Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 30, 2014

Otak Tarak Pakai: Kerana RM7,000 Mungkin Hilang Pencen!

Pesara, isteri didakwa menipu

KUANTAN - Bekas pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah dan mengemukakan invois palsu kepada majikannya pada 2011.
Mohd. Sukarno Abdul Wahab, 56, didakwa menerima wang RM7,000 daripada Sulaiman Ismail sebagai dorongan untuk meluluskan sebut harga pembekalan pakaian dan kostum kepada JKKN Pahang yang dibuat syarikat Gandik Emas Enterprise dan untuk meluluskan pesanan kerajaan kepada syarikat tersebut pada 10 Januari 2011. - sumber

'Ikat perut anda'

'Ikat perut anda', bersiap sedia selamatkan MAS!

SEKILAS PANDANG: Menurut laporan Bloomberg pada 28 April lalu, MAS perlu bersedia untuk menanggung satu kerugian terbesar dalam krisis MH370 itu.
 
Walau bagaimanapun, gambaran yang lebih besar adalah lebih tepat dan sebaliknya.
 
Kerugian yang terbesar itu bakal ditanggung kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno yang dijangkakan akan menggunakan wang cukai rakyat.
 
Ia seolah-olah membawa maksud bahawa kerajaan  perlu membayar berbilion-bilion ringgit dalam usaha mempertahankan serta menyelamatkan syarikat penerbangan negara.
 
Dan rakyat Malaysia boleh menjangkakan sikap kerajaan seterusnya "berpura-pura" menjalankan "perniagaan seperti biasa" seperti tiada apa-apa yang berlaku, dengan syarikat kroni korporat terus merompak dana simpanan negara.
 
Sejak tiga tahun yang lalu, operasi dana aliran tunai  Malaysia Airlines (MAS) didapati telah jatuh merudum sekali gus mengalami kerugian dan ia seperti memerlukan syarikat pelaburan kerajaan Khazanah. Nasional Bhd untuk menyelamatkannya.
 
MAS mungkin akan mengalami kerugian paling teruk dalam sejarahnya susulan kehilangan pesawat penerbangan MAS sehingga kini, kerana kejadian itu akan mengakibatkan perpecahan syarikat penerbangan berusia 76 tahun yang dilihat tidak menguntungkan, menurut laporan Bloomberg.
 
Memetik laporan sebuah portal perniagaan, sebelum kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu, MAS telah mengalami kerugian dianggarkan AS$1.3 bilion (RM4.25 bilion) dalam tempoh tiga tahun yang lepas dan sudah bergelut dengan peningkatan persaingan serta kos yang lebih tinggi.
 
Susulan kejadian itu, menurut laporan Bloomberg, syarikat penerbangan itu telah diletakkan di bawah penelitian dunia kerana menjejaskan reputasi serta diboikot ejen pelancongan di China.
 
Berdasarkan data carian yang telah berjaya dikumpul Bloomberg sebelum ini, maklumat yang diperolehi itu telah menunjukkan bahawa penganalisis telah mengunjurkan bahawa MAS dijangka mengalami kerugian sehingga 2016, pemerdagangan paling rendah sejak 2001 berkaitan dengan asetnya.
 
(Pasaran ditutup pada 22.5 sen pada 28 April)
 
Dalam perkembangan berkaitan,  satu laporan daripada Malayan Banking Bhd telah dipetik sebagai berkata bahawa satu-satunya cara bagi MAS untuk mengatasi masalah ini adalah untuk berpecah.
 
Langkah sedemikian membolehkan dikawal kerajaan dengan mengambilalih syarikat penerbangan  AS $1.3 bilion (RM4.2 bilion), kira-kira 10 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran syarikat itu minggu lepas, menurut laporan institusi perbankan itu lagi.
 
"Dalam persekitaran seperti ini, mereka mempunyai simpati seluruh dunia jika mereka (MAS) mahu melakukan penstrukturan semula," jelas James Lau yang telah membantu menguruskan AS$300 juta (RM978 juta) di Pheim Asset Management Sdn di Kuala Lumpur, memberitahu Bloomberg.
 
"Pemegang saham ingin melihat mereka mengambil keputusan yang sukar".
 
Bloomberg melaporkan bahawa kesan kehilangan MH370 sudah dilihat dengan China menerajui dan memboikot MAS.
 
Agensi pelancongan yang telah memboikot serta tidak menjual tiket penerbangan MAS antaranya ELong Inc dan Ly.com manakala sebuah laman web pelancongan Qunar Cayman Islands Ltd  dimiliki oleh Baidu Inc juga telah ikut serta memboikot MAS.
 
Maklumat diperolehi daripada data syarikat yang melakukan proses pemfailan menunjukkan bahawa terdapat banyak tempat duduk kosong dalam laluan-laluan  penerbangan antarabangsa MAS pada Mac itu yang rata-rata penuh 74 peratus, ia menunjukkan bilangan yang paling rendah dalam hampir dua tahun.
 
kira-kira 80 peratus secara purata kerusi dipenuhi dalam bulan yang sama pada 2013, kata laporan itu.
 
Syarikat penerbangan itu yang majoriti dimiliki oleh Khazanah, akan kehilangan  AS $346,000,000 (RM1.1 bilion) pada akhir tahun 2016, menurut penganalisis berdasarkan anggaran carian data yang dikumpul oleh Bloomberg.
 
Sementara itu, seorang penganalisis, Mohshin Aziz berpendapat ia tidak berjalan dengan lancar di Maybank di Kuala Lumpur.
 
"Melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza adalah suatu perkara tidak masuk akal dan sia-sia," ujarnya yang bekerja di Maybank, Kuala Lumpur.
 
Laporan Bloomberg sepadan dengan analisis diterbitkan  Reuters pada 26 Mac lalu, MAS mengalami kecairan tunai sebelum kehilangan penerbangan MH370 didorong dengan beberapa maklum balas menyatakan bahawa ia mungkin memerlukan Khazanah untuk menyelamatkannya.
 
Reuters melaporkan bahawa MAS telah mengalami aliran tunai negatif selama tiga tahun operasi  - yang bermaksud ia tidak menjana wang tunai yang mencukupi untuk memenuhi kos harian pengoperasian - dan telah mempunyai aliran tunai bebas negatif dan aliran tunai operasinya ditolak perbelanjaan modal selama enam tahun.
 
"Malah anggapan ini (one-off),  menyebabkan orang awam mula menyedari ia (syarikat penerbangan) berada di luar kawalan, kami menjangka beberapa bahagian tempahan akan menurun, masalah seterusnya dalam harga tiket dan - tanpa apa-apa perubahan kepada asas kos yang tinggi - MAS mungkin mengalami masalah lebih teruk berbanding pada 2013," ujar Timothy Ross.
 
Pada masa sama, beliau yang juga penganalisis pengangkutan Asia Pasifik di Credit Suisse itu turut meramalkan MAS dijangka mengalami kerugian dalam tempoh tiga tahun mendatang - sumber

Real Madrid Ke Final Liga Juara-Juara

Liga Juara-Juara: Real Capai Impian Mara Ke Final
Sergio Ramos menanduk masuk gol pertama Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Munich, Jerman pada awal pagi Selasa

REAL Madrid pada Selasa mara ke final Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun selepas mereka mencatatkan kemenangan besar dengan agregate 5-0 ke atas penyandang juara Bayern Munich.
Kemenangan ini menunjukkan bekas juara sekali lagi tidak dapat mempertahankan kejuaraan mereka dalam kejohanan paling berprestij di Eropah ini sejak ia diperkenalkan.
Bayern adalah juara musim lalu selepas mengalahkan sebuah lagi kelab Jerman, Borussia Dortmund.
Ia juga adalah kemenangan yang sangat bermakna untuk Real Madrid kerana mereka tidak pernah menang di Allianz Arena dalam 10 pertemuan sebelum ini.
Pep Guardiola, yang menurunkan pasukannya dengan formasi 4-2-3-1 gagal mengekang permainan pantas Real dengan Sergio Ramos menjaringkan dua gol dalam tempoh 20 minit dan Cristiano Ronaldo menambah luka tersebut dengan dua gol lagi sekaligus memecah rekod kejohanan dengan golnya yang ke-15 dan 16.
Sebaliknya Real dengan formasi 4-3-3 menguasai di bahagian tengah sepenuhnya dan ini membolehkan mereka merobek pertahanan Bayern yang kucar-kacir serta penjaga gol Manuel Neuer yang tidak semena-mena menunjukkan reaksi gelabah bermain di gelanggang sendiri.
Memang Real menguasai permainan pada separuh masa pertama tapi tiada siapa yang sangka mereka menunjukkan superioriti pada tahap tertinggi bermain di tempat lawan.
Guardiola yang merancang sebegitu banyak kemenangan untuk Barcelona sebelum ini telah dipukau dengan gaya permainan Real lebih-lebih lagi dengan kemunculan semula Ronaldo yang benar-benar dirasai oleh pasukan dari Sepanyol itu. Ronaldo terlepas perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu kerana kecederaan pada buku lalinya.
Kesimpulannya, Real Madrid menang di Allianz Arena menerusi set piece yang menakjubkan, gerakan ganas dalam serang balas untuk menang besar.
Jika pasukan bimbingan Carlo Ancelotti ini berjaya membawa pulang piala paling berharga ini bulan depan, Manchester United boleh melupakan sebarang hasrat untuk mendapatkan khidmatnya.
Kali terakhir mereka menang piala ini ialah pada 2002 dengan jaringan volley Zinedine Zidane dianggap sebagai gol tercantik yang pernah disaksikan dalam sejarah kejohanan ini dan juga kemenangan yang kesembilan mereka.
Tetapi kali ini Zidane akan mencatat sejarah sekali lagi mara ke final, bukan sebagai pemain, sebaliknya sebagai penolong pengurus Real. 
Bayern Munich: Manuel Neuer, David Alaba, Bonfim Dante, Jerome Boateng, Philip Lahm, Franck Ribery, Thomas Muller, Bastian Schweinsteiger, Toni Kroos, Arjen Robben, Mario Mandzukic, Aguinaga Javi Martinez (45'), Claudio Pizarro (s 72'), Mario Gotze (s 71').
Real Madrid: Iker Casillas, Daniel Carvajal, Garcia Sergio Ramos, Kleper Pepe, Alexandre Fabio Coentrao, Xabi Alonso, Luka Modric, Gareth Bale, Angel Di Maria, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Raphael Varane (75'), Carlos Casemiro (83'), Alarcon Isco (79'). mStar

Mahathir Kata Hudud Tidak Islamik!

Apakah yang islamik bagi Mahathir tak entahlah
Adakah membunuh dan memenjarakan musuh politik itu adil dan islamik baginya?
Memperkayakan anak beranak dan kroni itu adalah keadilan namanya?

Dr M: Kenapa Najib layan tuntutan hudud?
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pada 1994 telah meyakinkan PAS untuk menggugurkan tuntutan untuk pelaksanaan hudud kerana ia tidak Islamik.Beliau justeru tertanya-tanya kenapa pentadbiran perdana menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak (kanan) melayan permintaan sebegitu sekarang.

“Mereka fikir mungkin kerajaan memerlukan sokongan,” kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

“Semasa masa saya, saya mengetuai kerajaan yang sangat kuat dengan majoriti dua pertiga (di Parlimen),” tambahnya.

Mahathir menjadi perdana menteri ketika PAS kali pertama mengutarakan undang-undang hudud di Kelantan pada 1993 hari ini menegaskan pendiriannya tidak berubah.

“Saya berpegang kepada ajaran Islam. Dan surat saya kepada Nik Aziz berdasarkan Islam, bukan apa yang dikatakan sebagai sekular...

“Dalam hudud dan al-Quran, yang ditekankan adalah keadilan. Di Malaysia, kamu tidak akan dapat keadilan jika cuba menggunakan undang-undang hudud pada orang Islam dan bukan Islam pula dikecualikan,” katanya. - mk

Al Capone

Al Capone mafia Amerika Syarikat
LIZA HASAN29 April 2014
ALPHONES Gabriel Capone lebih popular digelar Al Capone atau Scarface merupakan Gangster Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai sindiket penyeludupan dan melakukan pembunuhan pada era 1920-an dan 1930-an.

Ketika itu poster wajah beliau terpampang di media massa dan semua premis perniagaan bagi tawaran ganjaran kepada mana-mana individu yang dapat menangkapnya dalam keadaan hidup atau mati.

Al Capone dilahirkan pada 17 Januari dan merupakan anak keempat dari pasangan Gabriele dan Teresina Capone yang berasal dari selatan Itali sebelum berhijrah ke ASpada 1893.

Di AS keluarga Capone menetap di 95 Navy Street dan ketika usianya mencecah 11 tahun mereka sekali lagi berpindah ke 21 Garfield Place di Park Slope, Brooklyn.

Selepas tamat persekolahan di Brooklyn, beliau bekerja di pusat permainan bowling dan ketika itu jugalah beliau mengenali ketua kumpulan samseng paling terkenal di AS, Giovanni Torrio Alias John yang lebih terkenal dengan panggilan Papa Johnny Torrio atau The Fox.

Penglibatan awal dunia jenayah

Penglibatan jenayahnya bermula apabila dia menyertai kumpulan Five Points Gang sebagai boncer di Coney Island Dance Hall and Saloon.

Sepanjang kerjaya itu beliau mengalami banyak kecederaan di muka hingga digelar Scarface.

Pada 30 Disember 1918, Al Capone bverkahwin dengan Mae Josephine Coughlin seorang warga Ireland dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Albert Francis Sonny Capone.

Kemudian sekitar 1921, Al Capone dan keluarganya berpindah ke Chicago selepas dipelawa Giovanni Torrio dan dari situ dia berjinak dalam jenayah penyeludupan.

Ketika itu, Giovanni memperoleh kekayaan selepas membunuh ketua penjenayah terbesar Chicago, James Big Jim Colosimo sekali gus mengambil alih jenayah peninggalan James.

Dalam kes pembunuhan itu, Giovanni terlepas dari hukuman selepas kekurangan bukti dan menurut laporan akhbar Al Capone turut terlibat dalam pembunuhan terbabit.

Pindah dari Chicago ke Illionis

Statistik jenayah paling tinggi di AS ketika itu adalah Chicago menyebabkan Gebenor bandar itu meletak jawatan dan digantikan oleh William Emmet Dever.

Ketika itu juga rakyat melakukan reformasi bagi mendesak kerajaan menurunkan kadar jenayah dan memburu lambakan gangster. Keadaan itu kurang disenangi Al Capone lalu mereka berpindah ke Cicero, Illinois.


Di sana, kumpulan Capone terpaksa bertarung dengan kumpulan Cicero Myles O’Donnell dan William Klondike O’Donnell untuk mendapatkan kawasan jajahan takhluk.

Capone akhirnya dapat menawan bandar itu 1924 hingga menyebabkan kematian lebih  200 ahli kumpulan gangster yang selama ini berada di Illinois.

Saint Valentine’s Day Massacre

Selepas bergabung dengan beberapa kumpulan gagster, Al Capone dikatakan mendalangi kes pembunuhan beramai-ramai paling terkenal dalam dunia jenayah pada abad 19, iaitu Saint Valentine’s Day Massacre.

Pada masa sama, serpihan kumpulan beliau turut melakukan pembunuhan di Chicago, hingga menyebabkan tujuh anggota gangster Mafia Bugs Moran dibunuh secara kejam.

Meskipun kejadian itu dikaitkan dengan Al Capne namun tiada seorang pun ahli kumpulan beliau didakwa oleh mahkamah.

Kegiatan Al Capone lumpuh apabila beliau ditangkap oleh ejen FBI, Eliot Ness yang selama itu giat memburu dan menjejaki Al Capone. Tangkapan dilakukan ketika Al Capone melakukan penyeludupan minuman keras di sebuah bandar di Illionis.

Sejak dari itu, kumpulan pengamal undang-undang menyelar tindakan mahkamah AS yang selama ini banyak membebaskan penjenayah selepas didakwa ramai hakim menerima suapan dari kumpulan penjenayah berpengaruh di negara itu.
AlCapon akhirnya dijatuhi hukuman penjara dan meninggal dunia ketika berusia 48 tahun.
Al Capone mempunyai pengaruh kuat dan sentiasa dilindungi oleh kuncu-kuncunya
Sel Al Capone

Karpal Mati MCA Menjadi Bisu!

MCA membisu mengenai PRK Bukit Gelugor

KUALA LUMPUR - MCA masih membisu berhubung dengan keputusannya sama ada bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor bulan depan.

Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun Bukit Gelugor merupakan kawasan tradisi MCA tetapi parti itu belum membuat keputusan sama ada bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Kami telah berbincang mengenainya dalam mesyuarat (hari ini). Hasil mesyuarat akan dibincangkan dengan Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kami akan memaklumkan kepada media mengenainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden parti di Wisma MCA di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei ini sebagai hari mengundi pilihan raya kecil Bukit Gelugor selepas Ahli Parlimen kawasan itu Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei.

Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum tahun lepas dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi.

Mengenai hudud, Tiong Lai menggesa DAP dan PKR supaya menjelaskan pendirian mereka berhubung keputusan Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai perkara itu di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata MCA akan melancarkan kempen transformasi parti bertema 'Bersatu Lebih Teguh' pada 9.30 pagi Sabtu ini di Universiti Tunku Abdul Rahman, Setapak.

Beliau berkata kempen itu yang akan dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan menyatukan anggota parti dan masyarakat Cina di negara ini. - SH

Hudud: Nampaknya UMNO Berjaya Mengharu-birukan PR!

Yang aku nampaknya telahan Husam itu ada benarnya

Belum ada institusi bersesuaian untuk hudud

 | April 29, 2014
PAS harus berbincang dengan pimpinan PR sebelum bentang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993
UPDATED
Hudud KelantanPETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa hudud belum sesuai dilaksanakan dalam negara kerana ketiadaan institusi bersesuaian.
Menurut Anwar, PAS seharusnya berbincang dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.
“Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya,” kata Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Tambah Anwar, sistem kehakiman yang tidak bebas juga menyukarkan hudud untuk dilaksanakan dalam negara.
“Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas.
“Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?” katanya lagi.
Anwar juga menambah PAS perlu membincangkan lebih lanjut isu perlaksanaan hukum hudud di peringkat pimpinan PR.
“Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.
“Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR,” kata Anwar.
Anwar turut mengulangi pesanan untuk pimpinan PR tidak terheret dengan permainan Umno – Barisan Nasional dalam isu ini.
Isu hudud ini timbul kembali apabila kerajaan negeri Kelantan bertegas untuk melaksanakan Enakmen Syariah Kelantan II yang diumumkan melalui Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob.
Walau bagaimanapun, DAP bertegas menentang perlaksanaan hudud kerana bercanggah dengan Perlembagaan Perseketuan selain bertentangan dengan kepentingan nasional.

Tuesday, April 29, 2014

Teruknya Ariff Sabri Tutuh Najib!

MP: Obama sebenarnya sindir intelektual Najib
Selepas lawatan kilat Presiden Barack Obama ke Malaysia hujung minggu lalu, pelbagai analisis dibuat berkaitan kesannya kepada keadaan sosial, ekonomi dan politik.

Tetapi teguran paling kasar, terutamanya pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dibuat oleh anggota Parlimen DAP Ariff Sabri.
Memfokuskan bagaimana presiden Amerika Syarikat menggambarkan Najib sebagai seorang yang mempunyai naluri untuk perpaduan dan kesederhanaan, pemimpin pembangkang itu berkata:

“Ia cara paling diplomasi untuk mengatakan – Saya rasa kamu tak berguna.”

Menurut Ariff, kenyataan itu dibuat bagi mengesahkan bahawa Najib bukan pemimpin rasional yang percaya arah masa depan melalui kesederhanaan dan perpaduan.

“Naluri seperti yang kita tahu berkait dengan haiwan yang tidak berfikir tetapi bertindak menurut naluri dan gerak hati.

“Jadi apa yang Obama kata, kecerdasan fikiran Najib sama tahapnya dengan haiwan seperti cimpanzi dan orang utan,” tulisnya dalam blog. - mk

Najib Rileks Jer, Dia pulak Yang Gelisah. Kenapa?

Nape sigayut ni gabra sangat?
Yang dah pencen pulak yang kepoh
Melalut sehingga tuduh nak jatuhkan kerajaanla...apalaa....
Panas sangatkah bontot dia ni?

Ini hanya bantahan sajalaah!

Dr M terus mengeluh tentang demo besar
Semasa pentadbirannya, tiada protes jalanan berskala besar kecuali ketika musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Pengkritiknya mendakwa, ia ekoran Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah secara kuku besi dan penentangnya akan merengkok dalam penjara.

Bagaimana pun, sejak beliau meletakkan jawatan pada 2003, protes jalanan menjadi perkara biasa dalam pentadbiran dua penggantinya selepas itu dan perkara itu sukar diterimanya.
Dalam blognya, bekas perdana menteri itu mencoretkan bagaimana demonstrasi yang dianjurkan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih.

Beliau sekali gus mengkritik kumpulan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH.

“Setakat ini Malaysia masih bertahan daripada ketidakstabilan akibat demonstrasi jalanan berpanjangan. Tetapi tanda-tandanya sudah ada.

“Jelas sekali, terdapat rakyat Malaysia yang mahu menurunkan kerajaan yang dipilih melalui demonstrasi,” katanya.

Siri-siri demonstrasi BERSIH, tambah Dr Mahathir, jelas untuk membangkitkan sokongan awam dan mencemarkan nama baik kerajaan seterusnya menjatuhkannya.

Kumpulan NGO disokong pembangkang akan menganjurkan perhimpunan besar menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei (Khamis) ini. - mk

Kubur Bercahaya: Wajarkah Kesedihan Orang Lain Disensasikan Dengan Menipu?


Artis: Sebab Media Sosial Mereka Bercerai?

Nak kata bodoh tapi jodoh......

Instagram Antara Punca Adam (AF2) & Fiza Bercerai
Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 1:36 AM
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my
Fiza menganggap keputusan bercerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan Adam

SHAH ALAM: Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab berlakunya perceraian antara dia dan suaminya iaitu Adam (AF2).

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, ia bermula apabila pengikut-pengikut Instagram miliknya mula mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosial itu dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.

"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

"Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.
"Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami," katanya.


Fiza sedia menerima Adam sekiranya masih lagi ada jodoh di antara mereka

Fiza berkata demikian ketika ditemui selepas perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fiza dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga mereka hanya kekal tujuh bulan sahaja.

Dalam pada itu, Fiza berkata hubungannya dengan Adam mula goyah sejak empat bulan lalu namun dia menafikan khabar angin kononnya masalah itu berpunca kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.
Malah Fiza turut menafikan ada pihak ketiga yang membuatkan hubungan antara mereka retak.
"Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN (Institut Jantung Negara).
"Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera," tuturnya.
uito78
Adam sebak selepas melafazkan cerai di mahkamah pada Isnin.
Tambah Fiza, keputusan cerai itu dibuat atas persetujuan bersama dan dia tidak menolak sekiranya mereka disatukan semula sekiranya masih lagi ada jodoh.
Pasangan itu telah bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam.

Hudud: Himpunan Quotes 'Yang Baik' Dari Pemimpin UMNO

Adakah Muhyiddin serius?
 
 

Kelihatan Struktur Makhluk Asing Di Bulan

Extraterrestrial: Alien Structures Appear on Moon
Lihat video dan penerangan di sini

MH370: Menteri Malaysia Belum Puas Merapu!

Kalau ramai anak pun, ada ker yang tak sayang anak?
Walau ada yang dapat anak tapi buang merata - yang itu dikira bukan orang sebenarnya!

Dan satu lagi kenapa salahkan berita dari media sosial bila kerajaan sendiri kelihatan tidak telus?

MH370: Dasar Satu Anak Satu Keluarga Antara Faktor Emosi Keluarga Warga China
Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 11:42 PM

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kemarahan rakyat China kepada Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 bukannya disebabkan berita dan spekulasi negatif di media-media sosial. 
Beliau berkata, perkara utama yang mendorong kepada emosi dan kemarahan masyarakat negara Tembok Besar itu ialah kerana mereka terikat dengan dasar satu anak. 
"Kita kena faham, penduduk China terikat dengan one child policy lebih 30 tahun dan bagi keluarga penumpang warga China di dalam penerbangan itu, mereka tentunya bimbang akan kehilangan keturunan. 
"Ini yang membuatkan mereka marah," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin.
Dasar satu anak satu keluarga di China telah dikuatkuasakan sejak 1979, manakala pasangan di luar bandar dibenarkan mempunyai dua anak, sekiranya anak pertama mereka adalah perempuan. 
Mohamed Nazri berkata, kemarahan itu dikuatkan lagi dengan kepercayaan warga China bahawa mereka yang meninggal perlu diberi 'penghormatan terakhir', di mana jasad mereka perlu disentuh, dan dalam kes MH370 anggota keluarga masih kabur mengenai status atau nasib keluarga mereka dalam pesawat malang itu.
"Kepercayaan masyarakat Cina, kalau ada orang meninggal, mesti bagi final rites, mesti ada badan untuk disentuh. Kalau tak dapat badan, sekurang-kurangnya tahu di mana tempat pesawat itu jatuh. 
"Jadi, kalau kedua-dua perkara penting ini tidak ada, mereka tak boleh buat final rites. Ini kepercayaan ribuan tahun...jadi dia frust (kecewa), dan bila frust mereka marah, dan tentunya kemarahan itu dihalakan kepada Malaysia," katanya.
Beliau berkata sebagai sebuah negara berjiwa besar, Malaysia memahami kesedihan dan kesulitan penduduk China, yang mana rakyatnya merupakan penumpang terbesar dalam pesawat itu. 
"Kita berjiwa besar, kalau mereka nak marah, kita juga memahaminya. Cuma kita perlu bersabar dengan melihat kesedihan yang mereka alami adalah sepertimana rasa sedih, simpati yang kita alami," katanya. 
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum ini mengumumkan akan menangguhkan segala bentuk promosi dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di
China bagi menghormati sensitiviti rakyat negara itu. - mStar

MH370: Walau Pun Rasa Macam Merapu Tapi Nak Ikut Perkembangan Juga

Syarikat carigali Australia percaya mereka mungkin menemui pesawat MH370
TMI- APRIL 28, 2014
Operasi pencarian GeoResonance meliputi kawasan seluas 2,000,000 kilometer bagi kemungkinan nahas berlaku, menggunakan imej yang diperoleh daripada satelit dan pesawat. - Gambar Reuters, 28 April, 2014.

Hampir dua bulan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang tanpa sebarang kesan, hari ini sebuah syarikat penerokaan Australia mendakwa mengesan bangkai pesawat, lapor The Star Online.
Portal berita itu melaporkan sebuah syarikat berpangkalan di Adelaide, GeoResonance memberitahu ia mengesan kemungkinan bangkai pesawat malang MH370 di Teluk Bengal, 5,000km dari lokasi pencarian dijalankan iaitu di selatan Lautan Hindi dekat Perth, Australia.
Ia berkata bahawa pencarian mereka terhadap Boeing 777-200ER bermula pada 10 Mac.
"Teknologi yang kami gunakan direka untuk mencari peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu mencuba dan membantu," kata jurucakap syarikat, David Pope kepada portal berita.Operasi pencarian GeoResonance meliputi kawasan seluas 2,000,000 kilometer bagi kemungkinan nahas berlaku, menggunakan imej yang diperoleh daripada satelit dan pesawat, dengan ahli saintis syarikat menumpukan usaha mereka di utara lokasi terakhir MH370 diketahui, dengan menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data termasuk reaktor nuklear, lapor The Star Online.
Pope dilaporkan berkata, GeoResonance membandingkan penemuan mereka dengan imej yang diambil pada 5 Mac, tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang – dan mereka tidak menemui apa yang dikesan di tempat itu.
"Bangkai itu tidak ada sebelum kehilangan MH370. Kami tidak mengatakan secara pasti ia adalah MH370, bagaimanapun ia adalah pentunjuk dan kami berasa siasat lanjut diperlukan," kata beliau.
The Star Online juga melaporkan seorang lagi jurucakap GeoResonance, Pavel Kursa berkata, beberapa elemen yang terdapat dalam kapal terbang komersial dikesan di kawasan Teluk Bengal.
"Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang membentuk Boeing 777... ia adalah aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain," kata Kursa dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh saluran berita Australia, 7News .

Pesawat MH370 hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. – 28 April, 2014.

Monday, April 28, 2014

Hahaahaaa… ni kerja pelawok!

3 pokok untuk rakyat, berpuluh ekar untuk YB?
HARAKAHDAILY28 April 2014
"Ini ladang siapa?" tanya Dr Azman

SETIU: “3 pohon sawit boleh 150 sebulan? Hahaahaaa… ni kerja pelawok! Sawit baka apa dia tanam tu sampai buah banyak gitu sekali? 

“Kalu ada sungguh, kita pun nak tanam jugok!” ujar Idris Mustafa dari Kampung Bukit Tanah Jabi apabila ditanya tentang projek Umno dari bekas wakil rakyat Jabi sesi lepas dan dipertahankan sebagai sangat berjaya oleh wakil rakyat sekarang. 

Projek 3 pohon sawit sebuah rumah, menjana pendapatan RM150 sebulan.

“Orang kampung pun bukannya bodoh nak tanam 3 pohon jah! Sawit hok ada di kampung loni bukannya hok Umno bagi. Ni hasil penat lelah orang kampung. 
“Seekar dua sorang, bolehlah buat tanggung anak sekolah. 3 pohon sawit, nak wat beli nasik berlauk pagi pun tak berapa lepas,” jelas Saudara Salleh Husin yang memiliki kebun sawit sendiri berhampiran rumahnya di Bukit Tanah.

Sementara itu, Saudara Saiful Ridza (kanan) dari Kampung Padang Lengkuas menempelek kerja bodoh Umno tersebut. 

“Marilah tengok di Jabi, siapa dia hok gong (bodoh) nak tanam sawit 3 pohon! Untuk rakyat mung nak bagi anak sawit 3 pohon, tu pun kesudahannya tak sampai. Untuk Tok Wokil mung baham sampai 50 ekar!” ujarnya dengan nada sedikit marah.
“Kalau sawit tengah kemuncak keluar hasil sekitar umur 8 tahun, purata satu pokok boleh ambik 2 tandan sebulan. 3 pokok baru 6 tandan. Tak dapat 150 sebulan,” kata Abdul Razak Ramli (kiri) dari Kampung Gong Pasir Jabi yang menjelaskan kadar biasa penghasilan untuk sepohon kelapa sawit.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dun Jabi yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim menasihatkan pemimpin Umno supaya menghentikan gurauan bodoh yang tidak bermanfaat itu. 

“Dalam keadaan kehidupan rakyat yang serba kesempitan, jenaka-jenaka atas angin begini tak akan mampu merungkai masalah rakyat. Rakyat inginkan sesuatu tindakan yang boleh membantu meringankan beban hidup mereka,” ujarnya.

“Sebagai pimpinan masyarakat di sini, telah hampir setiap lorong dan jalan di 25 Kampung dalam Dun Jabi telah saya lalui. Bukan sehari dua, tetapi sejak diamanahkan sebagai calon PAS Jabi dari tahun 2008 dan berterusan sehingga sekarang. 

“Maaf kalau saya katakan, saya tak jumpa rumah yang tanam kelapa sawit 3 pohon sahaja. Kalau ada yang mendakwa, siapa yang nak tengok kejayaan projek yang dicanangkan mampu menghasilkan RM150 sebulan, maka sila datang ke Jabi, saya boleh istilahkan, ini adalah lawak bodoh!” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian apabila diminta mengulas tentang kenyataan Adun Jabi yang mempertahankan projek itu sebagai berjaya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas. 

“Isu bekas YB Jabi teroka tanah kerajaan berpuluh ekar untuk buat ladang sawit masih tak selesai sampai sekarang. Dia pun dah jadi kaya raya. Pihak berwajib masih senyap sunyi tanpa sebarang tindakan walau telah berkali-kali kita dedahkan,” sambung Dr Azman lagi

Utusetan Kena Lagi!!!

Fitnah KGT: Utusan mohon maaf, bayar gantirugi

RIZAL TAHIR28 April 2014
KOTA BHARU:Selain memohon maaf kepada Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), Utusan Melayu juga diperintah membayar RM40,000 kepada agensi milik kerajaan negeri itu, di atas penerbitan berita berunsur fitnah.

Permohonan maaf tersebut menyebut Utusan Melayu dengan suci hati menyesali penerbitan artikel berkaitan KGT berdasar kenyataan diberi defendan keempat, Nik Mahani Mohamed.

Selain itu Utusan memohon maaf terhadap segala kesulitan, penjejasan ke atas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami hasil penerbitan berita-berita tersebut.

Oleh itu akhbar yang didominasi Umno tersebut juga berjanji tidak mengulangi kenyataan-kenyataan yang telah diterbitkan.

Perbicaraan kes tersebut dikendalikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Azman Abdullah pada prosiding yang berlangsung semalam.

Sebelum ini akhbar terbabit pada 18 Jun sehingga 2 Julai 2012 menerbit beberapa berita berunsur fitnah mengenai KGT antaranya bertajuk “KGT Didakwa Diselubungi Skandal”, “Polis Siasat Skandal Dinar Emas”, “Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam”, “Skandal KGT: Syed Azidi Sedia Kemuka Bukti” dan “Dinar Kelantan Sekadar Perhiasan Biasa”.

Berita-berita terbabit ditulis wartawan Saifulizam Mohamad dan Azran Fitri Abdul Rahim.

Pada perbicaraan itu Utusan Melayu diwakili peguam M Reza Hassan dan Ellia Zuraini Mat Zin bersetuju membayar sebanyak RM40,000 kepada KGT.

Plaintif (KGT) diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa.

Sebelum ini defenden keempat kes terbabit, Nik Mahani memohon maaf kepada KGT kerana memberi maklumat tidak benar berkaitan agensi itu kepada Utusan Melayu.HARAKAHDAILY, 28/4/2014