru menang. Saya diberitahu yang duit itu telah pun diagihkan kepada sianu dan sianu dengan sekian banyak untuk membuat bayaran kepada orang yang terlibat. Malangnya bila saya berjumpa dengan sianu tadi dan menagih apa yang patut saya bayar kepada petugas di bawah seliaan saya dan isteri, sianu hanya berikan separuh dari apa yang dijanjikan.

Untuk mengelak dari saya dan isteri menjadi tohmahan dan dikatakan mungkir janji, maka saya dan isteri mengeluarkan duit sendiri untuk melangsaikan apa yang telah saya janjikan kepada semua Petugas. Jadi untuk tambahan dari separuh bayaran tadi saya pakai duit saya dan isteri, minyak kereta semasa kempen duit sendiri dan kekadang-kadang minum dan makan di Pos kempen pun duit saya juga.

Selepas PAS membentuk Kerajaan di Kelantan saya diberitahu kerajaan baru telah membuka permohonan mendapatkan tanah pertanian dan lot rumah. Oleh kerana Ketua Pemuda yang bertungkus lumus bertugas malam dan siang sepanjang masa kempen sebelum PRU dan semasa pembuangan undi dan beliau pula baru kawin dan masih melakukan kerja yang tidak menentu, masih menumpang di rumah Ibu Bapa kerana tidak berumah dan tanah tetapi mujurlah isterinya seorang Guru. Saya minta beliau memohon. Permohonannya ditolak dengan alasan, tanah itu bukan untuk penduduk bandar. Setelah diberitahu, saya akur kerana bagi saya kalau itulah syaratnya maka permohonan itu patut ditolak.

Yang menyakitkan hati saya ialah selepas beberapa bulan, seorang Ketua Ranting lain di Peti Undi lain bersebelahan kampung saya telah mendapat tanah yang ditawarkan. Beliau juga adalah penduduk bandar. Kenapa beliau dapat dan permohonan Ketua Pemuda saya ditolak!

Mulai dari hari itu saya mendiamkan diri dan tidak aktif lagi.

Monday, November 16, 2009

Peringatan Allah?

Keanihan yang berlaku di Rusia di mana ayat-ayat Alqur'an timbul pada kulit seorang budak lelaki. Fenomena ini sebenarnya sudah heboh dan ramai yang tahu. Tetapi apa yang saya mahu tumpukan ialah kenyataan dan nasihat mufti negara itu. Kita di sini juga sepatutnya mengambil iktibar dan nasihat Mufti mereka.

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. – Agensi

Di bawah pula ialah kenyataan Doktor-Doktor di sana.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestanmenjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube .

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Sunday, November 15, 2009

Mindanya Terkurung?

Saya petik 2 dari 10 perkara yang ditulis oleh Ketua Pemuda PAS yang bertajuk Tok Guru Jadi Mangsa dari dalam blognya Episode Sebuah Perjuangan.

Kita boleh nilai sendiri kewibawaan dan keterbukaan penulisnya sebagai seorang Ketua kepada Pemuda PAS.

9. Hari ini mereka masih menyerang dan melebarkan ruang persepsi buruk yang sengaja mereka cipta dengan mengambil peluang atas keadaan yang ada , setelah mereka juga tahu bahawa Tuan Guru adalah seorang insan yang bertaqwa dan tidak mungkin mengamalkan rasuah . Tidak mudah mereka mahu melumpuhkan kewibawaan Tuan Guru dengan persepsi yang mereka bentuk kerana rakyat yakin Tuan Guru juga adalah seorang yang ikhlas memimpin negeri dan rakyat ke arah membangun bersama Islam .

10. Tegas saya nyatakan disini , bahawa kami pemuda - pemuda PAS seluruh negara , senantiasa bersama dengan kedua - dua Tok Guru [ Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi ] sekaligus menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan mereka sambil mengutuk sekeras - kerasnya sebarang percubaan untuk menjatuhkan mereka dengan cara yang tidak berhemah dan berakhlak .

Apa yang saya nak katakan ialah: Adakah dari persepsinya (sebab dia sebut "persepsi") teguran dan kritikan adalah untuk menjatuh dan memburukkan Pemimpin. Adakah baginya" tajaan" yang sekiranya diterima oleh seorang Penjawat Awan atau Ketua Kerajaan sebuah negeri atau negara tidak dikira rasuah?

Dalam bab ini saya agak terkilan, di manakah sekelian Penasihat TGNA? Takkanlah mereka tidak tahu apa akan jadi dan akibatnya sekiranya menerima apa-apa pemberian daripada pihak yang berkepentingan?

Saturday, November 14, 2009

TGNA Dan Tajaan

"KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke Tanah Suci yang dijadual 17 November ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Makkah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Makkah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut, jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya. - Bernama

Kata saya :

Bukan masanya!

Kekalutan di dalam kepimpinan PAS berkaitan integriti Presiden PAS berkenaan UG dan Hassan Ali belum lagi reda, PAS diasak pula oleh bai'ah. Belum lagi hilang bising kesemua isu tadi, timbul pula isu siasatan SPRM ke atas PMBK kini ditambah pula dengan isu tajaan haji kepada TGNA.

Memang bagi orang Kelantan, seseorang yang kaya dan berharta berpeluang menaja seseorang Tok Guru atau manusia yang dihormati oleh masyarakat setempat untuk menunaikan haji adalah satu perkara yang amat menggembirakan dan dipandang baik serta membanggakan. Tetapi di dalam keadaan yang pantang kain terselak, mata akan terjegil bernafsu sepatutnya TGNA tidak bersetuju dan menolak tajaan tersebut. Ini juga adalah isu yang "berpersepsi". Semua orang boleh membuat tanggapan.

Bagi Kakitangan Perkhidmatan Awam untuk menerima hamper pun dilarang inikan pula tajaan melibatkan puluhan ribu RM untuk menunaikan Haji. Apakah persepsinya menjadi elok bila TGNA adalah seorang Menteri Besar? Ketika kilat dan halilintar melanda PAS dan Pimpinannya belum berakhir dan reda, TGNA pula seolah membuka gelanggang untuk di belasah.

Di setiap Kedai Kopi dan Madrasah di Kelantan, puak-puak UMNO sudah menjaja dan melariskan isu tajaan ini. Ramai dah berbuih mulut menghentam dan banyak pula taik telinga yang menggelupur. Isu ini adalah isu logik. Masyarakat dan Rakyat akan termakan. PAS yang berdegar-degar dengan kata-kata anti rasuah, TGNA sendiri menerima pula satu tajaan yang bernilai puluhan ribu RM!

Keihklasan. Di dalam politik siapakah akan pedulikan keikhlasan?

Tapi ada juga pertanyaan di benak saya, "Adakah TGNA saja mengacah?"


Thursday, November 12, 2009

Angan PR?

Di bawah adalah satu petikan dari posting seorang blogger, dragsuperstar.blogspot. yang berisi dan amat patut direnungi. Mohon izin..

Kerana tindakan beberapa individu yang mengkucar - kacirkan kerajaan negeri Selangor, jangan terperanjat jika rakyat akan menghukum Pakatan Rakyat keseluruhannya akibat kegagalan mereka menyelesaikan masalah itu. Pakatan Rakyat kena ambil iktibar dari sejarah. Lihat tahun 1999 dimana kekerasan dalam memerintah, rakyat memerhati dengan penuh minat maka rakyat mengambil keputusan untuk menghukum Barisan Alternatif pada waktu itu keseluruhannya. Mereka memberi peluang kepada Pak Lah waktu itu untuk menjaga kepentingan negara dengan baik. Malangnya Pak Lah gagal maka sekali lagi rakyat menghukum Bn dengan seteruk - teruknya.


Pakatan Rakyat!! Tidak mungkin sejarah akan berulang. Dengan kehadiran beberapa tokoh yang bermasalah umpamanya Hassan Ali, tidak mungkin benda yang sama berlaku pada Pakatan Rakyat. Kedah dan Pulau Pinang yang tidak bersalah dalam keadaan yang gampang ini pasti terpalit dengan kerja - kerja yang tidak beretika oleh Hassan Ali yang mewakili Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang pasti hampir lumpuh atau mungkin lebih teruk kalah di tangan Barisan Nasional dan yang paling membimbangkan benteng terakhir kekuatan rakyat di Kelantan juga pasti goyah sebagaimana PRU ke-11.

Baca sepenuhnya di From vehicle to life

Tuesday, November 10, 2009

Adakah Ganas Kerana Kalah?

Di bawah ialah hasil tulisan Ir. Azizan Razak yang saya copy n paste dari Neutral Daily. Beliau berada di stadium ketika perlawanan Akhir Piala Malaysia di antara Pasukan Kelantan melawan Negeri Sembilan. Bagi saya yang salah tetap salah cuma rantaian penyebab kejadian itu berlaku perlu dilihat dan diambil kira. Saya tiada niat untuk membela perlakuan buruk penyokong Kelantan pada malam itu. Memang saya tidak suka dan benci tatalaku mereka yang ganas tidak bertempat.

AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.


Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.

Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.
Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA.

Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,
Hp : 012-2050538

Berlainan

Orb yang berbentuk bola yang terang
Saya ambil di dalam semak di tepian
satu jaluran paya di sempadan sebuah kubur Jam 1.00 pagi


Ini gambar di atas yang saya besarkan


Di bawah adalah satu bentuk Orb yang berlainan, Lut Sinar

Monday, November 9, 2009

Senak

Mesyuarat khas - Masuk angin keluar asap
Seminar Pemerkasaan PAS - Pergi pagi balik gelap


Kedua-duanya melemas dan meletihkan saja!

Satu petikan menarik dari blog Cipan, Tapir & Tenuk. Izinkan saya

Peribahasa Melayu.... Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar .... memang kena pada Pimpinan PAS (yang ramai tue)... Sori ler ... apa yang gua tuliskan nih maybe akan menyebabkan lu orang benci dan geram sama gua... tapi sebelum tue... be rational la... okeh..

Memang ramai pimpinan PAS yang belajar tinggi-tinggi.. ader yang dapat MA dan PHD .. terlalu ramai yang terra bab agama nih... tapi.. sayangnyer la... diorang nie cerdik... tapi tak boleh diikut... sebabnyer... diorang nie punya ego tahap dewa dan boleh plak tue jaga status quo sesama diorang mengkhinzir buta ... wala' la konon.... cerdik tapi bangang.. sampaikan ahli bawahan dan rakyat marhaen pun tak boleh nak ikut rentak dan kecerdikan diorang nie...

Tapi...

Memang ramai dikalangan pimpinan PAS yang kayu dan bodoh bab politik dan marketing... Dalam politik dan marketing ... persepsi penonton, penyokong dan pembeli perlu dikawal dan dipastikan berpihak kepada kita senantiasa.. tapi pasai ramai pimpinan PAS yang bodoh tak boleh diajar ... maka inilah jadinyer... siap tak makan nasihat... siap boleh marah lagi kepada orang yang nasihat diorang...

Hakikatnya PAS menang kerana Pengundi!

Pengomen, tolonglah jangan emosi dulu. Fikir-fikirlah...