PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Pengumuman
Monday, June 28, 2010
Ramai Anggota PKR Sabah Akan Masuk UMNO?
Sehingga lampu jalan di pinggir bandar pun tidak dinyalakan kerana kononnya berjimat sebab kerajaan negeri tidak ada duit. Sepanjang jalan di luar bandar Batu Penanda Jarak pun tidak mampu dipasang. Nak baiki jalan lagilah liat. Sesiapa yang melawat Sabah dan mamandu untuk lawatan dari pekan ke pekan terpaksalah memandu bersama soalan "Berapa km. lagi nak sampai?" Sedangkan memandu sudah berjam-jam. Beruntung Kerajaan Sabah kerana Rakyat Sabah tidak tahu merungut dan menuntut.
Walau bagaimana pun adakah berita "lebih ramai" ini benar? Ada kemungkinan hanya Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan seorang sahaja yang akan masuk UMNO dan berubah menjadi 'Katak?" Berita diperbesarkan serta ditokok tambah. Menipu dan berbohong adalah perkara biasa bagi UMNO. Bagi mereka tidak ada apa yang nak diaibkan!
TAWAU, 27 Jun (Bernama) -- Lebih ramai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dijangka meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.
Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Tawau Eddy Berham Ruslan yang bertindak keluar dari parti pembangkang tersebut.
Bercakap kepada Bernama di sinii, Tawfiq yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah menyifatkan tindakan Eddy Berham keluar dari PKR dan menyertai Umno sebagai suatu yang memeranjatkan.
"Saya terkejut tiba-tiba dia hendak menyerahkan borang keahliannya menyertai Umno kerana tidak ada ura-ura dia akan berbuat demikian," katanya.
Pada Sabtu, ketika mengumumkan keputusan keluar PKR dan mahu menyertai Umno, Eddy Berham berkata tindakannya tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Sebaliknya kata beliau, keputusan dibuat selepas mendapati PKR memperjuangkan perkara yang sememangnya diperjuangkan Umno selama ini.
-- BERNAMA
Sunday, June 27, 2010
Dipikat Wanita Cantik
Pak Him memang seorang Pengayuh Beca. Rezeki dan nafkah keluarganya diperolehi dengan hasil mengayuh Beca. Tidak kira malam atau siang, Becalah yang menjadi teman dan "tuannya".
Tanpa banyak bicara "Cik Adik" melangkah naik dan duduk di atas Beca Pak Him. Dari situ "Cik Adik" mengarahkan Pak Him membelok dan menyusuri Kubur Langgar. Kubur Langgar terkenal dengan Kubur D'Raja. Sambil "Cik Adik" duduk dan Pak Him mengayuh "Cik Adik" bercerita yang lakinya tidak menjemputnya malam ini kerana kepergian yang jauh. Pak Him hanya mengangguk sambil melerek ke betis dan pangkal paha "Cik Adik" yang putih melepak dan gebu. Pak Him sudah "ada mari" tetapi apakan daya "siCik Adik sudah berpunya. Telan liur sajalah!
Tidak lama Pak Him di dalam lamunan tiba-tiba "Cik Adik" minta berhenti. Pak Him sedar-sedar dia berhentikan Becanya di hadapan sebuah rumah yang cantik dan besar. Tanpa bertanyakan berapa tambang, "Cik Adik" mempelawa Pak Him naik ke rumah.
Tanpa membantah, Pak Him terus aje naik dan berjalan di atas carpet yang lembut dan tebal dan duduk di ruang tamu. Setelah "Cik Adik" masuk ke bilik dan keluar semula ke ruang tamu, dengan lembut "Cik Adik" meminta Pak Him menemaninya malam ini kerana dia takut dan sunyi ketiadaan suami yang tidak akan pulang malam ini.
Tanpa kata-kata Pak Him mengangguk setuju dengan permintaan "Cik Adik". "Cik Adik" meminta Pak Him masuk dan tidur bersamanya di bilik tidur utama tetapi kali ini Pak Him macam tersedar yang wanita ini adalah isteri orang dan Pak Him menolak. Nampaknya walau pun tadinya seakan iman Pak Him melayang tetapi setelah tersedar, Pak Him tetap menolak.
Dengan mimik muka semacam kecewa "Cik Adik" membawa Pak Him ke sebuah bilik lain dengan hiasan yang cantik dengan sebuah katil bertilam empuk. Selepas mengucapkan terima kasih Pak Him pun tidurlah di bilik itu dengan selesa dan nyenyak keletihan.
Pak Him terjaga dari tidurnya setelah di sinari cahaya matahari kerana hari sudah siang. Alangkah terkejutnya Pak Him apabila dia dapati dirinya berda di celah cabang Pokok Bacang besar di atas kubur. Rupanya malam tadi dia tidur di atas Pokok Bacang besar bukannya di atas katil bertilam empuk! Becanya tersorok di dalam semak berhampiran.
Dengan bersusah payah Pak Him cuba turun dari pokok itu sebelum dilihat orang. Sekian lama mencuba dengan kulit yang melecet kerana memeluk batang Bacang yang besar untuk turun, akhirnya Pak Him berjaya turun dan pulang dengan lecewa dan kesal. "Rupanya kena juga aku" rungut Pak Him sambil mengayuh beca pulang.
Cerita ini adalah berdasarkan apa yang diceritakan oleh Pak Him (bukan nama sebenar) sendiri kepada saya pada suatu pagi sambil minum kopi di sebuah warung.
Saturday, June 26, 2010
Tilik Nasib
COIMBATORE: Walaupun media sering membuat pendedahan tentang kelicikan tukang tilik palsu, namun masih banyak rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan perkara itu dan akibatnya semakin ramai daripada mereka menjadi mangsa golongan tersebut.
Kaji selidik Universiti Malaya (UM) yang melibatkan 300 penduduk bandar keturunan India mendapati perbuatan mereka mendapatkan khidmat penilik nasibadalah tindakan sia-sia.
"Sekurang-kurangnya separuh daripada responden berkata mereka ditipu olehmanusia yang menyamar sebagai ahli kerohanian, manakala selebihnya berkatamenilik nasib ada kebaikannya kerana runding cara yang diterima boleh dijadikanpanduan untuk mencorakkan kehidupan mereka," kata pensyarah kanan di JabatanPengajian India UM Dr G. Sivabalan kepada BERNAMA di luar Persidangan KlasikTamil Sedunia di sini.
Kaji selidik pada tahun 2008-2009 itu memberi tumpuan terhadap kaedah bertenung nasib "Nadi astrology" yang terkenal dalam kalangan penganut agama Hindu.
Melalui kaedah ini, penilik nasib akan menilik apa yang berlaku pada masa lepas, masa kini dan masa akan datang terhadap seseorang dengan melihat tapak tangannya berpandukan teks kuno yang tertulis pada daun.
Sivabalan berkata, menilik nasib dengan menggunakan cara ini begitu popular pada akhir 1980-an selepas berpuluh orang yang mengaku sebagai tukang tilik dari India selatan datang ke Malaysia untuk mencari rezeki secara mudah dengan berbekalkan berjilid-jilid helai palma.
Kaji selidik itu mendapati bahawa setakat ini, kira-kira 50,000 orang telah mendapatkan khidmat tukang tilik berkenaan, dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan profesional keturunan India yang begitu ghairah untuk mengejar kecemerlangan dalam kehidupan.
Kaji selidik yang dijalankan di Johor, Lembah Klang dan Perak itu juga mendapati bahawa secara purata, setiap mereka yang menggunakan khidmat penilik nasib ini membelanjakan hampir RM1,000 bagi mengetahui nasib mereka pada masa akan datang.
Sivabalan berkata, UM merancang untuk menubuhkan pusat pengajian manuskrip Tamil helai palma dengan kerjasama Persatuan Penulis Tamil Malaysia dan berharap dapat mengumpul helai palma yang terdapat di Malaysia sejak 1890-an yang mengandungi preskripsi "Siddha" bagi merawat penyakit.
UM juga, kata beliau, bercadang mengadakan kerjasama dengan Tanjavur Tamil University dari Selatan India bagi melatih rakyat Malaysia dalam subjek itu.
Sumber dari sini
Bola Dan Motor Klasik
Mereka tetap gembira menonton sambil minum dan komen mengomen permainan seolah Jurulatih dan Pengulas Sukan. Walau pun di dalam keadaan itu yang mampu, mereka tetap gembira dan suasana amat ceria.
Ini pula sebuah motor keluaran tahun 70'an dengan kekuatan 50cc yang telah diubah suai secara sederhana dan menarik perhatian saya.
Friday, June 25, 2010
Mati Katak Lagi!
Di mana letaknya nilai murni dan kemanusiaan? Apakah penyebabnya menjadikan mereka ini binatang? Umur baru 16 tahun dan sudah tentu menjadi harapan Ibu Bapa telah dibunuh.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini meninggal dunia awal pagi tadi dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah ketika mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.
"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata polis belum mengambil sebarang keterangan dan sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.
Kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) menyebut suatu kejadian yang melibatkan kematian pelajar itu berlaku antara 11.30 pagi semalam sehingga 1.20 pagi ini.
Mindef telah menubuhkan satu lembaga siasatan untuk mengenalpasti punca insiden itu.
Mohammad Naim Mustaqim didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ.
Mayatnya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pukul 2 pagi tadi.
"Keluarga Allahyarham telah dimaklumkan akan keadaan itu dan satu lembaga siasatan telah ditubuhkan sebaik kejadian itu berlaku bagi mengenalpasti punca kejadian," kata kenyataan itu.
Beberapa pelajar yang dikenalpasti bersama-sama mangsa semasa kejadian telah dipanggil bagi membantu siasatan.
Siasatan awal polis sedang dijalankan untuk keperluan dalaman Angkatan Tentera, bahagian penyiasatan khas dari Cawangan Provos Marsyal untuk menjalankan siasatan susulan, kata kenyataan itu.
Allahyarham akan dikebumikan di Baling, Kedah pada hari ini. - BERNAMA
Thursday, June 24, 2010
Nasib Pendatang
Tetapi berbeza pula dengan nasib Pendatang (saya difahamkan dari Filipina) di Pulau Labuan. Walau hidup di atas air namun kemudahan asasnya cukup bahkan ada yang kaya raya sepertimana gambar di bawah.
Bersih Sebahagian Dari Iman?
Adakah penduduk yang harus dipersalahkan?
Dari Pandangan Mataku
Kereta Along dilanggar dari belakang di traffic light simpang ke Penampang dari Kota Kinabalu. Pada masa itu lampu traffic light di laluan kami hijau tetapi secara tiba-tiba kereta di hadapan kami berhenti mengejut dan Along juga membrek mengejut. Kami kehairanan kenapa kereta di hadapan membrek dengan cara yang sebegitu sedangkan tidak ada kenderaan di hadapanya dan traffic light pula hijau. Secara tiba-tiba juga satu hentaman berbunyi dari belakang dan kereta tertolak ke depan. Rupanya kami dihentam oleh sebuah MPV Suzuki yang dipandu oleh seorang wanita keturunan Cina. Saya mengangkat penumbuk kepada pemandu kereta di hadapan dan dia belah.
Rupa-rupanya Pemandu di hadapan berhenti mengejut kerana ada sebuah Ambulan yang lalu dengan tidak pun membunyikan siren. Bermakna bukan di dalam tugas kecemasan! Saya menggeleng kepala mengenangkan bodohnya pemandu di sini, tidak tahu sama ada Ambulan tersebut di dalam tugas kecemasan atau pun tidak dan membahayakan pemandu lain. Nasib baik juga pemandu kereta Suzuki yang melanggar menghubungi bapanya dan membayar kerosakan pada bamper.
Dari perjalanan saya ke Kinabalu Park dan Kundasang, Kampung Penumbuk dan Labuan sehinggalah ke Kudat saya dapati satu perkara lagi yang menjadi tabiat pemandu di sini ialah suka memandu di sebelah kanan tidak kira perlahan atau laju dengan tidak menghiraukan pemandu lain. Jadi kalau kita ingin cepat terpaksalah memotong dari sebelah kiri sekiranya tidak tersangkut dengan kenderaan lain yang juga memandu perlahan. Di sini, untuk memotong atau beralih laluan tanpa signal adalah perkara biasa. Dari apa yang saya lihat kereta yang mempunyai nombor plate semenanjung pun mempunyai tabiat yang serupa, "Masuk kandang kambing mengebik, masuk kandang lembu menguak!"
Itu bab memandu dan ini pula bab melintas jalan. Secara ringkasnya boleh dikatakan seperti satu signboard di Pekan Raub yang berbunyi "Jangan melintas seperti ayam" tetapi memang cara orang di sini melintas "seperti ayam!". Saya tanya Along adakah memang kebanyakan mereka melintas jalan dengan cara sebegini. Along jawab memang itulah cara mereka dan kita terpaksa sentiasa berwaspada.
Keadaan jalan raya pula adalah menyedihkan bagi sebuah negeri yang mempunyai sumber hasil masyhul yang banyak seperti Minyak, Kayu Balak, Kelapa Sawit dan Pelancongan dan sudah merdeka melebihi 40 tahun. Ke mana semua hasil dan pedapatan ini? Keadaan Jalanraya yang menghubungi Kota Kinabalu dengan Bandar-Bandar penting adalah menyedihkan. Tarafnya lebih buruk dari jalan raya Kota Bharu ke Kuala Terengganu tahun 70'an sebelum Terengganu kaya dengan hasil minyak. Keadaan jalan raya di sini banyak yang rosak, tidak rata (bumpy) dan banyak selekoh tajam. Jalan raya terbaik yang saya lalui adalah laluan dari Kota Kinabalu ke Teluk Sepangar dan Kota Kinabalu ke Air Port. Itu pun tidak setanding Jalan Raya terbaik di Kelantan walau pun laungan nyaring dari kerajaan BN yang menghebohkan Kelantan adalah sebuah negeri termiskin di Malaysia. Rupanya itu adalah laungan siMunafiq!
Selain dari dua jalan raya tersebut, yang lainnya adalah di dalam category teruk. Tidak sepadan dengan negeri yang dikatakan kaya. Dan pada saya Sabah memang kaya dan rakyatnya akan lebih makmur sekiranya kekayaan negeri diurus dengan betul dan telus. Saya bertanyakan budak Hotel tempat saya menginap. Dia hanya jawab dengan berkata "Adalah lebih baik jalan yang sebegitu daripada jalan tanah merah tanpa diturap!" Rupanya orang di sini tidak tahu complain dan tetap bersyukur dengan apa yang ada. Ini juga adalah satu sikap yang baik.
Di dalam bab parking kereta pun bolehlah dikatan kebanyakan pemandu tidak hiraukan kesusahan orang lain akibat dari cara mereka meletakkan kenderaan. Mereka akan parking sesuka hati dengan tidak menitik beratkan kedudukan kereta. Ini akan menyusahkan pemandu lain untuk parking sama. Dalam erti kata lain, orang di sini lebih pentingkan diri sendiri tanpa fikirkan kepentingan orang lain. Orang lain susah tak apa asalkan aku senang!. Mungkin sikap ini lahir dari keadaan komuniti mereka dari dulu yang pentingkan survival. Survival bagi kaum dan puak masing-masing sehingga terbawa-bawa ke hari ini. Sekali lagi saya mohon ampun dan maaf dari saudara yang berasal dari sana. Saya tidak ada niat tersembunyi dan dendam tetapi mendedahkannya untuk direnungi oleh orang lain juga terutama Pemandu di Kelantan negeriku dan Terengganu jiranku.
Wednesday, June 23, 2010
Santai Di Sabah
Ini Pak Din nak kungsi gambar-gambar yang menarik dari Sabah
Banyak lagi gambar yang nak dikungsi sekiranya ada yang mahu. Tapi terdapat juga perkara-perkara penting yang Pak Din berhajat nak tulis tentang Sabah dan Orang- Orangnya.
Monday, June 21, 2010
Masalah Baru Selesai Petang Tadi
Bermula pada 27 Mei sehinggalah petang ini barulah boleh login. Itu pun selepas membuat kunjungan hormat ke TM Kota Bharu petang tadi. Kerana sudah agak lewat petang baru masalah selesai, masa untuk menyentuh serba sedikit layout blog terhad. Sudah tentu masih tidak selengkap yang diharapkan.
Apa pun saya berterima kasih kepada Teknisyen En Hanafi yang agak prihatin dan berusaha memperbaiki apa yang perlu untuk saya dapat access internet pada petang ini juga.
Insya Allah saya akan sambung dengan sumbangan di blog malam ini atau esok.
Thursday, June 10, 2010
Kereta Along Dihentam Belakang
Kejadian berlaku di Simpang ke Penampang dari Kota Kinabalu
Saya akan edit dan bercerita panjang tentang sikap Pemandu dan cara pemanduan orang-orang di sini setibanya di Kota Bharu malam ini.
Wednesday, June 9, 2010
Liberalnya PAS Sekarang!
Petang tadi (Selasa) lepas Zohor aku pergi ke PUTIK dengan tujuan nak dapatkan Pas Media untuk cover Muktamar PAS macam aku cover Kongres PKR 2 minggu sudah.
Jumpa urusetia bertugas, urusetia maklumkan dekat aku - "PAS tak keluarkan Pas Media untuk Blogger. kalau nak Pas Media kena mintak melalui Agensi, kena ada surat rasmi dari agensi" sambil dia tunjuk contoh surat rasmi dari agensi yang buat permohonan.
Aku perasan surat tu ialah surat permohonan dari Utusan Malaysia, Kosmo dan lain-lain Media Perdana".
ok... tak pe... Blogger memang tak de Agensi.
Terima Kasih.
Aku harap sangat-sangat, lepas tamat Muktamar ni ataupun semasa Muktamar ni berlangsung, pihak-pihak yang berkenaan dalam PAS buat satu kenyataan depan semua "Media" yang buat liputan dan jugak depan-depan perwakilan yang datang dari seluruh Negara Malaysia bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menarik balik kempen "Boikot Utusan Malaysia dan Media Perdana"...
Kemudian pihak-pihak yang berkenaan dalam PAS lancarkan segera kempen "BOIKOT BLOGGER-BLOGGER PRO PAKATAN RAKYAT". bagitau semua pihak "Media" yang buat liputan Muktamar PAS ke-56 bahawa Parti Islam se-Malaysia (PAS) tak perlukan Blogger-Blogger lagi untuk laporkan berita benar bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Orait geng... kalau nak baca update atau apa-apa laporan tentang Muktamar PAS Kali Ke-56, HARAP MAAF, blog ini tiada apa-apa update atau laporan berkenaan dengan Muktamar PAS Kali Ke-56... korang boleh baca update dan laporan dari Media Perdana. jangan lupa beli Utusan Malaysia dan jangan lupa untuk menonton TV3.
Sepenuhnya di sini
Sultan Kelantan belum pulih, masih terima rawatan
Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
KOTA BHARU - Istana Mahkota semalam menjelaskan, tahap kesihatan Tuanku Ismail Petra pada masa ini belum pulih sepenuhnya untuk baginda menyambung kembali tugas sebagai Sultan Kelantan.
Sumber Istana Mahkota memberitahu, baginda masih menerima rawatan intensif daripada sepasukan doktor yang diketuai Pakar Perubatan Nephrologi dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.
Sumber dari sini
Apakah Sebenarnya Yang Diharapkan Sabah Dan Sarawak Daripada RMK-10 ?
Apa yang saya lihat amatlah menyedihkan dari segi pembangunan sosio-ekonomi dan penyediaan infrastruktur untuk Rakyat Sabah yang sumber ekonominya agak lumayan dari hasil minyak, balak/sumber hutan dan sektor pelancongan. Sedih kerana sudah lebih 40 tahun Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia tetapi ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan Malaysia Barat. Jurang antara miskin dan kaya agak besar.
Jalan Raya yang baik dan selesa hnayalah dari Kota Kinabalu ke KKIA dan dari Kota Kinabalu ke Teluk Sepangar. Itu pun bukanlah tergolong dari Jalan Raya kelas pertama. Jalan yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Daerah luar bandar amatlah teruk dan agak tidak selamat. Nak dikatakan selesa jauh sekali. Tetapi di Wilayah Persekutuan Labuan tidak pula begitu. Jalan Raya mengelilingi pulau adalah selesa dan teratur. Adakah kerana Labuan sudah tidak menjadi sebahagian dari Sabah maka dana pembangunan disalurkan secukupnya?
Terfikir saya. Alangkah malangnya nasib Rakyat Sabah. Kerajaan Negeri bertukar silih berganti sehinggalah sekarang UMNO masuk dan mengembangkan sayapnya ke Sabah tetapi keadaan tetap tidak berubah.
Apakah Pemimpin mereka lakukan? Perihatin dan bekerjakah mereka untuk kemajuan Sabah? Kalau dikatakan Negeri Kelantan Miskin, Rakyat Sabah nampak lebih miskin. Kalau Kelantan dikatakan mundur, Sabah lebih mundur dari segi segala hal!
Adakah pemimpin mereka buta sebenarnya. Atau hanya mereka pintar mengaut harta ke poket sendiri sahaja?
Adakah Orang Sabah terlalu naif senang dipujuk dan ditipu semasa mengundi di PRU? Tak terfikirkah Orang Sabah ke mana perginya kekayaan negeri mereka?
Di bawah pula adalah cerita dan mungkin harapan Orang Sabah dari RMK10
Oleh Alan Ting
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Ketika melakukan lawatan ke sebuah rumah panjang berhampiran Sibu, Sarawak bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapati kebanyakan jalan raya di kawasan itu perlu dibaiki bagi memudahkan penduduknya menjalani urusan seharian.
Walaupun projek itu dijangka menelan kos RM34 juta, namun Najib berkata beliau akan menimbang bagi memasukkannya ke dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), yang akan dibentangkan minggu depan.
Kesimpulannya, kata beliau, kerajaan telah menggariskan rancangan terperinci tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu rakyat yang tinggal di kawasan yang kurang membangun di Sarawak dan Sabah.
"Kami mahu menaik taraf kawasan yang masih ketinggalan. Saya bercadang menyediakan peruntukan besar bagi membangunkan daerah luar bandar.
"Kami akan sediakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan rumah yang selesa untu semua rakyat," katanya pada satu perhimpunan di Rumah Sebastian Ugoh, kira-kira 20km dari bandar Sibu.
Walaupun Najib melakukan kunjungan itu semasa berkempen bagi pilihan raya kecil Sibu, tetapi apa yang diucapkannya itu merupakan hasrat beliau bagi merapatkan jurang perbezaan antara semenanjung Malaysia, yang secara umumnya lebih membangun, berbanding dua negeri berkenaan.
Sebenarnya, selama inipun, rakyat Sabah dan Sarawak mengharapkan rancangan itu akan dilaksanakan kerana mereka berkeyakinan teguh terhadap kepimpinan Najib dalam menambah baik kemudahan asas di tempat masing-masing.
Walaupun penyediaan prasarana tidak menjadi isu utama bagi kebanyakan penduduk bandar di semenanjung Malaysia, tetapi ia masih menjadi keutamaan bagi penduduk di dua negeri tersebut, terutama yang tinggal di pedalaman, yang sebahagian besarnya masih kurang membangun dan sukar dihubungi kerana ketiadaan jalan raya dan kemudahan jaringan komunikasi yang baik.
Memandangkan Model Baru Ekonomi (MBE) dan RMK-10 bakal dibentangkan Khamis ini, rakyat Sabah dan Sarawak menaruh harapan agar kerajaan memberi lebih banyak perhatian terhadap keperluan mereka.
Kerajaan dijangka memberi perhatian terhadap apa sebenarnya yang diperlukan oleh rakyat. Contohnya, ketika berada di Kota Kinabalu awal tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata isu berkaitan prasarana dan kemudahan asas di luar bandar tetap mendapat perhatian utama kerajaan. "Dalam usaha untuk mengurangkan kemiskinan, kami perlu atasi semua masalah ini."
"Sarawak dan Sabah adalah negeri yang besar (secara relatif). Kami benar-benar berharap agar kerajaan akan membuat pengagihan secara lebih adil daripada segi pelaksanaan projek pembangunan. Selain itu, kami juga berharap agar mereka mengambil kira keunikan masyarakat yang tinggal di sesuatu tempat bagi memastikan pembangunan sampai kepada sasaran sebenar," kata Anggota Parlimen Kapit Datuk Alex Nanta Linggi.
Sebagai contoh, kata beliau, Sarawak mempunyai banyak kumpulan etnik dan setiap kumpulan ini lebih suka tinggal di kawasan tertentu, umpamanya kebanyakan masyarakat Bidayuh lebih gemar tinggal di Kuching dan Samarahan, manakala Orang Ulu pula memilih Kapit, Belaga dan Baram sebagai kawaan kediaman mereka.
"Apabila merangka sesuatu rancangan ekonomi, perkara ini perlu diambil kira. Tidak boleh sekadar merangka satu rancangan berbentuk umum dan menyeluruh kerana ada kawasan tertentu yang tidak langsung didiami etnik tertentu," kata Alex Nanta.
Sebagai anggota masyarakat Dayak, beliau melahirkan harapan agar kerajaan melaksanakan lebih banyak tindakan afirmatif bagi membantu masyarakatnya, termasuk menawarkan lebaih banyak peluang perniagaan kepada mereka.
"Kini, semakin banyak orang Dayak yang berkebolehan. Bagaimanapun, mereka baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan ini bererti mereka masih memerlukan perhatian daripada kerajaan," katanya.
Alex Nanta berkata beliau juga berharap kerajaan akan merangka satu dasar menyeluruh dan rancangan afirmatif bagi masyarakat luar bandar, sejajar dengan hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.
"Kerajaan perlu ada perancangan bagi mewujudkan sistem berkesan untuk membantu rakyat, khususnya kumpulan yang tinggal di luar bandar dan golongan berpendapatan rendah. Tidak cukup hanya berkata 'kami akan sediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik bagi mereka' kerana sebenarnya kami lebih memerlukan projek sosio ekonomi," kata beliau.
Alex Nanta berkata bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar dalam tempoh RMK-10, lebih banyak kawasan pekebun kecil bagi tanaman kelapa sawit dan getah perlu dibuka.
"Kerajaan perlu menggubal satu sistem ekonomi bagi memperkasakan masyarakat luar bandar kerana sistem upah yang ada sekarang tidak cukup menarik," katanya.
Alex Nanta berkata sekiranya kerajaan benar-benar serius untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya, ia perlu memastikan mereka berkeupayaan menggunakan segala peluang yang ada di bawah MBE dan RMK-10.
Sejajar dengan itu, beliau berpendapat isu menjunjung hak asasi manusia dan memerangi rasuah perlu dijadikan keutamaan dalam dasar dan pelan tindakan negara.
"Ekonomi perlu dikembangkan secara serius agar lebih banyak dapat dikongsi sesama rakyat. Untuk melaksanakan perkara ini dengan berkesan, sedikit sebanyak kesakitan akan dirasai. Oleh itu, pengurangan subsidi merupakan suatu pendekatan yang betul.
"Lebih penting, rakyat Malaysia perlu serius dalam memahami erti produktiviti tinggi dan MBE serta RMK-10 perlu berfungsi ke arah merangsang peningkatan produktiviti di semua peringkat," katanya.
Pandangan beliau itu dipersetujui oleh Anggota Parlimen Kanowit Datuk Aoran Dagang apabila beliau berkata kerajaan perlu memberi lebih banyak tumpuan terhadap usaha membasmi kemiskinan tegar, khususnya di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.
"Kami belum melihat butiran terperinci RMK-10, tetapi berharap kerajaan tidak akan mengenepikan aspek ini memandangkan kita sedang berusaha untuk menjadi sebuah masyarakat berpendapatan tinggi. Tiada gunanya bercakap tentang masyarakat berpendapatan tinggi sekiranya isu berkaitan kemiskinan tegar di luar bandar, tidak diselesaikan," katanya.
Anggota Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Bujang pula berkata RMK-10 perlu merupakan suatu rancangan yang mampu merealisasikan hasrat Perdana Menteri, terutama janji beliau untuk menaik taraf semua prasarana asas di Sabah dan Sarawak.
"Setiap kawasan luar bandar dan separa luar bandar perlu diberi bantuan secara adil dan dengan sewajarnya, manakala bantuan pula tidak patut bertumpu di satu atau dua kawasan sahaja, tetapi perlu memenuhi keperluan asas rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka," katanya.
Wan Junaidi, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seterusnya berkata: "Perlu ada keseimbangan antara Sabah, Sarawak dan negeri-begeri lain di semenanjung Malaysia. Bukan saja daripada segi prasarana, tetapi juga daripada aspek sosial dan ekonomi serta capaian kepada teknologi maklumat.
"Sebagai contoh, Sibu (dikatakan) adalah sebuah bandar yang boleh dianggap maju, tapi kenapa penduduknya menolak BN (Barisan Nasional)? Kita perlu lihat pada keperluan sosial dan isu berkaitan peluang pekerjaan serta guna tenaga. Kekayaan yang dimiliki oleh beberapa individu (di bandar berkenaan) tidak boleh dijadikan ukuran," katanya.
-- BERNAMA
Tuesday, June 8, 2010
Kasih Sayang Sepasang Haiwan
Oleh Lan Iisma
Saat-saat pasangannya menanggung kesakitan yang cedera akibat kemalangan ketika terbang rendah di jalanan. Ia amat gelisah dan cuba memberi pertolongan.
Ketika ini juga ia sempat membawa makanan kepada pasangannya dengan perasaan cinta dan kasih sayang.
Ia membawa makanan lagi, namun pasanganya telah pun pergi meninggalkannya dan ia cuma mampu mengdakapinya.
Ia mencuba lagi menggerakkannya, namun takdir Ilahi pasangannya tetap pergi dan ia mampu menangis dengan alunan suara cintanya
Menyedari pasangannya telah pergi untuk selama-lamanya dan tidak kembali lagi, ia hanya mampu meratapinya.
Akhirnya ia sedar, yang pergi tak akan kembali lagi, ia ingin dekat dengan pasangannya berada di sisinya seolah-olah tidak merelakannya pergi.
Foto yang menyentuh perasaan ini begitu popular di Amerika dan Eropah. Jurukamera mengaut keuntungan dengan menjual kepada surat khabar terkenal Perancis dan akhbar terbabit habis terjual kerana foto-foto ini. Hargailah keindahan kejadian-Nya.
Sumber dari ek-ele
Monday, June 7, 2010
Derma RM525j elak kontroversi. Memadaikah?
KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Vincent Tan cuba meredakan bantahan banyak pihak mengenai kontroversi lesen perjudian bola sepak dengan mendermakan keseluruhan RM525 juta hasil jualan syarikat pemegang lesen pertaruhan, Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot) kepada badan kebajikan.
Wang itu adalah hasil keuntungan 70 peratus pegangan Tan dalam Ascot yang dijual kepada syarikat gergasi miliknya, Berjaya Corporation Berhad.
Sumber dari sini
Sunday, June 6, 2010
Gambar-Gambar Hari Ini 6 Jun 2010
Malam ini pun sambar Laptop kawan Along jap, upload gambar-gambar di bawah
Memorial Park, Kundasang.
Timpohon, Kaki Gunung Kinabalu
Jambatan Tamparuli
Karambunai
Insya Allah saya akan uopdate lagi gambar-gambar manarik
tempat-tempat saya lawati di Sabah