Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 5, 2009

Siapa Orang Tua Ini

Pada suatu malam lebih kurang jam 10.00 lebih, beberapa tahun dahulu, saya pulang dari pekan melalui satu lorong yang bertentangan dengan Masjid. Bila saya belok dan memasuki lorong tersebut saya terpandang seorang tua berjubah putih dan berserban berjalan agak perlahan di dalam gelap tanpa lampu. Saya memberhentikan kereta dan mempelawa orang tua itu naik. Niat saya ikhlas untuk menghantar orang tua itu pulang walau pun di mana rumahnya.

Tanpa bercakap sepatah pun orang tua itu naik ke kereta, tutup pintu dan memandang ke muka saya. Saya bertanya dia dari mana dan nak ke mana di malam yang gelap begitu. Orang tua itu cakap yang dia dari masjid dan nak pulang ke rumah. Saya tanya lagi di mana rumahnya. Dia berkata "Anak jalan terus ke dalam kampung sehingga jumpa satu simpang 3". Saya jawab "Baiklah Pakcik, saya akan hantar Pakcik ke sana. Tanpa banyak soal saya terus pandu ikut arahannya, terus ke dalam kampung yang gelap dan sampailah di simpang yang orang tua itu cakap. Dia minta saya berhenti di simpang itu.

Dia kata "Anak tinggalkanlah Pakcik di sini saja. Rumah Pakcik itu dia yang ada cahaya lampu tu" Memang saya nampak sebuah rumah dengan cahaya lampu yang suram. Orang tua itu turun dan mengucapkan terima kasih. Sambil reverse kereta, saya berpesan supaya dia berjalan hati-hati, malam cukup gelap. Sebenarnya saya berhenti dekat tepi rumah yang dikatakannya. Cuma saya bimbang dia tersadung sesuatu dan jatuh. Jadi saya tinggalkan dia di situ tanpa apa-apa perasaan kecuali kesihan dan doakan supaya dia selamat naik ke rumah.

Esok petangnya balik dari kerja, saya saja-saja nak tinjau tempat di mana saya tinggalkan orang tua itu malam tadi. Saya berhenti di simpang dan tinjau sekitarnya. Alamak, dari celah-celah semak saya nampak sebuah rumah lama yang telah roboh dan telah ditumbuhi semak samun!. Saya terus pandu dan saya masuk ke dalam lagi mengikuti salah satu lorong di depan rumah yang roboh itu. Rupanya di hujung lorong itu adalah kubur. Tak ada langsung kelibat atau kesan orang tua yang saya hantar ke sini malam tadi. Saya buat keputusan untuk diamkan saja perkara itu. Nak tanya orang, bimbang pula ditertawakan!

28 comments:

  1. Huyyoooooo, Seramnyer.

    Kalau sayalah, mau terkencing-kencing dah. Ataupun, mungkin saya takkan berhenti kat tempat camtu.

    Pakdin, Cite ni macam biasa saya dengar, maknanya ada orang lain yang pernah mengalami situasi hampir serupa macam Pakdin.

    Tak silap saya, seorang pemandu teksi dalam MASTIKA tahun 2001, tapi yang menumpangnya wanita Tionghua....

    ..Ni yang seram memandu solo waktu malam ni,..

    ReplyDelete
  2. erkk...speechless..melemang bulu roma nihhhh

    ReplyDelete
  3. Sdr. Brahim.

    Pada malam itu semasa saya hantar orang tua tu, saya tidak syak dan rasa apa-apa. Dia pun nampak biasa aje.

    Esoknya saja saya tinjau nak tahu macam mana kehidupan orang tua itu. Kalau perlu apa-apa pertolongan saya nak tolong. Tapi rumah pun dah roboh.

    ReplyDelete
  4. Salam sdr. mogen.

    Saya rasa, kalau mogen pun di tempat uncle malam tu, mogen pun tidak akan terasa apa-apa sebab tidak ada apa-apa yang nampak luar biasa.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Ada kemungkinan orang tua yang saudara jumpa itu adalah qarin dari salah seorang yang berada di kuburan itu, qarin adalah sejenis jin yang menjadi kembar kepada salah seorang

    ReplyDelete
  6. Salam Ayahanda,

    Abah saya ada berpesan jika berjumpa dengan orang tua seperti yang ayahanda jumpa tu, bersalaman dengannya dan lurut tangannya ketika bersalam.

    Manalah tahukan...

    ReplyDelete
  7. salam uncle

    ermm.. peristiwa begitu berlaku kepada orang tertentu dan pilihan.. bertuah betul uncle.

    Ujian dariNya - sejauh mana kita mempunyai rasa dan nilai kasih dan kasihan..

    ReplyDelete
  8. Salam PakKaramu.

    Kemungkinan juga. Memang tidak nampak apa-apa yang pelik kecuali berjalan di dalam gelap tanpa lampu.

    ReplyDelete
  9. Mujur orang tua tu tak tunjukkan muka yang menyeramkan kalau tidak macam mana perasaan tuan pada masa tu.

    ReplyDelete
  10. W'salam anakanda Isa.

    Uncle bersalam juga tapi tidak perasan tangannya sejuk atau tidak sebab memang di dalam aircond. Sebab kata orang kalau bukan manusia tangannya sejuk.

    Masa bersalam tu, tak pula uncle lurut tangan. Cuma jaga tertib bila bersalam dengan orang yang lebih tua.

    ReplyDelete
  11. W'salam Rashid.

    Tak tahulah nak kata pilihan atau apa. Sampai sekarang pun uncle tidak tanya sesiapa pun tentang orang tua tu.

    Tapi kesihan belas tu, sifat semula jadi uncle kot?

    ReplyDelete
  12. Sdr. fital.

    Masa itu saya tidak terfikir langsung yang orang tua itu mungkin bukan makhluk biasa.

    Kalau ditunjuknya muka huduh, tak taulah apa jadinya.

    ReplyDelete
  13. Salam Pakcik,
    cerita mengingatkn saya masa balik dr kelate ke kedah pada 3/5/09 di jalan Baling-Kupang..ada pakcik tua dok mencangkung tepi jalan pukul 2pagi..nk turun tanya takut keselamatan terancam lak,jd terpaksa buat2 tk tahu je smbil dok fikir apa dia tgh buat sebenarnya..

    ReplyDelete
  14. Salam Pak Din.Pak DIn tak tanya ker orang tua tu orang PAS ke orang BN..hehe..PEACE

    ReplyDelete
  15. W'salam UXOP

    Baru lagi tu. Dalam perjalanan balik dari kampung. Tapi kalau dah kul 2 pagi, memang peliklah tu. Orang tua pula.

    Ada jin nak acah UXOPlah tu...

    ReplyDelete
  16. W'salam pg2u.

    Terima kasih kerana sudi bertandang.

    A'ah... lupa pula Pak Din nak tanya. Agak-agak PAS kot sebab pakai jubah dan serban. Kalau UMNO tentu pakai songkok!

    ReplyDelete
  17. salam ayahanda.. biasanya orang2 yang berani sahaja yang dapat ketemu dengan 'penumpang' misteri ni.. huhu.. kalau dah berjubah dan berserban tu, pastinya dia orang yang baik2..

    ReplyDelete
  18. W'salam anakanda nurdaniella.

    Janganlah anggap berserban dan berjubah itu orang baik-baik. Di Tanah Arab Perompak dan Perogol pun memakai jubah he.. he..

    ReplyDelete
  19. Uiks..Ni dah masuk kategori seram dah ni. Mau tak tidor 2,3 malam ni

    ReplyDelete
  20. Sdr. antusabun

    Malam tu tak rasa apa-apa. Tapi esoknya bila tengok sendiri rumah roboh tempat saya hantar orang tua itu, barulah rasa seram campur hairan.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum uncle..

    aduh!! berdebar2 t membaca coretan uncle kali ini.. seriau lak t rasa.. ehhe...

    pokok2 herba tu auntie yg tanam ke uncle... rajinnya auntie.. :-)

    sampaikan salam hormat t buat auntie ye uncle.... :-O

    ReplyDelete
  22. wah.... siapa gerangannya dia?

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikumussalam T.

    Pokok-pokok tu uncle yang tanam. Auntie kurang tahu menanam dan membela pokok.

    Salam tu Auntie dah baca komen T, tadi. Minta uncle jawabkab "Wa'alaikumussalam". Dan salam darinya untuk T juga.

    ReplyDelete
  24. Mak Su.

    Entahlah... sehingga sekarang saya tak tahu dan tidak pernah jumpa lagi orang tua tu.

    ReplyDelete
  25. Hanis.

    Dia tak kaco sebab uncle tolong hantor dia tapi saja nak uji kot?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum pak din,
    apa khabar

    selamat berpuasa.

    blog kisah seram ini bagus, saya plan nak invite pak din dalam kolum kisah seram dalam web saya yang akan dibangunkan.

    ReplyDelete
  27. W'salam Rakyat Kelantan Darul Naim

    Alhamdulillah Pak Din sihat tapi ada serangan Migraine sekali sekala.

    Sama-samalah kita mengambil peluang ibadah di bukan yang penuh berkat ini. Insya Allah.

    Insya Allah, kita boleh berkungsi nanti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa