Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 23, 2009

Tahniah

Tahniah kepada YAB Dr. Zambry kerana berjaya memenangi kerusi MB Perak melalui Mahkamah. Sekurang-kurangnya rakyat Perak mendapat seorang MB yang sah dari segi undang-undang yang diperakui oleh Mahkamah Rayuan. Semuga dengan itu pentadbiran dan urusan rakyat perak tidak lagi berada di dalam ketidak pastian. Tahniah juga kepada Rakyat Perak kerana mendapat seorang MB baru.

Bagi YB Nizar, syabas saya ucapkan. Paling tidak beliau telah berjaya menyerlahkan kemampuan dan credibility Mahkamah Rayuan sebagai Mahkamah rujukan di negara ini untuk mendapatkan keadilan. Apa pun itu bergantung kepada justifikasi dan persepsi masing-masing. YB Nizar mesti menerima hakikat keputusan Mahkamah Rayuan kerana YB Nizar sendiri yang memilih gelanggang itu. Sama ada rakyat berpuas hati atau tidak, keputusan itu terpaksa di telan juga.

Bagi DUN pula tidak payahlah lagi mengusulkan undi tidak percaya kepada YB Nizar kerana Mahkamah Rayuan telah menggugurkan kepercayaan itu daripada YB Nizar bagi pihak ADUN BN. Tentang persidangan 7 Mei dan pengguguran Speaker YB Sivakumar sah atau tidak bukanlah bidang saya nak perkatakan di dalam dunia yang serba boleh ini begitu juga dari segi prinsip dan maruah.

Bagi YB Nizar pula sekiranya beliau masih mahu memilih gelanggang sama beliau masih boleh dan berpeluang untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan pula. Sekiranya beliau berpuas hati beliau boleh terus berada di DUN Perak sebagai Ketua Pembangkang sekiranya dipilih oleh ADUN PR. Apa pun tindakan selepas ini saya percaya semua yang bertangungjawab akan mengutamakan Rakyat dan Negeri Perak.

20 comments:

  1. Teringin sangat nak rasa bagaimana agaknya dunia demokrasi tulen.

    Rasa nak hijrah la pulak.

    ReplyDelete
  2. Salam Wak.

    Rasanya ada lagi ke yang di namakan demokrasi tulin itu Wak? Di mana agaknya.

    Demokrasi dengan cara Pemerintahan Islam, kalau mahu mesti diusahakan dan diperjuangkan tanpa menoleh melihat risiko dan pengorbanan yang akan ditanggung. Rasanya berbaloi kerana itu adalah perintah Allah.

    ReplyDelete
  3. Taniah kepada YAB Dr. Zambry
    berjaya memenangi kerusi MB Perak

    ReplyDelete
  4. Pi Mai Pi Mai, dok tang tu jugak Pakdin oi....

    Di Perak sekarang nampak tenang. Tapi PRU ke-13 nanti, tak taulah..

    ReplyDelete
  5. Sakura.

    Tahniah kerana YAB Zambry menang walau pun melalui mahkamah. Kedua-duanya telah merujuk kepada Mahkamah. Maka sebarang keputusan Mahkamah terpaksalah akur.

    ReplyDelete
  6. Sdr. Barahim.

    Bagi saya apa yang rakyat perlukan sekarang adalah pentadbiran Negeri Perak yang lancar dan tiada sebarang keraguan dari segi kesahihan tindakan dan orangnya.

    YAB Dr. Zambry berhak menerima ucapan tahniah walau menang melalui mahkamah. Keputusan Mahkamah menyebelahinya dan dialah yang berhak.

    Rakyat Perak juga ada peluang menjadi Hakim di dalam PRU13 nanti. Harapkan Rakyat Perak membuat pilihan yang muktamad bila kuasa kehakiman diserahkan kepada mereka nanti.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Saudara,

    BOTH of them should work hard for Perak now, for the people and state of Perak.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  8. Salam Ayahanda,

    Tahniah sajalah sehingga PRU13 nanti. Buat Nizar tak perlulah nak lawan lagi...

    Mantapkan jentera untuk PRU13. Buang masa saja melawan undang-undang buah durian dalam negara democrazy nih..

    ReplyDelete
  9. Salam Pakdin.
    Semoga dirahmati Allah.
    Segala-galanya yang berlaku adalah dalam rahsia Allah..

    ReplyDelete
  10. Salam Pakcik..
    Sekurang-kurangnya buat masa ni ada kerajaan yg boleh tengok-tengokkan rakyat Perak..mengundur tak bermaksud kalah..tempoh masa inilah sebagai kayu pengukur untuk rakyat bertindak kelak..

    ReplyDelete
  11. uncle,
    rasanya isu ni belum abis lagile. Berentap kat mahkamah persekutuan pula..

    sedang menunggu..

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Hope they will forget politics and do their best for Perak.

    ReplyDelete
  13. W'salam anakanda Isa.

    Uncle harap pun setakat inilah saja. Terimalah seadanya semuga rakyat dan pentadbiran Perak tidak lagi bercelaru.

    Tunggulah rakyat yang menjadi hakim pada PRU13 nanti kalau panjang umur.

    ReplyDelete
  14. W'salam PG.

    Harapkan kedua-duanya menerima ketentuan dan taqdir. Bersamalah mencurahkan khidmat untuk Rakyat perak.

    ReplyDelete
  15. Pri Hatim.

    Apa saja yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa akan menjadi Correct...correct...correct!

    ReplyDelete
  16. W'salam UXOP.

    Itulah yang uncle harapkan. Cukup-cukuplah. Buat apa YB Nizar ingin bersilat di gelanggang yang tidak sama rata.

    Utamakanlah rakyat sebagaimana yang laungkan.

    ReplyDelete
  17. W'salam Rashid.

    Tak tahulah uncle. Tapi kalau boleh biarlah berakhir setakat ini. Rakyat lebih memerlukan mereka.

    ReplyDelete
  18. Salam abg,

    Pendapat saya, diharap kedua2 belah pihak tidak mengabaikan rakyat2 yang telah memilih mereka. Mohon Datuk Seri Ir Nizar, membenarkan sidang dun berjalan seperti biasa dengan Zambry menjadi MB. Yang lain2 biarlah mahkamah yg tentukan.

    ReplyDelete
  19. W'salam alang.

    Bila sudah diputuskan begitu oleh Mahkamah, selepas ini mereka sepatutnya bekerjasama demi rakyat Negeri Perak. Mereka harus lupakan politik buat seketika.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa